MASALAHPERGAULAN
BEBAS
ANTARA PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN DI POLITEKNIK MALAYSIA
PELBAGAI ELAK
KESAN BURUK PERGAULAN
BERLAKU KE BEBAS
ATAS DIRI
JAGA MARUAH
ADAB DAN DIRI DAN
BATAS KELUARGA
PERGAULAN
Sidang Editor
NOORWATI BINTI MOHD DAWAN
PENSYARAH
HJ. MOHD FARID BIN DAWAN
PENSYARAH
MUHAMMAD HAZIM BIN OTHMAN
17DIB21F1045 (KETUA EDITOR)
MUHAMMAD IQBAL BIN ROSMAN
17DIB21F1009 (PEN.KETUAEDITOR)
MOHAMMAD HAIKAL BIN NASIR
17DIB21F1061 (WRITER 1)
DANISH IRFAN BIN ISMAIL
17DIB21F1047 (WRITER 2)
Penghargaan
Alhamdulillah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan
rahmat serta nikmat masa,nyawa dan tenaga yang
dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
Saya ingin berterima kasih kepada pensyarah subjek
Pengajian Islam iaitu Puan Noorwati Binti Mohd Dawan dan
Ustaz Mohd Farid Bin Dawan yang banyak membantu kami
untuk menyiapkan tugasan ini melalui penjelasan yang cukup
jelas tentang cara membuat tugasan ini.
Terima kasih juga kepada ahli-ahli kumpulan saya yang telah
memberi kerjasama yang cukup efisien dan komitmen dalam
menyiapkan tugasan yang diberi ini.Mereka juga telah
mencurahkan idea-idea mereka dalam menyempurnakan
tugasan ini.
Akhir sekali,kami ingin berterima kasih kepada semua pihak
yang telah membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini
secara langsung atau tidak langsung.Kami amat menghargai
pertolongan ini kerana ianya amat membantu kami dalam
menyiapkan tugasan ini.Semoga hasil daripada tugasan ini
dapat memberi impak yang positif kepada kita semua dan
dapat dijadikan sebagai pengajaran hidup.
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
APA ITU PERGAULAN BEBAS? 1
2-5
FAKTOR BERLAKUNYA
PERGAULAN BEBAS 6-9
KESAN-KESAN PERGAULAN 10-13
BEBAS 14-18
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI 19
PERGAULAN BEBAS 20
21
ADAB DAN BATAS PERGAULAN
KESIMPULAN
LAMPIRAN
SUMBER RUJUKAN
APA ITU
PERGAULAN
BEBAS?
Kajian mengenai pergaulan bebas telah banyak dikaji di peringkat
pelajar politeknik.Pergaulan bebas adalah sinonim dengan pergaulan
remaja yang menyimpang dan biasanya membawa kepada
perbuatan seksual.Pergaulan bebas menurut agama ialah proses
pergaulan dengan orang lain tetapi melepasi ikatan pergaulan.
Pergaulan bebas termaktub dalam Surah An-Nur ayat 30-31 bahawa
“kita hendaklah menjaga pandangan kita terhadap
pergaulan”.Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan ikhtilat berasal
daripada kalimah “khalata yakhlutu khaltan”yang bermaksud
bercampur.Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam perbincangan ini ialah
bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang
sah kahwin) di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk
pandang-memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan
lain.
1
FAKTOR BERLAKUNYA
PERGAULAN BEBAS
January 2, 2025
Noah Schumacher
Recruitment Specialist
Schuester Digital Media Group
123 Anywhere St.
Any City, ST 12345
Dear Mr. Schumacher,
Rakan SebayaA cover letter allows you to professionally introduce yourself to a prospective
employer. Your goal in writing your cover letter should be to encourage the
employer to read your resume and consider you for a specific position.
RHeighmlighat yjaourcacehinevdemeenrtus, snkiglls, mencari kawan yangexperiences, and training that are relevant
to the position you want to get. However, avoid simply repeating the information
sama dengan dirinya.Persamaan iniyou included in your resume. Tailor your cover letter to each employer and job.
Since you are applying for specific roles, give specific examples and events that
merupakan perkara yang penting bagi remajademonstrate your ability to perform well if given the position.
kerana pada ketika ini remaja sedang
Yes, you should maintain a professional air throughout the copy, however, an
beexrceuedsinaglhy faormualntotnue mkaymturen onffdthaospe wahtokreaadnit. Ridemeemnbteirttoinalsyoashow
genuine enthusiasm for the job. You can think of it this way: it’s not a suit-and-
sentdieiervie.nBt, bauthaksmaanrt caasduaal gadtheiriangn. Stteaerraawaryefromm haigjhaly pteersronpalaksa
information and questions about the position. This includes talking about salary
emxpeectnatiiornsuanpd ceomriplaanykbuenekfitas.wInsateand,nreysearvessuucph inaqyuiariesdfoirathe
actual interview.
diterima oleh kumpulan kawannya
Make sure you proofread your cover letter before sending it. There are various
itu.Ponelinlebtoaolgs tahait dcaen hsealp kyoau cnatcyhamninogr grdamitmeatriciaml oratypdogararphiicraal ekrroarsn.
