The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kastury sekaran, 2020-08-14 02:30:54

TUGASAN RINGKASAN ARTIKEL FINAL

TUGASAN RINGKASAN ARTIKEL FINAL

RINGKASAN 3 ARTIKEL JURNAL

KASTURY A/P SEKARAN

NO. KAD MATRIK : P105634
SUBJEK : ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA (GGGC6033)

TAHUN : SEM 2 2019 / 2020

PENSYARAH : PROF. MADYA DATUK DR. MUHAMMAD HUSSIN

KANDUNGAN

PENGENALAN………………………………………………………………………… ii

RINGKASAN ARTIKEL 1…………………………………………………………….. 1-2

RINGKASAN ARTIKEL 2……………………………………………………………... 3-4

RINGKASAN ARTIKEL 3……………………………………………………………… 5–6

RUJUKAN……………………………………………………………………………….. 7

i

PENGENALAN

RINGKASAN 3 ARTIKEL JURNAL

BIL TAJUK PENGARANG
1.

Di Ambang Revolusi Industri 4.0 Bahagian Dasar dan
Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Jabatan Perancangan Strategik, Jabatan

Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. Tenaga Kerja Semenanjung
Malaysia

2.

MENGURUS MODAL INSAN DALAM INDUSTRI 4.0 Zafir Khan Mohamed Makhbul

KE ARAH KECEMERLANGAN NEGARA & Mohd Nazmy Abd Latif

(Managing Human Capital in Industry 4.0 Towards the

Country’s Excellence)

3. Anealka Aziz Hussain
Education 4.0 Made Simple : Ideas For Teaching

ii

RINGKASAN JURNAL

ARTIKEL 1

Di Ambang Revolusi Industri 4.0

Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.
Artikel “Di Ambang Revolusi Industri 4.0” yang disediakan oleh Bahagian Dasar dan

Perancangan Strategik, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia memfokuskan
perbincangannya kepada ambang revolusi industri (IR) 4.0 yang sememangnya dipandang sebagai
satu perubahan yang sungguh radikal kepada dunia. Penulis membuat penelitiannya secara
mendalam dengan mengambil kira enam subtopik yang amat berkait dengan revolusi industri 4.0.
Sebagai pendahuluan penulis memulakan artikelnya dengan membincangkan perkembangan
revolusi perindustrian mengikut tahun kemunculannya secara terperinci. Bermulanya Industri 1.0
pada kurun ke-18 dengan pengeluaran barangan kilang yang berasaskan tenaga stim dan air,
diikuti dengan kemunculan Industri 2.0 menerusi penemuan dan penggunaan komersil elektrik pada
pertengahan kurun ke-19, disusuli dengan Industri 3.0 melalui penggunaan teknologi komputer,
elektronik dan automasi pada pertengahan kurun ke-20 dan kini tercetuslah era Industri 4.0
menerusi gabungan sistem dan teknologi digital, siber, fizikal dan biologi. Cabaran dan transfomasi
yang bakal dan harus ditempuhi disebabkan oleh revolusi industri 4.0 menjadi topik penelitian
penulis yang seterusnya. Gabungan pelbagai teknologi seperti artificial intelligence (AI), genetik,
robotik, teknologi nano, cetakan 3D dan bioteknologi mampu mencetuskan sistem yang lebih pintar
di mana semua bidang akan merasai kesannya dan bidang pekerjaan merupakan salah satu
daripadanya yang akan mengalami perubahan drastik dan akan berlakunya pencetusan corak
baharu. Beberapa soalan yang efektif juga dikemukakan oleh penulis dalam artikel ini mengenai
kewujudan pekerjaan baharu dan sejauh manakah inisiatif diambil agar negara kita mampu untuk
menyediakan tenaga kerja yang memiliki sifat proaktif dalam jangka masa yang singkat. Sistem
fizikal-siber yang dikenali sebagai The Internet of Things (IoT) telah menjadi asas bagi gelombang
Industri 4.0. Menurut Future of Jobs Survey oleh World Economic Forum (WEF), impak transfomasi
ini telahpun dialami sejak tahun 2015 dan terus meledak menjelang tahun 2020. Teknologi IoT ini
berupaya memudahkan pelbagai aktiviti kehidupan bukan sahaja kehidupan di rumah malah dunia
perniagaan dan industri juga mampu merasakan kelebihannya menerusi rangkaian gergasi IoT
yang menghubungkan “things” termasuk manusia. Walaupun teknologi-teknologi ini kelihatan
seperti baru muncul, hakikatnya ia telah lama terhasil tetapi pengaplikasian adalah terhad. Apabila
teknologi berkenaan menjadi amat pantas masa kini, maka tibalah masanya bagi pemain industri
dan tenaga kerja untuk melakukan adaptasi dalam kadar yang segera bagi memaksimumkan impak
positifnya.

