The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by venash2401, 2021-05-06 02:44:28

kontrak sosial

kontrak sosial

ISU-ISU YANG MEROSAKKAN ASPIRASI
KONTRAK SOSIAL DI NEGARA MALAYSIA

E - FOLIO
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
VENASHINI A/P PALANIAPPAN (18DDT19F2005)
ANUSIAH A/P SELLVAM (18DDT19F2016)

1
1

ISU KANDUNGAN

PENGENALAN MUKA SURAT
MUKA HADAPAN 1
ISI KANDUNGAN 2
PENGENALAN 3
ASAL USUL KONTRAK SOSIAL 4
KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL 4
KANDUNGAN KONTRAK SOSIAL DALAM
PERLEMBAGAAN MALAYSIA 5-6
ISU KONTRAK SOSIAL DI MALAYSIA
KESIMPULAN 7-9
RUJUKAN 10
10

1
2

PENGENALAN

Kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang
dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan dalam kalangan
rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.
Kontrak sosial juga merupakan individu yang bebas bersetuju untuk
menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri untuk memerintah
diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan
berdaulat.

1
3

ASAL USUL KONTRAK SOSIAL

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah
seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia
mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap
individu itu bersetuju kepadanya.
Kontrak ini bererti individu - individu yang bebas bersetuju untuk
menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu
institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.

KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL

Ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula
kontrak sosial yang telah berjaya menyatupadukan semua kaum di
Malaysia tanpa berlaku sebarang konflik perkauman.
Malah, negara kita juga pernah gempar dengan kontroversi berkaitan isu
agama iaitu tentang penubuhan IFC.

1
4

KANDUNGAN KONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN
MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang memperlihatkan
perkembangan politik yangdiwarnai oleh politik komunal. Ia merupakan
sebahagian daripada warisan penjajah yang telahmeninggalkan impak
yang begitu besar dalam kehidupan masyarakat kita. Dasar kolonialisasi
oleh kuasa-kuasa Barat bukan sekadar membawa kepada kewujudan
masyarakat plural memalah mencorak dan mempengaruhi
perkembangan sejarah kita. Ia dilihat sebagai satu bentukhubungan yang
bersifat dominasi dan eksploitatif kerana kolonialisme bukan sekadar
melibatkan penguasaan ekonomi dan politik malah ia turut cenderung
menguasai minda penduduk.
Malaysia mencapai kemerdekaannya pada 31 ogos 1957 melalui amalan
kompromi dan permuafakatan pelbagai kaum. Proses permuafakatan itu
bermula sebelum kemerdekaan lagi.
Ia begitu jelas selepas Perang Dunia Kedua, di mana semangat nasionalis
ma dan dasar dekolonialisasi oleh kuasa Barat mendorong kepada
kerjasama parti-parti politik berbilang kaum. Perkembangan itu dilihat
sebagai satu titik tolak kepada politik permuafakatan di negarakita dan
berjaya merencanakan satu perkembangan politik yang begitu menarik.
Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah men-
gambil kira pebagai aspek. Perkara yang paling mustahak di sini ialah
toleransi dan tolak ansur di antara penduduk berbilang kaum telah

1
5

berjaya membentuk satu pakatan murni dan menerima satu kontrak
sosial dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Di mana pada dasarnya kontraksosial terdiri daripada dua elemen iaitu
pertama, penerimaan orang Melayu terhadap sebilangan besar
penduduk bukan Melayu sebagai rakyat (jus soli) bagi
negara yang baru merdeka.
Kedua, penerimaan penduduk bukan Melayu terhadap pengiktirafan hak
istimewa serta kepentingankaum Melayu dalam negara.bagai aspek
yang melibatkan kepentingan kaum yang berbeza.
Suruhanjaya Reid telah dipertanggungjawabkan dalam merangka
sebuah perlembagaan baru untuk Tanah Melayu menerima pelbagai
pandangan, cadangan serta bantahan dari pelbagai pihak.
Ia telah memberi penekanan kepada beberapa aspek yang penting term
asuklah soal kewarganegaraan, kedaulatan sultan Melayu, kedudukan
agama Islam,Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak
keistimewaan orang Melayu.

