The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AWANG AFFANDI AFFAN AWANG AMAT,
MUHAMAD KHUSAIRY KASSIM,
NAZATUL NAZURA HAIRUDDIN,
NORAZIELA NORDIN,
NURUL AQILAH UMAIRA BOHARI.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhamad Khusairy, 2021-12-29 06:20:56

PERBANDINGAN ASPEK DALAM KARYA SASTERA ANTARABANGSA TEKS SULALATUS SALATIN DAN NOVEL NARATIF OGONSHOTO

AWANG AFFANDI AFFAN AWANG AMAT,
MUHAMAD KHUSAIRY KASSIM,
NAZATUL NAZURA HAIRUDDIN,
NORAZIELA NORDIN,
NURUL AQILAH UMAIRA BOHARI.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

35900 TANJONG MALIM, PERAK.

BSS3153
SASTERA ANTARABANGSA

TUGASAN KUMPULAN

PERBANDINGAN ASPEK DALAM KARYA SASTERA
ANTARABANGSA SULALATUS SALATIN DAN
NARATIF OGONSHOTO

NAMA PELAJAR NO. MATRIK
D20181082309
NURUL AQILAH UMAIRA BINTI BOHARI D20181082316
D20181082351
NORAZIELA BINTI NORDIN D20181082356
D20181082334
NAZATUL NAZURA BINTI HAIRUDDIN

MUHAMAD KHUSAIRY BIN KASSIM

AWANG AFFANDI AFFAN BIN AWANG AMAT

KUMPULAN KULIAH A

KOD PROGRAM AT01

SEMESTER 7

NAMA PENSYARAH DR. ROHAYATI BINTI JUNAIDI

SENARAI KANDUNGAN Halaman

Perkara 1

1.0 Pengenalan 3
6
2.0 Perbandingan Aspek Karya Sastera Antarabangsa 8
I) Elemen Sastera
II) Pengaruh Asing 12
III) Pemikiran Karya 13

3.0 Penutup
Rujukan

1.0 PENGENALAN
Sohaimi Abdul Aziz (2013) menyatakan bahawa “kesusasteraan merupakan satu bentuk seni
yang menggunakan bahasa secara tersusun dan indah karangannya untuk tujuan yang baik dan
berfaedah.” Kesusasteraan juga bermaksud hasil karya bertulis yang menggunakan bahasa yang
indah untuk memberi manfaat kepada masyarakat. Sastera mengandungi semua hal yang
berkaitan sejarah, ilmu, konsep dan falsafah alam serta masyarakat. Hal ini kerana pencapaian
tertinggi tamadun sesebuah tamadun tersimpan dalam karya sastera. Sastera juga menyimpan
keindahan bahasa, nilai-nilai hidup, kekayaan ilmu pengetahuan dan lain-lain.

Manakala istilah ‘antarabangsa’ pula bermaksud melibatkan dua atau lebih negara.
Istilah ‘mengantarabangsakan’ bermaksud menjadikan sastera (karya sastera) bersifat
antarabangsa. ‘Pengantarabangsaan’ ialah satu proses untuk meningkatkan penglibatan sesuatu
perusahaan atau organisasi tertentu dalam pasaran antarabangsa (Kenton, W., 2018) Antara
kesusasteraan dunia seperti Indonesia, Arab, Rusia, Mesir, India, China, Yunani,
Mesopotamia dan Alam Melayu.

Seterusnya, kesusasteraan dunia bermaksud penulisan yang meluas di luar sempadan
negara asal. Malah, buku-buku yang sangat dipengaruhi oleh negara asal boleh meningkat
menjadi kesusasteraan dunia jika mengandungi wawasan tentang sifat manusia yang
melampaui sempadan. Sastera dunia kadang-kadang digunakan untuk merujuk kepada jumlah
keseluruhan literatur kebangsaan di dunia, tetapi biasanya ia merujuk kepada yang lebih luas di
luar negara asal. Pada masa lalu digunakan untuk mengklasifikasikan karya-karya seni Barat.
Namun, kesusasteraan dunia hari ini semakin dilihat dalam konteks global.

Contoh karya sastera yang melampaui sempadan atau dikenali juga sebagai sastera dunia
ialah teks Sulalatus Salatin dan novel Naratif Ogonshoto. Teks Sulalatus Salatin, dikenali
sebagai Sejarah Melayu, merupakan sebuah karya yang berkaitan dengan kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka. Ia juga merupakan karya yang mengabadikan sejarah Raja
Kepulauan Melayu. Ia telah ditransformasikan oleh Tun Sri Lanang lebih 600 tahun dahulu
dan teks Sulalatus Salatin hari ini adalah salinan daripada Orang Kaya Suguh semasa
pencerobohan Johor pada tahun 1536. Dan teks ini dipercayai terdapat 29 versi sejarah
Melayu.

