Perasmian oleh: Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tempat Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP, Kuala Lumpur. Anjuran Dewan Bahasa Pustaka SEMINAR KEBANGSAAN PENERBITAN BUKU BERBAHASA MELAYU “Memperkasakan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu” 26 Mac 2024 (Selasa) 8.00 pagi – 8.00 malam 27 Mac 2024 (Rabu) 8.00 pagi – 5.00 petang | | Tarikh dan Masa
SEMINAR KEBANGSAAN PENERBITAN BUKU BERBAHASA MELAYU “Memperkasakan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu”
3 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu yang bertemakan “Memperkasakan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu” berjaya dilaksanakan. Seminar ini seharusnya bukan sekadar menjadi suatu wadah bicara ilmiah yang rutin, bahkan bermatlamat untuk memartabatkan penerbitan buku berbahasa Melayu kini, baik pada peringkat negara mahupun di persada dunia. Kesinambungan kegemilangan penerbitan dalam bahasa Melayu perlu diwujudkan dan diperkukuh bagi menampilkan kualiti penerbitan buku berbahasa Melayu. Penganjuran seminar ini membolehkan Dewan Bahasa dan Pustaka mengenal pasti cabaran dan cadangan penyelesaian dalam industri penerbitan yang dihadapi oleh para penerbit dalam usaha menghasilkan bahan bercetak dan digital dalam bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, seminar ini juga akan menjadi suatu wadah untuk pemain industri yang terlibat dalam bidang penerbitan untuk bertukar-tukar fikiran dan pandangan terhadap perkembangan semasa penerbitan buku berbahasa Melayu. Terima kasih saya ucapkan kepada semua penggerak seminar, pengucap utama, pembentang kertas kerja, ahli panel forum, moderator serta semua pihak yang memberikan pandangan dan cadangan dalam pelaksanaan seminar ini. Syabas kepada Dewan Bahasa dan Pustaka dan semua pihak yang terlibat kerana terus berusaha memartabatkan bahasa Melayu dalam penerbitan buku pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Selamat maju jaya! Perutusan Perdana Menteri YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI
4 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. B ersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya, Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui sinergi dan kerjasama yang erat dalam kalangan pelbagai pihak. Penganjuran seminar ini merupakan suatu usaha murni untuk menghimpunkan para penerbit buku bercetak dan digital bagi membincangkan isu terkini dunia penerbitan, termasuklah isu hak cipta, dalam suatu pertemuan bersifat kebangsaan. Pemilihan tema “Memperkasakan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu” merupakan simbolik bagi menyokong usaha Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini selaras dengan fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan penerbit utama negara yang berperanan untuk memandaikan masyarakat melalui penerbitan buku yang berkualiti dan berimpak tinggi. Sewajarnya, seminar ini amat penting untuk dilaksanakan sebagai wadah untuk membicarakan isu dan cabaran dunia penerbitan pada masa kini, serta mencari jalan keluar daripada isu yang mencengkam usaha penerbitan buku berbahasa Melayu di negara kita. Akhir kalam, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang berganding bahu menjayakan Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu, terutama kepada para ilmuwan, pemain industri penerbitan, pihak berkepentingan, penulis dan pembentang kertas kerja yang berkongsi ilmu dan buah fikiran untuk dimanfaatkan oleh peserta seminar dan masyarakat umum. Perutusan Menteri Pendidikan YB FADHLINA SIDEK MENTERI PENDIDIKAN
5 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran, Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu dapat dilaksanakan pada hari ini. Seminar ini wajar dilaksanakan selaras dengan fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan penerbit utama negara yang berperanan untuk memandaikan masyarakat melalui penerbitan buku yang berkualiti dengan pematuhan terhadap Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332). Pelaksanaan seminar ini menyokong usaha Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang selari dengan Pelan Strategik Dewan Bahasa dan Pustaka 2021– 2025, di bawah Teras Strategik Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan di bawah Tema Strategik yang kedua, iaitu Masyarakat Berilmu. Oleh hal yang demikian, penganjuran seminar ini bertepatan pada masanya dan seiring dengan usaha untuk mendapatkan input daripada ilmuwan, tokoh, penulis dan pemain industri penerbitan berdasarkan tema-tema yang telah dikenal pasti. Semoga ruang pertemuan ini dapat dimanfaatkan untuk bertukar-tukar pandangan dan menjawab semua permasalahan berkaitan dengan dunia penerbitan pada masa kini. Sehubungan dengan hal itu, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan seminar ini. Penghargaan yang tidak berbelah bagi juga diucapkan kepada pembentang kertas kerja yang telah menghasilkan kajian tentang isu dan cabaran dalam dunia penerbitan yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah hak cipta, penterjemahan, kandungan, pencetakan, pengedaran dan pemasaran. Sesungguhnya, Dewan Bahasa dan Pustaka amat menghargai sumbangan dan kerjasama ini. Perutusan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka SASTERAWAN NEGARA DATO’ DR. MOHD ANUAR HAJI RETHWAN PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.
