MPU23012
MASALAH
PERGAULAN BEBAS
DALAPMEKLAAJLAARNGAN
1
NAMA PENSYARAH:
MOHD NORFAEEZWAN BIN
BUANG
JABATAN:
JABATAN PENGAJIAN
AM
2
SEMESTER 2 2021/2022
20DAT21F1029 NUR AQILAH
20DAT21F1059 AFIQAH BINTI
20DAT21F1069
AZMAN
NURUL AINI BINTI
ABDUL RAHMANSHAH
SITI NURAISAH
BINTI LET
3
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat ilahi atas nikmat yang diberikan kepada kami, nikmat
dan nikmat nyawa yang dianugerahkan kepada kami untuk menyiapkan
tugasan ini.
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekian
alam di muka bumi ini. Tuhan yang maha pemurah lagi maha pengasih,
Tuhan yang menguasai hari pembalasan, kepada mu kami memohon
pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang lurus,
iaitu jalan yang engkau redhai. Kami bersyukur atas nikmat yang engkau
limpahkan sehingga kami mampu untuk menyiapkan tugasan ini yang telah
di amanahkan oleh pendidik kami bagi subjek Penghayatan Etika Dan
Peradaban oleh Puan Farah Hanan Binti Abu Bakar iaitu merupakan
pensyarah daripada Jabatan Pengajian Am. Ribuan terima kasih kepada
Tuan Mohd Norfaeezwan atas perjuangan dan kepercayaan yang diberikan
kepada kami untuk menyiapkan dan melengkapkan tugasan E-Folio ini.
Ribuan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa kami yang telah
menyokong kami sebagai tulang belakang kerana telah memberi semangat
kepada kami untuk menyokong proses penyiapan tugasan ini.
Selain itu, tidak lupa juga dengan rakan-rakan seperjuangan kerana
sentiasa saling tolong menolong antara satu sama lain untuk menyiapkan
tugasan ini. Walaupun dalam pasca arus gelombang pandemic kini telah
memberi kesan kepada kita dalam sesi pembelajaran dan bersemuka untuk
melakukan tugasan, namun hal demikian bukanlah penghalang untuk kita
daripada menyiapkan tugasan projek ini dengan bersungguh-sungguh dan
berganding bahu untuk menyiapkan tugasan ini.
Akhir kata, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam menyiapkan tugasan ini tidak kira terlibat secara
langsung ataupun tidak langsung. Kami juga Menyusun sepuluh jari untuk
memohon maaf jika tersilap kata atau menyinggung perasaan sama ada
sengaja atau tidak sengaja.
4
ISI
KANDUNGAN
01PENGENALAN
6-8 FAKTOR FAKTOR
BERLAKUNYA PERGAULAN
02 BEBAS
KESAN-KESAN 9-16
BERLAKUNYA PERGAULAN
CARA-CARA MENGATASI
03BEBAS MASALAH PERGAULAN
0417-22 BEBAS
05KESIMPULAN 23-29
0630-31 RUJUKAN
07LAMPIRAN 32
33-34
5
Pengenalan
Pergaulan bebas dalam kalangan pelajar pada masa kini
semakin berleluasa, pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan
perempuan merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas
samaada ditempat sunyi mahupun di tempat awam. Pergaulan
bebas ini merupakan ciri- ciri zaman jahiliyyah dan berasaskan
sistem hidup masyarakat jahiliyyah.pergaulan bebas ini telah di
mansuh oleh islam sejak kedatangan Rasulullah SAW yang
membawa masyarakat islam berpandukan al Quran dan As-
Sunnah. Pergaulan bebas dalam pelbagai perkara bukan sahaja
anatara lelaki dan perempuan yang akhirnya terjerumus dalam
salah laku seks atau zina, Malah pergaulan bebas sering
dilibatkan dengan sesuatu yang negative seperti seks bebas,
narkoba, kehidupan malam dan sebagainya. Istilah yang dapat
diguna pakai adalah buaya darat, iaitu kebebasan dalam
melakukan sesuatu tanpa takut manyalahi masyarakat di
sekeliling.
