The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN PENGURUSAN JADUAL WAKTU SEKOLAH DAERAH SIMUNJAN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asriom5901, 2021-01-03 08:49:16

PANDUAN PENGURUSAN JADUAL WAKTU SEKOLAH DAERAH SIMUNJAN 2021

PANDUAN PENGURUSAN JADUAL WAKTU SEKOLAH DAERAH SIMUNJAN 2021

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SIMUNJAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH SIMUNJAN

__________________________________________________________________________________

PANDUAN PENGURUSAN JADUAL WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH SIMUNJAN
TAHUN 2021

TUJUAN

Panduan Pengurusan Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah-Sekolah Rendah Daerah
Simunjan Tahun 2021 ini disediakan dengan tujuan untuk menyelaraskan penyediaan Jadual Waktu
Pembelajaran bagi sekolah-sekolah rendah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah
Simunjan bagi tahun 2021.

LATAR BELAKANG

2. Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Pemacu Pendidikan Simunjan (PacuPenJan) yang
telah diadakan pada 24 Disember 2020 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Daerah Simunjan telah
bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan satu panel yang dianggotai oleh pegawai dari Pejabat
Pendidikan Daerah Simunjan, wakil Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Daerah Simunjan dan
wakil Majlis Guru Besar Daerah Simunjan untuk membuat ketetapan mengenai Panduan Pengurusan
Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah-Sekolah Daerah Simunjan Tahun 2021.

3. Penyediaanpanduan ini adalah bertujuan untuk menyelaraskan penyediaan Jadual Waktu
Pembelajaran Sekolah-Sekolah Daerah Simunjan bagi tahun 2021 dan menyediakan dokumen yang
akan menjadi sumber rujukan kepada semua sekolah di dalam daerah ini dalam menyediakan Jadual
Waktu Pengajaran dan Pembelajaran.

4. Inisiatif ini juga adalah bertujuan untuk memperkukuhkan pengetahuan Guru-Guru Besar dan
Penolong-Penolong Kanan Pentadbiran terhadap kandungan surat-surat pekeliling ikhtisas yang
menjadi sumber rujukan dalam penyediaan Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah
seperti:

a) Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun 2016 :
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Secara
Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2017,

b) Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 Tahun 2019 :
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017)
Pendidikan Seni Visual dan KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Muzik Bagi
Menggantikan Mata Pelajaran Pendidikan Kesenian Mulai Tahun 2020.

c) Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 7 Tahun
2019 : Pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) Sarawak Mulai Tahun
2020.

d) Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun
2015 : Pelaksanaan Norma Baharu Guru Pendidikan Islam di Sekolah Rendah,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

1

5. Usaha ini juga merupakan tindakan pertama Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan dan Majlis
Guru Besar Daerah Simunjan dalam merealisasikan hasrat penubuhan Jawatankuasa Pemacu
Pendidikan Simunjan (PacuPenJan) iaitu membina kesepakatan melalui pendekatan musyawarah
dalam urus tadbir bidang pendidikan di daerah ini.

6. Ketetapan yang disediakan di dalam Panduan Pengurusan Jadual Waktu Pengajaran dan
Pembelajaran Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Simunjan Tahun 2021 merupakan keputusan yang
telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Panel Penetapan Jadual Waktu Pembelajaran Sekolah-Sekolah
Rendah Daerah Simunjan Tahun 2021

7. Ketetapan ini telah diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Panel Penetapan Jadual
Waktu Pembelajaran Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Simunjan Tahun 2021 yang telah diadakan
pada 5 JANUARI 2021 bertempat di Bilik Mesyuarat Alamanda, Pusat Kegiatan Guru Daerah
Simunjan.

TAFSIRAN

8. Panduan Pengurusan Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah-Sekolah Rendah
Daerah Simunjan Tahun 2021 merupakan dokumen rujukan yang akan digunakan oleh semua
sekolah dalam daerah Simunjan. Penyediaannya adalah berpandukan kepada semua surat pekeliling
ikhtisas, Kementerian Pendidikan Malaysia yang masih berkuatkuasa, arahan-arahan pentadbiran dan
keputusan-keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Negeri Sarawak.

PELAKSANAAN

9. Pihak sekolah hendaklah menggunakan Panduan Pengurusan Jadual Waktu Pengajaran dan
Pembelajaran Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Simunjan Tahun 2021 ini dalam menyediakan Jadual
Waktu Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah masing-masing.

10. Waktu Pengajaran dan Pembelajaran bagi semua mata pelajaran arus perdana adalah
mengikut jam setahun. Jumlah waktu pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh jumlah minggu
pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah.Jumlah minggu pengajaran dan
pembelajaran ditetapkan dengan mengambilkira perkara-perkara berikut:-

a) Jumlah Hari Cuti Umum dan Cuti Perayaan semasa hari persekolahan;
b) Jumlah Hari Cuti Peristiwa yang dirancang oleh pihak sekolah;
c) Jumlah Hari Aktiviti Sekolah yang akan memberi kesan terhadap Masa Instruksional

Guru Mata Pelajaran.1

11. Tindakan ini perlu dilaksanakan untuk memastikan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun
bagi setiap mata pelajaran dapat dipenuhi dan mengelakkan pihak sekolah terdedah kepada
pelanggaran Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 [ Akta 550 ].

TARIKH KUAT KUASA

12. Panduan Pengurusan Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah-Sekolah Rendah
Daerah Simunjan Tahun 2021 hanya terpakai untuk sesi persekolahan tahun 2021.

1 Masa Instruksional ialah masa sebenar yang digunakan untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan tanpa sebarang gangguan.

