KANDUNGAN
PERUTUSAN PENGERUSI Muka Surat
1i--ii3i
RINGKASAN EKSEKUTIF 4 1- 5
6-7
LATAR BELAKANG
180--145
§ Sejarah Penubuhan 18–-405
§ Peranan Suruhanjaya
§ Anggota Suruhanjaya 1156--2211
12–-561
MESYUARAT SURUHANJAYA 21
§ Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 24–-29
§ Mesyuarat Pemilihan 55
2222-4595
PELANTIKAN HAKIM
56
§ Kriteria Pemilihan 56 - 57
§ Proses Pemilihan
§ Pelantikan Hakim Mahkamah Atasan 6547
· Hakim Mahkamah Persekutuan
· Hakim Mahkamah Rayuan
· Hakim Mahkamah Tinggi
· Pesuruhjaya Kehakiman
AKADEMI KEHAKIMAN
§ Laporan Pelaksanaan Program Latihan Tahun 2016
§ Penerbitan Journal of the Malaysian Judiciary
PEJABAT SETIAUSAHA
§ Peranan dan Fungsi
§ Peruntukan Kewangan
PERUTUSAN
PENGERUSI
PERUTUSAN PENGERUSI
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya dengan sukacitanya membentangkan
Laporan Tahunan Suruhanjaya Pelantikan
Kehakiman tahun 2016 yang menumpukan
kepada prestasi dan pencapaiannya. Tahun ini
merupakan tahun ketujuh Suruhanjaya
beroperasi. Walaupun Suruhanjaya telah melalui
pelbagai fasa transformasi yang membawa
perubahan kepada cara Suruhanjaya berfungsi,
namun, saya dengan bangga menyatakan
bahawa Suruhanjaya kekal fokus memilih calon
yang berkualiti tinggi untuk dilantik sebagai
Pesuruhjaya Kehakiman dan hakim mahkamah
atasan, iaitu dengan berdasarkan merit dan
sesungguhnya Suruhanjaya sangat komited mendokong prinsip ini. Pada
masa yang sama, saya juga berbangga dengan komitmen Suruhanjaya
dalam meningkatkan standard pembelajaran kehakiman. Meskipun
berdepan dengan pelbagai bentuk cabaran serta kekangan dari aspek
sumber kewangan, modal insan dan kompleksiti tugas yang boleh
mewujudkan risiko yang ketara ke atas prestasi dan kualiti perkhidmatan
utama yang disampaikan, namun keupayaan Suruhanjaya
menghadapinya amat saya kagumi.
Pemilihan dan Syor
Sejak penubuhannya pada tahun 2009, prinsip ketelusan, objektif dan
integriti telah sedia didokong oleh Suruhanjaya ini yang menjadi tonggak
keyakinan dan kepercayaan orang awam. Justeru, prinsip ini telah dijadikan
keutamaan Suruhanjaya dalam merangka kriteria pemilihan Hakim
berasaskan merit. Suruhanjaya mentakrifkan merit dari segi kualiti dan
kebolehan yang berkaitan. Ia telah mewujudkan kriteria pelantikan,
dengan mengenal pasti pelbagai kecekapan tertentu dan kriteria ini
digunakan sebagai asas pemilihan dan perakuan. Oleh itu, saya dengan
bangganya melaporkan bahawa pemilihan Hakim telah melalui suatu
proses yang teliti dan adil yang membolehkan semua calon mempunyai
peluang yang sama untuk membuktikan kesesuaian mereka memegang
jawatan Hakim.
Pelantikan dan Kenaikan Pangkat
Dalam tahun 2016, seramai tiga orang Hakim telah dilantik sebagai Hakim
Mahkamah Persekutuan, sembilan orang Hakim Mahkamah Tinggi telah
dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan lima Pesuruhjaya
Kehakiman telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi. Dalam tahun
yang sama, seramai empat orang Pesuruhjaya Kehakiman telah dilantik.
Pesuruhjaya Kehakiman yang dilantik adalah terdiri daripada Pegawai
Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan dan ahli Majlis Peguam
1
Malaysia. Tidak dinakan bahawa keseluruhan 21 orang yang dinaikkan
pangkat dan dilantik pada tahun 2016 adalah terdiri daripada gabungan
kepelbagaian bakat dan latar belakang bagi mewujudkan kesepaduan
dan komitmen yang mendalam kepada kecemerlangan. Pada tahun 2016,
dua Hakim telah bersara setelah mencapai umur persaraan wajib iaitu
seorang Hakim Mahkamah Persekutuan dan seorang Hakim Mahkamah
Rayuan. Saya mendoakan kesejahteraan mereka dan selamat bersara.
Pembelajaran Berterusan
Suruhanjaya memberi penekanan khusus ke atas pembelajaran yang
berterusan kemahiran kehakiman. Pada masa ini, fungsi latihan telah
dipertanggungjawabkan kepada Akademi Kehakiman. Suruhanjaya
mengakui bahawa pelanggan pada hari ini mempunyai pengetahuan
yang luas dan keadaan ini telah mendorong kepada peningkatan
ekspektasi terhadap mahkamah. Pada masa yang sama, isu-isu
perundangan yang dihadapi juga telah menjadi semakin sukar dan
kompleks. Oleh itu, aspek pendidikan berterusan Hakim telah menjadi suatu
kepentingan yang tidak dapat diabaikan. Saban tahun, usaha-usaha yang
dilaksanakan Akademi Kehakiman telah berjaya menghasilkan beberapa
siri program pendidikan kehakiman yang merangkumi program induksi
untuk Pesuruhjaya Kehakiman yang baru dilantik, kursus-kursus ulangan,
bengkel berdasarkan topik-topik tertentu, kursus pendek dan seminar.
Bersandarkan matlamat untuk mewujudkan badan kehakiman yang
bebas, cekap dan berkesan, Akademi Kehakiman telah melaksanakan
sebanyak lapan siri latihan dalaman yang dikendalikan oleh Hakim-hakim
kanan. Program latihan ini adalah termasuk latihan Hakim dalam pelbagai
bidang undang-undang seperti Undang-undang Harta Intelek, Undang-
undang Jenayah: Keterangan dan Prosedur serta Undang-undang Fitnah.
Kursus-kursus ini telah dihadiri oleh seramai 40 orang Hakim Mahkamah Tinggi
dan 37 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Saya ingin menyampaikan
penghargaan saya kepada Ahli Jawatankuasa Akademi Kehakiman atas
pencapaian tersebut. Komitmen mereka bagi membangunkan program
latihan untuk meningkatkan kecekapan Hakim tidak dilupakan.
Suruhanjaya juga dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia juga
telah berjaya menganjurkan seminar mengenai Regulating the Capital
Market: Deterring Misconduct through Governance and Enforcement.
Sementara itu tiga orang Hakim telah menghadiri dua kursus di luar negara.
Laporan tahunan ini seterusnya melaporkan gambaran keseluruhan latihan
kehakiman yang telah dilaksanakan.