Pada masa kini, masalah seksual dalam kalangan pelajar
politeknik semakain membimbangkan. Hal ini juga kerana
hilangnya sikap kesantunan dan kesopanan dalam jati diri
seseorang pelajar. Tambahan pula, ianya bertambah teruk
apabila seorang pelajar itu tidak mengamalkan harga diri, iaitu
sanggup menjaga maruah diri dalam kehidupan seharian.
Penympangan seks iaitu zina yang amat keji perbuatannya dan
harus dihindari oleh semua pelajar politeknik mahupun pelajar
di institusi yang lain. Oleh itu, perkara ini memerlukan
perhatian yang besar daripada semua pihak bagi
menyelamatkan pelajar-pelajar dari terus terjebak dalam isu ini.
Masalah pergaulan bebas dalam kalangan pelajar IPT telah lama
dibincangkan dan menjadi salah satu isu sosial penting di
negara ini.
6
Pelbagai pihak di setiap lapisan masyarakat memandang isu ini
sebagai satu masalah yang perlu ditangani secara holistik kerana
para remaja merupakan generasi yang akan mewarisi negara. Jika
kita tidak dapat melahirkan generasi akan datang yang
berwibawa maka pincanglah masa depan negara yang kita cintai
ini. Daripada perspektif ibubapa dan pensyarah pula, masalah
pergaulan bebas dalam kalangan pelajar IPT mencerminkan
kegagalan kita untuk melahirkan anak-anak remaja yang bakal
menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Islam telah mensyariatkan bahawa lelaki dan wanita wajib
diasingkan bermula dari umur sepuluh tahun lagi, lelaki dan
wanita yang bersaudara pula perlu dipisahkan dari tempat tidur
mereka. Manakala bagi lelaki dan wanita yang bukan bersaudara
pula perlu ditegah dari bergaul setelah mereka mencapai akil
baligh. Mengapa Islam mensyariatkan sedemikian rupa? Apakah
rahsia disebaliknya? Sesungguhnya setiap apa yang Allah S.W.T
syariatkan kepada umat manusia bukanlah suatu yang sia-sia
bahkan disebaliknya penuh dengan pelbagai hikmah dan
kebaikan yang tidak dapat diketahui melainkan dengan
penafsiran serta penelitian yang tinggi. Pelbagai perkara buruk
boleh berlaku seandainya kita tidak menjaga batasan di dalam
pergaulan di antara lelaki dan wanita ini antaranya ia akan
mengakibatkan pelbagai masalah sosial sebagaimana yang ada
disebut di atas bermula dengan zina, kemudian membawa kepada
hamil sebelum nikah dan akhirnya timbullah kes pembuangan
bayi yang tidak berdosa.
Apa yang menyedihkan ialah masalah sebegini sebenarnya telah
tersebar dalam kalangan para remaja serta muda-mudi di negara
ini. Lebih mengejutkan lagi ianya turut melanda mahasiswa dan
mahasiswi di IPT yang mana mereka ini adalah dikategorikan
sebagai intelektual yang merupakan pelapis negara yang bakal
menerajui kepimpinan sekaligus diharapkan dapat
membangunkan dan memajukan negara ini pada suatu masa akan
datang.
7
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dilihat menjadi
penyumbang kepada masalah kebejatan akhlak dalam
masyarakat Malaysia kini khususnya di kalangan mahasiswa
Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Dalam konteks kehidupan
mahasiswa, antara masalah yang begitu ketara dihadapi oleh
mereka ialah kegagalan menguruskan perasaan dan emosi
dengan betul dan berkesan.
Terdapat mahasiswa universiti atau kolej yang terlibat dalam
perbuatan zina, kehamilan luar nikah, seterusnya pengguguran
bayi sehingga menjejaskan pelajaran yang sepatutnya
diutamakan. Malangnya ada antara mahasiswa yang terlibat
dalam gejala tidak bermoral ini terdiri dari pelajar pintar yang
menjadi harapan semua pihak terutama ibu bapa dan keluarga.