Penulis seterusnya membuat penelitian terhadap impak Industri 4.0 ke atas hala tuju
pekerjaan. Menurut kajian yang dibuat oleh World Economic Forum (WEF) bertajuk “The Future of

1

RINGKASAN JURNAL

Jobs: Employment, Skills, and Workforce Strategy for the Fourth Industrial Revolution” yang
melibatkan Ketua-Ketua Pegawai Sumber Manusia Industri 4.0 akan menyebabkan pekerja
kehilangan pekerjaan atau ia akan mewujudkan peluang pekerjaan baharu. Pembuatan dan
pengeluaran serta pejabat dan pentadbiran merupakan antara bidang pekerjaan yang dijangka
merosot. Bidang seni bina dan kejuruteraan serta komputer dan Matematik adalah antara bidang
yang dijangka berkembang. Kajian WEF ini menunjukkan dalam tempoh 2015 hingga 2020
sebanyak 7.1 juta pekerjaan akan terjejas manakala 2 juta pekerjaan baharu akan wujud. Ia akan
menyebabkan perubahan dalam corak penggajian serta meninggalkan kesan kepada produktiviti
akibat persaingan dalam industri. Dunia industri akan memerlukan pekerja berkemahiran tinggi dan
mempunyai latarbelakang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Pengetahuan
teknikal, kerja berpasukan dan komunikasi, pemikiran strategik dan penyelesaian masalah, inovasi
dan kreativiti adalah antara kemahiran penting yang perlu dimiliki oleh pekerja yang diingini oleh
majikan untuk mendepani era Industri 4.0. Peranan dan cabaran Jabatan Tenaga Kerja (JTK)
dalam mendepani Industri 4.0 juga dibincangkan secara teliti oleh penulis artikel. Undang-undang
yang dikuatkuasakan oleh JTK harus dilihat semula agar ia mampu menampung keperluan-
keperluan baharu dalam penggajian. Meningkatkan mobiliti pekerja, penempatan semula dan
kemahiran melalui latihan semula, mengadakan kolaborasi strategik dengan agensi lain dan
pemberian pengiktirafan wajar terhadap betuk-bentuk pekerjaan baharu adalah antara peranan
JTK. Menyampaikan maklumat tentang Industri 4.0 di peringkat sekolah, institusi kemahiran dan
universiti serta memanfaatkan teknologi maju dalam pentadbiran dan operasi JTK adalah cabaran
utama pihak tersebut. Beberapa kementerian seperti MITI, MOSTI, dan KPT telahpun merangka
dasar nasional dan pelan tindakan berkaitan industri.

