The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SM TEKNIK ALOR SETAR 2021 berlangsung pada 23 Oktober 2021 (Sabtu), jam 10 pagi secara maya di pautan Google Meet & Live Youtube dengan ucapan perasmian oleh Yang Dihormati Tn. Hj. Nazri bin Said, NYDP Alumni SMTAS.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgusophia, 2021-10-22 06:21:54

LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMTAS 2021 KALI KE 36

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SM TEKNIK ALOR SETAR 2021 berlangsung pada 23 Oktober 2021 (Sabtu), jam 10 pagi secara maya di pautan Google Meet & Live Youtube dengan ucapan perasmian oleh Yang Dihormati Tn. Hj. Nazri bin Said, NYDP Alumni SMTAS.

Keywords: SMTAS,SM TEKNIK ALOR SETAR,ASTECH,PIBG,GOOGLE MEET,LIVE YOUTUBE,ALOR SETAR TECHNICAL SCHOOL,AGM PIBG 2021

Sekolah Kluster Kecemerlangan

23 Oktober 2021 ~ Sabtu ~ 10.00 pagi
Secara Maya

Pautan Google Meet & Live Youtube

Ucapan Perasmian Oleh :
Yang Dihormati Tn. Hj. Nazri bin Said

NYDP Alumni SMTAS

KANDUNGAN MUKA SURAT
1
PERKARA 2
Kata Alu-aluan Yang Dipertua PIBG 3
Kata Alu-aluan Tuan Pengetua 4
Atur Cara Majlis 5
Agenda Mesyuarat 6
Notis Meyuarat
Minit Mesyuarat Agung PIBG SMTAS kali ke-35 14
sesi 2020/21 17
Laporan Aktiviti PIBG sesi 2020/21 22
Laporan Kewangan 23
Sumbangan PIBG Tahun 2021 24
Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/22 25
Cadangan Usul 26
Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36
Penghargaan

0

KATA ALU-ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG 2020/2021
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK ALOR SETAR

Bismillahhirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta para sahabatnya. Dalam kesempatan ini, ingin
saya memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNYA jua dapat saya
mencoretkan sepatah dua kata dalam ruangan ini.

Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-
tinggi tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG kerana telah berjaya menganjurkan
Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini walaupun dalam situasi yang agak berbeza akibat
daripada kesan penularan pendamik Covid-19. Penganjuran mesyuarat pada tahun ini
terpaksa ditunda dari satu tarikh ke satu tarikh akibat keadaan semasa yang kurang sesuai.
Alhamdulilah kita dapat berkumpul sekali lagi untuk berkongsi idea dan pendapat yang
bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam akademik mahupun
kokurikulum.

Kejayaan sesebuah sekolah berkait rapat dengan sokongan dan peranan guru-guru,
ibu bapa dan komuniti. Malah, kemenjadian murid dalam akademik, sahsiah mahupun
kokurikulum akan semakin cemerlang dan hebat sekiranya semua pihak saling bekerjasama.
Oleh itu, saya menyeru agar setiap ahli sama-sama memberi komitmen dan bersatu hati
dalam menggerakkan persatuan ini agar menjadi lebih cemerlang.

Akhir kata, saya amat berharap barisan peneraju PIBG yang baru dilantik sesi
2021/2022 bersikap proaktif dalam merangka dan melaksanakan program PIBG yang mampu
menjana kecemerlangan Sekolah Menengah Teknik Alor Setar. Saya percaya di bawah
kepimpinan dan keprihatinan puan pengetua, kita boleh mencapai prestasi yang lebih
cemerlang dalam semua aspek. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi
kepada puan pengetua, Ahli Jawatankuasa PIBG, Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG
Sekolah Menengah Teknik Alor Setar Kali Ke-36 dan juga para ibu bapa murid. Terima kasih
atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan bersama-sama berada dalam majlis kita hari ini.
Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap.

Sekian, terima kasih.

DR AMIR HAKIM BIN BASRI
Yang Dipertua PIBG,
Sekolah Menengah Teknik Alor Setar,
Sekolah Kluster Kecemerlangan.

1

KATA ALU-ALUAN
PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK ALOR SETAR

Bismillahhirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNYA dapat kita
berkumpul dan bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 ini.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Amir Hakim bin Basri,
Yang Dipertua PIBG dan semua AJK PIBG sesi 2020/21, guru-guru serta ibu bapa yang telah memberi
kerjsama dan komiten yang tinggi kepada pihak sekolah.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan di atas usul dan cadangan yang telah dikemukakan.
Pihak sekolah akan berusaha sedaya upaya mencari alternatif dan penyelesaian untuk mengatasi
kekangan terhadap isu-isu yang diutarakan demi kemajuan serta keselesaan semua pihak terutama
anak-anak didik Sekolah Menengah Teknik Alor Setar.

Peranan dan tanggungjawab PIBG amat penting dalam semua bidang meliputi sahsiah,
akademik dan kokurikulum. Saya yakin dan percaya bahawa kemajuan sesebuah sekolah adalah
terletak di atas kekuatan dan peranan PIBG. Justeru, sokongan padu PIBG amat diperlukan dalam
menjayakan setiap program sekolah. Gandingan PIBG dan pihak sekolah diharapkan dapat memberi
kesan yang positif dan faedah yang besar kepada masa depan murid-murid ke tahap yang tertinggi.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk dan mendidik anak-anak terutama
ketika berada di rumah. Keprihatinan dan pemantauan rapi daripada ibu bapa amat diperlukan dalam
membantu perkembangan pelajaran anak-anak dan bukannya mengharapkan kepada guru-guru
semata-mata. Kedua-dua pihak haruslah sama-sama berganding bahu agar prestasi anak-anak dapat
dipertingkatkan. Pihak sekolah sentiasa bersikap terbuka dan berfikiran positif serta rasional
sekiranya ibu bapa menghadapi sebarang kesulitan berkaitan pembelajaran anak-anak di sekolah.

