The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by EZLINA BINTI MOHAMAD ESA (PIS), 2023-11-26 04:41:16

BUKU PROGRAM JPI & COC

BUKU PROGRAM JPI & COC

Mesyuarat JAWATANKUASA PENASIHAT INDUSTRI (JPI) TAHUN 2023 P O L I T E K N I K I B R A H I M S U L T A N bersama & 27 NOVEMBER 2 0 2 3 AMANSARI RESIDENCE RESORT SIJIL KERJASAMA INDUSTRI (COC) Majlis Menandatangani


ISI KANDUNGAN P R O G R A M PRAKATA PENGARAH MAKLUMAT PROGRAM PRAKATA PERASMI TENTATIF PROGRAM PRAKATA KETUA UNIT CISEC JK PELAKSANA JK PENASIHAT INDUSTRI SENARAI INDUSTRI (COC)


PRAKATA PENGARAH P O L I T E K N I K I B R A H I M S U L T A N Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani Awal bicara, syukur kepada Allah SWT kerana hari ini sejarah tercipta lagi dengan Majlis Menandatangani Sijil Kerjasama Industri (COC) bersama Politeknik Ibrahim Sultan. Saya amat berbangga dengan usaha yang baik ini dan menyokong sepenuhnya. Syabas dan tahniah kepada Unit CISeC, Politeknik Ibrahim Sultan atas inisiatif yang dilaksanakan. Di samping itu, tahniah juga kepada industri-industri yang menjalankan kerjasama dalam menjayakan majlis tandatangan kali ini. Usaha sebegini amat dialu-alukan. Tanpa komitmen dan usaha yang gigih serta kerjasama yang jitu daripada semua pihak, majlis ini tidak mungkin dapat direalisasikan. Sejak tahun 2020, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti mensasarkan Politeknik dan Kolej Komuniti berupaya menghasilkan graduan berkualiti yang relevan dengan keperluan guna tenaga negara melalui kolaborasi jaringan yang luas dengan pihak industri. Jalinan kerjasama yang baik antara institusi pendidikan dan pihak industri merupakan platform terbaik bagi mendapatkan hala tuju kerjaya graduan selepas menamatkan pengajian di samping menimba pengalaman kerjaya dalam suasana pekerjaan sebenar. Diharapkan dengan kolaborasi ini, dapat mewujudkan jalinan kerjasama yang lebih erat serta rangkaian kerja yang mantap dengan pelanggan-pelanggan kami dan pihak-pihak yang berkaitan. Sekian, terima kasih. Haji Ulaimi bin Yahya Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana mengizinkan Majlis Menandatangani Sijil Kerjasama Industri (COC) bersama Politeknik Ibrahim Sultan.berjaya direalisasikan pada hari ini. Tahniah dan syabas kepada Politeknik Ibrahim Sultan dan semua industri yang terlibat dalam majlis ini. Saya rasa bertuah kerana dapat bersama-sama menyaksikan momen bersejarah pada hari ini. Dunia hari ini, industri sangat menekankan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Ia adalah tunjang utama dalam menghasilkan tenaga kerja kompeten dalam bidang bidang teknikal. Selain itu, TVET mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Buktinya, dari aspek pasaran kerja, penerimaan industri dilihat sangat positif terhadap graduan TVET. Saya percaya melalui hubungan kerjasama ini, ia mendatangkan banyak manfaat kepada para pelajar. Sebagai contoh, sinergi antara institusi dan industri melalui kolaborasi strategik ini dapat membantu pelajar untuk melakukan latihan industri di industri berprofil tinggi. Melalui kerjasama ini, pelajar berpeluang menentukan prospek industri yang akan mereka sertai selepas tamat pengajian. Semoga hubungan kerjasama ini memberi kebaikan dan manfaat kepada kedua-kedua pihak, iaitu Politeknik Ibrahim Sultan dan industri. Sekian, terima kasih. Md Derick Basir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Port Berhad PRAKATA PERASMI J O H O R P O R T B E R H A D


PRAKATA KETUA UNIT CISEC Assalmualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kepada Allah SWT kerana atas izin dan rahmat-Nya, Majlis Menandatangani Sijil Kerjasama Industri (COC) bersama Politeknik Ibrahim Sultan dapat dilaksanakan pada hari ini. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Politeknik Ibrahim Sultan atas kepercayaan yang diberikan kepada Unit CISeC untuk menjayakan majlis pada hari ini. Tidak lupa juga kepada rakan industri yang hadir pada hari ini untuk menjayakan majlis tandatangan kali ini. Tujuan utama kerjasama ini dijalankan adalah untuk mendapatkan khidmat kepakaran dan nasihat berkaitan bidang pengajian yang relevan dengan industri semasa. Di samping itu, hubungan yang terjalin ini meningkatkan peluang kerjasama dua hala dalam bidang yang berkaitan yang boleh diterokai dan dimanfaatkan bersama, membincangkan kesesuaian tempat latihan industri pelajar serta meningkatkan peluang program sangkutan industri pensyarah (SIP). Dalam masa yang sama, menjalinkan perkongsian pintar teknologi dan kepakaran dalam bidang berkaitan. Besar harapan saya agar kita sama-sama mendapat manfaat daripada kerjasama yang terjalin pada hari ini. Sekian, terima kasih. Suhaila binti Basar Ketua Unit CISeC Politeknik Ibrahim Sultan P O L I T E K N I K I B R A H I M S U L T A N


