The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN PENGANJURAN SPNNM TAHUN 2024 FINAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sanali, 2024-06-20 02:38:08

PANDUAN PENGANJURAN SPNNM TAHUN 2024 FINAL

PANDUAN PENGANJURAN SPNNM TAHUN 2024 FINAL

PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 1 PERSATUAN KEBAJIKAN ISLAM PERUBATAN SABAH (PERKIPS) BUKU PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH TEMA : “PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI”


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 2 1. PENDAHULUAN Program ini seiring dengan Pekeliling Am bil. 2 Tahun 2001 “Garis Panduan Bagi Mengadakan Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Murni Islam Dalam Perkhidmatan Awam”. Panduan Penganjuran Seminar Penerapan / Pengukuhan / Pemantapan Nilai-Nilai Murni Jabatan Kesihatan Negeri Sabah bertujuan sebagai penyelarasan sistem penganjuran di peringkat Cawangan, Zon dan Negeri agar penghasilan penganjuran lebih berkualiti dan seragam. Penganjuran terbahagi kepada 3 peringkat dan nama / tajuk seminar ialah seperti yang berikut: Peringkat Cawangan / PTJ: Seminar Penerapan Nilai-Nilai Murni Cawangan… Peringkat Zon: Pantai Barat Selatan / Utara / Timur & Pedalaman: Seminar Pengukuhan Nilai-Nilai Murni Peringkat Zon… Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah: Seminar Pemantapan Nilai-Nilai Murni Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah 2. OBJEKTIF Sebagai panduan penganjuran Seminar Penerapan / Pengukuhan / Pemantapan Nilai-Nilai Murni di peringkat Cawangan, Zon dan Negeri serta program lain (Majlis Tilawah Al-Quran, Festival Nasyid, Hafazan, Pidato / Syarahan dan Bercerita Kisah-Kisah Nabi). Menjadikan Buku Panduan ini sebagai rujukan dalam menentukan keputusan pertandingan serta kaedah penganjuran dijalankan di semua peringkat Cawangan, Zon dan Negeri di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. 3. JAWATANKUASA PENGANJUR SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI PERINGKAT ZON DAN JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH Semua Pengerusi Pelaksana peringkat Zon dan Negeri akan dilantik oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan Pengukuhan / Pemantapan Nilai-Nilai Murni Peringkat Zon dan Negeri hendaklah menggunakan buku panduan ini sebagai garis panduan penganjuran dan syarat-syarat pertandingan. Sebarang pindaan isi kandungan buku panduan ini hanya boleh diubah suai oleh Jawatankuasa Penyelaras Negeri dan Jawatankuasa PERKIPS Negeri Sabah. (Jika ada sebarang perubahan) 4. PELANTIKAN PANEL HAKIM PERINGKAT ZON DAN NEGERI MAJLIS TILAWAH AL-QURAN JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH Pelantikan Panel Hakim di peringkat Zon akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur di peringkat Zon. Panel Hakim yang dilantik mestilah yang mempunyai kelayakan yang berkaitan dalam bidang yang diadili. Pelantikan Panel Hakim hendaklah dibuat oleh Penyelaras Hakim Peringkat Negeri yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk PERKIPS Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 3 PROGRAM 1: FORUM PERDANA / CERAMAH : 1. PENDAHULUAN Forum Perdana / Ceramah ini perlu dilaksanakan untuk meningkatkan tahap kesedaran di kalangan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah tentang pentingnya memiliki pengetahuan agama bagi mencapai keperibadian yang unggul. Disamping itu, forum perdana / ceramah ini juga adalah medan menambahkan pengetahuan dan dapat mengamalkan ciri kakitangan keperibadian yang cemerlang serta sesuai dengan syariat Islam. 2. OBJEKTIF 2.1 Mendedahkan kepada kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mendalami ilmu agama dan seterusnya mengamalkan apa yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian. 2.2 Meningkatkan pemahaman syiar Islam dalam konteks yang lebih mudah difahami. 2.4 Menghubungkan dan mengeratkan silaturahim antara staf Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berbilang bangsa amnya dan ukhwah Islamiah sesama muslim khususnya. 3. SYARAT PEMILIHAN TAJUK PENGISIAN FORUM PERDANA / CERAMAH 3.1 Penceramah yang diundang hendaklah mempunyai kelulusan tauliah atau telah mendapat kelulusan Pejabat Mufti Negeri Sabah. 3.2 Pemilihan tajuk mesti yang berkaitan dengan tema yang ditetapkan dalam tahun semasa. 3.1 Pengisian forum perdana / ceramah hendaklah tidak menyentuh isu-isu (seperti politik, perkauman, menyentuh keperibadian seseorang dan lain-lain). 4. HASIL PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN INSANIAH 3.1 Melalui forum ini diharapkan kakitangan dapat menghayati erti sebenar Islam yang sebenarnya syumul. 3.2 Menerapkan budaya ilmu yang berkaitan dengan pembentukan sahsiah dan kerohanian. 3.1 Memberikan kesedaran kepada kakitangan untuk lebih prihatin terhadap keadaan umat Islam semasa dan masa depan umat Islam yang merupakan agen perubahan dan perkembangan negara.


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 4 PROGRAM 2: TILAWAH AL-QURAN 1. PENDAHULUAN Tilawah Al-Quran bertujuan untuk menyuburkan budaya ilmu di kalangan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melalui pembacaan dan penghayatan Al-Quran. 2. OBJEKTIF 2.1 Budaya ilmu melalui pembacaan Al-Quran bersesuaian dengan konsep “iqra”. 2.2 Memantapkan kecintaan kepada Al-Quran, menanam sifat takwa dan menghayati serta mengamalkan ajarannya. 2.3 Menjadikan Majlis Tilawah ini sebagai wadah ilmu, pengerat silaturahim khusus di kalangan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sekaligus meningkatkan syiar dan dakwah Islamiah. 2.4 Menjadi asas pemilihan wakil Qari & Qariah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ke peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia. 3. SYARAT PENYERTAAN: 3.1 Qari & Qariah yang bertanding di Majlis Tilawah Al-Quran Jabatan Kesihatan Negeri Sabah peringkat Zon dan JKNS hendaklah staf Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, ahli PERKIPS dan Pelatih Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, KKM. Nota: Staf kontrak KKM / Pelatih ILKKM / Sedafiat hanya dibenarkan mewakili Cawangan & Zon sehingga ke peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sahaja. (Tidak Layak mewakili Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ke peringkat KKM) 3.2 Qari dan Qariah yang mewakili Zon di Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah hendaklah terlebih dahulu menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon kecuali peserta Qari & Qariah (Johan Menunggu) dan Tuan Rumah (yang mengendalikan / pelaksana Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah). 3.3 Setiap Zon hanya di benarkan menghantar 2 orang peserta (1 Qari & 1 Qariah) dan 2 peserta (Qari & Qariah) sebagai calon simpanan. 3.4 Johan Qari & Qariah peringkat JKNS akan mewakili Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ke Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia. Naib Johan Qari dan Qariah akan hadir bersama-sama ke Peringkat KKM sebagai pengiring/calon simpanan. 3.5 Qari / Qariah yang telah menjadi Johan Peringkat JKNS selama 3 tahun berturut-turut TIDAK DIBENARKAN untuk menyertai pada tahun berikutnya. (Selama satu tahun sahaja) 3.5.1 Johan Qari / Qariah Peringkat JKNS layak terus ke peringkat JKNSabah sebagai “JOHAN MENUNGGU” pada tahun berikutnya.


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 5 3.6 Qari / Qariah yang telah menjadi Johan peringkat KKM sebanyak 2 kali berturut-turut (TIDAK DIBENARKAN) menyertai pada tahun berikutnya. (Selama satu tahun sahaja) – Merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Induk MTQ Peringkat Kebangsaan KKM bil. 1/2011, bertarikh 17 Februari 2011) 3.7 Sekiranya johan Qari / Qariah peringkat negeri ialah pelatih, maka peserta yang mendapat tempat kedua akan mewakili negeri sabah ke peringkat KKM. (Nota : Pelatih tidak dibenarkan mewakili Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ke peringkat KKM) 4. PAKAIAN 4.1 Peserta Qari hendaklah berpakaian baju kebangsaan (Melayu) dan bersongkok hitam manakala peserta Qariah hendaklah berbaju kurung / jubah dan menutup aurat. 4.2 Peserta Qari hendaklah berambut pendek dan peserta Qariah berpakaian longgar dan tidak menampakkan tubuh badan. 5. PENGHAKIMAN Ciri Penghakiman meliputi: 5.1 Tajwid - 40 Markah 5.2 Taranum - 25 Markah 5.3 Fasahah - 20 Markah 5.4 Suara - 15 Markah Jumlah - 100 Markah 5.1 Tajwid : Penghakiman dari segi tajwid meliputi segala hukum tajwid termasuk sebutan makhraj huruf, hukum Tarqiq dan Tafkhim, huruf Lam dan Ra, Mad Asli dan Mad Badal tetap dengan kadar panjang dua harkat, Mad Jaiz Munfasil boleh dibaca dengan 2, 4 atau 5 harkat, Mad Lazim dengan kadar 6 harkat, Mad Aaridh dengan kadar 2, 4 atau 5 harkat, Ghunnah-ghunnah dengan kadar panjang 2 harkat Hafaz. 5.2 Taranum: 5.2.1 Menggunakan maqam-maqam Arab (irama lagu Arab) dengan sekurangkurangnya 4 jenis lagu di dalam satu-satu bacaan tanpa mengira apa lagu yang dimulakan. 5.2.2 Setiap taranum (maqam atau naghamat) hendaklah disempurnakan secara teratur dan beransur-ansur sekurang-kurangnya dalam empat harakat tanpa bercampur aduk (takrir). 5.2.3 Setiap taranum (maqam atau naghamat) hendaklah di bawa dalam tiga tingkatan (tobaqat) suara itu rendah, sederhana dan tinggi atau sederhana, tinggi atau tertinggi. 5.2.4 Setiap taranum (maqam) hendaklah dibawa dengan teratur dan tersusun satu demi satu tanpa bercampur aduk antara satu sama lain kecuali Waslah alMumasalah.


