MPU21032
E FOLIO
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
PERLEMBAGAAN SEBAGAI
TIANG SERI PERPADUAN
PUAN NURUL AIN BINTI OTHMAN
IISSII KKAANNDDUUNNGGAANN
1. NAMA AHLI………………………………………………………………………3
2. PENGHARGAAN…………………………………………………………….4
3.OBJEKTIF……………………………………………………………………5
4. PENGENALAN……………………………………………………….6
5. DEFINISI…………………………………………………………………….7
6. SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN……………………..8-20
7. UNSUR-UNSUR TRADISI DI MALAYSIA………………………………..21-22
8. KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN………………………………………..23
9. TUJUAN PERLEMBAGAAN……………………………………….24-25
10. CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN……………………………………………..26
11 TOKOH-TOKOH PERLEMBAGAAN………………………………………27
12. ANGGOTA-ANGGOTA SURUHANJAYA PERLEMBAGAAN……………27
13. KESIMPULAN………………………………………………………………………28
14. RUJUKAN………………………………………………………………………28
NAMA AHLI
NOR AINIL NAJIHAH BINTI
MOHD SHAMSUL KAMAL
(15DUB21F1027)
NOR AINIL NADEERA BINTI
MOHD RAHMAN
(15DUB21F1059)
AIMAN BIN MOHD SIDI
(15DUB21F1051)
PENGHARGAAN
●═══════════◄ೋ ღ♥ღೋ ►═══════════●
بِ ْســــــــــــــــــ ِم الل ِه ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم
Dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah
kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus bagi kod
subjek penghaytan etika dan peradaban (MPU21032) ini dengan
penuh jayanya. Kami mengucapkan sepenuh penghargaan kepada
Puan Nurul Ain Binti Othman kerana meletakkan kepercayaan
beliau kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam
tempoh yang ditetapkan.
Kami ingin mengucapkan ribuaan terima kasih kepada
beliau atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang
masa tugasan ini dijalankan.
Syukur Alhamudulillah, dalam menyiapkan tugasan ini
banyak yang telah kami pelajari sepanjang proses penyiapan kerja
kursus ini dijayakan. Ianya memberi kami seribu satu pengalaman
baharu yang amat bermakna. Sekian terima kasih.
●═══════════◄ೋ ღ♥ღೋ ►═══════════●
OBJEKTIF
Daripada tajuk ini, kita dapat mengetahui
tentang:
i. Definisi perlembagaan dan perlembagaan
persekutuan
ii. Tujuan mengapa perlembagaan ini
diwujudkan
iii. Sejarah-sejarah yang menyebabkan
perlembagaan ini digubal
iv. Isu-isu berkaitan yang menyebabkan
penggubalan perlembagaan
PPEENNGGEENNAALLAANN
Setiap negara mempunyai perlembagaannya tersendiri termasuklah negara yang
bertuah ini, Malaysia yang tercinta yang dulu dikenali sebagai Tanah Melayu.
Perlembagaan yang digubal dapat membentuk satu perpaduan antara rakyat berbilang
kaum. Perlembagaan merupakan undang-undang tubuh atau asas sesebuah kerajaan
yang merupakan satu koleksi atau dokumen yang menggariskan institusi-institusi
kerajaan, hak-hak rakyat, serta had dan tanggungjawab kepada mereka.
Perlembagaan juga adalah undang - undang tertinggi yang menjadi asas kepada
pembentukan sesebuah negara.
Perlembagaan Persekutuan pula adalah satu set undang-undang tertinggi bagi
negara Malaysia. Perlembagaan Persekutuan juga telah digunapakai sejak Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan perlembagaan ini mengandungi
183 Perkara. Perlembagaan Negeri yang bercanggah dengan Perlembagaan
Persekutuan akan dibatalkan secara automatik. Secara keseluruhannya,
perlembagaan sesebuah negara melambangkan nilai-nilai kebangsaan yang
diutamakan di dalam sesebuah negara.
Negara yang mementingkan kebebasan dan hak asasi manusia akan
memperuntukkan perkara-perkara berkenaan di dalam perlembagaannya. Begitu juga
jika negara yang mengutamakan nilai kerohanian dan keagamaan akan memuatkan
fasal berkenaan agama di dalam perlembagaannya itu.
