KALI KE LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG 24 S E SI 2 0 2 4 - 2 0 2 5 26 SMK BUKIT SENTOSA 11 MEI 2024 SABTU 8.00 PAGI TARIKH MASA & TEMPAT TEDUHAN KASIH
Kata alu- aluan YDP PIBG SMK Bukit Sentosa 01 02 03-10 11 12 13-16 01 KANDUNGAN 02 Kata alu-aluan Pengetua SMK Bukit Sentosa 03 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25 04 Rekod Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG 2023/2024 05 AJK PIBG SMK Bukit Sentosa 2023 /2024 06 17-23 Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2023 / 2024 07 24 Penyata Kewangan PIBG Sesi 2023 / 2024 08 Maklumat Kutipan Sumbangan PIBG 2023 09 25-26 1 0 Usul Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-26 27-35 1 1 36- 41 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -24 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 1 2 AJK PIBG SEBESTA Sesi 2024 / 2025 42 Senarai Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25 Laporan AkaunProgram Bacathon SEBESTA 2023
AGENDA MESYUARAT 1. UCAPAN ALU - ALUAN 2. MEMBACA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE - 25 3. PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2023/2024 4. PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN PIBG SESI 2023/2024 6. PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2023/2024 7. PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2024/2025 5. MEMBENTANGKAN USUL / CADANGAN 8. UCAPAN PENANGGUHAN 9. PENANGGUHAN MESYUARAT 10. MAJLIS BERSURAI MEMSYEMUSAYURATRAATGAUGNUGNPGIBPGIBKGALKIAKLEI K-E24-24 ESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26
Secangkir Kata Seulas Bicara YDP PIBG SMK BUKIT SENTOSA Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan izinNYA , maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG SMK Bukit Sentosa kali ke 26 dan Majlis Penetapan Sasaran SPM . Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Norlia Binti Abu Bakar, barisan pentadbir, guru-guru dan semua warga sekolah yang sentiasa memberikan sokongan padu dan kerjasama dalam melaksanakan program berkaitan PIBG sekolah ini. Saya yakin dengan pentadbiran yang berwibawa, anak-anak di sekolah ini akan terus melakar kejayaan yang cemerlang dalam bidang kurikulum,ko kurikulum serta ko akademik. Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada ibu bapa dan penjaga yang telah samasama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai aspek. Setiap ringgit yang dibelanjakan pastinya akan kembali kepada murid-murid melalui program kecemerlangan yang akan dijalankan oleh pihak sekolah.Oleh itu para ibu bapa juga dialu-alukan untuk turut menghulurkan sumbangan dalam bentuk kemahiran, tenaga, peralatan dan sebagainya agar anak-anak dapat belajar dalam keadaan yang selesa. Saya juga mengharapkan agar masyarakat setempat juga dapat memberi sokongan terhadap PIBG dalam menjalankan tanggung jawab yang diamanahkan ini. Saya bagi pihak jawatankuasa PIBG berasa sangat terharu atas sokongan para ibu bapa dan penjaga yang tidak pernah jemu menyumbang buah fikiran, tenaga malahan wang ringgit bagi memastikan segala program sekolah berjalan lancar. Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada guru-guru atas segala pencapaian murid-murid sekolah ini dalam pelbagai bidang. Sesungguhnya kejayaan ini hasil kesungguhan dan pengorbanan guru-guru serta sokongan padu daripada ibu bapa dan penjaga. Semoga warga SEBESTA akan terus melakar kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang. Insya Allah. Akhir kata, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Penetapan Sasaran SPM 2024 yang berlangsung pada hari ini. Sekian, Terima kasih. TUAN HAJI BAKARI BIN ABU BAKAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 01
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Bukit Sentosa kali ke-26 bagi tahun 2024 dapat dilaksanakan. Di kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir kerana dapat meluangkan masa untuk turut serta menyempurnakan dan menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bagi tahun 2024. Ibu bapa yang dihormati, Sekolah merupakan institusi yang memberi peluang kepada semua murid menimba pelbagai ilmu, memupuk bakat dan membentuk sahsiah terpuji. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pula merupakan tiang sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program. Oleh hal yang demikian, saya sangat berharap agar barisan guru, ibu bapa/penjaga murid-murid di sekolah ini sentiasa memberikan komitmen yang tinggi untuk meningkatkan kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik dan kokurikulum. Saya sangat bersyukur kerana sekolah kita telah mencipta kejayaan sehingga ke peringkat kebangsaan pada tahun lepas. SEBESTA telah menjadi Johan peringkat Kebangsaan melalui Pertandingan Stemprenuer Kemahiran Digital Peringkat Kebangsaan tahun 2023 yang dipertandingkan secara dalam talian yang bertempat di Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan JPWP Labuan. SEBESTA