1 ATUR CARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 TARIKH : 23 jun 2024 HARI : ahad 2.00 PETANG - PENDAFTARAN AHLI 2.30 PETANG - KETIBAAN PERASMI EN.MUHAMMAD BASIR BIN HASSAN PENGURUS FELDA BUKIT TEMBAGA . NYANYIAN LAGU NEGARAKU - BACAAN DOA - UCAPAN GURU BESAR EN. MOHAMAD @ MOHAMAD YAAKOB BIN JUSOH - UCAPAN YDP PIBG EN. RUSLI BIN RAHIM - UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG OLEH, EN.MUHAMMAD BASIR BIN HASSAN PENGURUS FELDA BUKIT TEMBAGA PERSEMBAHAN 4.00 PETANG - REHAT 4.15 PETANG - MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 DIMULAKAN 6.00 PETANG - BERSURAI
2 B SEKAPUR SIRIH Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK PIBG yang memberi kerjasama sehingga dapat melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-49 ini. Tidak dilupakan kepada para waris Sk Bukit Tembaga kerana telah memberi kepercayaan yang padu kepada AJK PIBG dalam melunaskan kehendak sekolah dan masyarakat setempat. Tahniah kepada pihak sekolah kerana telah berjaya menuju kecemerlangan walaupun dalam keadaan terpaksa mengharungi pandemik covid-19. PIBG akan terus bekerjasama dalam apa jua bidang yang dirancang oleh pihak sekolah demi menaikkan nama sekolah ini. Terutama dalam aspek pembelajaran dan juga aktiviti yang berfokuskan kecemerlangan ilmu untuk kemenjadian murid-murid sekolah ini. Segala aktiviti pengisian ilmu akan dijalankan seperti mana kehendak sekolah dan juga kehendak para waris untuk melihat kejayaan anak-anak dalam pelajaran. Saya bagi pihak PIBG berharap semua murid akan menjadi insan yang berakhlak mulia , cemerlang dalam pelajaran serta berdaya saing dalam semua bidang sama ada dalam kurikulum mahupun kokurikulum. Saya faham tugas guru sekarang ini semakin mencabar dalam tugasan membentuk murid menjadi insan kamil. Saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan syabas kepada semua guru Sekolah Kebangsaan Bukit Tembaga yang berjaya meningkatkan prestasi sekolah dan menanamkan budaya ilmu dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar ini. Pemuafakatan antara PIBG dan pihak sekolah memainkan peranan penting dalam usaha mengekalkan dan meningkatkan lagi kecemerlangan murid , sejajar dengan pembangunan agama, bangsa dan tanah air. Saya mewakili PIBG berjanji akan terus menyokong dan membantu pihak sekolah meningkatkan dan melahirkan lebih ramai murid yang cemerlang dalam semua bidang. Kepada semua AJK PIBG sesi 2022-2024, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana telah menyumbangkan tenaga secara sukarela demi anak-anak didik sekolah ini. Saya juga memohon supaya usaha murni yang telah ditaburkan selama ini akan diteruskan lagi demi sekolah ini supaya dapat diinobatkan sebagai sebuah sekolah yang terbilang di dalam akademik dan juga sukan. Semoga citacita sekolah inI untuk menjadi sekolah yang cemerlang dan gemilang di Daerah Padang Terap akan tercapai. Sekian, terima kasih. Tuan Haji Rusli B. Rahim Yang Dipertua PIBG