DDEEFFIINNIISSII
Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu
diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang, adat atau peraturan yang
lazim perlembagaan juga berkait dengan cara keputusan awam dicapai dan kuasa agihan antara
institusi kerajaan, sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan.Perlembagaan juga akan
menetapkan had-had kewibawaan kerajaan dan cara-cara pemilihan serta pelantikan pemerintah
perlembagaan ialah prinsip-prinsip asas dan sumber undang-undang tertinggi negara. Kewujudan
perlembagaan adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara, selain juga berperanan
sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat.
Perlembagaan bermatlamat memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.
SEJARAH PENGGUBALAN
PERLEMBAGAAN
MALAYAN UNION
Kerajaan Malayan union mengambil alih semua asset negeri negeri melayu, kecuali aset yang berkaitan
dengan agama Islam dan harta peribadi sultan-sultan. Konsep negara dan bangsa telah diperkenalkan sejak
tahun 1946 oleh British untuk menghapuskan negara dan bangsa pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Hal ini menunjukkan bahawa kedaulatan British di Tanah Melayu iaitu dimana pihak British bertindak
mengawal semua perkara mengenai Tanah Melayu.
Skim Malayan Union juga mencadangkan undang-undang baru yang memberikan kewarganegaraan kepada
semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura, serta sesiapa sahaja yang bermastautin
selama 10 hingga 15 tahun atau kurang daripada 18 tahun tetapi anak warganegara Malayan Union akan
diberikan kerakyatan secara ‘jus soli’maksud jus soli adalah hak kerakyatan sama rata iaitu taraf kerakyatan
yang diberi berdasarkan tempat kelahrian tanpa mengira bangsa dan keturunan. Semua warganegara
Malayan Union yang baru akan mempunyai hak-hak yang sama, termasuk penerimaan masuk untuk
perkhidmatan awam. Kewarganegaran Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi kaum dan
kepercayaan dikenali sebagai 'jus soli'.
Penentangan terhadap Malayan Union sangat kuat sehingga rancangan itu tidak dapat dikuatkuasakan
sepenuhnya. Pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor yang pertama; Pihak British berusaha untuk
mewujudkan sebuah kesatuan yang dikuasai oleh sebuah pemerintahan pusat yang kuat. Pihak British telah
membarakan kemarahan orang Melayu kerana telah menghakis kuasa Raja-Raja Melayu. Mereka hanya
membincangkan adat istiadat Melayu dan isu agama Islam ketika Malayan Union menjadi kerajaan. Zakat
fitrah juga telah dipungut oleh Gabenor Malayan Union yang telah bertentangan dengan kedudukan Sultan
sebelum ini yang menjadi ketua orang Islam.
Cara orang Melayu menentang adalah dengan membuat bantahan pada akhbar seperti Utusan Melayu,
Warta Negara dan Majlis, melakukan demonstrasi secara damai semasa Sir Harold MacMicheal
mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu dan pelbagai lagi alternatif yang mereka lakukan untuk
menentang Malayan Union. Dengan melihat sokongan rakyat yang begitu kuat mempertahankan takhta Raja-
Raja Melayu; telah menyedarkan sekalian baginda sultan untuk turut berjuang bersama-sama rakyat jelata
bagi menggagalkan Malayan Union. Situasi ini menunjukkan perpaduan perlu diwujudkan bagi menjamin
keharmoniandalam kalangan rakyat untuk bersatu padu dalam mengekalkan hak kepentingan masing-
masing, bak kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Akhirnya, Malayan Union dibatalkan pada 1 Februari 1948 untuk digantikan dengan Persekutuan Tanah
Melayu 1948. Pembatalan Malayan Union mendapat sokongan daripada bekas pegawai tinggi British seperti
Sir Malcom MacDonald, Sir Edward Gent dan L.D Gammans dan lain-lain. Pihak British terpaksa menurut
kehendak masyarakat Melayu yang bertindak melalui UMNO untuk mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu.
Penggantian konsep Persekutuan Tanah Melayu yang baru itu dengan skim Malayan Union yang pihak
British hilang harapan, membawa kepada perundingan antara pihak British, sultan-sultan Melayu dan UMNO.
PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU
Penyatuan 11 buah negeri ini iaitu Negeri Melayu Bersekutu
(Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan) dan Negeri
Melayu Tidak Bersekutu (Perlis, Kedah, Kelantan,
Terengganu, Johor) serta Negeri Selat (Pulau Pinang dan
Melaka) membentuk tanah jajahan British yang dipanggil
Malayan Union. Dato' Onn Jaafar merupakan pengasas
United Malays National Organization (UMNO) yang
menjanjikan untuk mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu
dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta
memberi hak istimewa Melayu. Beliau mengembalikan
kedudukan simbolik raja-raja Melayu. Persekutuan Tanah
Melayu keseluruhannya menolak semua prinsip yang
ditetapkan oleh Malayan Union.
Dalam Perjanjian Persekutuan ini, walaupun negeri-negeri
Melayu menjadi negeri naungan British, Pulau Pinang dan
Melaka kekal menjadi tanah jajahan. Seperti Malayan Union,
persekutuan ini tidak dianggotai Singapura, yang sebelum ini
dianggap sebagai sebahagian daripada Malaya kerana
Singapura berkepentingan sebagai pusat pelabuhan bebas.
Syarat-syarat kerakyatan di bawah Persekutuan Tanah
Melayu ini diperketatkan lagi melalui dua cara iaitu
kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara memohon.
Dengan kuatkuasa undang-undang mereka
yang berikut secara automatik boleh menjadi
warganegara. Rakyat kepada Sultan pada
mana-mana negeri, rakyat British yang
dilahirkan di Pulau Pinang atau Melaka dan
telah tinggal dalam Persekutuan selama 15
tahun terus-menerus, rakyat British yang
dilahirkan di Persekutuan dan bapanya
dilahirkan di Persekutuan atau tinggal selama
15 tahun terus-menerus, sesiapa yang
dilahirkan di Persekutuan dan bertutur dalam
bahasa Melayu serta mengikut adat istiadat
Melayu dalam kehidupan seharian dan sesiapa
yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu
di mana kedua ibu bapanya dilahirkan serta
telah tinggal selama 15 tahun berterusan.
Melalui proses naturalisasi atau secara
memohon, pendatang luar boleh menjadi
warganegara sekiranya dilahirkan di Tanah
Melayu dan telah tinggal sekurang-kurangnya
selama 8 tahun hingga 12 tahun di Persekutuan
Tanah Melayu sebelum permohonan dibuat
dan telah tinggal di Persekutuan Tanah Melayu
selama 15 tahun hingga 20 tahun sebelum ia
membuat permohonan. Dalam kedua-dua
perkara itu pemohon-pemohon mestilah
berkelakuan baik, bersumpah taat-setia dan
menjelaskan tujuannya hendak menetap di
Tanah Melayu dan mengetahui bahasa Melayu
dengan baik atau bahasa Inggeris dengan baik
● Suruhanjaya Perlembagaan ditubuhkan untuk merangka
dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord William Reid, yang
merupakan Hakim Mahkamah Rayuan England dan dianggotai
oleh empat orang ahli dari negara Komanwel iaitu Sir Ivor
Jennings, seorang ahli akademik dari Britain, Sir William
McKell, seorang ahli politik dari Australia, Tuan B. Malik,
Ketua Hakim Mahkamah Tinggi India dan Tuan Abdul Hamid
yang merupakan seorang Hakim Mahkamah Pakistan.
● Suruhanjaya Reid meminati pandangan dan pendapat
secara langsung daripada semua peringkat masyarakat
menerusi pakatan murni, keharmonian kaum dapat dicapai
tanpa pertumpahan darah. Sebanyak 118 pertemuan telah
diadakan dan 113 memorandum telah diterima daripada
pelbagai pihak seperti Raja-raja Melayu, parti politik,
pertubuhan dan orang perseorangan. Dengan persepakatan
Raja-Raja Melayu dan rakyat jelata, persekutuan Tanah
Melayu meraih kemerdekaan daripada Negara-negara
Komanwel British pada 31 Ogos 1957.