Additionally, make sure your cover letter is easy to read. Use a simple font like
setbheaonyeausemd haereh. Auvopiduwanlls toef temxt,atono. Dliveidlinagkyoiuar lettateur intwo paarnagiratpahs
mmeaknesyiteebasyaobn tkheaenyessaendsoergaonirzeasnthge inmformealtiaonkyuoukpraovnides. eks
Best regards,
bebas
Ariadne Snyder
2
January 2, 2025
Noah Schumacher
Recruitment Specialist
Schuester Digital Media Group
Pengaruh Media Massa123 Anywhere St.
Any City, ST 12345
Internet menjadi sangat berpengaruh terhadap
kalangan remaja yang dapat menerobos
sempadan negara iaitu sukar disekat,ditapis
dan dihalang.Selain itu, bahan-bahan lucah
dapat dicari dan dilayani dengan
mudah.Rancangan-rancangan yang disiarkan
ditelevisyen memaparkan adegan-adegan
seks.Seterusnya,media cetak seperti majalah-
majalah berbentuk hiburan juga memberi
kesan negatif dengan memaparkan gambar-
gambar artis barat dengan kelakuan dan gaya
yang kurang sopan.Di samping itu,tidak semua
yang dipaparkan di media messa itu
memberikan pengajaran yang baik.Terdapat
juga unsur-unsur lucah dan menghairahkan
dengan mudah terdapat di pasaran sama ada
dalam bentuk bercetak,bercakera padat atau
sumber laman web haram.
3
January 2, 2025
Noah Schumacher
Recruitment Specialist
Schuester Digital Media Group
123 Anywhere St.
Kurang Didikan AgamaAny City, ST 12345
Didikan agama yang rendah dalam
keluarga merupakan punca
berlakunya pergaulan bebas.
Sebagai contoh, keluarga
membenarkan anak untuk dating
dan ditambah tanpa pengawasan
yang menyebabkan anak itu
terjerumus ke dalam pergaulan
bebas.Hal ini juga mendorong
kepada lemahnya iman seseorang
kerana kurang penghayatan dalam
agama.Manusia yang lemah tidak
takut dan gentar akan hari
pembalasan di akhirat
kelak.Akibatnya,mereka tidak dapat
membezakan kebaikan dan
keburukan antara kebenaran dan
kebatilan.
4
January 2, 2025
Noah Schumacher
Recruitment Specialist
Schuester Digital Media Group
123 Anywhere St.
Dunia Cinta RemajaAny City, ST 12345
Di zaman moden ini,pergaulan
bebas antara lelaki dan perempuan
yang bukan mahram telah dilihat
sebagai satu kemajuan dalam
pembentukan masyarakat yang
lebih maju tetapi bukan sebagai
pelanggaran perintah ALLAH
SWT.Memang lumrah perasaan
ingin berpasangan semakin
memuncak ketika berada di alam
remaja.Tetapi sekiranya perasaan
tidak dikawal,sudah tentu ini akan
menimbulkan gejala-gejala sosial
seperti pergaulan bebas,anak luar
nikah,zina dan sebagainya
5
KESAN-KESAN
PERGAULAN BEBAS
KERUNTUHAN AKHLAK
DI KALANGAN REMAJA
Pergaulan bebas menyebabkan para remaja
mudah sahaja berkawan dengan individu-individu
yang tidak dikenali.Para remaja masa ini amat
terdedah kepada kumpulan-kumpulan yang tidak
baik seperti kumpulan 'mat rempit',gangster dan
sebagainya.Hal ini menyebabkan golongan remaja
ini berubah sikap dan kelakuan mereka.Terdapat
ramai remaja yang terlibat dengan kumpulan yang
tidak berfaedah ini sudah berani melawan kata ibu
bapa mereka terutamanya apabila ditegur.Mereka
akan memberontak dan memarahi ibu bapa
sekiranya kemahuan mereka tidak dituruti.Selain
itu,pelbagai perbuatan yang tidak bermoral mereka
lakukan antaranya menghisap
dadah,merokok,merempit dan banyak lagi.Tingkah
laku ini sangat tidak memberi faedah kepada diri
dan boleh merosakkan akhlak dan pemikiran
remaja pada masa sekarang.
