BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2 0 2 4 / 2 0 2 5 SEKOLAH KEBANGSAAN BAU TAMAN MUTIARA, 94000 BAU
KANDUNGAN 1.Perutusan dan Kata-kata aluan -Guru Besar -Penolong Kanan Pentadbiran -Penolong Kanan Hal Ehwal Murid -Penolong Kanan Kokurikulum -Penolong Kanan PPKI 2.Peraturan-peraturan Pendidikan(kurikulum Kebangsaan)1997 3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 4. Visi dan Misi 5. Kalendar Akademik 6. Matlamat Sekolah 7.Nilai Sekolah 8.Piagam Sekolah 9. Jawatankuasa Pengurusan dan pentadbiran Sekolah 9.1 – Pengurusan Pentadbiran Strategik Sekolah 10.Pengurusan Kurikulum 10.1- Carta Organisasi 10.2- Jawatankuasa Kurikulum 11.Pengurusan Hal Ehwal Murid 11.1- Carta Organisasi 11.2- Jawatankuasa Hal Ehwal Murid 12.Pengurusan Kokurikulum 12.1- Carta Organisasi 12.2- Jawatankuasa Kokurikulum 13.Pengurusan MBK PPKI 13.1- Carta Organisasi 13.2- Jawatankuasa MBK PPKI
1.Perutusan Guru Besar Assalamualaikum w.b.t , Salam Sejahtera dan Salam SK Bau dihati Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-nya, kita dapat lagi meneruskan perjuangan yang diamanahkan kepada kita sebagai pendidik dan pembentuk bangsa. Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan dan Pentadbiran SK Bau yang telah bertungkus lumus untuk menyiapkan buku ini. Buku pengurusan ini penting sebagai rujukan dan garis panduan kepada guru-guru untuk melaksanakan tugas dengan lebih terarah dan berkesan. Insya-Allah, kita yang berkhidmat sebagai warga pendidik perlu berpegang kepada prinsip kerja berpasukan (teamwork) dan berkolaboratif antara satu sama lain sama ada di peringkat panitia, sekolah, daerah mahupun diperingkat kebangsaan.Moto SK Bau dihati yang kita persetujui perlu direalisasikan. Oleh itu kita perlu bergerak serentak dan senada untuk mencapai matlamat tersebut. Terdapat enam ciri murid yang menjadi aspirasi negara, iaitu murid berpengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan berkerohanian, serta mempunyai identiti nasional. Tidak ada kepuasan yang terulung selain melihat anak-anak didik kita berjaya dalam semua aspek. Sekolah Kebangsaan Bau ini merupakan Sekolah Transformasi yang mengamalkan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti , ini mampu meningkatkan lagi pengurusan dan pencapaian kemenjadian murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Oleh itu, marilah kita bekerja dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan kerana segala keikhlasan dan pengorbanan kita dilihat dan dinilai oleh-Nya. Sesungguhnya, guru-guru dan kakitangan SK Bau ini, berupaya dan boleh membuktikan bahawa kita mampu membangun dan melahirkan modal insan yang diingini oleh bangsa dan negara. Marilah sama-sama kita berazam dan mengaplikasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan wawasan negara sepenuhnya. SK BAU DIHATI. Sekian, terima kasih. AZMAN BIN AMAN GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN BAU
Kata Aluan Pen. Kanan Pentadbiran Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam kasih-sayang, Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Pengurusan dan pentadbiran sekolah kerana berjaya merealisasikan Anyflip Sekolah Kebangsaan Bau ini. Terima kasih jua saya ucapkan kerana memberi kesempatan untuk saya mencoretkan sepatah dua kata dalam ruangan Pentadbiran. Perubahan dan penambahbaikan dalam dasar pendidikan negara seperti pentaksiran berasaskan sekolah (PBS), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan sarana sekolah yang menjadi inti pati pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 menuntut warga pendidikan berfikir di luar kotak, serta mengaplikasikan strategi lautan biru supaya terus berdaya saing dan dihormati. Saya mengucapkan tahniah kerana warga sekolah dan ibu bapa berjaya memanfaatkan pelbagai aplikasi atas talian bagi melicinkan pengurusan sekolah dan maklumat pencapaian murid dengan lebih berkesan dan cekap. Mudah-mudahan sumbangan ini bakal memacu pendidikan di SK Bau ke persada kecemerlangan yang dihajati. Buku Pengurusan sekolah ialah wadah yang memaparkan dan menjadi rujukan kepada kita semua dalam melaksanakan Visi dan Misi Pendidikan kita. Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada semua tenaga pemegang konsesus SK Bau dan semoga beroleh manfaat yang tidak terhingga. Sekian, terima kasih. NURSITY BINTI SALEH PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SEKOLAH KEBANGSAAN BAU
Kata Aluan Pen. Kanan Hal Ehwal murid Assalamualaikum w.b.t , Salam Sejahtera dan Salam SK Bau dihati Syukur alhamdulillah, dengan keizinan serta kudrat iradatNya jua dapat saya lakarkan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Sesungguhnya institusi pendidikan merupakan platfom yang amat besar pengaruhnya dalam membina Negara bangsa yang dinamik dan kompeten bagi membentuk pelapis generasi akan datang. Pengurusan HEM pula seolah diakui menjadi elemen yang sangat penting kerana di dalamnya terdapat aset Negara yang merupakan nilai modal insan yang paling berharga untuk mencorakkan lanskap pentadbiran Negara pada hari muka. Pelan Tranformasi Pendidikan yang diperkenalkan dengan memberi fokus kepada NKRA, diharapkan dapat memantapkan lagi kemenjadian murid seterusnya membawa impak positif dalam dunia pendidikan seluruhnya. Dengan kapasiti yang ada di bawah kepimpinan Tuan Guru Besar dan dibantu oleh rakan-rakan penolong kanan dan guru-guru serta sokongan PIBG diharapkan pengurusan HEM dapat dilaksanakan sebaik mungkin bagi memenuhi stake holder dan aspirasi Negara selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Semoga segala usaha dan kerjabuat kita mendapat keberkatanNYA. Sekian, terima kasih. SAPTIAH BINTI MAHELIN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SEKOLAH KEBANGSAAN BAU