6 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kami, warga DBP memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kurniaan nikmat yang dilimpahkan-Nya sehingga rancangan dan persiapan untuk mengadakan Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu berjaya dilangsungkan selama dua hari, iaitu pada 26 – 27 Mac 2024. Sebagai agensi kerajaan yang berperanan penting untuk memartabatkan bahasa dan sastera melalui penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka wajar mengambil langkah melaksanakan seminar seperti ini dengan penyertaan yang menyeluruh daripada semua pemain industri penerbitan agar segala isu yang berkaitan dengan dunia penerbitan dapat diteliti secara tuntas dan mendalam. Penganjuran seminar ini membolehkan hal-hal terkini berkaitan dengan perkembangan, pengalaman dan cabaran dunia penerbitan termasuklah pengurusan hak cipta dapat dikongsi kepada semua pihak yang terlibat dalam industri ini. Seminar penerbitan ini wajar dilaksanakan bagi memberikan kefahaman kepada penulis, penerbit dan pihak berkepentingan terhadap aspek dan pengurusan hak cipta. Seminar ini melibatkan pembentang kertas kerja yang terdiri daripada para ilmuwan, persatuan penulis, kakitangan agensi penerbitan kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan, pemain industri penerbitan dan penulis. Sesungguhnya, dalam usaha mengembangkan penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak boleh bersendirian kerana tanggungjawab ini haruslah dipikul bersama-sama. Dewan Bahasa dan Pustaka sentiasa membuka ruang dan peluang bagi membentuk kerjasama dengan mana-mana pihak untuk menganjurkan seminar, wacana, diskusi atau penerbitan buku. Bagi pihak semua warga kerja Dewan Bahasa dan Pustaka, saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada hadirin hadirat yang sudi menyertai seminar ini. Perutusan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka DR. HAZAMI JAHARI KETUA PENGARAH, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.
7 Latar Belakang Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu yang diadakan pada 26 – 27 Mac 2024 merupakan medan pertemuan para pemain industri penerbitan, penulis dan ilmuwan untuk bertukar-tukar pandangan dan menjawab permasalahan berkenaan dengan dunia penerbitan masa kini. Seminar ini merupakan kesinambungan kepada seminar dan persidangan terdahulu seperti yang berikut: (i) Seminar Penerbitan Buku dalam Bahasa Malaysia pada 7 – 9 November 1981 di Balai Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka yang melibatkan penyertaan peserta dan pembentang dari Singapura, Indonesia, Brunei Darussalam, India dan Jepun. (ii) Seminar Penerbitan Kebangsaan 2003 pada 13 Mac 2003 yang melibatkan pembentang kertas kerja dari Dewan Bahasa dan Pustaka, penerbit Institusi Pengajian Tinggi Awam, Institut Terjemahan & Buku Malaysia dan Yayasan Pembangunan Buku Negara. (iii) Persidangan Industri Buku Kebangsaan pada 25 – 26 April 2015 bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015. Seminar ini membincangkan isu yang berkaitan dengan tema “Memperkasakan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu”. Secara khusus, seminar ini diadakan bertujuan: (i) Menghimpunkan para penerbit buku bercetak dan digital bagi membincangkan isu terkini dunia penerbitan, termasuklah isu hak cipta, dalam suatu pertemuan bersifat kebangsaan. (ii) Menyokong usaha Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. (iii) Menyokong fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan penerbitan