MAKLUMAT AM P R O G R A M Tujuan utama menjalinkan program kolaborasi bersama pihak industri adalah ; a) Mendapatkan khidmat kepakaran dan nasihat berkaitan bidang pengajian yang relevan dengan industri semasa b) Meningkatkan peluang kerjasama dua hala dalam bidang yang berkaitan yang boleh diterokai dan dimanfaatkan bersama c) Membincangkan kesesuaian tempat latihan industri pelajar dan Work Based Learning (WBL) d) Meneroka dan meningkatkan peluang program sangkutan industri pensyarah (SIP) e) Menjalinkan perkongsian pintar teknologi dan kepakaran dalam bidang berkaitan O B J E K T I F S A S A R A N Politeknik Ibrahim Sultan, mempunyai 6 jabatan akademik iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Jabatan Kejururuteraan Elektrikal (JKE), Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Jabatan Rekabentuk Komunikasi dan Visual (JRKV), Jabatan Sains dan Matemaik (JMSK) dan Jabatan Pengajian Am(JPA). Program kolaborasi institusi dan industri ini disasarkan juga pada unit-unit pengurusan sokongan akademik dan pengurusan akademik bagi menjayakan program ini. Pada tahun 2020, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti mensasarkan Politeknik dan Kolej Komuniti berupaya menghasilkan graduan berkualiti yang relevan dengan keperluan guna tenaga negara melalui kolaborasi jaringan yang luas dengan pihak industri. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah menggariskan tujuh pendekatan efektif dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan iaitu; latihan secara formal, latihan secara tidak formal, program keusahawanan, perkongsian pintar bersama industri, latihan praktikal di peringkat antarabangsa, menyemai nilai positif dan program mobiliti pelajar. Jalinan kerjasama yang baik di antara institusi pendidikan dan pihak industri merupakan platform terbaik bagi mendapatkan hala tuju kerjaya graduan selepas menamatkan pengajian di samping menimba pengalaman kerjaya dalam suasana pekerjaan sebenar.


TENTATIF PROGRAM S I D A N G 1 MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT INDUSTRI TAHUN 2023 B I L I K S E M I N A R H I B I S C U S Ketibaan Jawatankuasa Penasihat Industri dan Pengurusan Politeknik Ibrahim Sultan Dijemput menjamu selera tea-break yang disediakan di ruang hadapan Bilik Seminar Hibiscus Kata-kata aluan Pengacara Majlis Bacaan Doa Pembuka Majlis Ucapan aluan Setiausaha Jawatankuasa Penasihat Industri, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan (Tn Hj Ulaimi bin Yahya) i. Pengenalan Politeknik Ibrahim Sultan ii. Fungsi dan Peranan Jawatankuasa Penasihat Industri PIS Agenda Mesyuarat: i. Lantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri. ii. Halatuju Industri kepada perkembangan Akademik PIS Taklimat Majlis Watikah Lantikan Jawatankuasa Penasihat Industri PIS dan Majlis Menandatangani Sijil Kerjasama Industri Bersama Politeknik Ibrahim Sultan. Tetamu dijemput menjamu selera di Courtyard Cafe 10 00 - 10 30 10 30 - 12 30 12 30 - 2 00


TENTATIF PROGRAM S I D A N G 2 MAJLIS MENANDATANGANI SIJIL KERJASAMA INDUSTRI (COC) POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN A M A N S A R I H A L L Ketibaan VVIP, JPI, Wakil COC dan Pengurusan Politeknik di Amansari Hall (LG2) Pengumuman perarakan masuk VVIP, JPI, Wakil COC dan Pengurusan Politeknik Ucapan aluan pengacara majlis Bacaan Doa Ucapan Aluan Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan Tayangan Video Korporat PIS Ucapan Perasmian VVIP oleh CEO Johor Port - Encik Md Derick Basir Majlis Penyampaian Watikah Lantikan Jawatankuasa Penasihat Industri (JPI) Politeknik Ibrahim Sultan Sesi Fotografi Jawatankuasa Penasihat Industri Majlis Menandatangani Sijil Kerjasama Industri (COC) bersama Politeknik Ibrahim Sultan Penyampaian Cenderahati kepada VVIP Sesi Fotografi COC Jamuan Hi-Tea Majlis Bersurai Tahun 2023-2025 2.00 pm 2.20 pm 2.30 - 4.30 pm