1
6

ISU KONTRAK SOSIAL DI MALAYSIA

Kontrak sosial membawa maksud manusia mewujudkan sebuah
negara sebagai satu perjanjian bersamanya dan individu-individu yang
bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri
sendiri demi kepada satu institusi yang berkuasa dan berdaulat. Secara
mudah kontrak sosial merupakan istilahpermuafakatan antara kaum
yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan
rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, dan
India.

Sebelum merdeka ramai pekerja – pekerja kontrak dari negara China
dan India datang ke Malaysia yang di bawa oleh kerajaan British untuk
bekerja di lombang-lombang bijih dan ladang- ladang getah di negara
kita. Kini kerja – kerja pembinaan yang memerlukan tenaga tulang
empat kerat, kerja-kerja yang bergaji murah seperti pelayan- pelayan
kedai, membersih bangunan, atau pejabat tidak diminati oleh rakyat
tempatan.Justeru, kerja-kerja seperti ini telah diambil alih oleh
pendatang-pendatang dari luar seperti dari Indonesia China India
Bangladesh Nepal dan Myanmar. Akhirnya ramailah pekerja-pekerja
asing ini memenuhi negara kita niat mereka adalah untuk bekerja bagi
mendapatkan wang untuk di hantar hantar balik bagi keperluan keluarga
mereka yang ditinggalkan di kampung mereka yang datang bekerja ini
juga tidak pernah memikirkan untuk terus tinggal menetap di Malaysia.
Kita sebagai warganegara dan rakyat tempatan tidak begitu selesa
dengan kehadiran pendatang-pendatang asing ini .Resam dan budaya
mereka jauh berbeza dengan kita.Sudah tentu kita tidak mahu kalau
pekerja-pekerja asing itu diberikan taraf warganegara. Kita masih curiga
dengan kesetiaan dan kecintaan mereka terhadap negara ini.Suasana
Beginilah yang berlaku semasa menjelang negara kita mencapai
kemerdekaan dahulu. Masyarakat Melayu yang merupakan penduduk
tempatan Malaya ketika itu sangsi dengan kesetiaan dan kecintaan
orang-orang Cina dan India terhadap negara ini yang kehadiran mereka
sebelum itu hanya dianggap sebagai pekerja asing yang mencari wang di
sini.

Isu kontrak sosial menjadi semakin panas selepas pilihan raya umum
ke-12 pada 8 Mac 2008 berikutan perubahan landskap politik negara. Ia
menyaksikan kehadiran lebih ramai ahli parlimen bukan Melayu yang
dipelopori oleh PKR, dan DAP. Pada masa yang sama wujud

1
7

kecenderungan komponen parti dalamn Barisan Nasional yang mula
menyuarakan ketidakpuasan mereka dalam formula Barisan Nasional
yang dilihat terlalu dikongkong oleh UMNO yang bersikap terlalu angkuh
dan menafikan peranan komponen yang lain. Lantaran itu, timbulnya
keresahan di kalangan ahli-ahli UMNO tentang hak serta kedudukan
orang Melayu terutamanyadi negeri-negeri yang dikuasai parti
pembangkang khususnya di Pulau pinang, Perak dan Selangor. Pelbagai
polemik serta kontroversi yang tercetus dalam membicarakan kontrak
sosial jelas menggambarkan ketidakmatangan politik negara yang masih
diselubungi oleh politik perkauman yang begitu sempit. Keadaan
diperburukkan lagi apabila berlaku perbalahan secara terbuka di
kalangan pemimpin - pemimpin dalam Barisan 5asional yang terkena
tempias pilihanraya 2008. Di samping itu, ia turut menyaksikan tindakan
segelintir pemimpin yang senjaga mengeluarkan kenyataan yang berbau
perkauman yang tindakan tersebut dilihat mencurah minyak ke atas api
yang marak. Dalam usaha untuk mengawal situasi yang semakin genting,
kerajaan telah bertindak dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) bagi menahan aktivis -aktivis mahupun wartawan yang
terlibat dalam forum mahupun penghasilan artikel yang dikatakan
menyentuh sentimen perkauman. Di samping itu, penyeliaan yang lebih
ketat ke atas bloggers turut diambil tindakan tersebut jelas mengundang
bantahan ramai dandilihat sebagai satu langkah menutup kelemahan
kerajaan dan merencatkan kesuburan demokrasi negara. Ia jelas tidak
menggambarkan hasrat kerajaan ke arah pembentukan sebuah negara
bangsa Malaysia yang bersatu dan adil.

