The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzhatirah1326, 2022-04-28 20:45:13

MAKANAN DALAM PERPADUAN

MAKANAN DALAM PERPADUAN

PERPADUAN
DALAM

MAKANAN

MPU21032-
Penghayatan Etika &

Peradaban
TuanMarzuki binSepiaail

" Apa yang penting adalah semangat demokrasi mesti kita
hormati tetapi pada masa yang sama prinsip perpaduan itu
juga kena jaga - Khairy Jamaluddin "

EDITORIAL

PENASIHAT

TUAN MARZUKI BIN
SEPIAAIL

KETUA KUMPULAN
AYRIN ASYIKIN BINTI

KAMAROL
15DUB21F2012

KETUA EDITOR
NURUL IZZAH ‘ATIRAH

BINTI SAMSUDIN
15DUB21F2005

EDITOR
EMY SHAWALIAH
NATASYA BINTI EMEY

AZIZI
15DUB21F2008

SIDANG REDAKSI
NUR ZAHIRA FILDZA

BINTI YUSNI
15DUB21F2007

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA
SURAT
PENGHARGAAN
PENGENALAN 3
PENGENALANKAUMMELAYU
4
• JENIS-JENISMAKANAN 5
• KESIMPULAN 6–9
PENGENALANKAUMCINA 10
• JENIS-JENISMAKANAN 11
• KESIMPULAN 12–14
PENGENALANKAUMINDIA 15
• JENIS-JENISMAKANAN 16
• KESIMPULAN 17–21
PENGENALANKAUMIBAN 22
• JENIS-JENISMAKANAN 23
• KESIMPULAN 24–29
KESIMPULANKESELURUHAN 30
SUMBERRUJUKAN 31

32

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan
berkat dan keizinan dari-Nya, maka kami dari KUMPULAN 1
telah berjaya menyiapkan Tugasan e-Folio Semester 1 dengan
jayanya. Insya-Allah, tugasan ini akan memberikan banyak
manfaat kepada kami dan umum dari segi pengetahuan
semasa membuat kajian dan di masa hadapan.

Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Etika dan
Peradaban iaitu Tuan Marzuki bin Sepiaail kerana memberi
bimbingan, dorongan, nasihat dan menunjuk ajar cara membuat
tugasan e-Folio ini mengikut kriteria yang ditetapkan.

Terima kasih yang tak terhingga juga kepada ahli
kumpulan iaitu Ayrin Asyikin, Izzah Atirah, Emy Shawaliah dan
Zahira Fildza atas semangat setia kawan yang utuh dalam
memberikan buah fikiran serta cadangan. Terhasilnya E-
Majalah ini atas usaha-usaha ahli kumpulan yang mempunyai
sikap tanggungjawab atas tugasan masing-masing.

Akhir kata, semoga para pembaca menjiwai dan
memahami setiap patah perkataan dan maksud yang ingin
disampaikan. Kami berharap, segala mesej yang disampaikan
tidak mengguris mana-mana pihak dan pembaca menikmati
setiap muka surat di e-Majalah kami.

Sekian, Terima Kasih.

3

PENGENALAN

Malaysia mempunyai keunikan dari segi latar belakang
masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum misalnya
Melayu, Cina dan India juga Iban yang mempunyai keistimewaan
budaya masing-masing. Salah satu aspek yang menyumbang kepada
keistimewaan masyarakat Malaysia ialah makanan tradisonal yang
merupakan salah satu warisan tradisi bagi setiap kaum..

Setiap kali perayaan besar atau majlis-majlis rasmi disambut
semestinya diiringi dengan pelbagai aneka hidangan makanan yang
terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India juga Iban . Tegaslah
bahawa, pemupukan perpaduan keluarga Malaysia perlu
dititikberatkan supaya peristiwa 13 Mei 1969 yang merupakan
sejarah hitam perkauman di Malaysia dapat dielak berulang kembali.

