The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majlis Apresiasi Oasis Kecemerlangan Tahun2021 Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aLPhard, 2021-12-12 16:43:25

BUKU ATUR CARA MAJLIS APRESIASI OASIS KECEMERLANGAN PPD KOTA KINABALU 2021

Majlis Apresiasi Oasis Kecemerlangan Tahun2021 Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu

Dirasmikan oleh :

YB DATUK HAJI YAKUB KHAN

MENTERI SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH

Ucapan Perasmi

Yang Berhormat
DATUK HAJI YAKUB KHAN

MENTERI SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
NEGERI SABAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Sejahtera

SALAM SABAH MAJU JAYA.

Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala kerana dengan limpah kurnia-Nya,
maka dapat kita bersama-sama pada pagi
yang berbahagia ini dalam Majlis Apresiasi Oasis Kecemerlangan
Tahun2021 Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Tuan Bunsu Gaga, Timbalan
Sektor Pembangunan Murid PPD Kota Kinabalu selaku teraju Jawatankuasa
Pelaksana Majlis Apresiasi ini serta seluruh jawatankuasa yang terlibat atas
komitmen menjayakan majlis pada hari ini. Majlis ini amat signifikan
khususnya dalam memberikan penghargaan dan pengiktirafan yang telah
menunjukkan prestasi cemerlang dalam aspek kepimpinan, akademik,
sahsiah dan pembangunan bakat murid.

MAJLIS APRESIASI OASIS KECEMERLANGAN

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Seterusnya majlis ini juga dapat memupuk semangat para pemimpin
sekolah dan guru-guru agar beriltizam tinggi untuk meningkatkan prestasi
sekolah dalam segenap aspek. Selain itu melalui majlis apresiasi seperti ini

juga akan dapat membina dan memupuk semangat berdisiplin bekerjasama,
berketrampilan, bersatu padu dan muhibah dalam kalangan warga pendidik,
khususnya di daerah Kota Kinabalu.

Apabila dilihat dari sudut kepimpinan pula, secara holistik, apresiasi ini
merupakan satu manifestasi keprihatinan kepimpinan utama PPD Kota
Kinabalu yang diketuai oleh Puan Tah Nia terhadap modal insan berkualiti,
dinamik, berprestasi tinggi serta kemampuan mencapai ekspektasi tinggi
kejayaan dan kecemerlangan di bidang dan lapangan masing-masing
sepanjang tahun 2021.
TAHNIAH KEPADA PENERIMA APRESIASI

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian,

Pada kesempatan ini saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua

penerima anugerah. Saya dimaklumkan sebanyak 136 anugerah semuanya.
Suatu jumlah yang merupakan refleks dan petunjuk bahawa pengurusan
aktiviti, program, dasar-dasar pelaksanaan serta pengurusan kepimpinan
pendidikan berjalan lancar, dinamik serta sistematik walaupun dalam
tempoh 2 tahun ini, kita masih diuliti wabak Covid-19. Saya dengan
sukacitanya saya ingin menyebutkan beberapa anugerah yang ada seperti:

Anugerah Pengurusan Pangkalan Data Terbaik
Anugerah Pengurusan Kurikulum Terbaik
Anugerah Pengurusan Peperiksaan Terbaik
Anugerah Pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK)
Cemerlang
Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang dan semua anugerah yang
lain.

Saya sangat sedar bahawa segala usaha, komitmen dan dedikasi tuan-tuan
dan puan-puan bagi mencapai kecemerlangan dalam semua kerja buat
warga pendidik bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi sudah sekian
lama kita berdepan dengan cabaran, kekangan ruang dan masa bersemuka
bagi pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, cabaran kesihatan,
keselamatan dan sosio ekonomi akibat pandemik yang kita belum pasti
penghujungnya.

Saya juga amat berharap agar penganugerahan dan pengiktirafan yang
diterima pagi ini dapat menyuntik semangat kepada tuan-tuan dan puan-
puan untuk terus berkhidmat dengan lebih dedikasi dan penuh iltizam bagi
hala tuju pendidikan bertaraf global. Saya juga mengharapkan anugerah ini
akan menjadi pemangkin kecemerlangan dan motivasi kepada rakan- rakan
lain supaya mereka terus berusaha memberi perkhidmatan terbaik
seterusnya outcome terbaik di semua peringkat dan lapangan.