6
TAHAP KESIHATAN
MEROSOT
Hal ini dikatakan sedemikian kerana salah satu
aktiviti yang boleh merosotkan tahap kesihatan
remaja ialah menghisap dadah dan meminum
alkohol. Seseorang remaja suka akan perkara baru
dan mencabar, apabila mereka di cabar oleh rakan-
rakan mereka untuk mencuba dadah dan alkohol,
mereka tidak sama sekali berfikiran panjang.
Mereka tidak akan memikirkan kesan mengenakan
barang tersebut dan terus menyahut cabaran dari
rakan-rakan mereka. Oleh itu, sangat mudah
remaja untuk mengambil dadah dan alkohol ini.
Perkara sebegini akan membuatkan remaja
tersebut mudah untuk mendapatkan penyakit
kerana mereka akan berkongsi jarum. Seterusnya,
perbuatan tersebut akan menyebabkan ramai
remaja yang terlibat akan terkena penyakit seperti
AIDS dan HIV.
7
KELAHIRAN ANAK
LUAR NIKAH
Kelahiran anak luar nikah menyebabkan para
remaja takut memikul tanggungjawab yang berat
lalu mencari jalan singkat dengan menggugurkan
bayi dalam kandungannya.Tambahan pula,mereka
juga berasa malu atas perbuatan mereka dan
bimbang akan tercemar maruah diri dan maruah
keluarga mereka.Kehamilan luar nikah dalam usia
remaja akan menyukarkan hidup remaja kerana
mereka tiada sumber pendapatan tetap untuk
menyara anak tersebut.Oleh itu,para remaja sering
mengambil jalan singkat dengan menggugurkan
kandungan mahupun membuang bayi ke dalam
lubang tandas,longkang dan dalam tong sampah.
8
MENJEJASKAN MASA
DEPAN
Pergaulan bebas juga menjejaskan masa depan
remaja.Masyarakat sukar menerima remaja
sekiranya remaja tersebut telah insaf.Hal ini
juga mereka turut disisihkan oleh keluarga
kerana sukar menerima perbuatan mereka dan
telah menconteng arang maruah
keluarga.Kesannya mereka hidup dalam
keadaan terumbang-ambing akhirnya bunuh
diri kerana tertekan dan tiada tempat
bergantung.
9
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
PERGAULAN BEBAS
MEMBERI
DIDIKAN
AGAMA
Anak-anak yang mempunyai asas
pendidikan agama dan akhlak yang kukuh
tidak akan mudah terjerumus dalam
pergaulan bebas, kerana mereka tahu
membezakan antara hak dan batil.
Pendidikan agama dan akhlak dapat
memantapkan keimanan seseorang. Jika
sejak kecil seseorang telah ditanamkan
kepada fahaman benar dan salah,
biasanya dia akan dapat mengelak dari
pergaulan yang jelas tidak benar.
10
MEMILIH
KAWAN YANG
BAIK
Memilih kawan yang tidak sesuai
akan memudahkan seseorang itu
terjerumus dalam pergaulan bebas.
Itulah sebabnya penting untuk
memilih rakan dan mengenal pasti
jenis personaliti manusia yang boleh
memberi pengaruh positif, seperti
cara menjadi orang yang baik.Kawan
yang baik ialah kawan yang akan
mengajak kita untuk belajar
bersungguh-sungguh supaya berjaya
dalam pelajaran,mendengar nasihat
ibubapa serta menjadikan guru-guru
sebagai idola untuk maju dalam
kehidupan.Kawan yang baik juga
melarang kawan-kawannya membuat
perbuatan yang tidak bermoral
seperti bercinta,merokok,minum arak
dan sebagainya.
11
MENGISI MASA
LAPANG DENGAN
AKTIVITI BERFAEDAH
Salah satu faktor yang turut
memberi kesempatan bagi
remaja dengan kehidupan
bebas adalah tersedianya
banyak waktu lapang.Waktu
lapang tersebut diisi dengan
kegiatan positif dan berguna
seperti mengulangkaji
pelajaran,menolong
ibubapa,beriadah di taman dan
lain-lain.
12
KASIH SAYANG
IBU BAPA
Hubungan ibubapa dengan anak-
anak yang erat secara langsung
akan memberikan pengawasan
yang lebih baik kepada
anak.Anak-anak akan merasakan
bahawa diri mereka sentiasa
disayangi oleh kedua ibubapanya.
