1 PERTANDINGAN TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL MELAYU SEKOLAH RENDAH Anjuran: Sekolah Kebangsaan St Anne, Sarikei KERTAS KONSEP PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH SARIKEI TAHUN 2024
2 1. MOD PROGRAM 1.1 Pertandingan adalah secara berkumpulan di peringkat Daerah dan peringkat Negeri Sarawak. 1.2 Pertandingan secara berperingkat bermula dari pemilihan peringkat daerah ke peringkat Negeri. 1.3 Pertandingan ini adalah secara 1.3.1 bersemuka di peringkat Daerah. 1.3.2 pemenang akan mewakili daerah ke peringkat negeri. 1.4 Penggunaan BUSANA dan TATARIAS yang sesuai dan terbaik adalah digalakkan pada peringkat daerah . 2. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN 2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6) sekolah kerajaan / bantuan kerajaan bagi sekolah aliran perdana yang bernaung di bawah KPM. 2.2 Penyertaan setiap daerah adalah secara BERKUMPULAN. 2.3 Senarai nama peserta hendaklah mendapat pengesahan daripada pihak sekolah.
3 3. FORMAT PERSEMBAHAN 3.1 KATEGORI A: Sekolah Rendah ● Tarian Rampaian Melayu (pilih DUA samada Asli, Inang, Zapin atau Joget sahaja ) 3.1.1 Jumlah peserta adalah 10 orang bagi setiap kumpulan TETAPI adalah WAJIB lapan (8) orang menari dan dua (2) simpanan sahaja; 3.1.2 Untuk Peringkat Negeri bilangan peserta hanya 8 orang sahaja; 3.1.3 Peserta boleh terdiri daripada pasangan lelaki dan perempuan atau sekumpulan murid perempuan sahaja atau sekumpulan murid lelaki sahaja; 3.1.4 Keaslian dalam rampaian tradisional perlu dikekalkan. Penggunaan unsur atau teknik kontemporari dan kreatif TIDAK DIBENARKAN; 3.1.5 TIDAK DIBENARKAN membawa tarian yang berunsur spiritual, lucah dan yang menggugat sensitiviti kaum dan agama. 4. MUZIK IRINGAN 4.1 Muzik iringan untuk Sekolah Rendah yang digunakan boleh terdiri daripada mana-mana irama/lagu tradisional yang bersesuaian dan mengekalkan rentak asal lagu tersebut. 4.2 Lagu atau muzik iringan boleh berbentuk instrumental atau muzik yang mengandungi suara. 5. MASA PERSEMBAHAN 5.1 Masa persembahan bagi semua kategori adalah 4 hingga 6 minit sahaja.
4 6. PAKAIAN / AKSESORI / PROPS 6.1 Pakaian dan aksesori penari hendaklah bersesuaian dan sopan. 6.2 Props yang digunakan hendaklah bersesuaian dan tidak berbahaya. 7. PEMARKAHAN ________________________________________________________________________ 7.1 KATEGORI A (SEKOLAH RENDAH) 7.1.1 Penilaian Tarian Tradisional : Koreografi dan pola lantai - 25 markah Teknik tari/keaslian dan kesantunan - 35 markah Koordinasi muzik dan gerakan - 15 markah Keseragaman dan keselarian - 15 markah Busana dan tatarias - 10 markah ========== MARKAH PENUH 100
5 8. PENGHAKIMAN ________________________________________________________________________ 8.1 Lantikan panel hakim peringkat daerah adalah di bawah penyelarasan Sekolah Pengelola dan PPD masing- masing . 8.2 Borang Penghakiman, Syarat Penghakiman dan Sistem Pemarkahan Berkomputer (program) adalah di bawah penyelarasan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan PPD Pengelola serta diguna pakai oleh semua sekolah bertanding di Peringkat Negeri. Peringkat Daerah adalah digalakkan mengguna pakai sistem pemarkahan yang sama. 8.3 Bilangan Hakim: a. Peringkat Daerah Tiga (3) orang Hakim akan dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah masingmasing, bersama dengan seorang teknikal komputer (disedia oleh sekolah pengelola). Hakim-hakim yang dipilih adalah terdiri daripada guru-guru kebudayaan sekolah rendah/menengah yang berkelayakan. b. Peringkat Negeri Tiga (3) orang Hakim Peringkat Negeri akan dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak setiap kali pertandingan bersama dengan seorang teknikal komputer (disedia oleh PPD pengelola). Hakim-hakim yang dipilih adalah terdiri daripada Pegawai Teknikal Tari atau guru-guru kebudayaan sekolah rendah/menengah yang berkelayakan atau seorang yang mahir dalam tarian dari mana-mana agensi luar seperti JKKN, MSS, SCV 8.4 Ketua Hakim akan dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing jika pertandingan di Peringkat Daerah dan dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak jika pertandingan di Peringkat Negeri. 