juga telah menjadi Johan Stemprenuer Negeri Selangor yang diadakan di Sekolah Ekonomi dan Pengurusan, UPM pada 19 September 2023. Selain itu, SEBESTA juga telah mencipta kejayaan Johan Boling peringkat Daerah dan Naib Johan Catur peringkat Daerah. Terkini, melalui Kejohanan Merentas Desa MSSD Hulu Selangor tahun 2024 SEBESTA telah dinobatkan Naib Johan secara keseluruhan. Ahir kata, saya berharap lebih ramai ibu bapa tampil memberikan sumbangan dari segi tenaga, sokongan serta idea yang bernas demi kemajuan anak-anak dan sekolah. Semoga ALLAH SWT memberkati kerjasama ini dalam menjalankan amanah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berilmu dan cemerlang di dunia dan akhirat. ‘SEBESTA The Best’ Sekian, terima kasih. Pn. Hajah Norlia binti Abu Bakar Pengetua Secangkir Kata Seulas Bicara PENGETUA SMK BUKIT SENTOSA PUAN NORLIA BINTI ABU BAKAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 02
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 03 MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA - GURU (PIBG) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT SENTOSA 48300 RAWANG, SELANGOR KALI KE-23 SESI 2021/22 Tarikh : 10 Jun 2023 (Sabtu) Masa : 9.30 - 11.15 pagi Tempat : Teduhan Kasih, SMK Bukit Sentosa AGENDA MESYUARAT 1.0 Ucapan alu-aluan YDP PIBG 1.1 Tn. Hj. Bakari bin Abu Bakar selaku YDP PIBG mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa, penjaga dan guru-guru serta AJK PIBG dalam mesyuarat agung PIBG Kali ke-25. 1.2 Beliau juga mengucapkan syukur kerana Mesyuarat Agung PIBG kali ini dapat dilaksanakan secara bersemuka dengan kehadiran ibu bapa yang memberangsangkan. 1.3 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang hadir kerana menyokong kecemerlangan anak-anak kerana Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ini dilaksanakan dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2022. Tindakan : Makluman 2.0 Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-23 2.1 Tn Hj Bakari bin Abu Bakar selaku YDP PIBG membentangkan minit mesyuarat Agung PIBG Kali ke-24 Sesi 2022/2023. 2.2 Tn. Hj Bakari meminta semua ahli mesyuarat membuat semakan dan meminta ahli mesyuarat menyatakan maklum balas sekiranya ada perkara berbangkit. 2.3 Pengesahan minit mesyuarat, En. Mohamad Zulfikar mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung Kali ke-24 Sesi 2022/2023 disahkan oleh ahli mesyuarat. 2.4 Puan Salwana binti Baharum mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung Kali ke-24 Sesi 2022/2023 disokong untuk disahkan oleh ahli mesyuarat. 2.5 Minit Mesyuarat Agung Kali ke-24 Sesi 2022/2023 disahkan tanpa sebarang pindaan. Tindakan : Setiausaha dan Makluman MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 03
04 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 04 3.0 Pembentangan Laporan Tahunan PIBG Sesi 2022/23 3.1 Pn. Maizatulakhma selaku Setiausaha PIBG membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG bagi sesi 2022/23 secara terperinci. Ahli mesyuarat diminta merujuk laporan bertulis pada halaman 12 hingga 14 yang terdapat dalam buku laporan PIBG. 3.2 Laporan dicerakinkan kepada pecahan mengikut Unit Kurikulum, Unit Hal Ehwal Murid, Unit Kokurikulum dan lain-lain. 3.3 Pelbagai Pelbagai program PIBG telah dilaksanakan dan pihak PIBG sentiasa memberi kerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti sepanjang tahun 2022/2023. 3.4 Laporan aktiviti tahunan ini diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat dan tiada pertikaian. Tindakan : Makluman 4.0 Pembentangan Laporan Kewangan PIBG sesi 2022/2023 4.1 Puan Salwana binti Baharum selaku Penolong Bendahari PIBG bagi sesi 2022/23 membentangkan laporan kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2022. Ahli mesyuarat boleh merujuk laporan kewangan bertulis yang dikemukakan pada halaman 16-22 dalam buku laporan. 4.2 En. Hamimi bin Mohd Shamsudin mencadangkan agar laporan kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022 disahkan dengan sedikit pindaan pada lajur unjuran sumbangan dan Pn. Chandrakala a/p Simmathiri menyokong agar laporan kewangan ini disahkan. 4.3 Ahli mesyuarat bersetuju menerima dengan sebulat suara laporan pembentangan kewangan PIBG Sesi 2022/23 yang berakhir pada 31 Disember 2022. Tindakan : Bendahari dan Makluman 5.0 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2022/2023 5.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG bagi Sesi 2022/23 atas komitmen yang diberikan sepanjang tahun bagi memastikan aktiviti- aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik. 5.2 YDP PIBG membubarkan jawatankuasa PIBG bagi Sesi 2022/23 dengan rasminya. Tindakan : Setiausaha dan Makluman 04
