The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syamiza syahiraa, 2023-11-18 00:56:09

DUE10012 Poster step 3

DUE10012 Poster step 3

E-FOLIO MPU 23072 PELANCONGAN DAN HOSPITALTI DALAM ISLAM ALEEYA NATASHA BINTI KAMAR ARIF 09DEV22F2009 NORSYAMIZA SYAHIRA BINTI SAMMURI 09DEV22F2020 MUHAMMAD HAKIM BIN KHAIRON AMRAN 09DEV22F2017 MUHAMMAD FAKHRULLAH 09DEV21F2801


d DI SEBALIK TADBIR E - FOLIO 2 ALEEYA NATASHA BINTI KAMAR ARIF 09DEV22F2009 NORSYAMIZA SYAHIRA BINTI SAMMURI 09DEV22F2020 MUHAMMAD HAKIM BIN KHAIRON AMRAN 09DEV22F2017 MUHAMMAD FAKHRULLAH 09DEV21F2801


d BIL TAJUK MUKA SURAT 1 Di Sebalik Tadbir e-Folio 2 2 Isi Kandungan 3 3 Konsep Pengurusan Rumah Penginapan 4 4 Pandangan Ulama’ Tafsir Terhadap Konsep Pengurusan Rumah Penginapan 5 5 Definisi Penginapan Mesra Muslim 7 6 Prinsip Rumah Penginapan Reka Bentuk & Ruang 8 7 Prinsip Rumah Penginapan Organisasi Pekerja 11 8 Kesimpulan 12 ISI KANDUNGAN 3


d Konsep pengurusan rumah penginapan merupakan konsep pengurusan perhotelan yang bercirikan dan berlandaskan mesra pelanggan muslim yang mana mengamalkan konsep Islam dalam pengurusan hotel itu secara menyeluruh. Ia juga adalah salah satu aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah, peraturan, juga tanggungjawab dan tugastugas kakitangannya itu. KONSEP PENGURUSAN RUMAH PENGINAPAN 4


d PANDANGAN ULAMA’ TAFSIR TERHADAP KONSEP PENGURUSAN RUMAH PENGINAPAN Kedudukan tandas tidak menghadap kiblat Rasulullah SAW meriwayatkan yang diceritakan oleh Salman RA : “ Rasullulah SAW sesungguhnya telah melarang kami mengadap kiblat ketika membuang air besar atau kecil atau beristinjak dengan tangan kanan, atau beristinjak dengan batu kurang daripada tiga biji atau beristinjak dengan kotoran haiwan atau dengan tulang (Hadith Riwayat Muslim) Baginda bersabda lagi: “ Janganlah menghadap kiblat atau membelakanginya akan tetapi menghadaplah ke arah timur atau barat” (Riwayat Bukhari, an-Nasai, Malik) 5


d PANDANGAN ULAMA’ TAFSIR TERHADAP KONSEP PENGURUSAN RUMAH PENGINAPAN Kelengkapan mandian Hadis Rasullulah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah adalah pemalu dan suka menutupi. Dia menyukai seseorang yang tahu malu dan menutupi dirinya. Oleh itu, apabila seseorang daripada kamu mandi, bertutuplah (berlindung). ( Riwayat Abu Daud, al-Nasai, al- Hakim) 6


d DEFINISI PENGINAPAN MESRA MUSLIM Penginapan Mesra Muslim (Muslim Friendly Accommodation) merupakan penginapan yang memenuhi keperluan pelancong Muslim seperti kemudahan penginapan yang selamat dan bersih, mempunyai ruang solat dan lain lain kemudahan. Menyediakan media hiburan atau rancangan yang menyalurkan maklumat yang bermanfaat kepada pelanggan atau pengguna . Dan prinsip yg amat di titik beratkan di semua penginapan mesra muslim adalah pasangan yang belum berkahwin dan bukan mahram hendaklah duduk di bilik yang berasingan. 7


d PRINSIP RUMAH PENGINAPAN REKA BENTUK & RUANG Bilik Air / Tandas Tidak menghadap kiblat contohnya, kedudukan tandas tidak menghadap kiblat. Kelengkapan mandian juga perlu menyediakan kain basahan dan kelengkapan untuk kebersihan badan seperti sabun, syampu dan ubat gigi (bahan yang halal). Bukan itu sahaja, kemudahan beristinjak juga perlu u dititikberatkan adalah seperti menyediakan kemudahan saluran paip untuk mencuci najis 8


d RUANG IBADAT DAN SOLAT / RUANG BILIK Ruang ibadat dan solat perlu menyediakan surau atau bilik khas yang lengkap dengan tempat wudhuk. Selain itu, kedudukan surau yang strategik dan mudah diakses ( lokasi yang mudah ). Seterusnya, sediakan imam dan bilal dan pastikan laungan azan berkumandang setiap waktu solat. Bukan itu sahaja, ruang bilik seperti hiasan gambar haiwan , lukisan mencolok mata adalah dilarang dalam islam . Patung yang tidak melambangkan ciri islam adalah dilarang. 9


d RUANG DAPUR Dapur amat penting kerana melalui dapurlah seorang muslim dan keluarganya menyediakan makanan dan berkumpul bersama. Perletakkan ruang dapur juga perlu dititikberatkan agar tidak diletakkan pada bahagian yang boleh mendedahkan aurat penghuninya. Seeloknya pisahkan dapur dengan ruang utama yang lain. 10 Ruang dapur sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas. Menyediakan makanan yang halal dan sumber makanan juga perlu halal dan tiada unsur syubhah. Seterusnya, bentuk makanan juga harus menyediakan pencuci mulut seperti madu, buah delima, kurma dan sebagainya amat digalakkan.


d PRINSIP RUMAH PENGINAPAN ORGANISASI DAN PEKERJA Bukan itu sahaja, kemudahan umum yang perlu disediakan mengikut hukum syarak seperti saluran television yang bermanfaat dan pengguna kolam renang perlu diingatkan agar memakai pakaian sesuai bagi lelaki mahupun perempuan. 11 Pekerja hotel & rumah penginapan perlu menjaga etika ketika bertugas dan mengawal batas pergaulan antara berlainan jantina. Seterusnya, kita mestilah menjaga personaliti agar sentiasa kemas dan rapi seperti menutup aurat bagi wanita, prihatin dan jujur terhadap pelanggan. Kemudian, bagi pihak pengurus hendaklah memastikan pelanggan yang membawa pasangan lelaki atau perempuan itu adalah pasangan yang halal dan sah dari segi syarak.


d KESIMPULAN 12 Kesimpulannya, walaupun banyak hotel yang dibina di Malaysia namun secara umumnya hanya beberapa hotel yang bercirikan keislaman. Dalam hal ini, hotel-hotel yang dibina pada hari ini perlu menggunakan perkhidmatan konsep Hotel Patuh Syariah untuk meningkatkan pertambahan permintaan daripada dalam atau negara luar, sekaligus memberikan kepuasan dan keselesaan kepada pengguna Muslim. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa perkhimatan Hotel Patuh Syariah adalah penting kepada pengguna Muslim dan juga menjadi keperluan kepada pengguna daripada Negara Islam. Hal ini kerana apabila wujudnya hotel yang mempunyai ciri-ciri syariah, pengguna lebih yakin, memberikan manfaat, apabila menggunakan perkhidmatan yang bercirikan syariah, tambahan pula dapat menghilangkan rasa was-was dan yakin menggunakan perkhidmatan tersebut.


Click to View FlipBook Version