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 6 5.2.5 Setiap taranum (maqam) yang dibawa pada ayat yang akhir hendaklah sama dengan taranum yang dibawa pada ayat mula. 5.2.6 Menunaikan Waslah al-Mumasalah sekurang-kurangnya sekali dalam satu-satu bacaan. 5.2.7 Menunaikan Ikhtilalul-lahn sekurang-kurangnya sekali dalam satu-satu bacaan. 5.3 Fasahah: 5.3.1 Perkara yang akan diawasi dalam bahagian Fasahah termasuklah cermatnya bacaan, lancar dalam sebutan pada ayat, terpelihara segala baris, huruf dan tasydidnya dan terpelihara semua susunan ayatnya. Fasahah juga meliputi hukum waqaf dan ibtida. 5.4 Suara: 5.4.1 Suara akan dinilai dari segi kebersihan suara, kelicinan suara, juga suara yang terang dan lantang. Suara tidak berubah dari mula hingga akhir. Suara hendaklah disesuaikan dengan nafas yang tidak putus di tengah bacaan. 6. PEMILIHAN AYAT : Potongan surah dan ayat Al-Quran yang dibaca akan ditentukan dengan cara undian iaitu Juz 1 hingga Juz 30. Undian pemilihan ayat hendaklah dibuat 9 jam sebelum pertandingan. 7. MASA : Masa Bacaan ialah 10 minit. 8. PENENTUAN PEMENANG : 8.1 Peserta yang mendapat markah yang tinggi sekali akan menyandang tempat pertama manakala yang kedua tinggi akan mendapat kedua dan seterusnya. 8.2 Jika didapati persamaan mata bagi dua orang untuk tempat yang pertama, kedua atau ketiga maka hendaklah dirujuk kepada markah tajwid terlebih dahulu, jika masih terdapat persamaan hendaklah dirujuk pula kepada markah taranum dan jika masih sama maka hendaklah dirujuk kepada markah fasahah dan jika masih terdapat persamaan maka hendaklah diputuskan dengan cara undi yang dilaksanakan oleh para hakim dan atas arahan ketua hakim (Penyelaras Hakim). 8.3 Keputusan yang umumkan adalah MUKTAMAD. NOTA: Hakim untuk MTQ Peringkat JKNS akan diuruskan oleh PERKIPS INDUK. Sementara untuk MTQ peringkat cawangan dan zon akan diuruskan oleh penganjur. Walaubagaimanapun adalah dicadangkan agar penganjur untuk peringkat zon dan cawangan berhubung dengan pihak JHEAINS di daerah masingmasing untuk mendapatkan hakim, ini bagi memastikan HANYA hakim yang layak dan bertauliah sahaja dilantik. #Sebarang pertanyaan, berhubung terus dengan AJK Penyelaras Induk Tilawah Al-Quran yang dilantik. (HJ. TASIM TAIM – 0138511212) (USTAZ ZULKIFLI MUNTAK - 0138648241) (ZAINULLAH JUBKAR - 0168116457)


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 7 PROGRAM 3: FESTIVAL NASYID 1. PENDAHULUAN: Festival Nasyid Peringkat Zon Dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dianjurkan bagi memilih wakil di peringkat Zon untuk ke peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Johan Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan mewakili Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ke Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia. (Jika ada penganjuran di Peringkat KKM) 2. OBJEKTIF: 2.1 Mempopularkan lagu nasyid sebagai satu budaya warisan Masyarakat Satu Malaysia Melayu Islam yang berunsurkan keagamaan untuk meningkatkan pembangunan insan serta pembangunan negara. 2.2 Menarik minat dan mencetuskan kesedaran di kalangan kakitangan supaya melibatkan diri secara aktif dalam bidang dakwah melalui lagu dan lirik bermutu yang berunsurkan nilai-nilai murni Islam dan kemanusiaan sejagat. 2.3 Mengembangkan seni nasyid dalam masyarakat sebagai alternatif kepada seni muzik sedia ada di negara ini. 2.4 Sebagai salah satu medium dakwah kontemporari khususnya di kalangan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia amnya di samping menggalakkan penghayatan terhadap kesenian Islam dan pengamalan seruannya dalam kehidupan seharian. 2.5 Merapatkan lagi silaturahim di kalangan kakitangan di samping memupuk perasaan kekitaan yang tinggi di kalangan mereka. 3. FORMAT PERTANDINGAN: 3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua Ahli PERKIPS di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Cawangan PERKIPS hanya dibenarkan menghantar satu kumpulan sahaja di peringkat Zon. Kumpulan Nasyid yang menjadi Johan dan Naib Johan di Peringkat Zon layak mewakili Zon berkenaan ke Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, manakala hanya Kumpulan Nasyid yang menjadi Johan di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan mewakili Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ke Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia. (Jika ada penganjuran di Peringkat KKM) 3.2 Pertandingan ini akan menggunakan kaedah “MINUS-ONE” yang akan disediakan oleh setiap kumpulan. Nyanyian yang diiringi dengan iringan alat muzik seperti kompang atau gendang secara langsung atau nyanyian tanpa diiringi oleh muzik juga adalah dibenarkan.


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 8 4. SYARAT PENYERTAAN: 4.1 Penyertaan: 4.1.1. Semua Ahli kumpulan Nasyid ialah Ahli PERKIPS, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah serta Pelatih Kolej (Kementerian Kesihatan Malaysia). Staf Sedafiat dan PMI yang menjadi ahli PERKIPS dan Pelatih ILKKM juga dibenarkan tetapi tidak layak untuk mewakili ke peringkat KKM. (Jika ada penganjuran di Peringkat KKM) 4.1.2 Setiap Kumpulan hendaklah disertai tidak kurang dari enam (6) dan/atau tidak lebih 10 orang. 4.1.3 Persembahan: Minima di atas pentas tidak kurang daripada lima (5) orang. 4.1.4 Had umur penyertaan ialah sehingga 60 tahun. Nota : Seandainya kumpulan menjadi johan dan terpilih untuk mewakili Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ke Pertandingan Nasyid KKM, hanya seramai 4 hingga 6 orang ahli kumpulan yang berumur diantara 18 hingga 35 tahun sahaja layak mewakili Jabatan. (Jika ada penganjuran di Peringkat KKM) 4.1.5 Komposisi penyertaan anggota antara lelaki dan wanita adalah tidak dibenarkan dalam satu kumpulan. 4.2 lagu: 4.2.1 Setiap kumpulan nasyid hendaklah mempersembahkan sebuah lagu nasyid. Lagu nasyid ini hendaklah tidak melebihi enam (6) minit. 4.2.2 Senikata lagu hendaklah dalam Bahasa Melayu, Arab atau Inggeris atau gabungan bahasa-bahasa tersebut. Bagi senikata dalam Bahasa Arab dan Inggeris hendaklah disediakan terjemahannya dalam Bahasa Melayu. 4.3 Lirik: 4.3.1 Lirik lagu hendaklah berunsur nilai-nilai murni Islam yang bertujuan untuk memupuk semangat dakwah islamiah, kehidupan sejahtera, keluarga bahagia, masyarakat penyayang, perpaduan, membanteras masalah-masalah sosial seperti dadah, rasuah, penyelewangan, meningkatkan Nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan seumpamanya. 4.3.2 Lirik lagu hendaklah tidak menyentuh sentimen mana-mana individu atau kaum. 4.4 Persembahan: 4.4.1 Pakaian peserta wanita hendaklah mengikut syariat Islam iaitu memakai pakaian yang longgar dan tidak ketat hingga boleh menampakkan bentuk tubuh. Selain itu, pakaian juga tidak boleh terlalu nipis dan perlu menutupi aurat. Bagi peserta lelaki berpakaian sopan dan kemas. 4.4.2 Persembahan berbentuk tarian berlebihan TIDAK DIBENARKAN.