TEKNOLOGI ICT INOVASI DALAM PENDIDIKAN

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
Pada kesempatan ini, saya juga menyarankan agar semua warga
pendidik terus dinamik dan lebih kreatif dalam aplikasi ICT serta
inovasi dalam pendidikan agar. selari dengan “Dunia tanpa sempadan”
atau “Maklumat yang hanya di hujung jari”. Kita maklum bahawa
penggunaan teknologi ICT pada masa ini menjadi begitu dominan
berbanding dengan kaedah konvensional. Kita boleh akses kepada apa-apa
maklumat dengan hanya menggunakan hujung jari pada bila-bila masa dan
di mana sahaja keberadaan kita. Tuntasnya, berdepan dengan persekitaran
moden yang pantas pergerakannya, menuntut kita untuk menjadi lebih bijak
memilih, mengaplikasi dan mengintegrasi semua medium teknologi yang
ada ke arah inovasi pengurusan kepimpinan pendidikan yang berimpak.

Selain itu, perubahan dan inovasi kurikulum dalam bilik darjah juga harus
terus bergerak seiring dengan peredaran zaman, keperluan atau cabaran
semasa serta perkembangan teknologi ICT yang sedang berkembang pesat.
Keberkesanan pengurusan kurikulum bilik darjah terletak sepenuhnya pada

tangan guru-guru sekalian. Saya berkata sedemikian kerana perkara ini
berkait rapat dengan kemahiran atau kompetensi guru dalam memenuhi
kehendak serta keperluan pelajar yang berubah dari semasa ke semasa.

DASAR PELAKSANAAN INISIATIF ICT

Hadirin dan hadirat sekalian,

Di peringkat pentadbiran kerajaan berkaitan ICT, kita menyediakan Dasar
Pelaksanaan Inisiatif ICT khusus untuk bidang pendidikan. Inisiatif tersebut
dibahagikan kepada dua. Inisiatif yang pertama ICT untuk Pengurusan dan
Pentadbiran pendidikan yang meliputi semua program dan projek ICT sama
ada di sekolah atau semua bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Inisiatif kedua pula ICT untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Kategori
ini adalah meliputi semua inisiatif ICT yang melibatkan proses Pengajaran
dan Pembelajaran

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kedua-dua Inisiatif
tersebut telah, sedang dan akan sentiasa kita tambah baik mengikut
keperluan semasa dalam usaha menyedia dan memudahkan aplikasi guru-
guru serta murid mencapai aspirasi inovasi dan inovatif pendidikan yang
lebih mantap dan perkasa.

Tuan-tuan, puan-puan yang saya kasihi sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi, syabas dan tahniah kepada seluruh
warga PPD Kota Kinabalu dan semua penerima anugerah apresiasi pada hari
ini. Semoga kejayaan dan kecemerlangan tersebut dapat dikekalkan dan
seterusnya dipertingkatkan lagi pada tahun-tahun seterusnya.

Dengan lafaz BISMILLAHIR RAHMANIRRAHIM, Saya dengan sukacitanya

merasmikan,

MAJLIS APRESIASI OASIS KECEMERLANGAN TAHUN 2021

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.

Ucapan PPD

TAH NIA BINTI HJ.JAMAN A.M.N, A.S.D.K

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH CEMERLANG
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
KOTA KINABALU

Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.

Salam Sejahtera

Salam Dare To Change PPD Kota
Kinabalu

Alhamdulillah, marilah kita bersama-
sama memanjatkan setinggi-tinggi
kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
dengan izin dan kurnia-Nya, kita dapat

bertemu dalam Majlis Apresiasi Oasis Kecemerlangan Pejabat
Pendidikan Daerah Kota Kinabalu buat julung kalinya.Terlebih dahulu
saya ingin menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada tetamu
kehormat kita pada pagi ini, Yang Berhormat Datuk, selaku perasmi
majlis.

Terbang di sisih burung belatuk
Hinggap sebentar di hamparan jerami

Terima kasih kesudian datuk
Sebagai perasmi di majlis kami

Seterusnya, saya juga ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua warga kerja PPD Kota Kinabalu khususnya
Jawatankuasa kerja Majlis Apresiasi Oasis Kecemerlangan PPD Kota
Kinabalu yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran majlis
pada pagi ini, diketuai oleh Timbalan PPD Sektor Pembangunan
Murid, En. Bunsu Bin Gaga.

KECEMERLANGAN PPDKK

Sidang hadirin yang saya hormati,
Tahun 2021 bakal menutup tirainya, sepanjang tahun ini banyak
cabaran yang kita lalui. Kita juga masih berada dalam situasi pendemik
yang banyak implikasinya apatah lagi dalam dunia pendidikan. Namun
dalam mengharungi cabaran saya sangat bersyukur kerana PPD Kota
Kinabalu telah meraih banyak anugerah kecemerlangan dalam
pelbagai bidang antaranya Kurikulum, Ko-Kurikulum, HEM, Kaunseling
dan Pentadbiran sepanjang tahun 2021.

