NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
SUBJEK DAN PREDIKAT
Ayat terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Subjek
ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat
yang menerangkan subjek.
LATIHAN SINTAKSIS 1
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti subjek dan predikat
yang dapat dibaca dalam ayat-ayat tersebut. Kemudian, tulis subjek dan
predikat di dalam ruang yang disediakan.
AYAT SUBJEK PREDIKAT
(MESTI FN) (FN / FK / FA / FS)
Ali guru sementara di guru sementara di
sekolah itu. Ali
Anak Pak Osman sekolah itu.
Anak Pak Osman guru guru bahasa.
Hasnah
bahasa. Buku itu lebih cantik daripada
Kakak adiknya.
Hasnah lebih cantik Ibu saya
daripada adiknya. Pemuda itu dihadiahkan kepada
Encik Ali Ahmad.
Buku itu dihadiahkan
kepada Ahmad. sedang menggosok
baju.
Kakak sedang
menggosok baju. tertidur di ruang
tamu.
Ibu saya tertidur di
ruang tamu. mengecat rumahnya
setiap tahun.
Pemuda itu mengecat
rumahnya setiap tahun. guru subjek Sejarah
yang garang.
Encik Ali guru subjek
Sejarah yang garang.
50
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
LATIHAN SINTAKSIS 2
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti subjek dan predikat
yang dapat dibaca dalam ayat-ayat tersebut. Kemudian, tulis subjek dan
predikat di dalam ruang yang disediakan.
AYAT SUBJEK PREDIKAT
(MESTI FN) (FN / FK / FA / FS)
Dengan sebatang pen, Adik menulis karangan
adik menulis karangan. Kakak dengan sebatang pen
Di rumah itu, kakak Hidup kami tinggal bersama ibu
tinggal bersama ibu.
Pada suatu masa, di rumah itu
hidup kami miskin. miskin pada suatu
masa
Daripada bersedih, kita Kita lebih baik bergembira
lebih baik bergembira. daripada bersedih
Dari Kuala Ketil, ayah Ayah memandu kereta
memandu kereta datuk. datuk dari Kuala Ketil
Seperti tahun lalu, kami Kami beraya di kampung
beraya di kampung. seperti tahun lalu
Bagi ibu, perkahwinan Perkahwinan abang mesti meriah bagi ibu
abang mesti meriah. Kita
Ayah mesti gigih berusaha
Untuk masa depan, kita untuk masa depan
mesti gigih berusaha. amat marah tentang
hal ini
Tentang hal ini, ayah
amat marah.
Kepada Tuhan, kita Kita berdoa setiap hari
berdoa setiap hari. kepada Tuhan
Ke Melaka, ibu dan Ibu dan kakak melancong ke Melaka
kakak melancong.
Demi negara, askar Askar telah terkorban demi
telah terkorban. negara
51
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
LATIHAN SINTAKSIS 3
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti subjek dan predikat
yang dapat dibaca dalam ayat-ayat tersebut. Kemudian, tulis subjek dan
predikat di dalam ruang yang disediakan.
AYAT SUBJEK PREDIKAT
(MESTI FN) (FN / FK / FA / FS)
Amat tinggi bangunan Bangunan lama itu amat tinggi
lama itu. sangat kacak
terlalu laris
Sangat kacak lelaki Lelaki yang tinggi itu
yang tinggi itu.
Terlalu laris produk Produk jualan Dato’
jualan Dato’ Vida. Vida
Sungguh rajin bekerja Adik bongsu saya sungguh rajin bekerja
adik bongsu saya.
Berat sungguh beg Beg sekolah adik berat sungguh
sekolah adik saya. saya
Indah nian Pemandangan di sini indah nian
pemandangan di sini.
Cantik benar tulisan Tulisan kakak saya cantik benar
kakak saya. terbaik
Keputusan
Terbaik keputusan peperiksaan kakak membuat keputusan
peperiksaan kakak. paling baik
Kita
Paling baik kita
membuat keputusan.
Secantik-cantik Gadis itu secantik-cantik
bidadari gadis itu. bidadari
Cocok sekali pasangan Pasangan diraja itu cocok sekali
diraja itu.
Baik sekali budi bahasa Budi bahasa wanita baik sekali
wanita Pulau Pinang. Pulau Pinang
52
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
UJANA SINTAKSIS 1
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti dan tulis subjek bagi
setiap ayat di bawah ini. Tulis jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan.
(i) Comel-comel belaka anak kucing itu.
__________________________________________________
(ii) Sampan ini kepunyaan Pak Salleh.
__________________________________________________
(iii) Apabila hujan teduh, mereka bertiga meneruskan perjalanan ke rumah Ayuni.
__________________________________________________
(iv) Puan Chong membuka sebuah kedai kek di sana.
(v) Dari semalam, ayah asyik bertanya tentang waktu kepulangan kakak.
(10 markah)
UJANA SINTAKSIS 1
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti dan tulis subjek bagi
setiap ayat di bawah ini. Tulis jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan.
(i) Bapa saya guru.
__________________________________________________
(ii) Dari Johor lelaki yang tua itu datang dengan menaiki bas awam.
__________________________________________________
(iii) Andai kata salji turun, sekolah akan ditutup.
__________________________________________________
(iv) Bandar Klang Bandar Diraja.
(v) Orang itu memanggil saya. (10 markah)
53
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
UJANA SINTAKSIS 3
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti dan tulis subjek bagi
setiap ayat di bawah ini. Tulis jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan.
(i) Mereka semua melambaikan tangan.
__________________________________________________
(ii) Hadiah itu daripada Ahmad Talmizi.
__________________________________________________
(iii) Pena itu ada pada saya.
__________________________________________________
(iv) Senaman menyihatkan badan.
(v) Akan tiba tidak lama lagi Perdana Menteri Malaysia.
(10 markah)
UJANA SINTAKSIS 4
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti dan tulis subjek bagi
setiap ayat di bawah ini. Tulis jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan.
(i) Merokok amalan yang tidak digalakkan.
__________________________________________________
(ii) Makan suap perbuatan yang keji.
__________________________________________________
(iii) Sangat suci dan murni kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
__________________________________________________
(iv) Askar Melayu Diraja berbaris di padang.
(v) Menjadi tabiatnya berlagak ke sana ke mari. (10 markah)
54
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
UJANA SINTAKSIS 5
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti dan tulis subjek bagi
setiap ayat di bawah ini. Tulis jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan.
(i) Pekerjaan bersawah kurang menarik perhatian para belia.
__________________________________________________
(ii) Kelakuan baik murid perempuan itu selalu mendapat pujian guru.
__________________________________________________
(iii) Kerusi meja untuk pelajar-pelajar sahaja.
__________________________________________________
(iv) Pemuda pemudi boleh ikut serta.
(v) Hendaklah bertolak ansur suami isteri.
(10 markah)
UJANA SINTAKSIS 6
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti dan tulis predikat bagi
setiap ayat di bawah ini. Tulis jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan.
(i) Guru sekolah agama itu guru saya.
__________________________________________________
(ii) Tidak perlu datang ibu bapa.
__________________________________________________
(iii) Orang Melayu terkenal oleh budi bahasanya yang baik.
__________________________________________________
(iv) Malaysia pernah dijajah oleh kuasa British.
(v) Suku bangsa Kadazan yang tinggal di rumah tradisional itu amat unik.
(10 markah)
55
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
UJANA SINTAKSIS 7
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti dan tulis predikat bagi
setiap ayat di bawah ini. Tulis jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan.
(i) Mahal sekali gelang emas itu.
__________________________________________________
(ii) Perayaan Tahun Baharu Cina disambut oleh masyarakat Tionghoa.
__________________________________________________
(iii) Berketurunan Jawa nenek moyang saya.
__________________________________________________
(iv) Dengan berkasut getah, adik Azmi pergi ke sekolah untuk menimba ilmu.
(v) Ibu menjolok buah mangga dengan sebatang galah yang panjang.
(10 markah)
UJANA SINTAKSIS 8
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti dan tulis predikat bagi
setiap ayat di bawah ini. Tulis jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan.
(i) Yang indah itu bahasa.
__________________________________________________
(ii) Pingat gangsa dipungut oleh Dato’ Lee Chong Wei dalam Sukan Olimpik.
__________________________________________________
(iii) Anak Johor bapa saya.
__________________________________________________
(iv) Ternakan ayah mati dipijak lembu betina.
(v) Sah perkahwinan artis itu.
(10 markah)
56
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
UJANA SINTAKSIS 9
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti dan tulis predikat bagi
setiap ayat di bawah ini. Tulis jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan.
(i) Keriting sekali rambut artis dari Afrika Selatan itu.
__________________________________________________
(ii) Sanak saudara bapa saya keluarga itu.
__________________________________________________
(iii) Gagah berani pegawai tinggi tentera itu.
__________________________________________________
(iv) Akauntan itu sedang mengira margin untung kasar Syarikat MSE.
(v) Nampak anggun baju tebang artis Indonesia itu.
(10 markah)
UJANA SINTAKSIS 10
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti dan tulis predikat bagi
setiap ayat di bawah ini. Tulis jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan.
