The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by seeyijou, 2021-12-13 23:37:17

K4_EUTHANASIA

K4_EUTHANASIA

KUMPULAN 4

EUTHANASIA

GOH QIN ROSE X’THERPHINE YEE
CHERLYN EE MANN YI SEE YI JOU

KANDUNGAN 1
2
1)Tajuk & Ahli Kumpulan 3-4
2 ) Kandungan Flipbook
3.) Pengenalan isu 5-6
4.)Punca isu 7-8
5.)Cara mengatasi isu 9
6.)Lampiran/keratan akhbar/media berkaitan isu
2

DEFINISI EUTHANASIA

Membantu menamatkan tempoh hayat seseorang pesakit yang mengalami penyakit yang dikatakan
sukar atau tidak mungkin sembuh dengan cara sengaja seperti dengan memberikan suntikan atau ubatan
melalui gas yang melebihi dos tidak dibenarkan oleh undang-undang. Ia turut dikenali sebagai eutanasia
atau mercy killing atau assisted suicide.

Tindakan ini umumnya dilihat melanggar undang-undang di banyak negara di dunia seperti Malaysia,
Singapura, United Kingdom dan beberapa negeri di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, terdapat
beberapa negara yang membenarkan eutanasia seperti Belgium, Netherlands (Belanda) dan Luxembourg.
Para penyokong eutanasia percaya bahawa negara tidak boleh mengganggu hak seseorang untuk mati.
Namun, para penentang eutanasia mempunyai pendapat yang berbeza dan meletakkan asas bahawa
tiada sesiapa yang boleh menentukan bilakah seseorang itu akan mati kecuali Tuhan.

Setiap insan memahami bahawa nyawa ialah suatu anugerah yang perlu dilindungi setiap masa. Detik
menikmati nilai kehidupan sebelum tibanya kematian perlulah dihargai. Maruah insan untuk menentukan
corak kehidupannya perlulah dihormati. Malah, hasrat seseorang itu untuk mati secara bermaruah
dikatakan sudah ada. Dalam keadaan ini, seseorang itu boleh memberikan panduan kepada doktor yang
menjalankan rawatan perubatan ke atasnya tentang bagaimana hasratnya boleh ditunaikan oleh doktor
tersebut.

3

PENGENALAN ISU

Di samping itu, AMD juga dipercayai sangat signifikan kerana ia dapat mengelakkan tercetusnya konflik dalam
keluarga pesakit bagi membuat keputusan berhubung rawatan perubatan untuk pesakit ketika pesakit tidak
berkeupayaan atau tidak sedarkan diri lagi. Malah, ia dapat memberikan kata putus kepada doktor dan pihak
penyedia perkhidmatan kesihatan misalnya hospital sama ada ingin meneruskan atau menghentikan rawatan
perubatan terhadap pesakit tersebut. Ia juga dapat melindungi doktor daripada dikenakan tindakan undang-undang
jika isu tentang keizinan pesakit berhubung dengan rawatan perubatan dibangkitkan. Selain itu, ia mampu bertindak
sebagai makluman tentang ikrar pesakit sama ada ingin mendermakan organnya kepada pesakit lain atau tidak.

Dari sudut yang lain pula, para doktor berasakan AMD tidak sama dengan euthanasia. Malah, ada yang
berpendapat bahawa kewujudan AMD dapat membantu doktor melaksanakan tugas berkaitan dengan keizinan
pesakit bagi rawatan perubatan dengan lebih cekap, mudah dan telus.

