The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aLPhard, 2023-06-22 09:52:56

STEM FIESTA PPDKK 2023

PROGRAM STEM FIESTA 2023

24 JUN 2023 (SABTU) SM LOK YUK KOTA KINABALU 8.00 AM -12.30 PM PROGRAM FIESTA FROM STUDENTS TO STUDENTS En. Suhaimi bin Hj Matshah Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Dirasmikan oleh : YB. Datuk Harun bin Durabi Pembantu Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Sabah


FROM STUDENTS TO STUDENTS


STEM FIESTA STEM penting sebagai persediaan kepada murid untuk menghadapi cabaran dan berdaya saing di peringkat global. Kebanyakan negara maju menekankan STEM kerana ia meliputi setiap aspek kehidupan masyarakat dan penyumbang kepada kemajuan ekonomi masa hadapan. Modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran STEM diperlukan untuk negara kekal berdaya saing dan dinamik di peringkat global. Peningkatan enrolmen dan kecemerlangan murid STEM ke peringkat tertiari menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam ciptaan baharu dan inovasi serta dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) STEM yang berfokuskan murid dapat menghasilkan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. PdP yang menarik dapat meningkatkan minat dan kecenderungan murid dalam STEM. Pelaksanaan (PdP) STEM yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran secara mendalam melalui pendekatan inkuiri, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran berasaskan masalah dalam konteks dunia sebenar. Murid yang mengikuti PdP STEM mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, inovatif, berhemah tinggi, berdikari, celik teknologi, mampu mereka cipta, boleh menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Bagaimanakah kita boleh menyokong usaha KPM untuk memantapkan PdP STEM bagi menarik lebih ramai murid menceburi bidang STEM di peringkat sekolah?


❖ Murid dapat melihat bahawa Pembelajaran STEM adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan ❖ Aktiviti STEM di sekolah akan pelbagai dan dapat dibudayakan. ❖ Murid mempunyai kemahiran ICT ❖ 5 Aspirasi murid tercapai - Pengetahuan, Kemahiran berfikir, Kemahiran memimpin, Kemahiran Dwibahasa, Etika dan Kerohanian Objektif Program Output &Outcome ❖ Membudayakan amalan pembelajaran dalam kalangan pendidik(PLC) ❖ Memberi platform kepada murid untuk memimpin ❖ Mengalakkan kemahiran berfikir aras tinggi(HOTS) dalam kalangan murid ❖ Meningkatkan kolaboratif dalam kalangan Pegawai di PPD, Pentadbir, guru, Ibubapa dan murid di daerah Kota Kinabalu


Ucapan Perasmi Yang Berhormat DATUK HARUN BIN DURABI PEMBANTU MENTERI SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI (KSTI) NEGERI SABAH keizinan-Nya dapat kita berkumpul bersama-sama di dalam Program ‘STEM Fiesta - di bawah inisiatif Program Transformasi Daerah (DTP) Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dengan kerjasama Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Sabah (KSTI). Mengenegahkan tema, STEM is fun, From Students to Students ; program ini diharap mampu menterjemahkan konsep sebenar STEM dikalangan murid sekolah. Tema yang dipilih relevan dengan moto Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) ke arah, ‘Masyarakat Berbudaya Teknologi Tinggi’. Usaha memperkukuhkan budaya bermula dengan perasaan seronok, minat dan kecenderungan yang tinggi di kalangan warga sekolah. Pada hemat saya, inisiatif memperkukuh amalan berasaskan sains dan teknologi dalam aktiviti dan program hari ini mampu merealisasikan Visi KSTI ‘Melahirkan generasi intelek dan inovatif melalui kemajuan Sains, ICT dan Modal Insan berkemahiran tinggi menjelang Tahun 2030’. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Subhana Wata’alla kerana dengan


Pertamanya, saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dan Jawatankuasa Pengelola Program STEM Fiesta di atas inisiatif menjayakan program seumpama ini. KSTI sangat komited dalam membantu melaksanakan jalinan kerjasama strategik dengan kementerian lain dan agensi persekutuan khususnya Kementerian Pendidikan dan sekolah. Selain itu, KSTI juga dari masa ke masa dalam usaha mempergiatkan kolaboratif di antara institusi pendidikan dan agensiagensi berkaitan. Pengalaman pembelajaran setiap anak didik di sekolah tidak boleh bersifat statik kepada persekitaran sekolah sahaja. Justeru itu, kita perlu merancang serta memberi nilai tambah kepada pengalaman baharu melalui kerjasama agensi-agensi luar berkaitan. Di antara Misi utama KSTI adalah ‘Menerajui pembangunan teknologi dan bakat sains selaras dengan hala tuju negeri’. Negeri Sabah pastinya akan memerlukan lebih ramai tenaga pakar dalam bidang ini pada masa hadapan. Sementara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merangka STEM merujuk kepada dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) turut menekankan pendidikan STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum dengan sokongan menerusi pelbagai pihak berkepentingan. Apakah korelasi antara kedua-duanya? Seperti mana yang telah saya ungkapkan sebelum ini, jalinan dan jaringan ini perlu dipertingkatkan bagi memastikan wujud ‘supply’ dan ‘demand’ di antara kedua-duanya. Dalam erti kata lain, sumber tenaga yang diarahkan melalui pakej pendidikan selari dengan keperluan pasaran kerja yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.