(i) Kereta baharu ayah saya kena curi semalam.
__________________________________________________
(ii) Pakaian itu buatan Malaysia kerana menggunakan kain yang berkualiti tinggi.
__________________________________________________
(iii) Frasa nama dalam bahasa Melayu mempunyai binaan yang kompleks.
__________________________________________________
(iv) Semua penonton bangun.
(v) Mereka sudah pulang.
(10 markah)
57
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
BAHAGIAN D
[30 markah]
SET RAMALAN PT3 (3)
9 Baca pantun di bawah dengan teliti. Hayati maksud pantun di bawah, kemudian
pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan. Anda boleh memilih untuk
menjawab sama ada Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3. Panjangnya karangan
anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan.
AMALAN RUMAH
TERBUKA DI
MALAYSIA
58
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
i) Baru-baru ini jiran anda telah mengadakan rumah
terbuka bersempena dengan perayaan utama.
Ceritakan pengalaman anda mengunjungi rumah
terbuka itu.
ii) Semangat perpaduan memainkan peranan penting
dalam kehidupan di Malaysia yang rakyatnya
berbilang bangsa dan agama. Pada setiap perayaan
utama, amalan rumah terbuka pasti menjadi agenda
utama masyarakat kita.
Huraikan kebaikan yang dapat kita peroleh daripada
amalan rumah terbuka.
iii) Kawan anda dari luar negara telah mengutus surat
kepada anda. Dia ingin mengetahui sambutan
perayaan pelbagai kaum di Malaysia.
Balas surat tersebut selengkapnya.
59
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
SOALAN (i)
PENDAHULUAN
-rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama
-memiliki perayaan yang unik
-amalan rumah terbuka telah diadakan oleh jiran saya yang berbangsa Melayu
-menjemput saya dan sekeluarga
-sama-sama meraikan perayaan yang unik
ISI 1 (Kami sekeluarga)
-berpakaian sopan dan kemas
-menghormati jiran tetangga
-meminta kebenaran sebelum masuk ke rumah
-membuka kasut lalu menyimpan kasut dengan kemas
-memasuki rumah jiran yang dihias indah
ISI 2 (Jiran saya)
-bernama Puan Dina
-beliau dan suami bekerja di bank
-berpakaian tradisional Melayu
-Encik Ikram memakai baju Melayu dan bersongket
-Puan Dina memakai baju kurung yang berwarna merah
ISI 3 (Kedatangan kami)
-disambut meriah dan mesra
-disajikan kuih-muih
-kuih sepit, kuih tart nanas, dan kuih bangkit
-minum air sirap yang dibancuh oleh Puan Dina
-anak Puan Dina seronok berbual-bual dengan saya
ISI 4 (Selain kuih-muih)
-kami dijemput makan makanan tradisional
-sajian istimewa disediakan oleh Puan Dina
-serondeng, nasi himpit, lemang, ketupat palas, dan rendang ayam
-sangat menyelerakan kami
-berasa syukur atas jemputan ini
ISI 5 (Dalam majlis rumah terbuka itu)
-kami sempat berbual-bual
-bertukar-tukar pandangan
-bercerita tentang keharmonian di Malaysia
-bangga menjadi anak Malaysia
-hidup gembira dan bersatu padu
PENUTUP (Ibu bapa)
-meminta izin untuk pulang
-ada urusan lain di rumah nenek
-berterima kasih kepada Encik Ikram
-menjemput mereka ke rumah pada Tahun Baharu Cina
-menghidupkan konsep 1Malaysia
60
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
SOALAN (ii)
PENDAHULUAN (Amalan rumah terbuka)
-sangat istimewa
-diraikan oleh pelbagai kaum
-Melayu, Cina, India, Kadazan dusun dan banyak lagi
-meriah dan harmoni
-banyak memberikan kebaikan
ISI 1 (Dalam sambutan ini)
-melihat dan mengenali pakaian tradisional pelbagai kaum
-baju kurung, baju Melayu, ceongsam, samfu, dan Sari serta doti
- unik dan istimewa
-berwarna-warna dan cantik sekali
-mengenali kebudayaan kaum-kaum lain
ISI 2 (mengenali makanan)
-disajikan makanan istimewa
-makanan tradisional pasti dihidangkan oleh tuan rumah
-serondeng, kuih sepit, sate, nasi himpit, kuih bakul, muruku dan banyak lagi
-sedap dan menarik perhatian
-melambangkan bangsa Malaysia yang bersatu padu
ISI 3 (beramah mesra dengan jiran dan kawan)
-bertukar-tukar pendapat
-mendapat pengetahuan am
-menjadi rakyat yang lebih berjiwa harmoni
-mengenali, menghayati, dan memahami pantang larang kaum lain
-bertolak ansur dalam kehidupan berbilang bangsa dan agama
ISI 4 (Perayaan ini)
-menjalin hubungan yang erat
-saling memahami dan menerima
-meminta maaf kepada ibu bapa dan sanak saudara
-menerima kehadiran mereka dengan tangan terbuka
-melambangkan kelapangan hati
ISI 5 (Amalan rumah terbuka)
-membuka pintu rezeki kita
-mempamerkan kemurahan hati kita
-menerima kunjungan kawan dan taulan
-sama-sama menikmati makanan dan minuman
-hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
PENUTUP (kita)
-bersyukur kerana hidup di Malaysia
-mengamalkan konsep perpaduan
-hidup dalam keadaan harmoni
-amalan rumah terbuka banyak faedahnya
61
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
SOALAN (iii)
PENDAHULUAN (format surat)
-bertanya khabar
-memberitahu tujuan menulis surat
-menjelaskan keistimewaan perayaan pelbagai kaum di Malaysia
-bangga menjadi rakyat Malaysia
ISI 1 (Malaysia)
-rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama
-memiliki perayaan yang unik
-amalan rumah terbuka telah diadakan oleh jiran dan kawan
-amalan yang unik
ISI 2 (Kaum Melayu)
-meraikan Hari Raya Puasa
-berpuasa selama sebulan sebelum perayaan ini
-menikmati juadah menarik
-serondeng, nasi himpit, dan ketupat
-datanglah ke Malaysia pada musim perayaan agar dapat saya bawa ke rumah jiran saya
ISI 3 (Kaum CIna)
-amalan makan besar bersama keluarga
-petanda kemenangan setelah bekerja keras
-membakar mercun dan bunga api
-menerima kunjungan sanak saudara dan kawan
-meraikan hari kebesaran dengan pakaian tradisional samfu dan ceongsam
ISI 4 (Kaum India)
-meraikan Hari Deepavali
-yang perempuan memakai sari dan yang lelaki memakai doti
-pergi ke kuih untuk bersembahyang
-menjamu makanan tradisional seperti muruku, capati,tose, dan kari
-mensyukuri keharmonian di negara saya
ISI 5 (Perayaan Krismas di negara saya)
-sedikit berbeza daripada negara saudari/saudara
-tidak bercuaca sejuk dan bersalji
-masih dapat meraikan kemeriahannya
-bertukar-tukar hadiah dan mengunjungi gereja
-bersyukur atas nikmati Tuhan
PENUTUP
-menutup surat
-harapan agar saudari/saudara akan ke Malaysia untuk meraikan hari perayaan di sini
-kirimkan saya salam kepada ibu bapa saudari/saudara
Sahabatmu,
Jasmine
62
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
berteduh KOSA KATA DALAM CERPEN
cemburu OREN
tabiat
tempat untuk berlindung
iri hati (kerana orang lain pandai, berharta)
perbuatan yang selalu dilakukan; tingkah laku
guruh Dentuman kuat di langit. Selalunya selepas petir atau kilat
memancar.
jarang-jarang tidak selalu atau tidak sering
kelibat rupa sesuatu yang kelihatan sepintas lalu
menebus berbuat kebajikan untuk menghapuskan dosa yang telah
dilakukan.
mengusap- menyapu-nyapu dengan perlahan-lahan (untuk memujuk)
usap
meninjau menyelidiki atau menyiasat
menjamah makan dengan sedikit
menyinggung menyakiti hati atau perasaan orang lain.
merajuk menunjukkan rasa tidak suka (seperti tidak mahu
bercakap, tidak mahu berkawan ).
pasif bersikap menerima sahaja tanpa memberikan tindak balas;
tidak aktif
pilih kasih berat sebelah atau melebihkan pertimbangan kepada pihak
yang disayangi dalam membuat keputusan.
reaksi tindakan yang dibuat akibat sesuatu perbuatan atau
tindakan lain (sebelumnya); tindak balas
sayu Sedih/muram
spontan berlaku serta-merta menurut gerak hati sendiri dan tidak
dengan paksaan atau dengan desakan orang lain.
tembam gemuk dan berisi
tersisih terasing
tertumpu tertuju
63
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
CERPEN – OREN Kehilangan Oren masuk hari keempat menjadikan
SINOPSIS keluarga “aku” terutama ayah menjadi resah dan gelisah.