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 9 5. PENGHAKIMAN: 5.1 Syarat Hakim: 5.1.1 Seorang Hakim tidak layak menjadi hakim pertandingan jika terlibat sebagai penulis, pengubah, jurulatih atau pemimpin mana-mana kumpulan yang bertanding. 5.1.2 Hakim yang terpilih terdiri dari kalangan mereka yang terlibat secara aktif dalam penciptaan lagu, penulisan lirik, para pensyarah muzik, pernah menjadi hakim Festival Nasyid Peringkat Negeri dan kalangan yang terlibat secara langsung dalam industri muzik. 5.2 Ciri Penghakiman: Penghakiman akan dinilai daripada beberapa aspek seperti yang berikut: 5.2.1 Lirik (Mesej) : 40 Markah 5.2.2 Mutu Suara : 30 Markah 5.2.3 Lagu / Ciptaan : 20 Markah 5.2.4 Persembahan / Pakaian : 10 Markah Jumlah : 100 Markah 6. KEPUTUSAN PERTANDINGAN : 6.1 Pemilihan pemenang ialah berdasarkan jumlah markah tertinggi yang diperolehi oleh kumpulan. Sekiranya jumlah markah kumpulan adalah sama, markah LIRIK akan diambil kira terlebih dahulu. Sekiranya masih sama, turutan markah hendaklah dilihat dari markah Mutu suara, lagu/ciptaan dan seterusnya persembahan/pakaian. Sekiranya markah masih sama, pemilihan hendaklah dibuat melalui undian panel hakim yang pengerusikan oleh ketua hakim. 6.2 Keputusan jemaah hakim adalah muktamad. #Sebarang pertanyaan, berhubung terus dengan AJK Penyelaras Induk Festival Nasyid yang dilantik. (HJ. ABDUL RAHMAT BIN HJ APAR – 0138728818) (ZALEHA AMAN @FADZIL - 0128360485)


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 10 PROGRAM 4: PERTANDINGAN PIDATO 1. PENDAHULUAN Pertandingan Pidato dalam Seminar Penerapan / Pengukuhan / Pemantapan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah bertujuan memberi penghayatan serta kefahaman melalui penyampaian pertandingan ini yang menitikberatkan soal pembinaan sahsiah anak-anak. 2. OBJEKTIF 2.1 Budaya ilmu melalui penghayatan penyampaian dalam Pertandingan Pidato bersesuaian dengan konsep “iqra”. 2.2 Memantapkan kecintaan, menanam sifat dan menghayati serta mengamalkan ajaran Islam sebagai panduan hidup. 2.3 Menjadikan Pertandingan Pidato ini sebagai wadah ilmu, pengerat silaturahim khusus di kalangan anggota Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sekaligus meningkat syiar dan dakwah Islamiah. 3. SYARAT PENYERTAAN: 3.1 Terbuka kepada semua anak-anak Ahli PERKIPS Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang berumur dari 13 Tahun hingga 19 Tahun. 3.2 Setiap Cawangan / Zon hanya di benarkan menghantar 1 orang peserta ( Lelaki atau Perempuan ). 4. SYARAT PERTANDINGAN: 4.1 Setiap peserta akan diberikan masa 8 minit untuk berpidato. 4.2 Loceng Pertama akan dibunyikan bagi memaklumkan peserta untuk mula berpidato. 4.3 Loceng kedua akan dibunyikan pada 6 minit pertama dan peserta dikehendaki membuat kesimpulan tentang pidato yang disampaikan. 4.4 Loceng ketiga akan dibunyikan apabila masa telah tamat. Pidato yang disampaikan selepas masa tamat tidak akan dikira atau diberikan markah. 4.5 Setiap isi pidato hendaklah mengandungi Pendahuluan (mukadimah), Isi (5 isi kandungan) dan Penutup. Tajuk/isi pidato tidak menyentuh isu-isu yang sensitif dan menghina agama. Peserta yang melanggar syarat ini akan dibatalkan penyertaannya. 4.6 Keputusan Pengadil Adalah Muktamad. 5. PAKAIAN: 5.1 Peserta hendaklah berpakaian kemas dan bersesuaian. Peserta Lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian (t-shirt, berseluar pendek dan tidak berkasut. Peserta Perempuan hendaklah berbaju kurung / jubah dan menutup aurat. 5.2 Peserta lelaki hendaklah berambut pendek dan kemas. Peserta perempuan berpakaian longgar dan tidak menampakkan tubuh badan.


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 11 6. PEMILIHAN TAJUK PIDATO: Tajuk Pidato adalah bebas. (Tajuk tajuk dibawah hanya sebagai panduan sahaja) 6.1 AKHLAK TERPUJI HIASAN DIRI 6.2 IMAN TEGUH AKHIRAT KUKUH 6.3 PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI 6.4 KERJA SEBAGAI SATU IBADAH 6.5 AL-QURAN PENCETUS MINDA KELAS PERTAMA 6.6 KEUTUHAN AKIDAH TONGGAK INSAN BERKUALITI 7. PENGHAKIMAN Ciri Penghakiman meliputi: 7.1 Isi Kandungan - 45 Markah 7.2 Mutu Suara / Kelancaran - 25 Markah 7.3 Persembahan / Bahasa - 20 Markah 7.4 Keterampilan - 10 Markah Jumlah - 100 Markah 8. PENENTUAN PEMENANG : 8.1 Peserta yang mendapat markah yang tinggi sekali akan menyandang tempat pertama, manakala yang kedua tinggi akan mendapat kedua dan seterusnya. 8.2 Jika terdapat persamaan mata bagi dua orang untuk tempat yang pertama, kedua atau ketiga maka hendaklah dirujuk kepada markah isi kandungan terlebih dahulu, jika masih terdapat persamaan hendaklah dirujuk pula kepada markah mutu suara/kelancaran, jika masih ada persamaan, markah persembahan/bahasa dan jika masih sama maka hendaklah dirujuk kepada markah keterampilan dan jika masih terdapat persamaan maka hendaklah diputuskan dengan cara undi yang dilaksanakan oleh para hakim dan atas arahan ketua hakim (Penyelaras Hakim). 8.3 Keputusan adalah MUKTAMAD. #Sebarang pertanyaan, berhubung terus dengan AJK Penyelaras Induk Pidato yang dilantik. (DR. ROSFINA GHAZALI – 0168814036) (RUHAINI RUSLAN AINI - 0164481706)


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 12 PROGRAM 5: PERUJIAN HAFAZAN 1. PENDAHULUAN : Pertandingan Hafazan untuk anak-anak Ahli PERKIPS Jabatan Kesihatan Negeri Sabah bertujuan untuk menyuburkan budaya melalui pembacaan dan penghayatan Al-Quran. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Dan setiap zon akan diwakili oleh seorang peserta sahaja bagi setiap kategori (Tahap). 2. OBJEKTIF : 2.1 Budaya hafaz dikalangan anak-anak melalui hafazan ayat-ayat Al-Quran bersesuaian dengan konsep “iqra”. 2.2 Memantapkan kecintaan kepada Al-Quran, menanam sifat takwa dan menghayati serta mengamalkan ajarannya. 2.3 Menjadikan wadah ilmu, pengerat silaturahim khusus di kalangan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sekaligus meningkat syiar dan dakwah Islamiah. 3. SYARAT PENYERTAAN : 3.1 Terbuka kepada semua anak-anak Ahli PERKIPS Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sahaja. 3.2 Setiap Cawangan / Zon hanya di benarkan menghantar 1 orang peserta sahaja. 3.3 Johan Peringkat Zon layak ke pertandingan Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. 4. KATEGORI: 4.1 Tahap 1: Terbuka kepada kanak-kanak Tahun 3 ke bawah iaitu Tahun 3, 2, 1 dan TADIKA sahaja. 4.2 Tahap 2: Terbuka kepada kanak-kanak Tahun 4 hingga Tahun 6 sahaja. 5. SURAH-SURAH YANG AKAN DIUJI: 5.1 Tahap 1: 5.1.1 Surah Al-Fatihah – Surah Wajib dibaca 5.1.2 Soalan 1 : (salah satu dari surah berikut); i. An - Nas ii. Al - Falaq iii. Al - Kafirun 5.1.3 Soalan 2 : (salah satu dari surah berikut); i. At - Takathur ii. Al - Humazah iii. Al - Fil iv. Al - Ma’un v. Al - Lahab / Al - Masad