Sekadar menyebut beberapa anugerah kecemerlangan, baru-baru ini
PPD Kota Kinabalu telah menjadi PPD penerima anugerah terbanyak
dengan merangkul sebanyak 154 anugerah, sekaligus mencatatkan
pencapaian terbaik PPD Kota Kinabalu sejak anugerah MEKAR
diperkenalkan. MEKAR merupakan majlis apresiasi akademik anjuran
sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Antara
anugerah tersebut ialah;

Anugerah PPD Gred A, Terbaik dalam 3 kategori iaitu;
Terbaik PBD,

Lonjakan Tertinggi STPM
Terbaik SPM

Dalam bidang Ko-Kurikulum pula, PPD Kota Kinabalu telah menerima
anugerah Platinum bagi dua tahun berturut-turut. Satu pencapaian
yang sangat membanggakan kerana menjadi satu-satunya PPD yang
menerima anugerah Platinum.

Sidang hadirin,
Pada tahun ini juga, PPD Kota Kinabalu telah dianugerahkan PPD 5
Bintang bagi dua tahun berturut-turut melalui penilaian Penarafan
Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah di bawah BPSH.

Penganugerahan ini mengenalpasti tahap dan potensi PPD dari aspek
kepimpinan, organisasi dan keberhasilan selain mengukur kejayaan
Program Transformasi Daerah. Oleh itu pencapaian 5 bintang PPD
Kota Kinabalu merupakan satu menifestasi kecemerlangan PPD dan
kecemerlangan sekolah serta warganya

PENGHARGAAN

Tuan-tuan dan puan-puan,
Sesungguhnya, Kecemerlangan PPD Kota Kinabalu dalam pelbagai
bidang turut disumbangkan oleh banyak pihak. Pelbagai usaha telah
dijalankan di semua peringkat sama ada di PPD mahupun di
sekolah.PPD Kota Kinabalu sentiasa komited dalam membantu
kecemerlangan sekolah. Bidang Kurikulum misalnya, di bawah Sektor
Pembelajaran telah berjaya melaksana banyak bengkel bagi
meningkatkan kepimpinan dan keupayaan guru-guru dilapangan.
Pendemik tidak pernah menghalang usaha-usaha barisan SIP+,
SISC+ dan penolong pegawai dalam bimbingan ke sekolah.
Antaranya:
Bimbingan SIP+ melalui KIA, Bimbingan SISC+ mengikut bidang,
Bimbingan Penolong-penolong pegawai dalam bidang masing-masing
seperti PPKI, Unit Pendidikan Islam dan Pemulihan. Begitu juga
dengan bimbingan dan bantu selia yang turut dijalankan oleh Sektor
lain seperti Sektor Pengurusan Sekolah, Sektor Pembangunan Murid,
dan Sektor Pengurusan.

Sidang hadirin,
Bimbingan yang dijalankan tidak mungkin menuai hasilnya tanpa
kerjasama jitu para pentadbir dan barisan guru-guru yang sentiasa
cekal dalam menunaikan tanggungjawab kepada bangsa dan negara.
Oleh itu saya sangat gembira apabila PPD dan sekolah dapat
berkerjasama bagai aur dengan tebing demi mencapai matlamat yang
sama.

Sesungguhnya, Majlis Apresiasi Oasis Kecemerlangan Pejabat
Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 2021 ini diadakan bertujuan
memberi penghargaan kepada sekolah dan para guru yang cemerlang
dalam aspek kepimpinan, akademik, sahsiah mahupun dalam
pembangunan bakat murid. Selain itu, dalam majlis ini juga diberi
penghargaan ialah kakitangan anggota kumpulan pelaksana (AKP)
yang cemerlang dalam bidang tugas masing-masing. Majlis Oasis
Kecemerlangan PPD Kota Kinabalu merupakan kesinambungan
kepada program payung PPD Kota Kinabalu iaitu Oasis
Kecemerlangan Sembilan (OK9) yang telah dilancarkan pada Februari
tahun 2020. Semoga Oasis Kecemerlangan Sembilan PPD Kota
Kinabalu terus mencapai matlamatnya seiring dengan visi dan aspirasi
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Oleh itu, saya sangat bersyukur kerana pada hari ini dapat
mengadakan Majlis Apresiasi Oasis Kecemerlangan tahun 2021
dengan 9 kategori dan 136 anugerah. Setinggi-tinggi Tahniah saya
ucapkan kepada semua penerima anugerah, semoga usaha tuan-tuan
dan puan-puan mendapat berkat ilahi.

