MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
PERTANDINGAN BAHAS
BAHASA MELAYU
ALA PARLIMEN
SEKOLAH MENENGAH 2021
PERINGKAT KEBANGSAAN
DISEMPURNAKAN OLEH :
YBHG. DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI ABDOL HAMID
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
11 KHAMIS LOKASI
NOV 2.30 PETANG MASING-MASING
2021
https://youtu.be/HsKk6ptQ9e4
UCAPAN ALU-ALUAN
TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengarah Pendidikan
Negeri Jabatan Negeri Pulau Pinang, Tuan Abdul Rashid bin Abdul
Samad atas kesudian untuk hadir ke Majlis Pembukaan Pertandingan
Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat
Kebangsaan bagi tahun 2021 secara dalam talian.
Setinggi-tinggi penghargaan juga saya tujukan kepada semua
ahli jawatankuasa Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen
Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan atas komitmen yang jitu
menjayakan pertandingan yang berprestij ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
memastikan pertandingan ini berjalan dengan lancar.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Umum mengetahui bahawa, perbahasan adalah satu teknik
komunikasi yang melibatkan konfrontasi idea dan pendapat yang
berbeza mengenai topik yang diberikan. Tujuan perbahasan ini adalah
untuk mencungkil bakat yang ada untuk berhujah dan bertukar-tukar
idea dan buah fikiran. Pertandingan ini bertujuan untuk melahirkan
generasi yang berfikir secara kritis dan kreatif, relevan dengan abad
ke-21.
Perbahasan ini juga mempamerkan impak yang bermakna bagi
pembinaan jati diri murid, khususnya membentuk daya saing yang
tinggi untuk mencipta kejayaan yang lebih hebat. Lakaran kejayaan ini
seterusnya membentuk warganegara berkualiti yang bakal menjadi
modal insan kepada kemajuan negara kita, malah perangsang untuk
murid-murid lain agar meneruskan usaha untuk meningkat dan
menjaga imej sekolah yang baik dan cemerlang.
Pertandingan yang diadakan ini, merupakan mekanisme untuk
menggalakkan setiap murid menyumbang dan berkongsi idea-idea
kreatif dan bernas dalam memudah cara untuk berhujah. Setiap murid
mempunyai peranan untuk menyumbang idea yang terbaik khususnya
menyumbang kepada penambahbaikan dan berfikiran terbuka untuk
menerima cadangan. Perbahasan ini tidak semestinya mencipta
sesuatu fakta yang baharu, malah boleh dipelbagaikan dengan bahan
bacaan daripada sumber yang sahih seperti berita dan akhbar arus
perdana. Impian kita untuk menyaksikan pertandingan perbahasan
menjadi penggerak inovatif yang unggul di negara ini menghendaki
perubahan berskala besar dan drastik.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Cabaran-cabaran semasa yang muncul, sama ada secara kita
sedar ataupun tidak, perlulah diatasi dengan langkah penyelesaian
yang kreatif dan bijaksana. Kita mestilah senantiasa bersiap siaga
untuk berdepan dengan apa jua cabaran bagi memastikan usaha-
usaha yang dilaksanakan mencapai kejayaan. Ingatlah pesan
Salahuddin al-Ayubi – “Aku meminta kekuatan dan kemenangan,
tetapi diberi-Nya aku masalah dan musuh agar aku dapat
menggunakan kebijaksanaan.”
Sudah terang lagi bersuluh, penganjuran pertandingan ini juga
adalah salah satu strategi untuk melahirkan cendekiawan yang mampu
bersaing di persada antarabangsa.
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sukalah saya
mengingatkan semua peserta agar bertanding secara sihat dan
kepada pasukan yang mungkin tewas, terimalah kekalahan dengan
hati terbuka. Cuba lagi pada masa yang akan datang.
Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TUAN MOHAMAD SAID BIN IBRAHIM
TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG
UCAPAN ALU-ALUAN
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana
dengan izinnya dapat kita semua berkumpul bersama-sama untuk
menjayakan Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Bahas Bahasa
Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan
secara dalam talian pada hari ini.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih
dan penghargaan kepada jawatankuasa pelaksana Pertandingan
Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat
Kebangsaan yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran
pertandingan selama empat hari ini berlangsung. Sesungguhnya,
komitmen dan kerjasama anda amat saya hargai.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Saya difahamkan pertandingan yang julung kali diadakan
secara dalam talian ini menerima penyertaan seramai 80 orang murid
sekolah menengah dari seluruh Malaysia. Senario ini membuktikan
sambutan yang memberangsangkan dan harapan kita agar usaha dan
kerjasama yang baik dari setiap negeri ini dapat diteruskan lagi demi
melahirkan cendekiawan dalam kalangan anak-anak didik kita.
Namun demikian, keterlibatan arena perbahasan ini turut
mendapat bantuan dan komitmen yang tinggi daripada pegawai
teknikal pertandingan, 48 orang hakim, 16 orang penyelaras ICT, 8
orang Yang Dipertua Dewan dan 8 orang Penjaga Masa juga turut
terlibat dalam memastikan pertandingan ini berlangsung dengan
jayanya.
Penganjuran pertandingan ini adalah bertujuan untuk menguji
kebijaksanaan dan kreativiti peserta dalam berhujah sekali gus dapat
menjadi pemenang dalam pertandingan ini. Selain itu, penganjuran
pertandingan ini juga adalah salah satu strategi untuk melahirkan para
pemikir yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Mutakhir ini, jika diperhati dan diperhalusi, kita dapat melihat
tidak ramai murid yang mempunyai pemikiran yang kritis dan
kreatif kerana kebanyakan mereka hanya menumpukan ke arah
akademik semata-mata. Natijahnya, negara kita menghadapi
ketandusan para cendekiawan yang dapat membantu untuk
membangunkan negara.
Sebenarnya sifat berfikir secara kritis dan kreatif ini telah
dikurniakan oleh Allah kepada semua manusia di dunia ini. Namun,
kurniaan ini, bergantung kepada kemahuan manusia itu sendiri untuk
menggilap bakat yang terpendam dalam diri masing-masing. Banyak
perkara yang boleh dilakukan untuk menggilap kreativiti sendiri, salah
satu contoh adalah dengan memerhatikan corak kehidupan
masyarakat dan melaksanakan tindakan yang sewajarnya.
Besarlah harapan saya agar semua pihak dapat memberikan
kerjasama yang terbaik dan dapat menganjurkan lebih banyak
pertandingan seperti ini sekali gus dapat melahirkan lebih ramai murid
yang mempunyai pemikiran kreatif dan dapat membangunkan negara.
Insha-Allah.
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan
tahniah kepada pasukan yang bakal menjadi johan peringkat
kebangsaan pada tahun ini. Tahniah dan syabas kepada semua murid
yang menyertai pertandingan pada hari ini dan guru-guru pembimbing
yang tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada anak-anak didik. Buat
pasukan yang tidak berjaya, jangan mudah mengalah teruskan
perjuangan anda.
Sekian,
Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum wbt.
TUAN ABDUL RASHID BIN ABDUL SAMAD
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG
UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua, dapatlah kita menjayakan
Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah
Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 dalam suasana norma baharu ini.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan
tahniah kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang selaku tuan
rumah pertandingan yang sangat komited untuk merealisasikan program
pada tahun ini walaupun perlu berhadapan cabaran untuk
melaksanakannya berpandukan amalan norma baharu.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta dari seluruh Malaysia
yang telah terpilih ke peringkat kebangsaan ini. Saya difahamkan bahawa
pasukan yang bertanding pada tahun ini merupakan johan di peringkat
negeri masing-masing. Justeru, saya yakin bahawa peserta yang berjaya
sampai ke tahap ini telah mendapat bimbingan dan dorongan yang sangat
baik daripada guru pembimbing masing-masing, di samping bakat
semulajadi yang ada pada para peserta.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan
tahniah kepada pasukan yang berjaya menjadi johan pada tahun ini. Bagi
pasukan yang tidak berjaya pada kali ini, jangan mudah putus asa.