Sebenarnya Oren merupakan seekor kucing yang diambil
TEMA oleh ayah apabila terlanggar ibu Oren semasa balik dari
tempat kerja. Ayah yang sebelum ini tidak meminati kucing
telah membawa kucing itu balik dan membelanya atas
menebus kesilapannya melanggar ibu Oren. Kedatangan
Kelabu menjadikan Oren tersisih kerana tidak mendapat
perhatian daripada keluarga “aku”. Kelabu yang manja dan
pandai menggunakan kelebihannya menjadikan Oren
semakin jauh daripada keluarga itu. Kehilangan Oren
selama beberapa hari menjadikan keluarga itu mulai sedar
mereka telah mengabaikan kasih sayang yang selama ini
diperoleh Oren. Keadaan ini menjadikan ayah tiba-tiba
merasakan dia pilih kasih terhadap Oren dan Kelabu. Dia
mula terkenang akan saat-saat dia membawa Oren balik ke
rumah. Kemudian, ayah membawa balik Kelabu dengan
harapan Kelabu akan berkawan dengan Oren.
Kehilangan Oren menyebabkan ayah tidak lalu
makan. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah terlalu rindu
akan Oren. Tiba-tiba, ayah bermimpi kucing itu balik ke
rumah dan membelai-belainya dengan penuh kasih sayang.
Ayah berbual-bual dengan Oren walaupun sebelum ini dia
jarang berbuat demikian. Namun, semua itu hanyalah mimpi
ayah apabila keesokan harinya, Anis anak membawa balik
Oren yang sudah tidak bernyawa lagi. Oren dijumpai oleh
Anis yang mati dicelah pokok tua yang tumbang di taman
permainan. Mereka dapat merasakan kesedihan di mata
ayah.
Kepentingan nilai kasih sayang bukan sahaja sesama
manusia malahan terhadap haiwan dan alam. Perkara ini
dapat dilihat apabila ayah memelihara kucing yang bernama
Oren dan Kelabu seperti anak-anaknya yang lain selepas
membawanya pulang dari tempat kematian ibu Oren. Hal ini
berlaku demikian kerana ayah telah terlanggar ibu Oren
secara tidak sengaja. Oleh sebab itu, ayah ingin menebus
64
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
kesilapannya dengan menjaga Oren dengan penuh kasih
sayang. Namun, kehadiran Kelabu yang lebih bijak menarik
perhatian keluarga ayah telah menyebabkan Oren membawa
diri. Hal ini menyebabkan ayah amat bimbang apabila Oren
hilang dari rumah.
(KBAT) Manusia dan haiwan ialah benda hidup di bumi
ini yang saling memerlukan. Oleh sebab itu, kesayangan
manusia terhadap haiwan akan dirasai oleh haiwan
tersebut kerana masing-masing mempunyai perasaan dan
emosi. Perasaan kasih dan sayang sesama manusia dengan
haiwan haruslah diteruskan demi keharmonian alam
semula jadi dan kesejahteraan hidupan di bumi.
PERSOALAN 1. Kekurangan kasih sayang
Buktinya, Oren yang kekurangan kasih sayang mula
menjauhkan dirinya daripada keluarga ayah apabila
mereka melebihkan Kelabu. (KBAT) Pemberian kasih
sayang dalam kalangan anak-anak haruslah
disamaratakan supaya tidak berlaku ketidakadilan yang
akan dirasai oleh anak-anak. Hal ini sama juga dalam
kehidupan haiwan penjagaan supaya haiwan peliharaan
kita tidak merasakan ketidakadilan dan cemburu.
2. Kepentingan berbelas kasihan terhadap haiwan
Buktinya, ayah membawa Oren pulang ke rumah selepas
ayah mendapati ibu Oren telah meninggal dunia. Selain
ingin menebus kesalahannya terlanggar ibu Oren, ayah
juga berasa kasihan melihat Oren yang keseorangan
selepas kematian ibunya. (KBAT) Manusia yang
berperasaan belas kasihan tidak dapat menerima
kesengsaraan yang ditanggung oleh benda hidup yang
lain. Perasaan ini amat murni dan dapat membina
perasaan kasih sayang sesama benda hidup. Lama-
kelamaan, perasaan belas kasihan ini dapat membentuk
masyarakat menjadi lebih penyayang dan prihatin.
3. Kehilangan yang dirasai
Buktinya, ayah mula merasai dirinya terlalu pilih kasih
65
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
dengan peristiwa kehilangan Oren. Ayah juga hilang
selera untuk makan kerana rindu akan Oren. (KBAT)
Manusia mempunyai perasaan dan hati untuk merasai
kehilangan. Kehilangan salah seorang anggota keluarga
mahupun haiwan peliharaan menyebabkan manusia
merasai kehilangan tersebut. Walau bagaimanapun,
masa merupakan penawar terbaik untuk mengubati
kehilangan tersebut.
4. Keprihatinan terhadap haiwan
Buktinya, ayah amat prihatin terhadap Oren apabila
memelihara Oren selepas kematian ibu Oren. Hal ini
menyebabkan Oren amat rapat dan manja dengan ayah.
(KBAT) Manusia yang prihatin akan haiwan akan dapat
memberikan kasih sayang kepada haiwan peliharaan.
Dengan keprihatinan yang dicurahkan, haiwan akan
merasai kasih dan sayang kita kepada haiwan tersebut.
Dengan berbuat demikian, haiwan-haiwan peliharaan
tersebut juga akan prihatin akan kita.
5. Perasaan kasih sayang dalam diri semua makhluk
Tuhan
Buktinya, walaupun Oren hanya seekor kucing, perasaan
kasih dan sayangnya tetap ada. Perasaan cemburu
terhadap pesaing masih di dalam hati haiwan apabila
disisihkan. (KBAT) Semua makhluk di bumi ini
memerlukan kasih sayang supaya mereka tidak berasa
disisihkan oleh ahli masyarakat yang lain. Hal ini ada
kebenarannya apabila haiwan juga akan merasai
kesedihan apabila disisihkan. Oleh sebab itu, manusia
harus menyayangi makhluk Tuhan demi mewujudkan
kesinambungan kasih dan jalinan sayang sesama kita.
6. Sikap pilih kasih dalam kalangan manusia
Buktinya, apabila Kelabu lebih bijak menarik perhatian
dan manja, ayah mengalihkan pandangan dan
kesayangannya terhadap Kelabu sehingga mengabaikan
66
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
Oren. Hal ini menyebabkan Oren membawa diri setelah
merasakan dirinya tidak disayangi lagi. (KBAT) Pilih
kasih merupakan kesinambungan perasaan cemburu
dalam kalangan manusia mahupun haiwan. Apabila
sikap pilih kasih berlarutan, mangsanya ialah penerima
kasih sayang tersebut.
WATAK DAN Watak utama
PERWATAKAN Ayah
1. Ayah ialah bapa kepada tiga orang anaknya, iaitu “aku”,
Azura, dan Anis.
2. Ayah bekerja di pejabat dan memandu kereta pergi dan
balik dari tempat kerja.
3. Ayah seorang bapa dan pemelihara haiwan yang
penyayang.
Buktinya, ayah sayang akan anak-anaknya dan
memastikan keluarganya sentiasa bahagia. Ayah juga
sayang akan Oren dan Kelabu yang dijadikan haiwan
peliharaan keluarganya. Ayah juga mengusap-usap
badan Oren dengan bertanya kepada Oren tentang
kehilangannya beberapa hari yang lalu.
4. Ayah seorang yang bijak menyembunyikan emosinya.
Buktinya, ayah membawa Oren yang hilang ke ruang
tamu lalu membelai-belai kucing itu dengan bertanya
tentang kehilangannya. Hal ini jarang dilakukan oleh
ayah yang bijak menyembunyikan emosinya.
5. Ayah seorang lelaki yang amat sensitif.
Buktinya, dia berkongsi mimpinya yang berjumpa
dengan Oren kepada ahli keluarga. Dia amat sensitif
akan kehilangan Oren sehingga termimpi-mimpi akan
Oren. Ayah juga berasa gelisah dan bimbang apabila
Oren tidak pulang ke rumah.
67
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
Watak sampingan
Oren
1. Kucing yang mempunyai warna oren pada bulunya.
2. Oren kehilangan ibunya selepas dilanggar oleh ayah.
3. Oren tidak pandai bermanja dengan keluarga ayah yang
menjaganya.
4. Oren dijaga dengan baik sehinggalah kemunculan
Kelabu.
Buktinya, Ayah menyamaratakan kasih sayangnya
kepada Oren dan Kelabu. Lama-kelamaan, ayah lebih
tertarik untuk memberikan kasih sayangnya kepada
Kelabu sehingga Oren berasa tersisih sehingga dia lebih
suka menyendiri dan menjadi pendiam.
5. Oren ialah kucing yang terdidik dalam ajaran kebersihan.
Buktinya, Oren bijak mengurus kebersihan diri dengan
tidak membuang najisnya di dalam rumah. Sebaliknya,
Oren akan pergi ke longkang atau ke tandas jika ingin
membuang najisnya. Oren seolah-olah telah dididik oleh
tuannya sebelum ayah terlanggar ibunya. Ayah tidak
dapat memulangkan Oren kepada pemilik asalnya
kerana ayah tidak tahu identiti individu tersebut.
