The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aliamon0365, 2024-05-28 08:54:06

Buku Program Pendidikan Luar 2024

Buku Program Pendidikan Luar 2024

Buku Pendidikan Luar 2024 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PEREMPUAN MELAYU


ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM MALAYSIA MADANI Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada PISMP PJ Jun 2021 (A) kerana berjaya mengucapkan buku program ini. Penyediaan buku program ini merupakan sebahagian daripada tugasan bagi Program Amali Pendidikan Luar. Saya percaya bahawa siswi guru telah memperolehi pengetahuan dan kemahiran dalam menyiapkan buku program ini. Antara kemahiran yang dipelajari dan dikuasai adalah teknik kepimpinan untuk menjayakan Program Amali Pendidikan Luar ini. Program ini adalah asas kepada bakal guru sebelum menjadi seorang pemimpin terutamanya di sekolah mahupun di mana-mana institusi awam dan swasta. Selain itu, penyediaan buku program ini juga memberi peluang kepada bakal guru untuk mempraktikkan kemahiran diri dalam memimpin. Secara tidak langsung, kemahiran ini akan menjadi lebih berharga di alam pekerjaan kelak. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada siswi guru PISMP PJ Jun 2021 (A) kerana dapat menghasilkan buku program ini dan apa yang para siswi guru pelajari semasa program ini berlangsung dapat dimanfaatkan dan menjadi pengalaman yang berharga. ‘MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’ KATA-KATA ALUAN ENCIK AHMAD FITRI BIN LIAS KETUA JABATAN JABATAN PENDIDIKAN JASMANI, KESIHATAN DAN KOKURIKULUM IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU


ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM MALAYSIA MADANI Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada PISMP PJ Jun 2021 (A) kerana berjaya mengucapkan buku program ini. Para siswi guru boleh menjadikan pengalaman dalam menyiapkan buku program ini sebagai panduan menjalani kehidupan sebagai seorang guru kelak. Hal ini demikian kerana, ia selaras dengan apa yang para siswi guru pelajari dalam Pendidikan Luar. Saya mendapati banyak kebaikan dan pengetahuan secara langsung dan tidak langsung yang diperolehi semasa proses menyiapkan buku program ini dan belajar dalam Pendidikan Luar. Antara kelebihan yang sangat berharga kepada siswi guru dapat menguruskan sesuatu organisasi di sekolah ataupun mana-mana institusi awam mahupun swasta. Hal ini demikian kerana, warga pendidik era serba canggih dan berdaya saing ini memerlukan pendidik yang ‘versatile’ dalam pelbagai bidang. Bagi pengetahuan siswi guru, di peringkat IPG inilah para guru seharusnya belajar dan melibatkan diri dalam banyak bahagian kerana dengan itu siswi guru akan mengetahui bagaimana untuk mengurus, merancang, menghadapi dan menyelesaikan masalah yang timbul. Pengalaman berharga ini akan siswi guru gunakan di alam pekerjaan kelak. Akhir kata, saya sekali mengucapkan syabas dan tahniah kepada siswi guru PISMP PJ Jun 2021 (A) kerana dapat menghasilkan buku program ini dan apa yang para siswi guru pelajari semasa program ini berlangsung dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. ‘MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’ KATA-KATA ALUAN ENCIK SAFFERY BIN ARIFFIN PENYELARAS PROGRAM PENDIDIKAN LUAR PENDIDIKAN JASMANI, KESIHATAN DAN KOKURIKULUM IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU


ATHIFAH MARDHIAH BT KHAIRUL ANUAR PENGERUSI PROGRAM PENDIDIKAN LUAR PENDIDIKAN JASMANI, KESIHATAN DAN KOKURIKULUM IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM MALAYSIA MADANI Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana izin-Nya dapat kita menganjurkan dan menggerakkan Program Amali Pendidikan Luar bagi siswi guru PISMP PJ JUn 2021 (A) bagi sesi 2021/2025. Ucapan dan penghargaan saya rakamkan buat semua pensyarah yang terlibat dan semua AJK Program Amali Pendidikan Luar. Kepimpinan yang telah memberi komitmen yang penuh dedikasi dalam menjayakan perkhemahan ini. Semoga dengan adanya perkhemahan ini, semua peserta dapat menimba pengalaman yang lebih baik serta mempraktikkan dalam melaksanakan sesuatu program. Dengan menyertai perkhemahan ini, para peserta diharap dapat melibatkan diri dengan tanggungjawab sama ada sebagai pemimpin dan dipimpin di samping memupuk semangat kerjasama melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Sebagai penutup bicara, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua Jabatan, Penyelaras Program, pensyarah kursus, pensyarah-pensyarah penasihat, AJK serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana berusaha dan menyokong untuk menjayakan dan melaksanakan Program Amali Pendidikan Luar di Mersing, Johor. ‘MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’ KATA-KATA ALUAN


MEMORI PROGRAM AMALI PENDIDIKAN LUAR Dari kiri belakang : Encik Azizi, Ilda, Syifa’, Amirah, Syafiqa, Aidea, Athifah, Encik Saffery, Encik Ahmad Fitri, Dr. Sholehah, Encik Saofie, Encik Khairul Anuar, Izzwani, Iffah, Wan Qurratul Ain, Haniz Nadya, Afiffa, Farhanah, Izyan dan Encik Rizal Dari kiri bawah : Sorfina, Eizzati, Asyiqin, Hidayah, Alia, Fatin, Najla dan Batrisyia