Tingkatkan usaha mulai sekarang untuk persediaan pada tahun hadapan.
Sesungguhnya, semua pasukan yang berjaya sampai ke peringkat
kebangsaan ini merupakan pasukan yang hebat. Namun, begitulah adat
pertandingan. Perlu diingat, dalam apa jua pertandingan, bukan kejayaan
sahaja yang menjadi ukuran tetapi bagaimana peserta melalui perjalanan
sepanjang pertandingan ini adalah pengalaman yang lebih berharga.
Kerjasama berpasukan ibarat seikat bagai sirih, serumpun bagai serai,
sangat penting dalam mencipta kejayaan dalam pasukan.
Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah
Menengah anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia dilihat mampu menyuntik semangat
para peserta dalam mempertahankan prinsip keyakinan dan
keberanian dalam berbicara, menyatakan pendirian serta
mengutarakan hujah yang bernas dan teratur.
Seperti yang kita sedia maklum, pertandingan ini telah bermula
sejak tahun 1991 lagi, iaitu hampir 20 tahun yang lalu. Dalam tempoh
tersebut beberapa penambahbaikan dari aspek format dan pelibatan
sekolah turut mengalami perubahan. Ini bertujuan untuk mencapai
matlamat dan objektif pertandingan. Pertandingan ini bukan sahaja
dapat melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang
berani dan berfikiran tajam dengan mengutarakan hujah-hujah yang
bernas secara spontan malah elemen-elemen ini penting dalam
membina kemenjadian murid dalam bidang kebahasaan.
Para peserta pula diharap dapat memperoleh pengalaman yang
sangat berharga serta membantu menyerlahkan keterampilan diri
terutamanya dalam mengemukakan dan mempertahankan pendapat
dalam satu-satu perkara. Hal ini membolehkan para peserta bertindak
secara aktif, kreatif, dan kritis. Berbeza dengan pelaksanaan
pertandingan bahas sebelum ini, tahun 2020 dan 2021 merupakan
tahun yang sangat mencabar kepada kita semua khususnya dalam
sektor pendidikan yang membataskan hampir semua aktiviti sosial dan
fizikal. Namun, itu bukanlah alasan untuk kita tidak menggerakkan
program kokurikulum untuk anak-anak kita.
Hadirin dan hadirat sekalian,
KPM sentiasa mencari formula terbaik dalam menggalakkan
lebih ramai murid sekolah melibatkan diri dalam apa juga program
kokurikulum. Ini sejajar dengan matlamat KPM agar murid sentiasa
aktif dengan menyertai pelbagai program sepanjang tahun.
Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya merakamkan ucapan
terima kasih dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana
Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah
Peringkat Kebangsaan ini atas usaha, kerjasama dan komitmen yang
diberikan sepanjang penganjuran program. Anda semua berjaya
memanfaatkan situasi mencabar ini sebagai peluang untuk
melakarkan sejarah dengan penganjuran pertandingan secara dalam
talian. Semoga segala sumbangan tenaga dan kepakaran dalam
mengurus pertandingan ini akan mendapat keberkatan daripada Allah
SWT.
Akhir kata, dengan lafaz “Bismillahhirrahmanirrahim, saya
merasmikan Majlis Penutupan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu
Ala Parlimen Sekolah Menengah Secara Dalam Talian Peringkat
Kebangsaan Tahun 2021”.
Sekian,
Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum wbt.