1

"Sulalatus Salatin" merupakan karya agung dalam bidang kesusasteraan. Ia menggunakan
unsur sejarah untuk menggambarkan Empayar Sultan Melaka pada abad ke-15 (1400 hingga
1511). Ia menggambarkan raja Melayu, adat istiadat, kepahlawanan dan kesetiaan rakyat.
keadaan hidup, diplomasi bersekutu dan hubungan antarabangsa. Ini telah diterjemahkan ke
dalam bentuk mitologi dan sejarah. Teks Sulalatus Salatin dikatakan ditulis semasa zaman
Kesultanan Melayu di Melaka dan telah disemak oleh Tun Seri Lanang di Johor pada awal abad
ke-17 (1612). Terdapat pelbagai edisi Sulalatus Salatin.Edisi ini dicipta dan diselenggara oleh
penyelidik seperti Raffles, Shellabear, Munshi Abdullah, A. Samad Ahmad, dan Muhammad
Yusof Hashim. .Samad Ahmad menerbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (1979) dan digunakan
oleh ramai orang.

Seterusnya, karya Naratif Ogonshoto ialah 12 cerpen yang ditulis oleh pemenang
Anugerah Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan mengisahkan sebuah negara pulau
yang menjadi mangsa salah laku ekonomi dan politik. Edisi pertama Naratif Ogonshoto telah
diterbitkan oleh Matahari Books pada tahun 2001 dan edisi kedua telah digilirkan pada tahun
2006. Menurut Dr. Anwar, karya ini diilhamkan dari krisis kewangan dan politik Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang menyerang Malaysia pada tahun 1998, hingga menghasilkan sejenis
"naratif politik" yang bukan sahaja melibatkan pembangunan politik negara, malah di mana-
mana sahaja negara mana yang mengalami kegawatan politik dan ekonomi. Beliau menulis
sebahagian besar buku itu semasa berkhidmat sebagai profesor pelawat di Universiti Pengajian
Asing Tokyo, dan selebihnya di Kuala Lumpur.

Oleh itu, dapat dilihat bahawa setiap penulisan karya yang dihasilkan mempunyai
kekuatan yang tersendiri kerana setiap karya pengarang mencerminkan keperibadiannya yang
unik. Sebagai contoh, perbandingan antara karya Tun Sri Lanang "Sulalatus Salatin" dengan
karya Anwar Ridhwan "Naratif Ogonshoto". Kedua-dua karya itu merupakan karya yang sangat
bagus, dan mempunyai mesej yang tersendiri sehingga karya ini mempunyai pengaruh yang
kuat bukan sahaja di Malaysia, malah di negara luar juga. Oleh yang demikian, pengkaji akan
meneliti sendiri perbandingan aspek-aspek dalam karya sastera antarabangsa ini iaitu elemen
sastera yang diterapkan di kedua-dua karya, pengaruh asing itu sendiri, dan pemikiran
pengarang dalam kedua-dua buah karya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi.

2

2.0 PERBANDINGAN ASPEK DALAM KARYA SULALATUS SALATIN DAN
NARATIF OGONSHOTO

2.1 ELEMEN SASTERA

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, elemen didefinisikan sebagai sesuatu
bahagian yang menjadi bahagian dalam sesebuah keseluruhan unsur. Merujuk kepada
maksud tersebut elemen sastera dapat didefinisikan sebagai bahagian-bahagian yang
terdapat di sesebuah karya sastera. Elemen-elemen tersebut merangkumi tema, watak
perwatakan, latar masa serta tempat dan elemen lain. Oleh itu, pada bahagian ini analisis
perbincangan perbandingan di kedua-dua novel akan lebih tertumpu ke atas elemen-elemen
sastera seperti tema, watak perwatakan dan juga latar masa dan tempat.

