The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SEPAKAT ITU SUKSES, 2022-08-10 09:49:51

MINIT MESYUARAT JPKS PPKI SULTAN ISMAIL KALI PERTAMA

minit mesyuarat jpks KALI PERTAMA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL Tel : 09-8591955
Kod : TEB2025
__________________________________
E-mail : [email protected]
24000 KEMAMAN
: SMKSI 100-6/2/1 ( )
TERENGGANU DARUL IMAN. : 31 Mac 2022

Rujukan Kami
Tarikh

Pengetua,
Semua Penolong Kanan,
Pn. Fauziah Bt Mamat,
Guru Pendidikan Khas,
Pembantu Pengurusan Murid,
SMK Sultan Ismail, Kemaman

Tuan / Puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH (JPKS) SMK SULTAN ISMAIL
BIL.1/TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas Bilangan 1
Tahun 2022 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 6 April 2022 ( Rabu )
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Exora
Pengerusi : Pengetua

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
3.1 Perutusan Pengerusi
3.2 Perancangan dan Perlaksanaan Aktiviti Pendidikan Khas 2022
3.3 Hal-hal Lain
3.4 Penutup

4. Kehadiran tuan/puan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“Mendepani Pendidikan Global”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………..
(MD. NAZERI BIN HASSAN)
Pengetua

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL
24000 KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN

(TEB 2025) Telefon : 09-8591955 Fax : 09-8591463

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH (JPKS) KALI KE 1-2022/2023

TARIKH : 6 April 2022
MASA : 2.30 Petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat
PENGERUSI : En Md Nazeri Hassan ( Tuan Pengetua)
KEHADIRAN :

MD NAZERI BIN HASSAN
HANA SALWA BINTI ABD HAMID
FAUZIAH BINTI MAMAT
NORLIDA BINTI JUNOH
NOORHAFIZA BINTI OMAR
SUHANA BINTI GHAZALI
NORFAZLIASNISA BINTI ALI
WAN NURUL HAZLINA BINTI WAN MD AMIN
NOR FARAHIM BINTI AZAMAN
ROS EMILIA BINTI A. JASMI
NORHAZILAH BINTI WAHAB@YONG
MUHAMAD ASRAH BIN MAT YUTI
HALIMAHTON SAADIAH BINTI ABD HAMID
ZUZI AZURA BINTI ISMAIL
AZMI YANIE BINTI ABDULAH@DRAMAN
CHE NOOR HIDAYAH BINTI CHE ALI
NORMALA BINTI A. BAKAR
MARIANI BINTI MAT AMIN
ZAINUN BINTI DAGANG
MAZIANA BINTI HAMZAH
NUR FADILAH BINTI CHE DERAMAN
SULIZAWATI BINTI ROZI

1. Perutusan Pengerusi

1.1. Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah dan doa.

1.2. Pengerusi mengucapkan syukur kerana dapat mengadakan mesyuarat Jawatankuasa

Pendidikan Khas Sekolah (JPKS) kali pertama bagi tahun 2022/2023

1.3. Pengerusi meminta kerjasama dari semua pihak untuk sama-sama sentiasa berusaha

merealisasikan hasrat kerajaan dalam membentuk hubungan yang baik dikalangan guru, ibu

bapa dan pelajar.

1.4. Pengerusi berpesan agar PCG bergerak dalam peruntukan yang dibenarkan berasaskan 10

kelas.

1.5. Pengerusi menyarankan agar sijil penghargaan diberikan kepada guru-guru yang memberi

kerjasama dalam usaha melatih pelajar dalam setiap pertandingan yang membawa

kejayaan kepada sekolah.

1.6. Pengerusi berpesan agar setiap data yang berkaitan dengan murid mestilah sentiasa tepat

dan dikemaskini kerana ianya melibatkan pembayaran elaun.

1.7. Pengerusi memaklumkan maklumat jadual dan tatacara pembayaran Elaun Murid Khas

(EMK) telah diterima pada 5 April 2022.

1.8. Pengerusi meluahkan rasa syukur kerana Kementerian Pendidikan Malaysia sangat prihatin

kepada Murid Berkeperluan Khas di mana peruntukan perbelanjaan yang besar disalurkan

dan sekolah-sekolah juga semakin bertambah.

1.9. Pengerusi mengingatkan agar pengesahan pelajar OKU perlu dilakukan dengan berhati-hati

dan mengikut saluran yang betul iaitu dengan mendapatkan pengesahan doktor.

1.10. Pengerusi meminta guru mencetak mySG dan ditandatangani oleh Penolong Kanan

Pendidikan Khas.

1.11. Pengerusi meminta guru sentiasa peka dengan keselamatan murid, dengan

memberikan arahan yang jelas serta perlu beri perhatian terhadap pendidikan seksual agar

masalah berkaitan dapat ditangani dengan baik.

1.12. Pengerusi meminta guru ambil cakna latar belakang keluarga murid.

1.13. Pengerusi mewar-warkan dasar kementerian iaitu Sekolahku Sejahtera dan meminta

guru menampal slogan itu sebagai tanda peka terhadap kehendak kementerian.

1.14. Pengerusi meminta guru agar berpakai mengikut peraturan dan berketerampilan.

1.15. Pengerusi meminta guru agar mengendalikan sebarang masalah yang timbul dengan

baik mengikut langkah yang betul iaitu dengan merujuk pengetua terlebih dahulu sebelum

merujuk pihak yang lain serta tidak memuatnaik ke media sosial.