3 C SEULAS PINANG Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Saya mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada YDP PIBG , barisan AJK PIBG dan kepada semua waris yang amat prihatin terhadap sekolah ini. Kerjasama yang diberikan oleh pihak PIBG kepada pihak sekolah telah disempurnakan. Sesungguhnya pemuafakatan ini telah berjaya mengangkat nama sekolah ke mercu yang terbaik. Semoga Sekolah Kebangsaan Bukit Tembaga menjadi sekolah yang terbaik di Daerah Padang Terap akan tercapai dengan adanya kerjasama dan komitmen yang baik dari pihak PIBG. Usaha murni kedua-dua pihak juga akan berjaya melahirkan ABC (Anak Baik Lagi Cerdik). Hubungan mantap dan saling melengkapi antara PIBG dan pihak sekolah berjaya melaksanakan aspirasi pendidikan. Perhubungan yang kukuh di antara PIBG dan sekolah merupakan aset yang sangat penting dalam hala tuju budaya pendidikan. Saya amat bersyukur kerana PIBG dapat menyumbangkan wang ringgit, tenaga dan buah fikiran dalam setiap program yang dijalankan oeh pihak sekolah. Saya mewakili guru-guru berasa amat terharu akan kesungguhan PIBG dalam merealisasikan agenda sekolah. Komitmen yang diberikan oleh PIBG merupakan satu nilai tambah dalam proses merancang, melaksanakan dan menjayakan misi dan visi murni pendidikan. Hubungan harmonis antara PIBG dan pihak sekolah menjadi pemangkin dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan murid-murid sekolah ini. Segala usaha murni pihak PIBG amat kami hargai dan kami amat berharap agar usaha ini menjadi satu usaha yang berterusan. Saya juga yakin dengan buat sehabis baik dalam semua bidang pendidikan akan membantu saya mencapai hajat dan impian menjadikan Sekolah Kebangsaan Bukit Tembaga, sekolah yang terbaik di Daerah Padang Terap dapat direalisasikan. Sekian terima kasih. En. Mohamad @ Mohamad Yaakob Bin Jusoh Penasihat PIBG
4 AHLI JAWATANKUASA KERJA JEMPUTAN DAN SAMBUTAN En Mohamad @ Mohamad Yaakob Jusoh En Mohd Shahmizan Abdul Halim Pn. Roshilawati bt Mohd Sabardin @ Umar En Mohd Fauzi b Mohamad Tuan Hj Rusli b Abd Rahim Ustaz Anizan KAFA AJK PIBG PENDAFTARAN Pn Nor Raihan bt Hj Awang Pn Ku Nooraniah bt Ku Mansur PERSIAPAN TEMPAT En Mohd Nizam b Zakaria En Idris b Man Semua Pekerja Ksbersihan JURU KAMERA/ DOKUMENTASI En Azmi b Ahmad En Anwar Hussain b shaik Mohamad JURU ACARA Pn Nor Zaibun bt Mat Yazid BUKU PROGRAM Pn Ros Idayu bt Abas Pn Fatimah bt Yahaya JAMUAN WARIS PERSEBAHAN Pn Che Sham bt Che Mat Cik Arniliana bt Abdul Rahman DEKORASI PENTAS Pn Haryati bt Taharim Cik Arniliana bt Abdul Rahman Semua Guru BACAAN DOA Ustaz Muhammad Aslam b Suhaimi PENCATAT MINIT MESYUARAT Pn Azizah bt Mahamad Pn. Siti Fatimah bt Ahmad BANNER En Mohd Nizam b Zakaria CENDERAHATI PERASMI Pn Haryati bt Taharim JAMUAN VIP Pn Nazera bt Md Radzi Pn Ruzaihan bt Abd Razak Pn Nur Zarith Farhana bt Ibrahim HADIAH /CABUTAN BERTUAH Pn Siti Nurfazliza bt Abd Rahim Pn. Salihah bt Ibrahim Pn Rozita bt Yob Ustaz Ridzuan b Kamarul Zaman SIARAYA En Pirdaus b Abd Hamid En. Hailan b Abu Pn Nuraishah bt Abderahman Pn Noor Azura bt Ahmad Pn Mazrina bt Mazlan Semua guru KAFA AJK PIBG