6. Oren seekor binatang yang mudah iri hati.
Buktinya, Oren cemburu akan kehadiran Kelabu di
rumah ayah. Kelabu dirasakannya lebih bijak
menunjukkan kemanjaan kepada ayah. Hal ini berlaku
demikian kerana Oren lebih bersikap pasif berbanding
dengan perilaku Kelabu.
7. Oren seekor haiwan yang mudah merajuk.
Buktinya, dia merajuk apabila ayah lebih menyayangi
Kelabu yang lebih manja. Hal ini menyebabkan dia tidak
mahu makan makanan kucing yang disediakan oleh
68
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
ayah. Dia juga melarikan diri dari rumah ayah dalam
keadaan musim hujan pada bulan Disember.
Kelabu
1. Kelabu ialah kucing berbulu kelabu.
2. Kelabu dibawa pulang kerana mengekori ayah yang
menuju ke keretanya untuk pulang dari tempat kerja.
3. Kelabu diambil oleh ayah untuk dijadikan sebahagian
daripada keluarganya.
4. Kelabu tidak pandai menjaga kebersihan diri.
Buktinya, Kelabu membuang najisnya di merata-rata
tempat. Keluarga ayah pernah mengajarnya mengikut
cara Oren membuang najis tetapi mereka berasa rimas
kerana Kelabu tidak dapat menjaga kebersihan diri.
5. Kelabu ialah kucing yang amat manja dengan keluarga
yang menjaganya.
Buktinya, Kelabu menjadi perhatian ayah kerana
menyambut kepulangan ayah dari tempat kerja
berbanding dengan Oren yang hanya mengangkat kepala
untuk melihat ayah sahaja.
6. Kelabu mengalami perubahan saiz fizikal selepas dijaga
dengan baik.
Buktinya, Kelabu yang kurus kering dan tidak terurus
menjadi lebih tembam selepas dijaga dengan baik oleh
keluarga ayah.
LATAR LATAR MASA
1. Latar masa cerpen ini berlaku pada zaman moden.
2. Kebanyakan peristiwa dalam cerpen ini berlaku pada
bulan Disember, musim hujan apabila Oren
menghilangkan diri dalam cuaca yang hujan pada bulan
69
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
Disember.
3. Latar waktu pagi memainkan peranan yang penting pada
akhir cerita apabila Anis muncul di dapur bersama Oren
yang sudah mati sehingga ayah menitiskan air mata
kesedihan. Sebelum itu, ayah menceritakan bahawa dia
bermimpi terjumpa dengan Oren dan hampir semalaman
ayah bersama-sama dengan Oren di ruang tamu.
4. Latar waktu petang dalam cerpen ini berlegar sekitar
peristiwa ayah terlanggar ibu Oren dan membawa Oren
pulang ke rumah. Selain itu, Kelabu juga dibawa oleh
ayah pulang ke rumah untuk melengkapkan ahli
keluarganya kerana Kelabu mengekori ayah yang dalam
perjalanan untuk mendapatkan keretanya.
5. Latar masa malam lebih menjurus kepada berlakunya
peristiwa ayah yang hilang selera makan setelah
mendapati Oren hilang. Wajah ayah yang risau
menyebabkan ahli keluarganya tidak berani memberikan
apa-apa teguran kepadanya. Pada waktu malam juga
ayah bermimpi Oren pulang ke rumah. Ayah
membawanya ke ruang tamu lalu diberi susu dan Oren
mengiau-ngiau manja. Oren yang enggan minum apa-apa
tetap bermanja degan ayah sambil mengiau-ngiau seolah-
olah bercakap dengan ayah.
LATAR TEMPAT
1. Latar tempat yang pertama dalam cerpen ini berlaku di
kawasan perumahan, iaitu tempat ayah terlanggar ibu
Oren.
2. Latar tempat yang seterusnya ialah perjalanan ke tempat
letak kereta. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah
menemukan Kelabu yang mengekorinya ke kawasan
parkir kereta lalu membawanya pulang ke rumah untuk
melengkapkan ahli keluarganya.
70
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
3. Latar seterusnya ialah rumah ayah. Banyak peristiwa
yang berlaku di rumah tersebut. Antaranya adalah di
dapur, apabila ayah menceritakan bahawa dia termimpi
akan kepulangan Oren. Di ruang tamu juga berlaku
peristiwa ayah bertanya tentang Oren selepas bangun
daripada tidur. Dalam mimpi ayah, di ruang tamu itulah
dia mengusap-usap badan Oren lalu bertanya tentang
tempat yang ditujuinya sepanjang kehilangannya.
Tempat lain yang muncul sebagai latar tempat dalam
cerpen ini ialah bilik Azura apabila dia memberitahu
bahawa Oren tidak mahu pulang ke rumah kerana
cemburu akan Kelabu yang lebih dimanjakan oleh ayah.
4. Latar tempat di luar rumah ayah juga merupakan lokasi
penting dalam cerpen ini. Di taman permainan, Anis
menemukan bangkai Oren yang telah mati di bawah
sebatang pokok tua yang tumbang.
LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat yang penyayang.
Buktinya, ayah amat menyayangi kucing (Oren) yang
dibawa pulang selepas menemukan ibu kucing yang mati
di bawah tayar keretanya. Ayah yang penyayang juga
membawa Kelabu pulang ke rumah selepas diekori
kucing yang kurus kering dan tidak terurus.
2. Masyarakat yang sensitif.
Buktinya, ayah seorang yang agak sensitif kerana
merasai kehilangan Oren yang melarikan diri dari
rumah. Selain itu, Oren juga amat sensitif apabila dia
berasa kedudukannya sebagai haiwan peliharaan di
rumah ayah tergugat apabila ayah lebih memanjakan
kelabu.
3. Masyarakat yang kuat cemburu.
Buktinya, Oren seekor kucing yang cemburu akan
kemanjaan Kelabu terhadap tuannya. Oren berasa
71
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
cemburu apabila Kelabu mendapat perhatian ayah
sehingga dia membuat keputusan untuk keluar dari
rumah itu.
PLOT 4. Masyarakat yang bertanggungjawab.
Buktinya, ayah seorang bapa yang bertanggungjawab
sebagai seorang suami dan ayah dan penjaga kucing.
Dia memastikan makan dan minum keluarganya terjamin
dan mereka hidup bahagia.
5. Masyarakat yang pilih kasih.
Buktinya, ayah dikatakan pilih kasih sehingga Oren
berasa isi hati. Azura berkata bahawa ayah lebih
memanjakan Kelabu sehingga Oren menghilangkan diri.
6. Masyarakat kucing yang bijak.
Buktinya, Oren merupakan kucing yang bijak menjaga
kebersihan. Oren tidak membuang najisnya di merata-
rata tempat seperti Kelabu. Oren hanya membuang
najisnya di longkang atau di tandas. Hal ini
menyebabkan Oren disukai oleh ahli keluarga kerana
mudah diuruskan. Kelabu pula bijak mencari kasih
sayang dengan menunjukkan sikap manjanya kepada
ayah. Hal ini menyebabkan ayah lebih memanjakan
Kelabu daripada Oren.
7. Masyarakat yang hidup harmoni.
Buktinya, ayah dan sekeluarga hidup harmoni di bawah
sebumbung rumah bahagia. Mereka sering menikmati
sarapan dan makan malam bersama-sama.
Permulaan
Sudah empat hari Oren tidak balik ke rumah. Perkara ini
menimbulkan kebimbangan kepada ahli keluarga terutama
ayah.
Perkembangan
Imbas kembali perihal kehadiran Oren dalam keluarganya
72
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
apabila ayah terlanggar ibu Oren. Penulis juga menceritakan
kedatangan Kelabu ke rumah keluarga “aku” apabila dibawa
pulang oleh ayah yang berbelas kasihan akan Kelabu yang
mengekorinya ke tempat parkir kereta.
Konflik
Ayah mula menyedari kesilapannya apabila Oren yang
sudah seminggu tidak balik ke rumah menginsafkan ayah
tentang kepentingan menyalurkan kasih sayang dengan adil.
Dia mula merasakan perasaan pilih kasihnya antara Kelabu
dan Oren menyebabkan Oren membawa diri dari rumah
ayah.
Puncak / Klimaks
Ayah bermimpi seolah-olah Oren balik ke rumah. Oren
dihulurkan minuman susu namun tidak diendahkan. Ayah
berbual-bual dengan Oren.
TEKNIK PLOT Peleraian
Pada penutup cerpen, penulis menceritakan mimpinya
kepada ahli keluarga. Selepas itu, Anis membawa balik
Oren yang tidak bernyawa lagi. Mata ayah yang mulai
berkaca menunjukkan kasih sayangnya terhadap Oren.
Kematian Oren menyebabkan ayah sedih dan mengalirkan
air mata.
1. Teknik plot yang pertama ialah dialog, iaitu pertuturan
antara watak.
Buktinya, ayah berkata kepada kami tentang
kerisauannya akan Oren yang sudah beberapa hari tidak
pulang ke rumah. Selain itu, teknik plot ini juga
digunakan oleh penulis untuk menceritakan Anis, anak
ayah yang bongsu yang bertanya kepada ayah tentang
nama kucing yang dibawa pulang oleh ayah. Ayah
menjawab pertanyaan itu dengan mengatakan bahawa
nama kucing itu Oren kerana seluruh bulu kucing itu
berwarna oren.