YBHG. DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN
Bahas Ala Parlimen merujuk bentuk perbahasan sesuatu usul (cadangan)
di Parlimen. Dalam membahaskan sesuatu usul, pihak Kerajaan yang
diketuai oleh YAB Perdana Menteri dan dibantu oleh dua menteri lain
hendaklah membawa usul tersebut dan menterjemahkannya kepada
beberapa isu untuk dibahaskan. Seterusnya mereka mengemukakan
hujah, fakta serta contoh perihal sebab usul tersebut hendak
dikemukakan dan seterusnya dilaksanakan di dalam negara sekiranya
mendapat mandat 2/3 Ahli Dewan. Pihak Pembangkang (yang diketuai
oleh Ketua Pembangkang) pula akan menterjemahkan usul (melalui
persepsi berlainan) dan cuba menghujah, memberi fakta dan contoh
bantahan secara bersopan dan menjawab sebab usul tersebut harus
ditolak. Setelah sesuatu usul tersebut selesai diperdebatkan barulah
Yang Dipertua Dewan mendapatkan pengundian. Keputusan hendaklah
diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan dalam Pertandingan Bahas Ala
Parlimen.
OBJEKTIF
• Memperkenalkan satu format perbahasan yang menarik dan
mencabar kepada murid-murid sesuai dengan institusi persekolahan
sebagai pusat kecemerlangan.
• Bagi melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang
berani dan berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran hujah
secara spontan.
• Melahirkan murid-murid yang berkemahiran mengutarakan hujah-
hujah yang bernas dan teratur.
JAWATANKUASA INDUK
PENAUNG
YB DATUK DR. RADZI JIDIN
MENTERI PENDIDIKAN
PENASIHAT 1
DATO’ DR. MAH HANG SOON
TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN 1
PENASIHAT 2
YB DATUK MOHAMAD BIN ALAMIN
TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN 2
PENGERUSI
DATIN SRI HJH. NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA, KPM
TIMBALAN PENGERUSI
DATO’ HAJI ADZMAN BIN TALIB
TIMBALAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
SEKTOR OPERASI SEKOLAH, KPM
DR. AHMAD RAFEE BIN CHE KASSIM
TIMBALAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA,
SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME
KEGURUAN, KPM
SETIAUSAHA
PENGARAH
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN (BSKK)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
NAIB SETIAUSAHA
TUAN SHAMSUDDIN BIN MUSTAPHA
TIMBALAN PENGARAH
SEKTOR DASAR, PERANCANGAN DAN PENYELARASAN
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN (BSKK)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENOLONG SETIAUSAHA
YBrs DR. FAIZULIZAMI BINTI OSMIN
KETUA PENOLONG PENGARAH
SEKTOR PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN SUKAN,
KOKURIKULUM DAN KESENIAN,
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN (BSKK)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
EX OFFICIO
PUAN RIZAWANI BINTI MUSTAFA
PENOLONG PENGARAH
SEKTOR PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN SUKAN,
KOKURIKULUM DAN KESENIAN,
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN (BSKK)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
AHLI JAWATANKUASA
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERLIS
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN PERAK