Berdasarkan analisis ke atas novel Sulalatus Salatin, tema bagi Sejarah Melayu atau
Sulalatus Salatin adalah bertemakan politik. Hal ini kerana, sepanjang kisah-kisah yang
dibawakan di dalam novel ini ialah mengisahkan asal-usul raja dan kerajaan Melayu yang
berasal dari keturunan di Raja. Selain itu, penceritaan yang nyata ini juga menceritakan
berkenaan sistem pemerintahan yang berbeza-beza mengikut susur galur di raja. Manakala
bagi novel Naratif Ogoshonto Karya bertemakan sebuah negara kepulauan yang menjadi
mangsa salah laku ekonomi dan politik. Dalam novel ini kerap menceritakan berkenaan
perihal ekonomi iaitu perkembangan ekonomi di kepulauan tersebut dan dicampurkan
dengan sedikit masalah politik. Perbandingan antara kedua-dua bahan analisis ini dapat
dilihat dari segi tema novel yang menekankan aspek-aspek yang berbeza iaitu dengan
seratus peratus berkenaan pemerintahan politik berbanding novel Naratif Ogoshonto yang
lebih menekankan tema pembangunan ekonomi. Justeru itu, dapat dilihat bahawa,
pembinaan tema pada kedua-dua buku ini adalah sangat berbeza. Ini kerana, disebabkan
Sulaltus Salatin merupakan kisah benar iaitu sejarah yang telah berlaku dan ianya tidak
boleh direka temanya, manakala novel Naratif Ogoshonto merupakan satu karya yang
ditulis dengan gagasan yang direka oleh penulisnya.

Selain itu, elemen sastera juga dapat dilihat dari aspek watak dan perwatakan
yang terdapat di dalam kedua-dua novel ini. Menurut Lutfi Abas dan Awang Sariyan
(1988), watak ialah tokoh dalam cerita. Kamaruddin Hj. Husin (1988) pula, watak itu ialah
orang iaitu manusia atau bukan manusia (dengan sifat-sifat manusia) yang mengambil
bahagian dalam sesebuah cereka. Selalunya, watak-watak ini diciptakan untuk mendukung

3

peranan atau diberi fungsi untuk mendukung idea pokok, dan mengembangkan idea
berkenaan hingga berjaya mencapai matlamatnya. Menurut S.Othman Kelantan (1985),
menghuraikan watak itu sebagai satu gambaran tentang pelaku yang memegang peranan
dalam novel (cereka), sama ada watak itu manusia atau binatang. Berdasarkan buku Sejarah
Melayu iaitu Sulalatus Salatin, watak yang dapat dilihat dalam kisah sejarah Melayu ini
adalah sangat ramai dan sukar dihitung oleh pembaca. Kebanyakan watak dan perwatakan
di dalam manuskrip sejarah ini adalah berlatar belakangkan keturunan di kesultanan
seperti, Raja Iskandar Syah,Sultan Alauddin Riayat Syah, Sultan Mahmud syah dan juga
sultan ataupun watak berlatar belakang Kesultanan Melayu. Manakala bagi novel moden
iaitu Naratif Ogoshonto, watak dan perwatakan yang terdapat di dalam novel ini boleh
dihitung mengikut jenis-jenis watak seperti watak utama, watak sampingan,watak
antagonis, protagonis dan juga watak dinamik. Misalnya watak utama ialah Tuan
Kawai,Kolonel dan juga Presiden. Watak-watak yang lain merupakan watak sampingan
yang akan mendukung plot penceritaan novel tersebut. Oleh itu, dapat dilihat bahawa watak
perwatakan di dalam Sulalatus Salatin mempunyai pelbagai watak dan perwatakan
mengikut bahagian buku tersebut berbanding novel Naratif Ogoshonto yang mempunyai
watak dapat dihitung dan diklasifikasikan mengikut jenis watak.

Elemen sastera yang seterusnya ialah latar masa dan tempat. Latar ialah
keterangan mengenai waktu, ruang dan suasana terjadinya sesuatu peristiwa. Latar masa
ialah tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam cerita dan latar tempat
ialah berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita tersebut. Latar masa di dalam Sulalatus
Salatin ini kerap mempamerkan waktu waktu pagi,petang,malam dan bertahun tahun.
Contohnya,

“Dari pagi-pagi hari lagi Seri Rakna Wikrama sudah keluar
dihadap orang, dan Tun Perpatih Pandak pula masuk
menghadap bagi waktu pagi”

(Sulalatus Salatin:53)

“Selang dua tahun, datanglah peredaran dunia, maka baginda
SeriTeri Buana pun mangkat, ditanamkan orang di Bukit
Singapura itu, tiada beberapa jauh dengan Wan Seri Beni”

(Sulalatus Salatin: 44)

4

Manakala latar masa yang terdapat di dalam novel Naratif Ogoshonto pula tidak
mempunyai latar masa bertahun-tahun. Akan tetapi, terdapat latar masa berbulan-
bulan,hari sabtu dan ahad. Dapat dilihat perbezaan latar kisah benar dan juga karya sastera
yang dikarang oleh seorang penulis pada saat kini. Contohnya ialah:

”Empat bulan sebelum menjalankan misi di Kiribati namanya
ditukar, tempat lahirnya juga dihapuskan dari rekod
pendaftaran.”