JK PELAKSANA P R O G R A M Pn. Suhaila Binti Basar 1.Pn. Normah Binti Sapuan (CoC) 2.Pn. Rosmariati Binti Md. Radzi (JPI) 1.Pn. Hazlina Binti Aly Imran (CoC) 2.Pn. Norihan Binti Mahmod (CoC) 3.Pn. Siti Zaitul Hajar Binti Hassan (JPI) En. Muhammad Izani Bin Sahak Dr. Lim Hooi Peng 1.Ts. Mohamad Noh Bin Ahmad 2.Pn. Rasyidah Binti Sulong 3.Pn. Zuraida Binti Osman 4.Pn. Maisarawani Binti Spahat 1.En. Mohamad Zaidi Bin Ahmad Yusof 2.En Mohd Naim Bin Hamid 3.Pn. Remellia Binti Rusdi 1.Pn. Noranimah Binti Sa’rani 2. Pn. Zuraidah Binti Md. Taib PENGARAH PROGRAM TIMBALAN PENGARAH PROGRAM SETIAUSAHA BENDAHARI FLOOR MANAGER JK JEMPUTAN & LIASON OFFICER JK PERSIAPAN TEMPAT JK DOKUMEN DAN PERSIJILAN


JK PELAKSANA P R O G R A M 1. Pn Zuhaila Binti Yusof 2. Pn. Hajah Wan Rosnani Binti Wan Mohamad 3. Pn. Surya Adelina Binti A. Rahim 4. Cik Musfirah Binti Jamaluddin Pn Siti Suhaila Binti Samian 1.Pn Rohamiah BintiMuda 2.Pn Nor Azeelia Binti Abdul Manan 1.Ts. Ezlina Binti Mohamad Esa 2.Ts. Sheril Syazwani Binti Salleh 3.Pn. Farhana Binti Safar 4.Pn. Nur Fatin Athirah Binti Mohd Narawai 1.Pn Nur Hasyyati Binti Md Ghafar(KU UIDM) 2.Amiza Binti Amaran(PEG. MARO) 3.Wan Muhammad Nizam Bin Mad Salleh (JURUFOTO) 4.Saiful Nizam Bin Mohd Sharif (JURU AV) Ustaz Hidayat Bin Safiee 1.Pn. Rosmariati Binti Mt Radzi 2.Cik Rohana Binti Hasan JK PROTOKOL SIGNING & PERSIAPAN TEMPAT JK PENGATURCARAAN & JURUACARA MAJLIS JK TEKS UCAPAN & PROOFREAD JK REKABENTUK JK MULTIMEDIA & TEKNIKAL JK MAKANAN PEMBACA DOA


JK PENASIHATAN INDUSTRI T A H U N 2 0 2 3 JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK EN. NORHISHAM BIN WAGIMAN EN. FAKHRUZZAMAN BIN ALIAS EN. MUHAMMAD ZULHELMI BIN KAMARUDIN JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL EN. ASWAN BIN KHAMIS @ MAHARAN EN. SHAIFUDIN BIN ABDULLAH EN. ADAM HALIM BIN RAMLI EN. LAI KOK FAI JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI EN. UZAIDI BIN UDANIS EN. ROLEX PHANG CHYUAN SHEI JABATAN REKABENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL EN. FAKHRUL ZAMAN BIN MOHAMAD SAMBAS EN. FAREZA FAZID BIN FAZI EN. HUSAINI BIN ISMAIL KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI DATO’ TONY PENG SHIH HAO EN. MD DERICK BASIR EN. BRANDON TAY HOE LIAN


SENARAI INDUSTRI (COC) 2 0 2 3 - 2 0 2 5 1. AITO FIREWORK 2. ASYUK TRAVEL & TOURS 3. ONELIGHT INTERNATIONAL SDN BHD 4. PERSATUAN PELAYANG JOHOR 5. MAJLIS PELAYANG MALAYSIA 6. HAJAH DAHLIA FOODSTUFF & BEVERAGES 7. VALOURTECH MACHINERIES SDN. BHD 8. MAGNIFIQUE IDEAS 9. RETECH PRINT SHOPPE SDN. BHD 10. ZAIMASH ENTERPRISE 11. MAJLIS REKABENTUK MALAYSIA 12. SUPREME DIDACTIC SDN BHD 13. J K WIRE HARNESS SDN BHD 14. CREATVTOON STUDIO 15. ANIMASIA PRODUCTIONS SDN. BHD. 16. DURIOO SDN BHD 17. LEGA DESIGN 18. HIDAYA HIJAB 19. MALAYSIA MARINE & HEAVY ENGINEERING (MMHE) 20. AZZFIX GADGET ENTERPRISE 21. TWI SERVICES SDN BHD 22. MEDIA AND GAME INNOVATION CENTRE OF EXCELLENCE (MAGICX) 23. RED BLU MONSTAR STUDIOS (M) SDN. BHD 24. OLM ASIA SDN. BHD 25. PERSATUAN ANIMASI MALAYSIA (ANIMAS) 26. MB MANAGEMENT


TERIMA KASIH P O L I T E K N I K I B R A H I M S U L T A N


Click to View FlipBook Version