Portfolio
PENDIDIKAN SENi VISUAL
- Nurin Syakinah binti Azizi -
Biodata
NAMA : NURIN SYAKINAH BINTI AZIZI
UNIT : PENDIDIKAN ISLAM 4
ANGKA GILIRAN : 2020142340227
AMBILAN : JUN 2020
KAMPUS : IPGK PEREMPUAN MELAYU MELAKA
NAMA PENSYARAH : PUAN NORAINI BINTI MOHD
KOD DAN NAMA KURSUS : PSVK 3243 - BIDANG
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
IIISSSIII KKKAAANNNDDDUUUNNNGGGAAANNN
1.0 Penghargaan 4
2.0 Pengenalan 5
3.0 Bidang Menggambar 6-14
4.0 Bidang Membuat Corak dan Rekaan 15-23
5.0 Bidang Membentuk dan Membuat Binaan 24-36
6.0 Bidang Mengenal Kraf Tradisional 37-45
7.0 Penutup 46
Rujukan 47
PPPEEENNNGGGHHHAAARRRGGGAAAAAANNN
Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa syukur ke hadrat
ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat saya siapkan tugasan PSVK3233 ini dengan
jayanya.
Hasil kerja kursus ini dapat saya siapkan dengan sempurna atas bantuan
pelbagai pihak termasuk kedua ibu bapa saya serta rakan sekelas saya yang
turut membantu menyiapkan tugasan ini.
Dalam kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Pn. Hajah Noraini binti Mohd selaku
pensyarah PSVK3233 kerana banyak membimbing dalam menyiapkan kerja
kursus ini. Beliau banyak memberi penerangan tentang cara melakukan kerja
kursus ini. Walaupun beliau sibuk tetapi tetap memberi masa untuk membantu
saya dan rakan-rakan dalam memberi penerangan tentang kerja kursus ini.
Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini. Saya
berharap agar ilmu yang saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini
memberi kesan yang mendalam dan dapat saya gunakan pada masa akan
datang.
PPPEEENNNGGGEEENNNAAALLLAAANNN
Seni Visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil
penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem.
Kebanyakan disiplin kesenian seperti seni persembahan, bahasa dan juga
masakan melibatkan aspek seni visual dan lain-lain seni, jadi definisi seni
tidak terhad.
Dengan kata lain seni visual adalah sesuatu hasil/ciptaan yang boleh
dinampak melalui penglihatan mata. Hasil/karya itu adalah bersumberkan
daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan
seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata serta boleh dilihat
seperti gambar, arca, model dan sebagainya.
Seni merupakan istilah yang sukar ditakrifkan memandangkan perkataan ini
boleh digunakan mengikut bidang masing-masing dengan makna yang lain.
Dalam istilah bahasa, seni bermaksud halus, cantik dan teknik. Akan tetapi,
ada yang menterjemahkan seni sebagai sesuatu yang cantik, indah, baik, dan
cerdik yang boleh ditanggap melalui pancaindera seperti mata dan telinga.
Boleh dikatakan seni merangkumi setiap aspek kehidupan manusia.
Bidang
Menggambar
Definisi
MENGGAMBAR
Bidang menggambar ini menegaskan
perkembangan persepsi dan kemahiran
serta kemampuan murid terhadap
aspek melukis serta kegiatan membuat
gambar dengan pelbagai media dan
teknik yang menekankan aspek ruang,
struktur, imbangan dan komposisi.
Jenis Aktiviti
MENGGAMBAR
Lukisan Cetakan
catan Gosokan
Kolaj Stensilan
Montaj Resis
Mozek
Capan
Contoh Karya
MENGGAMBAR
Lukisan
Resis
Catan
Karya
MENGGAMBAR
YANG SAYA HASILKAN
Teknik Lukisan Teknik Kolaj
Teknik
KOLAJ
Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting,
gam,dan tampal sesuatu bahan ke atas
sesuatu permukaan. Ia adalah salah satu
teknik tertua yang menggunakan teknik
tampalan untuk menghasilkan pelbagai
karya lukisan gambar atau rekaan. Bahan
tampalan boleh disusun, ditindih atau
diatur pada permukaan kertas mengikut
komposisi tema atau tajuk yang
diperlukan. Terdapat empat jenis kolaj
yang sesuai iaitu Kolaj kertas, bahan
jahitan, bijirin dan bahan terbuang.