Tindakan sesetengah pihak yang secara berterusan mempertikaikan
kontrak sosial mendapat perhatian serius Majlis-Majlis Raja-raja Melayu
yang meminta semua pihak menghormati perlembagaan negara serta
tidak menguji mahupun mencabar kontrak sosial yang telah dipersetujui
oleh pemimpin terdahulu (Utusan Malaysian 17 oct 2008) . Ini kerana ia
menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat. Aalaupun
peringatan tersebut disambut baik oleh semua pihak namun begitu,
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan rakyat
berhak persoalkan sosial kontrak jika hak mereka dinafikan kerana Majlis
Raja-raja telah pun memberi jaminan bahawa hak semua kaum akan
dilindungi kerana ia mendapat jaminan Perlembagaan Persekutuan.

1
8

Lantaran itu, beliau menyarankan supaya semuakaum menghormati
kebudayaan serta tatasusila antara satu sama lain.

Kontrak sosial merupakan satu persetujuan bersama di kalangan
pemimpin-pemimpin berbilang kaum dalam menentukan hala tuju
negara ketika era kemerdekaan. Ia dilihat sebagaisatu pakatan murni
yang libatkan toleransi antara kaum. Namun begitu kontrak sosial sering
dimanipulasi oleh ahli-ahli politik demi kelansungan politik
masing-masing. Tindakan sedemikian telah menimbulkan pelbagai
permasalahan yang begitu kompleks dan sering mengakibatkan
ketegangan hubungan antara kaum. Lantaran itu, kontrak sosial terus
diselubungi pelbagai kontroversi akibat daripada corak politik
perkauman yang terlalu sempit. Ia sering menjadi percaturan politik oleh
sesetengah ahli politik yang ingin menonjolkan diri sebagai jaguh kaum
tertentu. Walaupun perbincangan tentang soal kontrak sosial kerap
dielakkan demi perpaduan kaum tetapi Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin
beranggapan tindakan menghalang sebarang perbincangan tentang
isu-isu yang dianggap sensitif tidak mampu menyelesaikan masalah
sebaliknya ia akan menjadikannya lebih serius. Sebaliknya perbincangan
secara terbuka yang dilakukannya secara terkawal dan professional
mampu menyelesaikan pelbagai permasalahan yang telah
merenggangkan hubungan antara kaum.

1
9

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kontrak sosial adalah satu formula mewujudkan satu
cara hidup yang dinamik, aman dan terus membangun melalui
perpaduan dalam kepelbagaian berasaskan prinsip berkongsi,
bekerjasama, toleransi, dan bersatu padu.Dalam kata – kata yang ringkas,
kontrak sosial menjunjung semangat keadilan dan perpaduan
berasaskan kepada prinsip ‘’ duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’’.
Kita sebagai rakyat Malaysia wajib mempertahankan perlembagaan yang
ada.Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi pada hari ini tidak
akan dapat dikekalkan jika sebahagian daripada kita sendiri yang
menganggu- gugat asas kepada pembentukan Negara Malaysia yang
tercinta ini.

RUJUKAN

https://www.coursehero.com/file/6333482/KONTRAK-SOSIAL/
https://www.slideshare.net/sftee4/kontrak-sosial
https://www.academia.edu/30490351/Kontrak_Sosial_Dalam_Perlem
bagaan_Malaysia

1
10


Click to View FlipBook Version