Selain itu, masyarakat dapat mengetahui tentang keistimewaan
yang ada pada setiap jenis makanan tersebut yang mempunyai
keunikan yang tersendiri yang mampu menarik kaum lain untuk cuba
merasa. Di samping itu, kepelbagaian makanan tradisi ini dilihat
turut menyumbang kepada tahap pemahaman dan perpaduan
masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.

Akhir sekali, kepelbagaian makanan tradisi membuktikan

bahawa tahap perpaduan mengikut kaum dapat memainkan

peranan dan semangat perpaduan dalam kalangan kaum. Oleh itu

pendedahan mengenai makanan-makanan dari pelbagai jenis kaum

di Malaysia perlu dititik berat supaya pengetahuan tentang makanan

tradisi pelbagai kaum sentiasa diingati oleh masyarakat di Malaysia

dalam mencapai keharmonian di negara ini. 4

1. KAUM MELAYU

Hampir setiap masakan Melayu dihidang bersama
dengan nasi, makanan ruji kepada orang Melayu dan
juga kebanyakan etnik lain di Asia. Keaslian dan
tradisi makanan Melayu dipercayai telah wujud
sebelum Kesultanan Melayu Melaka kerana
kewujudan makanan tidak boleh diukur seiring
dengan kewujudan empayar sesebuah kerajaan
tetapi diukur dengan kewujudan masyarakat atau
kelompok manusia. Namun begitu, tiada catatan
yang khusus boleh dijadikan rujukan akademik
dalam menilai kewujudan makanan Melayu.

https://sites.google.com/a/ipgkbm.org/rumah 5
melayu/makanan-tradisional-melayu

NASI LEMAK

 Hidangannya lengkap berasaskan
nasi yang berlemak santan
ditambah rasa pedas sambal,
kerangupan ikan bilis, kepejalan
telur rebus dan ditawarkan
pedasnya dengan timun.

 Oleh sebab nasi lemak

mempunyai jumlah kalori/tenaga

yang tinggi, selain mempunyai

komposisi lemak yang tinggi untuk

membekalkan tenaga yang lebih

baik dari karbohidrat, kebanyakan

masyarakat Melayu di

Semenanjung Malaysia, Selatan

Thailand, Brunei dan Singapura,

menjadikan nasi lemak sebagai

bekalan untuk santapan mereka

selepas membanting keringat.
http://www.visitsingapore.com/dining-

drinks-singapore/local-dishes/nasi-lemak/ 6

KETUPAT

Kelongsong ketupat bawang Ketupat palas atau
yang masih belum digunakan ketupat pulut

 Hidangan khas Asia Tenggara Maritim di daripada beras
atau pulut dibungkus dalam daun kelapa yang dianyam
dan direbus dalam periuk sebelum dibuka dan dimakan
bersama lauk-pauk lain. Ia terkenal serata Nusantara
merangkumi Brunei, Malaysia, Indonesia dan Singapura
sampai sejauh Selatan Thailand.

 Masakan ini amat berkait rapat dengan perayaan Hari

Raya Aidilfitri/Idulfitri yang menandakan akhirnya sebulan

puasa Ramadan; malah terdapat keraian yang berpusat

kepada memakan disebutkan sebagai Lebaran Ketupat,

namun ia juga dimakan pada Hari Raya Haji.

http://www.thejakartapost.com/news/2014/08/05/muslims-

celebrate-lebaran-ketupat-a-week-after-idul-fitri.html 7

lemang

 Lemang adalah beras pulut dimasak bersama santan dan
garam dalam ruas-ruas buluh dilapik dengan daun pisang
sebelum dibakar sehingga masak; cara ini merupakan cara
menanak nasi yang tradisi serata alam Melayu dari Indonesia
ke Malaysia, Singapura dan Brunei.