Akhir kata, saya amat berharap kerjasama antara dua pihak terjalin erat dan sentiasa sepakat
demi kecemerlangan anak-anak murid di sekolah ini. Semoga Sekolah Menengah Teknik Alor Setar
terus unggul dan cemerlang dalam semua aspek.

Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan Allah S.W.T
SELAMAT BERMESYUARAT.
Sekian, terima kasih.

PN SALMI BINTI RAFIE
Pengetua,
Sekolah Menengah Teknik Alor Setar,
Sekolah Kluster Kecemerlangan.

2

Tarikh ATUR CARA MAJLIS
Masa
Hari : 23 Oktober 2021
Tempat : 10.00 pagi
Pautan : Sabtu
: Secara Maya
: Google Meet dan Youtube Live

10.00 : Pendaftaran Ibu bapa, Waris dan Guru
10.45 Ucapan Alu-aluan Juruacara Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Alu-aluan Puan Penasihat: Puan Salmi binti Rafie
Ucapan YDP PIBG : Dr. Amir Hakim bin Basri
Ucapan Perasmian Oleh Yang Dihormati Tuan Haji Nazri bin Said
NYDP Alumni Sekolah Menengah Teknik Alor Setar

: Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Bermula

3

AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK ALOR SETAR
KALI KE-36 TAHUN 2021

AGENDA MESYUARAT:
1.0 Ucapan Oleh Dr. Amir Hakim bin Basri,

Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Teknik Alor Setar.
2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35

Tahun 2020 dan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2020/21
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Membentang dan Mengesahkan Laporan Penyata Kewangan PIBG Tahun

2020
5.0 Perbahasan Usul
6.0 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/21
7.0 Pemilihan dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG SMTAS sesi 2021/2022

-Yang Dipertua PIBG
-Naib Yang Dipertua PIBG
-Setiausaha
-Bendahari
-AJK Waris (05 orang)
-AJK Guru (05 orang)
-Pemeriksa kira-kira (guru)
-Pemeriksa kira-kira (waris)
8.0 Hal-hal Lain
9.0 Ucapan Penangguhan Oleh YDP PIBG

4

NOTIS MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PIBG SEKOLAH MENENGAH TEKNIK ALOR SETAR

5

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMTAS KALI KE-35 SESI 2020/2021
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK ALOR SETAR
LEBUHRAYA SULTAN ABDUL HALIM
05400 ALOR SETAR KEDAH

TARIKH : 12 MAC 2020 | KHAMIS

MASA : 10.25 PAGI

TEMPAT : DEWAN SERI BUDIMAN, SEKOLAH MENENGAH TEKNIK ALOR SETAR

PENGERUSI : ENCIK HUZARY BIN MOHD TAHIR

KEHADIRAN : 195 /570

AGENDA MESYUARAT :

1.0 Perutusan Pengerusi
2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34 Tahun 2019
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Laporan Aktiviti PIBG
5.0 Membentang dan Mengesahkan Laporan Penyata Kewangan PIBG Tahun 2019
6.0 Pelantikan AJK PIBG SMTAS Sesi 2020/2021
7.0 Pembentangan Usul
8.0 Hal-hal Lain
9.0 Ucapan Penangguhan Oleh YDP PIBG

SETIAUSAHA : PUAN JURAINI BINTI BAHARI

BUTIRAN MESYUARAT

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan al-Fatihah. Beliau mengucapkan
terima kasih kepada semua waris yang hadir ke mesyuarat agung pada kali ini dan
berpuas hati dengan kehadiran dan kerjasama ibu bapa yang hadir dan
mengharapkan kehadiran akan terus meningkat pada sesi akan datang.
MAKLUMAN

1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada AJK ibu bapa dan guru yang telah
memberikan kerjasama sepanjang sesi 2019/2020 yang lalu.
MAKLUMAN

1.3 Beliau juga berharap semua ibu bapa yang hadir akan berubah untuk menjadi
lebih baik dan bukan sekadar undi dan menyokong sahaja.
MAKLUMAN

1.4 Beliau seterusnya memohon semua waris terus memberi sokongan dan kerjasama
yang jitu kepada pihak sekolah dalam menjalankan semua aktiviti untuk Murid
Sekolah Menengah Teknik Alor Setar.
MAKLUMAN

6

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34
SESI 2019/2020

2.1 Puan Juraini binti Bahari selaku Setiausaha PIBG Sekolah Menengah Teknik Alor
Setar membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34 mulai muka
surat 6 hingga 12, tanpa sebarang pindaan.
MAKLUMAN

2.1 Encik Mohd Asri bin Talib mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung PIBG
Kali Ke-34 disahkan dan disokong oleh Encik Mohd Rafi bin Azman.
MAKLUMAN

3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Pengerusi memaklumkan cadangan pemasangan pendingin hawa di Dewan
Seri Budiman ditangguhkan. Keutamaan diberikan kepada projek menaik taraf
kemudahan padang dan gelanggang sekolah dan beliau berharap wang
sumbangan daripada ibu bapa dan pihak-pihak lain akan menjayakan projek
pembinaan gelanggang tersebut.
MAKLUMAN

4.0 LAPORAN AKTIVITI PIBG
4.1 Puan Juraini binti Bahari selaku Setiausaha PIBG Sekolah Menengah Teknik Alor
Setar membentangkan laporan aktiviti PIBG mulai muka surat 13 hingga 14.
MAKLUMAN

5.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN PIBG TAHUN 2019
5.1 Ustaz Shaharuddin bin Saad selaku Bendahari PIBG Sekolah Menengah Teknik
Alor Setar membentangkan penyata kewangan berakhir pada 31 Disember
2019 dari muka surat 14 hingga 20.
MAKLUMAN

5.2 Dr. Amir Hakim bin Basri menyatakan Tabung Pendingin Hawa Dewan Seri
Budiman setakat ini baru mencapai RM 800 dan dana yang diperlukan adalah
sebanyak RM 200,000.00. Beliau menyeru agar semua ibu bapa untuk
menyumbang dalam tabung berkenaan.
MAKLUMAN

5.3 Puan Noreha binti Osman mencadangkan laporan kewangan disahkan dan
disokong oleh Encik Khairul Anuar bin Shamsudin.
MAKLUMAN