ALAT DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN
UNTUK MEMBUAT KOLAJ
GAM
Kertas warna Lukisan
PrPEoNsGeHsASILAN KOLAJ
1) Sediakan kertas warna 2) Koyakkan kertas warna
mengikut kesukaan masing- menjadi kotak kecil
masing
3) Koyakkan juga kertas warna 4) Semua kertas warna
yang lain seperti langkah 2 telah selesai dikoyakkan
5) Asingkan kertas warna di 6) Letakkan gam dan tampal
dalam bekas yang berasingan kertas warna di atas lukisan
bagi mengelakkan kertas
berterabur
PrPEoNsGeHsASILAN KOLAJ
7) Ulangi langkah 6 . Tampal kertas
warna yang lain sehingga selesai
8) Karya Akhir
BIDANG
MEMBUAT CORAK DAN
REKAAN
DEFINISI
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur,
terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada
Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga
boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau
Corak Tidak Terancang.
Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-
satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora,
fauna, geometrikal dan organik.
Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya
tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang
berunsur tradisi.
PENGHASILAN CORAK
Terdapat dua cara untuk
menghasilkan corak iaitu :
1) Corak Terancang
Dibuat menggunakan motif yang disusun
dengan teratur dan dalam susunan tertentu.
Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai
pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan
garisan grid dalam penghasilan corak.
2) Corak Tidak Terancang
Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas
tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh
dihasilkan dengan cara seperti merenjis,
meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.
Jenis Aktiviti
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Corak terancang
lukisan Corak tak terancang
Cetakan
catan
Capan ikatan dan celupan
Mozek Pualaman
Kolaj tiupan
titisan
Contoh Karya
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Corak Corak
Terancang Tidak Terancang
Resis pualaman
Kolaj Ikatan dan celupan
Jenis Aktiviti
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
YANG SAYA HASILKAN
Tiupan
TEKNIK TIUPAN
Teknik Tiupan ini menggunakan mulut
atau selain mulut yang boleh
mengeluarkan angin. Teknik tiupan ini
senang dan menarik kerana selain
membuat corak (tidak terancang)
kita juga boleh menjadikan teknik ini
sebagai menggambar.
Bagi menghasilkan teknik ini straw atau
bahan yang lain digunakan asalnya dapat
digunakan untuk meniup atau tiupan
mulut. Kemudian warna yang diletakkan
diatas sekeping kertas ditiup ke arah yang
dikehendaki.
ALAT DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN
Warna Air
Berus Warna
Kertas Lukisan
Surat Khabar
Penyedut minuman
Palet
PROSES PENGHASILAN KARYA
1) 2)
Sediakan alat dan bahan yang ingin Bancuh warna dengan sedikit air
digunakan
3) 4)
Sediakan alat dan bahan yang ingin Tiup titisan warna tadi dengan
digunakan penyedut minuman
5) 6)
Ulang langkah yang sama ke serata Kemas semula peralatan yang
bahagian kertas lukisan dengan digunakan setelah selesai
menggunakan pelbagai warna
BIDANG
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Pengenalan
Membentuk dan Membuat
Binaan adalah satu bidang yang
terdapat dalam Sukatan
Pelajaran Pendidikan Seni Visual
KBSR. Bidang ini mengandungi
aktiviti untuk menghasilkan
karya berbentuk tiga dimensi.
Daripada aktiviti membentuk
dan membuat binaan ini , kita
juga dapat menghasilkan
pelbagai jenis kraf.
