BUKU 1 TAJUK : RANJAU SEPANJANG JALAN PENGARANG : SHAHNON AHMAD TERBITAN : JIWA Novel ini mengisahkan ketabahan sebuah keluarga dalam menghadapi musim padi bagi meneruskan kehidupan mendatang. Bermula dengan Lahuma sebagai ketua keluarga, Jeha isteri kepada Lahuma dan tujuh anak daripada hasil perkahwinan mereka. Mereka ialah pesawah yang miskin yang terpaksa menggunakan kudrat empat kerat itu untuk membina petak-petak sawah dan kemudian menanamnya dengan benih-benih padi.Bendang yang terbiar itu perlu segera dibersihkan. Traktor sebagai lambang pembangunan moden dalam bersawah dinikmati oleh yang berada dan berkuasa sahaja seperti Tok Penghulu. . Hidup mati keluarga ini sangat bergantung kepada hasil padi-padi tersebut. Apa yang difikirkan oleh Lahuma ialah survival keluarganya. Maka sawah yang seluas empat belas relung itu diusahakan dengan bersungguh-sungguh supaya padi sentiasa di kepuk untuk dijadikan beras dan seterusnya nasi untuk keluarganya Pelbagai ujian yang menimpa seperti kematian Lahuma disebabkan luka yang tidak dirawat dengan baik, serangan burung tiak yang memagut buah-buah padi, ketam-ketam putih yang memotong batang-batang anak padi terpaksa mereka tempuhi . Ujian demi ujian dilalui sehingga Jeha mengalami tekanan jiwa dan menyebabkan dia terpaksa dikurung hinggalah dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan. Tinggallah Sanah yang berusia 16 tahun menggalas tanggungjawab baharu membesarkan adik-adiknya sambil mengusahakan sawah padi mereka. . Walaupun begitu kehidupan perlu diteruskan dengan keyakinan yang penuh kepada tuhan sebagai pemberi rezeki yang utama. Bermacam-macam ujian dihadapi oleh Sanah dan adik-adik tetapi mereka berjaya mengatasinya Dari novel ini nilai-nilai murni yang dapat kita pelajari adalah kecekalan dan ketabahan menghadapi dugaan hidup. Setiap masalah yang kita hadapi pasti ada jalan penyelesaiannya sekiranya kita berusaha. Kita juga harus yakin kepada tuhan sebagai pemberi rezeki utama selepas kita berusaha.Kita juga hendaklah mempunyai sifat simpati dan suka membantu golongan yang memerlukan. Pasca wabak Covid 19 telah memberi kesan kepada kehidupan manusia. Ada yang mengalami tekanan disebabkan kehilangan yang tersayang, punca pendapatan dan sebagainya. Selain daripada kesihatan fizikal kita juga perlu menjaga kesihatan mental dengan mendapatkan bantuan dan sokongan.
BUKU 2 TAJUK : PELUKIS JALANAN PENGARANG : TEME ABDULLAH TERBITAN : IMAN PUBLICATION SDN BHD Novel berjudul Pelukis Jalanan mengisahkan tentang perjalanan seorang mahasiswa yang dikenali sebagai Teme. Pada mulanya Teme adalah pemegang biasiswa tetapi disebabkan kelalaiannya terhadap dunia bisnes menyebabkan beliau gagal ujian untuk menentukan kelayakannya ke luar negara. Walaubagaimanapun beliau nekad utk meneruskan pelajaran di luar negara dengan perbelanjaan sendiri bermodalkan keuntungan perniagaan yang masih berbaki. Di sanalah bermulanya jatuh bangun Teme. Beliau belajar sambil bekerja separuh masa. Pada satu tahap beliau pernah hanya makan nasi, telur dan garam selama sebulan. Selain itu beliau tidak boleh menghantar tugasan atas talian disebabkan beliau tidak menjelaskan yuran pengajian.Beliau juga disabotaj oleh rakan sekelas sehingga hampir perlu mengulangi pengajian. Nilai-nilai murni yang dapat kita pelajari dari novel ini ialah kita hendaklah tidak berputus asa apabila jalan yang kita pilih mustahil untuk dilalui. Kita juga hendaklah sentiasa berfikiran positif dalam setiap perkara dan yakin dengan pertolongan Tuhan. Kita juga hendaklah mengawal perasaan marah kerana marah itu tidak boleh menyelesaikan masalah. Selain itu walaupun kita berada dalam kesusahan, tidak bermakna kita tidak boleh memberi pertolongan kepada orang lain. Kita hendaklah sentiasa bersyukur dan menghargai kelebihan yang kita ada. Pada zaman ini kegagalan untuk mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran bukanlah alasan untuk kita tidak berusaha dan belajar dengan bersungguh-sungguh. Segala kesusahan adalah cabaran untuk kita berusaha dengan gigih. Sesungguhnya orang berjaya adalah orang kuat berusaha.