Penerbitan Sulung Journal of the Malaysian Judiciary
Dengan sukacitanya saya mengalu-alukan edisi pertama Journal of the
Malaysian Judiciary - koleksi tujuh artikel yang ditulis oleh Hakim-hakim
mahkamah atasan yang diterbitkan oleh Jawatankuasa Penerbitan
Akademi Kehakiman. Antara kandungannya yang diberikan fokus utama
pada edisi kali ini adalah artikel yang menekankan kepentingan
2
pematuhan kepada “The Rule of Law”. Isu lain di dalam jurnal ini adalah
berkaitan dengan artikel mengenai pembangunan undang-undang
pembinaan di Malaysia. Penulisan berkaitan “The Impact of Parallel Legal
Systems on Fundamental Liberties in Multi-religious Societies” menekankan
tentang beberapa isu penting berkaitan kebebasan beragama dalam
masyarakat berbilang agama. Saya secara khususnya mengucapkan
terima kasih kepada YA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop atas kesediaan
menerima pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan dan
bersetuju untuk meluangkan masa dan mencurahkan pengalamannya
bagi memastikan penerbitan sulung jurnal ini dapat direalisasikan. Terima
kasih dan penghargaan juga ditujukan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa
Penerbitan atas usaha mereka dalam menjayakan penerbitan jurnal ini.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang yang
menulis pandangan mereka untuk penerbitan pertama ini.
Penghargaan
Saya juga amat berterima kasih kepada semua anggota Suruhanjaya atas
input dan nasihat yang telah membantu Suruhanjaya menempuhi tahun
yang mencabar. Penghargaan juga dipanjangkan kepada pelbagai
agensi kerajaan, khususnya Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam
Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan atas sokongan padu dan kerjasama mereka.
Akhir sekali saya dengan penuh ikhlas merakamkan penghargaan kepada
semua individu atas komitmen mereka dalam memastikan Suruhanjaya ini
dapat melaksanakan fungsinya dengan berkesan. Kejayaan cemerlang ini
pasti tidak dapat dikecapi tanpa komitmen pegawai Suruhanjaya dan
kakitangan yang diketuai oleh Datuk Hamidah Khalid. Sesungguhnya
mereka telah benar-benar menyahut cabaran untuk memberi yang lebih
bagi mengatasi kekurangan yang ada dan saya mengucapkan terima
kasih atas usaha gigih mereka.
Langkah Ke hadapan
Sesungguhnya usaha untuk melaksanakan misi Suruhanjaya tidak pernah
berpenghujung. Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan, namun
Suruhanjaya pasti berdepan dengan cabaran dan rintangan yang perlu
ditempuhi. Saya yakin kita akan terus mampu melangkah ke hadapan
dengan modal insan yang tepat berpaksikan kepada satu matlamat iaitu
meneruskan kejayaan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.
Tun Arin bin Zakaria
3
RINGKASAN
EKSEKUTIF
RINGKASAN EKSEKUTIF
Laporan Tahunan 2016 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (selepas ini
disebut Suruhanjaya) ini disediakan adalah bagi memenuhi peruntukan
seksyen 31 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) yang
mengkehendaki Suruhanjaya menyediakan suatu laporan tahunan
mengenai aktivitinya dan dibentangkan di Parlimen.
Laporan ini dibahagikan kepada 5 bab utama:
1. Latar Belakang - memperkenalkan sejarah dan peranan utama
Suruhanjaya serta profail Anggota Suruhanjaya.
2. Mesyuarat Suruhanjaya - memaklumkan pelaksanaan dua mesyuarat
Suruhanjaya sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta 695 iaitu
Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Mesyuarat
Pemilihan.
3. Pelantikan Hakim – menjelaskan proses pemilihan dan pelantikan
hakim mahkamah atasan di pelbagai peringkat mahkamah iaitu
Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi
berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam Akta 695.
4. Akademi Kehakiman - melaporkan program-program latihan dalam
dan luar negara pada tahun 2016 serta penerbitan Journal of the
Malaysian Judiciary.
5. Pejabat Setiausaha – menerangkan peranan dan fungsi Pejabat
Setiausaha dan melaporkan peruntukan kewangan yang diluluskan
dalam tahun 2016.
4
Fokus 2016
o Mesyuarat
§ 12 Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
§ 4 Mesyuarat Pemilihan
o Pelantikan Hakim
§ 3 Hakim Mahkamah Persekutuan
§ 9 Hakim Mahkamah Rayuan
§ 5 Hakim Mahkamah Tinggi
o Pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman
§ 4 Pesuruhajaya Kehakiman
o Program Latihan Dalam Negara
§ Kursus di bawah Pengendalian Hakim Kanan
· Judge Craft and Judgment Writing
· How to Read Statute
· Case Management in Civil Cases
· Appeal and Sentencing
· Lectures on Section 39B of Dangerous Drugs Act 1952
· Intellectual Property Law
· Criminal Law: Evidence and Procedure
· Defamation Law
§ Program Yang Melibatkan Kerjasama Dengan Agensi Lain
· Regulating the Capital Market: Deterring Misconduct Through
Governance and Enforcement
§ Jemputan Penceramah daripada Luar Negara
· Prof. Dr. Venkat Iyer, Pensyarah Kanan Universiti Ulster, United
Kingdom
o Program Latihan Luar Negara
· International Business of Judging Course
· Biennial Meeting of Commonwealth Judicial Educators
o Penerbitan
§ Keluaran pertama Journal of the Malaysian Judiciary
5
LATAR
BELAKANG
LATAR BELAKANG
Sejarah Penubuhan
Suruhanjaya telah ditubuhkan pada 8 Januari 2009 dengan berkuat kuasa
Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695).
Peranan Suruhanjaya
Suruhanjaya adalah berperanan untuk menerima dan mempertimbang
permohonan daripada orang berkelayakan ke jawatan hakim-hakim
mahkamah atasan berdasarkan peruntukan seksyen 21 Akta 695. Hakim-
hakim mahkamah atasan yang dimaksudkan di bawah Akta ini adalah
Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah
Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak,
Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim
Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman.
Pemilihan ke jawatan hakim mahkamah atasan adalah berdasarkan kriteria-
kriteria yang dinyatakan di bawah seksyen 23 Akta 695 di samping kriteria-
kriteria yang ditetapkan oleh Suruhanjaya bagi memastikan hakim-hakim
dipilih berdasarkan merit dan kualiti.
Selain melaksanakan fungsi utamanya iaitu memilih orang-orang
berkelayakan sebagai hakim mahkamah atasan, pelbagai program telah
dilaksanakan oleh Suruhanjaya untuk menambahbaik sistem keadilan di
negara ini termasuk mengadakan program latihan untuk hakim-hakim
mahkamah atasan serta menerbitkan jurnal perundangan.
6
Anggota Suruhanjaya
Suruhanjaya dianggotai oleh sembilan orang anggota. Empat anggotanya
adalah dilantik berdasarkan jawatan dalam Badan Kehakiman iaitu Ketua
Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi
di Malaya dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
mengikut peruntukan subseksyen 5(1)(a),(b),(c) dan (d) Akta 695. Manakala
lima orang anggotanya dilantik oleh Perdana Menteri berdasarkan
peruntukan subseksyen 5(1)(e) dan (f) Akta 695 yang terdiri daripada
seorang Hakim Mahkamah Persekutuan dan empat orang terkemuka yang
bukan merupakan anggota eksekutif atau perkhidmatan awam lain.