 Masakan ini paling dikenali dalam kalangan masyarakat
Minangkabau,namun cara pemasakan ia yang ringkas juga
diciplak dalam kalangan kaum serantau lain seperti kaum
Negrito Kelantan, suku Semai, kaum Dayak dan kaum Melayu.

https://web.archive.org/

web/20151210185511/ht

tp://www.bt.com.bn/chec

kout/2009/09/08/lemang-

stalls-are-found- 8

everywhere

RENDANG

 Hidangan asli Indonesia yang berasal dari bangsa
Minangkabau yang menduduki kawasan pegunungan
tinggi Sumatera Barat, ia disediakan dengan memasak
daging bersama santan, lada, dan banyak rempah ratus
sehingga kering.

 Ia salah satu makanan khas budaya Minangkabau,
penyajian ia turut meluas di antara masyarakat suku
Melayu dan Maranao (di Mindanao) dalam rantau Ranah
Minang.

 Ia khusus amat terkenal dan disajikan di acara-acara
seremonial dan untuk menghormati para tamu serta
pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha,
mahupun kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis
perkahwinan, majlis berkhatan, kenduri doa selamat,
kenduri hari jadi dan sebagainya.

https://travel.kompas.com/read/2018/04/04/182700027/dari- 9
burger-hingga-sushi-ini-5-kreasi-makanan-rendang-kekinian?page=all

KESIMPULAN
KAUM MELAYU

Kesimpulan makanan kaum melayu Dengan ini,
maka terbuktilah bahawa makanan kaum melayu
bukan sahaja untuk kaum Melayu, tetapi ia juga
sering kali menjadi makanan kegemaran kaum
lain. Seperti, kaum India, Cina dan sebagainya.
Ini terbukti kerana terdapat pelbgai jenis teknik
masakan makanan kaum Melayu yang digubal
oleh kaum lain mengikut cita rasa masing-
masing. Seterusnya, negara-negara jiran juga
tidak ketinggalan seperti Indonesia dan Thailand
yang mungkin sudah barangkali menjadi
kebiasaan dengan makanan kaum melayu ini.
Hal ini kerana, terdapat beberapa negeri di
Malaysia yang berhampiran dengan sempadan
negara jiran seperti negeri Kedah, Kelantan dan
Johor dapat memperluaskan lagi keunikan
makanan kaum Melayu.

10

2. KAUM CINA

Makanan tradisional Cina memang masih dikekalkan
hingga hari ini. Malah, terdapat juga restoran – restoran
masakan Cina semakin banyak mempelopori dunia
masakan. Restoran masakan Cina yang halal juga
sudah semakin banyak di Malaysia. Selain uniknya
hidangan masyarakat ini, ia juga begitu enak dan boleh
diterima oleh seluruh masyarakat. Agaknya, ini lah
antara sebab makanan tradisional Cina masih
diteruskan sehingga hari ini. Bagi anda yang beragama
Islam, pastikan mendapatkan hidangan makanan Cina
ini di restoran yang berstatus halal dari JAKIM ya !
https://saji.my/makanan-tradisional-cina/

11

YEE SANG /
YU SHENG

 Yee Sang atau juga dikenali dengan nama Yusheng
adalah makanan yang terdiri dari aneka salad dan
ikan. Campuran kesemua bahan ini menjadikan
hidangan ini berwarna-warni dan sangat menarik.

 Hidangan ini biasanya dihidangkan menjelang
sambutan Tahun Baru Cina. Ia adalah lambing
kemakmuran, kemewahan dan juga kekayaan.

 Masyarakat Cina mempercayai bahawa ikan adalah
pembawa rezeki dan hidangan yee sang telah wujud
sejak Dinasti Song lagi. Ia merupakan masakan yang
akan dihidangkan sempena upacara keagamaan.

https://huzaifahketeh5.weebly.com/ 12
makanan-tradisional-melayu.html

CHANG SHOU MIAN

 Teksturnya yang sedikit kenyal dan sedikit lembut adalah
disebabkan penggunaan air soda yang digunakan dalam
membuat doh. Ia kemudiannya digoreng serta dikeringkan.