Perbuatan yang dilakukan tidak hanya mencemar maruah diri
tetapi turut mencemarkan nama ibu bapa di mata masyarakat.
Insiden yang berlaku ini sedikit sebanyak memperlihatkan
bahawa mereka masih tidak mempunyai prinsip yang teguh dan
benteng diri yang kukuh untuk berdepan dengan cabaran dunia
remaja.
Maka dengan ini, sewajarnya kita dekatilah mereka dan
bimbinglah mereka yang bermasalah agar mereka ini tidak terus
dilalaikan dengan maksiat. Dengan itu, gejala sosial dalam
kalangan mahasiswa dapat ditangani dengan lebih efektif. Pihak
politeknik terutamanya bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)
perlulah memainkan peranan yang sewajarnya dalam menangani
gejala sosial dalam kalangan mahasiswa dah mahasiswi. Justeru,
dasar pengasingan penginapan mengikut jantina diharapkan
dapat dilaksanakan secara menyeluruh untuk setiap kolej
kediaman mahasiswa dan mahasiswi oleh pihak politeknik.
Inilah langkah asas yang dilihat paling praktikal dalam
menangani gejala sosial dalam kalangan mahasiswa selain
penguatkuasaan peraturan tatatertib politeknik terhadap pelajar
dengan konsisten dan berhemah.
8
FAKTOR-FAKTOR
BERLAKUNYA
PERGAULAN BEBAS
PENGARUH
RAKAN SEBAYA
PENHAYATAN ILMU
AGAMA YANG
LEMAH
KURANG PERHATIAN
DARI AHLI KELUARGA
& MASYARAKAT
SEKELILING
PENGARUH
MEDIA MASSA
SEKOLAH
9
Antara faktor yang mendorong kepada pergaulan bebas
dalam kalangan pelajar ialah pengaruh rakan sebaya.
Pengaruh rakan sebaya ini dapat dikaitkan dengan disiplin
para pelajar yang mampu menarik perhatian orang lain
untuk mengikut tingkah laku buruk mereka. Rakan sebaya
yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan
turut merosot secara drastik. Sebenamya, golongan ini
tidak mendapat perhatian yang lebih daripada ibu bapa
dan keluarganya, maka mereka akan mencari rakan
sebaya untuk bergaul tanpa sekatan dan halangan oleh
keluarga. Secara tidak langsung, mereka akan membentuk
satu kumpulan kecil yang terdiri daripada pelbagai
peringkat umur. Dalam pada itu, kita dapat lihat dimana
remaja kini lebih mempercayai rakan berbanding ahli
keluarganya sendiri.
PENGARUH RAKAN
SEBAYA
Sebagai contoh, sekumpulan pelajar lelaki mengajak
beberapa orang pelajar perempuan untuk keluar dan
menghabiskan masa di kedai makan, taman permainan
dan pusat hiburan bersama-sama. Oleh hal sedemikian,
mereka tidak akan menjaga batas pergaulan mereka
sesama sendiri sebaliknya, mereka akan melakukan
perkara yang melanggar hukum agama seperti
mendedahkan aurat masing-masing, keluar rumah tanpa
kebenaran ibu bapa dan sebagainya. Ada kalanya temaja
perempuan merasakan rakan lelaki lebih memahami
hidupnya dan mudah memenuhi kehendaknya. Maka,
bermula dari situlah pergaulan secara bebas diantara
lelaki dan perempuan tanpa memikirkan soal batasan
dalam pergaulan mereka.
10
PENGHAYATAN ILMU
AGAMA YANG LEMAH
Seterusnya, faktor yang mendorong kepada
pergaulan bebas antara dalam kalangan pelajar
ialah penghayatan ilmu agama yang lemah.
Kebanyakan remaja yang terlibat dalam
pergaulan bebas mempunyai kelemahan iman
dimana ia mendorong kepada seseorang itu dikusi
nafsu daripada menggunakan akal fikiran mereka.