Baris hadapan dari kiri :
YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif (Presiden Mahkamah Rayuan), YAA Tun Arin bin Zakaria (Ketua Hakim Negara),
dan YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkei bin Ahmad Makinudin (Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya)
Baris belakang dari kiri :
YBhg. Datuk Hamidah binti Khalid (Setiausaha), YBhg. Dato’ Selventhiranathan a/l Thiagarajah, YBhg. Tan Sri
Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Dato’ Tee Ah Sing @ Tee Boon Hooi, YBhg. Tan Sri Haidar bin Mohamed
Noor, YA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop dan Encik Wan Khairilanwar bin Wan Muhammad (Timbalan Setiausaha)
Tiada dalam gambar:
YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum (Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak)
7
MESYUARAT
SURUHANJAYA
MESYUARAT SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN
Dalam melaksanakan fungsinya, Suruhanjaya telah mengadakan Mesyuarat
Suruhanjaya sekurang-kurangnya sekali pada setiap bulan sebagaimana
yang diperuntukkan di bawah subseksyen 13(1) Akta 695. Mesyuarat ini
secara umumnya membincangkan inisiatif untuk meningkatkan prestasi dan
kecekapan Badan Kehakiman. Pada tahun 2016, sebanyak 12 mesyuarat
telah diadakan dan empat daripadanya diadakan di luar Putrajaya.
Jadual 1: Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Tahun 2016
Tarikh Tempat
26 Januari (Selasa)
18 Februari (Khamis) Bilik Mesyuarat Ketua Hakim Negara, Aras 5,
17 Mac (Khamis ) Istana Kehakiman, Putrajaya
14 April (Khamis)
16 Mei (Isnin ) Bilik Mesyuarat Ketua Hakim Negara, Aras 5,
17 Jun (Jumaat) Istana Kehakiman, Putrajaya
22 Julai (Jumaat)
Bilik Mesyuarat Ketua Hakim Negara, Aras 5,
Istana Kehakiman, Putrajaya
Bilik Mesyuarat Ketua Hakim Negara, Aras 5,
Istana Kehakiman, Putrajaya
Bilik Mesyuarat Ketua Hakim Negara, Aras 5,
Istana Kehakiman, Putrajaya
Bilik Mesyuarat Ketua Hakim Negara, Aras 5,
Istana Kehakiman, Putrajaya
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah
4 Ogos (Khamis ) Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan
29 September (Khamis) Bilik Mesyuarat Ketua Hakim Negara, Aras 5,
14 Oktober (Jumaat) Istana Kehakiman, Putrajaya
Bilik Mesyuarat Ketua Hakim Negara, Aras 5,
Istana Kehakiman, Putrajaya
15 November (Selasa) Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor
20 Disember (Selasa) Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor
8
Program Bersempena Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
· Kota Kinabalu, Sabah
Taklimat Mengenai Pengurusan Mahkamah Negeri Sabah
Bersempena dengan Mesyuarat Suruhanjaya yang diadakan pada 22 Julai
2016, satu taklimat mengenai pengurusan Mahkamah Negeri Sabah dan
statistik penyelesaian kes-kes sivil dan jenayah telah diadakan di Mahkamah
Tinggi Kota Kinabalu, Sabah. Taklimat ini telah disampaikan oleh Tuan Dean
Wayne Daly, Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Tuan Indra
bin Haji Ayub, Pengarah Mahkamah Negeri Sabah serta Puan Elsie Primus,
Timbalan Pendaftar (Pentadbiran), Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah.
Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah
Taklimat oleh Tuan Dean Wayne Daly,
Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
9
Lawatan ke Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu yang baharu
Selepas sesi taklimat, Anggota Suruhanjaya telah di bawa melawat ke
Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu yang masih dalam pembinaan.
Kompleks Mahkamah yang baharu itu terletak di Bukit Punai, Kota Kinabalu,
Sabah. Anggota Suruhanjaya telah diberi taklimat mengenai tahap
kemajuan pembinaan kompleks tersebut yang dijangka siap dibina pada
bulan April 2017.
YAA Tun Arin bin Zakaria dan YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum sedang
melihat lakaran pembinaan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah yang baharu
Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman diberi taklimat mengenai tahap kemajuan
pembinaan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah yang baharu
10
· Kota Bharu, Kelantan
Taklimat Pengurusan Mahkamah Negeri Kelantan
Satu sesi taklimat mengenai pengurusan Mahkamah Negeri Kelantan telah
diadakan pada 4 Ogos 2016 bersempena dengan Mesyuarat Suruhanjaya
yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan. Sesi taklimat ini telah dihadiri oleh
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Pendaftar Mahkamah Tinggi
Malaya dan Pendaftar Mahkamah Rendah. Taklimat mengenai statistik
penyelesaian kes-kes sivil dan jenayah di Mahkamah Sesyen dan Majistret
Negeri Kelantan telah disampaikan oleh Tuan Adli bin Abd Ghalib, Pengarah
Mahkamah Negeri Kelantan dan taklimat mengenai pelupusan kes di
Mahkamah Tinggi Negeri Kelantan telah disampaikan oleh YA Tuan Ahmad
bin Bache, Pesuruhjaya Kehakiman.
Sesi taklimat mengenai pengurusan Mahkamah Negeri Kelantan
11
· Shah Alam, Selangor
Taklimat Prestasi Mahkamah Negeri Selangor
Pada 15 November 2016, bersempena dengan Mesyuarat Suruhanjaya, satu
taklimat mengenai prestasi Mahkamah Negeri Selangor telah diadakan di
Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.
Taklimat telah disampaikan oleh YA Tan Sri Datuk Ramly bin Haji Ali, Hakim
Mahkamah Persekutuan selaku Hakim Pengurus Mahkamah Tinggi Shah
Alam (Sivil) dan YA Dato’ Rohana binti Yusuf, Hakim Mahkamah Rayuan
selaku Hakim Pengurus, Mahkamah Tinggi Shah Alam (Jenayah).
Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman
di Mahkamah Tinggi Shah Alam
Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
di Mahkamah Tinggi Shah Alam
12
· Johor Bahru, Johor
Taklimat Pengurusan Mahkamah Johor Bahru
Bersempena dengan Mesyuarat Suruhanjaya yang diadakan pada 20
Disember 2016, Anggota Suruhanjaya telah diberi taklimat oleh YA Tan Sri
Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Mahkamah Persekutuan selaku Hakim
Pengurus Mahkamah Negeri Johor (Utara) dan YA Dato’ Setia Mohd Zawawi
bin Salleh, Hakim Mahkamah Rayuan selaku Hakim Pengurus Mahkamah
Negeri Johor (Selatan) mengenai pengurusan dan pelupusan kes-kes di
semua mahkamah tinggi di Negeri Johor.