Akhir kalam,
Saya ingin menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan agar terus
berjuang demi melaksanakan dan menjayakan hala tuju pendidikan
seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan dalam agenda
Pendidikan negara. Marilah kita sama-sama berdoa agar terus
istiqamah dalam tugas, dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan
hidup. Semoga segala usaha murni kita untuk memartabatkan kualiti
sekolah dan kemenjadian murid mencapai matlamat dengan jayanya.
Sekian.

Wa billahi taufiq wal hidayah,
wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Terima kasih.

ATUR CARA MAJLIS

MASA PERKARA
07.15 pagi - Ketibaan AJK Pengelola
08.00 pagi - Pendaftaran Peserta

09:00 pagi - Ketibaan Pengetua, Guru Besar dan Jemputan Khas
- Ketibaan YBrs. Puan Tah Nia binti Hj. Jaman A.M.N A.S.D.K

Pegawai Pendidikan Daerah Cemerlang

Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
- Ketibaan YBhg. Datuk Hj. Yakub Khan

09.20 pagi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

Negeri Sabah
- Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku

- Bacaan Doa
- Ucapan Alu-aluan oleh:

YBrs. Pn. Tah Nia binti Haji Jaman A.M.N A.S.D.K

Pegawai Pendidikan Daerah Cemerlang
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
- Ucapan Perasmian oleh:

09.30 pagi YBhg. Datuk Hj. Yakub Khan
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Negeri Sabah

- Gimik Perasmian & Persembahan 1
- Penyampaian Anugerah Oasis Kecemerlangan (Sekolah)

- Persembahan 2

- Penyampaian Anugerah Oasis Kecemerlangan (Individu)
- Persembahan 3

- Penyampaian Anugerah Kinabalu

- Penyampaian Anugerah Khas
- Penyampaian Cenderamata

01.30 petang Majlis dijangka bersurai



BIL SEKOLAH PERKARA

Anugerah Pengurusan Program Minda Sihat Terbaik

Anugerah Pengelolaan Sukan Terbaik

1 SMK LIKAS Anugerah Pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti
(PIBK) Terbaik

Anugerah Tandas 5 Bintang

2 SMK PULAU Anugerah Khas Jejak Kasih Komuniti
GAYA

Anugerah Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi

(PPKI) Terbaik

3 SMK TAMAN Anugerah Pengurusan #3A Terbaik
TUN FUAD

Anugerah Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (BOSS)

Terbaik

Anugerah Pengurusan Pangkalan Data Sekolah Terbaik

Anugerah Pengurusan Bantuan dan Kebajikan Terbaik
4 SM LA SALLE Anugerah Pengelolaan Sukan Terbaik

Anugerah Pengurusan Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Terbaik

Anugerah Pelibatan Aktif Kajian Tindakan

Anugerah Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) Terbaik
5 SM SHAN TAO

Anugerah Pengurusan SKPMg2 Terbaik

Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang

Anugerah Tandas 5 Bintang

6 SM STELLA Anugerah Sekolah Ceria
MARIS

Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlangan

BIL SEKOLAH PERKARA

Anugerah Pengurusan Komuniti Pembelajaran

Profesional (PLC) Terbaik

Anugerah Pengurusan Bantuan Kumpulan Wang Amanah

Pelajar Miskin (KWAPM) Terbaik
SMK
7 BANDARAYA Anugerah Pengurusan Badan Beruniform Terbaik

Anugerah Pengurusan Psikologi Terbaik

Anugerah Pengurusan SSDM V2.0 Terbaik

Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang

8 SMK Anugerah Laluan Program Pendidikan Pencegahan Dadah
KOLOMBONG (PPDa) Terbaik

Anugerah Pengurusan Asrama Terbaik

9 SM MAKTAB Anugerah Pengurusan Latihan Terbaik
SABAH

Anugerah Amalan Sahsiah Terbaik

Anugerah Pengurusan Psikometrik Terbaik

Anugerah Kesenian dan Kebudayaan Terbaik

Anugerah Galakan STEM Online

10 SM LOK YUK Anugerah Pengurusan Sukan Terbaik
LIKAS

Anugerah Juara Keseluruhan MSSD

Anugerah Pengurusan HRMIS Terbaik

Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang

11 SM ST PETER Anugerah Pengurusan Perkhidmatan dan Buku
TELIPOK Perkhidmatan Kerajaan (BPK) Terbaik

12 SM ST FRANCIS Anugerah Penghargaan Khas Pelibatan Aktif MSSD
CONVENT

13 SMKA TUN Anugerah Sekolah Harapan Kokurikulum
AHMADSHAH

BIL SEKOLAH PERKARA

Anugerah Pusat Sumber Cemerlang

Anugerah Pengurusan Peperiksaan Terbaik

Anugerah Pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti
(PIBK) Terbaik
14 SMK TEBOBON
Anugerah Pembangunan Sukan Terbaik