Golongan ini kebanyakannya tidak hirau akan
balasan yang akan dihadapi pada hari pembalasan
kelak Akibat daripada itu, mereka tidak dapat
mengenali dan membezakan kebaikan dan
keburukan sesuatu perkara sebelum
melakukannya
Tetapi, ada antara mereka yang tidak yakin dan
percaya dengan hukuman Allah Apabila seseorang
itu ditimpa musibali dan masalah dalam
kehidupan mereka, barulah mereka ubuk untuk
mendekatkan diri kepada Allah dan pada masa
itulah mereka menyesal dan sedar akan kesilapan
mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah menerapkan
ilmu agama kepada anak-anak sejak kecil
lagi agar anak-anak tidak mudah terebak dengan
perbuatan yang bertentangan dengan agama islam
terutamanya pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan.
Cabaran yang dihadapi oleh masyarakat hari ini
menyebabkan golongan muda terutamanya mudah
terdedah kepada pemikiran yang lebih bebas
dimana mereka mampu mempengaruhi dan
merosakkan akidah mereka jika mereka tidak
mempunyai pegangan agama yang mantap.
11
KURANG
PERHATIAN DARI
AHLI KELUARGA &
MASYARAKAT
SEKELILING
Selain itu, faktor lain bagi pergaulan bebas yang kerap sekali
kita dengari ialah kurang perhatian dari ahli keluarga dan
masyarakat sekeliling. Perkara ini juga punca ramai para
remaja mempunyai tekanan dalam hidup akibat rasa kurang
kasih sayang daripada orang-orang sekeliling mereka.
Terdapat juga yang sanggup mengambil pendekatan untuk
membunuh diri. Oleh itu, segelintir para pelajar yang
kebanyakkannya terdiri dari golongan remaja ini mengambil
keputusan mencari rakan, tidak kira semacam jenis ataupun
mencari rakan terebut demi menginginkan perhatian semata-
mata serta kasih sayang.
Keluarga mempunyai peranan yang sangat besar terhadap
perkembangan anak remaja. Remaja yang sering menerima
tekanan dan tidak mendapat kepercayaan daripada ahli
keluarga sering memilih untuk keluar dari rumah bagi
mengelakkan masalah. Sebaliknya, keluarga yang mampu
memberikan kasih sayang yang mencukupi akan menyebabkan
remaja merasai dirinya lengkap bersama-sama dengan
keluarga.
12
Kaedah penjagaan anak-anak yang terlalu mudah menghukum
atau pilih kasih akan menyebabkan remaja memberontak serta
memilih untuk menjauhkan diri dari ahli keluarga. Berbeza
dengan ibubapa yang cuba memahami anak remaja serta berusaha
untuk menjadi rakan kepada anak mereka sendiri, akan mendapat
kepercayaan daripada anak-anak untuk menjadi tempat perluahan
masalah sekaligus mengurangkan risiko anak-anak untuk bergaul
rapat dengan orang lain yang tidak dikenali.
Konflik dalam keluarga turut memainkan peranan yang besar
dalam mempengaruhi remaja untuk menjauhi keluarga serta
mencari teman rapat atau pasangan di luar. Masalah dalam
perkahwinan, kewangan, pekerjaan ibubapa dan ahli keluarga lain
adalah antara isu yang dikenalpasti menjadi konflik dalam
keluarga. Kegagalan ibubapa dan ahli keluarga menangani
permasalahan yang wujud menyebabkan remaja lebih selesa untuk
berada di luar rumah.
Kekurangan masa yang diperuntukkan oleh ibubapa terhadap
anak-anak remaja juga menyebabkan mereka memilih untuk
menjalinkan hubungan dengan pasangan. Senario kehidupan hari
ini yang memerlukan ibubapa bekerja lebih masa, menjalankan
lebih dari satu pekerjaan serta pekerjaan jarak jauh
mengurangkan lagi masa berkualiti yang mampu diluangkan oleh
ibubapa bersama dengan anak-anak.
