MINGGU TAJUK ISI KANDUNGAN AKTIVITI CATATAN /ALATAN 1 Taklimat 1. Penyampaian taklimat.2. Pembentukan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT).3. Perancangan aktiviti BSMM. 1. Sesi pengenalan ahli baharu.2. Membentuk organisasi BSMM. 2 Pengenalan kepada BSMM 1. Pembahagian ahli kumpulan.2. Nyanyian lagu BSMM.3. Pengurusan dan pentadbiran BSMM.4. Sejarah Pendidikan Palang Merah/Bulan Sabit Merah. 1. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 ahli.2. Latihan menghafal dan menyanyikan lagu BSMM.3. Mengenali sejarah BSMM.4. Mempelajari pengurusan dan pentadbiran BSMM. · Video lagu· Gambar 3 Latihan tatacara perhimpunan UB 1. Taklimat daripada guru penasihat.2. Pemilihan ahli BSMM bertugas.3. Lafaz ikrar BSMM.4. Nyanyian lagu BSMM. 1. Taklimat mengenai prosedur perhimpunan Unit Beruniform.2. Pemilihan ahli BSMM untuk bertugas semasa perhimpunan UB.3. Latihan dalam kumpulan untuk melafaz ikrar dan menyanyikan lagu BSMM.4. Mempersembahkan kepada guru penasihat dalam barisan secara berkumpulan selepas latihan. · Video lagu· Gambar 4 Pertolongan cemas asas 1. Tujuan pertolongan cemas.2. Langkah awal perubatan.3. Kecederaan yang akan berlaku.4. Simulasi pertolongan cemas DRABC. 1. Menerangkan apakah itu DRABC.2. Mengumpul maklumat dan mencatat nota yang disampaikan oleh guru penasihat.3. Membuat simulasi pertolongan cemas DRABC secara berkumpulan. · Slaid· Gambar · Buku nota 5 Perbincangan isu-isu semasa kesihatan 1. Mengenal isu-isu semasa kesihatan di Malaysia. 1. Membincangkan isu-isu semasa kesihatan di Malaysia, terutamanya yang terjadi di kalangan murid di sekolah. · Slaid· Gambar
6 Balutan dan anduh 1. Anduh & balutan:· Balutan kepala· Balutan dahi· Balutan tapak tangan· Balutan lutut· Anduh tangan besar· Anduh segi tiga2. Kepentingan setiap jenis balutan dan anduh. 1. Penerangan mengenai teknik balutan dan anduh disampaikan oleh guru penasihat.2. Mengumpul maklumat dan membuat salinan nota yang disampaikan.3. Latihan penggunaan anduh untuk membuat anduh tangan besar dan anduh segi tiga di bawah bimbingan guru penasihat.4. Latihan balutan bagi balutan kepala, dahi, tapak tangan dan lutut yang dibimbing oleh guru penasihat.5. Peneranga n tentang kepentingan setiap jenis balutan dan anduh diberikan oleh guru penasihat. · Kain anduh· Vid eo · Buku nota 7 (Cuti midsem)
8 Teknikteknik bantuan awal. 1. Teknik-teknik bantuan awal:· CPR untuk orang dewasa· CPR untuk bayi· Teknik memindah-kan mangsa· Teknik mengguna-kan stretcher· Mengenali alat dan bahan peti pertolongan cemas2. Penerangan dan simulasi daripada guru penasihat. 1. Teknik-teknik bantuan awal telah dipelajari oleh ahli BSMM.2. Penerangan dan simulasi diberikan oleh guru penasihat untuk memastikan pelaksanaan teknik yang betul dalam memberikan bantuan awal, dengan tujuan mengelakkan kecederaan yang lebih serius kepada mangsa. · Peti kecemasa n· Stretch er· Patung · Video 9 Ulang kaji balutan kain anduh 1. Ulang kaji balutan dan anduh dalam kumpulan.2. Demons trasi balutan kain anduh ikut jenis balutan.3. Peneranga n cara balutan. 1. Mengulang kaji teknik balutan kain anduh yang telah dipelajari dalam kumpulan.2. Membuat demonstrasi di hadapan ikut kumpulan serta memberikan penerangan tentang cara membuat balutan anduh dengan jelas. · Kain anduh· Vi deo