6.0 PELANTIKAN AJK PIBG SMTAS SESI 2020/2021
6.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang telah
memberi kepercayaan kepada barisan AJK PIBG sesi 2019/2020. Beliau juga
memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang beliau berkhidmat
sebagai YDP PIBG SMTAS. Pengerusi mencadangkan mesyuarat melantik
pengerusi sementara untuk meneruskan agenda mesyuarat. Beliau seterusnya,
melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi sementara dan disokong oleh
majoriti ahli mesyuarat.
MAKLUMAN

7

6.2 Pengerusi secara rasmi membubarkan AJK PIBG SMTAS sesi 2019/2020 dan
seterusnya mempengerusikan mesyuarat. Beliau meminta cadangan daripada
ahli mesyuarat untuk melantik JK PIBG yang baru.
MAKLUMAN

6.3 Puan Arnyza binti Arshad mencadangkan Dr. Amir Hakim bin Basri sebagai YDP
PIBG dan disokong oleh Encik Huzary Mohd Tahir.
MAKLUMAN

6.4 Puan Noor Hidayah binti Muslim mencadangkan Encik Huzary bin Mohd Tahir
sebagai YDP PIBG.
MAKLUMAN

6.5 Encik Mohd Nasir bin Darus mencadangkan Tuan Haji Mohd Yusof bin Hashim
sebagai YDP PIBG.
MAKLUMAN

6.6 Encik Mohd Ashri bin Saad mencadangkan Encik Mohd Asri bin Abu Talib
sebagai YDP PIBG.
MAKLUMAN

6.7 Encik Huzary bin Mohd Tahir mencadangkan Encik Munizar bin Marzuam
sebagai YDP PIBG.
MAKLUMAN

6.8 Setelah undian dibuat, ahli mesyuarat sebulat suara memilih Dr. Amir Hakim
bin Basri sebagai YDP PIBG dan Encik Huzary bin Mohd Tahir sebagai NYDP.
MAKLUMAN

6.9 Mesyuarat seterusnya dipengerusikan oleh YDP Dr. Amir Hakim bin Basri.
MAKLUMAN

6.10 Dr. Amir Hakim bin Basri mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang
diberikan oleh semua ahli mesyuarat dan mengharapkan Encik Huzary Mohd
Tahir menerima pelantikan sebagai NYDP dan beliau menolak cadangan Encik
Huzary Mohd Tahir untuk meletakkan jawatan NYDP.
MAKLUMAN

6.11 Dr. Amir Hakim bin Basri meneruskan mesyuarat untuk lantikan AJK waris dan
memohon untuk ahli mesyuarat mencadangkan nama.
MAKLUMAN

6.12 Tunku Zamharir binti Tunku Daud mencadangkan Encik Khairil Anuar bin
Samsudin sebagai AJK PIBG dan mendapat sokongan semua ahli mesyuarat.
MAKLUMAN

6.13 Encik Mohd Ashri bin Saad mencadangkan Tunku Zamharir binti Tunku Daud
sebagai AJK PIBG dan mendapat sokongan semua ahli mesyuarat.
MAKLUMAN

8

6.14 Encik Huzary Mohd Tahir mencadangkan 3 nama yang tewas dalam undian
pertama dilantik sebagai AJK. Namun, YDP Dr. Amir Hakim bin Basri
menyatakan kebimbangan beliau tentang komitmen atas faktor jarak yang jauh
kerana Encik Munizar bin Marzuam bekerja di Indonesia. Semua ahli mesyuarat
bersetuju melantik Encik Mohd Asri Abd Talib dan Tuan Haji Mohd Yusof bin
Hashim sebagai AJK PIBG.
MAKLUMAN

6.15 Puan Noor Nadiyah binti Muslim mencadangkan Puan Arnyza binti Arshad
sebagai AJK PIBG dan mendapat sokongan semua ahli mesyuarat.
MAKLUMAN

6.16 Encik Huzary Mohd Tahir mencadangkan Ir. Azmi bin Saad sebagai AJK PIBG
walaupun beliau tidak dapat hadir pada mesyuarat kali ini kerana tuntutan
tugas hakiki memandangkan Ir. Azmi bin Saad sangat komited dengan
tanggungjawab dan mendapat sokongan semua ahli mesyuarat.
MAKLUMAN

6.17 Encik Khairil Anuar bin Samsudin mengingatkan tentang pemeriksa kira-kira
dan Dr. Amir Hakim bin Basri memaklumkan bahawa pemeriksa kira-kira telah
ada. Encik Khairil Anuar bin Samsudin mencadangkan cadangan ditutup.
MAKLUMAN

6.18 YDP Dr. Amir Hakim bin Basri memaklumkan bahawa jawatan setiausaha,
bendahari dan lima orang AJK guru telah dilantik oleh Puan Pengetua, seperti
yang tersenarai dalam buku laporan mesyuarat.
MAKLUMAN

6.19 YDP Dr. Amir Hakim bin Basri mengharapkan barisan AJK yang telah dilantik
dapat membantu pengetua dan pengurusan sekolah untuk meningkatkan
pencapaian A dalam SPM 2020 nanti dan beliau mengharapkan komitmen
daripada semua pihak.
MAKLUMAN

6.20 Dr. Amir Hakim bin Basri membentangkan senarai AJK yang baru dilantik:

Yang Dipertua : Dr. Amir Hakim bin Basri
Naib Yang Dipertua : Encik Huzary Mohd Tahir
Setiausaha : Puan Juraini binti Bahari
Bendahari : Ustaz Shaharudin bin Saad

AJK Waris : Encik Khairil Anuar bin Samsudin
: Tunku Zamharir binti Tunku Daud
: Puan Arnyza binti Arshad
: Ir. Azmi bin Saad
: Tuan Haji Mohd Yusoff bin Hashim
: Encik Mohd Asri bin Abd Talib

AJK Guru : Encik Mohd Nasir bin Darus
: Encik Roslan bin Saad
: Puan Sabiroh binti Mohamad Saad