SURUHANJAYA
REID
Mereka dibekalkan dengan terma rujukan bagi
melaksanakan tanggungjawab tersebut:
✓ memeriksa perlembagaan di Tanah Melayu
✓ mengambil kira isu kedudukan Raja Melayu
✓ hak istimewa orang Melayu dan kewujudan satu bangsa
✓ syor supaya perlembagaan persekutuan berasaskan
demokrasi berparlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara)
✓ mempunyai dua dewan perundangan dengan peruntukan,
kerajaan pusat yang kuat, memelihara kedudukan dan
martabat Raja Berperlembagaan, memilih seorang ketua
negara (YDPA) dalam kalangan Raja raja Melayu,
kewarganegaraan yang sama untuk seluruh persekutuan
dan menjaga kedudukan istimewa masyarakat Melayu serta
hak hak sah kaum lain.
JAWATANKUASA KERJA
Penyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Reid mengetepikan syor dan
tuntutan daripada orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang
berkaitan dengan kerakyatan, bahasa, agama dan hak istimewa orang Melayu.
Antara isu yang mendapat perhatian ialah pemberian dua kerakyatan kepada
rakyat Komanwel dan kerakyatan secara ‘jus soli’. Berikutan dengan
penyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid, satu Jawatankuasa Kerja
dibentuk untuk mengkaji semula isu tersebut. Terdiri daripada 11 orang iaitu
Pesuruhjaya Tinggi British (MacGillivray), Ketua Setiausaha (Sir David
Watherston), Peguam Negara (T.V.A Brodie), empat orang wakil Raja-raja
Melayu (Mustapha Albakri, Shamsudin Nain, Tunku Ismail Tunku Yahya dan
Neil Lawson) dan empat orang Parti Perikatan (Tunku Abdul Rahman (UMNO),
Dato’ Abdul Razak Hussein (UMNO), Ong Yoke Lin (MCA) dan V.T Sambathan
(MIC).
Tugas utama Jawatankuasa Kerja adalah untuk memastikan
bahawa perlembagaan baharu yang digubal bersesuaian dengan bentuk
pemerintahan Malaya. Walau bagaimanapun, jawatankuasa ini tidak boleh
mengubah struktur draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Sebanyak 23 kali pertemuan telah diadakan bagi membentuk draf
Perlembagaan yang diterima oleh semua pihak. Antara isu yang dibincangkan
adalah isu kerakyatan, agama, hak istimewa orang melayu dan bahasa
melayu.
Perbincangan akhir dibuat pada 13 hingga 21 Mei 1957 di London.
Kertas putih atau “Constitutional Proposals for the Federation of Malaysia”
telah diterbitkan dan kandungannya ialah beberapa pindaan terhadap Laporan
Suruhanjaya Reid serta rangka perlembagaan yang telah dipersetujui semua
ahli rundingan. Pada Jun 1957, Rang Undang- undang Perlembagaan telah
diperkenankan oleh Majlis Raja Raja. Rang Undang-Undang Perlembagaan
Persekutuan turut dibahas di House of Commons, England dan diluluskan
tanpa sebarang pindaan. House of Lord pula meluluskan Rang Undang-
Undang Perlembagaan Persekutuan tanpa pindaan.
Majlis Perundangan Persekutuan meluluskan Rang Undang
undang Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan
dikuatkuasakan sebaik sahaja perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan
tamat. Perlembagaan Persekutuan berkuatkuasa secara rasmi bersempena
dengan pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu. Perlembagaan
Persekutuan dipinda apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung
dengan Tanah Melayu semasa pembentukan Malaysia.
PINDAAN PERLEMBAGAAN
MALAYSIA
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat
daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam
“tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus
selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang
telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956
yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan
Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua
Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-
menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan
penasihat-penasihatnya.
Pindaan perlembagaan ini dipinda berdasarkan daripada
dua per tiga majoriti yang bersetuju dan telah mendapat
persetujuan daripada kedua dua dewan di parlimen. Perlembagaan
ini telah dipinda sebanyak 42 kali semenjak 48 tahun selepas
kemerdekaan sehingga 2005.
PERKARA 18 SARAWAK DAN
PERKARA 20 SABAH
Perjanjian 20 Perkara atau Memorandum 20 Perkara
dan Perjanjian 18 atau Memorandum 18 Perkara ialah
senarai 20/18 perkara yang dibuat oleh Borneo Utara
dan Sarawak yang mengusulkan syarat-syarat untuk
Borneo Utara dan Sarawak bersama-sama dengan
Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, dan Singapura
membentuk persekutuan Malaysia, pada 16
September 1963 sebagai negeri Sabah dan Sarawak.