05 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 05 6.0 Pelantikan AJK PIBG bagi Sesi 2023/2024 6.1 En. Khairul Alrashid selaku pengerusi sementara menguruskan pelantikan bagi AJK PIBG sesi 2023/2024 memulakan sesi pelantikan ahli jawatankuasa yang baharu. 6.2 En. Jamsari Bachtiar mencadangkan agar AJK sedia ada tahun 2022/23 dikekalkan dan pencalonan beberapa cadangan ahli AJK baharu diuruskan oleh Pengerusi Sementara. 6.3 Setelah undian dibuat, En. Khairul Alrashid mengumumkan senarai nama AJK PIBG Ibu Bapa sesi 2023/2024. Puan Pengetua pula mengumumkan senarai nama AJK Guru yang telah dilantik bagi Sesi 2023/2024. 6.4 Berikut adalah senarai nama AJK PIBG bagi sesi 2023/2024: Jawatan Nama Pemegang Jawatan Yang Dipertua Tn. Hj Bakari bin Abu Bakar Naib Yang Dipertua En. Mohamad Zulfikar bin Mohamed Idris Setiausaha Pn. Maizatulakhma binti Maidin Bendahari Pn. Rahmah binti Mohammad Morni AJK Guru Pn. Mala a.p Muniandy AJK Guru Pn. Noor Munirah binti Awang Ngah AJK Guru Pn. Fauziah binti Zawawi AJK Guru Pn. Norshuhada binti Abdullah AJK Guru En. Mohd Firdaus bin Adnan AJK Guru Pn. Masliza binti Mohd Anim AJK Ibu Bapa Pn. Aziah binti Mokhtar AJK Ibu Bapa Dr. Ahmad bin Mahmood AJK Ibu Bapa En. Ali Sham bin Samat AJK Ibu Bapa En. Hamimi bin Mohd Shamsudin AJK Ibu Bapa Pn. Mahaletchumy a/p Supramaniam AJK Ibu Bapa En. Mohd Amin bin Daud Juruaudit Dalaman (Guru) Pn. Zalina binti Mustafa Juruaudit Dalaman(Ibu bapa) En. Mohd Zuki bin Daud 6.5 Ahli mesyuarat menerima pelantikan AJK dengan sebulat suara. 6.6 Pengerusi sementara menjemput Tn. Hj. Bakari bin Abu Bakar selaku Yang Dipertua PIBG yang baru dilantik untuk meneruskan agenda mesyuarat PIBG bagi sesi 2023/2024. Tindakan: Makluman,Setiausaha dan AJK 05
7.0 Perbincangan dan Penerimaan Usul 7.1 Usul 1: Memohon Kenaikan Sumbangan PIBG dengan syor kenaikan daripada RM 50/ keluarga kepada RM 60/ keluarga. Usul ini dibawakan oleh Puan Haslinda binti Dawan. Sumbangan ini merupakan sumbangan perkeluarga. RM60.00 merangkumi sumbangan PIBG (RM 50.00) dan sumbangan kertas A4 (RM 10.00). Cadangan ini dibuat berikutan peningkatan kos barangan dan perkhidmatan. Pecahan sumbangan PIBG akan digunakan bagi menampung pengurusan belanja untuk program yang melibatkan murid dan perkembangan murid secara holistik. Sumbangan ini akan digunakan untuk membaiki struktur fizikal sekolah yang melibatkan kelas, tandas yang rosak, serta membeli kerusi dan meja baharu untuk keperluan asas murid belajar di sekolah. Sumbangan A4 pula adalah untuk menampung belanja pembelian kertas putih A4 yang digunakan oleh pihak sekolah untuk mencetak modul, mencetak kertas latihan semasa teknik menjawab soalan dan latih tubi. 7.1.1 Pn.Hamidah binti Zakaria menyokong cadangan usul diterima. 7.1.2 Usul 1 disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat . 7.2 Usul 2: Sumbangan Sumbangan Program Kecemerlangan Akademik Murid Tingkatan 5 dengan syor kadar RM100.00/murid. Usul ini dibawakan oleh En. Azman bin Abd Karim. Program ini merupakan salah satu program untuk meningkatkan kecemerlangan murid daripada pihak sekolah untuk murid tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Sumbangan ini akan digunakan bagi menampung kos pelaksanaan kelas tambahan yang diadakan pada setiap hujung minggu (Sabtu minggu kedua dan keempat) dan untuk pelaksanaan bengkel teknik menjawab soalan. Semoga dengan sumbangan yang disalurkan dapat meningkatkan kecemerlangan SPM 2023 sekolah ini. 7.2.1 Pn. Norazlinda binti Jahrudin mencadangkan usul diterima. 7.2.2 Usul 2 disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 05 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 06 06
05 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 07 7.2 Usul 3: Sumbangan Program Perkampungan Ilmu SPM Tingkatan 5 dengan syor kadar RM 120/murid terlibat. Usul ini dibawakan oleh Puan Nor Aini binti Mohd Zin. Program ini melibatkan sasaran murid 6 kelas teratas,namun turut dibuka kepada murid lain jika ada kekosongan. Cadangan pelaksanaan program pada 27-29 Oktober 2023. Program ini dirancang untuk meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan SPM yang bakal diduduki oleh calon SPM Ting 5. Pelbagai latihan dan teknik menjawab soalan bagi subjek terpilih akan didedahkan secara menyeluruh untuk meningkatkan pemahaman murid seterusnya dapat meningkatkan persediaan dan keyakinan murid menghadapi Peperiksaan SPM 2023. 7.2.1 Pn. Jamilah binti Mat Isa menyokong agar usul diterima. 7.2.2 Usul 3 disokong oleh majoriti ahli mesyuarat. 7.3 Usul 4: Program Bacathon. Usul ini dibawakan oleh Pn. Roseliza binti Mansor. Program ini dicadangkan untuk mengutip dana PIBG dengan sasaran kutipan sebanyak RM 150,000.00 bertujuan untuk pembinaan susur gajah, baik pulih dan penyelenggaraan kerosakan kecil, naik taraf lampu sedia ada di dalam kelas kepada lampu LED dan pembinaan tempat menunggu murid (sementara menunggu untuk pulang ke rumah). Program ini akan dilaksanakan bermula 15 Sept 2023 sehingga 15 Oktober 2023. Semoga dengan persetujuan program ini dapat memberi persekitaran yang kondusif kepada anak/tuan puan sewaktu berada di sekolah. 7.3.1 Pn. Sumathra Aimanan mencadangkan agar usul diterima sebulat suara. 7.3.2 Usul 4 disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat . 7.4 Usul 5: Pembelian Kerusi- Meja murid sebanyak 80 unit untuk kegunaan 2 buah kelas. Usul ini dicadangkan oleh Pn. Saripah Dora binti Ismail. Pembelian kerusi dan meja ini diperlukan bagi menampung jumlah perabot yang semakin berkurang disebabkan kerosakan dan patah. Langkah ini perlu diambil untuk memastikan prasarana yang baik dan memberi keselesaan kepada murid sewaktu pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. 7.5.1 En. Mohd Firdaus bin Adnan mencadangkan agar usul diterima . 7.5.2 Usul 5 disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat . 07
