INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)
PDP AMBILAN OKT 2022
SIRI 7/2022
(PI1, PI2, PAKK1 & PAKK2)
TARIKH:
17 DISEMBER 2022 – 20 DISEMBER 2022
HARI:
SABTU – SELASA
TEMPAT:
IPGKPM DAN KEM PERMATA RESORT, ALOR GAJAH
MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU
Model konseptual Pendidikan Guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi
utama iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan
dalam program yang dirancang seperti berikut:
Ketuhanan: Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai
insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama.
Kemasyarakatan: Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai
agen perubahan.
Kendiri: Menjurus kepada pembinaan daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya
ilmu, pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia.
PENGENALAN
Kursus Bina Insan Guru (BIG) adalah satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan
kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Guru. Program ini
melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG. Program ini
direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang tempoh
pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri
sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru
yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa
bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.
VISI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Institut Pendidikan Guru Peneraju Kecermelangan Pendidikan Guru.
MISI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Institut Pendidikan Guru melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui
program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik bersedia menjunjung
aspirasi negara, serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan
individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin.
MATLAMAT PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)
Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai
kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi
serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha
berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa
profesion keguruan adalah mulia dan guru merupakan pembina generasi negara. Program
BIG akan diadakan selama 4 hari 3 malam yang akan bermula di Institut Pendidikan Guru
Kampus Perempuan Melayu pada 17/12/2022 (Sabtu). Seterusnya, aktiviti perkhemahan
akan dilaksanakan di Kem Permata, Alor Gajah pada 18/12/2022 (Ahad) sehingga
20/12/2022 (Selasa). Aktiviti perkhemahan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada
pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul mencakupi enam domain utama
kandungan kurikulum BIG. Fokus aktiviti perkhemahan ini adalah untuk memberi peluang
kepada pelajar.
OBJEKTIF KURSUS BINA INSAN GURU (BIG)
• Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif terhadap keadaan dan
keperluan persekitaran yang berbeza.
• Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan
atau aktiviti.
• Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.
• Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina
pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.
• Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi,
kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.
• Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.
• Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spritual) dan
sosial.
• Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas secara berkumpulan.
• Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal berdasarkan pengalaman, kekuatan
dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.
IKRAR RUKUN NEGARA
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang
lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta
satu masyarakat yang adil sehingga kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil
dan saksama; menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dengan pelbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden.
Maka kami rakyat Malaysia berikrar kan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
• Kepercayaan kepada Tuhan
• Kesetiaan kepada Raja dan Negara
• Keluhuran perlembagaan,
• Kedaulatan undang-undang,
• Kesopanan dan kesusilaan.
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS MPU2052D (BINA INSAN GURU)
1. Menjelaskan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan sebelum, semasa dan
selepas melaksanakan aktiviti dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard. (C2, HP1)
2. Mempamerkan nilai kepemimpinan dan komunikasi semasa aktiviti perkhemahan yang
dijalankan. (A4, HP4, HP5, KMI3, KMK3)
3. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental dan emosi melalui semua
aktiviti yang disertai. (P4, A5, HP3, HP8, KAT10)
PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM PERKHEMAHAN BIG
Peraturan dan arahan tetap perkhemahan program Bina Insan Guru perlu dilaksanakan dan
dikuatkuasakan supaya program dan aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan
lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif. Peraturan dan arahan tetap adalah
seperti berikut:
• Peserta mesti mematuhi semua arahan, jadual aktiviti dan melibatkan diri secara
menyeluruh dalam setiap aktiviti BIG.
• Peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan hormat
menghormati antara satu sama lain.
• Peserta hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah laku
yang terpuji sepanjang perkhemahan.
• Peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap
program/aktiviti yang dilaksanakan.
• Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan
tuntutan agama).
• Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti
perkhemahan.
• Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.
PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM
PERKHEMAHAN BIG
• Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam 12.00 tengah
malam.
• Peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan membunuh fauna atau
merosakkan habitatnya.
• Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti
perkhemahan.
• Peserta dilarang keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi
atau dengan kebenaran.
• Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian.
• Peserta dilarang membakar dalam kawasan perkhemahan tanpa kebenaran.
• Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan
pengawasan jurulatih/fasilitator.
• Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.
• Peserta mesti mematuhi arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan sesuatu aktiviti
yang dilaksanakan.
• Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh
Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
PERATURAN, ARAHAN TETAP & ETIKA
Program ini adalah bersifat latihan sepenuh masa di lapangan. Peraturan, arahan tetap dan
etika peserta bertujuan untuk memastikan kelicinan dan keberkesanan program. Peserta
yang didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana bahagian dalam peraturan dan
arahan tetap di atas dan setelah diberikan khidmat nasihat tetapi masih melanggar atau
tidak mematuhi mana-mana bahagian peraturan dan arahan tetap berkenaan, boleh
dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh pihak Urus Setia Program. 1. AM 1.1 Urusetia
dan pegawai Pro BIG terdiri daripada pensyarah pensyarah, kakitangan dan jemputan khas
Jawatankuasa Pengelola Program.
1. AM
a. Urusetia dan pegawai Pro BIG terdiri daripada pensyarah pensyarah, kakitangan
dan jemputan khas Jawatankuasa Pengelola Program.
b. Perkhidmatan perubatan dan pertolongan cemas disediakan. Sila laporkan
segera kepada pihak Urusetia atau jurulatih atau pegawai bertugas jika berlaku
apa-apa kemalangan dan kecemasan yang ditafsirkan boleh membahayakan diri
dan persekitaran terlibat.
c. Sebarang pesanan maklumat atau pembelian peralatan dan keperluan peribadi
yang ditafsirkan penting hendaklah dibuat menerusi atau mendapat keizinan
Urusetia / Pegawai Pro BIG.
d. Semua peserta hanya dibenarkan membawa peralatan dan keperluan peribadi
yang mencukupi dan bersesuaian dengan program disamping bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap keselamatan peralatan dan keperluan peribadi untuk
masingmasing dan juga manamana peralatan dan kelengkapan yang
diamanahkan Penyelaras dan pegawai Pro BIG sepanjang program.
e. Semua peserta program adalah tertakluk kepada PERATURAN, ARAHAN
TETAP DAN ETIKA PRO BIG. Peraturan dan arahanarahan lain yang
diputuskan akan dimaklumkan kepada peserta dari semasa ke semasa oleh
Penyelaras atau Pegawai Pro BIG.
2. BAHASA PANGGILAN
a. Untuk Urusetia dan Pegawai Program : Encik / Tuan / Puan
b. Untuk peserta : Saudara / Saudari
3. KESELAMATAN
a. Keselamatan di lokasi aktiviti (Camp Site) adalah terkawal dan ia di bawah
tanggungjawab penyelaras dan pegawai Pro BIG.
b. Sekiranya berlaku kecemasan, pegawai akan membunyikan wisel kecemasan
tanpa henti untuk jangka waktu yang panjang yang diikuti oleh arahan
selanjutnya.
c. Menghisap rokok, minum minuman keras, penyalahgunaan najis dadah dan
sebarang bentuk perjudian, aktiviti-aktiviti dan apa-apa bahan anti sosial tidak
dibenarkan sama sekali semasa aktiviti Pro BIG dan kawasan aktiviti (Camp Site).
d. Jenis senjata yang ditafsirkan membahayakan keselamatan diri dan persekitaran
tidak dibenarkan disimpan oleh peserta kursus dan hendaklah diserahkan
kepada penyelaras atau pegawai PRO BIG yang bertugas.
e. Penyelaras dan pegawai PRO BIG akan sentiasa memantau kawasan latihan
(camp site) dan perkhemahan peserta.
4.0 KETEPATAN MASA
a. Semua peserta hendaklah bersiap sedia 10 minit lebih awal dari masa yang
ditetapkan di dalam semua aktiviti program.
5.0 PAKAIAN
a. Peserta dikehendaki membawa kelengkapan- kelengkapan asas seperti berikut:
• Baju T IPG (lengan panjang)
• Sebarang baju T lengan panjang yang tidak mempunyai rekaan yang
menggambarkan anti- sosial.
• Seluar track
• Kasut sukan
• Sarung kaki / Stokin
• Pakaian solat / Telekung
• Keperluan peribadi yang lain
• Semua peserta hendaklah sentiasa menutup aurat sebagaimana yang
diarahkan pada setiap masa sepanjang program dijalankan.