LAGU PENDIDIKAN LUAR PJ GAGAH BERANI Kemana saja (Kemana saja) Kami pergi (Kami pergi) Semua orang (Semua orang) Mahu tahu (Mahu tahu) Siapa kami (Siapa kami) Kami dari mana (Kami dari mana) Kami katakan (Kami katakan) Kamilah PJ (Kamilah PJ) We are RAVEN.. RAVEN.. RAVEN.. (We are RAVEN.. RAVEN.. RAVEN.) We are conquer..conquer..conquer.. (We are conquer..conquer..conquer) Gagak hitam (gagak hitam) Lambang kami(Lambang Kami) Pantang mundur (Pantang mundur) Sifat kami (Sifat kami) Siapa berani(Siapa berani) Masuk PJ (Masuk PJ) Kamilah PJ (Kamilah PJ) Gagah Berani (Gagah Berani) We are RAVEN.. RAVEN.. RAVEN.. (We are RAVEN.. RAVEN.. RAVEN.) We are conquer..conquer..conquer.. (We are conquer..conquer..conquer) KAMI KE MARI Kami ke mari Ikut hati sendiri Kami yang pilih Kerjaya ini. Kerja pendidik Bukannya mudah Hati kau tabah Pasti kau berjaya. Tinggal ibu dan ayah Pasti kami tak rela Namun apakan daya Ini tanggungjawab kita. Adanya buddy buddy Kanan dan juga kiri Saling melengkapi Antara kita. Sayangku yang disana Sayang tengah buat apa Dinda tertanya-tanya Semua serba tak kena Lalalala Lalalala Lalalala


Pelajar dapat mempelajari cara yang tepat untuk merancang dan mengurus program Pelajar didedahkan dengan asas persediaan dan perlaksanaan perkhemahan Memberi persediaan kepada pelajar dari segi ketahanan mental dan fizikal dalam menghadapi cabaran PENGENALAN KURSUS PJMS 3113 PENDIDIKAN LUAR Dalam Ringkasan Maklumat Kursus PJMS3113, Pendidikan Luar adalah supaya mereka mendapat pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan luar melalui pembelajaran berterusan, kemahiran pengurusan dan menjadi agen transformasi Pendidikan Jasmani. MATLAMAT OBJEKTIF Pelajar mampu menguasai kemahiran baru Pelajar mengetahui aspek-aspek perancangan dan pengurusan sesuatu program Mengharapkan agar pelajar dapat menghargai alam sekitar Melatih pelajar ke arah berdikari dan meningkatkan keyakinan diri sendiri


BUTIRAN PROGRAM TARIKH PROGRAM AMALI 22 April 2024 - 26 April 2024 (Isnin - Jumaat) LOKASI PROGRAM Pantai Pasir Lanun, Teluk Penyabong, Johor 86800 Mersing, Johor. PESERTA PISMP Pendidikan Jasmani Jun 2021 (A) sesi 2021/2025 BILANGAN PESERTA 21 orang BILANGAN PENSYARAH 8 orang


SEJARAH PANTAI PASIR LANUN, JOHOR Kisah di Mersing juga berkait rapat dengan kewujudan sebuah perkampungan nelayan yang dinamakan Penyabong. Perkampungan ini terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Mersing dan lima kilometer dari pekan Endau. Penyabong terkenal dengan Pantai Pasir Lanun yang mempunyai kisah di sebalik namanya. Menurut cerita orang kampung, asal nama Penyabong timbul ketika kumpulan lanun di Laut China Selatan pada kurun ke-19 menjadikan kawasan di situ sebagai tempat persinggahan mereka. Laut China Selatan ketika itu merupakan laluan yang sibuk dengan aktiviti perdagangan dari Pantai Timur ke Singapura serta dari China. Maka lanun-lanun yang berada di sekitar laluan itu sering menjadikan pantai di sekitar Mersing sebagai tempat perlindungan dan mengatur strategi serangan ke atas kapal-kapal pedagang. Bagi mengisi masa lapang, kumpulan lanun itu sering mengadakan aktiviti sabung ayam, pantai itu akhirnya diberi nama Penyabong. Malah, terdapat sebuah batu besar di tepi pantai Penyabong yang dikatakan menjadi tempat lanun-lanun itu bermain sabung ayam. Batu itu masih wujud sehingga ke hari ini. Menurut Ketua Kampung Mukim Penyabong, Wan Azman Wan Jusoh, Pantai Pasir Lanun yang terletak di Kampung Penyabong itu pula mendapat nama apabila kawasan itu sering menjadi tumpuan lanun-lanun dari sekitar Laut China Selatan untuk berehat. Pernah terjadi pergaduhan antara kumpulan-kumpulan lanun yang singgah di Penyabong. Mereka berebut untuk mengambil bekalan air sehingga menyebabkan pergaduhan berlaku. Malah, peperangan antara lanun dan kapal-kapal pedagang juga pernah berlaku di sini,” katanya kepada S2. Wan Azman berkata, Penyabong asalnya dihuni oleh beberapa nelayan yang menjadikan tempat itu sebagai pangkalan untuk menangkap ikan sejak dahulu lagi. Sehingga ke hari ini, aktiviti nelayan dan menangkap merupakan hasil pendapatan utama bagi penduduk di situ. “Ketika Penyabong mula dihuni, terdapat beberapa lagi kampung yang wujud berdekatan seperti Tanjung Resang, Teluk Sari dan Kampung Sisik. Kesemuanya mempunyai kisah tersendiri bagaimana ia mula diduduki,” katanya.