9

Pemeriksa Kira-kira : Encik Mohammad Hamawi bin Abdul
Hamid
: Puan Najihah binti Ahmad Zaini

: Puan Noor Hasliza Osman (waris)
: Puan Nor Azhani binti Abdullah (guru)

MAKLUMAN

7.0 PEMBENTANGAN USUL
7.1 USUL 1: Cadangan supaya menyediakan perkhidmatan komputer dan internet
bagi kemudahan murid asrama untuk mencari bahan pembelajaran. Usul
kedua berkenaan kebenaran murid membawa telefon bimbit yang berharga
bawah RM500 ditarik balik.
Pencadang: Cik Fazilah binti Hibadullah

Pengetua memaklumkan bahawa murid boleh menggunakan kemudahan bilik
akses di sekolah untuk mendapatkan perkhidmatan komputer dan internet.
Bilik Kaunseling juga telah menyediakan kemudahan internet serta 2 unit
komputer telah disediakan di hadapan galeri sekolah. Pengetua juga
berpendapat bahawa setakat ini tiada keperluan untuk menambah kemudahan
tersebut.

MAKLUMAN

7.2 USUL 2 : Menyediakan perkhidmatan bas ke KTM pada minggu balik kampung.
Pencadang: Puan Sharina binti Shaari

PK HEM memaklumkan bahawa pada tahun lepas perkhidmatan bas ke
Shahab Perdana dan KTM telah disediakan dengan menggunakan
pengangkutan asrama dan atas inisiatif YDP dengan menggunakan khidmat
sewaan bas dan pengangkutan ke Terminal Jeti Kuala Kedah. Perkhidmatan ini
akan diteruskan.

MAKLUMAN

7.3 USUL 3 : Bilik Akses dibuka kepada murid asrama bagi menyiapkan tugasan.

Tidak dibincangkan kerana pembawa usul tidak hadir.

7.4 USUL 4: Isu yang sama dengan usul yang pertama dan telah dijawab oleh
Pengetua.

Pencadang: Encik Akrimin bin Ahmad

7.5 USUL 5 : Menyebarkan maklumat tentang aktiviti PIBG melalui Group
Whatsapp atau Telegram.

Pencadang: Encik Abd. Aziz bin Yusof

YDP Dr. Amir Hakim bin Basri memberi maklum balas bahawa group whatsapp
memang telah diwujudkan.

10

NYDP Encik Huzary Mohd Tahir memaklumkan bahawa group whatsapp adalah
group ibu bapa, guru dan YDP. Beliau telah mendapatkan sebanyak 526
nombor whatsapp waris murid tahun lepas bagi membina group whatsapp
PIBG dan ia memerlukan komitmen yang sangat tinggi.

Encik Mohd Asri bin Abu Talib memaklumkan maklumat tentang sekolah juga
boleh dirujuk di halaman Facebook rasmi sekolah.

TINDAKAN : YDP PIBG

7.6 USUL 6: Membaca Surah Al-Mulk setiap kali selepas Solat Isya, membaca Surah
Al-Mathurat setiap pagi dan penggunaan bilik belajar di asrama tiada had
masa.
Pencadang: Puan Hajah Norainiah binti A. Rahman

PK HEM Encik Mohd Asri bin Saad memaklumkan bahawa selepas Maghrib,
murid asrama akan membaca Al-Quran. Setiap hari Isnin pula, murid akan
mengikuti Kelas Fardhu Ain selepas Solat Maghrib. Di sekolah pula, setiap hari
Rabu murid akan membaca Surah Al- Mulk.

PK Hem juga menegaskan bahawa pengawalan disiplin murid adalah sukar jika
murid tidur lewat akibat menggunakan bilik belajar tanpa had masa. Namun,
kajian dan penyelesaian akan dibuat untuk penyelesaian kerja sekolah yang
banyak bersama kaunselor.

YDP Dr. Amir Hakim bin Basri memberi pandangan bahawa “Practice makes
Perfect”. Kerja sekolah yang banyak adalah satu bentuk latihan untuk berjaya
dalam pelajaran. Perkara yang utama adalah pengurusan masa.

TINDAKAN : PK HEM

7.7 USUL 7: Waris yang tidak hadir Mesyuarat Agung PIBG pada tahun hadapan
dikehendaki membayar RM20.00.
Pencadang: Puan Rogayah binti Abdul Ghani (Guru)

Pengetua bersetuju dengan usul yang dicadangkan kerana kaedah ini telah
dilaksanakan di sekolah-sekolah lain.
Encik Mohd Zamri Abu Bakar menyatakan ini merupakan cadangan yang baik,
namun beliau memohon untuk mengurangkan jumlah bayaran kepada
RM10.00.

NYDP berpendapat bahawa Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Teknik
Alor Setar yang diadakan pada hari bekerja telah menyukarkan ibu bapa untuk
memberikan komitmen.

Encik Mohd Yusof bin Hashim mencadangkan agar denda ditukar menjadi
sumbangan kerana tidak hadir.

Tunku Zamharir binti Tunku Daud menyatakan bahawa idea Puan Rogayah
binti Abdul Ghani adalah agar semua waris memberikan komitmen dan hadir
pada Mesyuarat Agung PIBG dan berdasarkan pengalaman beliau selama

11

bertahun-tahun menjadi AJK PIBG, ibu bapa boleh mendapatkan
pengecualiaan pada hari bekerja untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG
sekolah.

YDP Dr. Amir Hakim bin Basri menegaskan bahawa cadangan ini akan
dibincangkan dan diperhalusi dalam mesyuarat AJK nanti.

TINDAKAN: YDP PIBG

7.8 USUL 8: Mewujudkan Tabung Derma Sekolah supaya warga sekolah
termasuklah guru, waris, pelajar atau mana-mana individu boleh memberikan
sumbangan kepada sekolah untuk kebajikan pelajar atau pembangunan
sekolah.
Pencadang: Encik Mohd Ashri bin Saad (PK HEM)

PK HEM mencadangkan agar diadakan infak sebulan RM1 bagi seluruh warga
sekolah. Beliau juga menjelaskan bahawa sumbangan tersebut boleh
digunakan untuk Program Cakna Waris iaitu program melawat keluarga/waris
yang kurang berkemampuan dan memberi sumbangan kepada keluarga
tersebut. Program infak yang telah dilaksanakan sebelum ini ialah pemasangan
karpet di surau sekolah, pemasangan kipas gergasi di surau dan wang saku
kepada murid yang tidak berkemampuan.