2

13. Ketetapan di dalam Panduan Pengurusan Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Simunjan Tahun 2021 ini akan terbatal sekiranya terdapat arahan-
arahan terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak atau
Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan samada melalui surat pekeliling ikhtisas, surat-surat
siaran,kenyataan-kenyataan rasmi atau keputusan-keputusan mesyuarat.
TANGGUNGJAWAB PENGETUA DAN GURU BESAR
14. Ybhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan hendaklah memaklumkan kandungan Panduan Pengurusan
Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Simunjan Tahun 2021
ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di sekolah masing-masing.
15. Ybhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan hendaklah memastikan ketetapan yang telah dipersetujui di
dalam Panduan Pengurusan Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah-Sekolah Rendah
Daerah Simunjan Tahun 2021 ini dipatuhi sepenuhnya oleh sekolah-sekolah di bawah urus tadbir
Ybhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan.
16. Ybhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan hendaklah memaklumkan kandungan Panduan Pengurusan
Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Simunjan Tahun 2021
ini kepada semua guru mata pelajaran di sekolah masing-masing dan memberikan penerangan yang
jelas kepada mereka agar tidak berlakunya perbandingan di antara hal ehwal penyediaan jadual
waktu sekolah-sekolah di dalam daerah Simunjan dengan sekolah-sekolah luar daerah Simunjan.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

..........................................................
(HASBI BIN ANCHEH)
Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan.

3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SIMUNJAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH SIMUNJAN

__________________________________________________________________________________

KETETAPAN PENYEDIAAN JADUAL WAKTU PEMBELAJARAN
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH SIMUNJAN
TAHUN 2021

1. KETETAPAN MINGGU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

a) Minggu Pengajaran dan Pembelajaran

i. Minggu Pengajaran dan Pembelajaran Maksimum

SEKOLAH RENDAH 36 MINGGU

ii. Pihak sekolah dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah boleh menetapkan Minggu Pengajaran dan Pembelajaran kurang
daripada 36 minggu. Ketetapan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah ini
hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada Pejabat Pendidikan Daerah
Simunjan.

b) Asas Pertimbangan Penetapan Minggu Pengajaran dan Pembelajaran

i) SEKOLAH RENDAH

CUTI UMUM DAN CUTI PERAYAAN DALAM HARI 14 HARI
PERSEKOLAHAN
CUTI PERISTIWA 4 HARI
12 HARI
AKTIVITI SEKOLAH SEMASA HARI PERSEKOLAHAN 30 HARI
JUMLAH HARI GANGGUAN MASA INSTRUKSIONAL 6 MINGGU
JUMLAH MINGGU GANGGUAN MASA INSTRUKSIONAL
42 MINGGU
( JUMLAH HARI/5 ) 36 MINGGU
JUMLAH MINGGU PERSEKOLAHAN 2021
JUMLAH MINGGU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(JUMLAH MINGGU PERSEKOLAHAN 2021 - JUMLAH MINGGU
GANGGUAN MASA INSTRUKSIONAL )

2. KETETAPAN BILANGAN WAKTU MATA PELAJARAN

2.1 Bilangan waktu pengajaran dan pembelajaran bagi semua mata pelajaran
dipengaruhi oleh jumlah minggu pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan oleh
pihak sekolah.

2.2 Pengiraan bilangan waktu pengajaran dan pembelajaran bagi semua mata pelajaran
hendaklah menggunakan Tapak Simulasi Jadual Waktu yang disediakan oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

4

2.3 Pengiraan bilangan waktu pengajaran dan pembelajaran bagi semua mata pelajaran
berdasarkan Tapak Simulasi Jadual Waktu dengan ketetapan 36 Minggu Pengajaran
dan Pembelajaran adalah seperti berikut:-

a) SEKOLAH KEBANGSAAN TAHAP 1 (TAHUN 1,TAHUN 2 DAN TAHUN 3)

ABC D E

Bil. Mata Pelajaran Minimum Kiraan Jam Waktu Operasi Beza

Jam/Tahun Seminggu (Petak) Jam/Tahun Jam/Tahun

1 BAHASA MELAYU 192 (A / 36) (B x 2) (B x 36) (D - A)
2 BAHASA INGGERIS 160 5.5 11 198 6
3 MATEMATIK 96 4.5 9 162 2
4 SAINS 48 3.0 6 108 12
5 PENDIDIKAN ISLAM/PENDIDIKAN MORAL 96 1.5 3 54 6
6 PENDIDIKAN JASMANI 32 3.0 6 108 12
7 PENDIDIKAN KESIHATAN 16 1.0 2 36 4
8 PENDIDIKAN SENI VISUAL 32 0.5 1 18 2
9 PENDIDIKAN MUZIK 16 1.0 2 36 4
0.5 1 18 2

BAHASA TAMBAHAN 48 1.5 3 54 6
12 BAHASA ARAB/BAHASA IBAN/
4
BAHASA CINA SEKOLAH KEBANGSAAN 2
62
13 TASMIK 32 1.0 2 36

14 PERHIMPUNAN 16 0.5 1 18

JUMLAH 784 24 47 846

JADUAL 1 :

TAPAK SIMULASI JADUAL WAKTU SEKOLAH KEBANGSAAN TAHAP 1

(TAHUN 1,TAHUN 2 DAN TAHUN 3 )

b) SEKOLAH KEBANGSAAN TAHAP 2 (TAHUN 4, TAHUN 5 DAN TAHUN 6)

AB C D E

Bil. Mata Pelajaran Minimum Kiraan Jam Waktu Operasi Beza
Jam/Tahun Seminggu (Petak) Jam/Tahun Jam/Tahun

1 BAHASA MELAYU 160 (A / 36) (B x 2) (B x 36) (D - A)
2 BAHASA INGGERIS 160 4.5 9 162 2
3 MATEMATIK 96 4.5 9 162 2
4 SAINS 64 3.0 6 108 12
5 PENDIDIKAN ISLAM/PENDIDIKAN MORAL 96 2.0 4 72 8
6 PENDIDIKAN JASMANI 32 3.0 6 108 12
7 PENDIDIKAN KESIHATAN 16 1.0 2 36 4
8 PENDIDIKAN SENI VISUAL 32 0.5 1 18 2
9 PENDIDIKAN MUZIK 16 1.0 2 36 4
10 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 32 0.5 1 18 2
11 SEJARAH 32 1.0 2 36 4
1.0 2 36 4
BAHASA TAMBAHAN 48
12 BAHASA ARAB/BAHASA IBAN/ 1.5 3 54 6
32
BAHASA CINA SEKOLAH KEBANGSAAN 16 1.0 2 36 4
832 0.5 1 18 2
13 TASMIK 25 50 900 68
14 PERHIMPUNAN