10 Perbincan gan kesihatan 1. Perbincangan kesihatan berkaitan penyebab kepada penyakit keturunan:· Kanser· Darah tinggi· Kolestrol 1. Membincangkan penyakit keturunan bersama guru penasihat.2. Berkongs i pandangan dan membuat catatan. · Buku nota· Ga mbar 11 Asas kawad kaki 1. Bahasa Hukuman.2. Kawad Statik.3. Kawad penerimaan sijil. 1. Latihan kawad kaki secara statik.2. Latihan kawad kaki selaku terima sijil. · Buku nota
8.1 MINGGU 1 Perhimpunan Unit Beruniform yang dijalankan merupakan satu pengalaman yang amat bermakna bagi saya. Dalam perjumpaan ini, kami semua, sebagai ahli BSMM, berpeluang untuk berkumpul bersama dengan unit beruniform lain di depan Perpustakaan IPGKK dan mendapatkan taklimat penting daripada penyelaras unit beruniform, Puan Phyllis Lim @ Ain Syahira. Pertama sekali, pengalaman ini memberi saya kesedaran akan kepentingan kerjasama antara unit beruniform di IPG kami. Melalui perhimpunan ini, kami dapat berkongsi pengetahuan, pengalaman, dan idea untuk meningkatkan aktiviti dan pengurusan unit kami. Selain itu, taklimat yang diberikan oleh penyelaras unit beruniform memberi kami panduan yang jelas tentang perkara-perkara penting seperti uniform lengkap BSMM, buku log, dan perancangan aktiviti untuk semester ini. Ini memberi kami panduan yang diperlukan untuk menyediakan diri dan menjalankan tanggungjawab kami sebagai ahli BSMM dengan lebih baik. Satu lagi aspek yang amat bermakna adalah penubuhan Jawatankuasa Tertinggi BSMM semasa perhimpunan ini. Ini menandakan langkah positif dalam meningkatkan pengurusan dan penyelarasan aktiviti BSMM di IPGKK. Saya berasa teruja untuk terlibat dalam proses ini dan memberikan sumbangan saya kepada perkembangan BSMM di IPG kami. Secara keseluruhan, perhimpunan ini telah memberi saya inspirasi dan semangat baru untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti BSMM. Saya berharap dapat menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang saya peroleh dari perhimpunan ini untuk menjadikan BSMM IPGKK lebih berkesan dan bermakna bagi masyarakat dan IPG kami.
8.2 MINGGU 2 Aktiviti minggu kedua, di mana semua ahli BSMM berkumpul di Dewan Tan Sri Suffian Koroh untuk perjumpaan, merupakan satu pengalaman yang memberi pelbagai pengajaran dan refleksi. Kami telah diberi penerangan tentang pengurusan dan pentadbiran BSMM, serta Sejarah Pendidikan Palang Merah/Bulan Sabit Merah. Selepas itu, kami dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk mempelajari dan menyanyikan lagu BSMM bersama-sama. Aktiviti kumpulan telah membantu kita untuk mengukuhkan hubungan di antara ahli BSMM. Melalui proses pembelajaran dan berinteraksi bersama, kami merasa lebih dekat sebagai satu keluarga BSMM. Selain itu, kami juga dapat belajar secara kolaboratif dan saling membantu satu sama lain dalam aktiviti kumpulan. Ahli kumpulan kami ialah Josslyn, Alice Chai, Korina, Yieng dan Pooja. Kumpulan kami telah berjaya menyanyi lagu BSMM bersama-sama dan membina hubungan baik dalam kumpulan.