Lawatan ke Kompleks Mahkamah Johor Bahru
Anggota Suruhanjaya turut mengadakan lawatan ke Kompleks Mahkamah
Johor Bahru dan telah di bawa melawat ke beberapa tempat di kompleks
mahkamah tersebut seperti perpustakaan, bilik lelong dan bilik bicara.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat usaha penambahbaikan yang dilakukan
oleh Mahkamah Negeri Johor dalam meningkatkan sistem penyampaian
kepada pelanggan-pelanggan mahkamah.
Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman melawat Kompleks Mahkamah Johor
13
MESYUARAT PEMILIHAN
Mesyuarat Pemilihan diadakan untuk menimbang, memilih dan
mengesyorkan kepada Perdana Menteri, calon-calon yang layak untuk
diperaku dan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim
Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman.
Dalam tahun 2016, empat Mesyuarat Pemilihan telah diadakan oleh
Suruhanjaya. Calon-calon yang telah dipertimbang untuk pemilihan terdiri
daripada Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan untuk pelantikan sebagai Hakim
Mahkamah Persekutuan dan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi untuk
pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan. Calon-calon untuk dilantik
sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pula adalah daripada Pesuruhjaya
Kehakiman. Bagi pemilihan Pesuruhjaya Kehakiman, calon-calon adalah
terdiri daripada Pegawai Perundangan dan Kehakiman serta Pengamal
Undang-Undang yang memenuhi kehendak peruntukan Perkara 123
Perlembagaan Persekutuan.
Jadual 2: Mesyuarat Pemilihan Tahun 2016
Tarikh Tempat
14 April (Khamis) Bilik Mesyuarat Ketua Hakim Negara,
Aras 5, Istana Kehakiman, Putrajaya
17 Jun (Jumaat) Bilik Mesyuarat Ketua Hakim Negara,
Aras 5, Istana Kehakiman, Putrajaya
14 Oktober (Jumaat) Bilik Mesyuarat Ketua Hakim Negara,
Aras 5, Istana Kehakiman, Putrajaya
20 Disember (Selasa) Mahkamah Tinggi Johor Bahru,
Johor
Mesyuarat Pemilihan di Bilik Mesyuarat Ketua Hakim Negara, Putrajaya
14
PELANTIKAN
HAKIM
PELANTIKAN HAKIM DAN PESURUHJAYA KEHAKIMAN
Kriteria Pemilihan
Dalam menimbang calon-calon, kriteria pemilihan seperti yang
diperuntukkan di bawah seksyen 23 Akta 695 akan diguna pakai.
Suruhanjaya juga telah menyediakan satu garis panduan mengenai kualiti
individu yang akan dipilih sebagai hakim mahkamah atasan. Garis panduan
ini membolehkan Suruhanjaya menjalankan fungsi pemilihannya dengan
lebih berkesan. Kriteria-kriteria ini adalah untuk memastikan bahawa individu
yang dipilih mempunyai kualiti peribadi, keupayaan intelektual, cekap dan
mampu menyelesaikan pertikaian dengan adil serta membuat keputusan
berdasarkan fakta dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695)
15
Proses Pemilihan
Suruhanjaya melaksanakan proses pemilihan sebagaimana yang ditetapkan
oleh seksyen 22(2)(a)(b) Akta 695. Selepas pemilihan dibuat, satu laporan
lengkap akan dikemukakan kepada Perdana Menteri dengan
memaklumkan nama-nama yang disyor dan asas-asas pertimbangan seperti
mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 26 Akta 695. Seksyen 27 Akta
695 memperuntukkan Perdana Menteri boleh meminta dua nama lagi untuk
dipilih dan disyorkan bagi pertimbangannya. Seksyen 28 Akta 695 pula
menerangkan peranan Perdana Menteri untuk memberi nasihatnya
mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Kuasa Perdana Menteri dalam proses pelantikan hakim mahkamah atasan
telah diperuntukkan serta diperjelaskan di bawah Perlembagaan
Persekutuan. Proses yang diperuntukkan di bawah Akta 695 merupakan
proses pelantikan yang mendahului Perkara 122B Perlembagaan
Persekutuan .
Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan
Seksyen 22 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695)
16
Seksyen 26 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695)
Seksyen 27 Akta (Akta 695)
Seksyen 27 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695)
(Akta 695)
Seksyen 28 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695)
17
Pelantikan Hakim Mahkamah Atasan
Jumlah keseluruhan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman yang dilantik dalam
tahun 2016 adalah seramai 21 orang. Pecahan bilangan Hakim dan
Pesuruhjaya Kehakiman adalah seperti berikut:
Jadual 3 : Pecahan Bilangan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman
Bil. Mahkamah Bilangan Dilantik
1. Mahkamah Persekutuan 3
2. Mahkamah Rayuan 9
3. Mahkamah Tinggi 5
4. Pesuruhjaya Kehakiman 4
Jumlah 21
Umumnya pelantikan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan adalah
daripada Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Mahkamah
Rayuan dipilih daripada Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi. Seterusnya, Hakim-
Hakim Mahkamah Tinggi pula adalah dilantik daripada Pesuruhjaya
Kehakiman.
Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan, dan Hakim Mahkamah Tinggi
bergambar selepas menerima watikah pelantikan daripada
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 21 Mac 2016
18
Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan
1. YA Dato’ Balia Yusof bin Haji Wahi
2. YA Dato’ Wira Aziah binti Ali
3. YA Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha
[mengikut Perkara 122 (1A) Perlembagaan Persekutuan]
Hakim Mahkamah Persekutuan Hakim Mahkamah Persekutuan
menerima watikah pelantikan mengangkat sumpah jawatan
Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan
1. YA Dato’ Zaleha binti Yusof
2. YA Datuk Kamardin bin Hashim
3. YA Dato’ Mary Lim Thiam Suan
4. YA Datuk Yaacob bin Haji Md Sam
5. YA Dato’ Zabariah binti Mohd Yusof
6. YA Datuk Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim
7. YA Datuk Harminder Singh Dhaliwal
8. YA Datuk Abdul Karim bin Abdul Jalil
9. YA Dato’ Asmabi binti Mohamad
Hakim Mahkamah Rayuan bergambar selepas menerima watikah pelantikan
19
Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi
1. YA Puan Siti Khatijah binti S. Hassan
2. YA Dato’ Mohd Zaki bin Abdul Wahab
3. YA Tuan Nantha Balan a/l E.S. Moorthy
4. YA Tuan Abu Bakar bin Jais
5. YA Dato’ Che Mohd Ruzima bin Ghazali
Hakim Mahkamah Tinggi bergambar selepas menerima watikah pelantikan
Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi
bergambar selepas Majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia
20
Pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman
Dalam usaha untuk memperluaskan kepelbagaian calon-calon hakim
mahkamah atasan dan meningkatkan keyakinan terhadap Badan
Kehakiman, Suruhanjaya telah memilih calon Pesuruhjaya Kehakiman
daripada pelbagai bidang kemahiran, latar belakang pendidikan dan
pengalaman. Pada tahun 2016, Pesuruhjaya Kehakiman yang dilantik terdiri
daripada tiga orang daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
dan seorang pengamal undang-undang.
