CONTOH-CONTOH SUKAN YANG MEMUPUK PERPADUAN: 1. BOLA SEPAK ➢ Bola sepak ialah sukan berpasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia ➢ Pada sukan SEA 2017, Malaysia telah menjadi tuan rumah dan telah menjadi juara keseluruhan ➢ Malaysia yang mempunyai pemain pelbagai kaum telah layak ke peringkat akhir ➢ Penyokong Malaysia juga terdiri dari pelbagai kaum yang setia memberi semangat dan sokongan kepada pasukan Malaysia ➢ Ini terbukti bahawa sukan bola sepak dapat memberi perpaduan kepada negara
2. BADMINTON • Badminton merupakan antara sukan yang popular di Malaysia selain bola sepak • Sukan ini mendapat sokongat daripada rakyat Malaysia kerana ia menunjukkan aksi-aksi menarik yang dapat mengharumkan nama negara di mata dunia • Sukan badminton adalah salah satu sukan yang dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum kerana rakyat Malaysia akan bersatu memberi sokongan kepada pemain tanpa mengira bangsa dan agama
3.BOLA JARING • Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat • Permainan bola jaring dapat membina negara bangsa dengan memantapkan lagi perpaduan dan integrasi nasional • Bola jaring juga membawa keseronokan, memberi peluang berinteraksi dan dapat mengisi masa lapang yang terluang
4.RAGBI
• Ragbi merupakan sejenis permainan bola berpasukan • Ia dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari dua pasukan akan akan mencuba skor mata dengan cara menyepak, melontar atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak melepasi gol lawan atau menyentuh di bahagian garisan lawan • Melalui ragbi, kerjasama dan hubungan akrab dapat dilihat apabila pemain bertungkus lumus dan bekerjasama menyahut cabaran sebagai satu pasukan