Anugerah Pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya Terbaik

Anugerah Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah
(PPDa) Terbaik

Anugerah Pengurusan Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Terbaik

15 SMK INANAM Anugerah Pengurusan Bilik Kaunseling Terbaik

Anugerah Pengurusan Pendidikan Kerjaya Efektif
(Kaunseling) Terbaik

Anugerah Pengurusan Kehadiran Terbaik

Anugerah Pengurusan Dashboard Sekolah Terbaik

SMK Anugerah Pembudayaan Highly Immersive Programme
(HIP)
16 PEREMPUAN

LIKAS Anugerah Sekolah Ceria

Anugerah Tandas 5 Bintang
Anugerah Pengurusan eOperasi Terbaik

Anugerah Pengurusan Program Pendidikan Khas Terbaik

17 SM SANZAC Anugerah Pengurusan Kurikulum Terbaik

Anugerah Pengurusan Kantin Terbaik

Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang

Anugerah Pembudayaan STEM

18 SM ALL Anugerah Tandas 5 bintang
SAINTS

Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang

BIL SEKOLAH PERKARA

Anugerah Pengurusan Kurikulum Terbaik
Anugerah Pengurusan eOperasi Terbaik
19 SM TINGGI KK Anugerah Pengurusan Kantin Terbaik
Anugerah Pengurusan Makmal Sains Terbaik
Anugerah Pengurusan HRMIS Terbaik

Anugerah Pengurusan Pendidikan Islam Terbaik

Anugerah Pengurusan Peperiksaan Terbaik

20 SMKA KOTA Anugerah Pengurusan Kelab dan Persatuan Terbaik
KINABALU Anugerah Kokurikulum Terbaik

Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang

Anugerah Pengurusan SKPMg2 Cemerlang

21 KOLEJ TINGKATAN 6 Anugerah Pengurusan SKPMg2 Cemerlang



BIL SEKOLAH PERKARA

1 SK TANJUNG ARU Anugerah Pembangunan Sukan Terbaik
1 Anugerah Tandas 5 Bintang

Penghargaan Khas Pelibatan Aktif Kajian Tindakan

2 SK TANJUNG ARU Anugerah Pengurusan SKPMg2 Cemerlang
2

Anugerah Pembudayaan Highly Immersive Programme (HIP)

Anugerah Amalan Terbaik Sahsiah
3 SK SRI GAYA

Anugerah Sekolah Harapan Kokurikulum

Anugerah Pengurusan Bilik Kaunseling Terbaik

4 SK SEMBULAN Anugerah Pengurusan SSDM V2.0 Terbaik

Anugerah Pengurusan Program Pendidikan Khas Terbaik
Anugerah Pengurusan Latihan Terbaik

5 SK KEPAYAN Penghargaan Khas Jalinan Keselamatan (PDRM)

Anugerah Pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti

Sekolah (PIBKS) Cemerlang

Anugerah Pembudayaan Highly Immersive Programme (HIP)
6 SK SACRED HEART

Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang

Anugerah Pengelolaan Sukan Terbaik
7 SK STELLA MARIS

Anugerah Pengurusan eOperasi Terbaik

8 SK PULAU GAYA Penghargaan Khas Khas Jejak Kasih Komuniti

Anugerah Pengurusan Program Minda Sihat Terbaik

Anugerah Tandas 5 Bintang
9

SK API-API Anugerah Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Anugerah Pengurusan SKPMg2 Cemerlang

BIL SEKOLAH PERKARA

10 SK LIKAS Penghargaan Khas Jejak Kasih Komuniti
11 SK ST AGNES
12 SK LUYANG Anugerah Pengurusan Pendidikan Kerjaya Efektif
(Kaunseling)

Anugerah Pengelolaan Sukan Terbaik

13 SK MUTIARA Anugerah Pengurusan Kurikulum Terbaik

Anugerah Pengurusan Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Terbaik
14 SK LOK YUK LIKAS
Anugerah Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
Terbaik

