“DADAH” atau ‘drug’ adalah bahan kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “use”, “misuse” atau “abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. PENGENALAN DADAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JENIS-JENIS DADAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA • OPIAT • STIMULAN • GANJA • DEPRESEN • HALUSINOGEN • INHALAN • KETUM
Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan “mood”. Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum. Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski. Kesan alkohol terhadap badan ialah ia akan memperlahankan fungsi sistem saraf pusat dan mengubah persepsi, emosi, pergerakan penglihatan dan pendengaran seseorang. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENGENALAN ALKOHOL KESAN-KESAN PENGAMBILAN ALKOHOL Implikasi sosial: • Kurang konsentrasi yang menyebabkan kemerosotan prestasi pelaran . • Penglibatan remaja dalam jenayah untuk membiayai tabiat ketagihan alcohol. Kesan fizikal: • Keadaan mabuk seperti terhung-hayang dan pertuturan tidak betul atau jelas. • Keracunan seperti gejala mengantuk yang teramat, sukar bernafas dan tidak sedar diri. Gangguan kesihatan: • Kerosakan otak yang kekal • Penyakit jantung • Kanser usus • Ulser pada perut •Penurunan naluri seks dan mati pucuk.
APAKAH KETAGIHAN ALKOHOL? Penyalahgunaan alkohol menyebabkan seseorang terlalu bergantung kepadanya setiap masa. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILAKAH SESEORANG ITU DISYAKI MENGALAMI KETAGIHAN ALKOHOL? • Keinginan yang teruk atau gian untuk minum alkohol. • Gagal untuk berhenti daripada terus minum. • Perlu meningkatkan jumlah alkohol yang diminum. • Meneruskan tabiat meminum walaupun mengalami masalah yang berpunca daripada alkohol. BAGAIMANA UNTUK MENGHINDARI DARIPADA ALKOHOL? • Mengamalkan gaya hidup sihat. • Mahir untuk menangani stress dan masalah yang dihadapi. • Bijak dalam memilih kawan. • Jauhi diri daripada rakan yang mengambil alkohol. • Tidak menerima pelawaan untuk mencuba alkohol walaupun sekali sahaja. • Isikan masa sepenuhnya seperti bersukan.
Rokok ialah tembakau yang dibalut berbentuk silinder sama ada daripada kertas mahupun daripada pelbagai jenis daun berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan diameter 10mm (berlainan mengikut negara). Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain. Isu rokok dan merokok sebenarnya merupakan masalah global yang dihadapi oleh masyarakat dunia sejak beberapa tahun yang lalu sehinggalah ke hari ini. Masalah tabiat merokok ini merupakan satu perkara yang amat sukar untuk di atasi, walaupun pelbagai peraturan dan undang-undang telah diperkenalkan bagi menyekat tabiat ini. PENGENALAN ROKOK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KENAPA ROKOK PERLU DIHENTIKAN? • Merokok berbahaya tidak kira sama ada anda sendiri yang merokok atau menyedut asap rokok daripada perokok lain. • Kajian menunjukkan perokok berkemungkinan mendapat kanser mulut tiga kali ganda lebih tinggi dari mereka yang tidak pernah merokok bergantung juga kepada dos rokok dan berapa lama telah merokok. • Merokok juga dikaitkan dengan penyakit gusi.
kandungan yang menyebabkan perokok berasa tenang. ANTARA BAHAN-BAHAN YANG ADA DALAM ROKOK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 01 NIKOTIN 02 TAR terdiri daripada lebih 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimianya bersifat karsinogen. SIANIDA 03 sebatian kimia yang mengandungi kumpulan siano. 04 BENZENA dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna. 05 KADMIUM logam yang sangat beracun dan radioaktif. 06 METANOL (alkohol kayu), alkohol yang paling ringkas yang juga dikenali sebagai metil alkohol. 07 AMONIA boleh ditemui di mana-mana, sangat beracun dalam gabungan dengan unsur-unsur tertentu. 08 KARBON MONOKSIDA bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta
PENGENALAN VAPE KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Vape atau rokok elektronik menggunakan pengewap berkuasa bateri untuk menghasilkan suatu aerosol daripada cecair berperisa khas yang disedut oleh penggunanya untuk mendapatkan rasa seakan menghisap rokok tanpa membakar sebarang tembakau. KOMPONEN UTAMA VAPE • Bateri • Atomiser • Katrij KANDUNGAN UTAMA VAPE • Nikotin • Propylene Glycol •Vegetavle Glycerin • Bahan perisa dan pewarna *Walaupun vape didakwa tidak mengandungi nikotin, namun cecair “refill” yang dijual berkemungkinan besar masih mengandungi nikotin.
VAPE PAKAI BUANG KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA JENIS-JENIS VAPE POD MOD POD MOD VAPE
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENGENALAN INHALAN Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap. Ia juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap dan dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda. JENIS-JENIS INHALAN • Pelarut/Cecair: Cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam dan dakwat pen. • Bahan Gas: Pemetik api, klorofom, haloten dan nitrus oksida. • Aerosol: Pewangi, penyembur rambut, pelidung fabrik. • Bahan Nitrit: Climax, poppers, rush, locker room. MENGAPA IA MERBAHAYA? Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk serta-merta dan juga kesan jangka panjang. Kesan yang serta-merta adalah seperti berhalusinasi, rasa mual, pening, nafas tidak sekata, terhuyung-hayang, emosi kurang stabil dan kehilangan deria sakit. Kesan jangka panjang pula adalah kerosakan sel otak dan organ utama, gangguan penglihatan, sakit jantung dan kematian mengejut.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENGENALAN HIV DAN AIDS HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah singkatan bagi ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV. CARA JANGKITAN HIV • Darah • Air mani •Cecair faraj • Susu ibu HIV BOLEH MEREBAK MELALUI: •Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti. •Penagih dadah yang berkongsi jarum dan alat oksigen. •Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV. TANDA-TANDA JANGKITAN HIV • Ruam • Sakit tekak/batuk • Sakit otot/ kepala • Cirit-birit • Letih • Demam • Sakit sendi GEJALA-GEJALA JANGKITAN AIDS • Ruam • Kanser • Jangkitan sistem pernafasan • Cirit-birit yang kronik • Jangkitan kuman pada kotak • Jangkitan kulat