 Ia mengambil masa selama dua minit untuk direbus dalam
air rebusan. Makanan ini melambangkan umur panjang
seseorang. Mee ini tidak digalakkan untuk dipatahkan
semasa makan kerana ia menandakan umur yang panjang.

 Mee chang shou mian ini biasanya disajikan semasa
sambutan hari lahir atau tahun baru. Ia biasanya dihidangan
bersama sayur – sayuran seperti sawi, cendawan dan juga
cili.

https://www.yatizul.com/20 13
21/05/sejarah-ringkas-
makanan-cina-di.html

DUMPLING /
JIAOZI

 Dumpling atau juga dikenali sebagai Jiaozi, di mana kulitnya
diperbuat daripada tepung gandum. Biasanya ia berintikan isi
yang pelbagai jenis seperti udang segar, daging dan juga
sayur-sayuran seperti cili, halia, cendawan serta
herba.Dumpling merupaka masakan tradisional cina yang
berkhasiat.

 Ini kerana ia dimasak secara rebus pada suhu yang perlahan
berbanding memasak lauk-lauk yang lain. Selain direbus, ia
jug boleh dimasak dengan cara lain seperti digoreng dan
dikukus.

 Makanan tradisional cina ini juga membawa maksud ‘duit
datang’ kerana bentuknya seakan sejenis wang buatan emas
atau perak pada zaman dahulu atau lebih disebut Yuanbao

 Pada zaman dahulu, dumpling menjadi seperti ubat di mana
mereka yang dijangkiti pelbagai penyakit akan diberi dumpling.
Ia sangat berkesan menyembuhkan kerana intinya
mengandungi herba-herba yang berkhasiat.

https://solidaritas.my/pemupukan

-perpaduan-keluarga-malaysia-

melalui-kepelbagaian-makanan-

tradision 14

KESIMPULAN
KAUM CINA

Kesimpulan yang dapat saya jelaskan disini adalah
makanan Cina turut menjadi tarikan kaum Melayu dan
India. Hal ini dikatakan demikian kerana, Restoran Mohd
Chan sentiasa menjadi tempat tumpuan pelanggan yang
berbilang bangsa semata-mata untuk menikmati
masakan asli kaum Cina. Antara makanan kaum Cina
yang menjadi kegemaran masyarakat Malaysia ialah
dumpling, dimsum, yong tau foo dan kue tiau. Makanan
ini dilihat menepati serta mengikuti cita rasa rakyat
Malaysia. Yee sang yang merupakan makanan
kebudayaan kaum Cina juga dilihat sebagai hidangan
yang menjadi simbol perpaduan masyarakat majmuk di
negara ini. Hal ini demikian kerana makanan tradisi ini
menjadi hidangan yang dinikmati bersama masyarakat
pelbagai kaum seperti masyarakat melayu dan india
semasa perayaan Tahun Baru Cina. Ramuan yang
digunakan dalam Yee Sang adalah daripada makanan
biasa sahaja namun makanan ini kelihatan menarik
ketika digaulkan kesemuanya dan menjadi lebih enak
jika dinikmati bersama dengan masyarakat yang
berbilang bangsa ini.

15

3. KAUM INDIA

 Masakan India yang dibawa oleh etnik India di
Malaysia ini telah sebati dengan jiwa dan raga
rakyat Malaysia. Biarpun makanan kaum India
diperbuat dari rempah ratus yang berbeza, namun
ia memiliki keenakan yang tersendiri.

 Di Malaysia, masyarakat India juga mempunyai
makanan tradisional tersendiri. Contohnya seperti
tosai,roti canai, muruku, kari dan lain-lain.

 Daun kari, minyak sapi, serbuk kari, pelbagai

rempah, herba serta sayuran antara bahan yang

sering digunakan dalam masakan India terutama

bagi pengamal vegetarian. Kepercayaan agama

serta budaya India telah memberi pengaruh dalam

sesuatu masakan 16

https://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Indians

TOSAI

 Tosai juga dikenali sebagai dosay, dhosha atau chakuli.