15 Anugerah Pengurusan Program Pendidikan Khas
SK BUKIT PADANG Integrasi (PPKI) Terbaik

16 SK ST FRANCIS Anugerah Sekolah Ceria
CONVENT
Anugerah Pembudayaan Highly Immersive Programme
(HIP)

Anugerah Pengurusan SKPMg2 Cemerlang

17 SK KOLOMBONG Penghargaan Khas Pengurusan Bilik Operasi Skim
Pinjaman Buku Teks Daerah (BOSSD)

18 SK BANTAYAN Anugerah Pengurusan Bantuan dan Kebajikan Terbaik

BIL SEKOLAH PERKARA

Anugerah Pelakasanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Terbaik

Anugerah Laluan Program Pendidikan Pencegahan Dadah

19 SK INANAM LAUT (PPDa) Terbaik

Anugerah Kokurikuklum Terbaik

Anugerah Tandas 5 Bintang
Anugerah Pengurusan Pangkalan Data Sekolah Terbaik

Anugerah Pencapaian Pemulihan Khas Terbaik

20 SK INANAM DUA

Anugerah Pengurusan #3A Terbaik

Anugerah Galakan STEM Dalam Talian (online) Terbaik

21 SK KITOBU Penghargaan Khas Jejak Kasih Komuniti

Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang

22 SK KIONSOM

Penghargaan Khas Jejak Kasih Komuniti

23 SK POMOTODON Anugerah Pembudayaan Highly Immersive Programme (HIP)

24 SK ST CATHERINE Anugerah Tandas 5 Bintang

25 SK KERONGGU Anugerah Pembudayaan Highly Immersive Programme (HIP)

Anugerah Sekolah Ceria

26 SK BABAGON Anugerah Tandas 5 Bintang
TOKI Penghargaan Khas Hub Kebudayaan

Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang
Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang

27 SK RUMINDING Anugerah Pengurusan Kehadiran Terbaik

Penghargaan Khas Taman Herba Sekolah

28 SK PORING- Penghargaan Khas Khas Jejak Kasih Komuniti
PORING

BIL SEKOLAH PERKARA

29 SK DARAU Anugerah Pengurusan HRMIS Terbaik
Penghargaan Khas Jalinan Keselamatan (PDRM)
30 SK LOK YUK
INANAM Anugerah Pengurusan Badan Beruniform Terbaik

31 SK TOBOBON Anugerah Pencapaian Prasekolah Terbaik
Anugerah Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
32 SK GUDON Terbaik
Penghargaan Khas Jalinan Kesejahteraan (BOMBA)
33 SK RAMPAYAN
Anugerah Pengurusan Dashboard Sekolah Terbaik
34 SK UNGGUN Anugerah Pembudayaan Highly Immersive Programme
(HIP)

35 SK MALAWA Anugerah Pengurusan Psikologi Terbaik
Anugerah Pengurusan Bantuan Kumpulan Wang
36 SK KOKOL Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Terbaik
37 SK KEBAGU Anugerah Pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya
Terbaik
Anugerah Pengurusan Prasekolah Terbaik

Anugerah Pengurusan Sukan Terbaik

Anugerah Kelab dan Persatuan Terbaik

BIL SEKOLAH PERKARA

39 SK PANGKALAN Anugerah Pengurusan Pendidikan Islam Terbaik
TLDM

40 SK PG SITI Penghargaan Khas Jejak Kasih Komuniti
HAFSAH

41 SK GANTISAN Anugerah Pengurusan Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) Terbaik

42 SK LAPASAN Penghargaan Khas Jejak Kasih Komuniti

43 SK TALUNGAN Penghargaan Khas Sekolah Ceria

44 SK NATAI Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang

45 SK TAMPULAN Anugerah Kesenian dan Kebudayaan Terbaik

46 SK KEBAYAU Anugerah Pembudayaan Highly Immersive Programme
(HIP)

47 SK TOMBONGON Penghargaan Khas Jejak Kasih Komuniti

48 SK PULAU Penghargaan Khas Jejak Kasih Komuniti
SEPANGGAR

BIL SEKOLAH PERKARA

48 SJKC CHUNG Anugerah Pengurusan Persatuan Ibu Bapa Dan Komuniti
HWA KK Sekolah (PIBKS) Cemerlang
Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang
49 SJKC ST PETER Anugerah Pengurusan HRMIS Terbaik
TELIPOK
Anugerah Pengurusan eOperasi Terbaik
50 SJKC GOOD Anugerah Tandas 5 Bintang
SHEPHERD
Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang
51 SJKC YICK NAM Anugerah Tandas 5 Bintang
Anugerah Pengurusan Sukan Harapan
52 SJKC ST JAMES Anugerah Pengurusan Perkhidmatan dan Buku Perkhidmatan
Kerajaan (BPK) Terbaik
Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang
Anugerah Pengurusan SKPMg2 Terbaik
Anugerah Pengurusan Psikometrik Terbaik
Anugerah Kesenian dan Kebudayaan Cemerlang
Anugerah Pengurusan Sukan Terbaik
Anugerah Juara Keseluruhan MSSD
Penghargaan Khas Pelibatan Aktif MSSD

