1 SABTU, 23 SEPTEMBER 2023 AEON Mall, Bandar Dato’ Onn, JB Borang Penyertaan & Peraturan Pertandingan
2 PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING 3ON3 FIT MALAYSIA JOHOR ANJURAN JABATAN BELIA DAN SUKAN JOHOR DENGAN KERJASAMA PERSATUAN BOLA JARING NEGERI JOHOR 1 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN 1.1 Selain daripada Peraturan Pertandingan yang terkandung, kejohanan ini akan dikelolakan mengikut Undang-Undang Permainan Bola Jaring Dunia (World Nerball) yang terkini 1.2 Sekiranya terdapat percanggahan di antara terjemahan Undang-Undang Permainan dan Undang-Undang Permainan Bola Jaring Dunia (World Netball), maka di putuskan bahawa Undang-Undang Permainan Bola Jaring Dunia (World Netball) akan dipatuhi. 1.3 Sekiranya timbul perkara yang tidak dikuasai oleh kedua-dua Undang-Undang Permainan, maka keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola, kecuali dari aspek Teknikal. 1.4 Jawatankuasa Pengelola berhak meminda dan menambah mana-mana peraturan dengan persetujuan Persatuan Bola Jaring Negeri Johor (PBJNJ) dan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM). 1.5 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tersedia dalam peraturan ini dan keputusan yang diambil adalah muktamad. 2. TARIKH PERTANDINGAN 2.1 Sabtu, 23 September 2023 3. TEMPAT PERTANDINGAN 3.1 Cadangan Venue : Ruang Legar AEON Mall, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru 4. PENYERTAAN & PENDAFTARAN 4.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua WARGA NEGERI JOHOR / BERMASTAUTIN / BEKERJA / BELAJAR DI NEGERI JOHOR. 4.2 Yuran Penyertaan adalah RM60.00 (RINGGIT MALAYSIA : ENAM PULUH SAHAJA). 4.3 Setiap pasukan mestilah terdiri daripada : 4.3.1 Seorang (1) Pengurus Pasukan 4.3.2 Lima (5) orang Pemain
3 4.3.3 Pengurus Pasukan TIDAK BOLEH BERMAIN dalam pertandingan ini. 4.3.4 Pemain-pemain mestilah berumur 16 tahun dan ke atas pada 1 Januari 2023 4.4 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja. 4.5 Semua pemain hendaklah terdiri daripada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja. 4.6 Setiap pasukan hanya terdiri daripada tiga (3) orang pemain semasa bermain bagi posisi-posisi berikut : 4.6.1 Center - C 4.6.2 Wing Attack - WA 4.6.3 Goal Attack - GA GA – juga akan bertindak sebagai ‘Goal Defence’ – GD 5. HADIAH PERTANDINGAN Johan : RM1,000.00 + Medal Naib Johan : RM 700.00 + Medal Ke-3 : RM 500.00 + Medal Ke-4 : RM 150.00 + Medal 6. MASA DAN CARA BERMAIN 6.1 Masa bermain adalah selama 10 minit. Masa bagi separuh masa pertama ialah lima (5) minit dengan masa rehat tidak lebih daripada dua (2) minit selepasnya. Masa bagi separuh masa kedua juga adalah lima (5) minit. 6.2 Luas kawasan bermain ialah 50’ x 50’. (15.24m x 15.24m) / mengikut kesesuaian tempat (kawasan) 6.3 Permainan dimulakan dengan hantaran tengah yang akan diambil secara bergilirgilir oleh kedua-dua pasukan. 6.4 Kedua-dua pemain GA (Goal Attack) yang berada di dalam Bulatan Gol mestilah mendapatkan bola dari hantaran PASUKANNYA sendiri sahaja. Jika hantaran diterima dari pasukan lawannya, maka bola itu hendaklah terlebih dahulu dihantar keluar dari Bulatan Gol kepada pemain pasukannya yang kemudiannya akan menghantar kembali kepadanya yang berada di dalam Bulatan Gol untuk membuat jaringan. 6.5 Bola yang terkena tiang gol atau melantun dari tiang gol hasil dari jaringan yang tidak berjaya (rebounce), mestilah terlebih dahulu dihantar keluar Bulatan Gol kepada pemain pasukannya sebelum dihantar semula kepada GA untuk menjaringkan gol. 6.6 GA (Goal Attack) juga akan bertindak sebagai GD (Goal Defence) jika pasukan lawannya cuba menjaringkan gol.