6. KEBERSIHAN
a. Kawasan pusat latihan termasuk tempat perkhemahan, makan, bilik mandi,
tandas dan kawasan rehat peserta hendaklah sentiasa bersih, kemas dan
selamat digunakan pada bila-bila masa.
7. PERGERAKAN PESERTA DAN AKTIVITI
a. Pergerakan dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain hendaklah sentiasa dalam
kumpulan dan teratur sebagaimana yang diarahkan.
b. Ketua kumpulan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap disiplin, pergerakan
dan aktiviti yang dijadualkan.
ETIKA PESERTA
ETIKA TERHADAP DIRI SENDIRI
• Mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kecerdasan diri.
• Memelihara kebersihan, kekemasan dan keceriaan diri.
• Mengawal hawa nafsu dari melakukan kemungkaran dan kegiatan anti sosial.
Berupaya membuat keputusan yang rasional dan kestabilan mental terhadap
tekanan.
• Mempunyai peri laku yang mencerminkan akhlak dan budi pekerti yang luhur serta
saling hormat menghormati.
• Berkomunikasi yang berkesan dan kesantunan berbahasa dengan semua pegawai
dan peserta.
• Mengamalkan budaya memberi salam dan bertegur sapa.
• Menghindarkan diri dari apa-apa tindakan yang boleh mencemarkan nama baik dan
imej IPG.
• Bertekad dan berusaha meningkatkan kualiti dan prestasi diri sepanjang program.
ETIKA TERHADAP RAKAN PESERTA
• Bekerjasama dan bermuafakat sesama rakan peserta.
• Menjaga kesejahteraan, perpaduan dan keselamatan rakan peserta.
• Memberi nasihat dan menolong rakan peserta dalam mengatasi masalah yang
dihadapi.
• Mengelakkan diri daripada mencemarkan dan menjatuhkan nama baik dan maruah
rakan peserta.
• Menjadi ahli yang aktif dalam semua aktiviti dan sebagaimana yang diarahkan.
• Bersedia memaafkan kesalahan orang lain dan menyedari kelemahan diri.
Berdoa untuk kesejahteraan dan kebahagiaan rakan peserta.
ETIKA TERHADAP ILMU DAN PENGALAMAN
• Membina sikap cintakan ilmu dan pengalaman.
• Mengembangkan potensi berfikir secara kreatif dan kritis dan dapat menyampaikan
idea yang jelas.
• Menghubungkaitkan teori dan amalan serta dapat merealisasikannya sebagai aktiviti
harian.
• Melaksanakan tugasan dengan jujur dan mengutamakan kualiti dan kesempurnaan
• Berusaha mencapai keputusan yang baik dan tepat, bersikap akur kepada
keputusan, berlapang dada terhadap perbezaan pandangan dan pendekatan.
• Menyertai semua aktiviti program untuk kemanfaatan diri, kumpulan dan persekitaran
sesuai dengan potensi diri.
• Berdoa semoga mendapat keredhaan Tuhan dan keberkatan ilmu dan pengalaman
yang diperoleh.
ETIKA TERHADAP URUS SETIA DAN PEGAWAI PROGRAM
• Menghormati, memberi salam dan ucapan penghargaan kepada semua urus setia
dan pegawai proram.
• Mewujudkan hubungan yang harmoni dengan semua urus setia dan pegawai
program.
Memberikan tumpuan yang bijaksana dan menghargai tunjuk ajar pegawai program.
• Membahaskan secara sopan ilmu yang diragui atau yang bertentangan dengan
kefahaman dan realiti semasa.
• Sentiasa meminta keredaan ilmu yang dipelajari daripada pegawai bertugas.
• Mendoakan kesejahteraan semua pegawai dan urus setia.
ETIKA TERHADAP PUSAT LATIHAN DAN PROGRAM
• Mematuhi peraturan, arahan tetap dan etika peserta.
• Menjaga keharmonian pusat latihan dan program.
• Peka terhadap kebersihan semua ruang dan bahagian pusat latihan, kemudahan
dan kawasan latihan.
• Menjaga keselamatan harta benda awam dan kepentingan bersama.
• Menanam sikap berjimat cermat ketika menggunakan air, elektrik dan segala
kemudahan latihan.
• Mempunyai perasaan sayang terhadap pusat latihan.
• Menjaga nama baik dan imej pusat latihan.
• Sedia berkhidmat dan memberikan bantuan sebagaimana yang diarahkan dan
diperlukan dengan penuh jujur dan ikhlas.