Jadual 4: Jawatan sebelum Dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman
Pesuruhjaya Kehakiman Jawatan Sebelum Pelantikan
1. YA Dato’ Khadijah binti Idris
Timbalan Peguamcara Negara III
Jabatan Peguam Negara
2. YA Tuan Ismail bin Brahim Pendaftar Mahkamah Tinggi
Sabah dan Sarawak
3. YA Dato’ Sri Tun Abdul Majid bin Tun Hamzah Timbalan Peguamcara Negara I
Jabatan Peguam Negara
4. YA Tuan Azmi bin Abdullah Tetuan Azmi Norah & Associates
Pesuruhjaya
Kehakiman bergambar
selepas Majlis
Pelantikan
21
AKADEMI
KEHAKIMAN
AKADEMI KEHAKIMAN
Akademi Kehakiman telah ditubuhkan pada 16 Disember 2011 bersesuaian
dengan fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di bawah subseksyen 21
(1)(e) dan (f) Akta 695. Jawatankuasa Akademi Kehakiman pada masa ini
dianggotai oleh 11 orang Hakim dan dipengerusikan oleh Ketua Hakim
Negara.
Jadual 5: Keanggotaan Jawatankuasa Akademi Kehakiman
Pengerusi
YAA Tun Arin bin Zakaria - Ketua Hakim Negara
Ahli
YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif - Presiden Mahkamah Rayuan
YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkei bin Ahmad - Hakim Besar Mahkamah Tinggi
Makinudin di Malaya
YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard - Hakim Besar Mahkamah Tinggi
Malanjum di Sabah dan Sarawak
YA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop
YA Tan Sri Azahar bin Mohamed - Hakim Mahkamah Persekutuan
YA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim
YA Dato’ Balia Yusof bin Haji Wahi - Hakim Mahkamah Persekutuan
- Hakim Mahkamah Persekutuan
YA Dato’ Wira Aziah binti Ali
- Hakim Mahkamah Persekutuan
YA Datuk Nallini Pathmanathan
YA Datuk Dr. Badariah binti Sahamid - Hakim Mahkamah Persekutuan
- Hakim Mahkamah Rayuan
- Hakim Mahkamah Rayuan
Setiausaha
YBhg. Datuk Hamidah binti Khalid - Setiausaha
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
Akademi Kehakiman bertanggungjawab membangun, merancang dan
menyediakan program latihan dalam dan luar negara kepada hakim-hakim
mahkamah atasan. Selain melaksanakan program latihan kepada hakim
mahkamah atasan, Bahagian Penerbitan yang ditubuhkan di bawah
Akademi Kehakiman pada 18 September 2015 telah diberi tanggungjawab
menerbit jurnal, buku teks, buku undang-undang dan monograph.
22
Laporan Program Latihan Tahun 2016
Objektif utama pelaksanaan program latihan hakim mahkamah atasan
adalah untuk meningkatkan kepakaran dan kemahiran hakim-hakim selaras
dengan perkembangan perundangan sama ada dalam atau luar negara.
Program latihan hakim dibahagikan kepada dua kategori iaitu program
latihan dalam negara dan program latihan luar negara. Pada tahun 2016,
peruntukan yang telah dibelanjakan bagi membiayai kos pelaksanaan
program latihan ini pada keseluruhannya berjumlah RM356,785.42. Sejumlah
RM292,598.90 dibelanjakan bagi melaksanakan program latihan dalam
negara dan RM64,186.52 pula diperuntukkan untuk membiayai program
latihan luar negara.
Program Latihan Dalam Negara
Dalam tahun 2016, sebanyak 10 program latihan telah dilaksanakan oleh
Akademi Kehakiman bagi latihan dalam negara yang meliputi 3 kategori
iaitu:
(i) kursus di bawah pengendalian hakim-hakim kanan;
(ii) program dengan kerjasama agensi lain; dan
(iii) program jemputan penceramah dari luar negara.
Kursus di bawah Pengendalian Hakim-Hakim Kanan
Secara umumnya, kaedah pembelajaran learning by doing telah
dilaksanakan dalam kursus-kursus yang dikendalikan oleh hakim-hakim kanan
iaitu satu kaedah pembelajaran secara interaktif antara peserta kursus yang
terdiri daripada Hakim Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman
dengan fasilitator dalam bilangan peserta yang kecil. Pendekatan ini
digunakan bertujuan untuk meningkatkan impak dan keberkesanan kursus-
kursus yang dijalankan. Kursus-kursus di bawah pengendalian hakim-hakim
kanan pada tahun 2016 telah memberi penekanan kepada 2 aspek utama
iaitu:
(i) untuk meningkatkan kemahiran menulis alasan penghakiman yang
lebih berkualiti; dan
(ii) untuk meningkatkan kualiti peserta-peserta melalui kursus-kursus
baharu dan program sehari khusus mengenai isu-isu tertentu.
23
Pada tahun 2016, sebanyak lapan kursus telah dikendalikan oleh hakim-
hakim kanan. Kursus-kursus ini meliputi pelbagai bidang perundangan yang
releven dengan perkembangan perundangan semasa.
Jadual 6: Kursus di bawah Pengendalian Hakim Kanan
Bil. Tajuk Kursus Tarikh Fasilitator Bilangan
Peserta
1. ‘Judge Craft 19-21 Februari YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif
and Judgment 2016 YA Tan Sri Azahar bin Mohamed 16
Writing’ YA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim
YA Dato’ Balia Yusof bin Haji Wahi 20
YA Dato’ Wira Aziah binti Ali 16
2. ‘How to Read 19 Mac 2016 YA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim 16
Statute’
32
3. ‘Case 26-27 Mac 2016 YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkei bin
Management Ahmad Makinudin 15
in Civil Cases’ YA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop 15
YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat 20
150
4. ‘Appeal and 22-23 April 2016 YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif
Sentencing’ YA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop
YA Dato’ Wira Aziah bin Ali
YA Tan Sri Idrus bin Harun
5. ‘Lectures on 28 Mei 2016 YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif
YA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop
Section 39B of YA Tan Sri Azahar bin Mohamed
Dangerous
Drugs Act 1952’
6. ‘Intellectual 3-4 September YA Tan Sri Datuk Ramly bin Haji Ali
Property Law’ 2016 YA Tan Sri Azahar bin Mohamed
YA Tan Sri Zaharah bin Ibrahim
7. ‘Criminal Law: 22-23 Oktober YA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop
Evidence and 2016 YA Tan Sri Azahar bin Mohamed
Procedure’ YA Dato’ Tengku Maimun binti
Tuan Mat
8. ‘Defamation
Law’ 18-19 YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkei bin
November Ahmad Makinudin
2016 YA Tan Sri Azahar bin Mohamed
YA Datuk Vernon Ong Lam Kiat
JUMLAH PESERTA
24
Kursus ‘Judge Craft and
Judgment Writing’
19-21 Februari 2016
Kursus ‘How to Read
Statute’
19 Mac 2016
Kursus ‘Case Management
in Civil Cases’
26-27 Mac 2016
Kursus ‘Appeal and
Sentencing’
22-23 April 2016
25
Kursus ‘Lectures on
Section 39B of Dangerous
Drugs Act 1952’
28 Mei 2016
Kursus ‘Intellectual
Property Law’
3-4 September 2016
Kursus ‘Criminal Law:
Evidence and Procedure’
22-23 Oktober 2016
Kursus ‘Defamation Law’
18-19 November 2016
26
‘Judge Craft and Judgment Writing’
Kursus ‘Judge Craft and Judgment Writing’ merupakan siri kelima
penganjurannya sejak diadakan kali pertama pada tahun 2014. Seramai 16
peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada empat orang Hakim
Mahkamah Tinggi dan 12 orang Pesuruhjaya Kehakiman.