4 7. PERTUKARAN PEMAIN 7.1 Sebarang pertukaran / penggantian pemain semasa bermain hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada Pengadil. Tiada had pertukaran / penggantian pemain tetapi mestilah dalam masa kecederaan atau dalam masa rehat dan hanya melibatkan pemain yang telah didaftarkan. 8. SISTEM PERTANDINGAN 8.1 Secara Liga Lapan Kumpulan (A, B, C, D, E, F, G, dan H) 8.1.1 Pusingan Pertama a) Sekiranya penyertaan adalah dari dua puluh empat hingga tiga puluh dua pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu A, B, C, D, E, F, G, dan H. Pertandingan akan dijalankan secara liga. b) Kedudukan setiap pasukan dalam kumpulan-kumpulan tersebut akan ditentukan secara undian. 8.1.2 Pusingan Kedua a) Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan (A, B, C, D, E, F, G, dan H) akan masuk ke pusingan ke-2 dan pertandingannya akan dijalankan secara kalah mati. b) Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut : .KUMPULAN PERLAWANAN M Johan A lwn. Naib Johan E N Johan B lwn. Naib Johan F O Johan C lwn. Naib Johan G P Johan D lwn. Naib Johan H Q Johan E lwn. Naib Johan A R Johan F lwn. Naib Johan B S Johan G lwn. Naib Johan C T Johan H lwn. Naib Johan D c) Pasukan-pasukan yang menang pada Perlawanan Pusingan Kedua ini akan meneruskan Perlawanan ke Pusingan Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir seperti ketetapan berikut : i. Suku Akhir KUMPULAN PERLAWANAN T Menang M lwn. Menang N U Menang O lwn. Menang P V Menang Q lwn. Menang R W Menang S lwn. Menang T
5 ii. Separuh Akhir KUMPULAN PERLAWANAN X Menang T lwn. Menang U Y Menang V lwn. Menang W iii. Akhir KUMPULAN PERLAWANAN Ke- 3 & Ke-4 Kalah X lwn. Kalah Y Johan & Naib Johan Menang X lwn. Menang Y 8.2 Secara Liga Empat Kumpulan (A, B, C dan D) 8.2.1 Pusingan Pertama a) Sekiranya dua belas atau dua puluh empat pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada empat umpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga. b) Kedudukan setiap pasukan dalam kumpulan-kumpulan tersebut akan ditentukan secara undian. 8.2.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir) a) Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan (A, B, C & D) akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingannya akan dijalankan secara kalah mati. b) Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut : i. Johan Kumpulan A – Naib Johan Kumpulan C ii. Johan Kumpulan B – Naib Johan Kumpulan D iii. Johan Kumpulan C – Naib Johan Kumpulan A iv. Johan Kumpulan D – Naib Johan Kumpulan B . c) Pasukan-pasukan yang menang pada Perlawanan Separuh Akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat KETIGA dan KEEMPAT.