‘Embrace the journey, Create our legacy’ Mengakui ketakutan dan keraguan kami bukanlah mudah. Kami telah berjuang dengan keraguan diri, ketakutan, dan bayangan yang sentiasa menjulang. Mudah untuk mencari alasan, untuk menangguhkan impian untuk hari lain, tetapi sifat kehidupan yang tidak menentu telah mengajar kami bahawa 'hari lain' tidak dijamin. Perjalanan kami bukan tentang menghapuskan ketakutan tetapi belajar untuk bergerak ke hadapan. kami tahu kami tidak bersendirian dalam hal ini. Ramai antara kami masih bergelut dengan halangan mental ini, namun amat penting untuk mengatasinya jika kami ingin mengejar apa yang benar-benar kami inginkan. Mengambil tindakan, walaupun tidak menentu, telah menjadi mantra baharu kami. kami telah belajar bahawa menunggu saat yang sempurna adalah sia-sia. Ia perlu mengambil langkah pertama itu, walaupun goyah. Ya, kegagalan telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kami, tetapi ia telah menjadi guru terbaik kami. Setiap kemunduran telah menjadi pengajaran dalam ketabahan, bukti keupayaan semangat manusia untuk bangkit semula. Di saat-saat perjuangan inilah kekuatan sebenar kami terserlah. kami tidak boleh cukup menekankan kepentingan mencari atau mencipta sistem sokongan. Dalam perjalanan kami, ada kalanya orang terdekat kami tidak memahami atau menyokong aspirasi kami. Ketika itulah kami mencari komuniti dan kumpulan yang berkongsi visi kami. Mengelilingi diri kami dengan individu yang berfikiran sama bukan sahaja memberikan sokongan emosi tetapi juga banyak ilmu dan dorongan. PENGENALAN SLOGAN PENDIDIKAN LUAR


Athifah Mardhiah binti Khairul Anuar Tn. Hj. Azman bin Kanil @ Konil ORGANISASI PENDIDIKAN LUAR JAWATANKUASA INDUK PENDIDIKAN LUAR Dr. Hjh Kartini binti Abdul Mutalib (Pengarah IPGMK Perempuan Melayu) PENAUNG PENASIHAT Dr. Hjh Norshidah binti Abu Husin (Timbalan Pengarah IPGMK Perempuan Melayu) KETUA KOMANDAN PENGURUS PROGRAM Encik Ahmad Fitri bin Lias PENYELARAS PROGRAM Encik Saffery bin Ariffin PENGERUSI NAIB PENGERUSI Nor Syafiqa binti Mohd Tahir BENDAHARI Nur Afiffa Najwa binti Roslan SETIAUSAHA Nurul Fatin binti Mustafa


ORGANISASI PENDIDIKAN LUAR JAWATANKUASA KERJA PENDIDIKAN LUAR JK PERHUBUNGAN LUAR 1. Nuraedia binti Jamal 2. Nur Asyiqin binti Abu Kassim JK PENGANGKUTAN Batrisyia Nasuha binti Mohammad Norsal 1. Wan Qurratul Ain binti Wan Faizul 2. JK MAKANAN 1.Najla Farzana binti Jalil Siti Nur Farhanah Umairah binti Md Zin 2. PIC : Dr Sholehah binti Ismail JK KEBAJIKAN, KEROHANIAN & KESELAMATAN 1.Nur Izzwani binti Pazli Raudhatul Sorfina binti Mohd Radzi 2. PIC : 1. Encik Khairul Anuar bin Ismail 2. Cik Nur Azizi JK DOKUMENTASI & CENDERAMATA Nur Alia Natasya binti Mohd Rashidi 1. Nursyifa’ Wardina binti Ahmad Naji 2. JK ALATAN 1. Ilda Haideera binti Azman Haziq Izyan binti Abu Yazid Bustami 2. 3.Nur Amirah binti Hamdan 4.Eizzati Auni binti Hamam


ORGANISASI PENDIDIKAN LUAR JAWATANKUASA PENYELARAS AKTIVITI JK TALI TINGGI Athifah Mardhiah binti Khairul Anuar (K) 1. Nurhidayah Afiqah binti Mohd Azudeen 2. 3.Najla Farzana binti Jalil PIC : Tn. Haji Azman Kanil @ Konil JK ORIENTEERING 1.Ilda Haideera binti Azman (K) Nursyifa’ Wardina binti Ahmad Naji 2. Raudhatul Sorfina binti Mohd Radzi 3. PIC : Encik Ahmad Fitri bin Lias JK SOLO & GROUP CAMPING Batrisyia Nasuha binti Mohd Norsal (K) 1. 2.Nur Asyiqin binti Abu Kassim 3.Nurul Fatin binti Mustafa 4.Nur Izzwani binti Pazli PIC : Dr Sholehah binti Ismail JK KRAF PERKHEMAHAN 1.Nuraidea binti Jamal (K) Haziq Izyan binti Abu Yazid Bustami 2. Nur Alia Natasya binti Mohd Rashidi 3. Siti Nur Farhanah Umairah binti Md Zin 4. PIC : Encik Khairul Anuar bin Ismail JK EKSPEDISI KAYAK 1.Iffah Shadira binti Hassan (K) Wan Qurratul Ain binti Wan Faizul 2. 3.Nur Afiffa Najwa binti Roslan 4.Eizzati Auni binti Hamam PIC : Encik Mohd Saofi bin Bachok JK SNORKELLING & WATER CONFIDENT Nur Haniz Nadya binti Hairulnizam (K) 1. 2.Nor Syafiqa binti Mohd Tahir 3.Nur Amirah binti Hamdan PIC : Encik Saffery bin Ariffin


TENTATIF PENDIDIKAN LUAR


JAWATANKUASA INDUK ATHIFAH MARDHIAH BINTI KHAIRUL ANUAR Pengerusi Program Pendidikan Luar 2024 NOR SYAFIQA BINTI MOHD TAHIR Naib Pengerusi Program Pendidikan Luar 2024 NURUL FATIN BINTI MUSTAFA Setiausaha Program Pendidikan Luar 2024 NUR AFIFFA NAJWA BINTI ROSLAN Bendahari Program Pendidikan Luar 2024


JAWATANKUASA PERHUBUNGAN LUAR AHLI : NUR ASYIQIN BT ABU KASSIM NURAIDEA BT JAMAL Memastikan program dapat dijalankan dengan pengetahuan pihak tertentu MATLAMAT OBJEKTIF Memastikan pihak anggota dapat makluman tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang program ini. BIDANG-BIDANG TUGAS Menguruskan surat makluman kepada pihak Polis, Hospital dan Jabatan Laut.