Jika anak-anak rapat dan sentiasa
di bawah pengawasan
ibubapa,mereka akan mudah
menanyakan persoalan-persoalan
yang boleh memberi
pengetahuan kepada mereka
seperti persoalan yang berkait
hukum-hakam agama.
13
ADAB DAN BATAS
PERGAULAN
MENUNDUKKAN
PANDANGAN
Hendaklah menjaga pandangan oleh
kedua-duanya,tidak memandang
kepada aurat dan tidak juga
memandang dengan syahwat,dan
tidak memanjangkan pandangan
jika tidak berhajat.Sebagai
contoh,berpandangan ketika
bercakap perkara-perkara penting
sahaja seperti perbincangan kerja
ataupun perkara yang berilmu.
14
MENJAGA IKHTILAT
Jangan sesekali membiarkan
hanya seorang lelaki dan
seorang perempuan berjumpa
tanpa mahram atau kawan disisi
mereka.Hal ini supaya dapat
mengelakkan timbulnya fitnah
dan berlakunya zina.Dalam
masa itu,sepanjang perjumpaan
itu hanya dalam linkungan hajat
contohnya mesyuarat dan
perkara-perkara yang diperlukan
tidak perlu memanjangkan
seperti berbual kosong dan
bergosip serta perkara-perkara
yang boleh mengabaikan kerja.
15
MENUTUP AURAT
DENGAN SEMPURNA
Menutup aurat dengan
sempurna dengan memakai
pakaian yang longgar dan
melabuhkan
tudung.Contohnya,tidak
memakai pakaian yang ketat
atau menjolok mata yang boleh
menimbulkan syahwat
lelaki.Seterusnya,tidak
memakai perhiasan diri yang
berlebihan sehingga
menimbulkan
fitnah.Contohnya,menjauhi
bau-bauan ataupun wangi-
wangian yang boleh
membuatkan lelaki tertarik
dengannya dan menjauhi juga
warna-warna terang dan
terlampau menarik yang mana
sepatutnya hanya dipakai
ketika perjumpaan dengan
lelaki.
16
MENJAGA PERKATAAN DAN
MENGAWAL PERBUALAN
Percakapan hendaklah menjauhi dari suara yang
boleh merangsang dan membangkitkan
perasaan.Contohnya,tidak melunakkan suara
ketika bercakap dengan lelaki.Di samping itu,
menggunakan bahasa yang baik dan tidak
menggunakan kata-kata yang kesat ketika
bercakap dengan lelaki mahupun perempuan
kerana percakapan itu melambangkan
keperibadian diri seseorang.Selain itu,dalam
perbualan tersebut hendaklah melibatkan
perbincangan mengenai kerja sahaja.
17
MEMELIHARA
KEHORMATAN DIRI
Menjauhi tempat-tempat yang haram adalh
sebuah keharusan kerana ia mengandungi bahaya
yang banyak seperti tempat yang boleh
menimbulkan rasa syahwat terhadap diri kita.Hal
ini akan mengakibatkan terjatuh kepada
kemaksiatan dan kegelisahan jiwa.Selain itu,tempat
yang boleh menimbulkan prasangka buruk orang
lain.Dengan itu janganlah mencari kepuasan
seksual secara haram seperti berzina kerana akan
melemahkan iman dan dipandang hina oleh
masyarakat.
18
KESIMPULAN
Pergaulan bebas merupan interaksi antara
manusia.Setiap perkara didunia datang dengan
dua aspek iaitu positif dan negatif.Oleh
itu,dalam pergaulan kami percaya kita sebagai
manusia perlu bersandarkan syariat ALLAH
SWT.Hal ini supaya implikasi negatif hasil
daripada pergaulan yang tidak berlandaskan
syariat iaitu pergaulan bebas dapat dihindarkan.
Tambahan pula,ia juga dapat
mengetahu inisiatif yang boleh
dilakukan bagi membendung masalah
pergaulan bebas di antara pelajar
politeknik serta masyarakat.Setiap pihak
perlu memainkan peranan masing-
masing supaya hal ini dapat dibanteras
dengan baik
Pepatah ada mengatakan
"mencegah lebih baik daripada
merawat.Ini bermaksud
sebelum sesuatu buruk
berlaku eloklah kita cuba
sehabis baik mencegahnya.
19
LAMPIRAN
20
SUMBER RUJUKAN
https://pdfcoffee.com/kesan-pergaulan-bebas-
pdf-free.html
https://www.academia.edu/15175427/CTU101_Ass
ignment_Pergaulan_Dalam_Islam_2014_
https://dosenpsikologi.com/cara-menghindari-
pergaulan-bebas
https://www.academia.edu/44496655/PERGAULA
N_BEBAS_DI_KALANGAN_PELAJAR
21