• Bertekad dan berusaha untuk mencapai objektif program dan menghayati semangat,
ilmu, kefahaman dan pengalaman yang diperolehi sepanjang program secara
berterusan selepas Program Bina Insan Guru tamat.
AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI
PENASIHAT DR. HJH KARTINI BINTI ABDUL MUTALIB
PENASIHAT II DATIN DR. HAJAH NORSHIDAH BINTI HAJI ABU HUSIN
KETUA UNIT EN. MOHAMAD ROSLI BIN BADRON
KOKURIKULUM
KETUA JABATAN HAL PN. ZAIMAWATI BINTI ABD. KADIR
EHWAL PELAJAR
PENYELARAS EN. HISHAMUDDIN BIN BASIRON
SENARAI JURULATIH/FASILITATOR
Bil Nama Jabatan Tugas
1 En. Mohamad Rosli bin Badron UKOKO
2 Pn. Zaimawati binti Abd. Kadir JHEP Kem Komandan / Aktiviti Tali
3 En. Hishamuddin bin Basiron UKOKU
UKOKU Ketua Jurulatih / Aktiviti Kembara
4 En. Shahrin bin Abidin UKOKU
Penyelaras BIG / Aktiviti Air / Fasiitator
5 Dr. Mohammad Syakerul Haniz bin UKOKU Kump 1
Mohd Sabri UKOKU
Aktiviti Amalan Pemakanan Sihat / JK
6 En. Mohd Saofie bin Bachok JKA Peralatan / Fasilitator Kump 2
JAPIM
7 Cik Kristil Tan Ai Teng Aktiviti Etiket Sosial dan Protokol /
Aktiviti Malaysia Cergas dan Patriotik /
8 En. Ahmad Suhaizan bin Pandak Fasilitator Kump 3
9 En Mohd Fu’ad bin Mohamad Aktiviti Air / Aktiviti Kembara /
Seleh Fasilitator Kump 4
10 Pn, Izzah binti Abu Bakar JK Keselamatan dan Kebajikan /
Aktiviti Kerohanian Moral / Fasilitator
11 En. Firdaus bin Zaini Kump 5
Aktiviti Kewarganegaraan dan
Perpaduan / Aktiviti Refleksi
Jurulatih Tazkirah / Aktiviti Kembara
JKA Aktiviti Amalan Pemakanan Sihat /
UKP Aktiviti Kembara / Fasilitator Kump 6
Urusetia / Aktiviti Tali
JAWATAN AHLI JAWATANKUASA PELAJAR
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI NAMA
SETIAUSAHA NURUL SYAZWANIE BINTI NAZAM (PI 1)
BENDAHARI NOR HAYATI BINTI ABD AZIZ (PAKK 2)
UMAIRAH ZUNAH BINTI MOHD ZAINUDDIN (PI 2)
SITI KHALIJAH BINTI ITHNIN (PAKK 1)
JK ETIKET SOSIAL 1. NORHAYATIN BINTI SAIMUN (PAKK 1) [KETUA]
(PERASMIAN 2. NUR AISHAH BINTI KHAIRUL BASHAR (PI 2)
PENUTUPAN) 3. PATRICK TAN KIAN SHING (PAKK 2)
4. C T HAJAR SYAHINDAH BINTI KASRI (PI 1)
JK AMALAN 1. LATIFAH SAKINAH BINTI ISMAIL (PI 2) [KETUA] K2
PEMAKANAN 2. SITI AISYAH BINTI ZULKIFLI (PAKK 1) K6
3. NURUL IZA BINTI ABU BAKAR (PI 2) K5
4. NOORAINA NAJIDAH BINTI MAZLAN (PI 1) K1
5. MARINA BINTI ESA (PAKK 2) K3
6. NUR SUZILA BINTI MUSANIF (PI 2) K4
JK 1. NURUL DIYANA ATHIRAH BINTI HASBULLAH (PI 1) [KETUA]
KEWARGANEGARAAN 2. SOIHATUNNAJWA BINTI MARJUM (PI 2)
DAN PERPADUAN 3. JULIA AZLIZA BINTI MAT JUSOH (PAKK 1)
JK MALAYSIA CERGAS 1. RAFIDAH BINTI ISA (PAKK 2) [KETUA]