JAWATANKUASA PENGANGKUTAN AHLI : WAN QURRATUL AIN BT WAN FAIZUL BATRISYIA NASUHA BT MOHAMAD NORSAL Memastikan pengangkutan tersedia semasa program MATLAMAT OBJEKTIF Memastikan kelulusan permohonan perkhidmatan pengangkutan untuk kegunaan semasa program BIDANG-BIDANG TUGAS Mengurus pengangkutan peserta pergi dan balik semasa program


JAWATANKUASA MAKANAN AHLI : NAJLA FARZANA BT JALIL SITI NUR FARHANAH UMAIRAH BT MD ZIN Memastikan pelajar makan pada masa yang ditetapkan tanpa mengganggu waktu pelajar melaksanakan aktiviti. MATLAMAT OBJEKTIF Menyediakan makanan mengikut waktu makan yang ditetapkan dengan baik BIDANG-BIDANG TUGAS Merancang menu yang ditetapkan sepanjang program pendidikan luar Menyenaraikan bahan mentah dan bahan kering untuk keperluan masakan. Menyediakan jadual menu makan Menyediakan jadual bertugas memasak Menyenaraikan jadual peralatan memasak Menyenaraikan peralatan masakan yang perlu dibeli.


JADUAL MENU MAKAN PENDIDIKAN LUAR PERKARA HARI SARAPAN MAKAN TENGAHARI MINUM PETANG MAKAN MALAM MINUM MALAM ISNIN - • Nasi • masak lemak telur itik • sayur campur • buah oren • air sarsi • biskut • teh o • nasi • ikan kembong masak kicap • sayur campur • air sarsi • biskut • teh o SELASA • nasi goreng telur mata • teh o/kopi o • nasi tomato • acar buah • papadom • epal • air sarsi • biskut • teh o • nasi • kari sardin • sayur campur air sarsi • biskut teh o RABU • nasi goreng kampung • teh o/kopi o • nasi ayam • salad, timun, tomato • pisang • air sarsi • soto ayam • teh o - (Solo camp) - (Solo camp) KHAMIS • mi goreng • teh o/kopi o • nasi • siakap 3 rasa • salad, timun • epal • air sarsi • bakso • teh o • nasi • daging lada hitam • coleslaw • air sarsi • kentang putar JUMAAT • sandwich sardin • air kosong -


JAWATANKUASA KEBAJIKAN,KEROHANIAN & KESELAMATAN AHLI : NUR IZZWANI BT PAZLI RAUDHATUL SORFINA BT MOHD RADZI Memastikan keselamatan, kesihatan dan persekitaran serta sentiasa berada di tahap optima. MATLAMAT OBJEKTIF Memelihara keselamatan, kesihatan dan kerohanian semua pelajar. BIDANG-BIDANG TUGAS Menguruskan hal-hal berkaitan dengan kerohanian seperti tempat solat, solat berjemaah dan sebagainya. Memastikan keselamatan peserta dalam keadaan selamat.


BIDANG TUGAS JAWATANKUASA MALAM SILATURRAHIMBIL JAWATANKUASA KERJA BIDANG TUGAS TINDAKAN1 Pengacara majlis Melancarkan, mengendalikan, dan mengacarakan majlis Emcee Nur AliaNatasya Nur HanizNadya2 Persiapan tempat / Perhiasan pentas Menghias pentas mengikut tema yang ditetapkan. Memastikan susunan kerusi VIP dan peserta disusun dalamkeadaan yang kemas AJKPERSIAPANTEMPAT KumpulanE KumpulanC KumpulanB4 Kebersihan (selepas) Membersihkan tempat Membungkus beg plastik dan membuangkan ke dalam tong sampah Memastikan kebersihan tempat sebelum meninggalkan tempat tersebut KumpulanA KumpulanDKUMPULAN BERTUGAS MALAYSIA CERGAS HARI SELASA RABU KHAMIS JUMAATKUMPULAN AKTIVITI 1 4 5 & 2 3