utama negara yang berperanan penting dalam memandaikan masyarakat melalui penerbitan buku yang berkualiti. (iv) Mengenal pasti cabaran dan cadangan penyelesaian dalam industri penerbitan yang dihadapi oleh para penerbit dalam usaha menerbitkan bahan bercetak dan digital dalam bahasa Melayu bagi memperkasakan penerbitan buku berbahasa Melayu. (v) Membuka ruang kepada semua pihak, khususnya pemain industri yang terlibat dalam bidang penerbitan bertukar-tukar fikiran dan pandangan terhadap perkembangan dunia penerbitan di Malaysia. (vi) Memberikan kefahaman kepada penulis, penerbit dan pihak berkepentingan terhadap aspek dan pengurusan hak cipta. Objektif
8 Atur Cara SEMINAR KEBANGSAAN PENERBITAN BUKU BERBAHASA MELAYU DAN MAJLIS PELANCARAN BUKU TERBITAN DBP Pengacara Majlis : Puan Nor Azleenda Abdul Hadi : Puan Nur Shahirah Omar : Encik Muhammad Ismail Mohd Dzulkarnaen Pembaca Ayat Suci al-Quran : Encik Mohamad Hazim Mohd Zahari Pembaca Doa dan Terjemahan Ayat Suci al-Quran 8.00 pagi : Pendaftaran 9.00 pagi : Bacaan Doa : Sidang Pleno 1: Hala Tuju Industri Buku Negara 11.00 pagi : Rehat 11.30 pagi : Ketibaan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. : Nyanyian Lagu Negaraku : Lafaz Ikrar Rukun Negara : Bacaan Ayat Suci al-Quran dan Terjemahannya : Kata Alu-aluan oleh YBhg. SN Dato’ Dr. Mohd Anuar Haji Rethwan, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka. : Penyampaian Ucaptama I oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. : Pelancaran Buku Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka : Penyampaian Cenderamata 1.00 tengah hari : Rehat 2.30 petang : Sidang Pleno 2: Hak Cipta dan Karya 6.00 petang : Sesi Perkongsian Ilmu : Majlis Berbuka Puasa bersempena dengan Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu 26 Mac 2024 (Selasa) Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP, Kuala Lumpur. : Encik Abdul Latiff Mohd Samsudin
9 Pengacara Majlis : Puan Norhasmanalinda Mustapa : Puan Nur Shahirah Omar : Encik Muhammad Ismail Mohd Dzulkarnaen Pembaca Doa : Encik Mohamad Hazim Mohd Zahari Atur Cara SEMINAR KEBANGSAAN PENERBITAN BUKU BERBAHASA MELAYU DAN MAJLIS PELANCARAN BUKU KANAK-KANAK DAN REMAJA 27 Mac 2024 (Rabu) Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP, Kuala Lumpur. 8.00 pagi : Pendaftaran 9.00 pagi : Ketibaan YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan. : Nyanyian Lagu Negaraku : Lafaz Ikrar Rukun Negara : Bacaan Doa : Kata Alu-aluan oleh YBrs. Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. : Penyampaian Ucaptama II oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan. : Pelancaran Buku Kanak-kanak dan Remaja 10.00 pagi : Rehat 10.30 pagi : Sidang Pleno 3: Kandungan dalam Penerbitan 12.00 tengah hari : Sidang Pleno 4: Pencetakan, Pengedaran dan Pemasaran 1.00 tengah hari : Rehat 2.30 petang : Sesi Forum: Memajukan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu 4.00 petang : : Pembentangan Resolusi Penangguhan Seminar oleh YBrs. Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. : Bersurai
10 Pengacara Majlis : Encik Mohd Saiful Amri Zainal Abidin Pembaca Doa : Encik Muhammad Ismail Mohd Dzulkarnaen * Kehadiran berdasarkan undangan. Atur Cara SESI DIALOG MEJA BULAT BERSAMA-SAMA PENULIS BERKAITAN DENGAN ISU HAK CIPTA 29 Mac 2024 (Jumaat) Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, Aras 6, Wisma DBP, Kuala Lumpur. 8.00 pagi : Pendaftaran : Bacaan doa 9.00 pagi : Sesi Dialog Meja Bulat Bersama-sama Penulis Berkaitan dengan Isu Hak Cipta 12.30 tengah hari : Bersurai