5 SENARAI NAMA AJK PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TEMBAGA TAHUN 2022-2024 Penasihat : En Mohamad @ Mohamad Yaakob b Jusoh Yang Di Pertua PIBG : Tn.Haji Rusli Bin Abd Rahim Naib Yang Di pertua PIBG : En. Mohd Syazwan bin Zainon Setiausaha : Pn Fatimah Binti Yahaya N.Setiausaha : En.Mohd.Nizam bin Zakaria Bendahari : Pn. Ros Idayu Binti Abas Juruaudit : Pn Zuraini Binti Ahmad Ahli Jawatankuasa : En. Ismail bni Hasan : En. Mohd. Anizan Bin Abd Majid : En.Mazlan Bin Harun : Pn.Nor Azlina binti Mohd.Tajuddin : Pn.Intan Syafinaz binti Shafie : Pn.Suzana binti Hashim : Pn.Nur Zaibon Binti Mat Yazid : En.Anwar Hussain bin Shaik Mohamed : En.Mohd. Hisyam bin Abdullah : Pn.Norhayati Binti Haron : Pn. Ku Noraniah Binti Ku Mansor
6 REKOD KEHADIRAN AJK PIBG SESI 2023 - 2024 BIL NAMA JAWATAN TARIKH 2023 2024 8 JAN 27 JAN 3 APR 16 APR 1 EN RUSLI B ABD RAHIM YDP PIBG / / / / 2 EN. MOHD SYAZWAN BIN ZAINON NYDP PIBG X / / / 3 PN. FATIMAH BT YAHAYA SETIAUSAHA / / / / 4 EN. MOHD. NIZAM BIN ZAKARIA N.SETIAUSAHA / / / / 5 PN.ROS IDAYU BT ABAS BENDAHARI / / / / 6 EN. MOHD ANIZAN BIN ABDUL MAJID GURU KAFA / / / / 7 EN.ANWAR HUSSAIN BIN SHAIK MOHAMED AJK GURU / / / / 8 EN. MAZLAN BIN HARON AJK WARIS / / / / 9 PN. NOR AZLINA BINTI MOHD. TAJUDDIN AJK WARIS / / / / 10 EN. ISMAIL BIN HASSAN AJK WARIS / / X X 11 PN. INTAN SHAFINAZ BT SHAFIE AJK WARIS X / X X 13 PN SUZANA BT HASHIM AJK WARIS / / X / 14 PN. NORHAYATI BT HARON AJK GURU / / X X 16 PN. AISYAH BT AYOB AJK WARIS / / / / 17 PN ZURIANI BINTI AHMAD JURUAUDIT X / / / PETUNJUK / : hadir X : tidak hadir
7 H AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 Ucapan Yang Dipertua PIBG Ucapan Penasihat PIBG Ucapan Perasmian Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat kali ke-48 Perkara Berbangkit Membentang Laporan Kewangan Cabutan Bertuah 1 Pembubaran Ahli Jawatankuasa 2022 – 2024 Pelantikan Ahli Jawatankuasa 2024 – 2026 Hal-Hal Lain Cabutan Bertuah 2 dan 3 Membincangkan Usul Ucapan Penangguhan Bersurai
8 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 Tarikh : 20 Jun 2023 Hari : Selasa Masa : 2.00 petang Tempat : Dewan Bunga Raya SKBT Kehadiran : 1. Tn. Hj. Rusli bin Abd. Rahim (YDP PIBG) 2. Pn. Fatimah binti Yahaya (Setiausaha PIBG) 3. En.Mohd Nizam bin Zakaria (Penolong Setiausaha) 4. Pn. Ros Idayu binti Abas (Bendahari PIBG) 5. Pn. Nor Zaibon binti Yazid (AJK Guru) 6. Pn. Nor Azlina binti Mohd. Tajuddin (AJK Waris) 7. Pn. Suzana binti Hashim (AJK Waris) 8. Pn. Norhayati binti Haron (AJK Guru) 9. En. Mazlan bin Haron (AJK Waris) 10.En. Ismail bin Hassan (AJK Waris) 11.Pn. Aisyah binti Ayub (AJK Waris) 12.En.Anwar Hussain b. Shaik Mohamad 13.Pn Ku Noraniah binti Ku Mansor. 14.En. Mohd Aslam bin Suhaimi Jumlah Waris yang menghadiri mesyuarat 140 orang Penasihat Tuan Guru Besar SKBT En.Mohamad @ Mohamad Yaakob bin Jusoh Guru Penolong Kanan En. Mohd. Fauzi bin Mohamad
9 Agenda 1 Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG 1.1 Tn. Hj. Rosli bin Abd Rahim mengucapkan jutaan terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Adi bin Anuar, Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia kerana sudi menjadi perasmi Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 dan memberi sumbangan kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Tembaga.Tn. Hj. Rosli bin Abd Rahim(YDP PIBG) Mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK PIBG 2022-2024 yang dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab serta meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat Agung PIBG kali ke-48. 