73
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
2. Teknik penceritaan kedua ialah monolog, iaitu watak
yang bercakap sendiri dalam sesebuah karya.
Buktinya, ayah bercakap dengan diri sendiri bahawa
kedatangan kelabu menyebabkan dia mengabaikan Oren.
Ayah juga bertanya kepada dirinya sendiri sama ada
Oren merajuk akan kehadiran Kelabu yang lebih
dimanjakan dan diutamakan oleh ayah.
3. Teknik plot ketiga ialah monolog dalaman, yakni sejenis
teknik yang digunakan oleh penulis untuk menulis watak
yang bercakap di dalam hati tanpa didengari oleh
sesiapa.
Buktinya, ayah memberitahu dirinya tentang identiti
kucing yang dilanggarnya itu mungkin ibu kepada Oren.
Hal ini dikatakan demikian kerana Oren keseorangan
selepas ayah ternampak bangkai ibu Oren di bawah
tayar kereta ayahnya.
4. Teknik plot yang ketiga ialah imbas kembali, iaitu cara
penulis membawa cerita lama kembali dalam cerita agar
pembaca memahami perkara sebenar yang berlaku
sebelum ini.
Buktinya, teknik ini jelas digunakan oleh penulis untuk
menceritakan ayah yang terkenang akan peristiwa dia
menemukan bangkai ibu Oren di bawah tayar keretanya.
Ayah berbelas kasihan akan Oren yang mungkin
keseorangan lalu membawanya pulang untuk dijaga
sebagai menebus kesalahannya terlanggar ibu Oren.
Selain itu, ayah juga mengimbas kembali Kelabu yang
mengekorinya di tempat letak kereta sehingga ayah
membuat keputusan untuk membawanya pulang ke
rumah.
5. Pemerian ialah teknik plot kelima apabila penulis
menceritakan keadaan latar cerita untuk menambah
kefahaman pembaca.
Buktinya, penulis berjaya menceritakan kebimbangan
74
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
wajah ayah yang risau akan kehilangan Oren. Selain itu,
penulis berjaya menceritakan ayah yang tidak berselera
untuk makan kerana kehilangan Oren.
GAYA BAHASA 6. Teknik plot keenam ialah saspens, iaitu peristiwa yang
menimbulkan pertanyaan kepada pembaca.
Buktinya, pembaca tertanya-tanya akan kehilangan Oren
dari rumah ayah. Segala pertanyaan ayah itu terjawab
apabila Oren ditemukan mati di bawah sebatang pokok
tua di bawah pokok. Anis membawa bangkai Oren
pulang ke rumah.
1. Penggunaan ayat pendek dan ayat panjang.
Bukti ayat pendek:
Oren masih tidak pulang.
Kami hanya mendengar keluhan ayah.
Kelabu masih di pangkuan ayah.
(muka surat 33)
Bukti ayat panjang:
Mungkin ayah telah sedar akan kesilapannya tetapi yang
menjadi tanda tanya mereka sekeluarga sekarang adalah
ke manakah Oren menghilangkan diri?
Aku juga tidak mahu menambah rasa bersalah ayah
tentang sikap pilih kasihnya terhadap Oren sehingga
Oren tidak pulang ke rumah.
Ibu sebelumnya telah berpesan kepada kami supaya
tidak memberikan apa-apa pandangan yang mungkin
akan menyinggung atau menambahkan rasa bimbang
ayah.
Kemanjaannya membuatkan Oren tersisih daripada
perhatian ayah sedangkan Oren tidak pandai mengambil
kesempatan yang ada sehingga kesempatan itu
digunakan oleh Kelabu. Barangkali benar kata-kata
adikku itu.
(muka surat 34)
75
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
2. Penggunaan ayat tanya
“Ke manakah Oren pergi? Dia tidak makan pun
makanan yang ayah sediakan. Adakah dia merajuk?
Hujan-hujan begini di manakah dia berteduh?”
(muka surat 33)
Mungkin ayah telah sedar akan kesilapannya tetapi yang
menjadi tanda tanya mereka sekeluarga sekarang adalah
ke manakah Oren menghilangkan diri?
Adakah ayah juga barangkali terfikir tentang perkara
yang ingin aku luahkan kepadanya?
(muka surat 34)
“Apakah namanya?”
(muka surat 35)
Adakah Oren cemburu akan kehadiran Kelabu di rumah
ini?
(muka surat 37)
“Ke manakah engkau pergi, Oren?”
(muka surat 38)
“Mengapa, Oren?”
(muka surat 38)
3. Penggunaan kata ganda.
Begitu juga adikku, Anis ada melihat Oren sedang
bermain-main di bawah pokok tua di taman permainan
di hadapan rumah dua hari yang lalu.
Hujan-hujan begini di manakah dia berteduh?”
(muka surat 33)
Dalam diam-diam aku mengesyaki ada sesuatu berlaku
kepada Oren tetapi aku hanya mampu
memendamkannya.
Ibu sebelumnya telah berpesan kepada kami supaya
tidak memberikan apa-apa pandangan yang mungkin
akan menyinggung atau menambahkan rasa bimbang
76
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
ayah.
Barangkali benar kata-kata adikku itu.
(muka surat 34)
Dia terimbas kembali kenangan ketika Oren mula-mula
menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.
Sedang dia memandu keretanya di jalan taman
perumahannya, tiba-tiba dia berasa bahawa dia
terlanggar sesuatu.
Namun, hatinya lebih tersentuh apabila datang seekor
anak kucing mengiau-ngiau di hadapan kucing yang
tidak bernyawa itu.
Petang itu, dia pulang bersama-sama dengan seekor
anak kucing jantan dan yang paling gembira menyambut
kepulangan dia ialah Anis. Cepat-cepat anak bongsunya
itu mendukung anak kucing tersebut sambil bertanya,
“Apakah namanya?”
Isterinya hairan kerana suaminya tiba-tiba membawa
pulang seekor anak kucing.
(muka surat 35)
Segala egonya dahulu yang tidak membenarkan anak-
anaknya memelihara kucing telah dipadamkan.
Pada mulanya dia menyamaratakan kasih sayangnya
kepada kedua-duanya.
Sejak kedatangan Kelabu juga, Oren selalu membiarkan
Kelabu menjamah makanan dahulu dan setelah selesai
barulah Oren makan sisa-sisa makanan yang
ditinggalkan oleh Kelabu. Dia juga tidak pernah melihat
Oren dan Kelabu bermain bersama-sama apatah lagi
bergaduh.
(muka surat 37)
77
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
Kelabu pada awalnya selalu juga membuang najisnya di
merata-rata tempat, tidak terkecuali di dalam rumah
sehingga rimas mereka untuk mengajar Kelabu supaya
mengikut cara Oren.
Tiba-tiba dia terdengar Oren mengiau-ngiau di luar
pintu rumah.
“Ke manakah engkau pergi, Oren?” soalnya sambil
mengusap-usap belakang kucingnya itu. Dia kehairanan
kerana bulu Oren terjaga bersih walaupun telah
beberapa hari kucingnya itu tidak pulang ke rumah
seolah-olah ada orang yang membersihkannya.
(muka surat 38)
Sambil duduk di sofa dia membelai-belai Oren dengan
manja. Dia mencuba untuk berbual-bual dengan Oren,
iaitu perbuatan yang jarang-jarang dilakukannya. Oren
membalasnya dengan mengiau-ngiau.
(muka surat 39)
Aku melihat ayah terpinga-pinga keluar dari biliknya
lantas ke ruang tamu. Ayah bertanya tentang Oren. Aku
mengatakan bahawa aku tidak melihat kelibat Oren pada
pagi itu. Ayah seakan-akan baru tersedar sambil
menggeleng kepalanya beberapa kali.
Di meja makan pada pagi itu ayah bercerita kepada
kami bahawa dia bermimpi Oren pulang ke rumah
semalam, dan hampir semalaman Oren bersama-sama
dengan ayah di ruang tamu.
Tiba-tiba Anis muncul di ruang dapur. Kami semua
terperanjat kerana di tangannya ialah Oren yang kami
tunggu kepulangannya tetapi pada saat itu Oren sudah
tidak bernyawa lagi. “Anis jumpa Oren di celah pokok
tua yang tumbang semalam di taman permainan.”
Sebaik-baik sahaja habis kenyataan itu, mata kami
sekeluarga terus tertumpu kepada ayah. Ketika itu mata
78
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
ayah mulai berkaca.
(muka surat 40)
NILAI MURNI 4. Repetisi
Jika ayah menganggap Oren telah merajuk, mungkin ayah
juga tahu sebab kucing sulungnya itu merajuk. Mungkin
ayah telah sedar akan kesilapannya tetapi yang menjadi
tanda tanya mereka sekeluarga sekarang adalah ke
manakah Oren menghilangkan diri? Dalam diam-diam aku
mengesyaki ada sesuatu berlaku kepada Oren tetapi aku
hanya mampu memendamkannya. Aku bimbang ayah akan
bertambah gelisah nanti. Aku juga tidak mahu menambah
rasa bersalah ayah tentang sikap pilih kasihnya terhadap
Oren sehingga Oren tidak pulang ke rumah. Adakah ayah
juga barangkali terfikir tentang perkara yang ingin aku
luahkan kepadanya?