JUMLAH

JADUAL 2 :
TAPAK SIMULASI JADUAL WAKTU SEKOLAH KEBANGSAAN TAHAP 2

(TAHUN 4,TAHUN 5 DAN TAHUN 6 )

5

c) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAHAP 1 (TAHUN 1,TAHUN 2 DAN TAHUN 3)

AB C D E

Bil. Mata Pelajaran Minimum Kiraan Jam Waktu Operasi Beza
Jam/Tahun Seminggu (Petak) Jam/Tahun Jam/Tahun

1 BAHASA MELAYU 160 (A / 36) (B x 2) (B x 36) (D - A)
2 BAHASA INGGERIS 80 4.5 9.0 162.0 2.0
3 BAHASA CINA 192 2.5 5.0 90.0 10.0
4 MATEMATIK 96 5.5 11.0 198.0 6.0
5 SAINS 48 3.0 6.0 108.0 12.0
6 PENDIDIKAN ISLAM/PENDIDIKAN MORAL 64 1.5 3.0 54.0 6.0
7 PENDIDIKAN JASMANI 32 2.0 4.0 72.0 8.0
8 PENDIDIKAN KESIHATAN 16 1.0 2.0 36.0 4.0
9 PENDIDIKAN SENI VISUAL 32 0.5 1.0 18.0 2.0
10 PENDIDIKAN MUZIK 16 1.0 2.0 36.0 4.0
11 TASMIK 32 0.5 1.0 18.0 2.0
16 1.0 2.0 36.0 4.0
12 PERHIMPUNAN 784 0.5 1.0 18.0 2.0
JUMLAH 23.5 47.0 846.0 62.0

JADUAL 3 :
TAPAK SIMULASI JADUAL WAKTU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAHAP 1

(TAHUN 1,TAHUN 2 DAN TAHUN 3 )

d) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAHAP 2 (TAHUN 4, TAHUN 5 DAN TAHUN 6)

A B CD E

Bil. Mata Pelajaran Minimum Kiraan Jam Waktu Operasi Beza
Jam/Tahun Seminggu
(Petak) Jam/Tahun Jam/Tahun

(A / 36) (B x 2) (B x 36) (D - A)
16.0
1 BAHASA MELAYU 128 4.0 8.0 144.0 12.0
2.0
2 BAHASA INGGERIS 96 3.0 6.0 108.0 12.0
8.0
3 BAHASA CINA 160 4.5 9.0 162.0 10.0
4.0
4 MATEMATIK 96 3.0 6.0 108.0 2.0
4.0
5 SAINS 64 2.0 4.0 72.0 2.0
4.0
6 PENDIDIKAN ISLAM/PENDIDIKAN MORAL 80 2.5 5.0 90.0 4.0
4.0
7 PENDIDIKAN JASMANI 32 1.0 2.0 36.0 2.0
86.0
8 PENDIDIKAN KESIHATAN 16 0.5 1.0 18.0

9 PENDIDIKAN SENI VISUAL 32 1.0 2.0 36.0

10 PENDIDIKAN MUZIK 16 0.5 1.0 18.0

11 SEJARAH 32 1.0 2.0 36.0

12 REKA BENTUK TEKNOLOGI 32 1.0 2.0 36.0

12 TASMIK 32 1.0 2.0 36.0

13 PERHIMPUNAN 16 0.5 1.0 18.0

JUMLAH 832 25.5 51.0 918.0

JADUAL 4 :

TAPAK SIMULASI JADUAL WAKTU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAHAP 2

(TAHUN 4,TAHUN 5 DAN TAHUN 6 )

6

e) KSSR PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN TAHAP 1

A BC D E

Bil. Mata Pelajaran Minimum Kiraan Jam Waktu Operasi Beza
Jam/Tahun Seminggu (Petak) Jam/Tahun Jam/Tahun

(A / 36) (B x 2) (B x 36) (D - A)

1 ASAS 3M 192 6.0 12.0 216.0 24.0

2 PENGURUSAN KEHIDUPAN 240 7.0 14.0 252.0 12.0

3 PENDIDIKAN ISLAM/PENDIDIKAN MORAL 96 3.0 6.0 108.0 12.0

4 PENDIDIKAN JASMANI 64 2.0 4.0 72.0 8.0

5 PENDIDIKAN SENI KREATIF 128 4.0 8.0 144.0 16.0

6 PERHIMPUNAN 16 0.5 1.0 18.0 2.0

JUMLAH 736 23 45 810 74

JADUAL 5 :

TAPAK SIMULASI JADUAL WAKTU PENDIDIKAN KHAS MMASALAH PEMBELAJARAN TAHAP 1

(TAHUN 1,TAHUN 2 DAN TAHUN 3 )

f) KSSR PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN TAHAP 2

A B C DE

Bil. Mata Pelajaran Minimum Kiraan Jam Waktu Operasi Beza

Jam/Tahun Seminggu (Petak) Jam/Tahun Jam/Tahun

(A / 36) (B x 2) (B x 36) (D - A)