Jadual 7: Peserta Kursus ‘Judge Craft and Judgment Writing’
Bil. Nama Jawatan dan Tempat Bertugas
1. YA Datuk Wira Halijah binti Abbas Hakim Mahkamah Tinggi Muar
2. YA Datuk Yeoh Wee Siam
Hakim Mahkamah Tinggi
3. YA Dato’ Hadhariah binti Syed Ismail Kuala Lumpur
4. YA Dato’ Rosilah binti Yop Hakim Mahkamah Tinggi
Pulau Pinang
5. YA Dato’ Rozana binti Ali Yusoff
Hakim Mahkamah Tinggi
6. YA Dato’ Roslan bin Haji Abu Bakar Pulau Pinang
7. YA Dato’ Abd. Wahab bin Mohamed Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Shah Alam
8. YA Puan Al-Baishah binti Abd. Manan
Pesuruhjaya Kehakiman
9. YA Datin Siti Mariam binti Haji Othman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
10. YA Tuan Hassan bin Abdul Ghani Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
11. YA Puan Chan Jit Li
Pesuruhjaya Kehakiman
12. YA Tuan Muhammad Jamil bin Hussin Mahkamah Tinggi Johor Bahru
13. YA Puan Hayatul Akmal binti Abdul Aziz Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Seremban
14. YA Dato’ Wan Ahmad Farid bin
Wan Salleh Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuantan
15. YA Dato’ Haji Mohamad Shariff bin
Haji Abu Samah Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Shah Alam
16. YA Dato’ Khadijah binti Idris
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Muar
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Ipoh
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Shah Alam
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
27
Fasilitator-fasilitator kursus ini ialah YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif, Presiden
Mahkamah Rayuan, YA Tan Sri Azahar bin Mohamed, YA Tan Sri Zaharah binti
Ibrahim, YA Dato’ Balia Yusof bin Haji Wahi dan YA Dato’ Wira Aziah binti Ali,
Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan.
Fasilitator-fasilitator kursus
Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 tajuk utama iaitu Judge Craft dan
Judgment Writing. Di bawah tajuk Judge Craft, peserta telah didedahkan
dengan 7 senario yang berkait dengan pelbagai isu kehakiman melalui
tayangan video bertajuk ‘Judge in Jeans: The Business of Judging’ oleh John
Phillips dan Prof. Jeremy Cooper dari Judicial College of London, United
Kingdom dan disusuli dengan perbincangan. Tayangan video ini merupakan
elemen baharu yang mula diperkenalkan dalam kursus “Judge Craft and
Judgment Writing” bagi meningkatkan lagi keberkesanan kursus ini.
Peserta kemudian dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan
dikehendaki membentang tajuk perbincangan yang ditentukan oleh
fasilitator dan kemudian disusuli dengan perbincangan. Perbincangan
dalam kumpulan telah diadakan pada sesi petang dan malam bagi
membolehkan peserta menyiapkan tugasan yang diberikan untuk
pembentangan.
Tajuk-tajuk perbincangan tersebut adalah seperti berikut:
(i) Kumpulan 1 : ‘The Making of a Good Judge’.
(ii) Kumpulan 2 : ‘Pending Hearing’.
(iii) Kumpulan 3 : ‘Sitting in Judgment’.
28
Di bawah tajuk Judgment Writing pula, peserta dibahagikan kepada 4
kumpulan bengkel untuk membincangkan alasan penghakiman sebenar. Di
akhir kursus, setiap kumpulan dikehendaki menyediakan alasan
penghakiman baharu berdasarkan kes tersebut dan kemudiannya
membentangkan alasan penghakiman berkenaan.
Peserta kursus dalam sesi perbincangan dan pembentangan hasil kajian
29
‘How to Read Statute’
Kursus ‘How to Read Statute’ merupakan siri kedua sejak pertama kali
diadakan pada tahun 2015. Seramai 20 Pesuruhjaya Kehakiman telah
menghadiri kursus ini.
Jadual 8: Peserta kursus ‘How to Read Statute’
Bil Nama Jawatan dan Tempat Bertugas
1. YA Puan Siti Khatijah binti S. Hassan Pesuruhjaya Kehakiman
2. YA Dato’ Mohd. Zaki bin Abdul Wahab Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
3. YA Tuan Gunalan a/l Muniandy
4. YA Tuan Wong Teck Meng Pesuruhjaya Kehakiman
5. YA Puan S.M. Komathy a/p Suppiah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
6. YA Dato’ Rozana binti Ali Yusoff
7. YA Tuan Abu Bakar bin Katar Pesuruhjaya Kehakiman
8. YA Tuan Nantha Balan a/l E.S. Moorthy Mahkamah Tinggi Shah Alam
9. YA Dato’ Che Mohd. Ruzima bin Ghazali
10. YA Tuan Lim Chong Fong Pesuruhjaya Kehakiman
11. YA Datuk Azimah binti Omar Mahkamah Tinggi Shah Alam
12. YA Dato’ Mat Zara’ai bin Alias
13. YA Tuan Collin Lawrence Sequerah Pesuruhjaya Kehakiman
14 YA Tuan Azizul Azmi bin Adnan Mahkamah Tinggi Ipoh
15. YA Tuan Mohamed Zaini bin Mazlan
16. YA Datuk Dr. Sabirin bin Ja’afar Pesuruhjaya Kehakiman
17. YA Tuan Dr. Choo Kah Sing Mahkamah Tinggi Shah Alam
18. YA Tuan Ahmad bin Bache
19. YA Datuk Mohd Firuz bin Jaffril Pesuruhjaya Kehakiman
20. YA Tuan Mohd Nazlan bin Mohd Ghazali Mahkamah Tinggi Kangar
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Ipoh
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Shah Alam
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Johor Bahru
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Taiping
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Johor Bahru
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Alor Setar
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Kota Bharu
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Melaka
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
30
Kursus ini telah dikendalikan oleh YA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim, Hakim
Mahkamah Persekutuan. Bahan-bahan rujukan yang digunakan semasa
kursus ini ialah Perlembagaan Persekutuan, Arbitration Act 2005 [Act 646],
Consular Relations (Vienna Convention) Act 1999 [Act 595], Interpretation
Acts 1948 and 1967 [Act 388] dan Drug Dependants (Treatment and
Rehabilitation) Act 1983 [Act 283].
