PENDIDIKAN
ISLAM
DISEDIAKAN OLEH :
SITI ROGAYAH BINTI ABD RASID
SIRAH
TAJUK :
SERUAN DAKWAH
RASULULLAH SAW
Pada akhir pembelajaran murid dapat :
1. Menyenaraikan strategi dakwah rasulullah saw.
2. Membezakan dakwah secara rahsia dan
terang-terangan.
Arahan : Baca dan fahamkan.
Assalamualaikum ustaz.
Waalaikumussalam
Muhammad.
Ustaz, saya ingin bertanya, bagaimana cara Rasulullah s.a.w
menjalankan tugas dakwahnya selepas baginda dilantik menjadi rasul ?
Rasulullah s.a.w menjalankan
tugas dakwahnya secara rahsia.
Baginda menyampaikan seruan
Islam kepada kaum keluarga dan
para sahabat yang terdekat.
Hal ini kerana seruan baginda bertentangan dengan
tradisi menyembah berhala yang masih kuat diamalkan
oleh masyarakat arab jahiliah pada ketika itu.
Ustaz, di manakah tempat Rasulullah
s.a.w menjalankan seruan dakwah
secara rahsia ?
Rasulullah s.a.w menyampaikan
ajaran Islam secara rahsia di rumah
al-Arqam bin Abi al-Arqam.
Dakwah cara ini dijalankan selama tiga tahun.
Lebih kurang 40 orang yang telah menerima
seruan Rasulullah s.a.w dalam tempoh itu.
Ooo..begitu..ustaz, siapakah
individu terawal yang
menerima seruan dakwah itu ?
Individu yang terawal menerima seruan dakwah ini
ialah :
1. Khadijah binti Khuwailid (isteri Rasulullah s.a.w)
2. Zaid bin Harithah (anak angkat Rasulullah s.a.w)
3. Ali bin Abi Talib (sepupu Rasulullah s.a.w)
4. Abu Bakar as-Siddiq (sahabat Rasulullah s.a.w)
Selepas itu, apa yang
berlaku ya ustaz ?
Selapas itu turunlah ayat Allah s.w.t
yang meminta Rasulullah s.a.w
menjalankan dakwah secara
terang-terangan.
Dakwah secara terang-terangan
ialah dakwah secara terbuka ya
ustaz ?
Betul tu Muhammad. Rasulullah s.a.w
telah mengumpulkan Bani Hasyim untuk
melaksanakan tanggungjawab ini.
Perhimpunan di Bukit Safa juga diadakan
untuk mengajak masyarakat arab jahiliah
menerima ajaran Islam
Abu Lahab iaitu bapa saudara Rasulullah
s.a.w telah menentang dan mengejek
Rasulullah s.a.w. Betul tak ustaz ?
Betul tu Muhammad. Malah Abu lahab
menghasut masyarakat arab agar tidak
menerima seruan Rasulullah s.a.w. Namun
Rasulullah s.a.w tetap meneruskan
perjuangan untuk menegakkan syiar Islam.
Begitulah kisahnya.
Ooo…sekarang saya sudah
faham. Terima kasih ustaz.
Alhamdulillah..sama-sama
Muhammad.
Kesimpulannya :
❑ Terdapat dua strategi dakwah rasulullah saw iaitu secara rahsia dan secara terang-terangan.
❑ Dakwah secara rahsia dijalankan secara tertutup dan tersembunyi kepada keluarga dan
sahabat terdekat di rumah al-Arqam bin Ali al-Arqam.
❑ Dakwah secara terang-terangan dijalankan secara terbuka kepada seluruh masyarakat Arab
yang dikumpulkan di Bukit Safa.
❑ Kebijaksanaan Rasulullah saw menyampaikan seruan dakwah telah melahirkan masyarakat
Arab yang mentauhidkan Allah swt dan mengamalkan ajaran Islam.
Jom perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad saw