Kata Aluan Pen. Kanan Kokurikulum Salam Sejahtera dan syukur kita kepada Tuhan kerana dengan limpah rahmat maka dapatlah kita bersama-sama mengatur strategi dalam melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab tahun ini dengan ikhlas dan iltizam demi memartabatkan kecemerlangan Pendidikan kita. Melalui kerjasama yang padu dari Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, staf sokongan dan muridmurid, saya percaya bahawa pengurusan Ko-Kurikulum sekolah ini akan berada pada tahap yang baik dan terus meningkat masa kini dan akan datang. Dengan adanya kesepaduan semua pihak, saya menaruh harapan dan keyakinan yang tinggi, bahawa Unit Ko-Kurikulum sekolah ini dapat membantu Unit Kurikulum dan HEM dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini serta merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sekian, terima kasih. WALTER GLISPLIN ANAK RAEN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN BAU
Kata Aluan Penyelaras PPKI Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya jua, dapat saya memberikan sedikit ucapan alu-aluan dalam Buku Pengurusan Sekolah Tahun 2024/2025 ini. Pendidikan adalah wajib untuk semua kanak-kanak, dan sehubungan dengan itu, anak-anak dengan keperluan khas juga berpeluang mendapatkan pendidikan yang sewajarnya sama seperti kanak-kanak yang lain. Syukur dengan kerjasama pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa dan individu, PPKI telah dapat dilengkapkan dengan beberapa kemudahan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran bagi anak-anak dengan keperluan khas dalam kelas kami. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar, rakan-rakan Penolong Kanan, guru-guru dan ibu bapa, semoga dengan usaha murni dapat diteruskan dengan kemajuan dan kejayaan anak-anak keperluan khas dalam menghadapi keadaan global semasa. Sekian, terima kasih. JACQULIN ANAK DIWEN PENYELARAS PPKI SEKOLAH KEBANGSAAN BAU
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, beraklak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. FALSAFAH PENDIDIKAN MALAYSIA
VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara MATLAMAT Memacu ke hadapan demi kecemerlanga n murid dalam pendidikan NILAI “Berilmu, Berkualiti, dan Bestari” Motto “SK BAU di HATI”
1. Pentadbiran dan pengurusan kerja yang bersistematik dan berkesan. 2. Proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokan untuk menyemai perasaan berusaha untuk mencapai kejayaan. 3. Peratus pencapaian PBD TP4-TP6 dipertingkatkan selaras dengan peratus pencapaian peringkat Daerah, Bahagian, Negeri mahupun Kebangsaan. 4. Masalah disiplin, ponteng kelas dan sekolah dikurangkan ke tahap yang paling minima. 5. Membentuk insan yang seimbang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 6. Kemenjadian Murid diberi keutamaan MATLAMAT SEKOLAH
NILAI SEKOLAH ”SELANGKAH BERGERAK MAJU” “A STEP MOVING FORWARD” ”MURID BELAJAR, GURU MENGAJAR” ”STUDENTS LEARN, TEACHERS TEACH” “MENUJU MERCU”
SEKOLAH KEBANGSAAN BAU, TAMAN MUTIARA. (SCHOOL’S CLIENT CHARTER) KAMI, WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN BAU, DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM, BERIKRAR DAN BERJANJI, AKAN MENUMPUKAN, SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK : Mendidik semua pelajar dengan kesungguhan dan ketekunan tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan mereka, Sentiasa bekerjasama untuk mencapai keputusan peperiksaan awam dan sekolah pada tahap yang tinggi dan membanggakan, Memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih dan indah, Menentukan disiplin pelajar sentiasa pada tahap yang terpuji, Menentukan pelajar melibatkan diri dalam bidang kokurikulum dengan aktif dan berkesan. PIAGAM SEKOLAH
JAWATANKUASA PERANCANGAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH Pengerusi Cikgu Azman Bin Aman Guru Besar Timbalan Pengerusi Cikgu Mocide/Nursity Binti Saleh (Penolong Kanan Pentadbiran) Naib Pengerusi 1 Cikgu Saptiah Binti Mahelin )PK HEM) Naib Pengerusi 2 Cikgu Walter Glisplin anak Raen Setiausaha Cikgu Jacqulin Anak Diwen Ahli Semua Guru dan AKP
JAWATANKUASA PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH Pengerusi Cikgu Azman Bin Aman Guru Besar Timbalan Pengerusi Cikgu Mocide/Nursity Binti Saleh (Penolong Kanan Pentadbiran) Setiausaha Cikgu Saptiah Binti Mahelin (PK HEM) Ahli Guru Pra Sekolah Cikgu Walter Glisplin anak Raen (PK KK) Cikgu Jacqulin Anak Diwen (Penyelaras PPKI)
CARTA ORGANISASI
PENGURUSAN KURIKULUM 2024/2025 SK BAU
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 2024/2025 SK BAU
PENGURUSAN KOKURIKULUM 2024/2025 SK BAU
PENGURUSAN PPKI 2024/2025 SK BAU