05 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 08 7.6 Usul 6: Penerbitan e-Majalah sekolah . Usul ini dibawa oleh Pn. Norsuzliani binti Ab. Halim. Majalah sekolah merupakan satu usaha pihak sekolah untuk menghimpunkan segala aktiviti, pencapaian sekolah,hasil nukilan kreatif murid, dan gambar foto murid, serta warga sekolah yang lain. Sebagai satu usaha mendokong Dasar Digital Negara, pihak sekolah berhasrat untuk menghasilkan e-majalah sebagai wahana untuk berkongsi maklumat tentang aktiviti-aktiviti sekolah sebagai rujukan dan tatapan kenangan murid-murid. 7.6.1 Pn . Nor Adiza binti Abdul Talib mencadangkan usul diterima sebulat suara. 7.6.2 Usul 6 disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 7.7 Usul 7: Penyediaan Penapis Air. Usul ini dibawakan oleh Pn. Mazliana binti Mazlan. Cadangan untuk pihak sekolah Bersama PIBG menyediakan mesin penapis air untuk kegunaan murid terutamanya pada waktu panas. 7.7.1 Pn. Roseliza binti Mansor mencadangkan usul diterima sebulat suara. 7.7.2 Usul 7 disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. YDP PIBG memberi maklum balas tentang perbincangan dengan AJK PIBG ibu bapa dan memaklumkan bahawa terdapat ibu bapa yang berminat memberi sumbangan penapis air dan akan ditempatkan di sekolah dalam masa terdekat. Tindakan: Setiausaha PIBG, AJK PIBG dan ,Penyelaras Program 8.0 Maklum Balas Usul 8.1 Pn. Mazaitul Azirah binti Maznan mencadangkan agar penambahbaikan rasa dan kualiti makanan di kantin, kepelbagaian jenis makanan dan kecukupan kuantiti makanan terutamanya semasa rehat sesi petang. Maklum balas: Perkara ini akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Kantin sekolah untuk tindakan selanjutnya 8.2 Pn. Rosalina binti Ibrahim mencadangkan agar pihak sekolah dapat meningkatkan lagi keselesaan di sekolah terutamanya tandas murid kerana anak saya tidak selesa dengan pintu tandas rosak dan tahap kebersihan tandas. Maklum balas: Langkah baik pulih tandas ini sentiasa dibuat secara berkala dan apabila berlaku kerosakan, tertakluk kepada peruntukan kewangan yang sedia ada. Contohnya, bagi sesi 2022/23 peruntukan sebanyak hampir RM7000.00 digunakan untuk baik pulih tandas di Blok D. Sikap segelintir murid yang tidak berhemah dalam penggunaan tandas menyebabkan pembaikan yang dibuat tidak bertahan lama dan kembali rosak. 08
05 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 09 8.3 Pn. Vijaya Letchumi a/p R. Simanchalam mencadangkan agar pihak sekolah membenarkan ibu bapa mengambil anak ( perempuan) dalam kawasan sekolah apabila waktu hujan. Maklum balas: Kawasan dalam sekolah sempit dan keadaan ini boleh menimbulkan kesesakan pada laluan keluar masuk pintu utama sekolah. 8.4 En. Narizal bin Fadzil mencadangkan agar dikembalikan sesi persekolahan pada bulan Januari. Maklum balas: KPM telah mengumumkan bahawa permulaan sesi sekolah pada bulan Januari akan dilaksanakan paha tahun 2026. 8.5 En. Mohd Ridzuan bin Mohd Yusoff mencadangkan agar murid-murid yang membawa motosikal memarkir di dalam kawasan sekolah supaya tiada kesesakan lalu lintas di hadapan sekolah kerana dianggap laluan berbahaya. Maklum balas: Kawasan di dalam sekolah sangat terhad dan tiada ruang untuk meletakkan motosikal yang dibawa oleh murid. 8.6 Pn. Poonita Marnogara membawa mencadangkan agar Murid Tingkatan 5 tidak perlu bayaran untuk kelas tambahan kerana mereka pergi tuisyen luar yang bayaran mahal. Apabila pihak sekolah adakan kelas tambahan,ada murid yang tidak mampu pergi. Maklum balas: Bayaran kelas tambahan ini meliputi RM100/setahun dan digunakan untuk menampung kos cetakan bahan kepada murid bagi setiap mata pelajaran serta sedikit imbuhan kepada komitmen guru-guru yang melaksanakan kelas tambahan tersebut. Jumlah ini masih lagi rendah berbanding dengan sekolah-sekolah lain di sekitar Hulu Selangor. 8.7 Pn. Nurul Humairah memberi cadangan untuk diletakkan kerusi bangku di tandas perempuan. Maklum balas: Cadangan ini tidak sesuai bagi mengelakkan murid terus berkumpul dan mengambil masa yang lama di dalam tandas. 8.8 En. Amirruddin bin Muda berharap agar pihak sekolah dapat mengurangkan bilanga buku teks yang tebal untuk dibawa oleh murid ke sekolah setiap hari. Maklum balas: Jumlah bilangan buku teks yang dibawa menepati jadual untuk lima mata pelajaran dalam satu hari pdpc. Mohon ibu bapa memantau jadual waktu anak-anak. 8.9 Mohd Yusairi bin Mohd Nazri mencadangkan agar pihak sekolah menegur peniaga yang berniaga di pondok hentian bas hadapan SMKBS agar tidak memarkir kereta di tepi hentian bas sehingga menutup separuh jalan raya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Maklum balas: Kerjasama dengan pihak penguat kuasa tempatan akan dilakukan untuk menegur dan menasihati peniaga yang terlibat. 09
