The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norazizahgemain, 2021-10-19 21:17:53

TAHSIN SOLAT

TAHSIN SOLAT

TAHSIN SOLAT

tenangkan diri anda
kemudian

cuba AMALKAN RUKUN
SOLAT dengan betul

PERSATUAN PAI/BA

1.Niat (contohnya, aku nak solat

fardhu zohor, kerana Allah Taala)

2.Qiam (berdiri tegak)

3.Takbir

4.Membaca surah al-Fatihah

5.Rukuk

6.Iktidal

7.Sujud (pertama & kedua)

8.Duduk antara dua sujud

9.Membaca Tasyahhud akhir

10.Duduk bagi tasyahhud akhir

11.Berselawat kepada Nabi s.a.w.Rukun ialah bahagian asasi daripada sesuatu benda, seperti
12.Salam
dinding yang merupakan salah satu bahagian asasi bilik. Solat
13.Tertib tidak akan sah kecuali semua bahagian asasi solat telah

sempurna dilakukan secara tertib.

RUKUN PERTAMA : NIAT

Niat ialah qasad melakukan sesuatu yang disertai di
awal perbuatannya.

Niat solat mesti disertakan ketika Takbiratul ihram

RUKUN KEDUA : QIAM/ BERDIRI

Seorang dianggap berdiri apabila dia berada
dalam keadaan yang tegak

Sekiranya dia membongkok dengan sekira-kira
tapak tangannya boleh menyentuh lututnya tanpa
uzur, maka batal solatnya.

RUKUN KETIGA : TAKBIRATUL IHRAM

Takbiratul ihram mestilah dengan lafaz Allahu
Akbar

Sekiranya ditambah kalimah yang bukan sifat
Allah atau mengubah susunan lafaz maka,
takbir tidak sah.

Syarat2 Takbiratul Ihram
1. Ketika melafazkannya hendaklah berada dalam

keadaan berdiri.

2. Melafazkannya ketika menghadap ke arah kiblat
3. Takbiratul ihram hendaklah dalam bahasa Arab
4. Dia hendaklah mendengar kesemua huruf yang

dilafazkan
5. Hendaklah disertakan dengan niat ketika

melafazkan takbiratul ihram

RUKUN KEEMPAT : MEMBACA FATIHAH

Syarat-syarat membaca al-fatihah :-

1. Memelihara segala huruf,
kalimah, baris dan tashdidnya.

2. Memelihara daripada bacaan
yang mencederakan maknanya

3. Memelihara tertib susunannya
4. Memperdengarkan bacaan

kepada dirinya
5. Membaca semasa berdiri bagi

yang berkuasa
6. Diwajibkan membaca pada

setiap berdiri rakaat kecuali bagi
orang masbuq hanya diwajibkan
sekadar yang sempat sahaja,
maka fatihahnya ditanggung
oleh imam.

RUKUN KELIMA : RUKUK

Syarat-syarat rukuk:-
1. Mensahajakan tunduk kerana ruku’.
2. Meletakkan kedua tapak tangan kepada dua lutut bagi

orang yang sederhana panjang tangannya.
3. Toma’ninah dalam ruku’

Kesempurnaan ruku’ :-
Menyama ratakan kepala, leher dan belakang serta
mendirikan kedua betis dan peha sambil memegang kedua
lutut dengan dua tapak tangan. Rengangkan kedua siku
dari kedua lambung dan juga diantara kedua kaki sekadar
sejengkal, tetapi bagi wanita hendaklah dirapatkan.