1.2 Tn. Hj. Rosli bin Abd Rahim(YDP PIBG) mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pentadbir yang berusaha mengekalkan kecemerlangan dan kegemilangan sekolah. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada barisan pentadbir dan AJK PIBG yang berjaya mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48. 1.3 Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak Yang memberi sumbangan untuk melancarkan program yang dirancang oleh pihak sekolah. Sekolah amat memerlukan sumbangan untuk menjalankan program yang dirancang serta untuk meningkatkan kemajuan murid. Agenda 2 Ucapan Penasihat 2.1 En.Mohamad @ Mohamad Yaakob bin Jusoh (Guru Besar SKBT)
10 mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis Encik Rusli bin Abd. Rahim YDP PIBG. Beliau juga amat berbesar hati kerana kerana Profesor Madya Dr.Adi Anuar bin Azmin, Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,yang sudi menjadi perasmi Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48. 2.2 En.Mohamad @ Mohamad Yaakob bin Jusoh mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana dengan kasih sayang Allah yang tidak berbelah bagi kepada semua warga SKBT sehingga dapat melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 dengan jayanya. 2.3 Pihak sekolah dan PIBG bagaikan irama dan lagu yang sama sekali tidak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan sudah pasti tempanglah sekolah dan tempanglah PIBG. PIBG dan pihak sekolah perlu bersama-sama berganding bahu untuk majukan sekolah. Beliau juga amat berharap agar PIBG tidak bergantung sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk menjalankan sesuatu aktiviti. 2.4 En.Mohamad @ Mohamad Yaakob bin Jusoh juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam usaha untuk membangunkan kecemerlangan sekolah. 2.5 En.Mohamad @ Mohamad Yaakob bin Jusoh mengakhiri ucapannya dengan menekankan kepentingan kebersamaan dan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan pihak PIBG dalam meneraju sekolah ke arah kecemerlangan dan kegemilangan sekolah. Agenda 3 Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47
11 3.1 Pn. Fatimah binti Yahaya Setiausaha PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Tembaga membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 pada halaman 10 -17. En. Ismail bin Hassan mencadangkan minit mesyuarat diterima dan disahkan. En. Mazlan bin Harun menyokong minit mesyuarat disahkan. Majlis bersetuju sebulat suara. Agenda 4 Perkara Berbangkit 4.1 Tiada Perkara Berbangkit Agenda 5 Membentang Dan Mengesahkan Laporan Kewangan 5.1 Pn. Ros Idayu binti Abas selaku Bendahari PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Tembaga, membentangkan laporan kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022 pada halaman 16 dan 17. Pn. Suhaizat binti Abd. Razak mencadangkan laporan kewangan diterima dan disahkan. Puan Kamariah bt Othman menyokong laporan kewangan disahkan. Majlis bersetuju sebulat suara 5.2 Puan Ros Idayu juga menyatakan jumlah bayaran sumbangan yang perlu dibayar oleh waris sepanjang tahun 2023. Sumbangan seorang waris RM30 Kebajikan Murid RM 5 Aktivitti Murid RM30 Agenda 6 Membentangkan Usul-usul 6.1 Tiada usul daripada waris walaupun boring usul telah diedarkan 2 minggu sebelum Mesyuarat Agung PIBG. 6.2 Usul daripada PIBG mewakili ibu bapa supaya mengadakan majlis