Contoh Karya
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Origami
Arca Mobail
JENIS AKTIVITI
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Stabail Arca Timbul
Asemblaj
Arca Mobail
Arca Stabail Origami
Topeng Boneka
JENIS AKTIVITI
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
YANG SAYA HASILKAN
Origami Bunga
Merupakan satu teknik lipatan sama ada dengan
menggunakan kain mahupun kertas. Ia merupakan satu
hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada
pandangan.
Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang
dipercayai bermula semenjak kertas mulai diperkenalkan
pada abad pertama di Cina pada 105 A.D. oleh seorang
Cina terkasi yang bernama Ts'ai Lun.
ALAT DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN
Kertas Warna
Gunting
SAYA TELAH MENGHASILKAN
ORIGAMI BUNGA BERWARNA
MERAH JAMBU
ORIGAMI BUNGA LILY
BEWARNA UNGU
Proses
PENGHASILAN ORIGAMI LILY
1. Pilih kertas warna yang dikehedaki.
2. Lipat kertas sehingga membentuk segita dan buka semula.
3. Lipat kertas membentuk segi tiga dari sisi yang lain dan buka.
4. Lipatan haruslah mempunyai garisan dua segitiga.
PROSES PENGHASILAN KARYA
5. Balikkan kertas.
6. Lipat kertas menjadi dua bagian seperti pada gambar dan buka.
7. Lipat kertas menjadi dua seperti pada gambar
8. Pegang segitiga pada sisi bawah dan buka bagian sisi kanan atas
dan bawa ke bawah untuk memenuhi titik bawah
PROSES PENGHASILAN KARYA
7. 8
9. Ratakan lipatan pada bagian tengah
10. Squash bagian atas ke bawah. Bagian ini disebut pangkalan persegi.
11. Ujung terbuka harus berada bagian atas.
12. Lipat satu lapis tepi kanan ke tengah seperti pada gambar.
PROSES PENGHASILAN KARYA
7. 8
13. Lipat satu lapisan bagian kiri ke tengah seperti pada gambar.
14. Buka lipatan yang baru saja dibuat.
15. Buka satu lapisan dari kanan dan ratakan.
16. Rupa lipatan yang akan kita nampak.
PROSES PENGHASILAN KARYA
17. Lakukan langkah 12 – 16 untuk layer lainnya, 3 secara keseluruhan.
18. Pastikan lipatan terlihat seperti ini . Begitu juga dengan lapisan
belakang sehingga memiliki bagian yang cukup solid.
19. Lipat tepi kanan ke tengah.
20. Lipat tepi kiri ke tengah.
PROSES PENGHASILAN KARYA
21. Lipat 3 layer kertas lainya dengan cara yang sama
pada step sebelumnya
22. Lipat satu lapis dari atas ke bawah sejauh mungkin.
23. Lipat 3 layer kertas lainya dengan cara yang sama
pada step sebelumnya.
24. Karya akhir Bunga Lili.
Bidang
Kraf Tradisional
Definisi
Kraf Tradisional
Kraf tradisional boleh didefinisikan
sebagai perusahaan (kerja seni) yang
melibatkan kemahiran kerja tangan yang
memerlukan daya cipta oleh masyarakat
yang diwarisi turun-temurun.
Contoh Karya
Kraf Tradisional
ANYAMAN UKIRAN KAYU BATIK
TEMBIKAR WAU TENUNAN
Jenis
Aktiviti
TEKAT
GASING
DOKOH
Tembikar
Anyaman
Wau
Antara
Karya
YANG SAYA HASILKAN
Menghasilkan tudung saji
menggunakan teknik anyaman
Daun kelapa
Anyaman
bermaksud
Anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang
masih dikagumi dan digemari sehingga hari ini.
Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak
zaman dahulu lagi. Ini boleh dilihat pada rumah-
rumah masyarakat zaman dahulu di mana
dinding rumah mereka dianyam dengan buluh
dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan
sehingga ke hari ini. Rumah yang berdinding dan
beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan
daun nipah yang tebal menebat pengaliran haba.
ALAT DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN
1) Parang
= Digunakan untuk memotong daun-daun pandan dan mengkuang
dari pokoknya. Ia juga digunakan untuk memotong atau menetak
bahagian pangkal dan hujung daun.