05 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 10 8.10 Pn Nursyairin binti Saparin mencadangkan berkaitan larangan membuat pusingan U di hadapan sekolah. Maklum balas: Tn. Haji Bakari memberi respons usul ini,agar semua ibu bapa peka akan hal keselamatan anak-anak.Ibu Bapa seharusnya memberi tunjuk teladan yang baik kepada anak-anak. 8.11 En. Mohd Faizul Jusoh mencadangkan agar dibina bumbung di bahagian pintu utama sekolah. Maklum balas:Tn Hj Bakari memberi respons berkaitan cadangan ini pernah diusulkan pada tahun-tahun sebelum ini. Pembinaan bumbung luar sekolah adalah bawah tangunggjawab Majlis Perbandaran, perlu mendapat kelulusan dan peruntukan daripada pihak terbabit. Tindakan: Makluman 9.0 Hal-hal lain 9.1 Pn. Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir atas kerjasama dan permuafakatan yang disepakati semasa mesyuarat Agung PIBG dijalankan. Beliau berharap agar ibu bapa meyokong segala usaha dan perancangan pihak sekolah seperti sumbangan PKAS yang dirasakan sangat berbaloi untuk murid-murid. 9.2 Pn. Pengetua turut menyatakan jika pihak ibu bapa menghadapi masalah atau kemusykilan, boleh berhubung dengan pihak sekolah terlebih dahulu dan tidak terus merujuk kepada pihak PPD atau Jabatan Pendidikan Selangor. Tindakan: Makluman 10.0 Penutup 10.1 Tn Hj Bakari mengucapkan terima kasih atas kehadiran pada hari ini serta sumbangan ibu bapa sentiasa memberi sokongan kepada PIBG SMKBS. Pihak AJK PIBG memohon menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan dan akan berusaha untuk menjalankan amanah yang diberikan dengan baik. Tanpa sokongan daripada semua pihak, pihak PIBG tidak dapat melaksanakan program dengan lancar. 10.2 Beliau juga berharap ibu bapa terus menyokong dan menyumbang tenaga, sumbangan dan kepakaran lain demi kecemerlangan Sebesta. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 pagi. Disediakan oleh: Urus setia Mesyuarat Pn.Maizatulakhma binti Maidin Setiausaha PIBG SMK Bukit Sentosa Tahun 2023/24 16 JUN 2023 10
REKOD KEHADIRAN ME S YUARA T A JK PIBG S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 11
2023 / 2024 12 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26
2023 LAPORAN AKTIVITI PIBG SMK BUKIT SENTOSA 48300 RAWANG
PIBG SMK BUKIT SENTOSA LAPORAN AKTIVITI PIBG Persatuan Ibu Bapa-Guru SMK Bukit Sentosa telah diterajui oleh ahli jawatankuasa yang komited dan sentiasa menjadikan pembangunan pendidikan anak-anak SEBESTA sebagai aspirasi perdana bagi menggerakkan persatuan ini. Sepanjang tahun 2023/24, PIBG SMK Bukit Sentosa telah bekerjasama dengan pihak sekolah bagi melaksanakan program yang dapat memberikan impak dalam menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif kepada murid dan ibu bapa. Persatuan ini juga bertekad untuk bergerak dengan aktif merencana dan melaksanakan pelbagai aktiviti pada tahun-tahun seterusnya. PIBG juga telah berusaha untuk menambah dana kutipan melalui usaha berterusan dengan pihak sekolah. Ringkasan laporan aktiviti dan sumbangan PIBG sepanjang tahun 2023/24 adalah seperti berikut: 1.0 PIBG telah melaksanakan Projek Mega yang dipohon dan diluluskan pelaksanaannya bagi menambah kutipan dana kewangan PIBG. Nama aktiviti: Program Bacathon 2023 ( Sept-Nov 2023) Kesan: Usaha mengumpul dana kewangan ini menunjukkan kerjasama pelbagai pihak secara muafakat dan ikhlas bagi kesejahteraan warga sekolah dan sekitarnya. Kutipan dana dalam program ini berjaya dicapai dengan kutipan melebihi sasaran awal sebanyak RM150 000.00. Kutipan hasil dana ini bertujuan untuk menambah baik dan menaik taraf kemudahan sekolah dan bilik darjah supaya murid dapat belajar secara kondusif. Keselesaan ruang menunggu kenderaan ibu bapa dan keselamatan padang untuk aktiviti fizikal juga ditambah baik menggunakan dana yang diperuntukkan melalui program ini. 2.0 PIBG tidak ketinggalan memberikan sumbangan untuk kebajikan murid serta membina sahsiah, kepimpinan dan jati diri murid melalui aktiviti berikut: Nama aktiviti: Majlis Solat Hajat Perdana SPM 2023 ( 19 Jan 2024) Sumbangan Makan Calon SPM 2023 (Feb-Mac 2024) Kesan: Kerjasama Pihak PIBG bersama Panitia Pendidikan Islam dapat mempertemukan pihak sekolah dengan ibu bapa secara lebih dekat dalam menyokong usaha murid dalam menghadapi Peperiksaan SPM 2023. Sumbangan Makan kepada calon SPM sangat membantu dalam menjaga kebajikan dan keselamatan murid sewaktu hari menduduki SPM. 13 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26