11 Pengerusi: Puan Adibah Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kota Buku. Pembentang Kertas Kerja Tajuk Pembentang Kertas Kerja 1: YBhg. SN Dato’ Dr. Mohd Anuar Haji Rethwan Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka. Penulisan Buku, Peluang dan Cabaran Pembentang Kertas Kerja 2: YBhg. Dato’ Dr. Jeniri Amir Ketua Pegawai Eksekutif, Tribune Press Sdn. Bhd. Dunia Penerbitan Pembentang Kertas Kerja 3: YBrs. Dr. Hazami Jahari Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka. Hala Tuju Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Pembentang Kertas Kerja 4: Puan Aidatul Hasnida Abdul Rani Pengarah Pembangunan Koleksi, Perpustakaan Negara Malaysia. Peranan Perpustakaan Negara Malaysia dalam Penerbitan di Malaysia Pembentang Kertas Kerja 5: Tuan Hj. Mohd Khair Ngadiron Pengarah, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Peranan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dalam Merancakkan Industri Buku Negara Pelapor 1: Puan Suzana Akma Sharifudin Pelapor 2: Puan Sufi Noryani Supian Pengacara Majlis: Puan Nur Shahirah Omar Jadual Sidang Pleno 1 HALA TUJU INDUSTRI BUKU NEGARA 26 Mac 2024 (Selasa) 9.00 – 11.00 pagi Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP.
12 Pengerusi: YBrs. Dr. Rosmani Omar, Ketua Editor Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka. Pembentang Kertas Kerja Tajuk Pembentang Kertas Kerja 6: YBrs. Prof. Dr. Nazura Abdul Manap Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Urusan Wajar dalam Akta Hak Cipta 1987 Pembentang Kertas Kerja 7: Puan Fauzilahyatun Mustafa Pengarah Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Etika dalam Penulisan dan Hak Cipta Dewan Bahasa dan Pustaka Pembentang Kertas Kerja 8: Encik Mohd Azree Mohd Ariffin Pengarah Urusan, Rimau Rights Sdn. Bhd. Pemetaan Sektor Penerbitan Buku dalam Industri Berasaskan Hak Cipta Pembentang Kertas Kerja 9: Puan Rosma Ishak Timbalan Pengarah, UUM Press, Universiti Utara Malaysia. Pemantauan Aktiviti Cetak Rompak Pelapor 1: Puan Kanartinii a/p Muniandy Pelapor 2: Puan Adilah Zulkiffli Pengacara Majlis: Encik Muhammad Ismail Mohd Dzulkarnaen Jadual Sidang Pleno 2 HAK CIPTA DAN KARYA 26 Mac 2024 (Selasa) 2.30 – 5.00 petang Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP.
13 Pengerusi: YBrs. Dr. Faezah Muhayat, Editor Kanan Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka. Pembentang Kertas Kerja Tajuk Pembentang Kertas Kerja 10: Puan Hariza Mohd. Yusof Pengarah, Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia. Kandungan Karya Digital dalam Buku Ilmiah Pembentang Kertas Kerja 11: YBhg. Dato’ Ahmad Redza Ahmad Khairuddin Presiden, Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia. Pembangunan Kandungan Buku Kanak-kanak dan Remaja (Peringkat Antarabangsa) Pembentang Kertas Kerja 12: Encik Noor Amin Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah, Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Karya Terjemahan dalam Pembangunan Industri Buku Negara Pembentang Kertas Kerja 13: YBrs. Prof. Dr. Hamedi Mohd Adnan Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi, Universiti Malaya. Penerbitan sebagai Suatu Industri: Sejarah dan Potensinya di Malaysia Pelapor 1: Puan Norfadhilah Mahdi Pelapor 2: Puan Magdaline Carol anak Eteng@Ating Pengacara Majlis: Encik Muhammad Ismail Mohd Dzulkarnaen Jadual Sidang Pleno 3 KANDUNGAN DALAM PENERBITAN 27 Mac 2024 (Rabu) 10.30 pagi – 12.00 tengah hari Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP.