(Naratif Ogonshoto: 70)

Dalam konteks latar masyarakat pula, bagi Sulalatus Salatin latar tempat adalah
pelbagai seperti Negeri Melaka, Negeri Kinda Hindi, Singapura,Samudra Pasai dan lain-
lain lagi. Ianya dapat dilihat pada petikan teks seperti berikut yang memaparkan yang
memaparkan pelbagai tempat dan negara.:

“Raja Iskandar merupakan anak raja Darab yang berbangsa
Rom. Baginda berasal dari negeri Mukadunia (Mecedonia).
Baginda telah mula mengembara untuk melihat matahari terbit
(ke benua Timur). Seterusnya baginda sampai ke negeri Hindi
yang diperintah oleh Raja Kida Hindi dan menawan negeri
tersebut. Raja Kida Hindi yang ditawan diminta oleh Raja
Iskandar memeluk agama Islam.”

Manakala bagi novel Naratif Ogoshonto pula seperti pantai,Lautan Pasifik,dan daerah-
daerah yang berdekatan di dalam sesebuah kawasan tersebut.

“Kawai Maru pernah sampai ke Jurang Marianas, Galapagos,
Nauru termasuklah kepulauan Ogonshoto. Ogonshoto
merupakan sebuah republik 6 buah pulau iaitu Gora-Gora,
Futu-Ata, Rai-Rapa, Kai Rai-Rapa, Kai Futu-Ata dan Kai
Gora-Gora terletak 1500 batu di barat laut Pulau Easter milik
Chile. Menurut cerita Kawai Maru, kepulauan ini ditemui oleh
pelayar-pelayar Jepun pada zaman Edo dan memberikan nama
Ogonshoto dan masih terdapat pengaruh Jepun di republik ini
termasuk kacukan Jepun yang mendiami Futu-Ata.”.

Oleh itu, dapat dilihat bahawa, latar tempat yang terdapat di dalam Sulalatus Salatin adalah
meluas merangkumi hampir kesemua tempat dan Negara-negara serta kerajaan di dalam
dunia ini. Manakala bagi novel Naratif Ogoshonto pula lebih tertumpu di sebuah kawasan
perairan dan juga kawasan daerah yang berdekatan antara kawasan yang lain.

5

I) PENGARUH ASING

Sedia umum mengetahui bahawa setiap karya yang dihasilkan oleh penulis memiliki aspek-
aspek tertentu yang mampu menarik minat pembaca dan juga dapat menciptakan satu
kelainan dalam sesebuah karya yang dihasilkan. Bagi kajian ini pengkaji telah
memfokuskan dua buah karya iaitu Sulalatus Salatin dan juga novel naratif Ogonshoto.

Pada bahagian ini pengkaji memfokuskan kepada aspek pengaruh asing. Setiap
karya yang dihasilkan oleh penulis menuntutkan agar setiap penulis untuk tampak lebih
kreatif supaya pembaca tidak bosan. Oleh yang demikian penerapan pengaruh asing dalam
sesebuah karya mampu membuatkan karya tersebut lebih menarik kerana pelbagai aspek
pengaruh asing yang boleh digarap khususnya untuk pembaca.

Begitu juga dengan karya yang dipilih oleh pengkaji ini, kedua-dua karya ini
mempunyai pengaruh asing yang telah digarap oleh penulis bagi setiap karya. Pengaruh
asing di dalam sesebuah karya berfungsi untuk mempelbagaikan lagi imaginasi pembaca
agar pembaca lebih kreatif dalam menilai sesebuah karya. Oleh yang demikian bagi karya
Sulalatus Salatin pengaruh asing yang diterapkan oleh penulisnya dapat kita lihat di
dalam bab 6 di bawah tajuk “ kedal kerana Tulah”. Dalam bab ini, terdapat unsur
pengaruh asing daripada cina. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan teks berikut.

“Maka raja China pun menyuruh memanggil tabib minta ubati.
Makin diubati oleh Tabib, semakin sangat kegatalan. Maka
beberapa ratus tabib, disuruh raja China mengubati baginda,
tiada juga sembuh”.