Penerimaan perkara- perkara ini adalah berbeza-beza,
ada yang dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia
dan ada yang diterima secara lisan sahaja
AGAMA
Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama
kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan
diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama
Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus
digunakan di Borneo Utara
BAHASA
• Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan
Persekutuan
• Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk
tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia
• Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi
Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan
negeri dan persekutuan, tanpa had masa
PERLEMBAGAAN
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima
sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia,
akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya
dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri bebas dan
sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada
sebuah perlembagaan yang telah digubal dan
dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam
keadaan yang berlainan sekali. Sebuah perlembagaan
baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan
KETUA PERSEKUTUAN
Ketua (Yang Di Pertua Negara) Borneo Utara tidak layak
untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan
NAMA PERSEKUTUAN
"Malaysia" bukan "Melayu Raya "
MIGRESEN
Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia
seharusnya terletak di bawah kuasa kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan
ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.
Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan
sesiapa pun ke dalam Borneo Utara jika ia berkaitan dengan urusan kerajaan
negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara
seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakan
seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan Persekutuan
daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara
HAK MENARIK DIRI
Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan
seharusnya tidak ada
BORNEONISASI
Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam
perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya
diwujudkan secepat mungkin
PEGAWAI – PEGAWAI BRITISH
Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-
pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka
dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh
diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan
KEWARGANEGARAAN
Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-
pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka
dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh
diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan
CUKAI DAN KEWANGAN
Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung
pembangunan, dan cukai sendiri.
KEDUDUKAN KHAS BANGSA ASLI
Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara seharusnya menikmati hak
keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa Melayu di Malaya, tetapi
formula yang dipraktikkan di Malaya tidak semestinya digunapakai oleh Borneo
Utara
KERAJAAN NEGERI Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-
ahli tidak rasmi Majlis Perundangan.
Borneo Utara seharusnya mempunyai
suatu sistem kementerian yang
sesuai.
JANGKAMASA PERALIHAN
Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa
perundangan mesti diberikan kepada Kerajaan
Borneo Utara mengikut perlembagaan dan tidak
dipengaruhi oleh kerajaan persekutuan
PELAJARAN
Sistem pelajaran Borneo Utara yang wujud sekarang
harus diteruskan dan dengan itu ia harus diletakkan
di bawah kawalan kerajaan negeri.
PERLINDUNGAN KEPADA PERLEMBAGAAN
Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat
dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan
yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan
kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk
negeri ini.
PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN
Bergantung kepada jumlah penduduk, keluasan
dan keupayaan Borneo Utara dan sarawak
NAMA KETUA NEGERI
Yang di – Pertua Negeri Sabah, Governer of
Sarawak
NAMA NEGERI
Borneo Utara sebagai Sabah
TANAH, HUTAN , KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN
- LAIN
Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan
mengenai kuasa majlis Tanah Persekutuan tidak
harus melibatkan Borneo Utara dan Sarawak.
UNSUR – UNSUR TRADISI DALAM
MALAYSIA
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERPADUAN
▪ Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan
▪ Bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat
perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok manusia yang berfungsi
sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di dalam sesebuah
negara.
▪ Bahasa adalah suatu keseluruhan, suatu prinsip klasifikasi dengan sesuatu yang
dikuasai dan bersifat konvensional yang seharusnya terkebawah daripada
naluri semulajadi.
▪ Whitney (1998), berpendapat bahasa adalah salah satu institusi sosial dan
menganggap bahawa kita menggunakan alat ujaran sebagai wadah bahasa
hanyalah secara kebetulan sahaja, untuk kesenangan sahaja.
▪ Kepentingan bahasa dalam membentuk perpaduan bahasa mencerminkan suatu
bangsa memupuk perpaduan melalui bahasa yang sama bahasa sebagai madah
perhubungan dalam masyarakat.
AGAMA ISLAM
▪ Dalam perlembagaan Malaysia, orang Melayu didefinasikan
sebagai orang beragama Islam dan mengamalkan cara hidup dan
budaya Melayu serta bertutur dalam bahasa Melayu.
▪ Orang Melayu telah mengenali dan mengamalkan Islam sejak
lebih 500 tahun yang lalu.
▪ Antara faktor penting agama Islam cepat diterima oleh orang
Melayu kerana sultan pada waktu itu beragama Islam.