(muka surat 34)
5. Peribahasa
Oren iri hati kerana Kelabu selalu di samping ayah.
(muka surat 34)
6. Personifikasi
Adakah Oren cemburu akan kehadiran Kelabu di rumah
ini? Tetapi tabiat Oren memang begitu sejuk dia
menghuni rumah ini. Segala tindakannya agak pasif
berbanding dengan perilaku Kelabu.
(muka surat 37)
1. Baik hati
Buktinya, sifat ayah yang baik hati menyebabkan
Kelabu dan Oren dibela walaupun pada mulanya dia
tidak meminati kucing. (KBAT) Baik hati berlawanan
dengan sikap busuk hati atau dengki. Dalam
kehidupan kita perlu mempunyai sifat ini untuk
memperoleh kawan dan boleh berinteraksi dengan
persekitaran.
2. Prihatin
Buktinya, ayah yang prihatin akan kesunyian Oren
79
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
membawa Kelabu Pulang. Sebaliknya, ayah juga
prihatin akan Kelabu yang keseorangan di jalan raya
membawa Kelabu pulang untuk melengkapkan ahli
keluarganya. Ayah juga amat prihatin akan Oren
yang belum pulang ke rumah selepas beberapa hari
menghilangkan diri. (KBAT) Sikap keprihatinan
dalam diri melambangkan kebaikan dalam jiwa
seseorang terhadap orang lain sehingga mengambil
berat akan peristiwa yang berlaku di sekitarnya.
3. Kasih sayang
Buktinya, Ayah amat menyayangi Oren dan
perasaannya begitu beremosi dengan kehilangan
Oren dari rumahnya. (KBAT) Nilai kasih sayang
merupakan nilai yang perlu ada dalam diri manusia
kepada semua makhluk, tidak kira manusia mahupun
alam sekitar. Nilai yang ada ini perlu dipraktikkan di
mana-mana sahaja.
4. Kebijaksanaan
Buktinya, Kelabu bijak menarik perhatian keluarga
“aku” sehingga tumpuan yang lebih diberikan
kepadanya. Hal ini dikatakan demikian kerana Kelabu
amat suka bermanja dengan ayah dan adik-beradik
“aku”. (KBAT) Kebijaksanaan menyesuaikan diri
dalam banyak keadaan merupakan suatu sikap bonus
pada diri seseorang supaya diterima oleh ahli
masyarakat di sekitarnya.
5. Kebersihan fizikal dan mental
Buktinya, Oren terdidik sebagai kucing yang menjaga
kebersihan dengan tidak membuang najisnya di
merata-rata tempat. (KBAT) Kebersihan merupakan
nilai yang perlu ada kerana kebersihan hati akan
membersihkan jiwa dan perasaan. Kita juga perlu
membersihkan kawasan sekitar agar terhindar
daripada penyakit berjangkit.
80
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
6. Kesopanan
Buktinya, Oren seekor kucing yang dapat menjaga
sikapnya supaya disukai oleh ahli keluarga ayah. Dia
bukan sahaja sopan dari segi tidak mengiau-ngiau
sesuka hati, tetapi juga tidak pernah berkasar dengan
Kelabu meskipun kedatangan Kelabu mengganggu
gugat kedudukannya di rumah ayah. (KBAT)
Kesopanan yang ada di dalam diri kita akan mudah
disenangi dan diterima oleh ahli masyarakat. Selain
itu, kita juga akan disayangi oleh ahli keluarga.
7. Bertanggungjawab
Buktinya, Ayah telah bertanggungjawab
membesarkan Oren selepas terlanggar ibu Oren
secara tidak sengaja. Selain bertanggungjawab
sebagai bapa dan suami, ayah juga seorang penjaga
kucing yang bertanggungjawab dengan memastikan
kucing peliharaannya mendapat penjagaan yang rapi
dan makanan yang mencukupi. (KBAT) Nilai
bertanggungjawab amat penting kepada diri,
keluarga sekolah, masyarakat dan negara. Sikap ini
amat wajar tertanam dalam diri bagi melahirkan
generasi berwibawa.
8. Belas kasihan / simpati
Buktinya, ayah berbelas kasihan akan nasib Oren
yang kematian ibunya apabila bangkai ibu Oren
ditemukan di bawah tayar kereta ayah. Ayah juga
bersimpati akan nasib Kelabu yang berjalan seorang
diri di kawasan parkir kereta. (KBAT) Sikap belas
kasihan dan simpati menjadikan hati kita lembut dan
lemah apabila melihat kesengsaraan orang lain.
Bukan semua manusia mampu mempamerkan sikap
simpati, terutamanya manusia yang mementingkan
diri.
9. Berdikari
Buktinya, Oren mula berdikari apabila melihat
81
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
PENGAJARAN Kelabu dapat mengambil perhatian keluarga “aku”
dan ayah. (KBAT) Sikap berdikari menunjukkan
bahawa kita matang dari segi pemikiran. Perkara ini
amat penting dalam membuat keputusan pada masa
hadapan.
1. Kita haruslah bersikap baik hati dengan manusia dan
benda hidup.
Buktinya, sifat ayah yang baik hati menyebabkan
Kelabu dan Oren dibela walaupun pada mulanya dia
tidak meminati kucing. (KBAT) Baik hati berlawanan
dengan sikap busuk hati atau dengki. Dalam
kehidupan kita perlu mempunyai sifat ini untuk
memperoleh kawan dan boleh berinteraksi dengan
persekitaran. Dengan kata lain, sikap baik hati dapat
membuktikan bahawa kita bukan manusia yang tidak
berhati perut, malah sentiasa memastikan kebaikan
bersama.
2. Kita haruslah menjadi manusia yang bersikap prihatin
terhadap benda hidup.
Buktinya, ayah yang prihatin akan kesunyian Oren
membawa Kelabu Pulang. Sebaliknya, ayah juga
prihatin akan Kelabu yang keseorangan di jalan raya
membawa Kelabu pulang untuk melengkapkan ahli
keluarganya. Ayah juga amat prihatin akan Oren
yang belum pulang ke rumah selepas beberapa hari
menghilangkan diri. (KBAT) Sikap keprihatinan
dalam diri melambangkan kebaikan dalam jiwa
seseorang terhadap orang lain sehingga mengambil
berat akan peristiwa yang berlaku di sekitarnya.
Keprihatinan kita juga akan membawa kebaikan
kepada orang lain kerana masalahnya dapat
diselesaikan dengan baik. Dengan ini, masyarakat
yang penyayang juga dapat dilahirkan.
3. Kita haruslah menyayangi manusia dan benda hidup
yang lain demi membuktikan bahawa kita manusia
82
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
yang baik bukan sahaja sesama manusia, tetapi juga
terhadap benda hidup yang lain.
Buktinya, Ayah amat menyayangi Oren dan
perasaannya begitu beremosi dengan kehilangan
Oren dari rumahnya. Ayah juga menitiskan air mata
apabila Anis membawa bangkai Oren ke dapur
rumah. Ayah menitiskan air mata kerana tidak dapat
menahan kesedihan atas kematian Oren. (KBAT)
Nilai kasih sayang merupakan nilai yang perlu ada
dalam diri manusia kepada semua makhluk, tidak kira
manusia mahupun alam sekitar. Nilai yang ada ini
perlu dipraktikkan di mana-mana sahaja agar
kesejahteraan dan keharmonian hidup dapat
dikekalkan.
4. Kita mestilah bijaksana bijak menyesuaikan diri
dalam semua keadaan supaya diterima oleh ahli
masyarakat.
Buktinya, Kelabu bijak menarik perhatian keluarga
“aku” sehingga tumpuan yang lebih diberikan
kepadanya. Hal ini dikatakan demikian kerana Kelabu
amat suka bermanja dengan ayah dan adik-beradik
“aku”. (KBAT) Kebijaksanaan menyesuaikan diri
dalam banyak keadaan merupakan suatu sikap bonus
pada diri seseorang supaya diterima oleh ahli
masyarakat di sekitarnya. Kita bukan sahaja akan
disayangi malah tidak akan memberikan masalah
kepada orang lain.
5. Kita mestilah menjaga kebersihan fizikal dan mental
supaya hidup lebih selesa dan dapat menjauhi
penyakit berbahaya.
Buktinya, Oren terdidik sebagai kucing yang menjaga
kebersihan dengan tidak membuang najisnya di
merata-rata tempat. (KBAT) Kebersihan merupakan
nilai yang perlu ada kerana kebersihan hati akan
membersihkan jiwa dan perasaan. Kita juga perlu
83
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
membersihkan kawasan sekitar agar terhindar
daripada penyakit berjangkit.
6. Kita mestilah sentiasa mempamerkan sikap sopan
santun demi menjaga kewibawaan diri.
Buktinya, Oren seekor kucing yang dapat menjaga
sikapnya supaya disukai oleh ahli keluarga ayah. Dia
bukan sahaja sopan dari segi tidak mengiau-ngiau
sesuka hati, tetapi juga tidak pernah berkasar dengan
Kelabu meskipun kedatangan Kelabu mengganggu
gugat kedudukannya di rumah ayah.
