The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DOKUMENTASI e-NILAM PERINGKAT DAERAH 2022- KHADIJAH SOFEA BINTI MOHD KHASNIEFFY

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SEPAKAT ITU SUKSES, 2022-04-14 00:29:17

ANUGERAH e-NILAM PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH 2022

DOKUMENTASI e-NILAM PERINGKAT DAERAH 2022- KHADIJAH SOFEA BINTI MOHD KHASNIEFFY

BUKU 1

TAJUK : MENITI IMPIAN
PENGARANG : OSMAN AYOB
TERBITAN : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Novel ini mengisahkan seorang anak muda bernama Zahar berusaha dengan
gigih untuk mengubah taraf hidup keluarganya. Walaupun gagal mendapat keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan SPM, Zahar memohon untuk menjadi pelatih
kemahiran perusahaan perabot di Insitut Kemahiran Mara. Di IKM, Zahar telah belajar
dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya cita-cita Zahar untuk menjadi pengusaha
perusahaan perabot yang berjaya tercapai.

Nilai-nilai murni yang dapat kita pelajari daripada novel ini ialah kita hendaklah
berusaha gigih untuk mencapai impian dan cita-cita. Selain itu kita hendaklah sabar
menghadapi cabaran dan tidak berputus asa. Kita juga hendaklah tekun dalam setiap
pekerjaan yang kita lakukan.

Pasca pandemic Covid 19 telah memberi kesan kepada rakyat. Ramai yang
telah diberhentikan kerja dan masih ramai lepasan universiti yang tiada pekerjaan.
Justeru itu kita hendaklah tidak cerewet dan terlalu memilih pekerjaan . Kita juga perlu
sentiasa berazam dan berusaha untuk memajukan diri sama ada dengan mencari
peluang pekerjaan yang lebih baik atau menjadi usahawan yang berjaya.

BUKU 2

TAJUK : JENDELA MENGHADAP JALAN
PENGARANG : RUHAINI MAT DARIN
TERBITAN : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Novel berjudul Jendela Menghadap Jalan mengisahkan seorang gadis
bernama Lily yang pulang ke kampung untuk menghabiskan masa cutinya. Semasa
di dalam bas Lily telah berkenalan dengan Geetha. Tanpa Lily sedari rupa-rupanya
ibu Geetha selalu berjumpa dengan datuk Lily untuk mendapatkan ubatan tradisional
bagi merawat penyakitnya. Datuk Lily merupakan perawat perubatan tradisional yang
menggunakan herba-herba dari sumber alam. Semasa di kampung Lily telah
menyaksikan pelbagai kejadian. Lily sendiri telah menjadi mangsa culik tetapi berjaya
diselamatkan oleh rakannya Danial. Di kampung datuk Lily, kehidupan masyarakat
yang menghadapi pelbagai masalah diselesaikan dengan cara bermuafakat.

Nilai-nilai murni yang dapat kita pelajari dari novel ini ialah semua kaum
hendaklah saling hormat menghormati supaya dapat hidup aman damai dan harmoni.
Selain itu, semua masalah dalam komuniti hendaklah diselesaikan secara
bermusawarah. Nilai murni yang lain yang dapat kita pelajari ialah kita hendaklah
berlapang dada menerima perbezaan pendapat dalam sesuatu perkara yang
dibincangkan.

Permasalahan semasa, ewasa ini nilai masyarakat semakin pudar ditelan dek
arus kemodenan. Kita hendaklah berusaha untuk mengekalkan toleransi antara kaum.
Kita juga hendaklah prihatin dengan masyarakat disekeliling kita. Kasih sayang yang
erat bermula dari sebuah keluarga akan melahirkan masyarakat yang penyayang.


Click to View FlipBook Version