The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAC MINDA PERLIS (17 Mei 2021)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by UPKI@SUKPs Penerbitan, 2021-05-18 00:34:39

Minda Perlis Mac 2021

MAC MINDA PERLIS (17 Mei 2021)

Edisi Mac 2021 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Lawatan Kerja

Ke Negeri Perlis

Putuskan KebayaMajlis Menandatangani Perjanjian
Penstrukturan Semula Industri Pe1rlis
RRaasntuaaiahn Perkhidmatan Air Negeri Perlis

Minda Perlis | Mac 2021

Redaksi Kandungan

PENAUNG YB Tuan Azman Bin Mohd Yusof Lawatan YAB Perdana Menteri ke Negeri 3
Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Perlis 4
6
PENASIHAT En. Wan Kamarul Faisal Bin Wan Kamardin Majlis Menandatangani Perjanjian
Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan
KETUA En. Ahmad Ibrahim Mohd Tayib Air Negeri Perlis

PENYUNTING Lawatan Kerja Pengerusi Jawatankuasa
Teknikal Pengurusan Darurat
PENYUNTING Pn. Nursyuhada’ Binti Abdullah

PENYELARAS En. Ali Hadi Bin Abu Hanifah Putuskan Rantaian Rasuah 8

FOTOGRAFI 1. En. Mohd Irwan Bin Ismail Pelancaran Program Imunisasi Di Negeri 9
& GRAFIK 2. En. Norazmi Bin Mohamad Nazri Perlis
3. En. Khairul Akmal Aliff Bin Dahaman 10
4. Cik Aimi Nabilah Binti Ramon Zahedin Rangkuman Aktiviti Bulan Mac 12
5. Cik Nur Najihah Binti Abu Bakar
6. Cik Amy Naziha Binti Ahmad Lawatan YB Menteri Kewangan ke Perlis

PENYUMBANG ARTIKEL Kebaya Perlis 13

1. Unit Pengurusan Korporat dan Integriti Amalan Pemakanan Sihat Semasa Bulan 14
Ramadan

Majlis Penyampaian Sumbangan Penapis Air 15
Oleh Kerajaan Negeri Perlis Kepada Briged
Utara, Pasukan Gerakan Am

Imbasan 16

Sisipan Rohani 17

ANDA PEGAWAI SUK PERLIS & SUKA MENULIS? Hantarkan Rumah Semarak 18
artikel anda untuk penilaian, jika terpilih artikel anda dimuatkan di
dalam Minda Perlis MINDA PERLIS adalah terbitan berkala Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Perlis (PSUKPs) yang diedarkan secara percuma
Minda Perlis boleh dihubungi melalui: kepada masyarakat untuk menyampaikan maklumat dan berita
terkini berkaitan Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Setiausaha Bahagian Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis khasnya
Unit Pengurusan Korporat & Integriti (UPKI)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Aras 2, Kompleks Dewan Undangan Negeri,
Persiaran Wawasan, 01000 Kangar
Tel : 04-9738800 Faks : 04-9738875
Emel : [email protected]

SUKPerlisOfficial

Minda Perlis | Mac 2021

Lawatan Kerja

Ke Negeri Perlis Pada sebelah petang pula lawatan kerja diakhiri
dengan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV)
Oleh : Unit Pengurusan Korporat & Integriti COVID-19 di Klinik Kesihatan Kampung Gial, Arau
sebelum kembali ke Kompleks Dewan Undangan
Negeri Perlis bagi berlepas ke Lapangan Terbang
Sultan Abdul Halim Alor Setar, Kedah untuk
berangkat pulang.

5 Mac 2021, KANGAR – YAB Perdana Menteri, Tan Sri 3
Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin dan isteri 3
hari ini melakukan lawatan kerja sehari ke Negeri
Perlis. Ketibaan beliau dengan helikopter Polis DiRaja
Malaysia (PDRM) di Kompleks Dewan Undangan
Negeri Perlis di sambut oleh YAB Dato' Seri Azlan bin
Man, Menteri Besar Perlis dan isteri.