Tahniah kepada guru-guru kerana kesungguhan mendidik, memudahcara dan membimbing murid-murid yang turut serta mengikuti pertandingan-pertandingan yang dilaksanakan. Syabas dan tahniah kepada sekolah-sekolah yang mengambil bahagian. Saya difahamkan di daripada 82 sekolah di PPD Kota Kinabalu 50% sudah terlibat dengan program STEM IS FUN FROM STUDENTS TO STUDENTS ini. Saya percaya program bersiri ini akan diteruskan sehingga semua sekolah terlibat. Kepada mereka yang berjaya, kemenangan ini adalah kejayaan yang selayaknya diterima, Bagi mereka kepada yang masih bergerak maju mencipta kejayaan, penyertaan ini adalah peluang untuk meningkatkan lagi keupayaan sebenar untuk lebih berjaya di masa hadapan. Saya sekali lagi mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih atas jemputan untuk saya hadir di Majlis Perasmianpada pagi ini serta ucapan tahniah kepada semua pihak dan para peserta yang menyokong dan menjayakan program ini. Semoga kerjasama ini diteruskan kepada bentuk aktiviti dan program lain yang difikirkan perlu serta memberi impak tinggi. Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.


Ucapan PPD Yang Berusaha SUHAIMI BIN HAJI MATSHAH PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU Assalamualaikum Warrahmatulahi Wabarokatuh, Salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani, Salam Sabah Maju Jaya, Salam Sepakat Sabah Hebat, Salam Dare to Change PPD Kota Kinabalu. Terlebih dahulu, Bersama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat bersama dalam Majlis Perasmian STEM FIESTA – From Students To Students PPD Kota Kinabalu tahun 2023. Majlis pada hari ini, merupakan kesinambungan Webinar STEM IS FUN – From Students To Students yang telah dianjurkan sebanyak 8 siri yang berlangsung secara dalam talian. Program ini merupakan usaha kolaboratif PPD dan sekolah-sekolah di daerah Kota Kinabalu untuk memberi kesedaran kepada warga pendidik tentang kepentingan pembelajaran STEM dalam kalangan murid terutama semasa berlakunya pandemik COVID-19. Selain itu, usaha ini juga bagi memastikan pembudayaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid selain dapat memupuk budaya komunikasi berkesan. Matlamat akhirnya memastikan 6 aspirasi murid yang menjadi hasrat kementerian dalam Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia dapat direalisasikan.


Pendidikan STEM merupakan pengintegrasian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan. Pendidikan STEM sangat penting kerana meliputi setiap aspek kehidupan harian dan dunia di sekelling kita. Oleh itu, pengetahuan STEM selalu digunapakai dalam penyelesaian masalah yang berkait rapat dengan Inovasi. Tidak dapat dinafikan banyak isu dapat diselesaikan melalui penerapan pengetahuan STEM dalam kehidupan, lantaran itu pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama badan korporat dalam mempromosikan pengajaran STEM di sekolah. Antara yang terkini ialah usaha KPM bersama Yayasan Petronas memperkenalkan Duta Guru di sekolah rendah dan menengah yang akan membawa pendekatan STEM dalam pengajaran Sains, Matematik dan Tvet. Semoga implikasnya kelak berlaku peningkatan prestasi dan kemenjadian murid melibatkan mata pelajaran ini. Begitu juga kita mengharapkan lebih banyak murid berminat dan layak mengambil pakej STEM di tingkatan 4. Pada hari ini, kita bersyukur kerana usaha anak-anak didik di lapangan dalam aplikasi pembelajaran STEM melalui Project Based Learning dan Webinar STEM IS FUN – From Students To Students diberikan pengiktirafan. Sesungguhnya, usaha ini dapat direalisasikan atas sokongan dan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI). Oleh itu, dikesempatan ini PPD Kota Kinabalu ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan dan sumbangan berupa wang tunai daripada KSTI sehingga program pada hari ini dapat dilaksanakan.


Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada anak-anak didik yang menerima sijil pengiktirafan pada hari ini, begitu juga guru-guru pembimbing dan PGB yang terlibat. Saya turut merakamkan ribuan terima kasih kepada pengetua dan guru besar serta guru-guru STEM yang terlibat dalam pameran hari ini. Tentunya ini memerlukan usaha, tenaga dan masa yang perlu dikorbankan. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tuan rumah SM Lok Yuk terutamanya kepada pengetua Puan Loudes Mary Batin atas kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini. Terima kasih juga kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sebagai pengajur bersama PPD Kota Kinabalu. Ucapan tahniah dan kredit perlu juga saya berikan kepada jawatan kuasa pelaksana Webinar STEM dan Majlis Perasmian STEM FIESTA – From Students To Students PPDKK pada hari ini. Syabas! atas usaha ini, semoga adanya program seperti ini bakal menyemarakkan lagi semangat, minat dan motivasi guru dan murid dalam pembelajaran STEM di daerah Kota Kinabalu. Sekian, saya sudahi dengan Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamu’alaikum Warrahmatullahi Wabarakatu.


MASA PERKARA 7.00 pagi Ketibaan JK Pelaksana dan pempamer 8.00 pagi Ketibaan tetamu jemputan dan peserta 8.30 pagi Ketibaan Pegawai JPN Sabah dan Pegawai KSTI 9.00 pagi KetibaanTimbalan – Timbalan Pengarah JPN & PPD Kota Kinabalu 9.45 pagi Ketibaan Setiausaha Tetap (SUT) KSTI 10.00 pagi Ketibaan Perasmi : 1.00 petang • Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Kami Guru Malaysia • Bacaan Doa • Ucapan Alu-aluan Encik Suhaimi @ Suhaini Bin Haji Matshah Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu • Ucapan Perasmian YB Datuk Harun Bin Durabi Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Sabah • Gimik Perasmian Program STEM Fiesta • Penyampaian Hadiah dan Sijil Penghargaan • Penyampaian Cenderahati • Sesi bergambar • Lawatan ke booth pameran dan penyampaian sijil kepada pempamer • Sidang Media • Jamuan Majlis dijangka selesai Aturcara Majlis


1 SM ALL SAINTS (Tn Rumah) 2 SMK BANDARAYA KOTA KINABALU 3 SJKC ST JAMES KOTA KINABALU 4 SRK ST FRANCIS CONVENT KOTA KINABALU PROGRAM FIESTA FROM STUDENTS TO STUDENTS SENARAI SEKOLAH-SEKOLAH PROGRAM STEM FIESTA PPD KOTA KINABALU


SIRI 5: 13.04.2022 SIRI 6: 28.06.2022 SIRI 7: 27.10.2022 SIRI 8: 07.06.2023 SMJK SHAN TAO (Tn Rumah ) SK PANGKALAN TLDM SRK SACRED HEART SK MUTIARA SMK PULAU GAYA (Tn Rumah) SK STELLA MARIS SKC ANGLO CHINESE SK LUYANG SM LA SALLE (Tn Rumah) SK GENTISAN SK RUMINDING SK UNGGUN SK KERONGGU SMK TEBOBON (Tn Rumah) SM STELLA MARIS * SK KOLOMBONG SMK PEREMPUAN LIKAS SMK LIKAS * SK BUKIT PADANG SMK INANAM * SJKC LOK YUK LIKAS


1 SM ALL SAINTS (Tn Rumah) 2 SMK BANDARAYA KOTA KINABALU 3 SJKC ST JAMES KOTA KINABALU 4 SRK ST FRANCIS CONVENT KOTA KINABALU SIRI 1: 21.09.2021 SIRI 2: 18.10.2021 SIRI 3: 17.11.2021 SIRI 4: 26.01.2022 SMK SANZAC (Tn Rumah) SK BANTAYAN SJKC SHAN TAO KK SJKC GOOD SHEPHERD SK SRI GAYA SM ST FRANCIS CONVENT (Tn Rumah) SMK AGAMA TUN AHMAD SHAH SK INANAM 2 SK APIP API SM LOK YUK KOTA KINABALU (Tn Rumah) ST AGNES KOTA KINABALU SMK KOLOMBONG SK KITOBU KK SM ALL SAINTS (Tn Rumah) SMK BANDARAYA KOTA KINABALU SJKC ST JAMES KOTA KINABALU SRK ST FRANCIS CONVENT KOTA KINABALU


