NAMA : Nur Zahirah bt Zainuddin NAMA PENSYARAH : CIK NURUL ATIQAH BINTI AB RAJI TUGASAN INDIVIDU :BUKU SKRAP PENDIDIKAN DIGITAL : PENYALAHGUNAAN BAHAN (COU3203) NO MATRIK : S70888
P E N Y A L A H G U N A A N B A H A N PENYALAHGUNAAN BAHAN
BIL PERKARA MUKA SURAT 1 PENGENALAN KEPADA PENYALAHGUNAAN BAHAN 4 2 PUNCA - PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH 5-7 3 JENIS DADAH 8-12 4 SIMPTOM PENYALAHGUNAAN DADAH 13 5 KESAN - KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH 14-16 6 PENCEGAHAN DAN RAWATAN PENYALAHGUNAAN DADAH 17-18 7 KESIMPULAN 19 8 RUJUKAN 20 ISI KANDUNGAN
Menurut portal MyHealth, dadah merupakan bahan kimia psikoaktif, sama ada yang asli atau yang tiruan. Digunakan dengan cara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan, perasaan, pemikiran atau kelakuan seseorang. Menurut portal MyHealth, penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang juga melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya hal ini untuk mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagihan yang bertujuan untuk lari daripada kenyataan. Setakat 2020, Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah mengeluarkan statistik menunjukkan nilai seramai 128,325 orang telah dikenalpasti terlibat dengan penyalahgunaan bahan di Malaysia. PENGENALAN KEPADA PENYALAHGUNAAN BAHAN
Pengaruh media massa Kurang pengawasan ibubapa Pengaruh rakan sebaya Tekanan emosi Faktor persekitaran PUNCA - PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH
Individu mempunyai akses yang mudah dan luas terhadap maklumat tentang bahan yang seterusnya akan mewujudkan perubahan kepada tingkah laku seseoran individu tersebut. Kegiatan jual beli dadah dalam media sosial akan memberikan akses kepada seseorang individu untuk mendapatkan bahan dan menjerumuskan individu tersebut kepada penyalahgunaan dadah. punca-punca PENYALAHGUNAAN DADAH Pengaruh rakan sebaya Pengaruh media massa Faktor persekitaran Persekitaran yang negatif seperti hidup di sekeliling atau dalam kalangan masyarakat yang banyak melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah akan menjadi punca kepada penyalahgunaan dadah. Bekalan dadah mudah didapati akan menjadi faktor pendorong kepada permulaan penyalahgunaan dadah. Rakan sebaya yang sudah terjebak dalam kancah penyalahgunaan bahan ini mungkin akan mempengaruhi seseorang untuk terlibat juga. Seseorang yang sudah terjebak dengan penyalahgunaan bahan ini juga akan menceritakan halhal indah tentang penggunaan dadah ini yang akan mewujudkan perasaan ingin mencuba dalam diri seseorang.
punca-punca PENYALAHGUNAAN DADAH Kurang pengawasan ibubapa Tekanan emosi Remaja yang mengalami tekanan emosi mungkin akan menggunakan bahan terlarang sebagai satu jalan penyelesaian untuk mereka. Remaja yang berhadapan dengan masalah pembelajaran serta tidak cukup rehat akan mendapatkan bahan terlarang ini sebagai jalan penyelesaian. Ibu bapa yang sibuk bekerja serta kurang mengawasi aktiviti harian anaknya mungkin akan menjadi faktor kepada bermulanya aktiviti penyalahgunaan dadah tersebut. Malah, masa ibu bapa bersama anak- anak yang terhad akan memberi kebebasan kepada anakanak.
HALUSINOGEN INHALAN KETUM JENIS - JENIS DADAH OPIAT STIMULAN GANJA DEPRESEN
Berasal dari candu (Opium) yang diperolehi dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Papaver Somniferum. Cara Pengambilan : Ditelan Dihisap Disuntik Cara pengambilan : Suntikan apabila dalam bentuk cecair Menghidu apabila dalam bentuk serbuk Merokok apabila dalam bentuk kristal Melalui mulut apabila dalam bentuk pil Opiat Stimulan Jenis - jenis : Opiat (Candu) Morfin Heroin Kodein Jenis-jenis : Amphetamin Ecstacsy Metamphetamine Kesan-kesan dan tanda-tanda penyalahgunaan : Kelegaan dari sakit Perasaan terawang-awang (euphoria) Menenangkan perasaan dan mengantuk Kecelaruan Pening Penafasan yang perlahan Kemurungan. Sekumpulan jenis dadah perangsang yang bertindak ke atas sistem saraf pusat atau Central Nervous System (CNS). Sejenis dadah sintetik yang dihasilkan melalui tindakan bahan-bahan kimia.