7. Kita mestilah bertanggungjawab dalam setiap tugasan
yang kita pikul.
Buktinya, Ayah telah bertanggungjawab
membesarkan Oren selepas terlanggar ibu Oren
secara tidak sengaja. Selain bertanggungjawab
sebagai bapa dan suami, ayah juga seorang penjaga
kucing yang bertanggungjawab dengan memastikan
kucing peliharaannya mendapat penjagaan yang rapi
dan makanan yang mencukupi.
8. Kita mestilah bersikap belas kasihan atau simpati
terhadap nasib manusia atau benda hidup yang
malang.
Buktinya, ayah berbelas kasihan akan nasib Oren
yang kematian ibunya apabila bangkai ibu Oren
ditemukan di bawah tayar kereta ayah. Ayah juga
bersimpati akan nasib Kelabu yang berjalan seorang
diri di kawasan parkir kereta.
9. Kita mestilah hidup berdikari supaya tidak mengalami
apa-apa kesusahan pada masa depan.
Buktinya, Oren mula berdikari apabila melihat
Kelabu dapat mengambil perhatian keluarga “aku”
dan ayah.
84
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
LATIHAN KOMSAS 8(a)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Oren masih tidak pulang. Sudah masuk hari yang keempat ayah
tidak nampak kelibatnya. Aku memberitahu ayah bahawa pagi tadi aku
ada melihat Oren di tepi longkang di belakang rumah. Begitu juga
adikku, Anis ada melihat Oren sedang bermain-main di bawah pokok
tua di taman permainan di hadapan rumah dua hari yang lalu. Namun,
ayah masih tidak berpuas hati kerana dia sendiri tidak melihat kelibat
Oren.
“Ke manakah Oren pergi? Dia tidak makan pun makanan yang
ayah sediakan. Adakah dia merajuk? Hujan-hujan begini di manakah dia
berteduh?” Kami hanya mendengar keluhan ayah. Sudah seminggu,
hampir setiap malam pada hujung pertengahan Disember ini hujan turun
diiringi dengan guruh dan angin.
Kelabu masih di pangkuan ayah. Apabila melihat Kelabu, aku
terimbas kembali tentang kucing itu yang dipungut sewaktu ayah pulang
dari tempat kerja. Keadaan Kelabu yang tidak terurus dan kursus dahulu
kini telah berubah. Kelabu semakin tembam. Bulunya yang berwarna
kelabu menjadikannya tampak menarik seperti kucing Siam. Ayah
semakin memanjakan Kelabu. Bagiku barangkali sejak kehadiran
Kelabu, Oren semakin terpinggir daripada belaian dan perhatian ayah.
Jika ayah menganggap Oren telah merajuk, mungkin ayah juga
tahu sebab kucing sulungnya itu merajuk.
(Dipetik daripada cerpen “Oren”,
Antologi Kuingin berterima kasih, Tingkatan 1,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
85
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
i) Bagaimanakah keadaan cuaca sepanjang ketiadaan Oren?
(3 markah)
______________________________________________________

ii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam petikan di atas.
(3 markah)
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
iii) Sekiranya anda menjadi anak kepada ayah, bagaimanakah anda
dapat meredakan perasaannya?
(4 markah)
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
86
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
LATIHAN KOMSAS 8(b)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Jika ayah menganggap Oren telah merajuk, mungkin ayah juga tahu
sebab kucing sulungnya itu merajuk. Mungkin ayah telah sedar akan
kesilapannya tetapi yang menjadi tanda tanya mereka sekeluarga sekarang
adalah ke manakah Oren menghilangkan diri? Dalam diam-diam aku
mengesyaki ada sesuatu berlaku kepada Oren tetapi aku hanya mampu
memendamkannya. Aku bimbang ayah akan bertambah gelisah nanti. Aku
juga tidak mahu menambah rasa bersalah ayah tentang sikap pilih
kasihnya terhadap Oren sehingga Oren tidak pulang ke rumah. Adakah
ayah juga barangkali terfikir tentang perkara yang ingin aku luahkan
kepadanya?
Malam itu ayah hanya menjamah makan malam sedikit sahaja dan
katanya dia tidak berselera. Kami tahu akan sebabnya dan tidak
menyangka bahawa ayah terlalu risau akan Oren. Apabila selesai
membasuh tangannya, ayah terus ke ruang tamu. Kelabu yang memang
selalu mengekori ayah tidak dipedulikan oleh ayah pada malam itu.
Ibu, aku, Azura dan Anis yang masih belum menyudahkan
kehilangan Oren. Ibu sebelumnya telah berpesan kepada kami supaya
tidak memberikan apa-apa pandangan yang mungkin akan menyinggung
atau menambahkan rasa bimbang ayah.
Di dalam bilik, adik keduaku, Azura mengadu kepadaku bahawa
Oren tidak pulang ke rumah kerana Kelabu. Oren iri hati kerana Kelabu
selalu di samping ayah. Kelabu memang pandai menarik perhatian ayah.
Kemanjaannya membuatkan Oren tersisih daripada perhatian ayah
sedangkan Oren tidak pandai mengambil kesempatan yang ada sehingga
kesempatan itu digunakan oleh Kelabu. Barangkali benar kata-kata adikku
itu.
(Dipetik daripada cerpen “Oren”,
Antologi Kuingin berterima kasih, Tingkatan 1,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
87
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
i) Berdasarkan petikan, apakah yang membimbangkan “aku”
terhadap ayah?
(3 markah)
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
ii) Berikan dua contoh nilai kasih sayang yang terdapat dalam petikan
di atas?
(3 markah)
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
iii) Pada pendapat anda, apakah usaha anda apabila melihat kucing
terbiar?
(3 markah)
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
88
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
LATIHAN KOMSAS 8(c)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Mungkin sejak kedatangan Kelabu, aku telah mengabaikan Oren,”
bisiknya kepada diri sendiri. Dia menyesal dengan tindakannya
membiarkan Oren. Dia terimbas kembali kenangan ketika Oren mula-
mula menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.
Petang itu, dia pulang dari pejabat agak lewat daripada biasa. Sedang
dia memandu keretanya di jalan taman perumahannya, tiba-tiba dia berasa
bahawa dia terlanggar sesuatu. Kemudian dia memberhentikan keretanya
untuk meninjau benda yang dilanggarnya itu. Dia hanya mampu
mengucap apabila seekor kucing terlantar mati di bawah tayar keretanya.
Namun, hatinya lebih tersentuh apabila datang seekor anak kucing
mengiau-ngiau di hadapan kucing yang tidak bernyawa itu. “Mungkin
ibunya,” detik hatinya.
Petang itu, dia pulang bersama-sama dengan seekor anak kucing
jantan dan yang paling gembira menyambut kepulangan dia ialah Anis.
Cepat-cepat anak bongsunya itu mendukung anak kucing tersebut sambil
bertanya, “Apakah namanya?” Dengan spontan dia menjawab, “Oren”.
Nama itu diberikan kerana seluruh bulu kucing itu berwarna oren.
Isterinya hairan kerana suaminya tiba-tiba membawa pulang seekor
anak kucing. Isterinya tahu bahawa dia tidak berminat untuk memelihara
kucing kerana telah beberapa kali anaknya, Azura dan Anis meminta
ibunya untuk memelihara haiwan tersebut tetapi dia tidak
membenarkannya. Hanya pada malam harinya barulah dia menceritakan
perkara yang terjadi untuk menjawab kehairanan isterinya itu. Isterinya
mengerti dan memberikan kasih sayang kepada Oren sebagai sebahagian
daripada ahli keluarga mereka.
(Dipetik daripada cerpen “Oren”,
Antologi Kuingin berterima kasih, Tingkatan 1,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
89
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
i) Bagaimanakah ayah terjumpa Oren?
(3 markah)
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
ii) Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan.
(3 markah)
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
iii) Pada pendapat anda bagaimanakah kita boleh mengelakkan
kemalangan jalan raya?
(4 markah)
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
90
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
LATIHAN KOMSAS 8(d)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Tetapi dia tidak menyangka bahawa selepas kehadiran Oren dia
akan membawa pulang Kelabu sebagai sebahagian daripada ahli
keluarganya. Kelabu ditemukan sewaktu anak kucing jantan itu
mengekorinya yang sedang menuju ke kereta dan hendak pulang ke
rumah. Dia memungut Kelabu untuk menjadi teman Oren bermain.
Pada mulanya dia menyamaratakan kasih sayangnya kepada kedua-
duanya. Setelah dia melihat Kelabu menunjukkan reaksi yang lebih
manja daripada Oren dan sering menarik perhatian, mereka sekeluarga
lebih suka akan Kelabu. Oren yang lebih suka menyendiri dan pendiam
semakin tersisih.
Hari terus berlalu, Kelabu terus menjadi perhatiannya kerana pada
setiap kali dia pulang ke rumah, Kelabulah yang selalu menyambutnya
sedangkan Oren hanya mengangkat kepala apabila melihatnya dan
melihat tingkah laku Kelabu.