Turut serta menyambut adalah YB Setiausaha
Kerajaan Negeri Perlis, Tuan Azman Bin Mohd Yusof
dan isteri; YB Tuan Mohd Radhi Bin Abas, Penasihat
Undang-undang Negeri dan isteri, YB Tuan Nasaruddin
bin Abdul Muttalib, Pegawai Kewangan Negeri dan
isteri; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan
isteri; Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri serta pegawai-
pegawai kanan Kerajaan Negeri Perlis.

Antara aktiviti lawatan kerja YAB Perdana Menteri ke
Negeri Perlis adalah sesi perjumpaan dengan YAB
Menteri Besar Perlis. Selain itu, YAB Perdana Menteri
turut mendengar taklimat pembangunan Negeri Perlis
yang disampaikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri
Perlis. Selepas itu, lawatan kerja ini diteruskan dengan
Majlis Menghadap Kebawah DYMM Tuanku Raja Perlis
dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis serta solat
jumaat bersama DYMM Tuanku Raja di Masjid Negeri,
Arau.

Minda Perlis | Mac 2021

Majlis Menandatangani Perjanjian

Penstrukturan Semula

Oleh : Unit Pengurusan Korporat & Integriti

KANGAR, 4 Mac 2021 - YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Baki pinjaman ini diambil alih oleh PAAB dan disusun
bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air serta YAB semula pembayaran balik melalui sewa pajakan yang
Dato’ Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis telah dikenakan kepada SAP bagi tempoh masa 45 tahun.
menyaksikan majlis menandatangani tiga (3) Inisiatif ini dapat meringankan beban kewangan
perjanjian penstrukturan semula industri Kerajaan Negeri Perlis dan tempoh masa pembayaran
perkhidmatan air antara Kerajaan Persekutuan dan balik yang panjang pada kadar minimum akan
Kerajaan Negeri Perlis. membolehkan SAP membina asas kewangan yang
baik ke arah kemapanan jangka masa panjang.
Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Utama telah
ditandatangani oleh tiga (3) pihak iaitu YBhg. Dato’ Pelaksanaan skim ini adalah bersifat jangka masa
Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha, panjang di mana secara beransur-ansur kemapanan
Kementerian Alam Sekitar dan Air mewakili Kerajaan kewangan operator air akan dibina bagi mencapai
Persekutuan; YB Tuan Azman bin Mohd Yusof, pemulihan kos operasi (OPEX recovery) dan
Setiausaha Kerajaan Perlis mewakili Kerajaan Negeri seterusnya mencapai pemulihan kos penuh (full cost
Perlis dan Encik Abdul Hadi Ali, Ketua Pegawai recovery). Kejayaan ini akhirnya akan melonjakkan
Eksekutif Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB); industri perkhidmatan air sebagai pemacu ekonomi
manakala Perjanjian Kemudahan dan Perjanjian negara dan memacu pertumbuhan ekonomi serta
Pajakan ditandatangani Encik Abdul Hadi Ali, Ketua kesejahteraan rakyat negeri Perlis.
Pegawai Eksekutif PAAB dan Tuan Haji Abd Hamid
bin Sahid, Ketua Pegawai Eksekutif SAP. 4

Melalui perjanjian ini, Kerajaan Persekutuan bersetuju
melaksanakan hapus kira pinjaman bekalan air luar
bandar berjumlah RM185.41 juta. Keputusan ini akan
mengurangkan pinjaman bekalan air Kerajaan Negeri
Perlis daripada RM230.74 juta kepada RM45.33 juta.

Minda Perlis | Mac 2021
Oleh : Unit Pengurusan Korporat & Integriti

5

Minda Perlis | Mac 2021

LawataN Kerja

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat
Ke Negeri Perlis

Pada tanggal 15 Mac 2021 (Isnin), Jawatankuasa Teknikal Oleh : Unit Pengurusan Korporat & Integriti
Pengurusan Darurat Pandemik COVID-19 yang diketuai YB
Datuk Seri Takiyuddin Bin Hassan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dalam rangka lawatan
ke Negeri Perlis. Jawatankuasa ini telah mengadakan sesi libat
urus dengan Kerajaan Negeri Perlis bagi memperjelaskan
perkara-perkara berkaitan Proklamasi Darurat Pandemik Covid-
19 dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)
2021 kepada YAB Menteri Besar, YB Setiausaha Kerajaan
Negeri, YB Pegawai Kewangan Negeri, YB Penasihat Undang-
undang dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri dan Ahli-
Ahli Mesyuarat Kerajaan serta pegawai-pegawai kanan
Kerajaan Negeri.