Jenis - jenis Kanabis Herba Minyak Hashish Resin Getah Kanabis Nama saintifik tumbuhan : Cannabis Sativa. Tumbuhan yang didapati tumbuh meliar di banyak tempat. Juga dikenali sebagai Marijuana. Cara pengambilan : Dihisap Disedut Kesan pengambilan : Mengubah persepsi. Menyebabkan badan dalam keadaan santai. Penambahan selera makan. Mata menjadi merah. Ganja Depresen Jenis - jenis : Pil tidur dan transkuiliser (Dormicum, Up John, Dormi, Eramin 5) Sejenis dadah yang bertindak terhadap sistem otak. Dalam bidang perubatan, digunakan sebagai ubat penenang, meredakan kesakitan untuk tidur lena. Cara pengambilan : Ditelan ( biasanya dalam bentuk pil atau tablet) . Kesan Pengambilan Mengantuk yang berlebihan Hilang konsenterasi Keliru Pening Percakapan tidak jelas Ingatan dan pergerakan tubuh badan terjejas Tekanan darah terjejas Nafas menjadi perlahan
Dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria sensory perception dan pandangan visual. Cara pengambilan : Suntikan Ditelan Dihidu Dihisap Kesan pengambilan : Perasaan ingin bersosial Meningkatkan tenaga fizikal dan emosi Jenis - jenis Pelarut / Cecair Aerosol Bahan Gas Bahan nitrik Mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap. Dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan. Cara pengambilan : Dihidu Disedut Kesan pengambilan : Khayal Hilang deria rasa Tidak sedarkan diri Halusinogen Inhalan Jenis - jenis : SD (Lysergic Acid Dierhylamide) PCP(Phencyclidine, “Angel Dust” Psilosibin & Psilosin DMT (Dimethyltryptamine) Meskalin Ketamin
Ketum Jenis - jenis : Pokok malar hijau, daun berwarna hijau tua berkilat, bunga kuning kecil. Dua jenis dedaun bertulang. Satu berwarna merah dan satu lagi berwarna putih. Nama saintifik : Mitragyna Specioasa Korth. Digunakan sebagai ubat tradisi untuk merawat penyakit . Bahan psikoaktif mitrgybir mempunyai kesan perangsang, sedatif dan euforia. Cara pengambilan : Diminum Kesan pengambilan : Mengurangkan ketegangan otot. Meningkatkan tenaga fizikal,
Simptom penyalahgunaan dadah pada fizikal seseorang : Kesihatan fizikal menurun. Penurunan berat badan. Mengganggu tumpuan, melambatkan proses berfikir, penglihatan kabur dan mengganggu percakapan akibat ketidakseimbangan fungsi minda ( Berita Harian , 2020) . SIMPTOM - SIMPTOM PENYALAHGUNAAN DADAH Simptom penyalahgunaan dadah pada kelakuan seseorang menurut portal Myhealth : Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian. Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik air atau bilik tidur dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain. Prestasi kerja atau akademik yang merosot. Simptom penyalahgunaan dadah pada psikologikal seseorang : Kurang keyakinan diri. Behalusinasi Berhadapan stigma serta persepsi negatif daripada masyarakat.
Kesihatan Fizikal Kesan - kesan penyalahgunaan bahan ( KESIHATAN FIZIKAL ) Kehidupan mereka juga menjadi tidak normal. Keadaan diri tidak terurus. Tubuh menggigil akibat penurunan kadar metabolism badan. Pengambilan bahan jenis halusinogen dan stimulan akan menyebabkan seseorang hilang selera makan. Kesihatan Fizikal Jangkapanjang jangkapendek Pengambilan dadah jenis opiat akan meninggalkan kesan kepada kesihatan fizikal seseorang. Buktinya, dadah jenis ini akan menyebabkan kerosakan pada jantung, paru-paru, hati serta otak seseorang. Pengambilan secara suntikan akan mendorong kepada beberapa jangkitan penyakit seperti Meningitis, Tetanus dan lain - lain.
Kesan - kesan penyalahgunaan bahan ( KESEJAHTERAAN MENTAL) Jangkapanjang Menurut Malaysiakini, dadah jenis stimulan paling kerap dikaitkan dengan gejala psikosis atau gangguan mental yang teruk sehingga membuatkan penagih dadah bertindak di luar pemikiran rasional. Antara jenis dadah berkenaan termasuklah methamphetamine, amphetamine, ketamine, ekstasi dan Methylphenidate. Perubahan mood Gangguan Mental Jangkapendek Pengambilan dadah jenis halusinogen akan menyebabkan mood seseorang cepat berubah, tidak dapat berfikiran rasional, masalah berfikir serta kebimbangan. Bahan yang ada dalam dadah ini memberi tindak balas kepada perubahan mood seseorang.