12 Konvokesyen untuk murid-murid Tahun 6. Encik Fauzi mewakili Guru Besar menjelaskan tentang usul majlis konvokesyen. Cadangan mengadakan majlis konvokesyen adalah cadangan yang baik tetapi untuk mengadakan majlis konvokesyen terpaksa menggunakan kos yang amat tinggi. Hari Anugerah Kecemerlangan telah diadakan setiap tahun sebagai tanda penghargaan. Majlis Konvokesyen boleh diteruskan jika waris dan PIBG sanggup untuk menanggung kos perbelanjaan yang tinggi termasuk kos jubah dan gambar yang berjumlah RM120 bagi seorang waris. Siti Suriani binti Abd Ghani mencadangkan usul di atas diundi untuk mendapatkan persetujuan.Tiada persetujuan dicapai selepas pengundian.Jadi Usul tersebut diserahkan kepada PIBG untuk perbincangan seterusnya. 6.3 Siti Suriani binti Abd Ghani mengusulkan untuk mengetahui harga makanan yang dijual di kantin untuk memudah waris membuat budget untuk anak- anak setiap hari. Isu kantin sentiasa dalam pengetahuan dan pemantau pihak sekolah. En. Fauzi memohon tempoh masa selama 2 minggu untuk edarkan harga makanan dan minuman di kantin dan berjanji akan edarkan dalam group Was up. 6.4 Waris juga terpaksa memberi perbelanjaan yang lebih kepada anak-anak untuk perbelanjaan kelas KAFA dan pada hari yang ada aktiviti Ko- Kurikulum. 6.5 Pn. Norsyasyila mencadangkan waktu solat ditukarkan kepada hari yang tiada KAFA iaitu hari Rabu dan Khamis supaya memberi peluang murid pulang dan datang kembali untuk kelas KAFA.
13 Usul diterima dan Guru Besar berjanji untuk mengubah pada hari Rabu dan Khamis. 6.6 En. Irham Satria pula bertanyakan tentang sumber pendapatan PIBG adakah bergantung sumbangan waris sahaja. Sepatutnya AJK PIBG adakan pelbagai usaha untuk menambah sumber pendapatan PIBG seperti mengadakan hubungan dengan bekas pelajar SKBT. Pada Mesyuarat Agung PIBG pada tahun lepas Menteri Pembangunan Luar Bandar Dato’ Seri Mathdzir bin Khalid memberi cadangan untuk menwujudkan data bekas pelajar SKBT. En. Irham ingin kepastian adakah data tersebut telah diwujudkan. En. Fauzi menjelaskan sejak PKP sebarang jemputan orang luar untuk datang ke sekolah untuk memberikan sumbangan dan dana mesti mendapat kebenaran dan pengesahan daripada PPD dan JPN. PIBG amat mengalu-alukan sumbangan dari ahli PIBG tidak kira dalam apa-apa bentuk sumbangan. Alumni SKBT boleh diwujudkan tetapi memerlukan sedikit masa untuk En. Anwar membuat Google Form bagi mengumpul data dan amat memerlukan kerjasama ahli kariah. Guru Besar memberi pencerahan bahawa Data Alumni SKBT sedang dikumpul dan sedang berusaha agar Alumni SKBT akan bergerak aktif untuk mengumpul dana untuk PIBG SKBT. 6.7 Tn. Hj. Rosli ingin membuat pemasangan air bertapis untuk menjana pendapatan tetapi timbul isu air di Bukit Tembaga. 6.8 Barang-barang yang boleh dikitar semula boleh dihantar ke sekolah sebagai usaha untuk menambah sumber pendapatan.