Penulis artikel merumuskan perbincangannya dengan membuat penelitian terhadap
Pekerjaan Kolar Baharu (New Collar Jobs) yang diperkenalkan oleh CEO IBM bernama Ginni
Rometty. Kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi yang terlalu pantas
dan keupayaan bagi memenuhi keperluan era automasi dan robotik adalah antara ciri utama yang
perlu dimiliki oleh pekerja kolar baharu. Hubungan antara majikan dan universiti atau sekolah
vokasional adalah sangat penting. Syarikat perlu turut serta dalam melatih pelajar semasa mereka
masih berada di sekolah. Sekolah vokasional juga telah ditubuhkan oleh IBM agar pelajar dalam
kalangan keluarga berpendapatan rendah juga dapat memasuki bidang STEM. Inisiatif ini diambil
oleh pihak IBM apabila mendapati pelajar dari keluarga miskin mula tersisih daripada bidang STEM.
Pihak majikan dalam kalangan syarikat besar dan kecil harus berganding bahu bagi merapatkan
jurang di antara pendidikan tinggi dan dunia pekerjaan. Objektif dan tujuan kajian ini jelas
dibincangkan oleh penulis berdasarkan kepada beberapa kajian-kajian lepas sebagai rujukan.
Gambar rajah berbentuk grafik yang digunakan itu juga memudahkan proses pembacaan dan
pemahaman artikel ini.

2

RINGKASAN JURNAL

ARTIKEL 2

MENGURUS MODAL INSAN DALAM INDUSTRI 4.0
KE ARAH KECEMERLANGAN NEGARA

(Managing Human Capital in Industry 4.0 Towards the Country’s Excellence)

Artikel bertajuk “Mengurus Modal Insan dalam Industri 4.0 Ke Arah Kecemerlangan Negara”
ditulis oleh Zafir Khan Mohamed Makhbul & Mohd Nazmy Abd Latif. Kandungan kajian ini jelas
diringkaskan oleh pengkaji dalam bahagian abstrak. Objektif kajian ini adalah utuk membahaskan
komponen-komponen modal insan serta membincangkan strategi yang perlu dilaksanakan oleh
organisasi untuk memperkasakan modal insan. Dengan menggunakan kaedah analisis kandungan,
artikel ini ditulis berlandaskan kepada sumber jurnal, akhbar dan media elektronik. Artikel ini
mengumpulkan beberapa kajian lepas berkaitan modal insan dan merumuskan komponen-
komponen yang telah dikaji. Pengkaji menjelaskan kehendak dan keperluan kajian ini secara jelas
dengan mengemukakan beberapa soalan dalam bahagian pengenalan. Industri 4.0 bakal
mewujudkan 1.5 juta peluang pekerjaan di Malaysia dengan 60 % daripadanya memerlukan
khidmat tenaga kerja berkemahiran. Disebabkan ini, penekanan diberikan kepada pembangunan
sumber manusia menerusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Voksional (TVET) yang mampu
melahirkan sumber manusia yang berkemahiran tinggi. Disebabkan peluang-peluang pekerjaan
masa hadapan dijangka lebih tertumpu kepada bidang simulasi dan realiti maya, maka latihan dan
pembangunan harus diberi tekanan oleh organisasi untuk melahirkan modal insan yang
berpengetahuan. Pengkaji telah menganalisis beberapa kajian lepas dan mendapati bahawa
terdapat beberapa komponen modal insan yang dikaji secara empirikal oleh pengkaji-pengkaji
lepas. Antaranya ialah pengetahuan (Ornek & Ayas 2015; Baron 2011), kemahiran
(Agostini,Nosella & Filippini 2017; Andreeva & Garanina 2016), pengalaman (Baron 2011),
pendidikan (Cisneros & Perlines 2018; Dimov 2017; Ornek & Ayas 2015 dan kesihatan (Neeliah &
Seetanah 2016).

Pengkaji artikel ini telah menyatakan beberapa definisi ataupun pandangan mengenai
konsep modal insan yang dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji lepas dalam artikelnya. Ramai
pengkaji berpendapat bahawa modal insan merupakan teras utama bagi sesebuah negara. Modal
insan merupakan sumber yang bernilai, sukar diplagiat, unik dan tidak dapat digantikan dengan
sumber lain. Oleh itu, ciri-ciri yang ada pada modal insan ini adalah penting dalam membantu
organisasi meneroka peluang baru dalam perniagaan dan menjalankan aktiviti perniagaan dengan
berkesan. Berdasarkan tinjauan literatur, pengkaji dapat merumuskan bahawa bahawa terdapat
empat komponen utama modal insan yang digunapakai oleh majoriti pengkaji lepas iaitu

3

RINGKASAN JURNAL

pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan pendidikan manakala komponen kesihatan amat jarang
dibahaskan dan tidak pernah dikaji secara empirikal.