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 13 5.2 Tahap 2: 5.2.1 Surah Al-Fatihah – Surah Wajib dibaca 5.2.2 Soalan 1 : (dua dari surah berikut); i. Az - Zalzalah ii. Al - ‘Aadiyaat iii. Al - Qari’ah iv. Adh - Dhuha v. Al - Insyirah vi. At - Tiin 5.2.3 Soalan 2 : (salah satu dari surah berikut); i. Al - ‘Alaq ii. Al - Bayyinah iii. Al – A’laa Nota : Kaedah / Cara Pengujian : Peserta dikehendaki membaca surah dari awal hingga akhir ayat. 6. PENGHAKIMAN Ciri Penghakiman meliputi: 6.1 Hafaz dan Lancar - 50 Markah 6.2 Tajwid dan Fashahah - 40 Markah 6.3 Suara dan Gaya - 10 Markah Jumlah - 100 Markah 7. PENENTUAN PEMENANG: 7.1 Peserta yang mendapat markah yang tinggi sekali akan menyandang tempat pertama manakala yang kedua tinggi akan mendapat kedua dan seterusnya. 7.2 Jika didapati persamaan mata bagi dua orang untuk tempat yang pertama, kedua atau ketiga maka hendaklah dirujuk kepada markah Hafaz dan Lancar terlebih dahulu, jika masih terdapat persamaan hendaklah dirujuk pula kepada markah Tajwid dan Fashahah dan jika masih terdapat persamaan maka hendaklah diputuskan dengan cara undi yang dilaksanakan oleh para hakim dan atas arahan ketua hakim (Penyelaras Hakim). 7.3 Keputusan yang umumkan adalah MUKTAMAD. #Sebarang pertanyaan, berhubung terus dengan AJK Penyelaras Induk Hafazan Tahap 1 dan Tahap 2 yang dilantik. (HASRI KASIM – 0145631986) (ZAMRE BALONG - 0135555200)


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 14 PROGRAM 6: PERTANDINGAN BERCERITA KISAH-KISAH NABI 1. PENDAHULUAN : Pertandingan Bercerita Kisah-kisah Nabi dalam program Seminar Penerapan / Pengukuhan / Pemantapan Nilai-Nilai Murni, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah bertujuan dalam penghayatan / tauladan serta kefahaman melalui penyampaian cerita kisah-kisah nabi yang menitikberatkan soal pembinaan sahsiah anak-anak. 2. OBJEKTIF : 2.1 Budaya ilmu melalui penghayatan penyampaian dalam cerita bersesuaian dengan konsep “iqra”. 2.2 Memantapkan kecintaan, menanam sifat dan menghayati serta mengamalkan ajaran Islam sebagai panduan hidup. 2.3 Menjadikan pertandingan bercerita kisah-kisah nabi sebagai wadah ilmu, meningkat syiar dan dakwah islamiah. 3. SYARAT PENYERTAAN : 3.1 Terbuka kepada semua anak-anak ahli PERKIPS. 3.2 Tahun 6 dan ke bawah sahaja. 3.3 Hanya seorang peserta sahaja yang mewakili setiap cawangan sama ada lelaki atau perempuan. 4. SYARAT PERTANDINGAN : 4.1 Setiap peserta akan diberikan masa selama 7 minit untuk bercerita. 4.2 Loceng pertama akan dibunyikan sebagai menandakan peserta untuk mula bercerita. 4.3 Loceng kedua akan dibunyikan pada 5 minit pertama dan peserta dikehendaki untuk membuat kesimpulan tentang cerita yang disampaikan 4.4 Loceng terakhir / ketiga akan dibunyikan setelah tamat masa 7 minit dan markah tidak akan dikira untuk cerita yang disampaikan setelah masa tamat. 4.5 Setiap isi cerita hendaklah tidak menyentuh isu-isu yang sensitif, menghina agama dan sekiranya ianya berlaku, penyertaan akan dibatalkan. 5. PAKAIAN : 5.1 Peserta hendaklah berpakaian kemas dan bersesuaian. Peserta lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian (t-shirt, berseluar pendek dan tidak berkasut. Peserta perempuan hendaklah berbaju kurung / jubah dan menutup aurat. 5.2 Peserta lelaki hendaklah berambut pendek dan kemas. Peserta perempuan berpakaian longgar dan tidak menampakkan tubuh badan. 6. PEMILIHAN TAJUK CERITA KISAH-KISAH NABI: Tajuk Cerita Kisah-kisah Nabi adalah BEBAS. 6.1 KISAH-KISAH NABI


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 15 7. PENGHAKIMAN Ciri Penghakiman meliputi: 7.1 Isi / Plot Cerita - 40 Markah 7.2 Kelancaran / Bahasa - 30 Markah 7.3 Nada Suara / Mutu Suara - 20 Markah 7.4 Persembahan / Keterampilan - 10 Markah Jumlah - 100 Markah 8. PENENTUAN PEMENANG: 8.1 Peserta yang mendapat markah yang tinggi sekali akan menyandang tempat pertama manakala yang kedua tinggi akan mendapat kedua dan seterusnya. 8.3 Jika didapati persamaan mata bagi dua orang untuk tempat yang pertama, kedua atau ketiga maka hendaklah dirujuk kepada markah Isi/Plot Cerita terlebih dahulu, jika masih terdapat persamaan hendaklah dirujuk pula kepada markah Kelancaran/Bahasa dan jika masih sama maka hendaklah dirujuk kepada markah Nada/Mutu Suara, Persembahan/Keterampilan dan jika masih terdapat persamaan maka hendaklah diputuskan dengan cara undi yang dilaksanakan oleh para hakim atas arahan ketua hakim (Penyelaras Hakim). 8.3 Keputusan yang umumkan adalah MUKTAMAD. #Sebarang pertanyaan, berhubung terus dengan AJK Penyelaras Induk Bercerita yang dilantik. (DR ROKIAH AZIZ – 0128068665) (SARIMAH GULASAN - 0138695593)


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 16 SYARAT-SYARAT LAIN: 1.0 Syarat Bantahan: 1.1 Bantahan bertulis bersama-sama dengan Wang Bantahan RM500.00 hendaklah dibuat dalam tempoh 24 jam selepas keputusan dibuat. 1.2 Bantahan hendaklah dibuat melalui: 1.2.1 Peringkat Zon: Pengerusi Cawangan PERKIPS 1.2.1 Peringkat Negeri: Ketua Kontinjen 1.3 Semua bantahan adalah bertulis secara rasmi bersama-sama bukti bantahan dan Wang Bantahan (RM500.00 Tunai) kepada Setiausaha PERKIPS Induk untuk melayakkan bantahan di bawa mesyuarat oleh JK Bantahan. 1.4 Wang bantahan tidak dikembalikan. 2.0 Perubahan syarat pertandingan: Syarat pertandingan tertakluk kepada perubahan oleh Jawatankuasa Induk (EXCO PERKIPS Induk) / JKNSabah / KKM (jika ada) dan akan dimaklumkan sebelum pertandingan dimulakan di peringkat Cawangan / Zon / Negeri.


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 17 PANDUAN: AYAT PILIHAN YANG DI BACA SEMASA MAJLIS TILAWAH AL’QURAN JKNS / KKM BIL NAMA SURAH AYAT CATATAN 1. AL-BAQARAH AYAT 21 2. AL-BAQARAH AYAT 30 3. AL-BAQARAH AYAT 44 4. AL-BAQARAH AYAT 219 5. AL-BAQARAH AYAT 267 6. ALI-IMRAN AYAT 1 7. ALI-IMRAN AYAT 102 8. ALI-IMRAN AYAT 187 9. AN-NISA AYAT 29 10. AN-NISA AYAT 135 11. AL-MAIDAH AYAT 109 12. AL-A’RAAF AYAT 1 13. AL-A’RAAF AYAT 65 14. AL-ANFAAL AYAT 1 15. AL-ANFAAL AYAT 61 16. AT-TAUBAH AYAT 60 17. AT-TAUBAH AYAT 111 18. HUD AYAT 61 19. YUSOF AYAT 53 20. IBRAHIM AYAT 28 21. AL-ISRAA’ AYAT 23 22. AL-ISRAA’ AYAT 70 23. AL-ANBIYA AYAT 1 24. AL-HAJ AYAT 38 25. AL-MUKMINUN AYAT 75 26. AN-NUR AYAT 35 27. AL-QASHASH AYAT 1 28. AL-ANKABUT AYAT 1 29. AR-RUM AYAT 54 30. LUQMAN AYAT 12 31. AL-AHZAB AYAT 18 32. SABA’ AYAT 1 33. GHAFIR AYAT 1 34. AZ-ZUMAR AYAT 32