YA Tan Sri Zaharah
binti Ibrahim sedang
menyampaikan
ceramah
Kursus ‘How to Read Statute’ telah diadakan dengan pendekatan yang
berbeza berbanding kursus-kursus yang dianjurkan oleh Akademi Kehakiman.
Kursus ini hanya diadakan selama satu hari dan disampaikan dalam bentuk
ceramah yang disusuli dengan sesi soal-jawab. Peserta-peserta telah
mengambil bahagian secara aktif dalam sesi soal-jawab yang diadakan
diakhir kursus ini.
Peserta kursus
sedang mendengar
ceramah
31
’Case Management in Civil Cases’
Kursus ’Case Management in Civil Cases’ merupakan kursus baharu yang
dilaksanakan oleh Akademi Kehakiman. Kursus ini telah dihadiri seramai 16
peserta yang terdiri daripada 3 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 13 orang
Pesuruhjaya Kehakiman.
Jadual 9: Peserta Kursus ’Case Management in Civil Cases’
Bil. Nama Jawatan dan Tempat Bertugas
1. YA Dato’ Mohd Yazid bin Haji Mustafa Hakim Mahkamah Tinggi
Shah Alam
2. YA Dato’ Haji Zainal Azman bin Abdul Aziz Hakim Mahkamah Tinggi
Kuala Terengganu
3. YA Puan Siti Khatijah binti S. Hassan Hakim Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur
4. YA Tuan Abu Bakar bin Katar Pesuruhjaya Kehakiman
5. YA Dato’ Azmi bin Arifn Mahkamah Tinggi Kangar
6. YA Puan Noorin binti Badaruddin
7. YA Dr. Choo Kah Sing Pesuruhjaya Kehakiman
8. YA Dr. Haji Alwi bin Haji Abdul Wahab Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
9. YA Puan Al-Baishah binti Abd. Manan
10. YA Datin Siti Mariam binti Haji Othman Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
11. YA Tuan Hassan bin Abdul Ghani
Pesuruhjaya Kehakiman
12. YA Puan Chan Jit Li Mahkamah Tinggi Alor Setar
13. YA Puan Hayatul Akmal binti Abdul Aziz
Pesuruhjaya Kehakiman
14. YA Dato’ Wan Ahmad Farid bin Mahkamah Tinggi Kuching
Wan Salleh
Pesuruhjaya Kehakiman
15. YA Dato’ Khadijah binti Idris Mahkamah Tinggi Johor Bahru
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Seremban
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuantan
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Shah Alam
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Ipoh
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Shah Alam
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
16. YA Tuan Ismail bin Brahim Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuching
32
Fasilitator-fasilitator yang mengendalikan kursus ini ialah YAA Tan Sri Dato’ Seri
Zulkei bin Ahmad Makinudin, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, YA
Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Mahkamah Persekutuan dan YA
Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Hakim Mahkamah Rayuan.
Fasilitator Kursus ‘Case Managment in Civil Cases’
Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu pembentangan tajuk
perbincangan dan kajian kes. Pembentangan tajuk perbincangan telah
dijalankan mengikut kumpulan dan disusuli dengan perbincangan. Tajuk-
tajuk perbincangan tersebut adalah seperti berikut:
(i) Kumpulan 1 : Rules of Court 2012, Case Management and Court –
Annexed Mediation.
(ii) Kumpulan 2 : Effective Case Management for Writ / Originating
Summons and Interlocutory Applications.
(iii) Kumpulan 3 : Effective Case Management for Family Cases, Land
Reference and Case under Companies Act 1965.
(iv) Kumpulan 4 : Effective Case Management for Appeals, Judicial
Review and Contencious Probate Proceedings
Perbincangan Kumpulan
33
Kajian Kes pula dijalankan mengikut kumpulan terhadap kes yang diedarkan
sejurus sebelum sesi tersebut bermula. Pembentangan dan perbincangan
hasil kajian kes ini telah diadakan pada keesokan harinya.
Peserta kursus semasa sesi perbincangan
Peserta kursus semasa sesi pembentangan
34
‘Appeal and Sentencing’
Kursus ‘Appeal and Sentencing’ merupakan kursus keempat anjuran
Akademi Kehakiman pada tahun 2016. Seramai 16 peserta telah menghadiri
kursus ini yang terdiri daripada 11 orang Hakim Mahkamah Tinggi dan 5
orang Pesuruhjaya Kehakiman.
Jadual 10: Peserta kursus ‘Appeal and Sentencing’
Bil Nama Jawatan dan Tempat Bertugas
1. YA Dato’ Mohamad Zabidin bin Mohd Diah Hakim Mahkamah Tinggi
2. YA Dato’ Haji Abd. Halim bin Aman Shah Alam
3. YA Dato’ Mohd Azman bin Husin
4. YA Dato’ Haji Ghazali bin Haji Cha Hakim Mahkamah Tinggi
5. YA Dato’ Ahmad Zaidi bin Ibrahim Shah Alam
6. YA Dato’ Sri Mariana binti Haji Yahya
7. YA Dato’ Haji Azman bin Abdullah Hakim Mahkamah Tinggi
8. YA Datuk Nor Bee binti Arifn Shah Alam
9. YA Dato’ Has Zanah binti Mehat
10. YA Datuk Samsudin bin Hassan Hakim Mahkamah Tinggi
11. YA Dato’ Hashim bin Hamzah Shah Alam
12. YA Tuan Abu Bakar bin Katar
13. YA Tuan Azhahari Kamal bin Ramli Hakim Mahkamah Tinggi
14. YA Tuan Ahmad bin Bache Shah Alam
15. YA Datuk Mohd Firuz bin Jaffril
16. YA Dato’ Mohamad Shariff bin Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan
Haji Abu Samah Hakim Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur
Hakim Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur
Hakim Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur
Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh
Hakim Mahkamah Tinggi
Alor Setar
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Kangar
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Tawau
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Kota Bharu
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Melaka
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
35
Fasilitator kursus ini terdiri daripada YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif, Presiden
Mahkamah Rayuan, YA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop, YA Dato’ Wira Aziah
binti Ali, Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan YA Tan Sri Idrus bin Harun,
Hakim Mahkamah Rayuan.
Fasilitator bagi kursus ‘Appeal and sentencing’
Kursus ini pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pembentangan
tugasan individu oleh dua orang hakim yang telah dipilih dan kajian kes.
Tugasan individu dibentangkan oleh YA Dato’ Haji Azman bin Abdullah dan
YA Dato’ Sri Mariana binti Haji Yahya berdasarkan permasalahan hukuman
dan rayuan. Sesi perbincangan telah diadakan selepas pembentangan oleh
kedua-dua hakim tersebut. Kajian kes pula dijalankan mengikut kumpulan.
Setiap kumpulan diberi tugasan untuk meneliti rekod rayuan daripada
mahkamah rendah kepada mahkamah tinggi. Berdasarkan kepada rekod
rayuan tersebut, peserta dikehendaki membuat keputusan dan
menyediakan alasan penghakiman. Setiap kumpulan kemudiannya
membentangkan alasan penghakiman yang telah disediakan.