Pengurusan kesihatan pekerja yang efektif dapat menghasilkan pelbagai kesan positif
kepada organisasi. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Ljungblad et al. (2014), organisasi
yang memberikan galakan kesihatan di tempat kerja (workplace health promotion), berjaya
mengurangkan kadar cuti sakit dalam kalangan pekerja yang sememangnya merupakan satu
petunjuk positif dalam meningkatkan prestasi oraganisasi. Organisasi yang menjalankan program
berkaitan kesihatan pekerja boleh mengurangkan kadar pusing ganti meningkatkan kepuasan kerja
dan meningkatkan prestasi pekerja. Kelima-lima komponen yang dinyatakan dibangunkan oleh
organisasi menerusi pelbagai pendekatan pengurusan sumber manusia seperti pemilihan,
pengambilan pekerja, faedah, pampasan, penilaian prestasi dan latihan. Pemilihan dan
pengambilan pekerja perlu dilakukan dengan teliti bagi mendapatkan pekerja yang memiliki
komponen-komponen yang dibincangkan. Latihan dan pembangunan pekerja perlu dilaksanakan
secara berterusan agar pengetahuan dan kemahiran pekerja dapat dipertingkatkan seiring dengan
keperluan Industri 4.0. Pengurusan prestasi juga memantapkan pelibatan dan komitmen pekerja
terhadap pekerjaannya. Sistem ganjaran dalam organisasi beralih sepenuhnya kepada sistem
digital. Sebagai contohnya Projek Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) yang
menjadi pusat sehenti terpenting yang mampu menghasilkan pekerja mahir, terlatih dan
bermotivasi. Komponen kesihatan harus dipandang serius tidak harus diabaikan oleh pihak
organisasi kerana ia boleh menjejaskan daya saing modal insan. Masalah kesihatan bukan sahaja
akan mengganggu produktiviti individu, menggugat operasi organisasi dan akhirnya menjejaskan
produktiviti negara. Oleh itu, kesejahteraan emosi perlu diberi penekanan dalam strategi latihan dan
pembangunan sumber manusia. Bermula dengan fungsi perancangan dan perekrutan modal insan,
pengurusan ganjaran, pengurusan prestasi sehinggalah kepada latihan dan pembangunan, Industri
4.0 telah membawa dimensi baharu dalam pengurusan modal insan.

Secara kesimpulannya, pengkaji artikel ini berpendapat bahawa organisasi perlu memberi
tumpuan akan kelima-lima komponen iaitu pengetahuan, kemahiran, pengalaman, pendidikan dan
kesihatan yang merupakan komponen asas bagi pencapaian seseorang individu. Sekiranya kelima-
lima komponen berkenaan diberi penekanan maka segala aktiviti pengurusan dalam meningkatkan
kualiti modal insan dapat dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan. Kesejahteraan emosi juga
dipandang sebagai satu perkara yang perlu diberi penekanan oleh pihak organisasi. Pengkaji artikel
ini juga menyatakan beberapa komponen lain yang boleh dikaitkan dengan modal insan seperti
sikap (Jurczak 2008) dan ciri-ciri keusahawanan (Dimov 2017). Cadangan juga dikemukakan oleh
pengkaji artikel ini kepada pengkaji-pengkaji untuk melakukan kajian empirikal terhadap komponen-
komponen berkenaan.