YDP Dr. Amir Hakim mencadangkan ibu bapa menyerahkan sendiri sumbangan
kepada pihak sekolah dan bukan melalui murid.

Encik Asri bin Hashim mencadangkan supaya diwujudkan satu mesin ATM di
kawasan sekolah bagi kemudahan semua warga sekolah dan menambah baik
kemudahan di asrama seperti kipas dan lampu.

TINDAKAN: PK HEM, YDP PIBG

8.0 HAL-HAL LAIN

8.1 Encik Sadli bin Abdullah memberi beberapa cadangan:
1. Minit mesyuarat diedarkan menggunakan teknologi QR code

2. Laporan Setiausaha dan Bendahari perlu diteliti dan dimasukkan dalam
minit secara terperinci.

3. Kebersihan dan prasarana asrama perlu dipertingkatkan.

4. Murid perlu diberi penekanan rohani, murid terus Solat Zohor sebaik
sahaja masuk waktu solat.

5. Jadikan Zikir 10 sebagai rutin dan amalan yang diterapkan kepada
semua murid.

YDP Dr. Amir Hakim bin Basri memberi maklum balas bahawa laporan aktiviti
akan ditambah baik dan dimurnikan nanti. Cadangan-cadangan lain akan
dibincangkan dengan pihak pengurusan sekolah.

TINDAKAN: PK HEM, YDP PIBG

12

8.2 Puan Narimah binti Saad memaklumkan bahawa penutup longkang di laluan
bilik guru hanya separuh sahaja dan memohon pihak sekolah meneliti dan
menambah baik prasarana tersebut untuk keselamatan murid.

Pengetua akan mengambil tindakan terhadap perkara tersebut.

TINDAKAN: PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH

8.3 PK HEM mencadangkan kutipan yuran PIBG sebanyak RM285 adalah
dikekalkan. Butiran sumbangan adalah seperti berikut:
I) Derma PIBG : RM80 (1 keluarga)
II) Program Peningkatan Akademik: RM100.00
III) Kejohanan Antara Teknik: RM10.00
IV) Peperiksaan Dalaman dan bahan cetak : RM10.00
V) Majalah Sekolah: RM 25.00
VI) Sumbangan Penyelenggaraan Surau: RM10.00 (pelajar Islam sahaja)
VII) Dobi: RM 50.00 (pelajar asrama sahaja)

Cadangan : Tuan Haji Sadli bin Abdullah
Sokongan : Puan Arnyza binti Arshad
Cadangan dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat.

MAKLUMAN

9.0 UCAPAN PENANGGUHAN
9.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat
yang hadir pada mesyuarat kali ini. Beliau berharap akan dapat menjalankan
amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin.

MAKLUMAN

9.2 Pengerusi turut menasihati agar semua pihak menjaga kesihatan dan jauhi dari
tempat-tempat yang berisiko dan terdedah dengan virus Covid-19. Ibu bapa
juga perlu memaklumkan kepada guru sekiranya anak-anak tidak sihat dan
tidak hadir ke sekolah.
MAKLUMAN

Mesyuarat ditangguhkan jam 12.25 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

................................... ..................................... .......................................
SITI HAJAR BINTI DIN JURAINI BINTI BAHARI AMIR HAKIM BIN BASRI
Pencatat Minit Mesyuarat Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
Agung PIBG Kali Ke-34 SM Teknik Alor Setar SM Teknik Alor Setar

13

LAPORAN AKTIVITI PIBG SEKOLAH MENENGAH TEKNIK ALOR SETAR SESI 2020/2021

1.0 PENDAHULUAN

PIBG telah ditubuhkan dengan satu hasrat iaitu untuk menumpukan usaha murni bagi
membantu pihak sekolah mencapai kecemerlangan dalam aspek kurikulun, kokurikulum
serta membentuk keperibadian mulia dalam kalangan murid. Kerjasama yang erat dan
penuh kesantunan antara PIBG dengan sekolah, ditambah dengan sokongan padu ibu bapa,
guru-guru serta staf sokongan memungkinkan hasrat tersebut dicapai. PIBG mengharapkan
kerjasama lebih padu akan sentiasa dapat diwujudkan untuk mendepani segala cabaran bagi
melahirkan murid elit yang berketrampilan.

2.0 AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/21

Penasihat : Puan Salmi binti Rafie
Yang Dipertua : Dr. Amir Hakim bin Basri
Naib Yang Dipertua : Encik Huzary Mohd Tahir
Setiausaha : Puan Juraini binti Bahari
Bendahari : Ustaz Shaharudin bin Saad

AJK Waris : Encik Khairil Anuar bin Samsudin
: Tunku Zamharir binti Tunku Daud
: Puan Arnyza binti Arshad
: Ir. Azmi bin Saad
: Tuan Haji Mohd Yusoff bin Hashim
: Encik Mohd Asri bin Abd Talib

AJK Guru : Encik Mohd Nasir bin Darus
: Encik Roslan bin Saad
: Puan Sabiroh binti Mohamad Saad
: Encik Mohammad Hamawi bin Abdul Hamid
: Cik Mariham binti Aziz
: Puan Najihah binti Ahmad Zaini

Pemeriksa kira-kira : Puan Noor Hasliza Osman (waris)
: Puan Nor Azhani binti Abdullah (guru)

