PERAKUAN SEKOLAH :
Dengan ini disahkan bahawa maklumat rekod bacaan murid yang diberikan adal
Tandatangan:
…………………………………
(Pengetua )
Tarikh : 15 JULAI 2021
Cop Sekolah :
PERAKUAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI:
Dengan ini disahkan bahawa segala maklumat berkaitan borang rekod bacaan ca
Tandatangan:
…………………………….
(Jabatan Pendidikan Negeri)
Tarikh:
41
lah betul.
alon telah disemak dan betul.
1
8. SINOPSIS BUKU
A. TERBONGKARNYA SEBUAH RAHSIA
B. NASIB ANAK PENJUAL KUIH
42
A. TAJUK BUKU: TERBONGKARNYA SEBUAH RASIAH
PENULIS: Kamarulzaman Ismail
Sinopsis Buku
Cerita ini mengisahkan tentang kesungguhan dan keberanian Amin dan Zamri
membongkar rasiah kejahatan yang dilakukan oleh tiga orang pemuda di kawasan
kampung.
Pada suatu hari di hujung minggu persekolahan, Amin telah mengikuti ibunya pergi
ke kebun. Oleh kerana bapa Amin bekerja di bandar dan balik ke rumah tidak menentu. Di
kebun mereka yang seluas setengah ekar, dipenuhi dengan sayur-sayuran seperti pokok
kacang, pokok serai, pokok kangkung, bendi dan bayam. Selain itu, terdapat juga tanaman
buah-buahan seperti pokok betik, pokok rambutan dan sebatang pokok kuini. Amin pada
masa itu telah menolong ibunya memetik buah rambutan, mengambil benih lada dan juga
buah betik. Menjelang tengah hari, Amin dan ibunya balik ke rumah dengan membawa
hasil sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah mereka ambil tadi.
Sedang mereka berjalan, mereka telah terserempak dengan tiga orang pemuda. Ibu
Amin telah menegur pemuda yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Ibu Amin mengatakan
kepada mereka hendak ke mana dan pemuda itu menjawab hendak ke hutan untuk
mencari sarang lebah. Ibu Amin pun menujuk arah yang biasanya ada serang lebah.
Sebaik sahaja mereka sampai ke rumah, Amin dan ibunya merasa gembira kerana
ayahnya ada dirumah.
Keesokan paginya, Amin telah pergi seorang diri ke kebunnya kerana telah
diarahkan oleh ayahnya untuk mengambil buah rambutan. Sambil berjalan, tiba-tiba Amin
telah mendengar ada orang sedang bercakap. Amin mencuba mencari arah suara tadi dan
masuk ke dalam semak. Sambil mengamati perlahan-lahan, Amin dapat mengesan suaru
itu. Rupa-rupanya, suara itu datang dari arah semak di sebelah Amin bersembunyi.
Terdapat tiga pemuda berbaju merah, biru dan kuning dan Amin mengingatnya sebagai
MEMBIKU.
Pada masa itu, Amin sempat mendengar perbualan singkat orang itu tadi. Amin
terdengar bahawa pemuda itu menyatakan agar perbuatan yang telah mereka lakukan
tidak diketahui oleh pihak polis dan terdengar pemuda itu menyatakan tentang keuntungan
yang diperoleh hasil daripada perbuatan yang mereka jalankan di kampung itu.
43
Amin tidak jadi ke kebunnya kerana bimbang bertembung dengan pemuda itu. Dia
bertekad untuk mengintip pemuda itu dan jika cukup maklumat dia akan mengadu kepada
pihak berkuasa. Amin berjumpa dengan kawannya Zamri dan menceritakan kesemuanya
mengenai hal itu. Mereka berdua bercadang untuk menjadi pengintip dan menangkap tiga
orang pemuda yang dirasakan menjalankan sindiket pengedaran dadah di kampung
mereka.
Pada keesokan harinya, Amin tidak berkesempatan berbual lama dengan ayahnya
yang hendak balik semula ke bandar untuk bekerja. Amin terus pergi bersama Zamri untuk
meneruskan rancangan mereka menjadi pengintip bagi menangkap perbutan jahat yang
dilakukan oleh pemuda itu.
Amin dan Zamiri telah berpura-pura untuk menjual sayur di kawasan kampung.
Semasa perjalanan mereka berjual, mereka berselisih dengan pemuda yang dilihatnya
kemarin. Pada masa yang sama juga, mereka telah mendegar pemuda itu berkata
mengenai keuntungan yang diperoleh hasil daripada barang yang mereka jual iaitu dadah
dan ramai anak muda di kampung itu telah membelinya. Mereka telah membuat catatan
setelah mendengarkannya.
Amin dan Zamri telah membuat keputusan untuk terus membuat laporan ke balai
polis dan menyerahkan catatan tersebut. Pihak polis akan menyiasat hal tersebut dan
mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua.
Pada suatu hari itu, Amin dan Zamri pergi ke kebun. Nasib malang menimpa mereka
kerana pemuda itu telah menangkap mereka dan mengesyaki bahawa mereka telah
melaporkan perbuatan jahat itu kepada orang kampung dan pihak polis. Mereka
kemudiannya, diikat dan sarang kerenga dilepaskan di atas kepala sehingga memenuhi
seluruh badan mereka.