8.3 MINGGU 3 Perjumpaan unit beruniform minggu ke-3 bagi Bulan Sabit Merah (BSMM) di IPGKK adalah satu lagi pengalaman yang memberi pelbagai pengajaran dan kesedaran kepada saya sebagai ahli BSMM. Dalam perjumpaan ini, kami semua berkumpul di Dewan Tan Sri Suffian Koroh (TSSK) bersama pensyarahpensyarah penasihat untuk menerima taklimat dan persediaan bagi aktivitiaktiviti yang akan dijalankan dalam minggu-minggu seterusnya. Penerima taklimat daripada Puan Hazliah@Rosetifa Binti Yuni telah memberi kami pandangan yang jelas tentang arah haluan BSMM dan tanggungjawab kami sebagai ahli unit beruniform. Hal ini membantu kami untuk lebih fokus dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kami. Kami juga melaksanakan persediaan untuk bertugas mengendalikan Perhimpunan Unit Beruniform pada minggu ke-4 membantu memastikan bahawa kami dapat menjalankan tugas kami dengan baik. Ini juga membina rasa tanggungjawab dan komitmen dalam kalangan ahli BSMM. Selain itu, kami telah mempelari untuk membaca ikrar BSMM dalam kumpulan. Walaupun kami tidak dapat menghafal ikrar dalam masa yang diberi, manakala kami akan menggunakan masa lapang untuk menghafalkan ikrar tersebut.
8.4 MINGGU 4 Perjumpaan minggu ke-4 bagi perhimpunan unit beruniform di IPGKK adalah satu pengalaman yang memperkaya dan memberi kesan yang signifikan kepada saya sebagai ahli Bulan Sabit Merah (BSMM). Dalam perjumpaan ini, kami telah mengambil tanggungjawab untuk mengendalikan perhimpunan unit beruniform, di mana ikrar BSMM telah dilafazkan bersama oleh barisan BSMM, menandakan kesetiaan kami kepada nilai-nilai dan matlamat organisasi. Selepas perhimpunan, perjumpaan minggu ke-4 diteruskan dan memberi peluang kepada kami untuk memperkayakan pengetahuan kami melalui perkongsian topik Pertolongan Cemas Asas oleh pensyarat penasihat kami, Dr Henry Nicholas Lee. Simulasi pertolongan cemas yang dilaksanakan turut membantu meningkat kesedaran dan Kemahiran kami dalam mengendalikan situasi kecemasan.
8.5 MINGGU 5 Perjumpaan mingguan ke-5 bagi perhimpunan unit beruniform di IPGKK merupakan satu lagi pengalaman yang bermakna dan memberi kesedaran kepada saya sebagai ahli Bulan Sabit Merah (BSMM). Dalam perjumpaan ini, kami meneruskan pembelajaran mengenai pertolongan cemas seperti yang telah diajarkan sebelumnya. Sesudah itu, kami melibatkan diri dalam perbincangan dengan Sir Favian Micco bin Ujin tentang isu-isu semasa kesihatan yang berkaitan dengan murid sekolah di Malaysia. Sesi refleksi mengenai pertolongan cemas membantu kami untuk mengingati dan mengkaji semula kemahiran dan pengetahuan yang telah kami pelajari sebelumnya. Ini memberi kami keyakinan dan kesediaan untuk bertindak dalam situasi kecemasan. Perbincangan dengan Sir Favian Micco bin Ujin memberi kami peluang untuk memahami isu-isu kesihatan yang berkaitan dengan murid sekolah di Malaysia dengan lebih mendalam. Ini membantu kami untuk lebih peka terhadap keperluan kesihatan murid dan cara untuk memberi sokongan.