(Sulalatus Salatin : 136)

Berdasarkan petikan di atas, dapat kita lihat bahawa karya Sulalatus Salatin sedikit
sebanyak membawa pengaruh daripada China. Buktinya boleh dilihat apabila masyarakat
pada zaman tersebut menggunakan khidmat tabib. Menurut Wan Afiqah dan Nurul Diana
(2020), perubatan tradisional merupakan sejenis perubatan pra-saintifik bagi sesuatu
kaum. Contohnya, bagi kaum cina mereka mempercayai bahawa tabib mampu memberi
kesembuhan kepada mereka. Oleh yang demikian di dalam Sulalatus Salatin banyak unsur
penerapan pengaruh asing daripada China khususnya dalam bidang perubatan kerana pada
ketika itu belum ada lagi pengaruh luar dalam bidang perubatan khususnya daripada barat.
Pengaruh asing lain yang boleh diperolehi daripada karya Sulalatus Salatin ialah pengaruh

6

agama hindu. Menurut Pateh dan Zahir (2017), antara salah satu kepercayaan agama Hindu
ialah mahkota melambangkan perhiasan kebesaran di atas kepala Dewa Indra. Oleh itu
mahkota merupakan salah satu simbol yang penting dalam kedaulatan raja-raja. Misalnya
kita dalam lihat melalui petikan teks yang berikut,

“Maka titah Raja Suran, “Jika demikian hendaklah tuan
hamba perbuatkan hamba, mahkota tiga biji akan pakaian
anak hamba, supaya ada tanda Raja Iskandar Zul-karnain
kepadanya”

(Sulalatus Salatin : 15)

Berdasarkan contoh petikan di atas dapat kita lihat bahawa mahkota merupakan simbol
kedaulatan pada ketika itu. Oleh sebab itu, pengkaji menyatakan bahawa terdapat pengaruh
asing daripada hindu kerana pada ketika itu pemakaian mahkota terhadap raja-raja sudah
mula diperluaskan terutamanya sebagai simbol darjat kesultanan kepada keturunan. Contoh
seperti yang dilakukan oleh Raja Suran, beliau mahu menandai simbol darjat kesultanan
kepada anaknya dan beliau telah menitahkan agar Raja Jin mengambil mahkota dalam harta
simpanan Nabi Sulaiman. Selain itu juga menurut kepercayaan agama hindu mahkota
bukan hanya perlu bertatahkan permata-permata yang indah, tetapi ianya juga perlulah muat
di kepala raja yang dipilih. Oleh yang demikian terbuktilah bahawa pengaruh hindu pada
ketika itu wujud dengan kehadiran buktilbukti yang telah ditonjolkan oleh penulis karya
tersebut. Seterusnya, Bagi novel Naratif Ogonshoto pula membawa pengaruh asing yang
dominan iaitu pengaruh daripada Jepun. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan teks
berikut.

“ Menurut cerita Tuan Kawai, kepulauan itu ditemui oleh pelayar
-pelayar Jepun pada permulaan zaman Edo. Merelah yang
menamakan ‘ogonshoto’ walaupun penduduk-penduduk asli telah
memberikan nama kepada setiap pulau”.

(Naratif Ogonshoto: 3)

Berdasarkan petikan di atas dapat kita lihat bahawa terdapat bukti kedatangan Jepun di
Ogonshoto. Ogonshonto merupakan sebuah republik yang terdiri daripada enam buah
pulau. Ianya terletak jauh di pusat pasifik dan terletak lebih kurang 1500 batu di barat laut
Pulau Easter milik Chile. Kerajaan Ogonshoto ini dikatakan mempunyai hubungan dengan
Jepun. Oleh itu di Ogonshoto terdapat pelbagai generasi kacukan Jepun. Mereka telah
menamakan “Ogonshoto” walaupun penduduk-penduduk asli di situ telah memberikan
nama kepada setiap pulau, iaitu gora-gora, Rai - Rapa dan Futu - Ata.

7

Berdasarkan contoh petikan teks yang telah dilampirkan oleh pengkaji, dapat kita
simpulkan bahawa pengaruh asing dalam sesebuah karya mampu menaikkan lagi sesebuah
karya. Selain itu, pengaruh asing dalam karya juga mengangkat sesebuah kaum yang
diketengahkan oleh setiap penulis dalam karya tersebut. Sebagai contohnya dalam
sulalatus, penulis cuba untuk mengetengahkan pelbagai pengaruh seperti hindu- budda,
pengaruh daripada China dan juga Parsi, manakala bagi novel Naratif Ogonshoto ini pula
lebih memfokuskan kepada kedatangan pengaruh Jepun secara lebih terperinci. Melalui
kedua-dua karya ini kita dapat melihat secara meluas kesan-kesan yang ditinggalkan hasil
pengaruh sesebuah negara atau kaum ke sesuatu tempat.