6 SUKU AKHIR SEPARUH AKHIR AKHIR 1. JOHAN A 2. NAIB JOHAN C 3. JOHAN D 4. NAIB JOHAN B 5. JOHAN C 6. NAIB JOHAN A 7. JOHAN B 8. NAIB JOHAN D 8.3 Secara Liga Tiga Kumpulan (A, B dan C) 8.3.1 Pusingan Pertama a) Di mana penyertaan mengandungi sembilan (9) hingga sebelas (11) pasukan, maka pertandingan di Peringkat Awal akan dijalankan secara LIGA satu pusingan dalam TIGA kumpulan A, B dan C. b) Pasukan-pasukan akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan. 8.3.2 Pusingan Kedua a) Johan dan Naib Johan Kumpulan A, B dan C adalah layak memasuki Pusingan Kedua yang juga akan dijalankan secara LIGA dalam dua kumpulan iaitu Kumpulan X dan Kumpulan Y. b) Johan setiap kumpulan akan diundi untuk ditempatkan di kumpulankumpulan tersebut. Naib Johan Kumpulan akan di tempatkan di kumpulan yang berlainan dengan Johannya. 8.3.3 Pusingan Akhir a) Johan dari Kumpulan X dan Kumpulan Y akan memasuki Pertandingan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan. b) Naib Johan Kumpulan X dan Kumpulan Y akan bertanding untuk menentukan Tempat Ketiga dan Keempat. JOHAN NAIB JOHAN KE-3 KE-4
7 8.4 Secara Liga Dua Kumpulan (A dan B) 8.4.1 Pusingan Pertama a) Di mana penyertaan mengandungi enam (6) hingga lapan (8) pasukan sahaja, maka pertandingan Pusingan Pertama akan dijalankan secara LIGA satu pusingan dalam dua kumpulan – Kumpulan A dan Kumpulan B. b) Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat dalam pertandingan Tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut : Johan - Kumpulan A Naib Johan - Kumpulan B Ketiga - Kumpulan B Keempat - Kumpulan A Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam dua kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan. c) Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. 8.4.2 Pusingan Kedua (Separuh Akhir) a) Johan dan Naib Johan Kumpulan A dan B adalah layak memasuki Peringkat Separuh Akhir seperti berikut : Johan A lwn. Naib Johan B (Kum. X) Johan B lwn. Naib Johan A (Kum. Y) b) Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. 8.4.3 Pusingan Akhir a) Pemenang Kumpulan X akan melawan Pemenang Kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan. b) Pasukan kalah kedua-dua kumpulan akan bertanding untuk menentukan tempat Ketiga dan Keempat. 9. CARA MENENTUKAN KEMENANGAN 9.1 Secara Liga : Menang - 3 mata Kalah - 0 mata Seri - 1 mata
8 9.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang akan ditentukan seperti berikut : i. Secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena. ii. Jika Purata Gol masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara PERBEZAAN GOL, iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang kena. iii. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan gol terbanyak akan diisytiharkan sebagi pemenang. 9.3 Cara Kalah Mati Bagi pertnadingan yang dijalankan secara KALAH MATI, jika keputusan pertandingan berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut : i. Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan diberi masa rehat selama dua (2) minit. ii. Masa tambahan selama satu (1)x lima (5) minit akan dimainkan. iii. Perlawanan dimulakan semula oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya. iv. Sekiranya berlaku seri pada akhir masa tambahan, permainan akan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol. 10. PENANGGUHAN PERLAWANAN 10.1 Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan permainan diteruskan, seperti hujan lebat, petir dan kilat, cuaca gelap dan kedengaran Azan, maka Pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan. 10.2 Permainan yang ditangguhkan kerana keadaan cuaca akan diteruskan seperti berikut :- Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang tinggal. Sekiranya perlawanan ditangguh pada hari yang lain, maka perlawanan hendaklah dimainkan semula. 10.3 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau diputuskan dengan serta merta.