Sebelum itu, jawatankuasa ini turut mengadakan pertemuan
dengan YAB Menteri Besar Perlis. Jawatankuasa Teknikal
Pengurusan Darurat Pandemik COVID-19 terdiri daripada
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-
undang), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia,
Peguam Negara, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, dan
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Keselamatan) Majlis
Keselamatan Negara. Pada hari yang sama YB Setiausaha
Kerajaan Negeri Perlis bersama-sama YBhg. Tan Sri, Ketua
Pengarah Kesihatan Malaysia turut membuat lawatan ke Pusat
Pemberian Vaksin serta ke Pusat Kuarantin Dan Rawatan
Covid-19 (PKRC) di Negeri Perlis.

6

Minda Perlis | Mac 2021
Oleh : Unit Pengurusan Korporat & Integriti

7
7

Minda Perlis | Mac 2021

PUTUSKAN RANTAIAN

RASUAH
Oleh : Unit Pengurusan Korporat & Integriti
Sejak dahulu lagi dan sejarah telah membuktikan bahawa
keutuhan sesebuah organisasi atau negara bergantung Sehubungan itu, penjawat awam hendaklah berani
kepada nilai integriti dan bebas dari gejala rasuah. untuk melaporkan sebarang tawaran rasuah kepada
Budaya integriti perlu ada pada setiap individu dalam pihak berkuasa agar pemberi-pemberi rasuah dapat
organisasi dan masyarakat. Di Malaysia, gejala rasuah dihukum dengan sewajarnya. Undang-undang sedia
bukan sahaja merosakkan imej negara, bahkan ada mencukupi untuk melindungi penjawat awam
menyebabkan negara kerugian hampir RM1.8 trilion yang melaporkan penawaran rasuah oleh pihak-pihak
antara tahun 2004 sehingga 2014. Transparency tertentu. Perlu diingat kegagalan melaporkan tawaran
International (TI) dalam laporannya mencatatkan, kadar rasuah merupakan satu kesalahan yang boleh
ketirisan akibat rasuah adalah kira-kira 4% daripada dihukum penjara dan denda dibawah Seksyen 25
jumlah keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009
(KDNK). (ASPRM 2009).

Rasuah akan menghakis kepercayaan rakyat, selain Bagi organisasi komersial, Seksyen 17A ASPRM 2009
melemahkan pentadbiran sesuatu negara kerana setiap turut menetapkan liabiliti korporat yang perlu
kali rasuah berlaku, kerajaan akan kehilangan hasil dan ditanggung oleh organisasi. Ia telah pun berkuat
tergelincir daripada perancangan yang sepatutnya. Jika kuasa sejak Jun 2020 lalu. Peruntukan ini turut
situasi ini terjadi, hasil hanya dapat dinikmati oleh memberi kesan kepada anak-anak syarikat Kerajaan
sebilangan kecil pemberi dan penerima rasuah. Manakala Negeri dan wakil-wakil yang dilantik bagi mewakili
kesan yang paling besar rasuah adalah ia boleh melemah Kerajaan Negeri di dalamnya. Seksyen ini antara lain
dan melumpuhkan pentadbiran negara. bertujuan untuk meggalakkan tadbir urus yang baik
dalam organisasi. Pengurusan anak-anak syarikat
Penjawat awam adalah antara golongan yang berisiko kerajaan perlulah memahami peruntukan undang-
tinggi terdedah kepada gejala rasuah terutamanya undang ini dan memastikan tadbir urus yang cekap
mereka yang mempunyai kuasa dalam membuat dan berintegriti.
keputusan dan penguatkuasaan. Menurut Unit Statistik,
Bahagian Pengurusan Rekod & Maklumat, SPRM, dalam Sebagai langkah proaktif, Pentadbiran Setiausaha
tahun 2020 sehingga 28 Februari 2021, seramai 1,149 Kerajaan Negeri Perlis sentiasa mengawal peluang-
orang telah ditangkap SPRM kerana terlibat dalam peluang rasuah dan isu integrity. Sebagai contoh,
rasuah. Dari jumlah itu 53.44% (614 orang) adalah pegawai-pegawai akan ditukar ke jawatan baru secara
melibatkan orang awam, sektor swasta dan politik, berkala terutamanya jawatan-jawatan yang sensitif.
sementara 46.56% (535 orang) melibatkan penjawat Selain itu, kempen anti rasuah sering dibuat bagi
awam. Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tahun 2020 membentuk budaya yang positif dalam kalangan
sebagaimana dilaporkan oleh Transparency International pegawai dan kakitangan PSUKPs
(TI) menunjukkan Malaysia kini berada di kedudukan 57
dari 180 negara dengan skor purata 51 markah. Sehubungan itu, komitmen semua pihak untuk
membasmi gejala rasuah termasuklah orang awam
Dalam mendepani cabaran dan ancaman rasuah, punca dan terutama sekali penjawat awam adalah penting
dan penyebabnya perlu ditangani dari peringkat akar lagi untuk mencapai aspirasi agar Malaysia dikenali
iaitu penawaran rasuah. dengan integriti dan bukannya dengan rasuah.