8.6 MINGGU 6 Perjumpaan mingguan ke-6 bagi Bulan Sabit Merah (BSMM) di IPGKK adalah satu pengalaman yang memberi kesedaran dan keterampilan praktikal kepada saya sebagai ahli BSMM. Dalam perjumpaan ini, kami diajar untuk mempelajari dan mengamalkan enam jenis balutan dan anduh yang penting dalam memberi pertolongan cemas. Ahli-ahli dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan perlu mempelajari dan berlatih membuat setiap jenis balutan dan anduh sehingga mahir. Melalui pembahagian kepada kumpulan dan latihan praktikal, kami dapat mengaplikasikan pengetahuan kami secara langsung dalam situasi yang hampir sebenar. Ini membantu memperkuatkan pemahaman dan kemahiran kami dalam membuat balutan dan anduh. Selain itu, pensyarah-pensyarah penasihat telah memberikan penerangan yang terperinci mengenai kegunaan dan kepentingan setiap jenis balutan dan anduh. Ini membantu kami untuk memahami dengan jelas mengapa dan bagaimana teknik-teknik tersebut digunakan dalam memberi pertolongan cemas. Walaupun kami telah diberi penerangan terperinci, keterhadan masa mungkin telah menghalang kami dari mendalami setiap jenis balutan dan anduh dengan lebih mendalam. Ini mungkin mengakibatkan kurangnya keyakinan dalam kemahiran yang dipelajari. Oleh itu, kami boleh mengatur latihan lanjutan di luar perjumpaan mingguan untuk membolehkan kami mengamalkan kemahiran balutan dan anduh secara berterusan.
8.7 MINGGU 8 Perjumpaan mingguan ke-8 bagi Bulan Sabit Merah (BSMM) di IPGKK adalah satu pengalaman yang amat penting dan memberi kami kesedaran serta kemahiran dalam menyediakan bantuan awal. Dalam perjumpaan ini, kami telah mempelajari beberapa teknik penting seperti CPR untuk orang dewasa dan bayi, teknik memindahkan mangsa, penggunaan stretcher, serta mengenali alat dan bahan dalam peti pertolongan cemas. Melalui pautan video yang dikongsikan oleh Dr Henry Nicholas Lee, kami dapat mempelajari teknik-teknik bantuan awal secara visual. Ini membantu kami untuk memahami dan mengingati teknikteknik tersebut dengan lebih baik. Selain itu, Dr Henry Nicholas Lee dan Puan Hazliah@Rosetifa Yuni memberikan penerangan dan simulasi yang terperinci, yang membolehkan kami memahami dengan lebih mendalam tentang cara-cara untuk memberikan bantuan awal dengan betul. Ini meningkatkan keyakinan dan kemahiran kami dalam situasi kecemasan. Walaupun keterbatasan masa dan sumber mungkin menyebabkan kurangnya latihan praktikal dalam situasi bantuan awal. Latihan praktikal yang tidak mencukupi mungkin mengurangkan kemahiran kami dalam mengendalikan situasi sebenar, tetapi kami akan menggunakan masa lapang untuk membuat latiah sendiri di tempat masing-masing.
8.8 MINGGU 9 Perjumpaan mingguan ke-9 bagi Bulan Sabit Merah (BSMM) di IPGKK adalah satu pengalaman yang memberi kami peluang untuk mengulang kaji semula dan memperbaiki kemahiran dalam balutan kain anduh. Dalam perjumpaan ini, kami telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan dan melaksanakan demonstrasi balutan kain anduh mengikut jenis balutan yang telah dipelajari sebelum ini. Melalui latihan demonstrasi, kami dapat menguatkan kemahiran dalam melakukan balutan kain anduh. Amalan secara berulang-ulang membolehkan kami menjadi lebih mahir dan yakin dalam melaksanakan teknik-teknik tersebut. Dalam sesi demonstrasi, mungkin ada ahli yang kurang aktif dalam melibatkan diri dalam latihan. Ini boleh menyebabkan kurangnya pengalaman praktikal yang diperoleh oleh setiap ahli. Oleh itu, mendorong penglibatan yang lebih aktif dari setiap ahli dapat membantu meningkatkan manfaat yang diperoleh dari sesi demonstrasi. Ini boleh dilakukan melalui dorongan dan penghargaan kepada mereka yang aktif berpartisipasi.