DAN PATRIOTIK 2. EL-DIYANA MARDIYATILLAH BINTI SARIF (PI 1)
JK TAZKIRAH/ 3. LIM SIEW LEE (PAKK 1)
1. SITI SARAH BINTI ABDUL RAZAK (PI 1) [KETUA]
KEROHANIAN/ MORAL 2.AHMAD SYAKIR BIN ZAKARIA (PI 2)
3. LOO YEN PENG (PAKK 1)
JK KEMBARA 1. SOFIA BINTI OTHMAN (PI 1) [KETUA]
2. NORKHAIRUNNISA ABD HALIM (PAKK 1)
3. SITI HAJAR BINTI AZRI (PI 2)
4. HASHILAWATI BINTI ABDUL RANI (PAKK 2)
JK AKTIVITI AIR 1. KHAIRUL SYAZWANI BINTI KHAIRUL NIDZAM (PAKK 2)
[KETUA]
JK AKTIVITI TALI 2.MUHAMAD FITRI HAKIM BIN ABDULLAH (PI 2)
JK REFLEKSI 3. NOR AZIRAH BINTI MISBAH (PI 1)
JK PERALATAN 4. SAUFIAH MOHAMMAD (PAKK 1)
1.MUHAMAD NASTAIN BIN MISNAN (PI 2) [KETUA]
JK KESELAMATAN 2. NOORAZUIN JAKRY (PAKK 1)
DAN KEBAJIKAN 3. MOHAMMAD HELMI NOR RASYID BIN ABD HALIM (PI 1)
JK PENGANGKUTAN 4. SYARIFAH NUR DAMIA BINTI SAID OMAR (PAKK 2)
1. SYAFIQAH BINTI MOHAMAD (PI 1) [KETUA]
2.NUR HUSNINA BINTI ASHAR (PI 2)
3. NURHASHIMAH BINTI HASHIM (PAKK 2)
1. SITI NOR AISHAH BINTI MOHSIN (PAKK 1) [KETUA]
2. SITI NUR SYAFIQAH BINTI SAIRAN (PI 2)
3. JULIA BATRISYIA BINTI MOHD JUFFRY (PAKK 2)
4. SALEHA BINTI SALLEH (PAKK 2)
5.NUR AZIZAH BINTI AGOS (PI 2)
6. NUR HANA BINTI SAHLAN (PAKK 2)
7. SITI NOORHAZNIEZA BINTI ISYA (PI 1)
1.MOHAMAD SHAH RIZAL BI RAHMAN (PI 2) [KETUA]
2. SAFFI NUR ZAHAYU BINTI SAZARUDIN (PI 1)
1. ANINNAIIM BINTI MOHAMAD (PAKK 2) [KETUA]
2. NUR A’ISYATULHUMAIRA BINTI MOHAMAD IKHSAN (PI 2)
KUMPULAN KUMPULAN AKTIVITI
KUMPULAN 1
NAMA
KUMPULAN 2 1. MUHAMAD FITRI HAKIM BIN ABDULLAH (PI 2) [KETUA]
2. SITI NOR AISYAH BINTI MOHSIN (PAKK 1)
KUMPULAN 3 3. NORHAYATIN BINTI SAIMUN (PAKK 1)
4. NUR AISHAH BINTI KHAIRUL BASHAR (PI 2)
5. NOORAINA NAJIDAH BINTI MAZLAN (PI 1)
6. SITI NOORHAZNIEZA BINTI ISYA (PI 1)
7. ANINNAIIM BINTI MOHAMAD (PAKK 2)
8. JULIA BATRISYIA BINTI MOHD JUFFRY(PAKK 2)
1. PATRICK TAN KIAN SHING (PAKK 2) [KETUA]
2. NORKHAIRUNNISA BINTI ABDUL HALIM(PAKK 1)
3. LATIFAH SAKINAH BINTI ISMAIL (PI 2)
4. NUR HUSNINA BINTI ASHAR (PI 2)
5. SITI NUR SYAFIQAH BINTI SAIRAN(PI 2)
6. EL-DIYANA MARDIYATILLAH BINTI SARIF (PI 1)
7. HASHILAWATI BINTI ABDUL RANI(PAKK 2)
8. KHAIRUL SYAZWANI BINRI KHAIRUL NIDZAM (PAKK 2)
1. AHMAD SYAKIR BIN ZAKARIA (PI 2) [KETUA]
2. LIM SIEW LEE (PAKK 1)
3. NOORAZUIN BINTI JAKRY (PAKK 1)
4. NUR AZIZAH BINTI AGOS (PI 2)
5. C T HAJAR SYAHINDAH BINTI KASRI (PI 1)
6. NURUL SYAZWANIE BINTI NAZAM (PI 1)
7. NOR AZIRAH BINTI MISBAH (PI 1)
8. MARINA BINTI ESA(PAKK 2)
KUMPULAN 4 1. MOHAMAD SHAH RIZAL BIN RAHMAN (PI 2) [KETUA]
KUMPULAN 5 2. SITI KHALIJAH BINTI ITHNIN (PAKK 1)