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 18 AYAT-AYAT PILIHAN, FOKUS AYAT DAN INTI SARI 1 SURAH AL-BAQARAH, AYAT 21, FOKUS 22 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, Allah S.W.T telah menjadikan bumi ini sebagai hamparan untuk manusia menjalani kehidupan dan setiap manusia diberikan tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah dimuka bumi ini. Allah juga telah menurunkan hujan dan daripadanya juga dikeluarkan pelbagai jenis buah-buahan yang mana daripadanya manusia boleh mencari rezeki, oleh itu sebagai makhluk Allah yang taat kepadanya hendaklah kita bersyukur dan jangan sekali kali mempersekutukannya. 2 SURAH AL-BAQARAH, AYAT 30, FOKUS 30 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, inti sari ayat yang dibacakan sebentar tadi menerangkan bahawa manusia ialah ciptaan Allah S.W.T yang dipertanggungjawabkan sebagai khalifah bagi mengurus dan memajukan kehidupan di bumi ini berdasarkan kepada wahyu dan syari’at Ilahi. Dengan itu kehidupan manusia akan teratur dan bermatlamat serta mendapat keredhaan Allah S.W.T. Manusia tidak seharusnya saling melakukan kerosakan dan menumpah darah dengan pergaduhan dan persengketaan yang akan memusnahkan keharmonian sejagat. 3 SURAH AL-BAQARAH, AYAT 44, FOKUS 44 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, inti sari ayat yang dibacakan oleh peserta sebentar tadi membawa pengertian dalam mengharungi hidup seharian, kita akan menempuh pelbagai dugaan dan cabaran sebagai ketentuan dan ujian Allah S.W.T ke atas hamba-hamba-Nya. Dugaan dan ujian hidup itu perlu ditempuh dengan hati yang reda dan tabah, di samping selalu memohon pertolongan Allah S.W.T melalui jalan sabar dan mengerjakan sembahyang. Sesungguhnya umat cemerlang ialah umat yang sentiasa bergantung kepada pertolongan Allah S.W.T 4 SURAH AL-BAQARAH, AYAT 219, FOKUS 219 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, dalam kehidupan akhir zaman ini. Apapun tanggapan manusia terhadap maksiat seperti zina, judi, arak dan sebagainya ia semua tetap memberi tindak balas yang buruk ke atas si pelakunya selain menunggu azab siksaan Allah yang amat pedih di akhirat kelak. Mengapa manusia itu sanggup melakukan segala perbuatan maksiat sedangkan Allah telah memberi jalan peluang mencari rezeki dengan sumber yang halal banyak terbentang di muka bumi. Tanpa merenung memikir sejenak mutiara firman perintah Allah, hidup manusia akan sia-sia.


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 19 5 SURAH AL-BAQARAH, AYAT 267, FOKUS 267 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, membantu golongan yang kurang berkemampuan seperti sumbangan wang ringgit, harta benda dan sebagainya merupakan amalan mulia yang sangat dituntut oleh Islam. Namun, setiap sumbangan hendaklah dari sesuatu yang baik dan bermanfaat, bukan sesuatu yang tidak bernilai, rosak, sudah terbuang atau tidak disukai. Ia bukan sahaja tidak bermanfaat, tetapi penerimanya juga akan rasa terhina. Sikap ini amat ditegah oleh Islam kerana boleh mencetuskan hubungan tidak baik sesama insan. 6 SURAH ‘ALI-IMRAN, AYAT 1, FOKUS 1 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, antara inti sari ayat yang dibacakan sebentar tadi menjelaskan kepada kita bahawa kitab suci al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t. mengandungi sebahagian besarnya ayat-ayat muhkamat dan yang lainnya adalah ayat-ayat mutasyabihat. Ayat muhkamat merupakan pokok isi al-Quran, bentuk ayatnya tetap, tegas, nyata maknanya dan jelas maksudnya. Manakala ayat mutasyabihat bersifat samar dan tidak jelas maksudnya. Sebagai hamba Allah s.w.t., kita patut beriman bahawa semua itu datang dari Allah s.w.t. dan mengambil pengajaran dari al-Quran sebagai pedoman hidup seorang mukmin. 7 SURAH ‘ALI-IMRAN, AYAT 102, FOKUS 102 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, Islam menuntut umatnya bersatu dan bekerjasama dalam segala urusan kehidupan. Sikap bermusuh-musuhan seperti yang berlaku pada zaman jahiliah dahulu sudah pasti akan merugikan dan membawa kemusnahan. Justeru itu, kita harus sentiasa mengenang dan bersyukur di atas nikmat Islam yang telah menyatukan hubungan sesama muslim dan menjadikan kita semua bersaudara. Sesungguhnya, bersatu dan berpegang teguh di atas hubungan ukhuwah islamiyah sudah pasti akan menjadikan umat Islam lebih kuat dan disegani di mata dunia. 8 SURAH ‘ALI-IMRAN, AYAT 187, FOKUS 187 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, antara tanda seorang itu munafik yang dimurkai Allah adalah dia tidak menepati janjinya. Sifat sebegini akan memperlihatkan kehinaan diri sendiri dan menanti seksaan yang pedih dari Allah subhanahu wata’ala. Manakala orang yang menepati janji dan tidak pula menyembunyikan kebenaran serta terus melakukan amalan soleh akan memperoleh nikmat dan syurga sebagai balasan baik pada setiap amalannya.


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 20 9 SURAH AN – NISA’, AYAT 29, FOKUS 29-31 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, Allah S.W.T membuka jalan rezeki yang luas untuk manusia meneruskan kehidupan tetapi hendaklah mereka tidak membelakangi hukum-hakam yang ditetapkan oleh Islam. Hebatnya nilai seseorang yang menurut cara syarak dalam kehidupannya akan dibalas dengan kenikmatan syurga yang berkekalan bahkan dosa kecil itu jua terampun dengan hanya menjauhi dosa-dosa besar dan begitulah hebatnya kesempurnaan iman jika ia dikejar setiap insan. 10 SURAH AN-NISA’, AYAT 135, FOKUS 135 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, antara inti sari ayat yang dibacakan sebentar tadi menjelaskan kepada kita bahawa Allah s.w.t. memberi peringatan yang jelas kepada umat Islam supaya tidak pilih kasih dalam menegakkan keadilan. Umat Islam juga dilarang memutar belit keterangan bagi mengelak sebarang penganiayaan, tidak kira mereka yang terlibat mempunyai hubungan kekeluargaan atau teman rapat. Sekiranya keadilan dikorbankan demi kepentingan sesuatu pihak, maka berlakulah kezaliman, yang pasti akan mendapat kemurkaan daripada Allah s.w.t. 11 SURAH AL-MAIDAH, AYAT 109, FOKUS 109 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui keseluruhan ilmu ghaib dan barang siapa yang mendakwa dirinya mengetahui ilmu ghaib seperti ajaran songsang yang mengakui gurunya mengetahui ilmu ghaib atau ajaran Musyabbihah yang mendakwa Allah itu lemah duduk di atas 'Arasy maka mereka telah jauh menyimpang dari asas ajaran Islam. Seorang mukmin yang merasai dalam jiwanya bahawa Allah benar-benar mengetahui apa yang dilakukan akan dapat memotivasikan dirinya menghindari amalan kemaksiatan sekali gus mendorong kepada pembentukkan sahsiah peribadi mukmin sejati. 12 SURAH AL-A’RAAF, AYAT 1, FOKUS 2 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, Al-Quran dan Sunnah adalah merupakan petunjuk yang amat berguna sebagai bekalan kepada manusia dimuka bumi ini untuk menuju ke jalan yang benar dan diredhai oleh Allah s.w.t, oleh itu sebagai manusia kita mestilah menaruh kepercayaan yang amat tinggi tanpa menyimpan perasaan bimbang dan curiga terhadap al-quran dan as-sunnah yang diutuskan oleh Allah s.w.t kepada ummat manusia.


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 21 13 SURAH AL-A’RAAF, AYAT 65, FOKUS 65 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, marilah kita mengimbau kembali bagaimana dakwah para nabi terdahulu menyebarkan agama Islam bagi memelihara akidah ummah mereka (para nabi) dengan rela menempuhi pelbagai rintangan, semua itu dihadapi dengan penuh ketabahan hanya untuk menyelamatkan ummatnya dari kancah kekufuran kepada iman yang berteraskan akidah Islam dan Tauhid sebenar. Begitu juga para ulama zaman kini bertungkus-lumus untuk menerapkan akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah Al-Asya’irah hanya untuk memelihara masyarakat dari fahaman sesat dan menyimpang. 14 SURAH AL-ANFAAL, AYAT 1, FOKUS 2 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, antara inti sari ayat al-quran yang dibacakan sebentar tadi memberitahu kita bahawa orang–orang yang beriman ialah mereka yang dekat hubungannya dengan Allah sehingga apabila disebut nama Allah maka akan tenteramlah hati mereka, inilah orang –orang mukmin yang sejati. 15 SURAH AL-ANFAAL, AYAT 61, FOKUS 61 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, Allah lebih menyukai perdamaian antara manusia dengan jalan yang bijak dan bersatu-padu bagi menghasilkan natijah kesinambungan yang murni, mengeratkan lagi perpaduan sesama ummat Islam dan memberi peluang kepada mereka yang bukan Islam agar berjinak-jinak menghampiri agama Islam yang suci, adil dan murni. 16 SURAH AT-TAUBAH, AYAT 60, FOKUS 60 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, antara inti sari ayat yang dibacakan sebentar tadi menerangkan tentang zakat merupakan satu mekanisme pembinaan masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Pengurusannya haruslah dengan cara terbaik supaya matlamat tersebut dapat dicapai dengan sempurna. Masyarakat Islam seharusnya mematuhi peraturanperaturan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib mengenai perkara ini supaya perlaksanaannya berjalan dengan teratur. Oleh itu, kita tidak sewajarnya mengabaikan kewajipan ini demi untuk kepentingan dan kebaikan bersama. 17 SURAH AT-TAUBAH, AYAT 111, FOKUS 111 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, Allah s.w.t menggunakan perkataan “jual-beli” diri dan harta orang beriman yang berjuang berjihad dijalan Allah dengan balasan syurga-Nya bagi menunjukkan bahawa konsep Jihad itu merupakan suatu cabaran yang amat besar perlu dihadapi oleh setiap orang yang beriman.


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 22 18 SURAH HUD, AYAT 61, FOKUS 61 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, mentauhidkan Allah bererti mengEsakan dan menyucikan Allah dari segala rupa, bentuk, tempat dan persamaan dengan makhluk. Maha suci Allah dari memerlukan kepada tempat, arah dan makhluk yang lain. Inilah agama dan kepercayaan benar yang dibawa oleh seluruh para Nabi bagi menyelesaikan segala kerumitan hidup manusia dengan bersumberkan wahyu Ilahi manusia itu dapat mengatur kehidupan yang teratur dan lebih harmoni. 19 SURAH YUSOF, AYAT 53, FOKUS 53 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, Inti sari ayat yang dibacakan sebentar tadi, Allah bersifat Ar-Rahim yang Maha memberi rahmat kepada hambaNya khususnya hambaNya yang bertaqwa. Tanpa rahmat Allah manusia tidak mempunyai nilai dari sekalian makhluk. Sekiranya terlanjur lantas segera bertaubat dengan taubat Nasuha yang akan mengekalkan diri dalam rahmat Ilahi begitu jua mengakui diri sebagai hamba kepada Robbul ‘Izzati sambil memohon kepadaNya akan memperbanyakkan lagi rahmat itu dicucuri oleh Ilahi (Allah). 20 SURAH IBRAHIM, AYAT 28, FOKUS 28 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, kita sering diingatkan supaya bersyukur atas setiap nikmat yang diberi oleh Allah SWT dan jangan sesekali kita mengingkari akan nikmat kurniaannya. Kisah sebahagian besar adalah penduduk Mekah yang aman & dipenuhi dengan hasil tanaman yang dibawa oleh negeri-negeri lain. Kemudian, dimuliakan dengan mengutus Nabi Muhammad SAW sebagai rasulnya. Namun mereka mengingkari nikmat tersebut sehingga Allah menimpakan kekeringan dan kelaparan kepada mereka selama 7 tahun berturut-turut. Mereka ditawan dalam perang badar dan sebahagian besar pemimpinpemimpin mereka dibunuh. Sesungguhnya hal ini merupakan suatu kemalangan kepada orang-orang kafir dan kejayaan kepada orang-orang mukmin. 21 SURAH AL-ISRAA’, AYAT 23, FOKUS 23 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, antara inti sari ayat yang dibacakan oleh peserta sebentar tadi bahawa Allah subhana wata’ala meletakkan perintah berbuat baik kepada kedua orang tua (ibu-bapa) sejurus selepas perintah menyembah Allah. Semua ini membayangkan kepada kita bahawa Birrul Walidain iaitu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa merupakan tuntutan yang besar dalam agama dan jangan sama sekali diabaikan tuntutan tersebut. Melakukan kebaikan kepada kedua ibu-bapa adalah wajib walaupun si anak beranggapan kedua ibu bapanya itu tidak memberi didikan atau serba kekurangan dalam membesarkan anak-anak. Jika dalam Islam amalan berbuat baik kepada orang yang melakukan kejahatan kepada kita itu dipuji inikan pula melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa sendiri sudah pasti ganjaran yang besar di akhirat kan menanti.


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 23 22 SURAH AL-ISRAA’, AYAT 70, FOKUS 70 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara , Anak cucu nabi Adam (manusia) telah dimuliakan oleh Allah dari kebanyakan segi termasuk penciptaan. Doktrin Darwin yang bercanggah dengan konsep ayat Allah ini adalah tertolak kerana Allah telah memuliakan manusia melebihi makhluk yang lain. Manusia harus menjadikan kemuliaan yang diberikan oleh Allah ini dengan mentauhidkan Allah dalam peribadatan dan memperbanyakkan lagi amal ibadah bagi mensyukuri nikmat yang tidak terhingga ini. 23 SURAH AL-ANBIYA’, AYAT 1, FOKUS 1 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, Kepercayaan kepada hari Kiamat merupakan salah satu dari rukun iman yang wajib diyakini oleh setiap orang mukmin. Pada hari kiamat, segala amalan kita akan dihitung, dikira dan dihisab mengikut amal kebajikan yang dilakukan semasa berada di dunia. Bagi sesiapa yang mempunyai amal kebaikan yang banyak akan ditempatkan di Syurga manakala yang mempunyai kejahatan akan ditempatkan di Neraka. Justeru itu, penuhilah usia kehidupan kita dengan amal kebajikan ketakwaan kepada Allah SWT. 24 SURAH AL-HAJ, AYAT 38, FOKUS 38-40 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, Allah memerintahkan agar hamba-hambaNya bersikap bertanggungjawab selari dengan konsep khalifah Allah di muka bumi ini. Tempat ibadat umat Islam (seperti masjid atau surau) wajib disucikan dari segala bentuk pencerobohan ideologi yang menyimpang dari landasan syarak mahupun selainnya dari segala bentuk pencerobohan. Individu muslim juga perlu menanamkan dalam jiwa untuk menegakkan segala bentuk keadilan demi merealisasikan ummah makmur yang gemilang. 25 SURAH AL-MUKMINUN, AYAT 75, FOKUS 75 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, inti sari ayat yang dibacakan sebentar tadi Allah s.w.t telah menerangkan salah satu sifat orang kafir adalah tidak mahu beriman dan patuh kepada Allah SWT. Walaupun diberikan rahmat dan belas kasihan dengan menghilangkan bahaya dan seksaan yang menimpa mereka umpamanya jika ditakdirkan dari akhirat dikembalikan ke dunia pasti mereka akan kembali melakukan perkara yang dilarang terhadap mereka kerana kesesatan, kelalaian dan kekotoran mereka terlalu jauh sehingga tiada harapan untuk memperbaiki perangai mereka. Oleh itu, mereka tidak patut di beri belas kasihan atau di selamatkan dari seksaan.


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 24 26 SURAH AN-NUR, AYAT 35, FOKUS 35 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, Allah SWT maha pemurah lagi maha penyayang. Dia memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang mempunyai jiwa yang bersih serta berusaha mencari keredhaanNya. Ayat ini adalah perumpamaan cahaya dan hidayah Allah di dalam kalbu (hati) orang-orang mukmin. Minyak yang jernih hampir bersinar terang berderang sebelum dinyalakan apatah lagi setelah dinyalakan. Begitulah keadaan hati orangorang mukmin, hampir mendapat petunjuk sebelum datangnya ilmu pengetahuan dan apabila ilmu pengetahuan itu, datang kepadanya semakin bertambahlah petunjuk dan cahaya dihatinya. Begitulah betapa hebatnya taufik dan hidayah yang dikurniakan Allah kepada orang-orang mukmin. 27 SURAH AL-QASHASH, AYAT 1, FOKUS 1-4 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, kepimpinan yang berteraskan ajaran al-Quran dan as-Sunnah dapat menghindari manusia dari kemurkaan Allah. Merenung sejenak kisah lampau nan silam segala bala bencana diturun kepada umat terdahulu merupakan iktibar yang perlu direnung oleh setiap makhluk yang bergelar insan untuk terselamat dari laknat Allah. 28 SURAH AL-ANKABUT, AYAT 1, FOKUS 1 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, seseorang yang mengatakan dirinya beriman, belum dapat dikatakan benarbenar beriman sebelum imannya itu diuji oleh Allah. Jihad juga salah satu bentuk ujian Allah bagi orang mukmin, untuk menguji tahap keimanannya. Bahawa manusia itu dijadikan Allah bukan untuk bersenang-senangan, justeru itu kita dituntut untuk berusaha dan berjihad di jalan Allah sampai akhir hayat. Dalam berusaha dan berjihad kita tidak lari dari halangan dan cubaan hanya orang-orang mukmin yang sanggup mengatasi halangan dan rintangan itu ialah orang-orang yang berjaya serta benarbebar beriman pada Allah. 29 SURAH AR-RUM, AYAT 54, FOKUS 54 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, sifat pengabdian diri kepada Allah merupakan jalan utama membuka kepada redha Ilahi dengan merasai diri sendiri amat lemah di hadapan Allah Robbul ‘Alamin (Tuhan sekalian alam) lantas dengan demikian diri akan cenderung kepada melakukan ibadah dan pada masa yang sama ia merupakan penyelamat dari terjerumus ke kancah maksiat.


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 25 30 SURAH LUQMAN, AYAT 12 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, manusia diciptakan oleh Allah dengan hikmah bijaksana berbanding dengan makhluk lain. Segala hikmah dan kelebihan yang diberikan kepada manusia itu hendaklah digunakan sebaik-baiknya dan patut disyukuri. Ummah yang cemerlang adalah ummah yang sentiasa bersyukur atas setiap kurniaan Allah demi mencapai keredhaanNya. 31 SURAH AL-AHZAB, AYAT 18, FOKUS 21 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, Umat islam hendaklah sentiasa bersatu padu demi mengekalkan keharmonian dan menegakkan syiar Islam. Ini kerana orang-orang kafir sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memecah-belah serta menghancurkan umat Islam. Dalam ajaran islam, kaedah bersatu padu harus dipupuk demi mendapat kekuatan melawan musuh-musuh Islam sekaligus dapat merealisasikan sebuah negara Islam yang aman dan kehidupan rakyat yang sejahtera. 32 SURAH SABA’, AYAT 1, FOKUS 1 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, Allah SWT mengurniakan pelbagai nikmat kepada manusia. Tujuannya adalah untuk manusia beriman serta yakin terhadap keesaannya. Segala nikmat itu datangnya dari Allah, maka Dialah yang berhak dipuji, bersesuaian dengan sifatnya yang hakiki sebagai pemilik dan pencipta, mengada dan meniadakan, menghidup dan mematikan segala sesuatu yang ada dilangit dan dibumi. Allah bersifat bijaksana dalam mentadbirkan urusan makhluknya, bersesuaian dengan hikmat yang dikehendakinya lagi maha mengetahui rahsia dan kejadian mereka. Oleh itu, bersyukur dan sentiasa taat kepada Allah, mudah-mudahan kita akan memperoleh pelbagai nikmat yang terus berkekalan. 33 SURAH GHAFIR, AYAT 1, FOKUS 1- 3 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, antara inti sari ayat yang dibacakan sebentar tadi, Allah s.w.t telah menjelaskan ciri-ciri orang–orang yang beriman antaranya ialah mereka yang khusyuk dalam sembahyang serta menjauhkan dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia, semoga orang-orang yang beriman sentiasa menjaga ciri-ciri ini dan beramal soleh untuk mendapatkan kejayaan didunia dan di akhirat. 34 SURAH AZ-ZUMAR, AYAT 32 Nama Peserta : No. Giliran : Saudara, Allah SWT memberi peringatan kepada kita bahawa orang-orang yang mendustakannya serta menafikan kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW serta tidak mahu mengikut ajaran dan seruannya untuk mengtauhidkan Allah, golongan ini akan ditempatkan dalam Neraka Jahanam. Justeru itu, marilah kita beriman serta berpegang teguh kepada ajarannya serta menjauhi larangannya moga-moga kita akan memperolehi balasan Syurga untuk selama-lamanya.


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 26 1. HADIAH PEMENANG 1.1 Johan Keseluruhan (Peringkat JKNS) Piala Pusingan. 1.2 Johan Qari & Qariah dan Kumpulan Nasyid Wang tunai RM700.00, sijil & hadiah iringan. 1.3 Naib Johan Qari & Qariah dan Kumpulan Nasyid Wang tunai RM500.00, sijil & hadiah iringan. 1.4 Tempat Ketiga Qari & Qariah dan Kumpulan Nasyid Wang tunai RM300.00, sijil & hadiah iringan. 1.5 Saguhati Qari & Qariah dan Kumpulan Nasyid Wang tunai RM100.00, sijil & hadiah iringan. Nota: Wang Tunai disediakan oleh PERKIPS Negeri 2. KEHADIRAN PESERTA SEMINAR Semua peserta seminar WAJIB HADIR DAN BERADA dilokasi sepanjang program diadakan. 3. PERBELANJAAN SUMBANGAN DARIPADA PERKIPS & BAYARAN HAKIM:- Lampiran C : Sumbangan PERKIPS / Bayaran Hakim & Hadiah MTQ & FN (Peringkat JKNS) 4. TIRAI LATAR / “BACKDROP” Lampiran D : Contoh Tirai Latar / “Backdrops” dan Kain Rentang / “Banner” 5. ATUR CARA PROGRAM & KONSEP PROGRAM Lampiran E : Cadangan / Atur Cara Program 6. KEPUTUSAN JOHAN KESELURUHAN: Johan : 5 Markah Naib Johan : 4 Markah Ketiga : 3 Markah Keempat : 2 Markah Kelima : 1 Markah Nota : 1. Johan menunggu tidak diambil dalam pemarkahan johan keseluruhan. 2. Kategori Nasyid, satu kumpulan yang mendapat markah teringgi (daripada zon) sahaja yang layak di kira. 7. SENARAI SEMAK PENGANJURAN Lampiran F : Senarai Semak


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 27 JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH & PERSATUAN KEBAJIKAN ISLAM PERUBATAN SABAH (PERKIPS) Lampiran A JAWATANKUASA PENYELARAS NEGERI SEMINAR PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH TAHUN 2024 A. JAWATANKUASA PENYELARAS NEGERI: 1. Pengerusi / Ketua Penyelaras Negeri : Dr. Hj Samsul bin Tuah @Awang Tuah Pengarah Hospital Hospital Papar 2. Timbalan Pengerusi / Penyelaras Negeri : Hj. Sanali Bin Ismail Pen. Pegawai Farmasi Hospital Keningau 3. Setiausaha / Pentadbiran / Urusetia I : En. Rosheydee bin Rosley Pen. Peg. Perubatan Hospital Queen Elizabeth II, KK 4. Pentadbiran II / Urusetia II / Kehakiman : Hj. Mohd. Tahir Voo Abdullah Pen. Peg. Farmasi Hospital Beaufort 5. Bendahari / Kewangan / Hadiah : Dr. Hjh. Vivy Sudiana Binti Sudeli Peg. Perubatan Hospital Queen Elizabeth II, KK 6. Penyelaras MTQ (Peraturan) - Ketua : Hj. Tasim bin Hj. Taim Pen. Peg. Perubatan Hospital Tuaran : Zainullah Hj Jubkar Pengajar ILKKM : Ustaz Zulkifli Bin Muntak Pegawai Agama Hospital Wanita Dan Kanak Kanak 7. Penyelaras Festival Nasyid (Ketua) : Hj. Abdul Rahmat Bin Hj. Apar Pembantu Tadbir Hospital Ranau : Zaleha Aman Pen. Peg. Farmasi Hospital Queen Elizabeth KK


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 28 8. Penyelaras Pidato (Ketua) : Dr. Rosfina Ghazali Peg. Kesihatan, Pej. Kesihatan Kawasan Tuaran : Ruhaini Ruslan Penolong Pengarah Farmasi Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKNS 9. Penyelaras Bercerita (Ketua) : Dr. Rokiah Aziz Peg. Pergigian Kaw. Y/M Pej. Kesihatan Kawasan Penampang : Sarimah Gulasan Pembantu Tadbir Hospital Tenom 10. Penyelaras Hafazan Tahap I & II (Ketua) : Hasri Kasim Pembantu Perawatan Kesihatan Hospital Kunak : Zamre Bolong Pen. Peg. Rekod Perubatan Hospital Pitas 11. Protokol / Teknikal Perasmian & Penutupan : Dr Mohammad Azmy bin Hamron Pengarah Hospital Hospital Semporna 12. Penyelaras Multimedia / Jurugambar : Hj. Mohd Razali Hj. Hussein Pen. Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Semporna : Afendi Dualin Juruaudio visual Sektor Promosi Kesihatan


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 29 Lampiran C Sumbangan PERKIPS / Bayaran Hakim & Hadiah MTQ & FN (Peringkat JKNS): a. Sumbangan PERKIPS Negeri kepada PERKIPS Cawangan;- BIL PERINGKAT SUMBANGAN (RM) HADIAH (Wang Tunai) BAYARAN HAKIM PENERIMA CATATAN 01 JKNS 7,000.00 6,200.00 2,200.00 02. Zon PBS 5,000.00 - - 03. Zon PBU 5,000.00 - - 04. Zon PT 5,000.00 - - 05. Zon Pedalaman 5,000.00 - - b. Hadiah MTQ & Festival Nasyid (Peringkat JKNS);- BIL HADIAH (Wang Tunai) Qari (RM) Qariah (RM) FNasyid (RM) Jumlah (RM) Catatan 01 Johan 700.00 700.00 700.00 2,100.00 02. Naib Johan 500.00 500.00 500.00 1,500.00 03. Ke Tiga 300.00 300.00 300.00 900.00 04. Saguhati 1 100.00 100.00 200.00 400.00 05. Saguhati 2 100.00 100.00 200.00 400.00 06. Saguhati 3 100.00 100.00 200.00 300.00 07. Saguhati 4 - - 200.00 200.00 08. Saguhati 5 - - 200.00 200.00 09. Saguhati 6 - - 200.00 200.00 Jumlah 6,300.00 c. Bayaran Hakim MTQ & Festival Nasyid (Peringkat JKNS);- BIL HAKIM MTQ (RM) FNasyid (RM) Jumlah (RM) Catatan 01 Ketua Hakim 600.00 02. Hakim 1 200.00 200.00 400.00 03. Hakim 2 200.00 200.00 400.00 04. Hakim 3 200.00 200.00 400.00 05. Hakim 4 200.00 200.00 400.00 Jumlah 2,200.00 Penginapan Hakim disediakan oleh Tuan Rumah (Jika perlu) Sumbangan PERKIPS Zon kepada Pelaksana Peringkat JKNS:- a. Sumbangan Pelaksana Peringkat Zon kepada Pelaksana Peringkat JKNS: Setiap Zon akan menyumbang sebanyak RM500.00 (Lima Ratus Ringgit Sahaja) kepada Pelaksana Peringkat JKNS.


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 30 Lampiran D Contoh “Backdrop” / “Banner” Peringkat JKNS SEMINAR PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI (TILAWAH AL-QURAN, FESTIVAL NASYID, PIDATO, HAFAZAN TAHAP I & II DAN BERCERITA) PERINGKAT JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH 1445H/2024M 21 - 22 Jun 2024 Dewan Masyarakat Semporna Anjuran: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah , Dengan kerjasama: Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS) & PERKIPS Cawangan Semporna


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 31 Lampiran E Cadangan / Atur Cara Program Atur Cara Seminar Pemantapan Nilai-Nilai Murni Jabatan Kesihatan Negeri Sabah 1445H/2024M (Hari Pertama / Jumaat):- Masa Acara 8.00 pagi - Ketibaan Peserta dan Pendaftaran 8.15 pagi - Ketibaan Perasmi Pembukaan 8.30 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku - Bacaan Doa - Ucapan Perasmi Pembukaan YDP PERKIPS - Forum Perdana / Ceramah “MENYANTUNI UMAT MEMBAWA RAHMAT” 11.00 pagi - Penyampaian Cenderamata 11.30 pagi - Rehat / Bersurai / Solat Jumaat 2.00 petang - 1. Mesyuarat bersama Wakil Cawangan / Zon / PTJ 2. Undian Giliran Peserta 3. Taklimat Pertandingan & Hakim kepada Ketua Hakim, Ketua Kontinjen Zon & Tuan Rumah Oleh: Pengerusi Penyelaras Negeri / YDP PERKIPS Negeri - Raptai penuh 5.30 petang - Rehat / Solat Maghrib & Isyak 7.45 malam - Pendaftaran Peserta Bercerita dan Pidato - Pertandingan Bercerita dan Pidato - Penyampaian Cenderahati kepada Hakim 10.00 malam - Bersurai


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 32 (Hari Kedua / Sabtu):- Masa Acara 7.45 pagi - Pendaftaran Peserta Seminar, Hafazan, MTQ dan Festival Nasyid 8.00 pagi - Pertandingan Hafazan Tahap I dan II - Penyampaian Cenderahati kepada Hakim 9.30 pagi - Rehat 9.45 pagi - Tilawah Al-Quran - Penyampaian Cenderahati kepada Hakim 12.45 petang - Rehat / Solat Zohor 2.00 petang - Festival Nasyid - Penyampaian Cenderahati kepada Hakim 5.00 petang - Bersurai / Raptai Majlis Penutupan - Solat Maghrib & Isyak


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 33 ATUR CARA MAJLIS PENUTUPAN / PENYAMPAIAN HADIAH: Masa Acara 7.00 malam - Ketibaan orang ramai / Peserta seminar / Jemputan / ketua-ketua PTJ 7.30 mlam - Ketibaan Ybhg. Datuk Pengarah Kesihatan Negeri Sabah 7.40 malam - Ketibaan Jemputan Khas (Perasmi Penutupan) - Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku - Bacaan Doa - Ucapan Ybgh Datuk Pengarah Kesihatan Negeri Sabah - Ucapan Undangan Khas (Perasmi Penutupan) - Persembahan Multi Media - Persembahan Qari Jemputan - Persembahan Nasyid Jemputan - Ulasan Ketua Hakim & Keputusan MTQ dan Festival Nasyid - Persembahan Tilawah Terbaik - Persembahan Nasyid Johan - Penyampaian Hadiah / Cendarahati - Penyerahan Watikah (Tuan Rumah) Seminar Pemantapan Nilai-Nilai Murni Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri 1445H/2024M – ZON PEDALAMAN 10.00 malam - Dijangka Majlis Tamat


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 34 Lampiran F Senarai Semak JK Pelaksana (Peringkat JKNS): Bil Perkara Tindakan Tindakan / Tanggungjawab JK Catatan Negeri JK (PTJ) A. SURAT: 01 Surat Lantikan J/K Penyelaras Negeri & Pengerusi Pelaksana ✓ Setiausaha JK Penyelaras Negeri Surat Rasmi JKNS / TT PKNS 02 Surat Pencalonan Peserta (Peringkat JKNS) kepada semua PTJ ✓ Tuan Rumah Surat Rasmi PTJ / TT Ketua PTJ 03 Surat Peserta (Peringkat JKNS) kepada semua PTJ ✓ Setiausaha JK Penyelaras Negeri Surat Rasmi JKNS / TT PKNS 04 Surat Jemputan VIP / PKNS ✓ ✓ Tuan Rumah Surat Rasmi PTJ / TT Ketua PTJ 05 Surat Hakim MTQ & FN ✓ Setiausaha JK Penyelaras Negeri Surat Rasmi JKNS / TT PKNS 06. Surat Hakim Bercerita, Pidato & Hafazan Tahap I & II ✓ ✓ Tuan Rumah Surat Rasmi PTJ / TT Ketua PTJ B MESYUARAT: 01 Mesyuarat JK Pelaksana dan Pengerusi Pelaksana Zon & Negeri ✓ Setiausaha JK Penyelaras Negeri Surat Rasmi JKNS / TT PKNS 02 Mesyuarat Pembentukan J/K Pelaksana Negeri & Zon ✓ Pengerusi Pelaksana Zon & Negeri Surat Rasmi PTJ / TT Ketua PTJ 03. Mesyuarat Pengerusi Pelaksana Negeri bersama: ( 2 mesyuarat yang berasingan) 3.1. JK Penyelaras Negeri ✓ Tuan Rumah Surat Rasmi PTJ / TT Ketua PTJ 3.2. JK Penyelaras Negeri dan Pengerusi Zon ✓ Tuan Rumah Surat Rasmi PTJ / TT Ketua PTJ C TEKS UCAPAN: 01. VIP dan PKNS ✓ ✓ Setiausaha JK Penyelaras Negeri Perlu semakan Pengerusi Penyelaras Negeri dan PNKS D SIJIL PENYERTAAN & PENGHARGAAN 01 Disediakan oleh Tuan Rumah ✓ Tuan Rumah T/T PKNS dan Pengerusi Pelaksana Negeri


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 35 Lampiran A1 JAWATANKUASA PENGANJUR SEMINAR PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI PERINGKAT JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH TAHUN ……….. 1. Penasihat (jika ada): 2. Pengerusi Pelaksana: 3. Timbalan Pengerusi: 4. Penyelaras program: 5. Setiausaha / Pentadbiran / Urusetia I: 6. Bendahari / Kewangan / Hadiah: 7. Floor Manager: 8. Penyelaras Kehakiman: 9. Penyelaras MTQ: 10. Penyelaras Festival Nasyid: 11. Penyelaras Pidato: 12. Penyelaras Bercerita: 13. Penyelaras Hafazan Tahap I & II: 14. Penyelaras PA System / Teknikal: 15. Penyelaras Multimedia / Jurugambar: 16. Penyelaras Logistik / Dewan / Penginapan: 17. Penyelaras Sambutan Perasmian / Penutupan / Protokol: 18. Penyelaras Jamuan: 19. Penyelaras Pendaftaran Peserta & Jemputan: 20. Penyelaras program Ceramah / Forum: 21. Penyelaras LO Kontinjen: 22. Penyelaras Keselamatan : 23. Penyelaras Sumbangan / Tajaan :


PANDUAN PENGANJURAN SEMINAR PENERAPAN / PENGUKUHAN / PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH (KEMASKINI : 20 FEB 2024) MS 36 24. Penyelaras Hadiah & Sijil: 25. Penyelaras Persembahan & Emcee: 26. Penyelaras ‘Booths’: 27. Penyelaras Pengangkutan: 28. Penyelaras ‘Banner‘ dan buku atur cara: 29. Ketua Penjaga Masa: Nota : 1. Jawatankuasa pelaksana perlu bekerjasama dengan JK Penyelaras Negeri 2. Jawatankuasa adalah cadangan. Boleh ubah mengikut keperluan. 3. Mohon libatkan Petugas Mesra Ibadah di PTJ terlibat (Pelaksana).


Click to View FlipBook Version