Nama Aktiviti: Pendaftaran Tingkatan 1, Peralihan dan PPKI 2024 ( 1 Mac 2024) Kem Smart Solat (6 Dis 2023) Kesan: Selain murid Tingkatan 5, PIBG juga turut menyokong program murid baharu yang melangkah masuk ke Sebesta. Sokongan juga diberi kepada program pemupukan jati diri murid sejak peringkat awal usia remaja mereka. Nama Aktiviti: Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar (7 Jun 2023), Kursus Kepimpinan PRS (29 Julai 2023) Majlis Apresiasi Pengawas (Jan 2024) Kesan: Usaha untuk menghasilkan kemenjadian murid dari segi kepimpinan tidak boleh dinafikan. PIBG Sebesta sentiasa menyokong untuk merealisasikan program sekolah berkaitan kepimpinan dan jati diri murid agar menjadi insan yang boleh memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. 3.0 PIBG turut menganjurkan beberapa program bagi meningkatkan prestasi murid dalam bidang kurikulum iaitu: Nama aktiviti: Majlis Sarana Ibu Bapa dan Penetapan Target SPM 2023 (8 April 2023) Kesan: Sarana ibu bapa membuka peluang diskusi dua hala antara pihak ibu bapa/ penjaga dengan pihak guru dalam mengesan kebolehan murid sehingga ke tahap optimum. Aktiviti ini turut menjemput penceramah motivasi terkenal dalam berkongsi tips menjadi insan cemerlang. Nama aktiviti: Perkampungan Ilmu SPM (22-24 September 2023) Kesan: Program Perkampungan Ilmu SPM yang telah dilaksanakan di salah sebuah fakulti di UPSI telah memberi pendedahan kepada murid tentang situasi pembelajaran yang sebenar di menara gading. Program tahunan yang dijalankan memberi pendedahan tentang teknik menjawab soalan yang melibatkan guru-guru pakar mampu menambah kemahiran menjawab murid dalam peperiksaan. Oleh hal yang demikian, pihak PIBG sentiasa menyokong pelaksanaan program yang dilihat dapat melonjakkan kecemerlangan murid di sekolah dalam bidang akademik khususnya. PIBG SMK BUKIT SENTOSA 14 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26
Nama aktiviti: Program Kecemerlangan Akademik Sekolah SPM (Mei 2023-Jan 2024) Kesan: Kelas Tambahan yang dilaksanakan ini sangat membantu murid dalam membuat latihan tambahanberkaitan teknik menjawab dan soalan-soalan berformat SPM. Program yang sentiasa mendapat permintaandaripada ibu bapa dalam memastikan pembelajaran anak-anak mereka secara berterusan ini pastinya disokongoleh pihak PIBG. 4.0 PIBG turut menyokong aktiviti yang menjurus ke arah perkembangan kokurikulum yang dilihat dapatmenonjolkan potensi murid di peringkat sekolah. Nama Aktiviti: Perkhemahan Integrasi Badan Beruniform (8-10 Sept 2023) Kesan: Pihak PIBG juga turut komited untuk menyokong usaha murid yang boleh menonjolkan potensi dalambidang kokurikulum ke peringkat yang tertinggi. Bantuan sumbangan yang diberi boleh menampung danmeringankan kos pengurusan dan pengangkutan murid yang terlibat. Nama Aktiviti: Perarakan Sambutan Maulidur Rasul-MasjidAssalam Bkt Sentosa Tarikh: 28 Sept 2023 Kesan: Pihak PIBG juga turut komited untuk menyokong usaha murid dalam menyertai program anjuran komunitisetempat. Pelibatan murid melalui program ini dapat mendedahkan murid tentang permuafakatan yang perludiamalkan dalam kehidupan seharian. 5.0 PIBG sentiasa menyokong usaha murni pihak sekolah melahirkan murid yang cemerlang dan menghargai kecemerlangan murid yang diusahakan. Nama Aktiviti: Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid 2022 (10 Jun 2023), Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2022(8 Jun 2023) Kesan: Hari Anugerah Kecemerlangan ini merupakan satu usaha daripada pihak sekolah untuk mengapresiasisegala penat lelah murid dalam bidang pembelajaran sehingga mereka berjaya. Program ini juga diadakan untukmemastikan murid yang lain terus mengorak langkah mengejar kecemerlangan dalam bidang akademik sepanjangpersekolahan ini. PIBG SMK BUKIT SENTOSA 15 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26
6.0 PIBG turut membantu dan memberi sumbangan dalam projek Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan (3K) sekolah iaitu: Nama Aktiviti: 1.1 Program Gotong-Royong Perdana (9 Sept 2023) 1.2 Program Gotong-Royong KPM 2023/2024 ( 27 April 2024) 1.3 Pemasangan Penapis Air 1.4 Penyelenggaraan tandas murid 1.5 Penyelenggaraan kerusi meja 1.6 Baik pulih Padang Sekolah 1.7 Baik pulih Makmal Sekolah 1.8 Baik pulih Tangga Blok E 1.9 Pembinaan Gelanggang 1.10 Pemasangan Grill 1.11 Naik Taraf Bilik PIBG Tarikh: Sepanjang tahun 2022/23 (Mengikut keperluan) Kesan : PIBG peka terhadap kebersihan, kesihatan dan keselamatan sekolah supaya dapat mewujudkan sekolah yang kondusif kepada murid ketika menimba ilmu. Pada masa yang sama, suasana sekolah yang bersih, lengkap dan selamat dapat meningkatkan motivasi guru untuk mengajar. PIBG tidak akan berkompromi sekiranya persekitaran sekolah tidak menjamin keselamatan dan anak-anak murid untuk menuntut di sekolah ini. Oleh sebab itu, PIBG sentiasa bersikap terbuka dalam memberikan idea serta sumbangan terhadap usaha guru untuk menjadikan aspek 3K di sekolah sentiasa diberi keutamaan. Disediakan oleh: MAIZATULAKHMA BINTI MAIDIN Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa-Guru SMK Bukit Sentosa Sesi 2023/24 PIBG SMK BUKIT SENTOSA 16 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26