13
PENGARUH MEDIA
MASSA
Di samping itu, faktor yang menyebabkan pergaulan bebas
ini berlaku dalam kalangan pelajar kini adalah juga melalui
pengaruh media massa. Kemunculan media sosial yang
terlalu meluas menyebabkan remaja amat mudah terdedah
kepada pelbagai maklumat. Walaupun pengetahuan kini
berada di hujung jari sahaja, namun tidak semuanya sesuai
untuk diketahui oleh remaja. Masalah keruntuhan akhlak
termasuklah pergaulan bebas adalah berpunca daripada
maklumat-maklumat tanpa sempadan yang diperolehi oleh
remaja. Sebagai golongan yang masih belum mampu untuk
menapis maklumat dengan rasional, remaja akan
terpengaruh dengan keseronokan yang dipamerkan serta
mengambil keputusan untuk berpasangan serta terlibat
dalam pergaulan bebas.
14
Zaman kini semakin moden, Tidak dinafikan lagi media
yang dimana juga para-para massa merupakan penyumbang
remaja lebih bijak dalam utama kepada keruntuhan
perkara-perkara sebegini. akhlak dikalangan para pelajar
Manusia boleh mengubah pada masa kini. Remaja kini
pemikiran mereka dengan mudah untuk meniru segala
hanya melayari internet yang aksi-aksi selebriti pujaan
diakses ke seluruh dunia. mereka tanpa menghiraukan
Selain daripada melayari perkara tersebut sama ada baik
internet, racangan-rancangan atau buruk. Sebagai contoh,
yang disiarkan di skrin budaya ‘punk’ seperti bertindik
televisyen juga sering di telingan, hidung kiri dan
memaparkan adegan-adegan kanan, seks bebas dan lebih
yang tidak sepatutnya seperti dasyat lagi dimana pembuangan
seks, merokok, dan sebagainya bayi secara merata-rata yang
yang juga salah dari segi kini semakin berleluasa. Selain
syariat islam. Media cetak itu, isi kandungan didalam
seperti majlah yang berbentuk majalah dan gambar-gambar
hiburan juga banyak memberi yang dipaparkan kebiasaannya
kesan negative kepada mendedahkan aurat yang
pembaca dengan hanya keterlaluan hanya untuk
memaparkan gambar-gambar mengaut keuntungan yang
artis beserta kelakuan dan maksimum mampu merosakkan
gaya mereka yang mampu minda para remaja.
membuatkan golongan muda
ini ingin mengikut gerak geri
mereka.
15
Waktu persekolahan memberikan impak besar dalam kehidupan
remaja kerana dalam sehari sekurang-kurangnya 6 jam akan
diperuntukkan oleh remaja di sekolah. Kaedah pengajaran, kawalan
disiplin serta persekitaran di sekolah amat menyumbang kepada
pembentukan sahsiah diri remaja seterusnya menjauhi mereka dari
perlakuan negatif seperti ponteng sekolah dan pergaulan bebas.
Namun begitu dalam perkara ini tidak dinafikan disiplin serta jati diri
remaja sendiri diperlukan untuk mereka memilih antara yang baik
dan yang buruk terutamanya kerana pelajaran adalah jaminan untuk
masa depan.
SEKOLAH
Selain itu pihak sekolah yang gagal memberikan sokongan kepada
pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti bermasalah dalam pelajaran
serta kelakuan menyebabkan golongan remaja ini terpinggir dan
tiada bimbingan. Hubungan rapat di antara pihak sekolah dan
ibubapa seharusnya menjadi kekuatan untuk menangani pelajar
yang bermasalah agar pelajar mencari penyelesaian di dalam dua
sistem sokongan ini sahaja dan bukannya mencari individu lain
sebagai jalan keluar.