14 Pengerusi: Encik Ahmad Sayuti Mohd Yusob, Editor Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka. Pembentang Kertas Kerja Tajuk Pembentang Kertas Kerja 14: Puan Ainon Mohd. Pengerusi Lembaga Pengarah, Penerbit PTS Media Group Sdn. Bhd. Trend Pengedaran dan Pemasaran Buku Berbahasa Melayu Pembentang Kertas Kerja 15: Encik Syazrul Aqram Sulaiman Setiausaha Kehormat, Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA). Memenuhi Permintaan Pasaran melalui Pencetakan Masa Kini Pelapor 1: Puan Asmahanim Ab. Rahman Pelapor 2: Puan Suzanti Abd. Aziz Pengacara Majlis: Encik Muhammad Ismail Mohd Dzulkarnaen Jadual Sidang Pleno 4 PENCETAKAN, PENGEDARAN DAN PEMASARAN 27 Mac 2024 (Rabu) 12.00 – 1.00 tengah hari Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP.
15 Moderator: Encik Ahmad Fedtri Yahya, Penerbit Eksekutif. Ahli Panel Tajuk Panel 1: YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid Profesor Adjung, Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz, Universiti Malaya. Memartabatkan Bahasa Melayu dalam Penerbitan Ilmiah Panel 2: Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor Presiden, Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA). Merancakkan Ekonomi Perbukuan Buku Berbahasa Melayu Panel 3: YBrs. Dr. Poh Swee Hiang Penerbit Pelangi Pengalaman Penerbit Swasta dalam Konteks Buku Teks Pelapor 1: Puan Salona Salleh Pelapor 2: Encik Md. Shukuri Hamzah Pengacara Majlis: Puan Nur Shahirah Omar Sesi Forum: Memajukan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu 27 Mac 2024 (Rabu) 2.30 – 4.00 petang Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP.
16 Pengerusi: YBrs. Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahli Panel Tajuk Panel 1: YBrs. Prof. Madya Rohazar Wati Zuallcobley Fakulti Undang-undang, UiTM Shah Alam. Isu Hak Cipta dalam Penerbitan Panel 2: YBrs. Prof. Dr. Nazura Abdul Manap Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Karya Hak Cipta Panel 3: Encik Noor Aliff Musa Penolong Pengarah, Bahagian Hak Cipta, Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Isu Harta Intelek Pelapor 1: Puan Nurul Nadhirah Mohd. Isa Pelapor 2: Puan Aina Aqilah Ishak Pengacara Majlis: Encik Mohd Saiful Amri Zainal Abidin Pembaca Doa: Encik Muhammad Ismail Mohd Dzulkarnaen * Kehadiran berdasarkan undangan. Sesi Dialog Meja Bulat Bersama-sama Penulis Berkaitan denganIsu Hak Cipta 29 Mac 2024 (Jumaat) 8.00 pagi – 12.30 tengah hari Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, Aras 6, Wisma DBP.