8.9 MINGGU 10 Perhimpunan rasmi unit beruniform IPGKK pada minggu ke-10 telah dikendalikan oleh ahli persatuan BSMM IPGKK di dewan kuliah bersempena bulan ramadan. Selepas tamat perhimpunan, ahli BSMM IPGKK membuat perjumpaan di Dewan TSSK. Dalam perhimpunan minggu ini, kami telah mengendalikan sesi berbincang mengenai kesihatan berkaitan penyebab kepada penyakit keturunan seperti kanser, darah tinggi, dan kolestrol. Perbincangan ini memberi kami kesedaran yang lebih mendalam mengenai penyebab kepada penyakit keturunan seperti kanser, darah tinggi, dan kolestrol. Ini membantu kami untuk lebih memahami faktor-faktor risiko dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil. Selain itu, melalui perbincangan berbentuk dialog, kami dapat bertukar pendapat, pengalaman, dan pengetahuan tentang isu kesihatan ini. Ini membantu memperkaya pemahaman kami secara kolektif.
8.10 MINGGU 11 Perjumpaan mingguan ke-11 telah memberi kami peluang untuk mempelajari dan melatih kemahiran baru, iaitu kawah statik dan tatacara kawad penerimaan sijil. Dalam perjumpaan ini, kami diberikan penerangan dan demonstrasi oleh pensyarah-pensyarah penasihat, Encik Favian Micco Ujin dan Puan Hazliah @ Rosetifa Yuni, yang kemudian kami membuat latihan dalam kumpulan masingmasing. Penerangan dan demonstrasi yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah penasihat amat membantu kami memahami dengan jelas langkah-langkah yang diperlukan dalam melaksanakan kawah statik dan tatacara kawad penerimaan sijil. Ini memudahkan kami untuk mengikuti dan mengamalkan kemahiran tersebut. Selain itu, membuat latihan dalam kumpulan membolehkan kami untuk berlatih secara aktif dalam suasana yang lebih berinteraksi. Ini memupuk kerjasama antara ahli-ahli BSMM dan membolehkan kami belajar dari pengalaman dan pandangan sesama kami.
Berita. (2019). Visi dan Misi. Bulan Sabit Merah Malaysia. Sk Seri Perling 2. https://bbsmsksp2.blogspot.com/p/visi-misi.html Berita. (2014, Julai 11). Fungsi Lambang Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Kristal Merah. https://blogs.icrc.org/indonesia/fungsi-lambang-palang-merah-dan-bulan-sabitmerah/ Berita. Rec Crescent Kelantan. https://kelantan.redcrescent.org.my/tentang-kami/ Berita. Lambang Bulan Sabit Merah. https://pbsmhl.tripod.com/hlambang.htm Berita. (2024). Logo BSMM. https://www.ukm.my/bsmm/logo-bsmm/ Berita. Vision, Mission & Motto. Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur. https://bsmmkl.org.my/vision-mission-motto/ David Gan. Istiadat BSMM. Scribd. https://www.scribd.com/doc/236694984/Istiadat-BSMM-docx Mohd Hafiz. Deraf Modul Aktiviti Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysian Red Crescent). https://online.fliphtml5.com/tnlja/gflm/#p=1 Muna. Visi N Misi BSMM. Scribd. https://www.scribd.com/document/318865408/Visi-n-Misi-Bsmm Ng Ying Juan. 05 Perlembagaan BSMM. Scribd. https://www.scribd.com/document/355659897/05-PERLEMBAGAAN-BSMM Nurul Maizatul Sofea. Buku Log Bulan Sabit Merah Malaysia. Google Site. https://sites.google.com/epembelajaran.edu.my/buku-log-digitalsofea/perlembagaan-pertubuhan