II) PEMIKIRAN KARYA
1. POLITIK

Berdasarkan karya Sulalatus Salatin, Tun Seri Lanang keturunannya berasal dari Kerajaan
Melaka (Raja Melaka). Tun Seri Lanang telah mewarisi pemikiran politik daripada
Parameswara iaitu sebagai Raja Melaka. Dalam bab 15 ini telah diceritakan bahawa Tun
Seri Lanang telah diangkat menjadi Bendahara. Hal ini demikian kerana, Bendahara
Paduka Raja gering dan meninggal dunia. Maka disebabkan oleh peristiwa tersebut Tun
Seri Lanang Telah dipilih menjadi pengganti dan disambut bahagian oleh Sultan Ala Jalla
Abdul Jalil Syah. Perkara ini dapat dilihat berdasarkan contoh petikan teks daripada karya
Sulalatus Salatin iaitu:

“Hatta maka Bendahara Paduka Raja pun kembalilah ke
rahmat Allah Taala, dari negeri fana ke negeri baqa, maka
ditanamkan oranglah dengan istiadat Bendahara mati; lima
hari Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Syah tiada baginda nobat,
bercintakan akan Bendahara. Setelah sampai lima hari , maka
Tun Seri Lananglah dijadikan Bendahara, diarak sebagaimana
adat menjadikan Bendahara kepada zaman dahulu kala,
demikianlah dianugerahkan baginda, maka digelar Bendahara
Paduka Raja persembah nobat, maka Sultan Ala Jalla Abdul
Jalil Syah, terlalu baginda sangat kasih akan Bendahara
Paduka Raja itu.”
(Sulalatus Salatin : 309)

8

Manakala pemikiran politik yang terdapat di dalam novel naratif Ogonshoto ialah terdiri
daripada seorang watak iaitu Presiden. Antara perwatakan beliau adalah seorang yang
menyertai parti politik paling popular di Ogonshoto. Sebagai contohnya, beliau telah
menyertai parti politik yang paling popular di Ogonshoto yang didukung pihak polis, tentera
dan juga karyawan umum. Bagi melihat dengan lebih jelas pernyataan ini dapat dibuktikan
dengan petikan teks daripada novel tersebut iaitu seperti berikut;

“Dia mengambil keputusan tidak mahu pulang ke Eropah dan
menyertai parti politik popular di Ogonshoto yang didukung
oleh pihak polis, tentera dan karya umum. Bintangnya naik
cepat, iaitu selepas tiga tahun dia dilantik sebagai Timbalan
Presiden dan seterusnya enam bulan kemudian menjadi
Presiden baharu setelah kematian Presiden sewaktu tidur.”

(Naratif Ogonshoto: 19 )

2. SOSIAL
Berdasarkan karya Sulalatus Salatin iaitu di dalam bab 8 telah menceritakan mengenai
kisah di mana pada pemerintahan Sultan Alau’d-Din Riayat Syah giat berlakunya masalah
jenayah yang melibatkan kecurian barangan kerap berlaku pada waktu malam. Maka
disebabkan hal itu berlaku dengan sendirinya Sultan Alau’d-Din Riayat Syah dan dibantu
oleh beberapa orang pengikutnya untuk membasmi pencuri tersebut. Daripada usaha
berjaga pada waktu malam itu untuk menyelamatkan keselamatan penduduk akhirnya tiada
lagi pencuri dalam negeri Melaka. Bagi melihat dengan lebih jelas berikut merupakan
petikan teks yang boleh dikaitkan dengan peristiwa yang telah dinyatakan;

“Semenjak itu, maka kawal Seri Maharaja pun terlalu keras.
Jika bertemu dengan orang berjalan dibunuhnya, tiada
ditangkapnya lagi. Pada suatu malam Seri Maharaja berkawal,
bertemu dengan seorang pencuri, maka diparang oleh Seri
Maharaja dengan pedang bertupai, putus bahunya, maka
tersampai pada alang kedai itu. Telah hari siang maka
perempuan yang punya kedai itu pun hendak membuka kedai,
maka dilihatnya lengan orang tersampai pada alang kedainya
itu; maka ia pun terkejut, lalu menjerit. Maka dari hari itulah
tiada pencuri lagi dalam negeri Melaka”.

(Sulalatus Salatin : 175)

9

Berdasarkan novel naratif Ogonshoto, terdapat isu sosial yang diperlihatkan di mana
gambaran masyarakatnya adalah terdiri daripada masyarakat yang mengalami masalah
berkaitan gejala sosial. Sebagai contohnya, Malagana yang dikenali sebagai pusat hiburan,
iaitu menjadi punca lambakan anak luar nikah. Hal ini demikian kerana, masalah sosial
yang dimaksudkan ialah masalah keruntuhan moral dan akhlak, institusi kekeluargaan,
pembangunan dan juga keagamaan. Dalam keruntuhan moral yang diperkatakan ialah
mengenai keruntuhan moral yang berlaku dalam golongan masyarakat di kota di mana
tidak mengira belia ataupun golongan tua yang mudah terjebak dalam kencah keruntuhan
moral disebabkan pelbagai faktor. Antaranya boleh dilihat berdasarkan petikan teks
dibawah;