NAMA KUMPULAN PROGRAM PENDIDIKAN LUAR PISMP PENDIDIKAN JASMANI JUN2021 (A) Bil Nama Kumpulan Khemah Aktiviti Sentry Memasak Kebersihan&Kerohanian1 NUR HANIZ NADYA BINTI HAIRULNIZAM (K) 5 23/4 25/4 26/4 23/4 24/4 22/4 2 WAN QURRATUL AIN BINTI WAN FAIZUL 1 23/4 25/4 26/4 23/4 25/4 22/4 3 ILDA HAIDEERA BINTI AZMAN 5 23/4 25/4 26/4 22/4 24/4 22/4 4 NURUL FATIN BINTI MUSTAFA 2 23/4 25/4 26/4 24/4 26/4 22/4 5 NURSYIFA’ WARDINA BINTI AHMAD NAJI (K) 3 23/4 25/4 26/4 23/4 25/4 23/46 BATRISYIA NASUHA BINTI MOHAMAD NORSAL 4 23/4 25/4 26/4 22/4 24/4 26/4 23/47 NURHIDAYAH AFIQAH BINTI MOHD AZUDEEN 1 23/4 25/4 26/4 23/4 25/4 23/48 NUR AMIRAH BINTI HAMDAN 5 23/4 25/4 26/4 23/4 26/4 23/49 NUR ALIA NATASYA BINTI MOHD RASHIDI (K) 4 23/4 25/4 26/4 23/4 24/4 24/410 NUR AFIFFA NAJWA BINTI ROSLAN 2 23/4 25/4 26/4 23/4 25/4 24/411 ATHIFAH MARDHIAH BINTI KHAIRUL ANUAR. 1 23/4 25/4 26/4 22/4 24/4 24/412 HAZIQ IZYAN BINTI ABU YAZID BUSTAMI 3 23/4 25/4 26/4 22/4 24/4 24/413 NOR SYAFIQA BINTI MOHD TAHIR (K) 3 23/4 25/4 26/4 22/4 24/4 25/4 25/414 NUR ASYIQIN BINTI ABU KASIM 5 23/4 25/4 26/4 23/4 25/4 25/415 SITI NUR FARHANAH UMAIRAH BINTI MD ZIN 2 23/4 25/4 26/4 23/4 25/4 25/416 IFFAH SHADIRA BINTI HASSAN 4 23/4 25/4 26/4 22/4 24/4 25/417 EIZZATI AUNI BINTI HAMAM (K) 3 23/4 25/4 26/4 24/4 25/4 26/418 NUR IZZWANI BINTI PAZLI 1 23/4 25/4 26/4 23/4 25/4 26/419 NURAIDEA BINTI JAMAL 4 23/4 25/4 26/4 23/4 25/4 26/420 NAJLA FARZANA BINTI JALIL 5 23/4 25/4 26/4 22/4 25/4 26/421 RAUDHAHTUL SORFINA BINTI MOHAMAD RADZI 2 23/4 25/4 26/4 22/4 24/4 26/4 26/4Petunjuk: 12 AM - 1 AM 1 AM - 2 AM 2 AM - 3 AM 3 AM - 4 AM 4 AM - 5 AM Sarapan 22/4 25/4 Tgh Hari 23/4 26/4 Malam 24/4


JAWATANKUASA DOKUMENTASI & CENDERAMATA AHLI : NURSYIFA’ WARDINA BT AHMAD NAJI NUR ALIA NATASYA BT MOHD RASHIDI Menyediakan sebuah modul yang lengkap, mudah difahami dan berkualiti MATLAMAT OBJEKTIF Memberi pengetahuan kepada para peserta mengenai aktiviti atau program tersebut dijalankan dengan jayanya. BIDANG-BIDANG TUGAS Menyediakan banner, sijil, tag peserta dan poster program. Menghasilkan tebitan buku program PJMS3113 Pendidikan Luar. Mengambil gambar sepanjang program berlangsung. Menyediakan laporan bertulis dan dokumentasi tentang program.


JAWATANKUASA ALATAN AHLI : EIZZATI AUNI BT HAMAM NUR AMIRAH BT HAMDAN ILDA HAIDEERA BT AZMAN HAZIQ IZYAN BT ABU YAZID BUSTAMI ·Memastikan semua peralatan diperiksa, diselenggara dan berada dalam keadaan yang baik sebelum digunakan MATLAMAT OBJEKTIF Memastikan kesemua peralatan yang digunakan dalam program dapat disediakan, dan diselia dengan baik bagi memastikan kelancaran program. BIDANG-BIDANG TUGAS Menyediakan satu google docs untuk menyenaraikan peralatan keperluan mengikut AJK terlibat dan pengambilan sumber daripada pihak tertentu Memastikan setiap peralatan disediakan bagi setiap aktiviti yang sedang dijalankan. Melakukan operasi pemulangan peralatan di tempat yang sepatutnya (pihak stor pusat, stor KOKU).


JAWATANKUASA ABSEILING AHLI : ATHIFAH MARDHIAH BT KHAIRUL ANUAR NURHIDAYAH AFIQAH BT MOHD AZUDEEN NAJLA FARZANA BT JALIL Meningkatkan kecergasan fizikal melalui aktiviti tali tinggi yang dijalankan. Memupuk dan membina sifat keberanian semasa aktiviti abseiling. MATLAMAT OBJEKTIF Melahirkan insan yang mempunyai kekuatan dan ketahanan dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani. Membentuk keyakinan diri dan semangat bertanggungjawab BIDANG-BIDANG TUGAS Merancang dan melaksanakan beberapa latihan simulasi serta latihan sebenar untuk mendapat pendedahan awal mengenai aktiviti abseiling serta peralatan-peralatan yang digunakan. Memastikan peralatan yang akan digunakan selamat dan dalam keadaan yang baik serta mencukupi.


STANDARD PROSEDUR OPERASI (SOP) AKTIVITI ABSEILING DAN RAPPELLING Pastikan semua peralatan yang digunakan berada dalam keadaan yang selamat. Pastikan semua peralatan telah dipakai dan dipasang dengan lengkap dan betul. Periksa peralatan yang dipakai dengan rakan. Pastikan setiap peserta melaporkan diri kepada pengawas di atas sebelum keluar ke platform Pastikan belaying dalam keadaan sedia. Pastikan peserta keluar ke platform secara perlahan-lahan. Tangan hendaklah sentiasa berada dalam kedudukan brek. Peserta hanya boleh mula bergerak ke bawah apabila telah mendapat arahan daripada jurulatih sahaja. Maklumkan kepada pengawas di platform apabila peserta telah tiba di bawah. Beritahu keadaan diri sekiranya berasa pening, terseliuh dan sebagainya selepas melakukan aktiviti. Pastikan semua peralatan dan kemudahan yang dipakai, dibuka dan diberikan kepada peserta yang seterusnya. Sebelum Semasa Selepas


JAWATANKUASA ORIENTEERING AHLI : ILDA HAIDEERA BT AZMAN RAUDHATUL SORFINA BT MOHD RADZI NURSYIFA’ WARDINA BT AHMAD NAJI Memahirkan diri dengan mengaplikasikan pembacaan dan kemahiran navigasi dalam bentuk muka bumi yang mencabar dengan menggunakan kompas dan peta dengan efiien. MATLAMAT OBJEKTIF Membentuk keperibadian siswi guru yang mempunyai ketahanan fizikal, mental, emosi dan sosial. Membentuk keyakinan diri dan semangat berpasukan yang tinggi. BIDANG-BIDANG TUGAS Menilai kefungsian dan mengira bilangan kompas yang akan digunakan. Memastikan setiap kawasan mempunyai penanda. Menyimpan kompas dalam keadaan yang baik.