Tosai merupakan makanan yang dihidangkan ketika

musim perayaan kaum india.
 Tosai terdiri daripada pelbagai jenis seperti: tosai telur,

tosai cili, tosai bawang dan sebagainya
 Makanan tradisional ini sering dinikmati oleh rakyat

Malaysia terutamanya kaum India
 Tosai dimakan dengan lauk sampingan yang menarik.

Contohnhya, sambal, acar india, kari ayam atau daging

kambing dan lain–lain lagi.
 Di dalam tosai diisi dengan kentang dan bawang yang

telah di goreng sehingga rangup.
 Tosai ini boleh didapati di kedai makan seperti kedai

mamak / restoran india.
 Makanan yang lazat ini dimakan sebagai sarapan pagi

atau makan malam kerana kaya dengan karbohidrat

dan protein.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tosai 17

PUTU MAYAM

 Putu mayam meerupakan makanan tradisional india
yang dapat banyak sambutan dan kini turut dinikmati
oleh rakyat Malaysia termasuk luar negara seperti
Singapore.

 Asal hidangan ini kemungkinannya dari Tamil nadu,
selatan India, di mana mi tepung beras yang sama
dihidangkan bersama gula dan kelapa, dan
kadangkala dengan pisang juga, sebagai iddiyappam.

 Putu mayam dihidangkan bersama kelapa parut dan
gula melaka yang dapat menghasilkan rasa lemak-
lemak manis pada makanan tersebut.

 Proses pembuatan putu mayam terdiri daripada
menggaul tepung beras / tepung iddiyapam dengan
air/santan dan menekan doh melalui acuan bagi
menghasilkan utusan seperti mi.

 Kemudian ia dikukus dengan tambahan air pandan
wangi sebagai perisa dan menghasilkan aroma yang
menyelerakan.

 Kita dapat menikmati putu mayam ini kerana mudah
didapati di Malaysia. Kebiasaannya putu mayam dijual
di pasar, gerai atau dijual di gerai kecil tepi jalan.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Putu_mayam 18

ROTI CANAI

 Roti canai merupakan sejenis roti nipis yang diperbuat
daripada tepung. Kini, pembuat roti canai telah
menginovasikan ramuan roti tersebut sehingga terdapat
pelbagai jenis roti canai. Antaranya ialah roti canai, roti telor,
roti tisu, roti sardin, roti bawang, roti pisang, roti boom dan lain-
lain.

 Roti canai kebiasaannya dihidang bersama dengan sambal
cili, kuah dall, dan kari ayam.

 Roti canai kini merupakan makanan yang sentiasa dinikmati
oleh rakyat Malaysia tidak kira bangsa ketika sarapan pagi.
Kepentingan roti canai di hati rakyat Malaysia sudah setaraf
dengan nasi lemak.

 Roti canai ditebar oleh penebar yang mempunyai “skill” yang
hebat. Terdapat kedai makan yang menunjukkan “skill”
menebar roti canai terbang. Hal ini menarik perhatian
pelanggan untuk melihat dan menikmati roti canai terbang
tersebut.

http://she1012012.blogspot.com/2012/05/makanan- 19
masyarakat-india-roti-canai-dan.html

TIKKA MASALA

 Tikka masala atau juga
dikenali dengan kari ayam
adalah hidangan India yang
sangat terkenal. Ia
merupakan potongan ayam
yang diperap bersama
rempah dan juga yogurt.

 Ayam ini akan dibakar
dalam ketuhar dan
dihidangkan bersama sos
masala. Antara bahan lain
yang digunakan untuk
menghasilkan sos masala
ini adalah yogurt, krim serta
tomato yang menjadikan
warnanya lebih perang

https://malay.wiki/content/Ayam%20 20
tikka%20masala/Asal-usul.html

Kaum india tidak
Digalakkan makan

Daging lembu??

