BIODATA DIRI NAMA : MUHAMMAD AFIQ FIRDAUS BIN JAAFARANGKA GILIRAN : 2023152310010 KOD NAMA KURSUS : BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU NAMA PENSYARAH : PUAN MAYATI BINTI BULIN UNIT : BMMB 1 NO KAD PENGENALAN : 051207040297 JABATAN : JABATAN PENGAJIAN MELAYU
KONSEP PANTUN PANTUN MERUPAKAN SATU BENTUK PUISI LAMA YANG BERSAL DARIPADA MASYARAKAT MELAYU. TERDAPAT SEGELINTIR PIHAK BERPENDAPAT PANTUN BERMAKSUD PEMBIMBING ATAU PENASIHAT YANG BERASASKAN SASTERA LISAN. PANTUN TERDIRI DARIPADA BEBERAPA BENTUK SEPERTI PANTUN DUA KERAT, EMPAT KERAT, ENAM KERAT, LAPAN KERAT DAN SEPULUH KERAT. SEHINGGA HARI INI, PANTUN SERING DIGUNAKAN DALAM UPACAR PEMINANGAN DAN PERKAHWINAN. CIRI-CIRI PANTUN PANTUN MEMPUNYAI STRUKTUR YANG LENGKAP SEPERTI POLA A-B-A-B. SETIAP RANGKAP PANTUN TERBAHAGI KEPADA DUA BAHAGIAN IAITU PEMBAYANG DAN MAKSUD. RIMA ATAU BUNYI AKHIR DI HUJUNG BARIS ADALAH SAMA. PANTUN YANG BAIK MEMPUNYAI HUBUNGAN ANTARA PEMBAYANG DAN MAKSUD. TERDAPAT PENGAJARAN, MORAL DAN FALSAFAH HIDUP
FUNGSI PANTUN HIBURAN PADA ZAMAN DAHULU, MASYARAKAT MELAYU SELALU BERHIBUR DENGAN BERPANTUN BERSIFAT JENAKA ATAU MENGUSIK. MENGUJI MINDA PANTUN JUGA DICIPTA UNTUK TUJUAN MENCABAR KETANGKASAN MINDA. BENTUK PANTUN INI SANGAT DIGEMARI KANAK-KANAK.
PEMIKIRAN PANTUNPANTUN KANAK-KANAK PEMBAYANG PADA DUA BARIS PERTAMA PANTUN TERSEBUT MENGAMBARKAN BAGAIMANA SESEORANG YANG GIGIH MENANAM PADI TETAPI USAHANYA SIA-SIA KERANA BERAS MASIH DIBAWA MASUK DARI NEGERI LAIN. MAKSUD PADA DUA BARIS TERAKHIR PULA MENGAMBARKAN BUDI SESEORANG TIDAK DIHARGAI. BARIS KETIGA MENERANGKAN BANYAK JASA YANG DIBUAT MANAKALA BARIS KEEMPAT MENERANGKAN MEREKA LEBIH MEMANDANG TINGGI ORANG YANG KAYA DARIPADA ORANG YANG BERJASA. JUSTERU ITU, KITA HARUSLAH MENGHARGAI SESEORANG SERTA JANGANLAH SUKA MENILAI ORANG LAIN PADA HARTA TETAPI NILAILAH DARI SUDUT KETINGGIAN BUDI PEKERTI.
KONSEP SYAIR syair merupakan sejenis puisi berlagu. kebiasaannya syair terdiri daripada empat baris sama seperti pantun. syair membawa makna yang berhubung dengan kias ibarat sindiran, nasihat, pangajaran, agama dan juga bersaskan sejarah atau dongeng. CIRI-CIRI SYAIR merupakan puisi terikat. syair merupakan bahagian dari sebuah cerita panjang. rima akhir bagi syair juga tetap iaitu aaaa.
FUNGSI SYAIR dijadikan sumber hiburan dalam kehidupan masyarakat Melayu. syair digunakan untuk mengekspresi kegembiraan yang diperoleh dalam suatu komuniti. syair boleh digunakan untuk menyampaikan pengajaran melalui cerita atau lagu tersebut.
PEMIKIRAN SYAIR syair nasihat (penghujung thamarat al-muhimmah) pada rangkap pertama penyair telah menamatkan mengarang sebuah kitab supaya dapat dijadikan syair nasihat. kemudian, pada rangkap kedua syair menceritakan tentang seorang ayah berharap agar anaknya menjaga tingkah laku dan menjadi insan yang mulia.
KONSEP SELOKA seloka ialah puisi tradisional melayu yang berbentuk bebas dan tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap dan jumlah baris sama ada mempunyai irama ataupun tidak. menurut kamus dewan edisi keempat, seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran seperti sindiran mahupun jenaka. CIRI-CIRI SELOKA merupakan puisi bebas atau tidak terikat. digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair atau perumpamaan. tidak mempunyai pembayang. bilangan baris dalam serangkap tidak tetap. rima akhirnya dalam serangkap juga tidak tetap.
FUNGSI SELOKA seloka digunakan untuk menyindir atau mengejek seseorang. untuk melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia. seloka juga dijadikan sebagai alat kawalan sosial atau sosial protes. untuk menempelak seseorang.
PEMIKIRAN SELOKA seloka pandai pak pandir pada baris pertama dan kedua pak pandir berkelakuan aneh kerana mengetepikanmanak sendiri, sebaliknya menyanjung orang luar. pak pandir membuat kerja yang sia-sia dan merugikannya. pada baris ketiga, keempat dan kelima pak pandir mengikut perangai orang luar tanpa menyedari keadaan dirinya yang miskin. akibatnya, pakpandir kehabisan harta kecuali dirinya sendiri.
KONSEP GURINDAMgurindam adalah suatu jenis syair yang melarat suku katanya. gurindam juga bermaksud sebuah wacana yang mengandungi kalimat-kalimat yang berirama dimana isinya berunsur nasihat. CIRI-CIRI GURINDAM merupakan puisi melayu tradisional bukan naratif. tidak menentu bentuknya. tiada konsep pembayang seperti pantun. isi-isinya ialah nasihat dan pedoman yang jelas.
FUNGSI GURINDAM gurindam berperanan sebagai alat untuk menyampaikan pendidikan. unsur-unsur pendidikan yang ditekankan ialah iman dan moral yang baik. media komunikasi antara ahli masyarakat, terutama dalam majlis-majlis yang formal.
PEMIKIRAN GURINDAM gurindam 12 maksud rangkap pertama ialah setiap manusia harus memiliki agama, kerana agama sangat penting bagi kehidupan manusia. orang yang tidak mempunyai agama akan buta arah menjalankan hidupnya. maksud rangkap kedua pula ialah untuk mencapai kesempurnaan di dalam menjalani hidup, manusia harus mengenal empat zat yang menjadikan manusia mula-mula
RUJUKAN