4

RINGKASAN JURNAL

ARTIKEL 3

Education 4.0 Made Simple : Ideas For Teaching

Artikel bertajuk ‘Education 4.0 Made Simple : Ideas For Teaching’ ditulis oleh Anealka Aziz
Hussain. Penulis telah memberikan pengenalan ringkas mengenai kewujudan pendidikan 4.0 yang
merupakan salah satu impak daripada Revolusi Industri 4.0. Objektif ataupun tujuan utama artikel
ini adalah untuk membincangkan 9 trend pendidikan 4.0 (Trends of Education 4.0), pilihan utama
pelajar abad ke-21 (preference of the 21st century learners), kemahiran guru abad ke-21 (skills for
21st century teachers), idea menyelitkan trend pendidikan 4.0 dalam bidang Bahasa (ideas to
implement Education 4.0 trends in language classroom) dan maklum balas pelajar (student’s
feedback) secara terperinci berdasarkan beberapa contoh pengaplikasiannya. Penulis
membincangkan kesembilan trend pendidikan 4.0 dalam bahagian pendahuluan secara terperinci.
Trend yang pertama adalah pendidikan bersifat fleksibel di mana pelajar berpeluang untuk
menerima pengajaran pada bila-bila masa dan di mana jua dengan adanya pelbagai alat e-
pembelajaran untuk digunakan dalam kelas mahupun di luar bilik darjah. Yang kedua pula adalah
penyampaian pengajaran yang berbeza mengikut kemahiran dan gaya pembelajaran seseorang
murid. Pemberian tugasan pembelajaran yang lebih ataupun susah bagi pelajar-pelajar yang
berjaya melepasi tahap penguasaan cemerlang dan pemberian peneguhan bersifat positif bagi
pelajar-pelajar sebagai galakan yang mampu merangsang keyakinan pelajar berkenaan adalah
antara perkara yang terkandung dalam trend kedua ini. Yang ketiga pula adalah pelajar berhak
untuk menetapkan cara penyampaian pengajaran dan berpeluang untuk memilih alat pembelajaran
yang diingini. Yang keempat adalah pembelajaran berasaskan projek di mana pelajar dikehendaki
terlibat dalam penghasilan projek yang mampu memberikan kemahiran kolaboratif dan pengurusan
masa bagi pelajar. Yang kelima pula adalah pendedahan mengenai pembelajaran secara langsung
menerusi pengalaman seperti projek pemerhatian dan kolaboratif. Yang keenam adalah
pendedahan tentan tafsiran data di mana pelajar berupaya untuk membuat kesimpulan
berdasarkan kemahiran menaakul dan pemikiran logikal. Yang ketujuh pula adalah pelajar akan
dinilai secara berbeza iaitu pengetahuan dinilan menerusi pembelajaran dalam kelas dan
pengalikasiannya akan dinilai menerusi tugasan projek. Yang kelapan adalah perancangan dan
pengemaskinian kurikulum pendidikan akan dilaksanakan dengan mengambil kira pendapat dan
pandangan para pelajar. Trend yang kesembilan adalah pelajar akan berdikari dan guru berperanan
sebagai fasilitator. Penulis artikel ini juga menyelitkan pandangan pengkaji lepas iaitu Dunwill
(2016) mengenai transformasi yang diramalkan akan terjadi dalam dunia pendidikan disebabkan
Revolusi Inustri 4.0. Antara amalan Dunwill adalah perubahan dalam susun atur bilik darjah,
pengajaran dan pembelajaran bersifat maya, pelbagai gaya pembelajaran dan kewujudan
pengajaran sekunder disebabkan pembelajaran atas talian (MOOC). Pelajar generasi Z (Gen Z)

5

RINGKASAN JURNAL

yang merupakan golongan pelajar yang mengutamakan atau lebih memilih strategi penyampaian
pengajaran yang berlainan berbanding dengan generasi sebelumnya yang lebih mengemari
pengajaran bersemuka. Mengikut pendapat Kozinski (2017), pelajar generasi Z merupakan
golongan yang menyukai suasana pembelajaran bersifat interaktif. Mendapatkan pengajaran pada
bila-bila masa dan di mana jua dengan adanya kemudahan alat teknologi dan pembelajaran atas
talian menjadi pilihan utama pelajar generasi Z. Seiring dengan ini terdapat 9 kemahiran digital
yang perlu dimiliki atau dikuasai oleh pengajar supaya dapat berdepan dengan pelajar generasi Z
dengan lebih berkeyakinan. Merekod dan mengedit klip audio, mencipta kandungan visual,
menggunakkan rangkaian sosial dan blog, membuat persembahan dan portfolio digital serta kuiz
atas talian adalah antara kemahiran digital yang perlu dikuasai oleh para pengajar.