PROJEK STEM SIRI SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH 5 MAKE USE OF SOLAR ENERGY SJKC SHAN TAO MALAYSIAN HEALTHY PLATE SMJK SHANTAO 2 COVID 19 WALL CLOCK SRK ST AGNES TSUNAGU PROJECT SMK KOLOMBONG 7 KIPAS BERGERAK DALAM RUMAH GUNA SOLAR SK ANGLO CHIENESE BIOPLASTIK SM LA SALLE 6 SECRET GARDEN SK UNGGUN KIPAS BEKAS PLASTIK SMK PULAU GAYA 8 PASS THE BALL SK PANGIRAN TLDM WATER DISPENSER SMK LIKAS 4 AUTOMATIC CLOTHESLINE MACHINE SK ANGLO CHIENESE NUCLEAR ENERGY WORLD CHAT SMK SANZAC 8 KIPAS BERGERAK DALAM RUMAH GUNA SOLAR SK ANGLO CHIENESE ELEVATING CLUSTER HOUSING : UNVEILING BREAKTHROUGH INNOVATIONS SMK TEBOBON 3 BMI – BODY MASS INDEX SJKC ST JAMES KOTA KINABALU STEM MINECRAFT SMK KOLOMBONG 1 PEMERAH SANTAN MUDAH ALIH SK INANAM II POSTOX SMK BANDARAYA 1 ADD FRAC CARD SK MUTIARA ROBOT SM ALL SAINT


Panel Penilai HAKIM INOVASI / PBL ZORIFFAH KUDIN Pegawai Pendidikah Khas PPDKK SHOBA MACINTYRE Pegawai SISC+ Sains Sosial PPDKK CAROL YAP Pegawai SISC+ Sains Sosial PPDKK HAKIM MODERATOR ANGELA TUNDIM Pegawai SISC+ Bahasa PPDKK HAKIM VIDEO TEASER & MONTAJ AL FADLI AMIL BUSTAN Pegawai SISC+ Sains Sosial PPDKK GHAZALI ISMAIL Pegawai ICT PPDKK HAKIM BOOTH PAMERAN ANGELA TUNDIM Pegawai SISC+ Bahasa PPDKK LILY SINTUM Pegawai SISC+ TVET PPDKK ZORIFFAH KUDIN Pegawai Pendidikah Khas PPDKK Terima kasih


Jawatankuasa Induk Penaung En Suhaimi @ Suhaini Bin Haji Matshah Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Penasihat 1. Pn Doreen Peter Laison Abdullah Timbalan Sektor Pembelajaran 2. Pn Lourdes Mary Batin Pengetua SM Lok Yuk Kota Kinabalu Semua PGB Sekolah Yang Terlibat Pengurus Projek : Pn. Elsie Sharon Giluk Pegawai SISC+ PPDKK Pengurus Pelaksana : Pn. Vasugi Nallathamby PK Kokum – SM Lok Yuk Kota Kinabalu Penolong Pengerusi Pelaksana : En. Awang Basri Bin Lajsikan K.Bidang Sains – SM Lok Yuk Kota Kinabalu Bendahari : Nurwanidah Winie Abdulah Pegawai Pemulihan PPDKK


Jawatankuasa Pelaksana JK Penyambut Tetamu Semua Tim. PPDKK & Pegawai SIP+ PPDKK Pengetua SM Lok Yuk Kota Kinabalu JK Teks Ucapan Dr.Siti Junaidah Ambo, Saripah Awang Besar Angela Tundim JK Penyediaan Buku Aturcara Majlis Al Fadzli Amil Bustan Liza Maten JK Video Teaser & Montage Ghazali Ismail Muaz JK Sijil & Cenderamata Nanny Ubud, Liza Maten Yaznizah, Nita Binti Sayit JK Kehadiran/ Pendaftaran Carol Yap Wong Yick Yin JK Bacaan Doa Mohammad Fariz Irfan Bin Awang Tajudin (Murid) Pembimbing : Ustaz Arben Syawal JK Fotografi Mohd Yusran Bin Matnin JK Teknikal Ghazali Ismail & ICT Expert PPDKK Guru-guru ICT Sekolah JK Surat Menyurat Christina Michael & Christina Micheal JK Kebersihan Jerry Philip JK Jamuan Ustazah Sarinah Sablie, Yong Pei Na, Carol Yap, Wong Yick Yim, Sarijah DSP Hj Mohd Dun Guru-guru SM LOK YUK JK Moderator Daphne Jacelle Jackson (Murid) Aidan Ronan Syach Bin Suhaini (Murid) Lily Natasha Abdull (Pembimbing) JK Peralatan & Persedian Tempat Adrian Denis Paut, Mohd Hisham Esmail Fazlin Azelilah binti Saidin, Jude Onofrio Jelius Mohd Dzulkarnain bin Norizan, Salmie binti Seban Kalsum binti Peralui


YB. Datuk Harun bin Durabi Pembantu Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Sabah YBhg. Tuan Haji Mohammad Arif bin Tun Sakaran Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia merangkap Focal Person Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Pabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu (PPDKK) Sm Lok Yuk Likas, Kota Kinabalu Semua individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung Terima kasih Penghargaan


Click to View FlipBook Version