YA Dato’ Haji Azman bin Abdullah dan YA Dato’ Sri Mariana binti Haji Yahya semasa
membentangkan tugasan individu
36
‘Lectures on Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952’
‘Lectures on Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952’ merupakan
program yang pertama kali diadakan dan dilaksanakan mengikut format
kursus yang baharu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi
kemahiran dan kefahaman yang mendalam kepada hakim-hakim dan
pesuruhjaya-pesuruhjaya kehakiman di seluruh negara yang terlibat secara
langsung dalam mengendalikan kes-kes berkaitan dengan dadah di bawah
seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Seramai 32 orang peserta telah
dipilih menghadiri kursus ini. Mereka terdiri daripada 13 orang Hakim
Mahkamah Tinggi dan 19 orang Pesuruhjaya Kehakiman.
Jadual 11: Peserta Kursus ‘Lectures on Section 39B of
the Dangerous Drugs Act 1952’
Bil Nama Peserta Jawatan dan Tempat Bertugas
1. YA Dato’ Haji Abd. Halim bin Aman Hakim Mahkamah Tinggi
Shah Alam
2. YA Dato’ Zulkii bin Bakar Hakim Mahkamah Tinggi
Shah Alam
3. YA Dato’ Mohd Azman bin Husin Hakim Mahkamah Tinggi
Shah Alam
4. YA Dato’ Mohd Soan bin Hakim Mahkamah Tinggi
Tan Sri Abd. Razak Johor Bahru
5. YA Dato’ Haji Ghazali bin Haji Cha Hakim Mahkamah Tinggi
Shah Alam
6. YA Dato’ Haji Azman bin Abdullah Hakim Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur
7. YA Dato’ Zainal Azman bin Abdul Aziz Hakim Mahkamah Tinggi
Kuala Terengganu
8. YA Datuk Wira Halijah binti Abbas Hakim Mahkamah Tinggi Muar
9. YA Datuk Wira Kamaludin bin Md. Said Hakim Mahkamah Tinggi Seremban
10. YA Dato’ Hashim bin Hamzah Hakim Mahkamah Tinggi
Alor Setar
11. YA Dato’ Vazeer Alam bin Mydin Meera Hakim Mahkamah Tinggi Melaka
12. YA Puan Siti Khatijah binti S. Hassan Hakim Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur
13. YA Dato’ Che Mohd Ruzima bin Ghazali Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh
37
Bil Nama Peserta Jawatan dan Tempat Bertugas
14. YA Puan S.M. Komathy a/p Suppiah
15. YA Tuan Abu Bakar bin Katar Pesuruhjaya Kehakiman
16. YA Dato’ Haji Ab. Karim bin Mahkamah Tinggi Ipoh
Haji Ab. Rahman Pesuruhjaya Kehakiman
17. YA Tuan Azhahari Kamal bin Ramli Mahkamah Tinggi Kangar
18. YA Tuan Lim Chong Fong
19. YA Dato’ Nordin bin Hassan Pesuruhjaya Kehakiman
20. YA Dato’ Azmi bin Arifn Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
21. YA Tuan Collin Lawrence Sequerah
22. YA Tuan Mohamed Zaini bin Mazlan Pesuruhjaya Kehakiman
23. YA Dr. Choo Kah Sing Mahkamah Tinggi Tawau
24. YA Dr. Haji Alwi bin Haji Abdul Wahab
25. YA Tuan Ahmad bin Bache Pesuruhjaya Kehakiman
26. YA Datuk Mohd Firuz bin Jaffril Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
27. YA Datin Siti Mariam binti Haji Othman
28. YA Tuan Hassan bin Abdul Ghani Pesuruhjaya Kehakiman
29. YA Tuan Muhammad Jamil bin Hussin Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
30. YA Puan Hayatul Akmal binti Abdul Aziz
31. YA Dato’ Mohamad Shariff bin Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
Haji Abu Samah
32. YA Tuan Ismail bin Brahim Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Taiping
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Alor Setar
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Miri
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Kota Bharu
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Melaka
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Seremban
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuantan
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Muar
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Ipoh
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuching
38
Penceramah-penceramah program ini ialah YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif,
Presiden Mahkamah Rayuan, YA Tan Sri Ahmad bin Haji Maarop dan YA Tan
Sri Azahar bin Mohamed, Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan.
Penceramah kursus ‘Lectures on Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952’
Program ini diadakan dalam bentuk ceramah. Sebanyak 3 ceramah telah
dimuatkan dalam program ini. Tajuk dan penceramah mengikut turutan
program adalah seperti berikut;
(i) ‘Duty of Trial Judge at the End of Case for Prosecution’ oleh YA
Tan Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Mahkamah Persekutuan;
(ii) ‘Break in the Chain of Evidence and Section 114(g) of the
Evidence Act 1950 [Act 56]’ oleh YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif,
Presiden Mahkamah Rayuan; dan
(iii) ‘Duty of Trial Judge at the Conclusion of the Trial’ oleh YA Tan Sri
Ahmad bin Haji Maarop, Hakim Mahkamah Persekutuan.
Sesi soal-jawab telah diadakan selepas ketiga-tiga ceramah tersebut
disampaikan.
Peserta kursus ‘Lectures on Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952’
39
‘Intellectual Property Law’
Kursus ‘Intellectual Property Law’ merupakan kursus baharu yang pertama
kali dianjurkan oleh Akademi Kehakiman. Seramai 15 orang peserta telah
menghadiri kursus ini yang terdiri daripada 8 orang Hakim Mahkamah Tinggi
dan 7 orang Pesuruhjaya Kehakiman.
Jadual 12: Peserta Kursus ‘Intellectual Property Law’
Bil Nama Peserta Jawatan dan Tempat Bertugas
1. YA Dato' Rosnaini binti Saub
Hakim Mahkamah Tinggi
2. YA Dato’ Sri Mariana binti Haji Yahya Shah Alam
3. YA Dato’ Mohd Yazid bin Haji Mustafa
Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan
4. YA Datuk Yew Jen Kie
5. YA Dato’ Akhtar bin Tahir Hakim Mahkamah Tinggi
Shah Alam
6. YA Dato' Has Zanah binti Mehat
Hakim Mahkamah Tinggi Kuching
7. YA Dato' Nik Hasmat binti
Nik Mohamad Hakim Mahkamah Tinggi
Shah Alam
8. YA Dato’ Rosilah binti Yop
Hakim Mahkamah Tinggi
9. YA Tuan Gunalan a/l Muniandy Kuala Lumpur
10. YA Datuk Mohd Firuz bin Jaffril Hakim Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur
11. YA Dato’ Abd Wahab bin Mohamed
Hakim Mahkamah Tinggi
12. YA Dato’ Wan Ahmad Farid bin Pulau Pinang
Wan Salleh
Pesuruhjaya Kehakiman
13. YA Dato' Khadijah binti Idris Mahkamah Tinggi Shah Alam
14. YA Dato’ Sri Tun Abd Majid bin Pesuruhjaya Kehakiman
Tun Hamzah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
15. YA Tuan Azmi bin Abdullah Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Shah Alam
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Johor Bahru
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
40