8.5 Hakim-hakim yang dipilih mestilah hakim yang mempunyai integriti yang tinggi, seorang penari, seorang perekatari, dan seorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam tarian. 8.6 Selepas pertandingan, Ketua Hakim mestilah memberi ulasan yang sesuai dan mestilah ditulis di ruangan Borang Penghakiman. 8.7 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
6 9. PROSEDUR PENYERTAAN ________________________________________________________________________ 9.1 Semua pendaftaran dibuat secara bersemuka sebelum pertandingan. 9.2 Butiran dalam pendaftaran mesti diisi dengan lengkap dan betul. Ejaan nama ditulis seperti pada kad pengenalan/mykid. 9.3 Senarai borang/dokumen yang perlu dilengkapkan dan dihantar semasa pendaftaran: 9.3.1 Borang Penyertaan (yang telah disahkan oleh pihak sekolah) 9.3.2 Borang Sinopsis Tarian 9.3.3 Borang kebenaran ibubapa 10. TARIKH PELAKSANAAN ________________________________________________________________________ Tarikh pendaftaran pertandingan peringkat daerah: 2 Mei 2024 Perkara Tarikh Hebahan kertas konsep negeri kepada semua sekolah 5 April 2024 Tarikh Pendaftaran Peringkat Daerah 2 Mei 2024 Penjurian Peringkat Daerah 3 Mei 2024 Hebahan Keputusan Peringkat Daerah 3 Mei 2024 Pertandingan Peringkat Negeri 13 – 15 Mei 2024
7 11. HADIAH / SIJIL SETIAP KATEGORI BIL PERKARA CATATAN 1. Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian 2. Naib Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian 3. Tempat Ketiga Hadiah dan Sijil Pencapaian 4. Tempat Keempat Sijil Pencapaian 5. Tempat Kelima Sijil Pencapaian 6. Penyertaan Sijil Penyertaan 7. Kareografi Terbaik Sijil Pencapaian 8. Busana dan Tatarias Terbaik Sijil Pencapaian 12. AM 12.1 Konsep pertandingan di peringkat daerah ini adalah selaras dengan konsep pertandingan peringkat Negeri Tahun 2024 dan terdapat tambahan dan pengurangan yang telah dipersetujui. 12.2 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. 12.3 Butiran dalam pendaftaran mesti diisi dengan tepat dan betul. Ejaan nama ditulis seperti pada kad pengenalan/mykid. (Pihak pengelola tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang tuntutan sijil yang mempunyai kesalahan ejaan yang disebabkan pengisian pendaftaran yang salah) 12.4 Sebarang pertanyaan boleh hubungi: Pn Adeline Dewy anak Charles Ngalang Penolong Kanan Kokurikulum, SK St Anne (0112-684 5350) En Sukri bin Berawi Pegawai Teknik Tarian Sekolah Rendah Daerah Sarikei (017-8373867)
8 12.5 Sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran boleh hubungi Sekolah Pengelola: SK St Anne, Sarikei 084-651135 12.6 Lampiran: 12.6.1 Borang Penyertaan SR 12.6.2 Borang Sinopsis Tarian SK St Anne, KM ¾ Jalan Repok, 96100 Sarikei, Sarawak.
9 PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH SARIKEI TAHUN 2024 BORANG PENYERTAAN (SR) PERTANDINGAN TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL MELAYU PPD NAMA SEKOLAH NAMA TARIAN MAKLUMAT GURU PEMBIMBING NAMA GURU NO. TELEFON BIL NAMA PESERTA JANTINA KAUM NO. KP 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Dengan ini, saya/ kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal saya/ kami. Saya/ kami setuju dengan syarat – syarat pertandingan ini. __________________________ (Nama Guru) Tarikh : Pengesahan Guru Besar/Pengetua: ________________________ Cop rasmi sekolah:
10 PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH SARIKEI TAHUN 2024 SINOPSIS SEKOLAH RENDAH NAMA TARIAN: SINOPSIS TARIAN (Font ARIAL, saiz 12, Keterangan: 50 hingga 70 patah perkataan) KOREOGRAFER : _____________________________________ SEKOLAH : _____________________________________