53 SJKC CHUNG Anugerah Pengurusan Komuniti Pembelajaran Profesional
HWA LIKAS (PLC) Terbaik

Anugerah Pengurusan Persatuan Ibu Bapa Dan Komuniti
Sekolah (PIBKS) Cemerlang

BIL SEKOLAH PERKARA

Anugerah Pengurusan Kantin Terbaik
54 SJKC LOK YUK LIKAS

Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang

Anugerah Penarafan SSQS Terbaik

55 SJKC LOK YUK Anugerah Pengurusan Adab dan Nilai Pendidikan Islam
MENGGATAL

Terbaik

56 SJKC SHAN TAO Anugerah Pengurusan Kurikulum Terbaik

Anugerah Pengurusan Pangkalan Data Sekolah Terbaik

57 SK (C) ANGLO Anugerah Penarafan SSQS Terbaik
CHINESE

Penghargaan Khas Taman Herba Sekolah

58 SJKC CHE HWA Anugerah Tandas 5 Bintang



BIL ANUGERAH KATE NAMA/SEKOLAH
GORI

1 Penolong Kanan SM Safri bin Abdullah
Pentadbiran SMK Likas

2 Penolong Kanan SR A.Shahrul bin A.Mohd Shariff
Pentadbiran SK Mutiara

3 Penolong Kanan HEM SM Zunaidah binti Zakaria
SM Maktab Sabah

4 Penolong Kanan HEM SR Fatimah binti Ahmad
SK Gantisan

5 Penolong Kanan SM Vasugi A/P Nallathamby
Kokurikulum SM Lok Yuk Likas

6 Penolong Kanan SR Jarah binti Ibrahim
Kokurikulum SK Inanam Laut

7 Penolong Kanan SM Dr. Jaggil bin Apak
Tingkatan 6 Kolej Tingkatan Enam

8 Penolong Kanan SM Malati binti Amit
Penyelia Petang SM Stella Maris

9 Penolong Kanan SR Wanda Maria Lim Mee Mei
Penyelia Petang SK Malawa

10 Penolong Kanan Wanah Edwin Bakri
Pendidikan Khas SM

SMK Sanzac

BIL ANUGERAH KATE NAMA/SEKOLAH
GORI
11 Penolong Kanan SR Rubiah binti Suip
Pendidikan Khas SM
SK Bukit Padang
12 Guru Kaunseling SR
Wan Sanoni binti Wan Ibrahim
13 Guru Bimbingan SM Guru Kaunseling
SR SMK Inanam.
14 Guru Bestari SM
SR Sariffah @ Hamssiah binti
15 Guru Bestari SM Maslin
SM Guru Bimbingan
16 Guru Perpustakaan SK Kebagu Manggatal
dan Media SR
Antonius Tan
17 Guru Perpustakaan SM Tinggi Kota Kinabalu
dan Media
Mohd Nur Akmal Bin Zainal
18 Warden Asrama Abidin
Sk Inanam Dua
Anggota Kumpulan
19 Pelaksana Desmond Sandum
SMK Tebobon
(AKP - ICT)
Zarina binti Ismail
Anggota Kumpulan SRK ST Agnes Likas
20 Pelaksana
Emila Rohaza
(AKP - ICT) SM Maktab Sabah
Johulin Tobo

SMK Taman Tun Fuad

JURUTEKNIK FT19

Salimullah bin Mokhsin

SK Stella Maris,
Tanjung Aru
JURUTEKNIK FT19

BIL ANUGERAH KATE NAMA/SEKOLAH
GORI
Anggota Kumpulan SM Hamizan bin Abdul Rashid
21 Pelaksana SMK AGAMA KOTA KINABALU
SR PT (P/O) N19 (KERANI
(AKP - Kewangan) KEWANGAN)
SM
Anggota Kumpulan SR Azuhry Shah bin Jalius
22 Pelaksana SM SK NATAI
PT (P/O) N10 (KERANI
(AKP - Kewangan) KEWANGAN)

Anggota Kumpulan Aminah binti Shamsuddin
23 Pelaksana SM ST PETER TELIPOK
KPT (P/O) N22
(AKP – Pengurusan
dan Pentadbiran) Irliana binti Landasan
Anggota Kumpulan SJKC YICK NAM
24 Pelaksana PT (P/O) N19
(AKP – Pengurusan
dan Pentadbiran) Ahasari bin Raskan
PENYELIA ASRAMA
25 Penyelia Asrama SMKA TUNAS