14

3.0 KEHADIRAN MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021

BIL NAMA JAWATAN 15/6/20 25/10/20 24/4/21 26/9/21

1 Dr. Amir Hakim bin Basri # YDP √ √ √ √
2 Encik Huzary Mohd Tahir # Naib YDP √ √
3 Puan Juraini binti Bahari Setiausah x √ x √
4 Ustaz Shaharudin bin Saad Bendaahari √ √ √ √
5 Tunku Zamharir binti Tunku Daud # AJK waris √ √ √ √
6 Encik Khairil Annuar bin Samsudin # AJK waris √ √ √ √
7 Ir. Azmi bin Saad # AJK waris √ √ √ √
8 Puan Arnyza binti Arshad AJK waris √ √ √
9 Tuan Haji Mohd Yusoff bin Hashim AJK waris x √ √ √
10 Encik Mohd Asri bin Abd Talib AJK waris √ √ √
11 Encik Mohd Nasir bin Darus AJK guru x x √
12 Encik Roslan bin Saad AJK guru √ x √
13 Encik Mohammad Hamawi bin Abdul Hamid x √ √ √
14 Cik Mariham binti Aziz AJK √ √ √
15 Puan Najihah binti Ahmad Zaini AJK guru √ x √
16 Puan Sabiroh binti Mohamad Saad AJK guru x x
# anak telah tamat sekolah AJK guru √ √
√ √ √


4.0 AKTIVITI PIBG 2020
3.1 Seminar Kecemerlangan Pelajaran (Januari 2020 hingga November 2020)
3.2 Mesyuarat AJK PIBG (Februari hingga Oktober 2020)
3.3 Mesyuarat Agung PIBG (12 Mac 2020)
3.4 Persediaan Pembukaan Sekolah Pasca Covid-19 (9 Julai 2020)
3.5 Program Peningkatan Sahsiah Asrama (9 Januari 2020)
3.6 Motivasi Cikgu Jinggo (15 Januari 2020)
3.7 Kem Kepimpinan MPP (2 Februari 2020)
3.8 Program Kesedaran Minda Sihat (8 November 2020)
3.9 Program Ziarah Cakna (25 Oktober 2020)

15

5.0 SUMBANGAN PIBG SESI 2020

4.1 Cenderahati Mentor (13 Januari 2020)

4.2 Mesyuarat AJK PIBG (Februari hingga Oktober 2020)

4.3 Mesyuarat Agung PIBG (12 Mac 2020)

4.4 Persediaan Pembukaan Sekolah Pasca Covid-19 (9 Julai 2020)

4.5 Program Pencegahan Penularan Covid-19 (2 Julai 2020)

4.6 Jamuan MPP (22 Oktober 2020)

4.7 Hadiah Persaraan Guru (25 Oktober 2020)

4.8 Program Motivasi (Sepanjang tahun 2020)

4.9 Dobi Asrama (Sepanjang tahun 2020)

4.10 Penerbitan Majalah Sekolah (1 Mac 2020)

4.11 Menaiktaraf surau (Julai dan Ogos 2020)

4.12 Kebajikan pelajar (9 Disember 2020)

6.0 PENUTUP

PIBG mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan berbentuk kewangan dan tenaga
sehingga pelbagai aktiviti dapat disusun dan dilaksanakan. Di peringkat ahli jawatankuasa,
kami sedaya upaya ingin terus memastikan amanah daripada semua ahli dilunaskan bagi
meletakkan Sekolah Menengah Teknik Alor Setar ini di mercu kecemerlangan akademik,
kokurikulum dan ketinggian sahsiah muridnya. Kami mengharapkan pada sesi seterusnya,
kami akan dapat melakukan penambahbaikan dalam pelbagai aspek agar hasrat murni
persatuan ini terus berkesinambungan sebagai satu tradisi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..................................... .......................................
JURAINI BINTI BAHARI AMIR HAKIM BIN BASRI
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
SM Teknik Alor Setar SM Teknik Alor Setar

16

PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020

Baki 2019 RM RM RM
PENDAPATAN 2020 : 58,843.63 214,941.47
YURAN TERTUNGGAK 2019 84,885.00 6,788.00 125,167.62
YURAN MURID : 62,095.00 146,980.00
TINGKATAN 4
TINGKATAN 5 . 1,000.00
SUMBANGAN MNI GEMILANG ENT. (KOKO) 1,000.00
SUMBANGAN YDP (KEBAJIKAN)
SUMBANGAN GURU 60.00
HIBAH BANK 269.84
156,097.84
JUMLAH
PERBELANJAAN : 13,270.00
KURIKULUM (Lampiran ) 7,017.00
KOKURIKULUM (Lampiran ) 5,759.50
SUMBANGAN PIBG (Lampiran ) 4,339.55
PEPERIKSAAN (Lampiran) 7,840.00
MOTIVASI (Lampiran) 25,238.80
DOBI (Lampiran) 12,900.00
MAJALAH (Lampiran) 3,278.00
SURAU (Lampiran)
KEBAJIKAN (Lampiran) 500.00
BAYARAN BALIK YURAN PIBG 2,182.00
BAYARAN BALIK KEPADA KOPERASI 1,739.00
(23/2/2020)
KEJOHANAN ANTARA TEKNIK (23/3/2020) 5,710.00
89,773.85
JUMLAH
BAKI

17

Lampiran

BUTIRAN PERBELANJAAN PIBG BERAKHIR 31 DISEMBER 2020

BIL PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH
(RM)
(RM)
13,270.00
1 KURIKULUM

16/1/2020 BENGKEL MATEMATIK TAMB. 900.00

30/1/2020 SEMINAR KECEMERLANGAN 300.00

PELAJARAN (SKEP) - KIMIA

11/2/2020 MODUL BAHASA INGGERIS 1,434.00

17/2/2020 SKEP SEJARAH 300.00

19/2/2020 SKEP BAHASA MELAYU 300.00

1/3/2020 MANTAP FIZIK 542.00
5/3/2020 SKEP BIOLOGI 450.00
6/3/2020 PROGRAM KECEMERLANGAN 3,350.0O
PENDIDIKAN ISLAM
10/3/2020 WRITING WORKSHOP 597.50