7 TIPS RELOKASI KEKAL BERTENANG AJK ORIENTEERING PENDIDIKAN LUAR Merupakan satu teknik atau cara yang digunakan apabila peserta merasa tidak pasti akan kedudukan sebenar atau tersesat. 1 02 03 04 02 04 02 03 03 Jangan panik jika dirasakan sudah tersesat.Berehatlah terlebih dahulu. 2 Jangan bergerak lagi secara individu dan sentiasa bergerak dalam kumpulan atau 3 merayau – rayau tidak tentu arah. Laraskan peta ke arah utara peta dan cuba bandingkan ciri muka bumi yang boleh dilihat. 4 Jika masih tidak dapat menentukan kedudukan, cuba ingat ciri yang terakhir 5 yang telah dilalui dan semak dalam peta. Setelah 2 minit berehat dan anda masih sesat, cuba bergerak ke arah ciri garisan yang jelas. Dapatkan kedudukan anda dan teruskan pergerakan ke titik kawalan. 6 Jika masih ragu – ragu dan risau, dapatkan bantuan sesiapa yang terjumpa atau cuba 7 cari jalan balik ke titik permulaan.


PENDIDIKAN LUAR PETA ORIENTEERING PENDIDIKAN JASMANI GROUP 3 9.0 km 1 2 3 4 5 6 7 33 34 31 37 36 35 32 730 m Pantai Pasir Lanun Orienteering 1 2 3 4 5 6 7


JAWATANKUASA KRAF PERKHEMAHAN AHLI : NUR ALIA NATASYA BT MOHD RASHIDI SITI NUR FARHANAH UMAIRAH BT MD ZIN NURAIDEA BT JAMAL HAZIQ IZYAN BT ABU YAZID BUSTAMI Memupuk semangat kekitaan dalam kalangan siswi guru dalam membina gajet dan menghias tapak perkhemahan. MATLAMAT OBJEKTIF Mewujudkan nilai kesepaduan dalam kalangan siswi guru semasa melakukan kraf perkhemahan. Meningkatkan daya kreativiti siswi dengan menggunakan sumber alam semulajadi. BIDANG-BIDANG TUGAS Menyenaraikan gajet yang diperlukan. Merancang contoh reka bentuk gajet yang telah disenaraikan. Memantau proses pembinaan gajet setiap kumpulan Memastikan semua gajet dibuka semula. Kayu dan tali yang digunakan dilupuskan dengan baik.


GERAK KERJA GAJET PERKHEMAHAN KUMPULAN GAJET GAMBAR / IKATAN Semua Kumpulan Rak Kasut Jenis Ikatan : • Ikatan silang pangkah • Ikatan seraya • Manok Kumpulan Haniz (K) Meja Makan Jepun Jenis Ikatan: • Ikatan seraya • Ikatan simpul lilit kacang Kumpulan Syifa (K) Ampaian (terbuka dan Pakaian Dalam) Jenis Ikatan: • Ikatan Silang pangkah • Ikatan Seraya • Ikatan Simpul Mati Kumpulan Ezzati (K) Pintu Gerbang Jenis Ikatan: • Ikatan seraya • Ikatan silang • Ikatan simpul mati


Kumpulan Alia (K) Tiang Bendera Jenis Ikatan: • Ikatan manok • Lilit simpul • Ikatan seraya • Silang tungku • Simpul belit Kumpulan Syafiqa (K) Peralatan dapur basah dan kering Jenis Ikatan:


• Silang tungku • Litit kacang • Ikatan seraya • Manok Kumpulan Alia (K) Tong sampah Jenis Ikatan: • Silang tungku • Ikatan seraya • Manok Kumpulan Ezzati (K) Pagar Jenis Ikatan: • Manuk • Simpul mati


JAWATANKUASA EKSPEDISI KAYAK AHLI : NUR AFIFFA NAJWA BT ROSLAN EIZZATI AUNI BT HAMAM IFFAH SHADIRA BT HASSAN WAN QURRATUL AIN BT WAN FAIZUL Siswi guru dapat mengaplikasikan cara berkayak yang betul semasa ekspedisi kayak di laut. Siswa guru mengamalkan semangat setia kawan semasa ekspedisi kayak dijalankan MATLAMAT OBJEKTIF Menambahkan pengetahuan kepada siswa guru mengenai cara berkayak secara open water di laut. Mengetahui langkah-langkah keselamatan semasa ekspedisi kayak BIDANG-BIDANG TUGAS Menggunakan Buoyancy Aid (BA) sebelum memulakan ekspedisi kayak. Menjalankan pemanasan badan sebelum memulakan ekspedisi kayak.


