The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM10621 Siti Nor Fatin Atirah Binti Abdullah, 2024-03-10 12:11:22

Sajak senyuman

Sajak senyuman

Notes SAJAK TAJUK : SENYUMAN Siti Nor Fatin Atirah Binti Abdullah


Notes Perkara M/S Sajak : Senyuman 1 Maksud Rangkap 1 3 Maksud Rangkap 2 4 Maksud Rangkap 3 5 Maksud Rangkap 4 6 ISI KANDUNGAN


Notes TAJUK : SENYUMAN Senyum, Terukir indah pada setiap wajah, Membeli atau menjualnya tiada harga, Memberi atau menerimanya tanpa paksa, Tatapan eksklusif pada umat manusia, Namun aku tahu, Senyuman itu hanyalah palsu. Si ibu letih bertarung nyawa, Tetap senyum walau terluka, Si ayah penat berkerah tenaga, Tetap senyum penuh setia, Aku sangat gembira, Walaupun aku tahu, Senyuman itu hanyalah palsu. 1


Notes Senyuman selebriti dalam medan seni, Menjadi impian kepada peminat, Senyuman Menteri dalam kancah politik, Menjadi kepercayaan rakyat jelata, Senyuman lelaki kepada wanita, Memberi harapan untuk bersama, Perlu aku tahu, Senyuman itu hanyalah palsu. Terima kasih warga dunia, Tidak jemu menghadiahkan senyuman palsu, Kerana ukiran itu, Bangsa manusia kekal ceria. 2


Notes MAKSUD SAJAK Rangkap 1 Penyajak mengatakan behawa senyum merupakan hal yang mudah untuk dilakukan. Hanya memerlukan sedetik untuk merubah bentuk bibir menjadi senyum tanpa paksaan untuk terlihat sebagai ungkapan ketulusan hati. Tuhan sengaja menganugerahkan senyum sebagai sebahagian dari keindahan manusia. Namun, anugerah indah yang ditemui di wajah manusia ini kebanyakannya adalah senyuman palsu. 3


Notes MAKSUD SAJAK Rangkap 2 Penyajak menyatakan bahawa seorang ibu sanggup bergadai nyawa untuk melahirkan anak manakala ayah pula rajin bekerja untuk menyara keluarga namun mereka tetap tersenyum. Penyajak amat suka walaupun dia tahu senyuman mereka itu hanya pura-pura. 4


Notes MAKSUD SAJAK Rangkap 3 Penyajak menceritakan bahawa senyuman tidak menggambarkan realiti kehidupan. Senyuman menjadi benteng kekuatan selebriti. Adakalanya senyuman menjadi nada dan janji puitis ahli politik. Senyuman juga merupakan harapan dua pasangan dalam mencipta mahligai cinta bersama. Akhirnya, senyuman menjadi janji palsu sesetengah pihak dalam menutup kelemahan dan kesalahan mereka. 5


Notes MAKSUD SAJAK Rangkap 4 Penyajak mengucapkan rasa terharu dan menghargai kerana setiap insan tidak bosan untuk memberikan senyuman walaupun tanpa rela. Oleh itu, senyumlah kerana senyuman itu akan menggembirakan setiap insan yang bergelar manusia. 6


Click to View FlipBook Version