6/8/2020 TEKNIK MENJAWAB MAT. 200.00
6/8/2020 TAMB. 400.00
TEKNIK MENJAWAB B. MELAYU

1/10/2020 MBMMBI BAHASA INGGERIS 579.00
1/10/2020 MBMMBI BAHASA MELAYU 650.00
8/10/2020 PUSH UP GRADE(MATEMATIK) 240.00
15/10/2020 OPTIMUM GRADE PROGRAM 480.00
(MATEMATIK TAMBAHAN)
25/10/2020 PROGRAM COLLECT n REDEEM 157.50

3/11/2020 INSENTIF M/P B.INGGERIS 540.00
3/11/2020 INSENTIF M/P LUKISAN 1,850.00

2 KOKURIKULUM 1,300.00 7,017.00
4/2/2020 JURULATIH NASYID 1,100.00 5,759.50
4/2/2020 JERSI RAGBI 1,200.00
4/2/2020 KLINIK BOLASEPAK 2,229.00
16/2/2020 KEJOHANAN OLAHRAGA
19/2/2020 JERSI BOLATAMPAR 888.00
26/2/2020 PESTA SUKAN KEBUDAYAAN 300.00
TEKNIK VOKASIONAL (PESKOV)
450.00
3 SUMBANGAN PIBG 79.30
13/1/2020 CENDERAHATI MENTOR
11/2/2020 MESYUARAT AJK PIBG - JAMUAN

18

12/3/2020 MESYUARAT AGUNG PIBG 2,799.00
CENDERAHATI
549.00 RM
PERSIAPAN TEMPAT RM
500.00 RM
JAMUAN WARIS RM
925.00 RM
CETAKAN &BANNER
810.00
AIR MINERAL
15.00

25/6/2020 MESYUARAT AJK PIBG - JAMUAN 112.00
2/7/2020 520.00
PENCEGAHAN PENULARAN
919.20
COVID 19
678.00
9/7/2020 PERSEDIAAN PEMBUKAAN 66.00

SEKOLAH PASCA COVID 19 136.00

22/10/2020 JAMUAN MPP
25/10/2020 JAMUAN MESYUARAT AJK PIBG
25/10/2020 HADIAH PERSARAAN GURU –
MISS HENG

4 PEPERIKSAAN 1,757.32 4,339.55
10/3/2020 CETAKAN 7,840.00
2,582.23
9/8/2020 CETAKAN
1,200.00
5 MOTIVASI 3,000.00

7/1/2020 PROGRAM INOVASI BANGKOK

9/1/2020 PROGRAM PENINGKATAN

SAHSIAH

ASRAMA(KEROHANIAN)

15/1/2020 MOTIVASI CIKGU JINGGO 1,800.00

2/2/2020 KEM KEPIMPINAN MPP 300.00

8/10/2020 PROGRAM KESEDARAN MINDA 500.00

SIHAT

25/10/2020 INOVASI SINTOK 640.00

INTERNATIONAL GAMES

25/10/2020 PROGRAM ZIARAH CAKNA 400.00
4,110.00
6 DOBI 25,238.80

25/2/2019 BELI 6 UNIT MESIN BASUH

19

14/7/2020 SERVIS MESIN BASUH 350.00
14/7/2020 PERSIAPAN ASRAMA – PASCA 4,459.30
COVID

9/8/2020 MEMASANG , MEMBAIKI 3,762.50
30/8/2020 CERMIN, PAIP, SILING DLL 4,847.00
MEMASANG RAK MENYIMPAN
TIMBA & PENYANGKUT BAJU
BLOK A,B,E & G PARAS 1&2

1/9/2020 SURFACE SANITIZER 360.00

2/12/2020 PEMASANGAN LANGSIR BILIK 7,350.00
DOBI & BILIK GOSOK ASRAMA
PUTERA & PUTERI

7 MAJALAH 12,900.00
1/3/2020 PENERBITAN MAJALAH 12,900.00

8 SURAU 3,278.00
21/7/2020 BAIKI & TUKAR LAMPU SURAU
421.00

9/8/2020 PASANG PENYANGKUT BAJU, 2,857.00

IRON BOARD DLL

9 KEBAJIKAN 500.00

9/12/2020 SUMBANGAN UNTUK PELAJAR – 500.00

MAISARAH BALQIS 5KA1

JUMLAH PERBELANJAAN 80,142.85

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

.............................. ..................................... .......................................
SHAHARUDIN SAAD JURAINI BINTI BAHARI AMIR HAKIM BIN BASRI
Bendahari PIBG SMTAS Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
SM Teknik Alor Setar SM Teknik Alor Setar SM Teknik Alor Setar

20

Mengikut Perlembagaan PIBG Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, kami melaporkan bahawa kami
telah mengaudit akaun-akaun PIBG SMTAS bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 dan
menurut pandangan kami adalah seperti berikut:

a) Rekod-rekod perakauan dan rekod-rekod yang lain sepatutnya telah disimpan dengan baik dan
memuaskan.
b) Penerimaan dan perbelanjaan adalah mengikut Perlembagaan dan peraturan PIBG melalui
kelulusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG.
c) Penyata Kewangan memberi gambaran yang benar dan mengikut peraturan.

Disemak oleh, Disemak oleh,

NOR AZHANI BT ABDULLAH NOOR HASLIZA BT OSMAN
Pemeriksa Kira-kira Guru Pemeriksa Kira-kira Waris

21

SUMBANGAN PIBG TAHUN 2021

BIL PERKARA KADAR
SUMBANGAN
1 Derma PIBG
2 Program Peningkatan Prestasi Akademik RM 80.00
3 Kejohanan Antara Teknik RM 100.00
4 Peperiksaan dalaman dan bahan cetak RM 10.00
5 Majalah Sekolah RM 10.00
6 Sumbangan penyelenggaraan surau RM 25.00
RM 10.00
(pelajar Islam sahaja)
7 Bayaran dobi (pelajar asrama sahaja) RM 50.00
RM 285.00
JUMLAH

RINGKASAN BAYARAN YANG PERLU DIJELASKAN

BIL PERKARA KADAR SUMBANGAN

1 Pelajar Islam asrama 285.00
2 Pelajar Islam tanpa asrama 235.00
3 Pelajar bukan Islam asrama 275.00
4 Pelajar bukan Islam tanpa asrama 225.00
5 Pelajar T5 2021 (tolak Majalah Sekolah RM25) 260.00