1 BAHASA MELAYU 96 3.0 6.0 108.0 12.0

2 BAHASA INGGERIS 64 2.0 4.0 72.0 8.0

3 MATEMATIK 80 2.5 5.0 90.0 10.0

4 PENGURUSAN KEHIDUPAN 96 3.0 6.0 108.0 12.0

5 PENDIDIKAN ISLAM/PENDIDIKAN MORAL 96 3.0 6.0 108.0 12.0

6 PENDIDIKAN JASMANI 32 1.0 2.0 36.0 4.0

7 PENDIDIKAN KESIHATAN 16 0.5 1.0 18.0 2.0

8 PENDIDIKAN SENI VISUAL 32 1.0 2.0 36.0 4.0

9 PENDIDIKAN MUZIK 32 1.0 2.0 36.0 4.0

10 PENDIDIKAN SAINS,SOSIAL DAN ALAM SEKITAR 80 2.5 5.0 90.0 10.0

11 PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 32 1.0 2.0 36.0 4.0

12 KEMAHIRAN HIDUP ASAS 96 3.0 6.0 108.0 12.0

14 PERHIMPUNAN 16 0.5 1.0 18.0 2.0
JUMLAH
768 24.0 48.0 864.0 96.0

JADUAL 6 :

TAPAK SIMULASI JADUAL WAKTU PENDIDIKAN KHAS MMASALAH PEMBELAJARAN TAHAP 2

(TAHUN 4,TAHUN 5 DAN TAHUN 6 )

3. KETETAPAN WAKTU PERSEKOLAHAN

3.1 Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Garis Panduan Pembukaan Semula Kelas Al-Quran dan Fadhu Ain serta aktiviti dan
kegiatan luar bilik darjah yang dilaksanakan di sekolah hendaklah dijadikan asas
pertimbangan dalam menetapkan waktu persekolahan.

3.2 Permulaan masa pengajaran dan pembelajaran bagi semua sekolah di dalam
daerah Simunjan mestilah tidak lewat daripada pukul 0730 pagi.

3.3 Masa REHAT mestilah diperuntukkan pada setiap hari. Waktu pengajaran dan
pembelajaran bagi hari JUMAAT mestilah tidak kurang daripada 7 (TUJUH) waktu
dengan tidak kurang daripada 2 (DUA) waktu pengajaran dan pembelajaran
diperuntukkan selepas waktu rehat.

7

3.4 Tempoh masa REHAT bagi setiap sekolah hendaklah berdasarkan ketetapan
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah setelah mengambilkira keupayaan sekolah
mematuhi Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

a) CADANGAN JADUAL WAKTU SEKOLAH TAHAP 1 (TAHUN1,TAHUN 2 DAN TAHUN 3)

HARI 0730-0800 0800-0830 0830-0900 0900-0930 0930-1000 1000-1030 1030-1100 1100-1130 1130-1200 1200-1230 1230-1300 1300-1330
ISNIN
SELASA 1 2 3 4 5 REHAT 6 7 8 9 10
RABU 11 12 13 14 15 REHAT 16 17 18 19 20
KHAMIS 21 22 23 24 25 REHAT 26 27 28 29 30
JUMAAT 31 32 33 34 35 REHAT 36 37 38 39 40
41 42 43 44 45 REHAT 46 47

JADUAL 7
CADANGAN JADUAL WAKTU SEKOLAH TAHAP 1
(SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN)

(TAHUN1,TAHUN 2 DAN TAHUN 3)

b) CADANGAN JADUAL WAKTU SEKOLAH TAHAP 2 (TAHUN 4,TAHUN 5 DAN TAHUN 6)

HARI 0730-0800 0800-0830 0830-0900 0900-0930 0930-1000 1000-1030 1030-1100 1100-1130 1130-1200 1200-1230 1230-1300 1300-1330
ISNIN 1 2 3 4 5 REHAT 6 7 8 9 10 11
SELASA 12 13 14 15 16 REHAT 17 18 19 20 21 22
RABU 23 24 25 26 27 REHAT 28 29 30 31 32
KHAMIS 33 34 35 36 37 REHAT 38 39 40 41 42 43
JUMAAT 44 45 46 47 48 REHAT 49 50

JADUAL 8
CADANGAN JADUAL WAKTU SEKOLAH TAHAP 2

(SEKOLAH KEBANGSAAN)
(TAHUN 4,TAHUN 5 DAN TAHUN 6)

c) CADANGAN JADUAL WAKTU SEKOLAH TAHAP 2 (TAHUN 4,TAHUN 5 DAN TAHUN 6)

HARI 0730-0800 0800-0830 0830-0900 0900-0930 0930-1000 1000-1030 1030-1100 1100-1130 1130-1200 1200-1230 1230-1300 1300-1330
ISNIN 1 2 3 4 5 REHAT 6 7 8 9 10 11
SELASA 12 13 14 15 16 REHAT 17 18 19 20 21 22
RABU 23 24 25 26 27 REHAT 28 29 30 31 32 33
KHAMIS 34 35 36 37 38 REHAT 39 40 41 42 43 44
JUMAAT 45 46 47 48 49 REHAT 50 51

JADUAL 9
CADANGAN JADUAL WAKTU SEKOLAH TAHAP 2

(SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN)
(TAHUN 4,TAHUN 5 DAN TAHUN 6)

d) CADANGAN JADUAL WAKTU KSSR PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
TAHAP 1 (TAHUN 1,TAHUN 2 DAN TAHUN 3)

HARI 0730-0800 0800-0830 0830-0900 0900-0930 0930-1000 1000-1030 1030-1100 1100-1130 1130-1200 1200-1230 1230-1300

ISNIN 1 2 3 4 5 REHAT 6 7 8 9 10

SELASA 11 12 13 14 15 REHAT 16 17 18 19 20

RABU 21 22 23 24 25 REHAT 26 27 28 29

KHAMIS 30 31 32 33 34 REHAT 35 36 37 38

JUMAAT 39 40 41 42 43 REHAT 44 45

JADUAL 10
CADANGAN JADUAL WAKTU KSSR PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PEMBELAJARAN TAHAP 1)

(TAHUN 1,TAHUN 2 DAN TAHUN 3)

8

e) CADANGAN JADUAL WAKTU KSSR PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
TAHAP 2 (TAHUN 4,TAHUN 5 DAN TAHUN 6)