16
KESAN-KESAN BERLAKUNYA
PERGAULAN BEBAS
17
Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan
hubungan di luar tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan
mengandungsebelumberkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja
yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak
berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru
dilahirkan di tempat-tempat seperti tandasawam, tongsampah,
tepi longkang dansebagainya. Namun, ibu bapa tidaklah harus
dipersalahkan secara serratus peratus kerana semua masalah
sebenarnya berpunca daripada diri sendiri. Lemahnya pegangan
agama boleh membawa kepada lemahnya akidah dan menjadi
sebab utama pergaulan bebas ini berlaku. Jika seseorang itu
menjaga hubungannya dengan Allah, Allah akan menjaga
hubungannya dengan orang sekeliling termasuklah ibu bapa,
keluarga, masyarakat danrakan-rakan.
18
Perlakuan seks bebas semakin menular dalam
kalangan masyarakat terutamanya dalam
kalangan remaja yang tidak berfikiran matang.
Pengguguran menyebabkan kesihatan wanita
tersebut terjejas dan berkemungkinan besar
akan menghadapi masalah- masalah seperti
kemandulan, jangkitan pada organ pembiakan
dan kematian. Pengguguran juga akan
mengakibatkan gangguan emosi dan mental
seperti kemurungan, mempunyai rasa bersalah
dan hilang keyakinan diri. Individu tersebut
akan mengalami gangguanmental danemosi
tidak tenteramserta rasa bersalah. Oleh itu ,
seseorang individumestilah menanam sifat ihsan
dalam diri agar individu lebih berhati-hati
dalam membuat keputusan supaya menyedari
bahawa setiap perbuatan itu dilihat oleh Allah
dan dicatat perbuatannya oleh malaikat untuk
ditimbangpadahari pembalasankelak.
19
Mengikut surat khabar JURNAL, seorang
kanak- kanak berusia Sembilan tahun di
Pulau Pinang dikatakan mencari wang
sampingan turut menjadi “ibu ayam” di
sebuah pusat hiburan. Kajian turut
mendapati kes pelacuran remaja
yangberusia 15tahundan16 tahun
adalahpaling berisiko untuk terjerumus ke
dalam pergaulan seksbebas. Selain itu,
sesetengah golongan yang terlibat dalam
aktiviti pelacuran berasal daripada keluarga
bermasalah seperti ibu bapa masing-masing
mempunyai masalah psikologi, ibu bapa
yang sibuk bekerja dan ibu bapa yang
kurang berkemampuan unruk memberi
mereka duit. Oleh itu , mereka memilih
untuk menjadi pelacur supaya dapat
menarik tumpuan ibu bapa mereka dan
mendapat gaji yang lumayan secara cepat
kerana mereka mengejar dunia semata-
mata ingin lebih selesa untuk mencari
kemewahan dan keseronokan tanpa
memikirkan keperluanuntuk mencari
keredhaanNya.
20
Perkara ini berlaku kerana pergaulan yang bebas akan
mewujudkan cara mudah untuk melepaskan nafsu
syahwat. Justeru, para pemuda akan memilih cara mudah
ini daripada berkahwin. Statistik yang dilakukandi
SanFranciscomenunjukkan bahawa majoriti penduduk di
situ terdiri daripada golongan yang tidak berkahwin pada
tahun 1982. Ini merupakan kali pertama
perkaraseumpamaini berlakudi bandar itu. Hal ini kerana
mereka terikut dan terdedah dengan budaya barat yang
melakukan perbuatan seemikian di rancangan televisyen
mahupun media sosial.
FirmanAllahbermaksud:
“Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat
maka janganlah dia bersunyian dengan seorang wanita
tanpa bersamanya mahram bagi wanita itu. Sesungguhnya
syaitan adalahyangketigaantaramereka.” ( Riwayat
Ahmad)
21
Bagi pelajar yang kerap bersosial dan sering keluar
berpasangan tanpa sebarang ikatan yang sah,
mereka ini mudah terjerumus kepada perkara-
perkara yang merosakkan akhlak, tingkah laku ini
telah menukarkan tumpuan utama pelajar kepada
pelajaran dan lebih leka kepada berseronok-
seronok dan menghabiskan masa
dengankeluardenganpasangan.