14 6.9 En. Ismail bin Hassan mencadangkan agar pihak PIBG mengadakan sumber pertanian seperti menternak arnab untuk menambah sumber pendapatan. En. Fauzi memberikan pencerahan bahawa semua aktiviti yang dilakukan mesti mengikut SOP dan pekeliling dan juga arahan.kerana melibatkan isu keselamatan dan kesihatan. 6.10 Suhaizat binti Abd Razak mencadangkan baju sukan sekolah ditukar kepada material yang lebih baik kerana baju sekarang berbulu terutamanya apabila terkena ubat stepler pada alas meja. Guru Besar berjanji akan berusaha untuk menukar material baju sukan dan alas meja. Majlis bersetuju sebulat suara. 6.11 Muhd Ashraf bin Sobri mencadangkan agar tahap 1 dan tahap 2 pulang pada waktu yang sama. Guru Besar memaklumkan waktu pulang tahap 1 dan tahap 2 tidak dapat dilaksanakan pada waktu yang sama kerana jumlah waktu pembelajaran yang berbeza. Encik Pirdaus memberi pencerahan lagi bahawa jadual tahap 2 ditambah lagi dengan mata pelajaran Sejarah dan Reka Bentuk Teknologi. Jadi pelajar tahap 1 dan tahap 2 terpaksa pulang pada waktu yang berbeza. Agenda 7 Hal-hal Lain 7.1 Tempat sumber air untuk murid-murid perlu disediakan sekurang- kurangnya dua mesin. Kos untuk membaiki ialah RM1200 untuk dua mesin air tersebut. 7.2 Guru Besar bercadang untuk memasang Smart TV di dewan, kantin, bilik- bilik khas dan 12 buah kelas. Anggaran kos untuk sebuah Smart TV ialah
15 RM1500. Pihak sekolah akan cuba untuk dapatkan sumbangan dari pihak tertentu dan juga dari kenalan. En. Fauzi menjelaskan Smart TV berbeza dengan penggunaan Projektor kerana Smart TV lebih berteknologi. 7.3 Isu beg berat juga mempengaruhi jadual waktu persekolahan kerana dalam sehari murid perlu belajar 4 mata pelajaran sahaja.Murid-murid tahap 1 dan tahap 2 boleh pulang pada waktu yang sama jika adakan program untuk tahap 1. 7.4 Puan Azlina bertanyakan tentang tindakan pihak sekolah terhadap penjualan makanan di luar kawasan sekolah. Guru Besar menjelaskan bahawa pihak sekolah tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap para peniaga di luar kawasan sekolah kerana di luar bidang kuasa pihak sekolah. Pihak sekolah dan pihak PIBG hanya boleh menghantar surat untuk maklumkan kepada Majlis Daerah. Agenda 8 Ucapan Penangguhan 8.1 Encik Rusli bin Abd Rahim mengucapkan terima kasih kepada semua waris yang dapat meluangkan masa untuk Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 48. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua waris dan pihak pentadbiran sekolah kerana telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menerajui PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Tembaga. Beliau juga menasihatkan para waris agar mementingkan pendidikan anak-anak untuk dunia dan akhirat. Pastikan anak-anak hadir ke sekolah setiap hari persekolahan jika tiada sebarang masalah dan membawa peralatan yang mencukupi untuk belajar. Beliau juga amat berharap dapat menunaikan hasrat pihak sekolah dan waris dengan adanya kerjasama
16 yang kuat dan erat. 8.2 Tn.Guru Besar, En.Mohamad @ Mohamad Yaakob bin Jusoh mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua waris dan PIBG kerana telah meluangkan masa untuk Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48. Beliau amat mengharapkan semua waris dan PIBG memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan semua program yang dijalankan oleh pihak sekolah. Beliau amat mengharapkan agar PIBG dan pihak sekolah dapat sama- sama berganding bahu bagi menjayakan segala program yang telah dan akan dirancang. Semoga segala usaha semua pihak untuk anak-anak bangsa akan membuahkan hasil dan menampakkan kemenjadian murid serta akan mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang. Disediakan oleh, Disemak oleh, (FATIMAH BINTI YAHAYA) (RUSLI BIN ABD RAHIM) Setiausaha PIBG, Pengerusi PIBG, SK Bukit Tembaga. SK Bukit Tembaga.