Penulis artikel juga membincangkan cara untuk mengimplimentasikan teknologi dalam
pengajaran bahasa supaya dapat melahirkan pelajar yang memiliki 10 kemahiran yan disenaraikan
oleh World Economic Forum (WEF). Platform pembelajaran sosial yang dikenali sebagai
OpenLearning (OL) platform menyediakan kandungan kursus terlebih dahulu dalam pelbagai
bentuk seperti video, slaid pdf, pautan dan sebagainya. Pelajar dikehendaki menyiapkan tugasan
yang diberi dalam kursus berkenaan sebelum menghadiri kelas bersemuka. Kursus bermula
dengan segmen analisis kendiri (Analyze Yourself) di mana pelajar akan menganalisis diri mereka
menerusi aplikasi interaktif yang dikenali sebagai ‘Mentimeters’. Aktiviti kumpulan dijalankan dan
hasil perkongsian perbincangan akan dicatatkan dalam aplikasi Padlet. Cara mudah untuk mencipta
video juga akan diajar dalam kursus ini menerusi pengajaran modul atas talian. Pelajar juga
berpeluang untuk menonton dan menilai video ciptaan dalam kumpulan menerusi aplikasi ‘HP
Reveal’. Pelajar juga diajar bagaimana caranya untuk menghadiri temuduga menerusi modul atas
talian. Kursus atas talian ini juga menyediakan ganjaran berbentuk lencana sebagai galakan dan
juga pujian bagi tahap kreativiti pelajar yang terlibat. Penilaian pula dilaksanakan melalui kuiz atas
talian seperti Kahoot! dan Socrative supaya dapat menilai tahap kefahaman terhadap kandungan
asas kursus yang dijalankan. Setelah pelajar melengkapkan kehendak kursus berkenaan satu
tinjauan dijalankan untuk mendapatkan pendapat para pelajar mengenai pengalaman mereka
melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan menerusi
pendekatan yang berlainan ini. Seramai 23 orang pelajar terlibat dalam proses tinjauan berkenaan.
Secara keseluruhannya, hasil tinjauan mendapati bahawa ramai pelajar berpendapat bahawa
pendekatan pengajaran berkenaan sangat menyeronokkan. Ramai berpendapat bahawa
pendekatan sebegini mampu menggalakkan pelibatan aktif dalam kalangan para pelajar dalam
proses pengajaran. Ramai pelajar juga mencadangkan agar kursus-kursus lain juga dilaksanakan
menerusi pendekatan ini. Namun ketidakstabilan penyambungan internet merupakan satu-satunya
kesulitan yang dihadapi oleh sesetengah para pelajar. Secara kesimpulannya, tanggungjawab dan
peranan golongan pengajar amat penting dalam usaha mengharungi cabaran yang wujud akibat
daripada era pendidikan 4.0.

6

RINGKASAN JURNAL
RUJUKAN
Klaus Schwab. 2018. Di Ambang Revolusi Industri 4.0. Risalah Tinjauan Sekitar Perburuhan

Negara: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.
Zafir Khan Mohamed Makhbul & Mohd Nazmy Abd Latif. 2019. Mengurus Modal Insan

Dalam Industri 4.0 Ke Arah Kecemerlangan Negara (Managing Human Capital in
Industry 4.0 Towards the Country’s Excellence). Journal of Social Science and
Humanities. Vol. 16. No.6 (1-13), ISSN: 1823-884x.
Anealka Aziz Hussin. 2018. Education 4.0 Made Simple: Ideas For Teaching. International
Journal of Education & Literacy Studies. Vol. 6, ISSN: 2202-9478: Australian
International Academic Centre PTY.LTD.

7


Click to View FlipBook Version