KUMPULAN 6 3. JULIA AZLIZA BINTI MAT JUSOH (PAKK 1)
4. SOIHATUNNAJWA BINTI MARJUM (PI 2)
5. NUR SUZILA BINTI MUSANIF (PI 2)
6. SYAFIQAH BINTI MOHAMAD (PI 1)
7. SOFIA BINTI OTHMAN (PI 1)
8. SYARIFAH NUR DAMIA BINTI SAID OMAR (PAKK 2)
9. RAFIDAH BINTI ISA (PAKK 2)
1. MOHAMMAD HELMI NOR RASYID BIN ABD HALIM (PI 1)
[KETUA]
2. SAUFIAH BINTI MOHAMMAD (PAKK 1)
3. LOO YEN PENG (PAKK 1)
4. NURUL IZA BINTI ABU BAKAR (PI 2)
5. SITI HAJAR BINTI AZRI (PI 2)
6. NURUL DIYANA ATHIRAH BINTI HASBULLAH (PI 1)
7. NOR HAYATI BINTI ABD AZIZ(PAKK 2)
8. NURHASHIMAH BINTI HASHIM (PAKK 2)
1. MUHAMAD NASTAIN BIN MISNAN (PI 2) [KETUA]
2. SITI AISYAH BINTI ZULKIFLI (PAKK 1)
3. NUR A’ISYATULHUMAIRA BINTI MOHAMAD IKHSAN (PI
2)
4. UMAIRAH ZUNAH BINTI MOHD ZAINUDDIN(PI 2)
5. SAFFI NUR ZAHAYU BINTI SAZARUDIN (PI 1)
6. SITI SARAH BINTI ABDUL RAZAK (PI 1)
7. NUR HANA BINTI SAHLAN(PAKK 2)
8. SALEHA BINTI SALLEH (PAKK 2)
KHEMAH KUMPULAN KHEMAH
KHEMAH 1
KHEMAH 2 AHLI
KHEMAH 3
MUHAMMAD FITRI HAKIM BIN ABDULLAH
KHEMAH 4 PATRICK TAN KIAN SHING
KHEMAH 5 AHMAD SYAKIR BIN ZAKARIA
KHEMAH 6
MOHAMAD SHAHRIZAL BIN RAHMAN
KHEMAH 7 MOHAMMAD HELMI NORRASYID BIN ABD HALIM
MUHAMAD NAZTAIN BIN MISNIN
KHEMAH 8
KHEMAH 9 NORHAYATIN BINTI SAIMUN (PAKK 1)
NUR AISHAH BINTI KHAIRUL BASHAR (PI 2)
KHEMAH 10 NOORAINA NAJIDAH BINTI MAZLAN (PI 1)
ANINNAIIM BINTI MOHAMAD (PAKK 2)
KHEMAH 11
SITI NOR AISYAH BINTI MOHSIN (PAKK 1)
SITI NOORHAZNIEZA BINTI ISYA (PI 1)
JULIA BATRISYIA BINTI MOHD JUFFRY(PAKK 2)
NORKHAIRUNNISA BINTI ABDUL HALIM(PAKK 1)
LATIFAH SAKINAH BINTI ISMAIL (PI 2)
NUR HUSNINA BINTI ASHAR (PI 2)
SITI NUR SYAFIQAH BINTI SAIRAN(PI 2)
EL-DIYANA MARDIYATILLAH BINTI SARIF (PI 1)
HASHILAWATI BINTI ABDUL RANI(PAKK 2)
KHAIRUL SYAZWANI BINRI KHAIRUL NIDZAM (PAKK 2)
NOORAZUIN BINTI JAKRY (PAKK 1)
NUR AZIZAH BINTI AGOS (PI 2)
C T HAJAR SYAHINDAH BINTI KASRI (PI 1)
MARINA BINTI ESA(PAKK 2)
LIM SIEW LEE (PAKK 1)
NURUL SYAZWANIE BINTI NAZAM (PI 1)
NOR AZIRAH BINTI MISBAH (PI 1)
JULIA AZLIZA BINTI MAT JUSOH (PAKK 1)
SOIHATUNNAJWA BINTI MARJUM (PI 2)
SOFIA BINTI OTHMAN (PI 1)
SYARIFAH NUR DAMIA BINTI SAID OMAR (PAKK 2)
SITI KHALIJAH BINTI ITHNIN (PAKK 1)
NUR SUZILA BINTI MUSANIF (PI 2)
SYAFIQAH BINTI MOHAMAD (PI 1)
NUR SUZILA BINTI MUSANIF (PI 2)
SAUFIAH BINTI MOHAMMAD (PAKK 1)
NURUL IZA BINTI ABU BAKAR (PI 2)
NURUL DIYANA ATHIRAH BINTI HASBULLAH (PI 1)
NOR HAYATI BINTI ABD AZIZ(PAKK 2)
KHEMAH 12 LOO YEN PENG (PAKK 1)
KHEMAH 13 SITI HAJAR BINTI AZRI (PI 2)
KHEMAH 14 NURHASHIMAH BINTI HASHIM (PAKK 2)
SITI AISYAH BINTI ZULKIFLI (PAKK 1)
NUR A’ISYATULHUMAIRA BINTI MOHAMAD IKHSAN (PI 2)