22

AHLI JAWATANKUASA PIBG SMTAS
SESI 2021/2022

Penasihat : Puan Salmi binti Rafie
_____________________________________________
Yang Dipertua : _____________________________________________
Puan Juraini binti Bahari
Naib Yang Dipertua : Ustaz Shaharudin bin Saad
1. _________________________________________
Setiausaha : 2. _________________________________________

Bendahari :

AJK waris :

3. _________________________________________
4. _________________________________________

5. __________________________________________

AJK guru : 1. Encik Mohd Nasir bin Darus
2. Encik Roslan binti Saad
3. Cik Mariham binti Aziz
4. Encik Mohammad Hamawi bin Abdul Hamid
5. Puan Najihah binti Ahmad Zaini

Pemeriksa kira-kira : 1. Puan NorHaliza binti (waris)
2. Puan Nor Azhani binti Abdullah (guru)

23

CADANGAN USUL
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36 TAHUN 2021

BIL NAMA PENCADANG USUL

1 MOHD NAZARUDIN BIN Mohon untuk perbaiki almari asrama pelajar

MARZUKI perempuan ( laci dan pintu almari rosak semasa anak

Waris kepada masuk asrama / didapati laci dan pintu almari telah

NASR DAMIA BINTI MOHD pun rosak sebelum digunakan)

NAZARUDIN (4AG2)

2 MOHAMAD SUHANI BIN HUSSIN 1. Mengusulkan koperasi mempunyai kemudahan

Waris kepada BSN supaya pelajar-pelajar dapat mengambil duit

MUHAMMAD AZRI ISKANDAR kiriman daripada ibu bapa melalui kad atm BSN.

(4PD) 2. Membina tabung sumbangan (transparent) alumni

dan pibg. Boleh diletakkan di mana-mana apabila

mempunyai program dengan ibu bapa.

3. Sekolah mempunyai website untuk update apa-apa

info seperti warden bertugas, takwim sekolah, info

cuti dan sebagainya.

4. Sistem TV Bulletin Board di bawah kaunseling

untuk info universiti dan pekerjaan.

5. Sistem info surau seperti jadual masuk waktu solat

dan sebagainya

3 KAMALIZA BINTI ABDUL KARIM Cadangan membenarkan anak-anak membawa

Waris kepada telefon bimbit di asrama untuk keperluan dan

NURUL IZWANI IZATIE BT MOHD kepentingan mereka sekiranya berlaku kecemasan

MAZUAN (5AG1)

4 HADI JAYA BIN JEMAAT Mencadangkan satu kelab siaraya ditubuhkan di

waris kepada sekolah. Sebagai contoh siaran radio diutarakan pada

HAIRUL NAZIM BIN HADI JAYA hari cuti sekolah (Jumaat dan Sabtu) dikawal oleh

(4KA1) pelajar dalam sistem hebahan bualbicara atau diskusi.

5 AYU SHAHRIZAH BINTI Mengharapkan ada SOP terbaik /jaminan

ZAINUDDIN keselamatan kepada semua murid apabila sekolah

Waris kepada dibuka terutamanya keselamatan anak-anak yang

Faizuddin Asyraf bin Faiz Amri tinggal di asrama. Adakah keselamatan mereka

(4kM3) terjamin? Kerana masih terdapat pelajar lain dan

guru yang berulang.

24

JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-36

TAHUN 2021

Penasihat : Puan Salmi binti Rafie

Penasihat 1 : Encik Mohd Ashri bin Saad

Penasihat 2 : Encik Hosni bin Rabingon

Penasihat 3 : Ustaz Mohammad Adil bin Ahmad
YDP PIBG : Dr. Amir Hakim bin Basri

Timb Pengerusi PIBG : Encik Huzary Mohd Tahir

Setiausaha : Puan Juraini binti Bahari

Bendahari : Ustaz Saharudin bin Saad

PENDAFTARAN MESYUARAT TEKS UCAPAN
Puan Nor Azhani binti Abdullah Puan Najla binti Ahmad

Puan Norlela binti Abdullah Puan Zuriati binti Norshidi

TEKNIKAL / BLOGGER JK PEMILIHAN AJK PIBG DAN
Encik Mohd Faruhi bin Johari PENGIRAAN UNDI
Encik Nasir bin Abdul Rahman Puan Nor Atiqah binti Razali
Cik Siti Hazirah binti Abdul Rahim Puan Zabiah binti Zainun
Puan Nasibah binti Mohd Kamil Puan Roziah binti Jusoh
Puan Zamzulaila binti Ismail
Puan Hussayani binti Hussain

PERALATAN ICT / TEKNIKAL PENCATAT MINIT MESYUARAT

Encik Syukri bin Saad Puan Siti Hajar binti Din
(Teknition komp) Puan Faridatul Azni binti Hassan
Encik Mohd Hanif bin Amran Puan Zuraida binti Zulkifli
Puan Siti Salina binti Md Solhi Puan Salmah binti Ahmad
Puan Noor Mastura binti Mat Saad
Puan Siti Rohani binti Morad

ANYFLIP JURU ACARA / PEMBACA DOA
Puan Halimatun Sophia binti Mahamad Yusuf
Cik Ainun Nasihah binti Adnan
Puan Syakirah binti Mhmad Nasir Ustaz Zainal Abidin bin Ali

PERSIAPAN TEMPAT MESYUARAT CENDERAMATA
Puan Rohani binti Isa Puan Fazilah binti Mahamad
Puan Norzita binti Abu Mansor Puan Norhayati binti Ahmad
Encik Mohd Nasir bin Darus

PROMOSI/ HEBAHAN FOTOGRAFI
Cik Mariham binti Aziz Encik Mohd Zaimi bin Hashim
Puan Juraini binti Bahari

DOKUMENTASI
Puan Najihah binti Ahmad Zaini
Puan Khatijah binti Senain

25

26


Click to View FlipBook Version