HARI 0730-0800 0800-0830 0830-0900 0900-0930 0930-1000 1000-1030 1030-1100 1100-1130 1130-1200 1200-1230 1230-1300 1300-1330

ISNIN 1 2 3 4 5 REHAT 6 7 8 9 10 11

SELASA 12 13 14 15 16 REHAT 17 18 19 20 21

RABU 22 23 24 25 26 REHAT 27 28 29 30 31

KHAMIS 32 33 34 35 36 REHAT 37 38 39 40 41

JUMAAT 42 43 44 45 46 REHAT 47 48

JADUAL 11
CADANGAN JADUAL WAKTU KSSR PENDIDIKAN KHAS

(MASALAH PEMBELAJARAN TAHAP 2)
(TAHUN 4,TAHUN 5 DAN TAHUN 6)

4. KETETAPAN PENYEDIAAN RANCANGAN TAHUNAN

4.1 Rancangan Tahunan bagi setiap mata pelajaran mestilah disediakan dari Minggu
Pertama Persekolahan hingga Minggu Keempat Puluh Dua Persekolahan BUKAN
mengikut jumlah minggu pengajaran pembelajaran yang dipilih oleh sekolah.

4.2 Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan bagi kelas Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5
dan Tahun 6) hendaklah mengambilkira tarikh Peperiksaan Awam, Peperiksaan
Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun diadakan bagi memastikan
semua Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dapat dihabiskan sebelum
peperiksaan-peperiksaan tersebut dilaksanakan. Baki minggu pengajaran dan
pembelajaran selepas Peperiksaan Akhir Tahun hendaklah diisi dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang bersifat memulih dan memperkukuhkan Tahap
Penguasaan murid di dalam Pentaksiran Bilik Darjah.

5. HAL-HAL LAIN

5.1 PELAKSANAAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN
KESIHATAN
( Lampiran 12 : Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun
2016 : Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Secara
Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2017)
Perkara c : Penyusunan Jadual Waktu bagi PJPK adalah seperi yang berikut:
i. Mata pelajaran PJ dijalankan selama 30 minit bagi satu sesi PdP dan dilaksanakan
berselang hari dalam seminggu. Tujjuannya adalah supaya murid kerap bergerak
aktif melakukan aktiviti fizikal bagi menepati amalan gaya hidup sihat berdasarkan
prinsip keergasan fizikal. Mata pelajaran PK dijalankan 30 minit bagi satu sesi.
ii. Bagi sekolah satu sesi dan tidak mempunyai gimnasium atau dewan berbumbung,
PdP PJ hendaklah diajar sebelum waktu rehat. Bagi sekolah sesi petang, mata
pelajaran ini hendaklah diajar selepas jam 4 petang. Tujuannya untuk mengelakkan
murid terdedah kepada cahaya matahari terik yang boleh menyebabkan kemalangan
bepunca dai haba dan suhu persekitaran yang tinggi.

9

Perkara C : Guru
i. PJPK bagi sesebuah kelas hendaklah diajar oleh guru yang sama.2
ii. PJPK bagi sesebuah kelas hendaklah diajar oleh guru opsyen dalam mata pelajaan

ini atau yang telah mendapat latihan khas.
iii. Guru PJPK yang opsyen atau khas hendaklah diberi sekurang-kurangnya 14 waktu

PJPK seminggu.

5.2 PELAKSANAAN MATA PELAJARAN TAMBAHAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN (SK)
( Lampiran 13 : Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun
2016 : Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Secara
Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2017)

a) Mata pelajaran tambahan terdiri daripada mata pelajaran Bahasa Arab, Bahasa Cina
Sekolah Kebangsaan (SK), Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (SK), Bahasa Iban,
Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.

Sekolah boleh menawarkan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran tambahan
mengikut kesediaan sekolah dengan memenuhi ketiga-tiga keperluan berikut:
i. Penyediaan Guru
ii. Permintaan daripada murid/ibu bapa (minimum 15 orang) dan
iii. Prasarana sekolah.

c) Sekiranya sekolah tidak dapat menawarkan mata pelajaran tambahan disebabkan
tidak memenuhi 3 keperluan seperti yang dinyatakan dalam para a, guru besar
hendaklah menggunakan minimum 48 jam setahun yang diperuntukkan sebagai
tambahan masa kepada mata pelajaran lain mengikut keperluan sekolah.
Guru besar boleh membuat pilihan untuk melaksanakan satu atau kombinasi mata
pelajaran daripada senarai berikut:-
i. Bahasa Melayu
ii. Bahasa Inggeris
iii. Matematik
iv. Sains

d) Guru Besar hendaklah memaklumkan pemilihan pelaksanaan mata pelajaran
tambahan yang ditawarkan di sekolah kepada Pegawai Pendidikan Daerah dan
Pengarah Pendidikan Negeri.

5.3 PELAKSANAAN KOLABORATIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA
PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
(Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2015 :
Pelaksanaan Norma Baharu Guru Pendidikan Islam di Sekolah Rendah, Kementerian
Pendidikan Malaysia.)