Namun tidak lama kemudian, bunyi tembakan dari jauh kedengaran dan polis
meminta ketiga pemuda itu menyerahkan diri. Ketiga-tiga pemuda itu telah di gari dan di
bawa ke balai polis untuk di siasat dengan lebih lanjut. Hukuman yang setimpal akan
diberikan mengikut kesalahan yang telah dilakukan.
Amin dan Zamri berterima kasih kepada pihak polisi dan bersyukur kerana keselamatan
kampung daripada ancaman dadah dapat ditenteramkan.
44
B. Tajuk Buku : NASIB ANAK PENJUAL KUIH
Penulis : Kamarulzaman Ismail
Sinopsis Buku
Buku ini menceritakan tentang kisah Azha yang rajin membantu ibunya menjual kuih dan
nasi lemak setiap pagi sebelum ke sekolah. Azha berumur 12 tahun dan merupakan murid
tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun tersebut. Ibu bapa Azha
suda lama bercerai dan Azha bersama dua orang adiknya yang berumur 9 dan 10 tahun
tinggal bersama ibunya. Ayah Azha suda lama tidak menjenguk mereka sejak ibu bapa
mereka bercerai. Ayah Azha juga tidak pernah membelikan mereka pakaian dan tidak
pernah mengirim duit belanja makan dan minum mereka sejak meninggalkan rumah. Ayah
Azha seolah-olah lupa kepada Azha dan adik-adiknya.
Demi kelangsungan hidup, ibu Azha akan menyediakan kuih dan nasi lemak setiap
pagi untuk dijual oleh Azha di kawasan perumahan yang terletak 10 km daripada rumah
mereka. Hasil jualkan kuih dan nasi lemak tersebut merupakan sumber pendapatan tunggal
ibu Azha untuk menyara kehidupan mereka. Azha akan mengayuh basikal di yang
dihadiahkan ibunya untuk menolong ibunya menjual kuih dan nasi lemak di sekitar
kawasan perumahan.
Setiap hari semasa menjual kuih, Azha akan menjadi risau sekiranya jualannya tidak
habis dijual sebelum jam 7.30. Hal ini kerana Azha hanya mengayuh basikalnya untuk
menjual kuih seawal jam 6 pagi sehingga jam 7.30 pagi sahaja. Azha akan berhenti
menjual kuih pada jam 7.30 pagi kerana dia perlu bertolak ke sekolah.
Pada suatu hari, Azha tidak menjual kuih dan nasi lemak selama dua hari kerana
ibunya tidak mampu membuat kuih dan nasi lemak disebabkan demam. Oleh itu, Azha
yang merupakan anak sulung keluarga mereka mengambil keputusan untuk tidak hadir ke
sekolah selama dua hari untuk menjaga ibunya yang sakit di rumah. Ibunya yang sakit
masih memikirkan untuk menyediakan jualan setiap pagi kerana risau jika berhenti menjual
terlalu lama, orang akan ingat mereka telah berhenti menjual kuih. Namun Azha melarang
ibunya untuk bekerja dan meminta ibunya berehat sahaja kerana Azha risau dengan
kesihatan ibunya. Azha hanya meminta ibunya berehat sehingga kembali pulih.
45
Setelah ibu Azha kembali pulih, ibu Azha kembali menyediakan jualan untuk dijual
Azha. Namun, pada satu pagi ketika dalam perjalanan menjual kuih, Azha telah diganggu
oleh tiga orang rakan sekelasnya yang nakal dan suka membuli iaitu Rudin, Jamil dan
Misnan. Mereka memberhentikan basikal Azha dan merampas semua kuih jualan Azha.
Azha tidak membalas perbuatan mereka. Azha hanya melaporkan perbuatan tersebut
kepada ibunya. Ibunya yang marah ingan melaporkan perkara tersebut kepada penghulu
kampung, namun dilarang oleh Azha. Azha hanya memberitahu ibunya bahawa dia akan
melaporkan perkara tersebut kepada guru Disiplin. Meskipun begitu Azha tidak melaporkan
perkara tersebut kepada guru Disiplin.
Pada hari berikutnya, Azha masih di ganggu oleh Rudin, Jamil dan Misnan ketika
Azha dalam perjalanan untuk membeli barang yang dipesan ibunya di kedai runcit. Azha
telah dipukul sehingga jatuh ke dalam parit. Basikal Azha juga banyak kemek di sana sini
kerana di lempar ke dalam parit. Disebabkan peristiwa itu, Azha telah kehilangan duit yang
diberikan oleh ibunya untuk membeli barang. Hal ini telah menyebabkan Azha terpaksa
berhutang dengan pemilik kedai runcit. Azha telah berjanji untuk membayar semula barang
tersebut pada lain hari. Duit tersebut telah tercicir ketika Azha jatuh di dalam parit. Setelah
kembali ke rumah bersama barang-barang yang telah dipesan oleh ibunya, Azha
menceritakan peristiwa tersebut kepada ibunya. Ibunya berasa sangat marah.
Keesokkannya, ibu Azha telah datang ke sekolah dan berjumpa dengan guru disiplin untuk
melaporkan perkara tersebut. Ibunya telah menceritakan semua perkara yang telah terjadi
ke atas anaknya. Cikgu Azman telah berjanji akan mengambil tindakan kepada murid-murid
yang telah membuli Azha. Azha terserempak dengan ibunya di sekolah. Azha sangat
terharu dengan tindakan Ibunya yang bersusah payah datang ke sekolah demi
kebaikannya. Hal ini kerana, sebelum ini Azha tidak mengambil tindakan terhadap kawan-
kawannya yang khianat.
46