SITI SARAH BINTI ABDUL RAZAK (PI 1)
NUR HANA BINTI SAHLAN(PAKK 2)
UMAIRAH ZUNAH BINTI MOHD ZAINUDDIN(PI 2)
SAFFI NUR ZAHAYU BINTI SAZARUDIN (PI 1)
SALEHA BINTI SALLEH (PAKK 2)
JADUAL BIG
PENGAKUAN PESERTA
Saya mengaku telah membaca dan memahami dengan jelas segala peraturan dan Etika
Bina Insan Guru yang diadakan pada 17 Disember - 20 Disember 2022. Saya mengaku
telah diberi taklimat tentang prosedur melakukan sebarang aktiviti fizikal dan prosedur
keselamatan sepanjang menjalankan aktiviti fizikal. Saya berjanji tidak akan melakukan
sebarang aktiviti fizikal tanpa kebenaran dan tanpa pengawasan jurulatih bertauliah.
Sebarang masalah yang berlaku ke atas diri saya akibat tidak mematuhi peraturan dan Etika
Program Bina Insan Guru yang diadakan pada 17 Disember - 20 Disember 2022 serta
arahan jurulatih/fasilitator adalah tanggungjawab saya sendiri.
Nama Peserta :............................................................................................
Tandatangan peserta :....................................................
Tarikh :....................................
Nama saksi :................................................................................................
(Fasilitator Kumpulan)
Tandatangan saksi :......................................................
Tarikh :....................................
ATURCARA MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM BINA INSAN GURU
9.00 pagi - Kehadiran Jurulatih dan Peserta BIG
9.10 pagi Siri 7/2022
9.20 pagi - Kehadiran VVIP
9.25 pagi - Lagu: Negaraku
9.30 pagi
10.00 pagi Melaka Maju Jaya
IPGKPM
Guru Malaysia
- Bacaan Doa
- Ucapan Pengerusi BIG Siri 7/2022
- Ucapan Pengarah / Wakil Pengarah
- Bersurai
LAGU IPGM
Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa Negara tercinta
Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa
Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi
IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang berakhlak mulia
Mendokong visi misi IPG
PENGHARGAAN
Pengerusi dan jawatankuasa pelaksana Program Bina Insan Guru
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, dengan sukacitanya merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:
Pengarah IPGK PM
Timbalan Pengarah IPGK PM
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Ketua Unit Kokurikulum
Pelajar-Pelajar PDP Ambilan Okt 2022
Ketua-Ketua Jabatan Ketua-Ketua Unit
Para Pensyarah Staf Sokongan dan
Semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan Program Bina Insan Guru kali ini.