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
JAWATANKUASA PENGELOLA
PENASIHAT
PENGARAH
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN (BSKK)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGERUSI
TUAN ABDUL RASHID BIN ABDUL SAMAD
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG
TIMBALAN PENGERUSI
TUAN MOHAMAD SAID BIN IBRAHIM
TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG
NAIB PENGERUSI
TUAN SHAMSIR BIN JEMAIN
KETUA PENOLONG PENGARAH
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG
SETIAUSAHA
ENCIK MOHD HAFIFE BIN ABDUL HALIM
PENOLONG PENGARAH
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG
PENOLONG SETIAUSAHA
PUAN ASYRANI BINTI ABDUL SAMAT
PENOLONG PENGARAH
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG
BENDAHARI
KETUA UNIT KEWANGAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG
AHLI JAWATANKUASA
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TIMUR LAUT
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BARAT DAYA
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA
JAWATANKUASA KERJA
PENGURUS PERTANDINGAN
PUAN ASYRANI BINTI ABDUL SAMAT
PENOLONG PENGARAH
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG
JAWATANKUASA ICT, PENYIARAN DAN RAKAMAN
ENCIK MOHD AIZAT BIN ABDUL JALIL
PENOLONG PENGARAH
SEKTOR SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG
JAWATANKUASA TEKNIKAL PENGENDALIAN
PERTANDINGAN
KETUA TEKNIKAL BAHAS BAHASA MELAYU
ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN
PUAN BISMILLAH BINTI ASHGAR ELLEY
SMK BERTAM INDAH
TEKNIKAL BAHAS BAHASA MELAYU
ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT KEBANGSAAN
PUAN NORHAYATI BINTI UTHMAN
SMK TELUK KUMBAR
PUAN FATIMAH BINTI MAT YUSOFF
SMK TELUK KUMBAR
JAWATANKUASA TEKNIKAL POWER MATCH
KETUA TEKNIKAL POWER MATCH
PUAN IZWANUM BINTI ABDUL WAHID
KETUA UNIT PEMBANGUNAN INSANIAH
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG
TEKNIKAL POWER MATCH
ENCIK MUHAMAD HAKIM BIN AZAMAN@AZMAN
SK KUALA KUBU BHARU
SELANGOR DARUL EHSAN
ENCIK SYED FAHMI AKMAL BIN SYED ISA
SK PULAU INDAH 2
SELANGOR DARUL EHSAN
JAWATANKUASA PEMBINAAN GOOGLE SITE
PERTANDINGAN
ENCIK MOHD FAUZI BIN HASHIM
SK SUNGAI GELUGOR
JAWATANKUASA BACAAN DOA
ENCIK MURAD BIN HUSSAIN
SK SAUJANA INDAH
JAWATANKUASA TEKS UCAPAN DAN
PENGACARA MAJLIS
PUAN JULAYDA BINTI MD. HASHIM
SK BERTAM INDAH
ENCIK AHMAD BAQI BIN YAHAYA
SK KEPALA BATAS
URUSETIA PERTANDINGAN
PUAN AIDA FARIHA BINTI ZAINUL AZHAR
SMK MENGKUANG
PUAN SITI HAJAR BINTI MD ISA
SMK BUKIT JAMBUL
CIK NABILLAH HUDA BINTI JAAFAR
SMK BAYAN LEPAS
CIK NURHAZIRAH BINTI HALIM
SMK BAYAN LEPAS
JAWATANKUASA HEBAHAN DAN PROMOSI
PUAN SITI KHADIJAH BINTI ALIAS
SK TAMAN IMPIAN
JAWATANKUASA MULTIMEDIA
ENCIK MOHD SAIFUL AZUAR BIN ABDUL SOTER
SMK TELUK BAHANG
JAWATANKUASA PENYELARAS BILIK MAYA
KETUA PENYELARAS BILIK MAYA
ENCIK MOHAMMAD SYAZWI BIN ROSLAN
SK PAUH JAYA
PENYELARAS BILIK MAYA
ENCIK MOHD MUKTASIM BIN MOHD ROSLI
SMK RAJA TUN UDA
ENCIK MOHD FAZRIL BIN HUSSAIN
SK PERMATANG PAUH
PUAN NUR SUZIEYANI BINTI MOHD DAHLAN
SK SEBERANG JAYA 2
ENCIK MUHAMMAD HAFIZ BIN HARUN
SK BAYAN BARU
ENCIK SHAMSUL ZAIDI BIN ZAINAL ABIDIN
SK PAUH JAYA