1717 Pengerusi : YBrs. Dr. Hazami Jahari Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka. Timbalan Pengerusi I : Tuan Haji Md Johari Hasan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Dewan Bahasa dan Pustaka. Timbalan Pengerusi II : Puan Fauzilahyatun Mustafa Pengarah Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Setiausaha I : Encik M. Azahari Edin Ketua Editor Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka. Setiausaha II : Puan Norhanifah Mohamed Ketua Bahagian Harta Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka. Timbalan Setiausaha I : Puan Filzah Ibrahim Ketua Unit Sains Teknologi, Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka. Timbalan Setiausaha II : Puan Nik Azianna Khairudin Editor Unit Sains Teknologi, Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatankuasa Pelaksana
18 Ahli : YBrs. Dr. Rosmani Omar Tuan Haji Ruslan Abdull Raffar YM Tengku Fauziah Ku Mat Encik Mohd Azam Juhari Encik Hasmadi Mohd Ali Puan Naimah Yusof Encik Saifudin Abu Bakar Puan Noriyani Yusoff Encik Shah Rizal Azwan Ghazali Encik Sharrul Rizal Hashim Encik Rusman Yaacob
19 JAWATANKUASA KECIL SAMBUTAN, PUBLISITI DAN PROMOSI Pengerusi Encik Sharrul Rizal Hashim Ahli Puan Huznah Sa’it Puan Nurul Aina Borhan Puan Rohaida Baharudin Puan Yusaida Yusof Puan Fadhilah Ab. Bahar Puan Siti Zubaidah Sekak Puan Rabi’atuladawyah Md. Saleh Puan Raba’ah Jaffar Puan Norsuhaila Ibrahim Encik Muhammad Rafiq Abdul Rahman Puan Fatin Syazana Zulkafali Encik Muhamad Hakimi Abd Rani Puan Louisa Hoya anak Jantai Puan Nurul Ameera Muhamad Jefri Encik Muhammad Faisal Radzuan Puan Anima Rohaina Omar Encik Ahmad Izan Ismail JAWATANKUASA KECIL UNDANGAN DAN PENDAFTARAN Pengerusi Encik Mohd Azam Juhari Ahli Puan Hajah Azihani Md Mizan Puan Niarwati Jepon Puan Noor Hidayah Abdul Jalil Puan Nurul Adilah Hamdan Puan Rosmiza Ismail Jawatankuasa Kecil
20 Puan Nafisah Muhammad Nasir Encik Shahril Rizal Md Madar Sahib Puan Norliza Omar Puan Nurhuriyatina Salleh Puan Nurfarhana Hamzah Puan Nur Liyana Aqilah Zulkefli Puan Norrain Mohamad Nasir Puan Nurul Fateen Ulfa Abdul Rani Puan Fatin Suraya@Wati Hashim Puan Ain Amira Adnan Puan Nor Melati Ramlan JAWATANKUASA KECIL PENGINAPAN DAN PENGANGKUTAN Pengerusi Encik M. Azahari Edin Ahli Puan Siti Mariam Othman Puan Nor Hayati Abdul Rahman Encik Shahbudin Ali Othman JAWATANKUASA KECIL JAMUAN Pengerusi Puan Hajah Noriyani Yusoff Ahli Puan Zawinnajah Md Kaslan Puan Haziah Che Husin Puan Hendun Ibrahim Puan Siti Masni Kospin Puan Shakira Khairudin Puan Azlin Asmuni Encik Muhammad Haziq Zakaria Puan Noreena Zolkeplee
21 Puan Ku Nurul Hidayah Ku Abd Rahman Puan Nurul Aziemah Ahmad Roslan Puan Siti Nur Hidayah Othman Bakar Puan Azilah Bahadun Puan Saliza Manap Puan Suhazlina Mohamed Samsudin Puan Eiein Refeeqa Zahari JAWATANKUASA KECIL CENDERAMATA DAN HADIAH Pengerusi YBrs. Dr. Rosmani Omar Ahli YBrs. Dr. Faezah Muhayat Encik Mohamad Arshad Sulaiman Puan Nurul Shaheza Zamri Puan Nurfarzana Wahid Puan Batrisyia Mohd Azani Encik Muhammad Nor Amirul Azhar Puan Nor Fazliatul Akmar Che Rani JAWATANKUASA KECIL KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN Pengerusi Encik Rusman Yaacob Ahli Encik Mohamad Hazim Mohd Zahari Encik Muhammad Ismail Mohd. Dzulkarnaen Encik Sulaiman Abdul Hamid Encik Norhalim Alang Ahmad Puan Siti Mariam Adris Encik Mohamaf Aieriz Makhtar Encik Saidbun Zakaria Puan Siti Norasikin Dzulkifli