17 Disahkan oleh, (MOHAMAD@MOHAMAD YAAKOB BIN JUSOH) Guru Besar, SK Bukit Tembaga. - J) AKTIVITI PIBG TAHUN 2023-2024 1. Mesyuarat AJK PIBG kali pertama 2023. 2. Mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 3. Perkhemahan Perdana 2023 4. Hari Anugerah Cemerlang 2023 5. Majlis Sambutan Bulan Muharram. 6. Gotong-royong Madani 7. Mesyuarat AJK PIBG sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 8. Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2024
18 9. Mesyuarat AJK PIBG sempena Sambutan Hari Guru, Sukan Sekolah dan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49. 10. Sambutan Hari Guru 2024 11. Kejohanan Olahraga dan Balapan 2024 12. Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49. K) USUL YANG DICADANGKAN 1. Usul dari waris Tiada usul dari waris 2. Usul dari PIBG 3. Usul dari pihak pentadbiran Kutipan Wang Tambahan daripada waris untuk aktiviti murid mengikut keperluan semasa.
19 PENYATA KEWANGAN PIBG SKBT BAGI TAHUN 2023 (JAN – DIS 2023) A) PENDAPATAN BAKI AKAUN SEMASA RM 7808.24 SUMBANGAN PIBG RM 5850.00 AKTIVITI MURID RM 7470.00 KEBAJIKAN MURID RM 875.00 B) PERBELANJAAN 1. Cenderahati untuk guru yang berpindah dan bersara RM 200.00 2. Bayaran sumbangan untuk PIBKS Kedah. RM 100.00 3. Perbelanjaan mesyuarat ajk PIBG. RM 75.00 4. Bayaran perbelanjaan mesyuarat agung PIBG. RM 3000.00 5. Bayaran buku resit PIBG. RM 48.00
20 6. Bayaran perkhemahan unit uniform. RM 500.00 7. Bayaran Hari Anugerah Cemerlang. RM 1000.00 8. Bayaran jamuan Hari Raya. RM 1000.00 9. Bayaran Hari Sukan Sekolah RM 1000.00 10. Bayaran Bubur Asyura RM 300.00 11. Bayaran Perkhemahan Perdana RM 1000.00 12. Derma untuk murid sakit (masuk wad) RM 250.00 13. Caj perkhidmatan bank RM 8.00 JUMLAH PENERIMAAN + BAKI TERDAHULU RM 22003.24 JUMLAH PERBELANJAAN RM 8481.00 BAKI RM 13522.24 Disediakan oleh : Disahkan oleh : (ROS IDAYU BINTI ABAS) ( ZURAINI BT AHMAD ) Bendahari PIBG SKBT Juruaudit PIBG SKBT PENUTUP Semua AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Tembaga sesi 2022-2024 mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan semua pihak yang memberi kepercayaan kepada PIBG dan pihak sekolah dalam menjayakan program yang telah dirancang dalam usaha menjana kecemerlangan anak-anak didik di Sekolah Kebangsaan Bukit Tembaga. Harapan agar segala usaha dan kerjasama serta sumbangan yang diberikan oleh pihak waris akan mendapat keberkatan Allah S.W.T. Kerjasama ini sangatlah penting dalam usaha mendidik anak-anak untuk menjadikan
21 mereka insan yang cemerlang di dunia dan juga di akhirat. Hanya Allah sahaja yang dapat memberi ganjaran di atas budi baik yang telah tuan/puan berikan Kami bagi pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Tembaga memohon ampun dan maaf sekiranya melakukan kesilapan semasa menjalankan tugas. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang khilaf itu dari pihak kami sendiri. Sekian Wassalam. “HIDUP MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT” Disediakan oleh, (FATIMAH BINTI YAHAYA) Setiausaha PIBG, SK. Bukit Tembaga