Sebelum Semasa Selepas STANDARD PROSEDUR OPERASI (SOP) AKTIVITI EKPEDISI KAYAK Pastikan semua peralatan yang digunakan berada dalam keadaan yang selamat. Pastikan semua peralatan telah dipakai dan dipasang dengan lengkap dan betul. Periksa peralatan yang dipakai dengan rakan. Pastikan setiap peserta melaporkan diri kepada jurulatih di atas sebelum keluar ke platform Setiap peserta perlu ada wisel Hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan gunakan pakaian yang cerah seperti warna kuning untuk mudah dilihat Bergerak secara berkumpulan semasa ekspedisi kayak dijalankan. Elakkan daripada mendekati batu karang, whirlpool, tide, rips, kapal, dan perahu semasa berkayak. Sentiasa mendengar bunyi wisel dan melihat padle kayak apabila rafting. Bersihkan dan simpan alatan kayak dengan sempurna Pastikan bilangan ahli adalah mencukupi Pastikan kayak dan pendayung berada dalam keadaan yang baik Melaporkan sebarang kerosakan kepada jurulatih


JAWATANKUASA SNORKELLING & WATER COFIDENT AHLI : NUR AMIRAH BT HAMDAN NUR HANIZ NADYA BT HAIRULNIZAM NOR SYAFIQA BT MOHD TAHIR Menggalakkan kesedaran dan keperluan untuk melindungi dan menjaga hidupan laut. MATLAMAT OBJEKTIF Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman siswi guru tentang flora dan fauna marin dan proses ekologi. Meningkatkan tahap kecergasan fizikal siswi guru menerusi aktiviti air yang bermanfaat. BIDANG-BIDANG TUGAS Memastikan persediaan peralatan snorkeling yang mencukupi seperti goggle dan paip snorkel. Memastikan peralatan mencukupi seperti goggle, Buoyancy Aid (BA) dan throwbag.


Memastikan persediaan peralatan snorkeling yang mencukupi seperti goggle dan paip snorkel. Memberikan arahan dan pengajaran kepada siswi guru tentang teknik snorkeling yang betul termasuk cara bernafas dan pergerakan kaki dan cara mengapung dengan betul. Memastikan persediaan peralatan snorkeling yang mencukupi seperti goggle dan paip snorkel. Memberikan arahan dan pengajaran kepada siswi guru tentang teknik snorkeling yang betul termasuk cara bernafas dan pergerakan kaki dan cara mengapung dengan betu Elakkan panik semasa kecemasan Bekerjasama dan tidak mementingkan diri Peserta cuba mengapungkan diri sambil mengayuh sedikit kaki dengan cara ‘faltter’ untuk bergerak sedikit demi sedikit mendekati hidupan air di kawasan tersebut. Peserta dibiarkan bersnorkel di kawasan yang ditanda. Dilarang sama sekali melepasi kawasan penanda yang dipasang dengan tali. Memastikan semua peserta selamat tiba di pengkalan Pastikan bilangan alatan mencukupi. Membersih dan menyimpan alatan yang digunakan dengan sempurna. Melapor alatan rosak atau hilang untuk tindakan selanjutnya. Sebelum Semasa Selepas STANDARD PROSEDUR OPERASI (SOP) AKTIVITI SNORKELLING & WATER CONFIDENT


JAWATANKUASA SOLO & GROUP CAMPING AHLI : NURUL FATIN BT MUSTAFA NUR ASYIQIN BT ABU KASSIM BATRISYIA NASUHA BT MOHAMAD NORSAL NUR IZZWANI BT PAZLI Meningkatkan kemahiran siswi guru untuk kelangsungan hidup. Memberi peluang kepada siswi guru untuk memperbaiki kemahiran berkomunikasi, penyelesaian konflik, dan kerjasama dalam konteks berkumpulan. MATLAMAT OBJEKTIF BIDANG-BIDANG TUGAS Membuat senarai semak alatan yang akan digunakan. Meminjam alatan yang diperlukan di stor PJ. Memastikan alatan dalam keadaan selamat, cukup dan berfungsi dengan baik. Membina semangat, motivasi dan keyakinan diri. Meningkatkan ketahanan mental dan fizikal. Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan.


PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) AKTIVITI PERKHEMAHAN Tentukan lokasi perkhemahan dan dapatkan izin yang diperlukan. Tetapkan tarikh, tempoh, dan jenis perkhemahan. Tetapkan objektif dan agenda aktiviti perkhemahan. Rancang senarai peralatan, bekalan, dan peralatan keselamatan yang diperlukan. Lakukan pemeriksaan peralatan dan peralatan keselamatan untuk memastikan kebolehgunaan dan kecukupan. Tetapkan tugasan kepada AJK untuk persiapan tapak dan peralatan. Berikan panduan kepada peserta mengenai apa yang perlu dibawa dan peraturan perkhemahan. Latih AJK terhadap SOP keselamatan, pengendalian kecemasan, dan prosedur operasi khusus. Tetapakan tugas dan tanggungjawab kepada AJK untuk perkhemahan. Pastikan kawasan perkhemahan yang selamat dan bersih. Tentukan lokasi untuk khemah, dapur, kawasan api perkhemahan, dan kawasan buang air. Pasang tanda-tanda amaran dan arahan keselamatan di tapak perkhemahan. Adakan sesi taklimat keselamatan bagi semua peserta. Amalkan pengawasan aktif ke atas peserta. Memasang khemah mengikut plan perkhemahan yang telah ditetapkan. Ikut jadual aktiviti yang telah dirancang dengan ketat. Monitor keadaan cuaca dan sedia untuk bertindak jika berlaku perubahan cuaca yang buruk. Kumpulkan semua sampah dan buang dengan betul. Bersihkan dapur dan peralatan masak serta pastikan bekalan makanan disimpan dengan selamat atau dibuang jika perlu. Periksa semua peralatan, khemah, dan fasiliti perkhemahan untuk kerosakan dan lakukan pembaikan jika perlu. Buat penilaian pasca-perkhemahan untuk menilai keberkesanan dan mengenal pasti bidang yang boleh diperbaiki. Dapatkan maklum balas dari peserta dan kakitangan untuk tujuan penambahbaikan masa depan. Buat laporan aktiviti perkhemahan termasuk maklumat keselamatan, kejadian luar biasa, dan pencapaian dan simpan rekod perkhemahan. Sebelum Semasa Selepas