 Kaum India tidak memakan daging lembu disebabkan
budaya dan juga kepercayaan tradisional masyarakat
India. Bagi kaum India, lembu adalah satu anugerah
daripada Tuhan kepada manusia dan anugerah tersebut
perlulah dihargai dengan sebaiknya.

 Selain itu, lembu juga berperanan penting dalam
kehidupan masyarakat India kerana ia banyak membantu
petani dan pesawah ketika membajak tanah selain
digunakan untuk mengangkut barangan. Lembu juga
membekalkan masyarakat dengan susu untuk diminum
dan diolah menjadi yogurt atau minyak sapi.

 Ahli keluarga masyarakat India biasanya dididik untuk

menyayangi haiwan ini dan dianggap sebagai sebahagian

daripada ahli keluarga mereka. Oleh sebab itu, lembu tidak

dimakan sebagai menghormati peranannya dan sebagai

menghargai anugerah Tuhan kepada mereka. 21
https://udakwah.com/pantang-larang-kaum-india/

KESIMPULAN
KAUM INDIA

Makanan-makanan kaum india ini merupakan makanan yang
disukai oleh kaum-kaum lain seperti kaum melayu, cina dan
india . Bahkan kaum-kaum lain juga ada yang pernah
mencuba untuk memasak dan memakan makanan india.
Semestinya cara memasak kaum india berbeza dengan
kaum-kaum lain tetapi ia tidak susah. Tosai, putu mayam, roti
canai dan tikka masala mempunyai rasa yang unik dan tarikan
bagi kaum-kaum selain India di negara kita. Warung ‘mamak’
yang terdapat di Malaysia banyak menghidangkan makanan
dari India. Hal yang demikian, tidak kira dari segi peringkat
umur, agama dan bangsa, warung mamak menjadi tarikan
masyarakat di Malaysia. Hal ini sudah menjadi makanan
hidangan lauk harian bagi kaum lain. Kita sudah sedia
maklum bahawa, makanan tradisional dari kaum India dapat
dikekalkan di negara ini.

22

4. KAUM IBAN

https://saji.my/makanan-tradisional-iban
 Malaysia sememangnya terkenal dengan masyarakat

berbilanmendiami bumi Malaysia.
 Jika anda berada di negeri Sarawak, anda akan dapat melihat

pelbagai kaum lain yang ada di Sarawak. Ia terdiri daripada
kaum Melanau, Iban, Bidayuh dan banyak lagi.
 Bagi masyarakat Iban di Sarawak, kebanyakan dari mereka
sudah tidak tinggal lagi di kawasan luar bandar dan tidak lagi
mendiami rumah panjai (rumah panjang). Namun, mereka
masih tetap mengekalkan adat serta budaya masyarakat Iban
bagi mengekalkan keharmonian sesame mereka.
 Bagi mengelakkan warisan serta tradisi masyarakat Iban terus
ditelan zaman, maka pelbagai hidangan kaum. Bukan sahaja
terdapat kaum Melayu, Cina dan India, namun terdapat juga
kaum – kaum lain yang generasi akan datang dapat
meneruskan legasi kaum Iban.

23

KEMIDIN / MIDIN

 Kemidin merupakan panggilan sayur midin oleh
masyarakat Iban dan merupakan makanan
tradisional masyarakat Iban .

 Kemidin biasanya dimasak Bersama belacan
yang dikenali sebagai “ midin belacan “

 Rupa sayur ini seakan pucuk paku tetapi sedikit
perbezaan

 Kaum Melayu sering memasaknya namun
mereka menggunakan sayur pucuk paku dan
dimasak bersama belacan atau ikan bilis .

 Ia terkenal di Kawasan kampung kerana mudah
untuk mencari sayur tersebut .

https://www.caridestinasi.

com/makanan-tradisional-

iban-yang-sedap-di-

sarawak/ 24

IKAN PEKASAM

 Makanan ini menjadi menu
pelengkap hidangan bagi
kaum Iban

 Ikan yang akan dijadikan
sebagai pekasam perlu
diperam selama sebulan ,
semakin lama diperam
semakin sedap isi ikan
pekasam

 Antara ikan yang sering
dijadikan pekasam adalah
ikan baung, ikan semah, sepat
dan pelbagai ikan sungai .