Sejak kedatangan Kelabu juga, Oren selalu membiarkan Kelabu
menjamah makanan dahulu dan setelah selesai barulah Oren makan
sisa-sisa makanan yang ditinggalkan oleh Kelabu. Dia juga tidak pernah
melihat Oren dan Kelabu bermain bersama-sama apatah lagi bergaduh.
Adakah Oren cemburu akan kehadiran Kelabu di rumah ini? Tetapi
tabiat Oren memang begitu sejuk dia menghuni rumah ini. Segala
tindakannya agak pasif berbanding dengan perilaku Kelabu.
Oren juga selama berada di rumahnya seperti tetamu yang selalu
menjaga sikapnya. Kebersihan dirinya juga sering diurus sendiri. Oren
tidak membuang najisnya di dalam rumah. Oren sentiasa ke tandas atau
ke longkang jika ingin membuang najisnya.
(Dipetik daripada cerpen “Oren”,
Antologi Kuingin berterima kasih, Tingkatan 1,
91
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
Dewan Bahasa dan Pustaka)
i) Mengapakah keluarga “aku” lebih suka akan Kelabu?
(3 markah)
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
ii) Nyatakan dua perwatakan Oren dalam cerpen tersebut.
( 3 markah)
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
iii) Pada pendapat kamu, bagaimanakah kita dapat menjaga alam
sekitar?
(4 markah)
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
92
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
LATIHAN KOMSAS 8(e)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Oren juga selama berada di rumahnya seperti tetamu yang selalu
menjaga sikapnya. Kebersihan dirinya juga sering diurus sendiri. Oren
tidak membuang najisnya di dalam rumah. Oren sentiasa ke tandas atau
ke longkang jika ingin membuang najisnya. Tabiat Oren seperti kucing
yang telah dididik sebelum dia memungutnya. Namun, dia tidak dapat
memulangkan Oren kepada tuan asalnya kerana dia tidak tahu tuannya
siapa. Dia juga tidak sanggup membiarkan Oren begitu sahaja kerana
dia telah menyebabkan kematian ibu Oren.
Kelabu pada awalnya selalu juga membuang najisnya di merata-
rata tempat, tidak terkecuali di dalam rumah sehingga rimas mereka
untuk mengajar Kelabu supaya mengikut cara Oren.
Tiba-tiba dia terdengar Oren mengiau-ngiau di luar pintu rumah.
Dia lantas bangun menuju ke muka pintu lalu membukanya. Di
hadapannya kelihatan Oren dengan raut wajahnya yang sayu. Dia
membongkokkan dirinya untuk mengangkat Oren.
“Ke manakah engkau pergi, Oren?” soalnya sambil mengusap-usap
belakang kucingnya itu. Dia kehairanan kerana bulu Oren terjaga bersih
walaupun telah beberapa hari kucingnya itu tidak pulang ke rumah
seolah-olah ada orang yang membersihkannya.
(Dipetik daripada cerpen “Oren”,
Antologi Kuingin berterima kasih, Tingkatan 1,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
93
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
i) Berikan gambaran sifat kebersihan Oren berdasarkan petikan di
atas.
(3 markah)
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
ii) Huraikan satu perwatakan Oren dalam petikan dan satu
perwatakan keseluruhan cerpen itu.
(4 markah)
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-ara untuk menjaga
kebersihan diri.
(4 markah)
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
94
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
PEMAHAMAN TEKS 1
Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian pilih jawapan yang paling tepat.
Pemakanan Yang Sihat
Rumah tangga yang sejahtera terbentuk daripada keprihatinan ibu bapa tentang
amalan cara hidup sihat dan cergas. Maklumat penjagaan diri dan pemakanan diperoleh
daripada beberapa laman sesawang seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan
Kesihatan Negeri, dan kelab Nutrisi Malaysia.
Pemakanan yang seimbang amat penting untuk penjagaan kesihatan. Manusia
seharusnya mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi berkhasiat. Pengambilan
makanan seimbang dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko menghidap beberapa
jenis penyakit seperti barah, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, batu karang,obesiti,
kolesterol tinggi, dan osteoporosis.
(Dipetik daripada unit 1,
Buku Teks Tingkatan 1,
Dewan Bahasa dan Pusaka)
1. Berdasarkan petikan, berikan maksud rangkai kata “berkhasiat”.
A mengandungi faedah yang khas dalam makanan.
B memberikan kesan buruk kepada badan.
C mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan.
D mengandungi protein dan vitamin.
2. Berdasarkan petikan, nyatakan risiko yang akan kita hadapi jika kita tidak
mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang.
A Mudah letih, pengsan, dan sakit kepala.
B Muntah, cirit-birit dan sakit perut.
C Barah, kolesterol tinggi, obesiti, darah tinggi, dan kencing manis
D Barah, angin ahmar, darah rendah, kencing manis, batu karang,kolesterol tinggi,
dan osteoporosis
95
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
3. Selain faktor pemakanan, apakah faktor lain yang dapat menjamin kesihatan kita?
I menjaga kebersihan
II bangun awal
III tidur lewat
IV selalu bersenam
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I dan IV sahaja
4. Pada pendapat anda, bagaimanakah anda menjaga kesihatan badan?
I tidak makan makanan ringan
II tidak merokok
III tidak makan daging
IV tidak minum air yang banyak
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I dan IV sahaja
5. Berdasarkan petikan, nyatakan kata nama khas.
I Kelab Nutrisi Malaysia
II Jabatan Kesihatan Negeri
III osteoporosis
IV angin ahmar
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I dan IV sahaja
96
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
Tingkatan 1 - PERIBAHASA
Unit 1: Sihat Membawa Kebahagiaan
1. Mencegah lebih baik daripada mengubatinya
2. Otak cerdas badan cergas
3. Nasi sudah menjadi bubur
4. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Soalan Objektif
1. Masyarakat kini diseru agar mengamalkan gaya hidup sihat supaya dapat meningkatkan
keefisienan semasa melakukan sesuatu perkara.
Pilih peribahasa yang sesuai yang dapat menggambarkan kenyataan di atas.
A. Ukur baju di badan sendiri
B. Bapa borek anak rintik
C. Otak cerdas badan cergas
D. Di mana kemahuan, di situ ada jalan
2. Pilih peribahasa yang bermaksud “Fikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu supaya jangan
menyesal.”
A. Nasi menjadi bubur
B. Sediakan payung sebelum hujan
C. Sudah terang lagi bersuluh
D. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
3. “Sebelum __________________ , ubahlah perangai kamu yang malas itu.” Kata Cikgu Tan
kepada Faizul.
Pilih peribahasa yang sesuai untuk diisikan ke dalam tempat kosong di atas.
A. sediakan payung sebelum hujan
B. nasi menjadi bubur
C. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
D. bersatu teguh bercerai roboh
4. Kita sepatutnya menjaga kesihatan diri sejak kecil lagi supaya dapat mengelakkan diri daripada
segala penyakit.
Pilih peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan kenyataan di atas.
A. Mencegah lebih baik daripada mengubatinya
B. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
C. Bagai melukut di tepi gantang
D. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
97
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
Soalan Subjektif
1. Tulis satu peribahasa yang padan dengan gambar-gambar di atas.
__________________________________________________________________
2. Ridzuan yang tidak mendengar nasihat ibunya akhirnya ditangkap oleh polis
kerana terlibat dalam kes penagihan dadah.
Tulis satu peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi di atas.
_________________________________________________________________
Isikan tempat kosong di bawah dengan satu peribahasa yang sesuai.
3. “Janganlah terlalu kerap makan makanan segera dan makanan ringan. Jika tidak,
kamu mungkin akan menyesal pada suatu hari nanti, kerana jatuh sakit. Segalanya
tidak berguna lagi kerana__________________________,” Kata ibu kepada
Roslan.
4. __________________________________. Oleh itu, masyarakat kini haruslah
sentiasa melakukan senaman untuk menjamin kesihatan diri serta meningkatkan
prestasi kita dalam kehidupan harian.
98
NOTA BULANAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
JANUARI HAK CIPTA CIKGU TAN CL TERPELIHARA
Soalan Pelbagai Pilihan
1. Baca peribahasa-peribahasa di bawah dengan teliti.
I. nasi sudah menjadi bubur
II. sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
III. retak menjadi patah
IV. diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
Pilih dua peribahasa yang sama maksud.
A. I, II
B. III, IV
C. II, III
D. I, III
2. Gaya hidup sihat haruslah diamalkan sejak kecil lagi supaya kita tidak akan mengalami
kesengsaraan kelak. Kesihatan fizikal dan mental haruslah dijaga dengan baik.
Pilih peribahasa-peribahasa yang dapat dipadankan dengan tema ayat di atas.
I. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
II. Ukur baju di badan sendiri
III. Bagaimana acuan begitulah kuihnya
IV. Otak cerdas badan cergas
A. I, II
B. II, III
C. I, IV
D. II, IV
3. Baca peribahasa-peribahasa di bawah dengan teliti.
I. Ukur baju di badan sendiri
II. Otak cerdas badan cergas
III. Mencegah lebih baik daripada mengubatinya
IV. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
V.
Pilih dua peribahasa yang boleh dikaitkan dengan isu kesihatan.
A. I, II
B. III, IV
C. II, III
D. I, III
99