2023 LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG SMK BUKIT SENTOSA 48300 RAWANG
PENYATA KEWANGAN 2023 17 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26
BUTIRAN AKAUN PIBG (SEHINGGA DISEMBER 2023) 18 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26
BUTIRAN BAKI, PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN 19 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26
20 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 BUTIRAN BAKI, PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
21 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 BUTIRAN BAKI, PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
22 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 BUTIRAN BAKI, PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
23 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 BUTIRAN BAKI, PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
24 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 KUTIPAN SUMBANGAN PIBG 2023
25 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 LAPORAN AKAUN PROGRAM BACATHON SEBESTA 2023
26 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 LAPORAN AKAUN PROGRAM BACATHON SEBESTA 2023
2024 USUL MESYUARAT AGUNG PIBG SMK BUKIT SENTOSA 48300 RAWANG KALI KE26
USUL 1 PENCADANG: PN.KAMISAH BINTI AHMAD (PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID) 1.0 Memohon Sumbangan PIBG dikekalkan sebanyak RM 60.00/keluarga. Sumbangan ini merupakan perkeluarga. RM60.00 merangkumi sumbangan PIBG (RM 50.00) dan sumbangan kertas A4 (RM 10.00). Sumbangan ini berikutan peningkatan kos barangan dan perkhidmatan. Sumbangan PIBG akan digunakan bagi menampung kos untuk program dan aktiviti yang melibatkan murid bertujuan memastikan perkembangan murid secara holistik. Sumbangan ini juga akan digunakan untuk penyelenggaraan kecil yang melibatkan kerosakan kelas dan tandas. Sumbangan A4 pula adalah untuk menampung belanja pembelian kertas putih A4 yang digunakan oleh pihak sekolah untuk mencetak modul, mencetak kertas latihan semasa teknik menjawab soalan dan latih tubi serta kertas ujian/peperiksaan/pentaksiran. USUL 2 PENCADANG : PN. HASLINDA BIN DAWAN (PENOLONG KANAN PENTADBIRAN) 1.0 Program Kecemerlangan Akademik Sekolah (PKAS) Sumbangan Program Kecemerlangan Akademik Sekolah yang dipohon berdasarkan jumlah yang berikut: Program ini merupakan salah satu program unggul untuk meningkatkan kecemerlangan murid tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Sumbangan ini akan digunakan bagi menampung kos pelaksanaan kelas tambahan yang diadakan pada setiap hari dan hujung minggu (Sabtu minggu kedua dan keempat) serta pelaksanaan bengkel teknik menjawab soalan. PKAS adalah untuk memastikan prestasi dan momentum murid Tingkatan 5 sentiasa berada pada tahap yang tinggi menjelang peperiksaan SPM. Program PKAS untuk murid Peralihan, Ting 1 hingga 4 yang terlibat akan berfokus pada pembelajaran asas Matematik dan Algebra. USUL MESYUARATAGUNGPIBG 2024 / 2025 27
USUL 3 PENCADANG: PN.CHITRA DEVI A/P MANIAM USUL MESYUARATAGUNGPIBG 2024 / 2025 USUL 4 PENCADANG: PN. SALWANA BINTI BAHAROM 3.0 Perkampungan Ilmu SPM Tingkatan 5. Sumbangan Program Perkampungan Ilmu SPM Tingkatan 5 dengan syor kadar RM 100.00/murid terlibat. Program ini melibatkan sasaran murid Tingkatan 5 bagi enam kelas teratas,namun turut dibuka kepada murid lain jika ada kekosongan. Cadangan pelaksanaan program pada 25- 27 Oktober 2024. Program berfokus ini dirancang untuk meningkatkan kualiti keputusan peperiksaan SPM yang bakal diduduki oleh calon SPM Tingkatan 5. Pelbagai latihan dan teknik menjawab soalan bagi subjek terpilih akan didedahkan secara menyeluruh dan komprehensif. Aktiviti berbentuk motivasi juga turut diselitkan bagi meningkatkan keyakinan murid menghadapi peperiksaan SPM. 4.0 Kutipan kadar syor sumbangan berkaitan Program di bawah Unit Hal Ehwal Murid yang dipohon berdasarkan jumlah berikut: 28
USUL 4 PENCADANG: PN. SALWANA BINTI BAHAROM USUL MESYUARATAGUNGPIBG 2024 / 2025 USUL 5 PENCADANG: PN. FAUZIAH BINTI ZAKARIA Unit Hal Ehwal Murid meliputi kemenjadian murid dalam kepemimpinan dan sahsiah. Cadangan syor kutipan bayaran ini adalah untuk menampung kos pelaksanaan program terutamanya kos makanan peserta daripada unit yang disenaraikan. Pelaksanaan program yang dirancang akan mencapai objektif sekiranya terdapat kerjasama dalam merealisasikannya. Diharapkan usul yang dibawa ini diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 29 5.0 Kutipan kadar syor sumbangan berkaitan Program di bawah Unit Kokurikulum yang dipohon berdasarkan jumlah berikut: Unit Kokurikulum sekolah sentiasa komited dalam merancang dan melaksanakan program luar bilik darjah yang bermanfaat kepada murid. Cadangan syor kutipan bayaran ini akan digunakan untuk menampung kos pengangkutan serta makanan ahli peserta bagi sesuatu program yang dirancang. Kutipan bayaran yang bakal dilaksanakan haruslah mendapat persetujuan daripada ahli mesyuarat untuk mengelakkan perkara berbangkit terjadi. Semoga usul yang dibawa ini diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