 Ikan pekasam juga dikenali di
negeri utara dan pantai timur
semenanjung seperti di perak.

https://www.caridestina 25
si.com/makanan-
tradisional-iban-yang-
sedap-di-sarawak/

KUIH SARANG
SEMUT

 Kuih sarang semut bagi masyarakat
Iban begitu berbeza dengan
semenanjung

 Masyarakat Iban memanggilnya kuih
sarang semut atau kuih jala

 Ia sebenarnya merupakan kuih karas
jika di bahagian utara , Semenanjung

 Kuih ini diperbuat daripada tepung
beras, bentuknya seperti jaringan halus
tetapi rangup dan manis

 Kuih ini adalah kuih tradisional pada
hari Gawai

 Kuih karas juga terkenal di Kedah dan
biasanya ditemui di daerah Alor Setar.

https://www.caridestinasi.com/makanan- 26
tradisional-iban-yang-sedap-di-sarawak/

KUIH CAKAR AYAM

 Cakar ayam merupakan antara kuih muih yang
wajib ada semasa perayaan hari Gawai

 Cakar ayam merupakan kuih tradisional yang
tak dilupakan oleh kaum Iban

 Kuih ini diperbuat daripada ubi keledek yang
disira dengan gula melaka . Rasanya rangup
dan lemak manis

 Kuih ini bukan sahaja diminati oleh kaum Iban
,malah kaum lain juga menggemari kuih cakar
ayam.

https://www.caridestinasi.
com/makanan-tradisional-
iban-yang-sedap-di-
sarawak/

27

MANUK PANSUH

• Hidangan manuk pansuh sememangnya begitu
terkenal di negeri Sarawak.

• Namun, hidangan ini sebenarnya merupakan salah
satu makanan tradisi orang Iban.

• Manuk dalam Bahasa Serawak adalah ayam
• Ayam tua selalunya akan dijadikan sebagai pansuh
• Manuk pansuh dimasak di dalam buluh bersama

bahan yang istimewa
• Hidangan ini juga sering menjadi lauk serta “tabas”

semasa meraikan sesuatu perayaan.

https://www.caridestinasi.co
m/makanan-tradisional-iban-
yang-sedap-di-sarawak/

28

BUAH ENGKALA

• Salah satu makanan tradisional kegemaran di Sarawak adalah
buah Engkala. Engkala ini dianggap sebagai buah eksotik di
Sarawak. Secara tradisionalnya, ia dimakan sebagai “makanan
ringan” atau boleh dimakan dengan nasi.Ada yang
menganggapnya sebagai salah satu makanan vegetarian
mereka dalam diet kerana dikatakan sangat berkhasiat.

• Engkala juga dikenali sebagai “buah mentega” oleh
sesetengah orang.Ia datang dari pokok yang dipercayai
dijumpai beberapa dekad atau mungkin berabad lalu. Pada
mulanya, ia ditemui tumbuh di hutan liar sebelum ditanam di
kampung-kampung Iban di seluruh Negeri Sarawak.

• Sejak itu ia telah menjadi salah satu makanan tradisional
sehingga kini di kebanyakan masyarakat Iban di sini.

https://sarawakkita.com.m
y/buah-engkala-adalah-
buah-tradisional-yang-
dimakan-bersama-nasi/

29

KESIMPULAN
KAUM IBAN

Makanan-makanan kaum iban ini merupakan
makanan yang disukai oleh kaum-kaum lain
seperti kaum melayu, cina dan india . Bahkan
kaum-kaum lain juga mencuba untuk memasak
masakan iban . Semestinya cara memasak kaum
iban berbeza dengan kaum-kaum lain namun
rasa setiap makanan masih sama . Kaum iban
menggunakan bahan-bahan daripada tangkapan
hasil hutan sendiri kerana mereka masih
mengamalkan budaya tradisi nenek moyang
dahulu. Makanan ini sudah menjadi makanan
hidangan lauk sehari-harian bagi kaum lain .
Sudah terang lagi bersuluh makanan tradisional
kaum iban ini tidak luput dek zaman .