“Riwayat sebenarnya ialah dia merupakan anak luar nikah
Malagana. Pada usia tujuh tahun semasa merayap-rayap di
pantai Tanjung Takatea dia berenang ke sebuah kapal besar
menyeludup masuk ke sebuah kapal Eropah. Dia bersembunyi
antara peti-peti kayu. Dia tidak mempedulikan perasaan ibu dan
kawan-kawannya yang kehilangannya. Dia juga menjadi
pencuri yang licik, menyorok tanpa jejak dan tidur tanpa
dengkur untuk mengelak dirinya dikesan.”

(Naratif Ogonshoto:10 )

3. EKONOMI
Dari segi ekonomi pula ialah dapat dilihat berdasarkan kisah yang terdapat di dalam karya
Sulalatus Salatin iaitu mengenai peristiwa Kisah Bermula Di Bukit Si Guntang di mana
melalui watak Wan Empuk dan Wan Malini yang menghasilkan pertanian secara
konvensional iaitu menanam tanaman padi sehinggakan melihat kepada perubahan yang
berlaku daripada tanaman tersebut yang membuatkan tanahnya berubah menjadi warna
keemasan manakala pohon padi berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan
suasa. Daripada kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh Wan Empuk dan Wan Malini ini
dapat meningkatkan ekonomi pada zaman tersebut walaupun pertanian yang dibuat itu
adalah berskala kecil. Pernyataan ini dapat dibuktikan berdasarkan petikan teks tersebut;

“Maka dilihatnya padinya berbuahkan emas, berdaunkan perak
dan berbatangkan suasa. Maka kata Wan Empuk “yang
bercahaya semalam rupanya padi kita ini berbuahkan emas,
berdaunkan perak dan batangnya suasa ini”. Maka sahut Wan
Malini, “beta pandang semalam di atas Bukit Si Guntang itu,
bukannya padi huma kita ini”. Maka keduanya naik lah ke

10

Bukit Si Guntang itu dan dilihatnya tanah negara bukit itu
menjadi seperti warna keemasan; maka datang sekarang tanah
itu diceritakan orang seperti emas juga.”

(Sulalatus Salatin: 20)

Seterusnya, dalam novel Naratif Ogonshoto ini turut memperlihatkan pemikiran yang
berkaitan dengan ekonomi di mana menceritakan tentang masyarakat yang mahir dalam
bidang teknologi. Sebagai contoh, Tuan Kawai memiliki sebuah kapal dan mempunyai ilmu
yang tinggi dalam penggunaan teknologi berkaitan perikanan. Kawai Maru menggunakan
teknologi satelit dalam kegiatan perikanannya. Oleh sebab itu, tiada seorang pun daripada
anak-anak kapal yang lain boleh mengatasinya tentang dunia laut dan isinya. Pernyataan
ini dapat dibuktikan dengan contoh petikan teks seperti berikut;

“Kawai Maru sebuah kapal nelayan besar dimiliki oleh Tuan
Kawai. Tuan Kawai seorang yang kaya raya sejak berumur awal
tiga puluhan. Beliau cinta akan laut lebih daripada daratan.
Nama kapal Kawai Maru diambil sempena namanya. Seorang
yang berpengetahuan luas dalam bidang perikanan. Kawai
Maru menempatkan dua ratus pekerja. Dua tingkat Kawai
Maru dijadikan tempat tidur. Satu tingkat ruang dapur dan
dewan makan. Dua tingkat tempat menyimpan ikan lengkap
dengan bilik sejuk beku. Teknologi moden yang digunakan
seperti komputer dan satelit dalam kapal Kawai Maru. Di
Lautan Pasifik, Kawai Maru tiada saaingannya. Peraiaran
Ogonshoto merupakan tempat tangkapan ikan merah dan tuna
yang berdaging enak, iaitu lubuk ikan luar biasa.”

(Naratif Ogonshoto, 2)

Kesimpulannya, kedua-dua karya yang dipilih ini memiliki perbandingan dari segi
politik, sosial dan ekonomi. Hal ini jelas diperlihatkan berdasarkan contoh petikan daripada
teks yang dikaji di mana karya Sulalatus Salatin mengetengahkan pemikiran politik yang
menceritakan mengenai seorang tokoh yang hebat untuk diangkat sebagai Bendahara pada
zaman pemerintahan tersebut kerana beliau memiliki ciri pemerintah yang sangat kuat iaitu
berketurunan daripada Raja Melaka manakala dalam novel Naratif Ogonshoto pula
mengetengahkan pemikiran politik yang mengetengahkan watak Presiden sangat memiliki
semangat yang tinggi untuk menyertai parti politik yang ditubuhkan di Ogonshoto. Oleh
sebab itu, daripada semangat beliau inilah diangkat menjadi Timbalan Presiden.