▪ Setelah merdeka, Islam telah dijadikan agama rasmi persekutuan
dan kerajaan. Sebagai agama rasmi negara kerajaan mempunyai
kuasa untuk memperuntukkan sebahagian daripada perbelanjaan
untuk pembangunan dan kemajuan berkaitan dengan agama
islam, seperti perbelanjaan dalam mengurus, membina masjid dan
sekolah agama
KEDUDUKAN
ISTIMEWA ORANG
MELAYU DAN
BUMIPUTERA
❑ Perkara 153 adalah salah satu perkara paling berkontroversi dalam perlembagaan Malaysia
❑ Pengkritik menganggapnya mewujudkan perbezaan yang tidak perlu dan perkauman antara
rakyat Malaysia yang berlainan etnik, kerana telah menyebabkan pelaksanaan tindakan afirmatif
dasar yang hanya menguntungkan Bumiputera, yang terdiri daripada majority penduduk.
❑ Secara teknikal, membincangkan pemansuhan Perkara 153 adalah diharamkan [1]-bahkan di
Parlimen, walaupun ia digubal sebagai peruntukan sementara untuk Perlembagaan.
❑ Walaupun terdapat larangan perbincangan ini, artikel ini diperdebatkan secara terbuka di
kalangan Malaysia, menentang pelaksanaan artikel tersebut walaupun nampaknya tetap
menyokongnya.
❑ Walaupun begitu, artikel itu di pandang sebagai perkara sensitif oleh banyak pihak, dengan ahli
politik yang memihak atau menentangnya sering dilabel sebagai perkauman.
❑ Pemerintahan beraja telah wujud sejak dalam sistem sosial di NNM sejak berabad-
abad lamanya.
❑ Menurut sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap
pemerintahan dan pentadbiran negeri.
❑ Raja dibantu oleh pembesar - pembesar yang dilantik sebelum penjajahan British.
Semasa penjajahan British, kuasa mutlak raja mulai terhad.
❑ Raja mesti terima nasihat Residen British dalam semua perkara kecuali hal adat
istiadat Melayu dan agama Islam.
❑ Hal ini juga berlaku semasa Malayan Union diperkenalkan yang menghapuskan
kuasa raja-raja Melayu.
❑ Kuasa raja-raja Melayu di kembalikan apabila Persekutuan Tanah Melayu
diperkenalkan setelah Malayan Union mendapat tentangan hebat dari orang
Melayu. Setelah negara mencapai kemerdekaan, institusi beraja dikekalkan di
bawah konsep raja berpelembagaan.Ini selaras dan sistem demokrasi yang
diamalkan di Malaysia.Menurut konsep Raja Berperlembagaan, raja-raja bertindak
mengikut lunas perlembagaan yang telah ditetapkan.
PEMERINTAHAN
BERAJA
KONSEP KELUHURAN
PERLEMBAGAAN
Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip
Rukun Negara Malaysia yang ketiga.
Keluhuran Perlembagaan bermaksud
ketinggian perlembagaan atauketertinggian
undang-undang. Keluhuran Perlembagaan
Malaysia terletak pada kedudukanyasebagai
undang-undang tertinggi yang menjadi
sumber dan punca kepada semua undang-
undang. Yang di-PertuanAgong (YPDA) serta
system pemerintahan kerajaan yang terdiri
daripada badan perundangan, kehakiman
dan eksekutif juga tertakluk kepada
Perlembagaan Persekutuan.
TUJUAN
PERLEMBAGAAN
MEWUJUDKAN PEMERINTAHAN YANG ADIL
✓ Perlembagaan Persekutuan digubal berdasarkan
tolak ansur dan permuafakatan kaum
✓ Memastikan keadilan ekonomi antara kaum tetapi
turut memelihara hak istimewa orang melayuserta
Bumiputera Sabah dan Sarawak
✓ Pembentukan integrasi kaum yang bersatu padu
dan setia kepada negara
ALAT RUJUKAN BAGAIMANA MENYELESAIKAN
MASALAH
✓ Hukuman kepada individu yang melakukan
kesalahan adalah rujukan dalam perlembagaan
✓ Menjadi rujukan tertinggi dalam undang-undang
yang bertentangan
MENGEKALKAN INDENTITI NEGARA/MENJAMIN
KEUTUHAN DAN KEDUDUKAN NEGARA
✓ Unsur-unsur tradisi dan perkara utama dalam
Perlembagaan Persekutuan akan menjamin
riwayat negara bangsa serta mengekalkan nilai
dan identiti masyarakat Malaysia
MENGELAKKAN PENYALAH GUNA KUASA SERTA
MENGAWAL PERGERAKAN KERAJAAN DAN RAKYAT
✓ Yang di-PertuanAgong serta sistem pemerintahan kerajaan yang
terdiri daripada badan perundangan, kehakiman dan eksekutif juga
tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.