8

Minda Perlis | Mac 2021

Pelancaran

Peringkat Negeri Perlis

Oleh : Unit Pengurusan Korporat & Integriti Program Imunisasi COVID-19 akan dilaksanakan dalam 3
fasa. Bagi negeri Perlis: Fasa 1 (Feb-April): 8,000 orang
ARAU, 1 Mac 2021 - Pelancaran Program Imunisasi petugas barisan hadapan iaitu petugas kesihatan kerajaan
COVID-19 Peringkat Negeri Perlis hari ini oleh YAB Dato' dan swasta serta petugas bukan kesihatan seperti anggota
Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis telah diadakan ATM, PDRM, APM dan lain-lain lagi. Fasa 2 (April-Ogos):
di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 di Klinik 94,000 orang warga emas berumur 60 tahun dan ke atas,
Kesihatan Kampung Gial. Majlis pelancaran turut dihadiri golongan berisiko tinggi (seperti penyakit jantung, obesiti,
YB Azman bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri diabetes dan tekanan darah tinggi) serta orang kelainan
Perlis (YB SUK) dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri upaya (OKU). Fasa 3 (Mei-Februari 2022): 100, 000 orang
Perlis, Dr. Sirajuddin bin Hashim. Pada hari yang sama penduduk berumur 18 tahun dan ke atas.
YB SUK turut menerima suntikan vaksin Covid-19
bersama-sama dengan petugas barisan hadapan yang Pada hari ini, seramai 342 orang anggota kesihatan akan
turut dijadualkan mengambil vaksin tersebut diberi vaksin iaitu 180 orang anggota di KK Kampung Gial,
108 orang di KK Beseri dan 54 orang di KK Felda Chuping.
Malaysia telah menerima vaksin COVID-19 Pfizer Pelaksanaan Fasa 2 dan 3 akan dibuat di dewan-dewan
BioNTech pada 21 Februari 2021 sebanyak 312,390 dos. utama yang sesuai (seperti Dewan 2020, Dewan Seri
Pada 24 Februari 2021, sebanyak 5,850 dos telah Melati dan Dewan Sivik Arau) dan lokasi lain yang sesuai
diterima oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Secara bagi kemudahan orang ramai mendapatkan vaksin COVID-
keseluruhan, Perlis dianggarkan akan menerima 19.
sebanyak 400,000 dos yang dijangka mencukupi untuk
keperluan vaksinasi COVID-19 bagi keseluruhan Vaksinasi COVID-19 adalah secara sukarela membentuk
penduduk Negeri Perlis yang layak menerima suntikan
vaksin. imuniti kelompok dan akan diberikan secara percuma

Perlis mempunyai satu Pusat Simpanan Vaksin (PSV) kepada semua penduduk Perlis. Program imunisasi ini
dan empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV; di KK
Kampung Gial, KK Beseri, KK Felda Chuping dan merupakan satu langkah pencegahan melawan penularan
Hospital Tuanku Fauziah).
COVID-19 yang tepat kerana suntikan vaksin COVID-19

akan memberi pelindungan daripada jangkitan.