2 Terpakai terhadap mata pelajaran PJPK Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017)

10

a) KOLABORATIF SEKOLAH KEBANGSAAN

ALIRAN PERDANA (TAHUN 1 - TAHUN 6)

BILANGAN MURID ISLAM QURAN ULUM JAWI TASMIK PRASEKOLAH
3 WAKTU 2 WAKTU 1 WAKTU 2 WAKTU 1 GURU
1 - 14 ORANG/KELAS 1 GURU 1 GURU 1 GURU 1 GURU
15 - 29 ORANG/KELAS 2 GURU 1 GURU 1 GURU 2 GURU PRASEKOLAH
30 - 49 ORANG/KELAS 3 GURU 1 GURU 1 GURU 3 GURU 1 GURU

b) KOLABORATIF SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN

ALIRAN PERDANA (TAHUN 1 - TAHUN 6)

BILANGAN MURID ISLAM QURAN ULUM JAWI TASMIK
3 WAKTU 2 WAKTU 1 WAKTU 2 WAKTU
1 - 14 ORANG/KELAS 1 GURU 1 GURU 1 GURU 1 GURU
15 - 29 ORANG/KELAS 2 GURU 1 GURU 1 GURU 2 GURU
30 - 49 ORANG/KELAS 3 GURU 1 GURU 1 GURU 3 GURU

11

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SIMUNJAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH SIMUNJAN

__________________________________________________________________________________

SOAL JAWAB MENGENAI
KETETAPAN PENYEDIAAN JADUAL WAKTU PEMBELAJARAN

SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SIMUNJAN
TAHUN 2021

1. Apakah Minggu Pengajaran dan Pembelajaran?

Minggu Pengajaran dan Pembelajaran ialah jumlah minggu pengajaran dan pembelajaran
akan dilaksanakan oleh pihak sekolah setelah mengambil kira semua faktor yang
menyebabkan masa instruksional guru mata pelajaran terganggu.

Faktor-faktor tersebut adalah seperti :-
a) Cuti Umum dan Cuti Perayaan semasa hari persekolahan;
b) Cuti Peristiwa yang bakal diambil oleh pihak sekolah;
c) Aktiviti dan kegiatan sekolah yang akan dilaksanakan semasa hari persekolahan.

2. Apakah tujuan faktor-faktor ini diambilkira dalam menetapkan Minggu Pengajaran dan
Pembelajaran?

Faktor-faktor ini perlu diambilkira dalam menetapkan Minggu Pengajaran dan
Pembelajaran supaya pihak sekolah merancang untuk memastikan masa minimum setahun
bagi setiap mata pelajaran dapat dipenuhi.

3. Pada tahun 2021 terdapat 42 minggu persekolahan. Jika sekolah saya menetapkan
36 minggu pengajaran dan pembelajaran pada tahun 2021, apakah yang pihak sekolah perlu
lakukan terhadap baki 6 minggu persekolahan lagi?

36 minggu pengajaran dan pembelajaran merupakan tempoh yang dijangkakan masa
instuksional guru dipenuhi sepenuhnya untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaan tanpa gangguan.

Dalam keadaan sebenar, tiada baki 6 minggu persekolahan walau sekolah memilih 36
minggu pengajaran dan pembelajaran.Baki 6 minggu persekolahan itu adalah hari-hari

persekolahan yang hilang akibat cuti umum, cuti perayaan,cuti peristiwa dan aktiviti-aktiviti
sekolah yang dijalankan semasa hari persekolahan.Faktor-faktor ini telah dipertimbangkan
oleh pihak sekolah semasa menetapkan minggu pengajaran dan pembelajaran.

Bagi sekolah-sekolah rendah daerah Simunjan, penetapan minggu pengajaran dan
pembelajaran selama 36 minggu ini telah mengambilkira pertimbangan-pertimbangan yang
berikut:-

12

BAHAGIAN A : JUMLAH CUTI UMUM HARI PERSEKOLAHAN

BIL JENIS CUTI TARIKH JUMLAH HARI MINGGU
HARI PERSEKOLAHAN

1 CUTI AKHIR TAHUN 2020 18.01.2021 1 ISNIN 1

2 CUTI AKHIR TAHUN 2020 19.01.20211 1 SELASA 1

3 CUTI PERAYAAN TAHUN BARU CINA 10.02.2020 1 RABU 4

4 CUTI PERAYAAN TAHUN BARU CINA 11.02.2021 1 KHAMIS 4

5 CUTI UMUM TAHUN BARU CINA 12.02.2021 1 JUMAAT 4

6 CUTI PERAYAAN HARI RAYA AIDIL FITRI 11.05.2021 1 SELASA 16

7 CUTI PERAYAAN HARI RAYA AIDIL FITRI 12.05.2021 1 RABU 16

8 CUTI UMUM HARI RAYA AIDIL FITRI 13.05.2021 1 KHAMIS 16

9 CUTI UMUM HARI RAYA AIDIL FITRI 14.05.2021 1 JUMAAT 16

10 CUTI UMUM HARI WESAK 26.05.2021 1 RABU 18

11 CUTI UMUM AWAL MUHARAM 10.08.2021 1 SELASA 26

12 CUTI UMUM HARI KEBANGSAAN 31.08.2021 1 SELASA 29

13 CUTI UMUM MAULIDUR RASUL 19.10.2021 1 SELASA 35

14 CUTI PERAYAAN HARI DEEPAVALI 05.11.2021 1 JUMAAT 37

JUMLAH CUTI UMUM HARI PERSEKOLAHAN 14

BAHAGIAN B : JUMLAH KELAYAKAN CUTI PERISTIWA SEKOLAH

BIL JENIS CUTI PERISTIWA TARIKH JUMLAH HARI MINGGU
HARI PERSEKOLAHAN

1 CUTI PERISTIWA ESTER MONDAY 05.04.2021 1 ISNIN 11

2 CUTI PERISTIWA AWAL RAMADAN 13.04.2021 1 SELASA 12

3 CUTI PERISTIWA HARI NUZUL AL-QURAN 29.04.2021 1 KHAMIS 14

4 CUTI PERISTIWA SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 1

JUMLAH CUTI PERISTIWA 4

BAHAGIAN C : JUMLAH HARI AKTIVITI SEKOLAH SEMASA HARI PERSEKOLAHAN

BIL NAMA AKTIVITI SEKOLAH TARIKH JUMLAH HARI MINGGU
HARI PERSEKOLAHAN
1 KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 1
2 MAJLIS RAMAH TAMAH AIDIL FITRI/NGILING BIDAI 1
3 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 5
4 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 5
12
JUMLAH HARI AKTIVITI SEKOLAH

BAHAGIAN D : GANGGUAN MASA INSTRUKSIONAL

BIL PERKARA JUMLAH HARI

1 CUTI DALAM MINGGU PERSEKOLAHAN 14

2 CUTI PERISTIWA 4

3 AKTIVITI SEKOLAH 12

JUMLAH KESELURUHAN 30

JUMLAH MINGGU 6.0

PENGENAPAN 6

BAHAGIAN E : KIRAAN MINGGU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MINGGU PERSEKOLAHAN TAHUN 2021 42
CUTI/AKTIVITI DALAM HARI PERSEKOLAHAN 6
MINGGU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 36

13

4. Di dalam Tapak Simulasi Jadual Waktu terdapat ruang “BEZA JAM/TAHUN”. Berdasarkan
Tapak Simulasi Jadual Waktu, terdapat beza jam/tahun, 4.0 jam hingga 28.0 jam bagi setiap
mata pelajaran. Apakah fungsi “BEZA JAM/TAHUN”?