USUL MESYUARATAGUNGPIBG 2024 / 2025 USUL 6 PENCADANG: PN SABARIAH BINTI MOHD RAMLI 25 UUSUL 7 PENCADANG: PN. NORSHUHADA BINTI ABDULLAH 6.0 Memohon Kutipan Sumbangan Dana PPKI sebanyak RM 150.00 Setahun bagi murid PPKI Sumbangan dana PPKI digunakan untuk beberapa aktiviti yang dilaksanakan bagi perkembangan potensi murid. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah Sambutan Hari Lahir, Keceriaan dan bahan bantu mengajar , Majlis Anugerah PPKI, dan keperluan diri murid. Semoga dengan sumbangan ini dapat merealisasikan program yang dirancang seiring dengan kebolehupayaan murid secara holistik. 7.0 Penerbitan e-Majalah Sekolah Majalah sekolah merupakan satu usaha pihak sekolah untuk menghimpunkan segala aktiviti, pencapaian sekolah, hasil nukilan kreatif murid dan gambar murid serta warga sekolah yang lain. Sebagai satu usaha mendokong Dasar Digital Negara, pihak sekolah berhasrat untuk menghasilkan e-majalah sebagai wahana untuk berkongsi maklumat tentang program dan aktiviti sekolah sebagai rujukan dan tatapan kenangkenangan khususnya bagi murid-murid. 30
USUL IBU BAPA USUL 8 PENCADANG: EN. ALI SHAM BIN SAMAT USUL MESYUARATAGUNGPIBG 2024 / 2025 31 8.0 Pembelian kerusi murid dengan kadar syor bayaran RM 10.00/keluarga Pembelian kerusi ini diperlukan bagi menampung jumlah perabot yang semakin berkurang disebabkan kerosakan. Langkah ini perlu diambil untuk memastikan prasarana yang baik dan memberi keselesaan kepada murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Semoga usul yang dicadangkan ini disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat dalam memastikan keselesaan anak murid kita sewaktu belajar.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -24 32 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 MAKLUM BALASUSUL & CADANGANIBUBAPA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -24 33 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 MAKLUM BALASUSUL & CADANGANIBUBAPA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -24 34 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 MAKLUM BALASUSUL & CADANGANIBUBAPA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -24 35 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26 MAKLUM BALASUSUL & CADANGANIBUBAPA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -24 SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA ME S YUARA T AGUNG PIBG KA L I KE 2 5 S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 36 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -24 SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA ME S YUARA T AGUNG PIBG KA L I KE 2 5 S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 37 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -24 SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA ME S YUARA T AGUNG PIBG KA L I KE 2 5 S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 38 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -24 SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA ME S YUARA T AGUNG PIBG KA L I KE 2 5 S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 39 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -24 SENARAI KEHADIRAN GURU ME S YUARA T AGUNG PIBG KA L I KE 2 5 S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 40 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -24 SENARAI KEHADIRAN GURU ME S YUARA T AGUNG PIBG KA L I KE 2 5 S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4 41 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26
2024 / 2025 PENASIHAT : PN HAJAH NORLIA BINTI ABU BAKAR (PENGETUA) YANG DIPERTUA : ______________________________________ NAIB YG DIPERTUA:______________________________________ SETIAUSAHA : ______________________________________ PEN SETIAUSAHA : ______________________________________ BENDAHARI : ______________________________________ PEN BENDAHARI : ______________________________________ AJK : (WAKIL IBU BAPA) 1)_____________________________________ 2)_____________________________________ 3)_____________________________________ 4)_____________________________________ 5)_____________________________________ (WAKIL GURU) 1)_____________________________________ 2)_____________________________________ 3)_____________________________________ 4)_____________________________________ 5)_____________________________________ JURUAUDIT : (WAKIL IBU BAPA)_______________________ (WAKIL GURU)__________________________ MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -24 42 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -26
Terima Terima kasih