✓ Perlembagaan Persekutuan merupakan panduan
dalampemerintahan dan tindakan pemerintah adalah berdasarkan
kepada Perkembangan.
Memperjelaskan bidang kuasa pemerintahan yang menjamin kerjasama
antara kerajaan negeri dan persekutuan
MENJAGA KEAMANAN DAN KESTABILAN NEGARA
✓ Sekatan-sekatan dalam Perlembagaan yang membebaskan individu akan
menjamin keamanan dan kestabilan negara serta mengekalkan
perpaduanPindaan terhadap Perlembagaan tidak boleh dibuat dengan
sewenang-wenangnya
✓ Perubahan pemimpin selepas pemilihan rakyat tidak mengubah corak
pemerintahan
✓ Rakyat mendapat jaminan undang-undang serta tiada diskriminasi dalam
perlembagaan
CIRI – CIRI PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN MALAYSIA
▪ Pemerintahan ▪ Bahasa Melayu
berdasarkan sebagai Bahasa
prinsip demokrasi Kebangsaan
▪ Kedudukan setiap ▪ Agama islam adalah agama
rakyat adalah sama di rasmi tetapi kebebasan
sisi undang-undang amalan agama-agama lain
dibenarkan
▪ Yang di-pertuan Agong
memelihara kedudukan
istimewa Orang Melayu
dan bumiputera
TOKOH-TOKOH PERLEMBAGAAN
Ibrahim Yakoob Rahim Kajai Pak Soko
ANGGOTA SURUHANJAYA PERLEMBAGAAN
KESIMPULAN
Secara umumnya, tokoh-tokoh yang memperjuangkan perjuangan mereka
sehingga tamat seperti harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama. Dalam kehidupan kita juga mempunyai undang-
undang yang harus kita patuhi. Kita harus menghargai perjuangan tokoh-
tokoh terdahulu dalam usaha mewujudkan Perlembagaan untuk keamanan
pada masa kini. Perlembagaan ini perlu kita hayati dan juga dipatuhi untuk
kesejahteraan kita bersama. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita
hendaklah mempamerkan akhlak yang mulia kepada orang luar. Dalam
prinsip rukun negara mempunyai kandungan yang merujuk kepada
keluhuran perlembagaan. Kita perlulah mengagungkan dan meninggikan
nilai undang-undang di negara kita sendiri. Siapa lagi yang mahu berkorban
untuk negaranya, melainkan rakyatnya sendiri bukan? Tepuk dada, tanya
selera .
INTERNET & BUKU DIGITAL
• https://fliphtml5.com/lnpok/rryz/basic
• https://anyflip.com/orcm/yqbw/basic
• https://bab4perlembagaan.blogspot.com/2016/03/definisi-perlembagaan.html
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_20_Perkara_Sabah
• https://kertasbirumuda.blogspot.com/2016/08/22-konsep-keluhuran-perlembagaan.html
• http://perlembagaanmalaysia96.blogspot.com/2014/08/tujuan-perlembagaan.html
• http://dka1bpengajianmalaysia.blogspot.com/2016/02/konsep-tujuan-dan-ciri-ciri-
perlembagaan_13.html
• https://www.google.com/search?q=tujuan+perlembagaan&rlz=1
• https://pekhabar.com/h-i-d-s-penyata-suruhanjaya-reid-diterbitkan/
• http://tokohtokohtempatanthn5.blogspot.com/2016/08/tokoh-kedamaian.html
RUJUKAN • https://anyflip.com/yidox/vnrd/basic
• https://anyflip.com/orcm/yqbw/basic
• (BUKU TEKS TINGKATAN 4 KSSM)
• (BUKU TEKS TINGKATAN 5 KBSM)