BUKU 3 Novel ini mengisahkan seorang anak muda bernama Zahar berusaha dengan gigih untuk mengubah taraf hidup keluarganya. Walaupun gagal mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM, Zahar memohon untuk menjadi pelatih kemahiran perusahaan perabot di Insitut Kemahiran Mara. Di IKM, Zahar telah belajar dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya cita-cita Zahar untuk menjadi pengusaha perusahaan perabot yang berjaya tercapai. Nilai-nilai murni yang dapat kita pelajari daripada novel ini ialah kita hendaklah berusaha gigih untuk mencapai impian dan cita-cita. Selain itu kita hendaklah sabar menghadapi cabaran dan tidak berputus asa. Kita juga hendaklah tekun dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Pasca pandemic Covid 19 telah memberi kesan kepada rakyat. Ramai yang telah diberhentikan kerja dan masih ramai lepasan universiti yang tiada pekerjaan. Justeru itu kita hendaklah tidak cerewet dan terlalu memilih pekerjaan . Kita juga perlu sentiasa berazam dan berusaha untuk memajukan diri sama ada dengan mencari peluang pekerjaan yang lebih baik atau menjadi usahawan yang berjaya. TAJUK : MENITI IMPIAN PENGARANG : OSMAN AYOB TERBITAN : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
BUKU 4 TAJUK : JENDELA MENGHADAP JALAN PENGARANG : RUHAINI MAT DARIN TERBITAN : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Novel berjudul Jendela Menghadap Jalan mengisahkan seorang gadis bernama Lily yang pulang ke kampung untuk menghabiskan masa cutinya. Semasa di dalam bas Lily telah berkenalan dengan Geetha. Tanpa Lily sedari rupa-rupanya ibu Geetha selalu berjumpa dengan datuk Lily untuk mendapatkan ubatan tradisional bagi merawat penyakitnya. Datuk Lily merupakan perawat perubatan tradisional yang menggunakan herba-herba dari sumber alam. Semasa di kampung Lily telah menyaksikan pelbagai kejadian. Lily sendiri telah menjadi mangsa culik tetapi berjaya diselamatkan oleh rakannya Danial. Di kampung datuk Lily, kehidupan masyarakat yang menghadapi pelbagai masalah diselesaikan dengan cara bermuafakat. Nilai-nilai murni yang dapat kita pelajari dari novel ini ialah semua kaum hendaklah saling hormat menghormati supaya dapat hidup aman damai dan harmoni. Selain itu, semua masalah dalam komuniti hendaklah diselesaikan secara bermusawarah. Nilai murni yang lain yang dapat kita pelajari ialah kita hendaklah berlapang dada menerima perbezaan pendapat dalam sesuatu perkara yang dibincangkan. Permasalahan semasa, ewasa ini nilai masyarakat semakin pudar ditelan dek arus kemodenan. Kita hendaklah berusaha untuk mengekalkan toleransi antara kaum. Kita juga hendaklah prihatin dengan masyarakat disekeliling kita. Kasih sayang yang erat bermula dari sebuah keluarga akan melahirkan masyarakat yang penyayang.