30

KESIMPULAN
KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, makanan tradisi sesuatu kaum dilihat
mampu mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat
majmuk di Malaysia ini. Rakyat Malaysia dapat mengenali dengan
lebih mendalam makanan tradisi yang terkenal antara pelbagai
jenis kaum di Malaysia. Selain itu, masyarakat dapat mengetahui
tentang keistimewaan yang ada pada setiap jenis makanan
tersebut yang mempunyai keunikan yang tersendiri yang mampu
menarik kaum lain untuk cuba merasa. Di samping itu,
kepelbagaian makanan tradisi ini dilihat turut menyumbang
kepada tahap pemahaman dan perpaduan masyarakat berbilang
bangsa di Malaysia. Akhir sekali, kepelbagaian makanan tradisi
membuktikan bahawa tahap perpaduan mengikut kaum dapat
memainkan peranan dan semangat perpaduan dalam kalangan
kaum. Oleh itu pendedahan mengenai makanan-makanan dari
pelbagai jenis kaum di Malaysia perlu dititik berat supaya
pengetahuan tentang makanan tradisi pelbagai kaum sentiasa
diingati oleh masyarakat di Malaysia dalam mencapai
keharmonian di negara ini.

31

SUMBER RUJUKAN

KAUM MELAYU
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi_lemak
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Ketupat
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Ketupat_palas
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Lemang
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Rendang

KAUM CINA

• https://saji.my/makanan-tradisional-cina/
• https://www.yatizul.com/2021/05/sejarah-ringkas-

makanan-cina-di.html
• https://solidaritas.my/pemupukan-perpaduan-

keluarga-malaysia-melalui-kepelbagaian-makanan-
tradision
• https://youtu.be/au6bITAgtLw

KAUM INDIA

• https://www.xtra.com.my/featured/8-jenis-
makanan-kaum-india-sempena-perayaan-deepavali/

• https://saji.my/makanan-tradisional-india/
• http://femyjunnedyas.blogspot.com/p/kaum-

india.html
• https://udakwah.com/pantang-larang-kaum-india/

KAUM IBAN 32

• https://mengenalimakanantradisionaliban.blogst.co
m/

• https://saji.my/makanan-tradisional-iban
• https://sarawakkita.com.my/buah-engkala-adalah-

buah-tradisional-yang-dimakan-bersama-nasi/

Maka, tamatlah sudah e-Majalah kami yang bertajuk
‘Makanan Dalam Perpaduan’. Banyak liku-liku cabaran yang
kami sekumpulan hadapi ketika menyediakan majalah ini.
Menyunting majalah, mencari isi dan mendalami tajuk telah
kami usahakan bersama sehingga halaman yang terakhir.

Banyak kebaikan dan keburukan yang telah kami pelajari
dan baiki. Penasihat kami juga merupakan salah satu punca
bahawa kami yakin dan percaya akan e-Majalah ini. Terima
kasih, Tuan.

Akhir kalam, terima kasih tidak terhingga kepada ahli
kumpulan yang menjayakan e-Majalah ini dan juga kepada
yang sudi membaca e-majalah kami. Kami berharap, majalah
ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita semua.

Burung kedidi dipohon nangka,
Anak bayan hinggap di dahan,
Orang berbudi kita berbahasa,
Mesra ikatan erat perpaduan.

Belajar perahu ke Kuala Paloh,
Membawa serai bersama sayur,
Kalau bersatu kita akan teguh,
Andai bercerai bangsa akan hancur.


Click to View FlipBook Version