Keselamatan Negara Terancam Kesan - kesan penyalahgunaan bahan ( Hubungan dan masyarakat) Penglibatan ramai individu dengan penyalahgunaan bahan mungkin akan meningkatkan kadar jenayah di sesebuah kawasan. Timbul jenayah seperti : Kecurian serta rompakan. Keselamatan masyarakat sekeliling terancam. Hubungan sosial dengan orang sekeliling akan terjejas. Menimbulkan persepsi buruk dari orang sekeliling. Dicemuh serta dipulau oleh anggota masyarakat. Penagih dadah gemar mengasingkan diri daripada orang ramai. Hubungan Sosial JANGKAPENDEK JANGKAPANJANG
Detoksifikasi Rawatan perubatan atau Medication-Assisted Treatment (MAT) Menghilangkan kesan dadah di dalam badan. PENCEGAHAN DAN RAWATAN penyalahgunaan bahan Menurut laman portal Myhealth, ketagihan adalah bersifat psikologi. Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah sukar disembuhkan. Pertolongan dari mereka yang profesional amat diperlukan. Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Terapi Kelakuan Menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa kebergantungan Kaunseling Memberi motivasi dalam menangani masalah dadah dan kembali menagih. Kombinasi ubat - ubatan dan terapi tingkah laku untuk merawat masalah penyalahgunaan dadah. Gabungan ubat-ubatan dan terapi . Ubat-ubatan yang diberikan bertindak untuk mengembalikan semula tindakbalas kimia di dalam otak kepada normal, menghilangkan euforia yang disebabkan pengambilan bahan. RAWATAN
PENCEGAHAN DAN RAWATAN penyalahgunaan bahan PENCEGAHAN PERANAN KELUARGA Ibu bapa sentiasa memantau aktiviti seharian anak - anak. Ibu bapa menjadi contoh yang baik terhadap anak - anak . Memberi didikan serta pengetahuan tentang keburukan penyalahgunaan dadah kepada anak sejak mereka kecil lagi. PERANAN KERAJAAN Menganjurkan program, kempen atau aktiviti untuk menyebarkan ilmu pengetahuan tentang penyalahgunaan dadah kepada orang ramai. Merperkasakan penguatkuasaan undang- undang yang lebih ketat dengan menguatkuasa Akta Dadah Berbahaya 1952. PENGAMALAN GAYA HIDUP SIHAT Melibatkan diri dengan aktiviti yang boleh menghindarkan diri kita dari terdedah dengan dadah. Melibatkan diri dengan golongan yang berakhlak mulia dan berkelakuan positif. PENGHAYATAN ILMU AGAMA Menghadirkan diri ke majlis - majlis ilmu untuk memantapkan lagi akidah. Mengamalkan gaya hidup berlandaskan akidah. Sentiasa beribadah tujuan untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Secara keseluruhannya, penyalahgunaan dadah bukan sahaja akan meninggalkan kesan negatif ke atas penggunanya, malah penyalahgunaan dadah juga akan memberikan kesan negatif terhadap persekitaran penggunanya. Justeru itu, semua pihak haruslah berganding bahu untuk bekerjasama memainkan peranan masing - masing untuk mengurangkan kadar penyalahgunaan dadah dalam negara kita. Sesungguhnya, hanya diri kita yang dapat membantu diri kita. KESIMPULAN
Artikel Erda Khursyiah Basir ( 2022, April 8 ). Bahana dadah stimulan 'batu, syabu' undang risiko psikosis. Diambil daripada https://www.malaysiakini.com/news. 1. Mohd Fahmi Md Salleh (2020, Februari 13). Masyarakat berperanan banteras salah guna dadah. Diambil daripada https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/02/655152/masyarakat-berperananbanteras-salah-guna-dadah 2. Zubaidah Ibrahim (2020, November 8). Kerjasama semua pihak banteras salah guna dadah. Diambil daripada https://www.kosmo.com.my/2020/11/08/kerjasama-semua-pihak-banteras-salah-guna-dadah/ 3. Blog Natrah Mustapha. Kesan-kesan Pengambilan Dadah Terhadap Manusia. Diambil daripada https://penawaracun.usm.my/bil-19/1317-kesan-kesan-pengambilan-dadah-terhadap-manusia 1. Prof. Madya Dr. Foong Kin & Dr. Nor Saleha Ibrahim Tamin ( 2012). Penyalahgunaan Dadah. Diambil daripada http://www.myhealth.gov.my/penyalahgunaan-dadah/ 2. Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kementerian dalam Negeri. Jenis Dadah dan Bahan Terlarang. Diambil daripada https://www.adk.gov.my/media-cetak/poster-dan-pamplet/jenis-dadah-dan-bahan-terlarang/ 3. RUJUKAN