Intihanya, pengajaran yang boleh diambil daripada penulisan ini ialah setiap individu adalah dilarang daripada
melakukan eutanasia atau mercy killing atau assisted suicide. Ia ialah amalan yang ditegah oleh undang-undang.
Walau bagaimanapun, setiap individu adalah disarankan agar menyedari bahawa kita berhak untuk menentukan
masa hadapan. Walaupun kita tidak pernah mengetahui detik dan saat kematian kita, namun perancangan rawatan
perubatan adalah suatu langkah bijak yang perlu dilakukan demi kebaikan semua pihak. Jika kita ingin menolak atau
meneruskan rawatan perubatan, ia perlu dinyatakan agar semua pihak yang terlibat dengan urusan kesihatan kita
mengetahui hasrat hati kita. Ia penting demi menjaga maruah kita untuk mati secara terhormat, bukan mati kerana
keputusan berhubung tentang rawatan perubatan ditentukan oleh orang lain yang mungkin hakikatnya
bertentangan dengan keinginan kita. Umpama kata peribahasa “pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak,”
setiap insan yang hidup akan melalui fasa kematian. Maka, hargailah kehidupan ini sebelum tibanya detik kematian
yang setiap saat menghampiri kita. Hormatilah keputusan yang dibuat demi menegakkan hak insan termasuklah
pesakit.

4

PUNCA BERLAKU ISU

Terdapat beberapa faktor yang mendorong banyak pihak
untuk melakukan euthanasia. Pihak yang menyokong amalan
euthanasia menjustifikasi pendirian mereka dengan beberapa
hujah iaitu; pertama faktor ekonomi.

Kedua, keterbatasan tempat atau ruang, katil, staf, peralatan
terapi yang boleh dimanfaatkan oleh pesakit lain yang kurang
risiko dan ketiga, mati secara terhormat.

Faktor Ekonomi Di Barat, Amerika khususnya mempunyai
tahap kos hidup yang sangat tinggi lagi melampau. Setiap anggota
masyarakat merasa bimbang setiap kali berdepan dengan
perbelanjaan perubatan yang tidak terjangkau oleh kemampuan
mereka.

5

PUNCA BERLAKU ISU

Afrika Selatan turut menghadapi masalah kos perbelanjaan
perubatan yang tinggi . Dengan harga ubat yang mahal dan
perbelanjaan perubatan yang tinggi akan mendorong keluarga
yang tidak berkemampuan untuk mencari jalan keluar yang mudah.
Lantas untuk menghilangkan penderitaan ahli keluarga mereka
yang sedang tenat, mereka bersetuju melakukan euthanasia.

Dalam keadaan yang sedemikian, Islam meletakkan
tanggungjawab terhadap semua perbelanjaan untuk kos
perubatan pesakit di bawah bidang kuasa kerajaan. Kerajaan
akan menanggung semua keperluan perubatan pesakit sehingga
sembuh .

6

CARA MENGATASI ISU

PIHAK KERAJAAN

Menguatkuasakan undang-undang.

Mengadakan kempen kesedaran dan ceramah.

PIHAK DOKTOR

Memberikan informasi atau penjelasan kepada pesakit dan
keluarganya.

Doktor memberikan nasihat kepada pesakit.

7

PIHAK MEDIA MASSA

Menyebarkan maklumat tentang euthanasia.
Menyediakan laman web yang berkaitan dengan
penyakit ini.
INDIVIDU
Memupuk nilai-nilai positif.
Mendapat rawatan daripada doktor.
Mendengar nasihat daripada doktor.

8

LAMPIRAN/KERATAN AKHBAR/MEDIA
BERKAITAN ISU

BRUSSELS: Mahkamah Belgium membebaskan tiga
doktor yang didakwa melakukan euthanasia dengan
membantu seorang wanita membunuh diri.

Berdasarkan fakta kes jenayah pertama
membabitkan euthanasia di negara itu, doktor
terbabit dituduh secara tidak sah meracun Tine Nys,
38, pada April 2010, kerana pesakit itu tidak
memenuhi syarat untuk euthanasia.

LINK BERITA:
https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/01/6
51568/3-doktor-didakwa-lakukan-euthanasia-bebas-t
uduhan

9

Thanks!

CREDITS: This presentation template was created by
Slidesgo, including icons by Flaticon, and infographics &

images by Freepik.
Please keep this slide for attribution.


Click to View FlipBook Version