KEPERLUAN SOLO CAMP ALATAN WAJIB BARANG MASAKAN BARANGAN PERIBADI ETIKA PEMAKAIAN PERATURAN SOLO CAMP Poncho Mestin sepasang Plastik sampah x1 Mancis 5 batang Kompas Tag nombor diri Garam Kasar - keselamatan Parang (sendiri) Pisau Lipat (sendiri) Wisel (sendiri) Lampu suluh (sendiri) Baju hujan (sendiri) Beras 1 cawan Garam halus 2 sudu Cili padi 3 tangkai Bawang kecil 3 biji Sardin 1 tin Telur sebiji Apple sebiji Air mineral 1.5l 2 botol Kain batik Topi Satu set persalinan bersih (head to toe) Pad, surat khabar & plastik oren Bag waterproof Ubat-ubatan peribadi Nyamuk repellent Baju berwarna gelap Tudung (quick dry) Seluar cargo jeans tebal Stoking panjang & tebal Kasut hiking bertutup/ kasut getah bertutup Pastikan kawasan selamat dan bersih Pastikan anda membawa peralatan dan bekalan yang mencukupi Amalkan langkah-langkah keselamatan asas seperti menjaga jarak dari api, elak kawasan berbahaya, dan binatang liar. Kumpulkan semua sampah dan bekalan yang tidak diperlukan di tempat yang tinggi Pantau keadaan cuaca semasa dan sedia untuk bertindak jika berlaku perubahan cuaca yang buruk. Amalkan etika alam sekitar termasuk pembuangan sampah, penggunaan api dengan selamat, dan penghormatan terhadap persekitaran semula jadi Pantau keadaan fizikal dan mental anda dengan teliti dan ambil langkahlangkah untuk menjaga kesejahteraan diri sendiri. AHLI JAWATAKUASA SOLO CAMPING


NAMA KUMPULAN PROGRAM PENDIDIKAN LUAR PISMP PENDIDIKAN JASMANI JUN2021 (A) Bil Nama Kumpulan Khemah Aktiviti Sentry Memasak Kebersihan&Kerohanian1 NUR HANIZ NADYA BINTI HAIRULNIZAM (K) 5 23/4 25/4 26/4 23/4 24/4 22/4 2 WAN QURRATUL AIN BINTI WAN FAIZUL 1 23/4 25/4 26/4 23/4 25/4 22/4 3 ILDA HAIDEERA BINTI AZMAN 5 23/4 25/4 26/4 22/4 24/4 22/4 4 NURUL FATIN BINTI MUSTAFA 2 23/4 25/4 26/4 24/4 26/4 22/4 5 NURSYIFA’ WARDINA BINTI AHMAD NAJI (K) 3 23/4 25/4 26/4 23/4 25/4 23/46 BATRISYIA NASUHA BINTI MOHAMAD NORSAL 4 23/4 25/4 26/4 22/4 24/4 26/4 23/47 NURHIDAYAH AFIQAH BINTI MOHD AZUDEEN 1 23/4 25/4 26/4 23/4 25/4 23/48 NUR AMIRAH BINTI HAMDAN 5 23/4 25/4 26/4 23/4 26/4 23/49 NUR ALIA NATASYA BINTI MOHD RASHIDI (K) 4 23/4 25/4 26/4 23/4 24/4 24/410 NUR AFIFFA NAJWA BINTI ROSLAN 2 23/4 25/4 26/4 23/4 25/4 24/411 ATHIFAH MARDHIAH BINTI KHAIRUL ANUAR. 1 23/4 25/4 26/4 22/4 24/4 24/412 HAZIQ IZYAN BINTI ABU YAZID BUSTAMI 3 23/4 25/4 26/4 22/4 24/4 24/413 NOR SYAFIQA BINTI MOHD TAHIR (K) 3 23/4 25/4 26/4 22/4 24/4 25/4 25/414 NUR ASYIQIN BINTI ABU KASIM 5 23/4 25/4 26/4 23/4 25/4 25/415 SITI NUR FARHANAH UMAIRAH BINTI MD ZIN 2 23/4 25/4 26/4 23/4 25/4 25/416 IFFAH SHADIRA BINTI HASSAN 4 23/4 25/4 26/4 22/4 24/4 25/417 EIZZATI AUNI BINTI HAMAM (K) 3 23/4 25/4 26/4 24/4 25/4 26/418 NUR IZZWANI BINTI PAZLI 1 23/4 25/4 26/4 23/4 25/4 26/419 NURAIDEA BINTI JAMAL 4 23/4 25/4 26/4 23/4 25/4 26/420 NAJLA FARZANA BINTI JALIL 5 23/4 25/4 26/4 22/4 25/4 26/421 RAUDHAHTUL SORFINA BINTI MOHAMAD RADZI 2 23/4 25/4 26/4 22/4 24/4 26/4 26/4Petunjuk: 12 AM - 1 AM 1 AM - 2 AM 2 AM - 3 AM 3 AM - 4 AM 4 AM - 5 AM Sarapan 22/4 25/4 Tgh Hari 23/4 26/4 Malam 24/4


KUMPULAN KHEMAH BLUEBELL Dari kiri belakang : Haniz & Ilda Dari kiri bawah : Fatin & Wan Qurratul Ain


KUMPULAN KHEMAH LILI Dari kiri belakang : Syifa’ Wardina & Amirah Dari kiri bawah : Hidayah & Batrisyia


Click to View FlipBook Version