22
CARA-CARA
MENGATASI
PERGAULAN BEBAS
23
MENJAGA Sebagai pelajar politeknik, kita
TINGKAH sudah disedia maklum bahawa
LAKU pelajar telah berada di satu
kelompok yang datangnya
daripda pelbagai negeri dan
daerah, pelbagai latar belakang
dan juga pendapat. Oleh itu,
setiap pelajar hendaklah
menjaga tingkah laku dengan
baik. Ketika pergaulan, kita
hendaklah bersikap sederhana
ketika bergaul, malah dalam
islam juga menggalakkan
umatnya untuk bersederhana
dari segi perbuatan.
Sebagai pelajar di politeknik
juga kita akan didatangi
dengan tugas-tugas dengan
pelbagai kerja yang
memerlukan berkumpulan.
Apabila melakukankerja
berkumpulan, kita perlu
menjaga tingkah laku dengan
tidak bertanya perkara-
perkara peribadi atau sensitif
kepada ahli kumpulan yang
lain. Akhir sekali, dengan
menjaga tingkah laku yang
baik, setiap ahli kumpulan akan
lebih selesa untuk berbincang
antara satu sama lain. Dengan
ini, pelajar mampu menghalang
diri daripada bergaul bebas
dalam kalangan pelajar.
24
MENGISI MASA
LAPANG
Satu faktor yang juga memberi peluang kepada remaja untuk
dicubai oleh kehidupan bebas adalah ketersediaan banyak
masa lapang. Sekiranya masa lapang dipenuhi dengan aktiviti
positif dan berguna, maka tidak ada masa untuk berfikir
tentang perkara–perkara yang diputarbelitkan seperti keluar
berdua lelaki perempuan dan sebagainya. Hal ini untuk
bergaul dengan orang yang tenang boleh dilakukan dengan
mengisi masa melalui aktiviti positif.
Dengan cara ini juga kita boleh menggelak daripada
pergaulan bebas antara pelajar iaitu pelajar semestinya
mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah
seperti bersukan mengulangkaji pelajaran dan sebaginya.
Maka pelajar dapat menghilangkan rasa bosan mereka dengan
melakukan perkara yang lain daripada membuat aktiviti yang
membawa kepada zina. Malah pelajar juga akan lebih aktif
dan segar dalam melakukan aktiviti tanpa membawa kearah
yang merugikan pada diri sendiri.
25
Selain itu, dengan mengulang kaji pelajar mampu
meningkatkan taraf pengetahuan dalam pembelajaran
pada masa yang sama dapat meningkatkan tahap
pencapaian yang baik dalam akademik apabila
melakukan ulangkaji untuk peperiksaan akhir. Oleh
itu, jika elajar ingin mengisi masa lapang dengan
bersukan, pelajar dapat menonjolkan bakat yang sedia
ada dan mampu mencari pengalaman menjadi atlet
dalam bidang sukan.
26
MENGERATKAN HUBUNGAN Sebagai seorang anak terhadap kedua ibubapa, kita
BERSAMA AHLI KELUARGA perlu sentiasa mewujudkan hubungan yang baik
terhadap ibubapa kita. Hal ini demikian kerana
ianya mampu mengurangkan masalah pergaulan
bebas dalam kalangan pelajar politeknik. Dengan
pemberian didikan dan kasih sayang daripada
kedua ibu bapa kita yang tidak ternilai harganya,
pelajar akan sentiasa mengingati mereka apabila
ingin melakukan sestuatu yang tidak baik seperti
maksiat, berzina dan sebagainya. Tambahan pula,
apabila kita sentiasa berhubungan dengan ibu bapa,
kita akan sentiasa mengingati pesan dan juga
nasihat yang mereka berikan. Akhir sekali, pelajar
juga akan berfikir dengan baik tentang nasihat yang
diberikan oleh kedua ibu bapa yang mampu
menjadikan pelajar yang berguna dan juga
cemerlang dalam akademik atau sebagainya.