11

Selain itu, pemikiran sosial turut diketengahkan oleh pengarang bagi kedua-dua
karya yang dipilih iaitu di dalam Sulaltus Salatin jelas memperlihatkan masalah sosial yang
berkaitan dengan pemerintahan Sultan Alau-d’Din Riayat Syah banyak berlaku kes
kecurian harta benda penduduk di kawasan tersebut. Berdasarkan novel Naratif Ogonshoto
pula terdapat isu sosial yang diperlihatkan di mana gambaran masyarakatnya adalah terdiri
daripada masyarakat yang mengalami masalah berkaitan gejala sosial. Isu sosial yang
disentuh adalah mengenai keruntuhan moral yang berlaku dalam golongan masyarakat di
kota di mana tidak mengira belia ataupun golongan tua yang mudah terjebak dalam kencah
keruntuhan moral disebabkan pelbagai faktor.

Akhir sekali, pemikiran dari segi ekonomi. Dalam karya Sulalatus Salatin jelas
mengetengahkan aspek ekonomi yang lebih konvensional berbanding dengan novel Naratif
Ogonshoto yang mengetengahkan tentang penggunaan teknologi moden dalam bidang
perikanan mahupun pembangunan. Hal ini demikian kerana, jelas bahawa kedua-dua karya
tersebut memiliki perbandingan yang berbeza dari segi pembangunan ekonominya. Hal ini
berlaku adalah disebabkan daripada kemunculan teknologi yang canggih mendorong
penggunaannya sehingga mencapai zaman moden sehingga kini.

3.0 PENUTUP
Kesimpulannya, perkembangan sastera dalam dua zaman iaitu Melayu klasik dan Melayu
moden mempunyai beberapa tahap sebelum sampai kepada tahap lahirnya karya yang bertaraf
antarabangsa mengikut acuan zaman masing-masing. Perbezaan kesusasteraan antara dua
zaman ini memberi kesempatan kepada pengkaji sastera untuk melakukan penyelidikan dalam
perkembangan ilmu kesusasteraan. Nusantara pada awalnya sangat dipengaruhi sastera Hindu-
Buddha kerana kepercayaan ini yang banyak mempengaruhi alam ini sebelum datangnya Islam
ke bumi Melayu. Namun kedatangan Islam sekaligus telah mengubah kepercayaan dan bentuk
kesusasteraan kepada sesuatu yang lebih bermakna. Sebaliknya dengan sastera pada zaman ini
yang banyak mendapat pengaruh daripada sastera asing kerana kuasa asing banyak menjajah
bumi Melayu dan meninggalkan kesan yang mendalam sehingga kesusasteraan Melayu
mendapat pengaruh yang besar daripada sastera asing ini. Walaupun sastera Melayu zaman kini
mendapat pengaruh daripada sastera asing, pengarang kesusasteraan Melayu perlu
menyesuaikan dengan garis-garis panduan yang telah ditetapkan.

12

RUJUKAN
Abd Latiff Abu Bakar (2012). Sulalatus Salatin Sejarah Melayu Empayar Kesultanan Melayu

Melaka. Balai Seni Visual Negara. Kuala Lumpur
Abu Naim Kasan & Zulkiflie Salim.Mimbar Kata Watak dan Perwatakan dalam cereka.

Diperolehi : https://prezi.com/p/gmqosfadswsg/latar-dalam-naratif-ogonshoto/
Anwar Ridhwan (2014), Naratif Ogonshoto, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Anwar Ridhwan (2012). Penyeberang sempadan. Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributor Sdn Bhd
A.Samad Ahmad (1979), Sulalatus Salatin, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
A. Samad Ahmad (2003). Edisi Pelajar : Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Dewan Bahasa dan

Pustaka . Kuala Lumpur
Puteh Noraihan & Zahir (2017), Hubungan Simbolisme dan Spiritualisme Dewa-Raja dalam

Kesusasteraan Melayu klasik, Jurnal Kemanusiaan, 24(2), 123-139
Syazahani Husna.Prezi.Latar dalam Naratif Ogoshonto. Diperolehi daripada:

https://prezi.com/p/gmqosfadswsg/latar-dalam-naratif-ogonshoto/
Wan Afiqah & Nurul Diana (2020), Sejarah Cina (Perubatan),

https://www.scribd.com/presentation/379018600/Slide-Sejarah-Cina-Perubatan

13

14


Click to View FlipBook Version