Dalam keadaan sebenar guru mata pelajaran akan terlibat dengan pelbagai tugas rasmi
semasa hari persekolahan seperti terlibat dengan kegiatan kokurikulum, mesyuarat atau
kursus. Selain daripada itu, guru juga berkemungkinan akan mengambil Cuti Rehat, Cuti
Rehat Khas atau Cuti Sakit semasa hari persekolahan.

Perkara-perkara tersebut merupakan gangguan masa instruksional luar jangka pihak sekolah.
Oleh itu, “BEZA JAM/TAHUN” berfungsi sebagai perancangan sekolah untuk menangani
gangguan masa instruksional luar jangka ini.

5. Berapa minggukah perlu diperuntukan oleh Guru Mata Pelajaran dalam menyediakan
Rancangan Pelajaran Tahunan dan berikan sebabnya?

Rancangan Pelajaran Tahunan bagi semua mata pelajaran mestilah disediakan daripada
Minggu Pertama hingga Minggu Terakhir minggu persekolahan semasa.Ini adalah kerana
terdapatnya faktor yang akan menyebabkan masa instruksional guru mata pelajaran
terganggu dalam satu-satu minggu persekolahan. Senario ini akan menyebabkan kegagalan
masa minimum setahun bagi setiap mata pelajaran dapat dipenuhi.

Contohnya:-
Pada tahun 2021, minggu pertama persekolahan ialah dari 18.01.2021 hingga 22.01.2021.
Sesi persekolahan akan bermula pada hari Rabu, 20.01.2021. Mata pelajaran yang
diperuntukkan di dalam Jadual Waktu Kelas pada hari Isnin, 18.01.2021 dan Selasa,
19.01.2021 akan kehilangan peruntukan waktu jam setahun untuk pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran kerana tiada aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan pada hari
berkenaan.

Kehilangan peruntukan waktu jam setahun untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
dikeberangkaliankan akan diganti pada minggu-minggu lain kerana terdapatnya lebihan
“beza jam setahun” dalam pengiraan jumlah waktu mata pelajaran melalui Tapak Simulasi
Jadual Waktu.

6. Sekolah saya tidak menawarkan mata pelajaran Pendidikan Islam. Apakah yang perlu
dilakukan terhadap peruntukan 32 jam setahun bagi Tasmik?

Tasmik hanya dilaksanakan di sekolah-sekolah kebangsaan yang menawarkan mata
pelajaran Pendidikan Islam. Tasmik dilaksanakan di dalam waktu pengajaran dan
pembelajaran.

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun
2016 : Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Secara
Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2017 sekiranya sekolah tidak menawarkan mata
pelajaran Pendidikan Islam peruntukan 32 jam setahun bagi Tasmik TIDAK PERLU
diperuntukan di dalam Jadual Waktu Pembelajaran atau diganti dengan peruntukan jam
tambahan kepada lain-lain mata pelajaran.

Walau bagaimanapun, Guru Besar dengan persetujuan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
boleh memutuskan untuk menambah 32 jam setahun itu kepada mana-mana mata pelajaran
berpandukan kaedah PELAKSANAAN MATA PELAJARAN TAMBAHAN DI SEKOLAH
KEBANGSAAN (SK); ( Lampiran 13 : Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan
Malaysia Bilangan 8 Tahun 2016 : Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(Semakan 2017) Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2017) seperti yang dinyatakan

14

di dalam para 5.2 Ketetapan Penyediaan Jadual Waktu Sekolah-Sekolah Rendah Daerah
Simunjan Tahun 2021.

7. Sekolah saya menawarkan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Apakah
yang perlu dilakukan terhadap peruntukan 32 jam setahun Tasmik bagi murid-murid yang
mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral?

Tasmik hanya dilaksanakan kepada murid-murid yang mengambil mata pelajaran Pendidikan
Islam. Bagi murid-murid yang tidak mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam, tindakan-
tindakan berikut boleh dilaksanakan setelah mendapat persetujuan Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah :-

a) Meletakkan Tasmik pada waktu terakhir di dalam Jadual Waktu Pembelajaran. Ini
akan membolehkan murid-murid yang tidak mengambil mata pelajaran Pendidikan
Islam balik lebih awal daripada murid-murid yang mengambil mata pelajaran
Pendidikan Islam;

b) Memperuntukkan 32 jam tambahan kepada mana-mana mata pelajaran yang 100%
diambil oleh murid-murid yang yang tidak mengambil mata pelajaran Pendidikan
Islam;

8. Murid-murid Tahap 1 (Tahun 1,Tahun 2 dan Tahun 3) tidak akan terlibat di dalam mana-
mana peperiksaan. Berdasarkan kaedah penetapan minggu pengajaran dan pembelajaran
terdapat 10 hari atau bersamaan dengan 2 minggu persekolahan yang boleh diambilkira
sebagai minggu pengajaran dan pembelajaran. Mengapakah panel tidak menetapkan 38
minggu sebagai minggu pengajaran dan pembelajaran di Tahap 1?