22 JAWATANKUASA KECIL PERSIAPAN TEMPAT DAN KEMUDAHAN Pengerusi Encik Hasmadi Mohd Ali Ahli Encik Jamil Anuar Encik Mohammad Izwan Ismail Encik Mohd. Syafiq Md Ismail Encik Mohammad Nizar Adnan Encik Muhammad Syarifuddin Johal Encik Sutan Ahmad Nazri Ilias Encik Khairul Izwan Zakaria JAWATANKUASA KECIL PENERBITAN Pengerusi Encik Shah Rizal Azwan Ghazali Ahli Encik Mohd Fesal Muhammad Puan Munirah Ghazali Encik Safwan Sanusi Puan Nur Syafiqah Muzaffar JAWATANKUASA KECIL SESI PEMBENTANGAN DAN PELAPORAN Pengerusi Tuan Haji Ruslan Abdull Raffar Ahli Puan Marsilawati Mohamad Rani Encik Shahrun Nizal Mohd Nor Encik Md Shukuri bin Hamzah Puan Salona binti Salleh Puan Nurul Hafizah Che Mat Rudin Puan Suzanti Abd. Aziz Puan Noor Hidayah Abdul Jalil Puan Asmahanim Ab Rahman Puan Norfadhilah Mahdi
23 Puan Magdaline Carol anak Eteng@Ating Puan Suzana Akma Sharifuddin Puan Sufi Noryani Supian Puan Adillah Zulkifli Puan Nurul Nadhirah Mohd Isa Puan Kanartinii a/p Muniandy JAWATANKUASA KECIL KERTAS KERJA Pengerusi YM Tengku Fauziah Ku Mat Ahli Puan Zaidah Ahmad Rosly Puan Normala Mohamad Yusof Puan Nora Asyikin Abdul Hamid Encik Mulia Nasution Ahmat Puan Khairunnisa Ismail JAWATANKUASA KECIL PENGURUSAN ACARA Pengerusi Puan Norhanifah Mohamed Ahli Puan Mazfarina Marzuki Puan Zalimah Yahaya Encik Muhammad Haziq Zakaria Encik Aris Othman Puan Nor Aida Mohd Salleh Encik Abdul Latiff Mohd Samsudin Encik Muhamad Rafiq Abdul Rahman Puan Suria Janib Encik Mohd Saiful Amri Zainal Abidin Puan Fadhilah Othman Puan Zira Sakadi
24 Puan Zakiah Ahmed Encik Azruliady Zakaria JAWATANKUASA KECIL PAMERAN DAN DOKUMENTASI Pengerusi Puan Naimah Yusof Ahli Encik Abdul Razak Mohammad Encik Mohd Faizal Rus Rzerli Encik Nazrul J. Izzat Yaackob Encik Mohd Firdaus Poudzi Encik Saiful Abdull Rahim Puan Nur Hazirah Mohammad Fuad Encik Idzham Mispan Encik Muhammad Zulhusni Aiman Zamharir Encik Mohd Farid Janudin Encik Kamalisa Musa@Muslee Puan Zaidah Zakaria Encik Muhamad Syafiq Selamat Encik Mohamad Firdauz Abdul Razak Encik Hanafi Mohd Yusof Encik Mohd Sany Mhd Fadzil Encik Mohamad Adib Zulkifli Encik Mohd Nazmin Taharin Encik Khairul Azhar Baharuddin JAWATANKUASA KECIL PELANCARAN DAN JUALAN BUKU Pengerusi Encik Saifudin Abu Bakar Ahli Puan Fairuz Yaacob Puan Nur Hurul Najwa Samsudin
25 Encik Mohd Naim Mohd Khalid Encik Nuzul Fazli Zainuddin Puan Nur Fatihah Zainal Puan Nor Farah Izzati Jaafar Puan Hasnah Mohd Shahrom Encik Mohd Hizaimi Senin Encik Muhammad Lukman Abdullah Encik Rohaizat Abdul Rahim Encik Syauki Bazli Muhammad Saidi
26 Sekalung Penghargaan Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Pihak penganjur menghargai sumbangan tenaga, masa dan sokongan moral yang diberikan dalam menjayakan seminar ini.