Dijangkakan sekurang-kurangnya 80% penduduk

menerima vaksin menjelang Februari 2022. 9

Minda Perlis | Mac 2021

Rangkuman Aktiviti

Bulan Mac

Sekitar Lawatan YAB Perdana Menteri

YAB Perdana Menteri dan isteri bergambar bersama YAB Menteri Besar Perlis dan isteri beserta YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri dan isteri serta pegawai kanan Kerajaan Negeri Perlis

Ketibaan YAB Perdana Menteri disambut oleh YAB Menteri Besar dan YAB Perdana Menteri diberi penerangan tentang perancangan
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Pembangunan Negeri Perlis

10

Minda Perlis | Mac 2021

Perjumpaan YAB Perdana Menteri dengan YAB Menteri Besar Perlis

11

Minda Perlis | Mac 2021

L AWATA N

YB Menteri Kewangan
ke Perlis.

20 Mac 2021 (Sabtu) - YB Datuk Seri Utama Tengku
Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan dan
rombongan Kementerian Kewangan Malaysia dalam siri
lawatan kerja ke Perlis. YB Menteri Kewangan turut
berkongsi tentang perkembangan ekonomi negara.
Dalam masa yang sama, Kerajaan Persekutuan telah
meluluskan peruntukan sejumlah RM 20 juta kepada
Kerajaan Negeri bagi merangsang dan
mempercepatkan pemulihan serta pertumbuhan
ekonomi di Negeri Perlis.
YB Menteri Kewangan juga mengambil maklum akan
status ekonomi Negeri Perlis. Semasa lawatan singkat
itu, YB Menteri Kewangan juga turut melawat Kompleks
Dewan Undangan Negeri.

12

Minda Perlis | Mac 2021

KEBAYA PERLIS

Baju Kebaya Perlis merupakan baju yang menjadi
seni warisan budaya masyarakat Melayu Perlis
sebelum tahun 1930-an lagi dan menjadi sangat
masyhur di zaman pemerintahan Raja Syed Alwi lagi
iaitu Raja Perlis yang ke-4 (1904-1943). Biasanya
Kebaya Perlis dipakai oleh golongan istana dan
golongan bangsawan di zaman dahulu serta di
majlis-majlis keraian seperti kenduri.

Baju Kebaya Perlis jika dilihat dari pandangan
hadapan, ia lebih menyerupai kepada bentuk baju
kebaya dan jika dilihat dari sudut pandangan
belakang pula, ia adalah seperti baju kebaya yang
mempunyai kekek sama seperti baju kurung dan
tidak bertulang di atas bahu.

Cara pengukuran baju Kebaya Perlis tradisional dan
Kebaya Perlis yang agak moden adalah berbeza
tetapi menghasilkan bentuk yang agak sama. Baju
Kebaya Perlis turut diletakkan kerongsang hiasan di
bahagian lipatan hadapan baju untuk
menambahkan lagi seri si pemakai. Kerongsang
tersebut diselitkan secara menyerong.

Dahulu, Kebaya Perlis diperbuat dari kain kapas Sumber : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis 13
ataupun kasarubia. Material kain kasarubia amat
berbeza dengan kain yang terdapat di pasaran Gambar : Unit Pengurusan Korporat & Integriti
sekarang ini. Penghasilan Kebaya Perlis memerlukan
sejenis kain yang agak lembut supaya si pemakainya
akan merasa bahawa kebaya yang dikenakannya
nampak begitu 'terletak' di atas badan si pemakai.

Minda Perlis | Mac 2021

Pemakanan Sihat Semasa

Amalan bersahur amat penting untuk membantu
menambahkan tenaga ketika seharian berpuasa.
Semasa berbuka puasa, adalah digalakkan kita
mengambil makanan yang ringkas terlebih dahulu.

Mengambil snek ringkas seperti roti, biskut,
sandwich atau kuih-muih juga dibenarkan selepas
bersembahyang tarawih tetapi jangan keterlaluan.

Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi
kandungan garam (masin) terutamanya ketika

bersahur.
Lebihkan pengambilan air kosong, buah-buahan dan

sayur-sayuran segar.
Kurangkan pengambilan makanan/minuman yang

tinggi kandungan gula (manis).