PUAN SITI NURHIDAYUH LEE BINTI ABDULLAH
SK PAUH JAYA
PUAN MARWATI BINTI BAHARUDIN
SK PAUH JAYA
PUAN NOORAINI BINTI ABDUL RAHMAN
SK TANAH LIAT
ENCIK MOHD SANI BIN YUSOF
SK TANAH LIAT
ENCIK MOHD FAUZI BIN HASHIM
SK SUNGAI GELUGOR
PUAN NADHRAH BINTI ABDUL KARIM
SK KAMPONG TO’ BEDOR
ENCIK MOHD EZZUAN BIN HASHIM
SK GENTING
ENCIK MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHAMMAD AZMI
SK CONVENT GREEN LANE
PUAN NORSHAFILA BINTI AZMI
SK PAUH JAYA
PUAN NUR AMALINA BINTI MOHD NOOR
SK MINDEN HEIGHT
PUAN NUR ADZRINI BINTI BINTI MOHD NAYAN
SK MINDEN HEIGHT
PUAN SHAZUANA BINTI MOHAMAD SAAD
SK MINDEN HEIGHT
PUAN ZURAIDAH BINTI ABDUL RAHMAN
SK PAUH JAYA
PUAN HOO POOI YEE
SK PAUH JAYA
PUAN HANAN BINTI HAJI OMAR
SK PAUH JAYA
JADUAL
PERTANDINGAN
8 NOVEMBER 2021
MASA ATURCARA
8.30 – 9.30 PAGI TAKLIMAT TEKNIKAL/HAKIM/
PENYELARAS ICT
SESI UJI TALIAN
9.30 – 11.30 PAGI Sabah dan Perlis
Sarawak dan Kedah
Johor dan Pulau Pinang
Negeri Sembilan dan Perak
Melaka dan Kelantan
Selangor dan Terengganu
Pahang dan Swing Team
WP Kuala Lumpur dan WP Labuan
2.00 – 2.30 PETANG
Majlis Pembukaan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen
Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan
PUSINGAN AWAL 1 (2.30 – 4.30 PETANG)
2.30 – 2.40 PETANG Undian
2.45 – 3.00 PETANG Kuarantin
3.00 – 4.30 PETANG Perbahasan Pusingan Awal 1
SELINGAN 1
9 NOVEMBER 2021
MASA ATURCARA
PUSINGAN AWAL 2 (9.00 – 11.00 PAGI)
9.00 – 9.10 PAGI Undian
9.15 – 9.30 PAGI Kuarantin
9.30 – 11.00 PAGI Perbahasan Pusingan Awal 2
SELINGAN 2
12.30 TENGAH HARI – PENGURUSAN DIRI / MAKAN
2.00 PETANG TENGAH HARI / SOLAT
PUSINGAN AWAL 3 (2.30 – 4.30 PETANG)
2.30 – 2.40 PETANG Undian
2.45 – 3.00 PETANG Kuarantin
3.00 – 4.30 PETANG Perbahasan Pusingan Awal 3
SELINGAN 3
10 NOVEMBER 2021
MASA ATURCARA
PUSINGAN SUKU AKHIR (9.00 – 11.30 PAGI)
9.00 – 9.10 PAGI Undian
9.15 – 9.30 PAGI Kuarantin
9.30 – 11.00 PAGI Perbahasan Pusingan Suku Akhir
SELINGAN 4
12.30 TENGAH HARI – PENGURUSAN DIRI / MAKAN
2.00 PETANG TENGAH HARI / SOLAT
PUSINGAN SEPARUH AKHIR (2.30 – 5.00 PETANG)
2.30 – 2.40 PETANG Undian
2.45 – 3.00 PETANG Kuarantin
3.00 – 5.00 PETANG Perbahasan Pusingan Separuh
Akhir
SELINGAN 5
11 NOVEMBER 2021
MASA ATURCARA
PUSINGAN AKHIR (8.30 – 11.00 PAGI)
8.30 – 8.40 PAGI Undian
8.50 – 9.20 PAGI Kuarantin
9.30 – 11.00 PAGI Perbahasan Pusingan Kedua
SELINGAN 6
Majlis Perasmian Penutupan Bahas Bahasa Melayu Ala
Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun
2021
ATUR CARA
MASA ATUR CARA
2.30 PETANG • NYANYIAN LAGU NEGARAKU
• BACAAN DOA
• UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU
PINANG
(TUAN ABDUL RASHID BIN ABDUL SAMAD)
• UCAPAN PERASMIAN PENUTUP
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN
MALAYSIA
(DATIN SRI HJH. NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID)
• PERSEMBAHAN BORIA
• PERSEMBAHAN MONTAJ
• PENGUMUMAN KEPUTUSAN
SEKALUNG PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan
terima kasih atas kerjasama dan
sokongan yang telah diberikan kepada
semua pihak yang telah terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan majlis ini.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG