The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sanali, 2023-10-10 04:16:40

Rukun Wuduk

Rukun Wuduk

“Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat dengan dahi, tangan dan kaki yang berseriseri disebabkan daripada kesankesan wuduk. Barangsiapa yang mampu daripada kalangan kamu untuk melibihkan dahinya maka lakukanlah ia” (Hadia Riwayat : Bukhari dan Muslim) Rukun wuduk mempunyai enam perkara; iaitu niat, membasuh muka, membasuh tangan hingga ke siku, menyapu kepala, membasuh kaki hingga ke buku lali dan tertib.


Nawaitu Rafaal Hadasi As-Ghori Lillahi Taala Niat Wudhu Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala Lafaz niat dalam bahasa arab yang diucapkan secara lisan hukumnya sunat. Niat yang wajib ialah lintasan dalam hati yang dihadirkan ketika mula membasuh sebahagian muka Sebaik-baiknya, dilafazkan niat sebelum mula mengambil wuduk untuk memudahkan berniat dalam hati. Rukun Wudhu Pertama


Membasuh Muka Rukun Wudhu Kedua Bahagian muka yang wajib dibasuh dengan mengalirkan air meliputi bahagian anak rambut di dahi sehingga ke bawah tulang dagu dan melebar dari anak telinga kanan sehingga ke anak telinga kiri termasuk rambut yang tumbuh di antaranya Sebaiknya, dimulakan basuhan di bahagian atas muka membawa ke bahagian bawah.


Membasuh Dua Tangan Hingga ke Siku Rukun Wudhu Ketiga Wajib meratakan air ke semua bahagian di antara hujung jari hingga ke siku. Sebaik-baiknya dimulakan basuhan dari hujung jari hingga melebihi siku dengan mendahulukan tangan kanan


Menyapu Sebahagian Kepala Rukun Wudhu Keempat Memadai menyapu air pada ubun-ubun, walaupun sekadar membasahkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut asalkan rambut yang dibasahkan itu berada dalam had kepala. Tidak sah menyapu air pada rambut yang melepasi had kepala seperti rambut pada bahagian bahu atau hujung rambut yang berikat. Adalah lebih baik menyapu keseluruhan kepala sebagaimana amalan Rasulullah SAW.


Membasuh Kaki hingga ke Buku Lali Rukun Wudhu Kelima Wajib membasuh kaki dari hujung jari hingga ke buku lali.. Apabila seseorang itu terlupa membasuh kaki selepas beredar dari tempat wuduk, dia hanya perlu membasuh kaki selagi basuhan wuduk pada kepalanya belum kering. Tidak perlu mengulang basuhan dari awal Sekiranya sebahagian kaki yang wajib dibasuh kudung, maka wajib membasuh bahagian yang masih ada.. PERHATIAN:


Tertib Rukun Wudhu Keenam Setiap rukun wuduk mesti dilakukan mengikut turutan. 1. Niat 2. Membasuh muka 3. Membasuh Dua Tangan Hingga ke Siku 4. Menyapu Sebahagian Kepala 5. Membasuh Kaki hingga ke Buku Lali Ini sebagaimana hadis riwayat Nu’aim bin Abdullah al-Mujmir: Aku lihat Abu Hurairah r.a berwuduk, maka dibasuhnya muka dan dilebihkan sedikit daripada had muka. Kemudian dibasuh dua tangannya kanan dan kiri masing-masing sampai ke ke siku. Kemudian menyapu kepalanya, kemudian membasuh dua kakinya kanan dan kiri masing-masing sampai ke betis. Kemudian berkata Abu Hurairah r.a: “Begini aku lihat Rasulullah SAW berwuduk” – Riwayat Muslim


Click to View FlipBook Version