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia.
14

Minda Perlis | Mac 2021

30 Mac 2021 (Selasa)
Kerajaan Negeri amat prihatin dan mengambil berat
kebajikan semua anggota keselamatan yang bertugas
menjaga dan mengawal sempadan negara daripada
aktiviti jenayah rentas sempadan. Antara aspek
kebajikan anggota keselamatan yang diberi perhatian
oleh Kerajaan Negeri adalah dari segi bekalan air
bersih untuk kegunaan semasa operasi.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri berharap
sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan
semangat anggota dalam pelaksanaan tugas rondaan
dan kawalan keselamatan di sempadan negara.

Sumber : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

YB Tuan Ruzaini bin Rais, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Hubungan &
Kerjasama Sempadan di Majlis Penyampaian Sumbangan Penapis Air

15

Minda Perlis | Mac 2021

SEMBANG SANTAI PEROLEHAN

16 Mac 2021
Dewan Gunasama, Kompleks Dewan
Undangan Negeri

Program dikelolakan oleh Bahagian Pengurusan Khidmat Manusia.
Panel-panel terdiri daripada Unit Audit Dalam, SUK Perlis ; Jabatan Audit Negara, Negeri Perlis dan Pejabat Perbendaharaan Negeri Perlis.

PROGRAM KEUSAHAWANAN SME FRONTLINERS EMPOWERMENT

22 – 26 Mac 2021
Bilik Gunasama Dan Dewan Makan, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis

Program ini dianjurkan oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN). Agensi yang terlibat adalah Human Resource Development Fund
(HRDF), Syarikat Akademi Presma dan Syarikat Griffin Solution PLT. Turut disertai seramai 100 orang usahawan Negeri Perlis. Majlis ini
diserikan lagi dengan ucapan perasmian penutup oleh YB Tuan Azizan Bin Sulaiman, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan YB
Tuan Azman Bin Mohd Yusof juga memberikan sepatah dua kata kepada para usahawan. Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri
Perlis bagi membantu golongan usahawan yang terkesan dengan penularan pandemic Covid-19.

16

Minda Perlis | Mac 2021

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEGA SEMPENA
PROGRAM KEBERSIHAN DAN KECERIAAN

31 Mac 2021

Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis

Program dikelolakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama
Jabatan-Jabatan Kerjaan Negeri dan Persekutuan, Institusi-Institusi Pengajian Tinggi serta penduduk setempat.

Menjauhi Percakapan SISIPAN ROHANI
dan Perbuatan Dusta
Daripada Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
yang tidak meninggalkan percakapan dan perbuatan dusta, maka Allah
tidak berhajat untuk dia meninggalkan makanannya dan minumannya.”

Huraian Hadith:
1.Puasa dikatakan sebagai ibadah rohaniah kerana ia menuntut agar setiap
yang berpuasa bukan sahaja menjalani ibadah jasmaniah bahkan rohaniah
iaitu dengan menahan diri daripada segala perkara yang akan
mengurangkan pahala ibadah puasa termasuklah ucapan, perbuatan dan
lintasan hati serta maksiat.

2.Antara perkara yang ditegah dalam Islam adalah percakapan dan
perbuatan yang membawa kepada pendustaan. Justeru, setiap Muslim
hendaklah menjauhi percakapan dan perbuatan dusta agar ibadah puasa
yang dilakukan mendapat pahala dan tidak menjadi sia-sia.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

17

DesigMn binydNaurPNeajrihliash|BSineti pAbteumBabkearr(2UP0K2I1)

Artikel : Arial Narrow Font 12/ 11
Kapsyen : Arial Narrow Font 9

“RUMAH SEMARAK”

Call for interested investors and operators to manage

• Proposal Submission to BPEN Perlis
• Post Covid-19 Incentives Available

Contact us now: BPEN PERLIS : 04-9731851/[email protected]

18

PUTUSKAN

RANTAIAN

19

Koleksi Minda Perlis Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

SUKPerlisOfficial “ Diterbitkan oleh
Unit Pengurusan Korporat & Integriti (UPKI)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
Aras 2, Kompleks Dewan Undangan Negeri,
Persiaran Wawasan, 01000 Kangar
Tel : 04-9738800 Faks : 04-9738875
Emel : [email protected]

“Berkualiti, Mesra & Profesional”


Click to View FlipBook Version