27
MEMPERKUATKAN DIDIKAN
AGAMA DALAM DIRI
Remaja yang mempunyai asas Pendidikan
agama dan moral yang kukuh tidak akan mudah
jatuh ke dalam pergaulan, kerana dia tahu dan
dapat membezakan antara yang benar dan salah.
Pendidikan agama dan moral dapat menguatkan
iman seseorang. Jika sejak awal seorang remaja
telah menanam tentang tanggapan yang betul
dan salah, biasanya dia akan dapat mengelakkan
pergaulan yang boleh menjerumuskan diri
terhadap zina dan sebagainya.
28
Seperti telah disebutkan di atas, MEMILIH RAKAN
pemilihan rakan sebaya yang SEBAYA YANG BAIK
kurang sesuai akan memudahkan
seseorang itu terjerumus ke dalam
pergaulan bebas. Oleh sebab itu,
kita disarankan untuk memilih
rakan dan mengenali hati budi
serta perlakuan mereka yang
sekiranya dapat memberikan
pengaruh positif.
29
KESIMPULAN
Kesimpulannya , semua pihak perlulah memainkan
peranan mereka sebaiknya dalam mengatasi
masalah ini kerana jika pergaulan bebas antara
lelaki dan perempuan ini tidak dibendung atau
dicegah , kemungkinan masalah yang lagi besar
seperti berleluasanya aktiviti sumbang yang tidak
diingini akan menimpa individu , masyarakat
serta mampu memburukkan nama agama Islam
atau negara.
Selain itu , seperti yang kita lihat pergaulan bebas
ini memberikan impak yang negatif berbanding
daripada positif dalam kehidupan seseorang
terutamanya tertumpu kepada pelajar kerana
pergaulan bebas ini boleh menyebabkan
terjerumusnya ke arah zina. Hal ini juga telah
memberi impak kepada masyarakat kerana mereka
terpaksa menahan malu melihat remaja yang masih
muda menyelesaikan masalah mereka seperti
membuang bayi yang tidak bersalah.
Selanjutnya , bagi mencegah pergaulan bebas ini
daripada meningkat berleluasa , ibu bapa ialah
orang yang perlu memainkan peranan penting
dalam menunjukkan contoh teladan yang baik
kepada anak ketika mereka masih kecil.
Perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa secara
tidak langsung akan diikuti oleh anak sama ada
perbuatan itu yang boleh dicontohi atau yang
negatif. Ibu bapa perlu mendidik anak dengan ilmu
agama sejak mereka kecil agar mereka tidak
terpesong jauh dari landasannya.
30
KESIMPULAN
Di samping itu , pihak institusi pengajian tinggi juga
perlulah menekankan kepada pelajar tentang
keburukan-keburukan yang akan berlaku sekiranya
pergaulan bebas ini tidak diatasi dengan baik. Usaha dan
pembangunan perlulah dilakukan oleh pihak atasan
untuk membanteras gejala ini daripada menjadi isu yang
lebih serius.
Pelajar atau remaja perlulah dipantau dan diberi
perhatian yang secukupnya agar mereka mampu
membentuk diri menjadi seorang yang berakhlak mulia.
Akhir sekali , pergaulan bebas tidak akan terjadi jika
semua pihak membanting tulang dalam mencegah gejala
ini daripada berleluasa dan tiada sifat pentingkan diri
dalam diri mereka. Kita juga sebagai masyarakat yang
prihatin perlulah bersama-sama mencegah perkara ini
daripada terus merosakkan akhlak remaja melalui
pergaulan bebas ini
31
RUJUKAN
❖ written by Devita Retno. ( 2017). 15 Cara
Menghindari Pergaulan Bebas pada Remaja,
12 Jun 2017,
https://dosenpsikologi.com/cara-
menghindari-pergaulan-bebas
❖ oleh: unknown,
http://stoppergaulanbebasremajakini.blogspo
t.com/2014/04/faktor-pergaulan-bebas.html
❖ oleh : masalah remaja,
http://remajadimalaysia.blogspot.com/2010/
10/pergaulan-bebas.html
32
LAMPIRAN
33
LAMPIRAN
34