RUKUN KEENAM : IKTIDAL

Syarat-syarat iktidal:-

1. Mensahajakan bangkit untuk iktidal

2. Berdiri betul

3. Toma’ninah dalam iktidal

4. Iktidal adalah rukun yang pendek, oleh itu
janganlah dipanjangkan melebihi daripada
zikir yang disunatkan.

RUKUN KETUJUH : SUJUD

Syarat-syarat sujud:-

1. Dua kali sujud pada setiap rakaat

2. Mensahajakan sujud

3. Meletakkan tujuh anggota iaitu dahi, dua lutut, dua tapak tangan
dan jari kedua kaki kepada tempat sujud.

4. Dahi terbuka tanpa berlapik dan tetap pada tempat sujud

5. Memberatkan kepala pada tempat sujud.

6. Meninggikan punggung dari daripada kepala

7. Tidak sujud seseorang atas sesuatu yang ditanggungnya yang
bergerak seperti hujung serban, tetapi tidak apa jika yang
ditanggungnya itu tidak bergerak dengan gerakkannya seperti dia
sujud atas hujung kainnya yang labuh.

8. Dahinya tidak berlapik kecuali jika pembalut itu kerana luka.

9. Toma’ninah dalam sujud

.

RUKUN KELAPAN : DUDUK ANTARA DUA

SUJUD

Syarat-syarat duduk antara dua sujud:-
1. Ada toma’ninah
2. Mensahajakan duduk
3. Duduk dalam keadaan betul tulang belakang, tidak

condong.
4. Duduk tidak melebihi daripada zikir yang ditentukan.

RUKUN KESEMBILAN : DUDUK KERANA

MEMBACA TAHIYYAT AKHIR

Syarat-syarat duduk kerana membaca tahiyyat akhir:-
1. Mensahajakan duduk kerana membaca tahiyyat akhir

dengan apa cara duduk jua. Adapun duduk tawarruk,
iaitu duduk pada sebelah punggung kiri dengan
menghulurkan kaki kiri ke bawah betis kanan serta
mendirikan atau membaringkan tapak kaki kanan
adalah sunat hai’ah.
2. Duduk dalam keadaan betul tulang belakang dan tidak
condong.

RUKUN KESEPULUH : MEMBACA

TAHIYYAT AKHIR

Syarat-syarat membaca tahiyyat akhir:-
1. Dengan bahasa arab. Kalau tidak mampu hendaklah diterjemahkan,

kalau masih tidak boleh hendaklah diam sekadar masa membaca
tahiyyat.
2. Membaca dalam keadaan duduk bagi orang yang berkuasa
3. Memeliharakan segala hurufnya, kalimahnya, barisnya dan I’rabnya.
4. Muwalat
5. Tertib
6. Memperdengarkan bacaan kepada dirinya

RUKUN KESEBELAS : BERSELAWAT

KEATAS NABI DALAM TAHIYYAT AKHIR

Syarat-syarat berselawat kepada nabi dalam tahiyyat
akhir:-
1. Dengan bahasa arab. Kalau tidak mampu hendaklah

diterjemahkan, kalau masih tidak boleh hendaklah
diam sekadar masa membaca selawat.
2. Membaca dalam keadaan duduk bagi orang yang
berkuasa
3. Memeliharakan segala hurufnya, kalimahnya dan
barisnya.
4. Muwalat
5. Tertib
6. Memperdengarkan bacaan kepada dirinya.

RUKUN KEDUABELAS : MEMBERI SALAM

YANG PERTAMA

Syarat-syarat memberi salam :-

1. Dengan bahasa arab. Kalau tidak
mampu hendaklah diterjemahkan,
kalau masih tidak boleh hendaklah
diam sekadar masa memberi salam.

2. Membaca dalam keadaan duduk dan
dada menghadap kiblat bagi orang
yang berkuasa.

3. Sekurang-kurangnya salam ialah
‘assalamualaikum’

4. Memeliharakan segala hurufnya dan
kalimahnya dengan didatangkan
dengan huruf alif dan lam pada
‘assalam’ dan khitab dengan jama’
pada perkataan ‘alaikum’

5. Muwalat

6. Memperdengarkan kepada dirinya

RUKUN KETIGABELAS : TERTIB

Syarat-syarat tertib:-
1. Teratur mengikut susunan rukun.
2. Bererti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian

dikemudiankan
3. Tiga perkara ini tidak wajib tertib iaitu niat, takbiratul

ihram dan berdiri betul


Click to View FlipBook Version