Makluman : Semua Guru Pendidikan Khas

2. Pengurusan Pendidikan Khas (Penolong Kanan Pendidikan Khas – Puan Norlida binti Junoh)
2.1.Puan Norlida memberi penerangan tentang Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS)
2.1.1. JPKS ditubuhkan di semua sekolah yang mempunyai MBK.
2.1.2. JPKS hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau pada bila-bila
masa mengikut keperluan.
2.1.3. Pengerusi jawatankuasa ialah Pengetua atau Guru Besar sekolah

2.2.Puan Norlida menerangkan fungsi Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah (JPKS) ditubuhkan.
2.2.1. Ditubuhkan bagi mengurus dan menyediakan sokongan kepada Murid Berkeperluan
Khas (MBK)
2.2.2. Merancang dan menyelaras pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif
2.2.3. Bertindak sebagai panel rayuan
2.2.4. Melaksanakan sesi taklimat kepada ibu bapa dan guru yang terlibat

2.3.Puan Norlida menerangkan tentang 6 kategori Murid Berkeperluan Khas
2.3.1. Ketidakupayaan Penglihatan
2.3.2. Ketidakupayaan Pendengaran
2.3.3. Ketidakupayaan Pertuturan
2.3.4. Ketidakupayaan Fizikal
2.3.5. Masalah Pembelajaran
2.3.6. Kombinasi ketidakupayaan

2.4.Puan Norlida memberi penerangan tentang enrolmen murid PPKI SMKSI termasuk murid
yang berada di Program Pendidikan Inklusif penuh dan separa.

2.5.Puan Norlida memberi penerangan tentang Elaun Murid Khas (EMK)
2.5.1. EMK dibayar kepada semua pemegang kad OKU di PPKI dan MBK di aliran perdana
2.5.2. Sisitem online dibuka pada 13/3/2022 dan ditutup pada 30/3/2022
2.5.3. Guru kelas Tingkatan 1 2022 mesti memasukkan nombor pendaftaran kad OKU di
dalam APDM untuk pendaftaran EMK

2.6.Puan Norlida memberi penerangan tentang takwim perancangan tahunan PPKI bagi tahun
2022/2023

2.7.Puan Norlida memaklumkan nama pelajar yang berjaya ke SMPK Vokasional iaitu seramai 4
daripada 11 calon yang memohon

2.8.Puan Norlida membentangkan senarai kejayaan pelajar PPKI yang menyertai pertandingan
bagi tahun 2021 di peringkat kebangsaan

2.9.Puan Norlida membentangkan tarikh-tarikh pertandingan peringkat kebangsaan Pendidikan
Khas bagi tahun 2022/2023
Makluman : Semua Guru Pendidikan Khas

3. Pengurusan Sekolah (Pn Hana Salwa binti Abd Hamid – Penolong Kanan Pentadbiran)
3.1. Puan Hana Salwa memaklumkan beberapa perkara iaitu
3.1.1.Terdapat penambahan seorang guru baru yang akan melaporkan diri dalam masa
terdekat
3.1.2. Jadual waktu mengajar mestilah mengikut jumlah yang sepatutnya
3.1.3. Guru hendaklah menyiapkan keberhasilan untuk penilaian pada masa yang ditetapkan
dan serahkan juga kepada Cikgu Zurina sebagai simpanan pihak sekolah
3.1.4.Mengucapkan tahniah kepada guru PPKI atas kejayaan tempat pertama pertandingan
PLC-C bagi peringkat negeri
3.1.5. Menyentuh tentang program TS25 yang merupakan program yang perlu dilaksanakan
oleh peringkat sekolah dan Puan Azmi Yanie binti Abdullah adalah sebagai wakil dari
PPKI.
Makluman : Semua Guru Pendidikan Khas

4. Hal-hal lain
4.1. Puan Fauziah binti Mamat yang merupakan kaunselor sekolah memaklumkan isu yang
diutarakan iaitu terdapat jurang di antara kaunselor dan PPKI. Puan Fauziah memberi
penjelasan lanjut tentang salah faham tersebut dan menyatakan kaunselor sedia
memberikan kerjasama untuk menjadi rujukan sekiranya ada pelajar yang memerlukan
khidmat kaunseling di sekolah.
Makluman : Semua Guru Pendidikan Khas

5. Penutup
5.1. Pengerusi berpesan agar peruntukan kewangan dibelanjakan dengan baik mengikut
perancangan yang betul
5.2. Pengerusi berpesan agar guru yang ingin membuat kertas kerja perlulah mengikut format
yang terkini
Makluman : Semua Guru Pendidikan Khas

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………............... ........................................ …………………………….............

(PN. NOORHAFIZA BINTI OMAR) (PN. NORLIDA BINTI JUNOH) (EN. MD. NAZRI B. HASSAN)
Setiausaha Mesyuarat JPKS Guru Penolong Kanan Pendidikan Pengetua

Khas

MAKLUM BALAS
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH (JPKS) KALI KE 1-2022/2023

BIL PERKARA TINDAKAN
1. 2.1.2 JPKS hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 2 SEDANG DIPERKASAKAN

kali setahun atau pada bila-bila masa mengikut TELAH DILAKSANAKAN
keperluan.
2 2.5.3 Guru kelas Tingkatan 1 2022 mesti memasukkan DALAM PELAKSANAAN
nombor pendaftaran kad OKU di dalam APDM untuk
pendaftaran EMK TELAH DILAKSANAKAN
3 2.9 Puan Norlida membentangkan tarikh-tarikh TELAH DILAKSANAKAN
pertandingan peringkat kebangsaan Pendidikan Khas
bagi tahun 2022/2023
4 3.1.1 Terdapat penambahan seorang guru baru yang akan
melaporkan diri dalam masa terdekat
5 3.1.3 Guru hendaklah menyiapkan keberhasilan untuk
penilaian pada masa yang ditetapkan dan serahkan
juga kepada Cikgu Zurina sebagai simpanan pihak
sekolah


Click to View FlipBook Version