Perbezaan 2 minggu pengajaran dan pembelajaran tidak akan memberikan impak perbezaan
yang ketara terhadap jumlah waktu pengajaran dan pembelajaran bagi satu-satu mata
pelajaran.

Ini dibuktikan dengan jadual yang ditunjukkan di bawah;

AB C D E

Bil. Mata Pelajaran Minimum Kiraan Jam Waktu Operasi Beza
Jam/Tahun Seminggu (Petak)
Jam/Tahun Jam/Tahun

(A / 38) (B x 2) (B x 38) (D - A)

1 BAHASA MELAYU 192 5.5 11.0 209.0 17.0
2 BAHASA INGGERIS
3 MATEMATIK 160 4.5 9.0 171.0 11.0
4 SAINS
5 PENDIDIKAN ISLAM 96 3.0 6.0 114.0 18.0
6 PENDIDIKAN JASMANI
7 PENDIDIKAN KESIHATAN 48 1.5 3.0 57.0 9.0
8 PENDIDIKAN SENI VISUAL
9 PENDIDIKAN MUZIK 96 3.0 6.0 114.0 18.0
10 BAHASA TAMBAHAN
11 TASMIK 32 1.0 2.0 38.0 6.0
12 PERHIMPUNAN
16 0.5 1.0 19.0 3.0
JUMLAH
32 1.0 2.0 38.0 6.0

16 0.5 1.0 19.0 3.0

48 1.5 3.0 57.0 9.0

32 1.0 2.0 38.0 6.0

16 0.5 1.0 19.0 3.0

784 23.5 47.0 893.0 109.0

JADUAL 12
TAPAK SIMULASI JADUAL WAKTU 38 MINGGU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TAHAP 1 (TAHUN 1,TAHUN 2 DAN TAHUN 3)

15

ABC D E

Bil. Mata Pelajaran Minimum Kiraan Jam Waktu Operasi Beza

Jam/Tahun Seminggu (Petak) Jam/Tahun Jam/Tahun

1 BAHASA MELAYU 192 (A / 36) (B x 2) (B x 36) (D - A)
2 BAHASA INGGERIS 160 5.5 11 198 6
3 MATEMATIK 96 4.5 9 162 2
4 SAINS 48 3.0 6 108 12
5 PENDIDIKAN ISLAM/PENDIDIKAN MORAL 96 1.5 3 54 6
6 PENDIDIKAN JASMANI 32 3.0 6 108 12
7 PENDIDIKAN KESIHATAN 16 1.0 2 36 4
8 PENDIDIKAN SENI VISUAL 32 0.5 1 18 2
9 PENDIDIKAN MUZIK 16 1.0 2 36 4
0.5 1 18 2

BAHASA TAMBAHAN

12 BAHASA ARAB/BAHASA IBAN/ 48 1.5 3 54 6

BAHASA CINA SEKOLAH KEBANGSAAN

13 TASMIK 32 1.0 2 36 4

14 PERHIMPUNAN 16 0.5 1 18 2

JUMLAH 784 24 47 846 62

JADUAL 13
TAPAK SIMULASI JADUAL WAKTU 36 MINGGU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TAHAP 1 (TAHUN 1,TAHUN 2 DAN TAHUN 3)

9. Bagaimanakah Pengenapan Waktu Mata Pelajaran : Kiraan Jam Setahun dilaksanakan
dalam Tapak Simulasi Jadual Waktu?

Pengenapan Waktu Mata Pelajaran : Kiraan Jam Seminggu, Tapak Simulasi Jadual Waktu
mestilah dijadikan kepada 0.5 atau 1.0 yang terdekat kepada nilai perpuluhan kiraan jam
seminggu yang diperolehi oleh Tapak Simulasi Jadual Waktu.

CONTOHNYA;

Kiraan jam seminggu bagi mata pelajaran BAHASA MELAYU TAHAP 1, 36 MINGGU
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ialah 5.3.

ABC D E

Bil. Mata Pelajaran Minimum Kiraan Jam Waktu Operasi Beza

Jam/Tahun Seminggu (Petak) Jam/Tahun Jam/Tahun

(A / 36) (B x 2) (B x 36) (D - A)

1 BAHASA MELAYU 192 5.3 10.7 192.0 0.0

Nilai pengenapan terdekat bagi Tapak Simulasi Jadual Waktu untuk BAHASA MELAYU
TAHAP 1, 36 MINGGU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN mestilah dijadikan 5.5.

ABC D E

Bil. Mata Pelajaran Minimum Kiraan Jam Waktu Operasi Beza
Jam/Tahun Seminggu (Petak)
Jam/Tahun Jam/Tahun

(A / 36) (B x 2) (B x 36) (D - A)

1 BAHASA MELAYU 192 5.5 11 198 6

Tindakan ini akan menyebabkan “Operasi Jam/Tahun” akan melebihi “Minimum Jam/Tahun”
dan terdapatnya lebihan “Beza Jam/Tahun”. Pihak sekolah telah berjaya merancang untuk
mencapai Minimum Jam/Tahun.

16

Sekiranya digenapkan mengikut hukum matematik, tindakan ini akan memberikan kesan yang
berbeza. Ini ditunjukkan oleh jadual di bawah.

ABC D E

Bil. Mata Pelajaran Minimum Kiraan Jam Waktu Operasi Beza
Jam/Tahun Seminggu (Petak)
Jam/Tahun Jam/Tahun

(A / 36) (B x 2) (B x 36) (D - A)

1 BAHASA MELAYU 192 5.0 10 180 -12

Kesan daripada tindakan tersebut, “Operasi Jam/Tahun” tidak mencapai “Minimum Jam/Tahun”. Ini

menyebabkan pihak sekolah telah melanggar ketetapan a) Surat Pekeliling Ikhtisas

Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun 2016 : Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (Semakan 2017) Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2017 dan pengurus sekolah

boleh disabitkan dengan kesalahan pelanggaran Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 [ Akta 550 ].

17


Click to View FlipBook Version