ANUGERAH KINABALU

MAJLIS APRESIASI OASIS KECEMERLANGAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
KOTA KINABALU
2021

ANUGERAH KHAS
PPD KOTA KINABALU

MAJLIS APRESIASI OASIS KECEMERLANGAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
KOTA KINABALU
2021

JJAAWWAATTAANNKKUUAASSAAIINNDDUUKKMMAAJJLLIISSAAPPRREESSIIAASSIIOOAASSIISSKKEECCEEMMEERRLLAANNGGAANN
PPEEJJAABBAATTPPEENNDDIIDDIIKKAANNDDAAEERRAAHHKKOOTTAAKKIINNAABBAALLUU22002211

Penaung :
YBhg. Datuk Dr. Mistirine binti Radin
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Penasihat :
YBrs. Puan Tah Nia binti Haji Jaman A.M.N, A.S.D.K

Pegawai Pendidikan Daerah Cemerlang
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu

Pengerusi :
Tuan Bunsu bin Gaga
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembangunan Murid

Naib Pengerusi 1:
Tuan Kassim bin Haji Wiro
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Perancangan dan Pengurusan Daerah

Naib Pengerusi 2:
Puan Doreen @ Nur Sareena binti Abdullah

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembelajaran
Naib Pengerusi 3:

Puan Sharifah binti Haji Ali
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah

Sektor Pengurusan Sekolah
Setiausaha :

Mohd Saiful Wahidi bin Tajudin
Ahmad bin Hj. Mohd Akib
Naib Setiausaha :
Mohd Aizan bin Ermando
Abdah binti Abdul Ghani
Bendahari :

Pn. Norwaniedah Winnie Abdullah

AHLI JAWATANKUASA

JK Bacaan Doa Ustaz Arbaen Shawal
JK Panel Penilai En.Faizalhizam bin Noordin

Pengurusan Tertinggi PPDKK
SPD, SPb, SPS, SPM, SPP, SP & SPsK

JK Protokol dan SIPartners :
Sambutan VIP Dr.Sarkauvi bin Maseri
Pn. Saripah binti Hj. Ghul Hassan
Bendahari Pn. Jahiah @ Jalilah binti Apiang

JK Teks Ucapan Pn. Norwaniedah Winnie Abdullah
Pn. Saripah binti Awang Besar
JK Pengacara Majlis Pn. Rosnih @ Angela Tundim

JK Teknikal / Backdrop/ En. Asrizal bin Aldin
Rakaman / Banner / Gimik Pn. Shoba Macintyre

/ Peralatan / Publisiti En. Ghazali bin Ismail (K)
JK Penyediaan Buku Pasukan ICT Expert

Aturcara Majlis En. Al Fadli Amil Bustam (K)
En. Mohd Aizan bin Ermando

JK Perhubungan dan En. Abd.Ghafur Awang Yaacob
Jemputan Cik Noreehan Yakub

Pn. Taliah binti Ghazali

JK Cenderamata, Pn. Winnie Norwaniedah
Trofi / Plak Pn. Nanny

Dr. Sitti Junaida Ambo
Pn. Sarijah

AHLI JAWATANKUASA

Pengurus Majlis En. Mohd Ehram bin Adanan
(Floor Manager)
Pengurus Pentas En. Azmi bin Datuk Hj. Matussin
(Stage Manager) Semua SISC+

JK Penyambut Tetamu

JK Persembahan, Pn. Noraisah @ Siti Azwa binti Aribun
Keselamatan dan SOP En. Mohd Kamal bin A. Hamid

JK Pengiring VIP En. Zulhairi bin Ali
Pn. Doreen Nursareena Abdullah
JK Persediaan dan
Hiasan Dewan Pn. Fadlyna binti Omar
Pn. Jamiah binti Maludin
Pn. Norariandriyani binti Hamis

JK Fotografi dan En. Adrian Denis Paut
Dokumentasi Pn. Lim Yun Lih

JK Pengurus Peserta Ustazah Sarina Sabli
Pn. Abdah binti Abdul Ghani
Pn. Zoriffah binti Hj. Mohd Kudin

Pn. Ruhaini binti Zaini

Urusetia Pn. Abdah binti Abdul Ghani (K)
Pn. Fadlyna binti Omar
Pn. Jamiah binti Maludin

JK Pendaftaran dan Pn. Jasekah binti Juspin
Tag Jemputan Pn. Kasmah

Sijil Penghargaan Ustaz Arbaen Shawal
En. Ag. Razmani

En. Joudin Matthew

Sekalung Penghargaan

Y.B Datuk Yakub Khan
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah

YBhg. Puan Siti Hamni @ Ani binti Hashim
Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK)
Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

YBhg. Tuan Haji Mohammad Arif bin Tun Sakaran
Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia

merangkap
Focal Person Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

PERBADANAN PINJAMAN SABAH
(Sabah Credit Corporation)

Semua individu yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung

terima kasih


Click to View FlipBook Version