9 10.4 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal akan menetapkan semula tarikh dan masa perlawanan yang tertangguh itu. 11. KELEWATAN 11.1 Sepuluh (10) minit diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas itu sesebuah pasukan tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya tiga (3) pemain, pasukan itu dikira menarik diri daripada pertandingan ini. 12. PAKAIAN 12.1 Pemain-pemain diwajibkan memakai bib mengikut Peraturan Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (INF). 12.2 Tiap-tiap pasukan dikehendaki membawa 1 set bib. 12.3 Ketinggian huruf pada bib ialah enam (6) inci. 12.4 Pemain-pemain hanya dibenarkan memakai skirt atau seluar trek secara berpasukan sahaja. Seluar pendek dan “tight” tidak dibenarkan. 12.5 Jika kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, penentuan dibuat secara lambungan duit. Pasukan yang menang lambungan, tidak perlu menukar bibnya. 13. PENGADILAN 13.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan Pengadil-Pengadil di sepanjang pertandingan ini. 13.2 Keputusan Pengadil setiap perlawanan adalah muktamad. 14. MENARIK DIRI 14.1 Menarik diri adalah tidak dibenarkan. Pasukan yang menarik diri akan dianggap menarik diri daripada keseluruhan pertandingan dan pasukan berkenaan tidak dibenarkan lagi menyertai perlawanan seterusnya. 14.2 Pemain tidak dibenarkan keluar gelanggang semasa berlaku pemberhentian. Jika ini berlaku, pasukan berkenaan akan dikira kalah dan dianggap menarik diri daripada keseluruhan pertandingan. 14.3 Tindakan disiplin terhadap pasukan yang menarik diri akan diambil oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan Teknikal, Fit Malaysia Negeri Johor. 15. BANTAHAN 15.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya tidak lebih daripada setengah jam (30 minit) selepas perlawanan berkenaan berakhir.
10 15.2 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan bayaran wang tunai RM1,000.00 (RINGGIT MALAYSIA : SATU RIBU SAHAJA) yang tidak akan dikembalikan jika sekiranya didapati bantahan tersebut tidak berasas. 15.3 Sekiranya ada bantahan yang belum dapat diputuskan di dalam jangka masa yang ditetapkan, perlawanan seterusnya hendaklah dijalankan mengikut jadual dan pasukan terlibat bertanding di bawah bantahan (under protest). 15.4 Jika bantahan berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang pemain tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan, bantahan (under protest) tersebut akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Kerja Fit Malaysia Negeri Johor. 15.5 Juri Rayuan hendaklah mengadakan mesyuaratnya selepas Jawatankuasa Pengelola Pertandingan mendapati bantahan yang dibuat perlu dipertimbangkan sejam selepas bantahan diterima. 15.6 Keputusan Juri Rayuan hendaklah disampaikan secara rasmi kepada pasukan berkenaan dan keputusannya adalah muktamad. 16. JURI RAYUAN 16.1 Juri Rayuan terdiri daripada lima (5) orang (minimum) yang terdiri daripada : a) Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / Wakilnya b) Setiausaha Jawatankuasa Pengelola / Wakilnya c) Pengerusi Jawatankuasa Teknikal / Wakilnya d) Ketua Pengadil / Wakilnya e) 3 orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan kes tersebut. 16.2 Juri Rayuan akan bersidang dalam masa dua (2) jam setelah menerima bantahan atau rayuan dan akan menyampaikan keputusan kepada Jawatankuasa Pertandingan untuk diumumkan. 16.3 Keputusan Juri Rayuan adakah muktamad. 17.0 TINDAKAN TATATERTIB 17.1 Lembaga Tatatertib terdiri daripada : a) Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / Wakilnya sebagai Pengerusi b) Pengerusi Jawatankuasa Teknikal / Wakilnya. c) Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan / Wakilnya. d) Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan / Wakilnya. e) Pengerusi Jawatankuasa Pengadil / Wakilnya.
11 17.2 Lembaga ini bertanggungjawab untuk : a. Memberi amaran. b. Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu. c. Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan. d. Mengarah pemain dihantar pulang. 17. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 17.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Permainan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad. Disediakan oleh : Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Bola Jaring 3 ON 3, Fit Malaysia Negeri Johor.