2) Pisau
= Sejenis pisau lagi yang diperbuat dari buluh sebagai pemegang
dan sekeping besi nipis di hujungnya. Digunakan untuk membuang
duri dibahagian tulang belakang (mempulur) daun.
3) Jangka
= Dikenali sebagai sisir kayu / buluh bermata tajam. Tangkai jangka
diperbuat dari buluh atau kayu. Bahagian kepala tangkai diletakkan
dengan beberapa mata tajam. Jangka mempunyai beberapa saiz
tertentu, ia bergantung pada jumlah serta jarak mata yang
digunakan. Kedudukan mata yang rapat akan menghasilkan bilah
daun yang kecil dan sebaliknya. Jangka digunakan untuk mencarik
atau memotong daun pandan dan mengkuang menjadi bilah-bilah
atau helaian daun.
4) Pelurut
= Pelurut diperbuat dari buluh dan ukurannya adalah 17 cm panjang
dan empat hingga lima sentimeter lebar.Pelurut digunakan sebelum
proses anyaman kerana bilah atau helaian daun yang telah
diwarnakan perlu dilembutkan sekali lagi bagi memudahkan kerja-
kerja anyaman dilakukan.
5) Penyisip
=Diperbuat dari buluh dan mempunyai bentuk yang agak runcing
dibahagian hujungnya. Penyisip digunakan ketika sisipan dilakukan di
peringkat proses anyaman. Tujuan sisipan dilakukan adalah untuk
mengelakkan anyaman dari terburai.
Proses Penghasilan
anyaman mengkuang
1)
Memulakan proses mengayam dengan melakukan proses melurut bilah
mengkuang dengan menggunakan pelurut. Proses melurut bertujuan untuk
melembutkan bilah mengkuang supaya mudah dianyam.
2)
Mulakan anyaman pada bahagian tengah kelarai yang dipilih.
Kelarai yang dipilih ialah kelarai bunga api.
3)
Anyaman yang dimulakan di tengah
dikembangkan sehingga membentuk kelarai. Kemaskan anyaman
dengan merapatkan jarak antara bilah-bilah mengkuang
Proses Penghasilan
anyaman mengkuang
4) Kemudian terbalikkan anyaman
tersebut dan selitkan bilah
mengkuang yang lebih pada
bahagian belakang anyaman
5) Kemaskan lebihan mengkuang
yang diselit pada bahagian
belakang anyaman. Ianya
bertujuan supaya anyaman lebih
kemas
6)
Hasil akhir yang diperolehi
daripada langkah-langkah
diatas
PPPEEENNNUUUTTTUUUPPP
Secara kesimpulannya, dapat kita lihat bahawa melalui seni
visual, pelbagai manfaat yang boleh kita aplikasikan dalam
kehidupan seharian. Setiap daripada kepentingan seni visual
itu haruslah dititik beratkan oleh setiap lapisan masyarakat.
Kepentingan seni visual haruslah disedari dengan lebih
mendalam oleh kita sebagai rakyat Malaysia agar martabat
seni tempatan mampu bersaing dengan luar. Pemikiran
bahawa seni visual hanya untuk hobi atau tidak penting harus
dibuang jauh-jauh. Seseorang individu seharusnya melihat
kepentingan seni visual dari pelbagai aspek. Selain dari
kebaikan kepada individu dalam melahirkan individu
berkemahiran, kreatif, inovasi, mempunyai kesedaran estetik,
dapat menajamkan kepekaan dan pengamatan, seni visual
juga penting dalam pembangunan manusia sejak dahulu lagi.
RRRUUUJJJUUUKKKAAANNN
Aina, J. (n.d.). Pendidikan Seni Visual. Retrieved from Menggambar:
http://jaizaina.weebly.com/menggambar.html
Art for u. (2012, Oktober 13). Retrieved from Resis:
http://tansookfun.blogspot.com/
Dinnie, W. (2012, May 15). Sfera Seni. Retrieved from Membuat corak dan rekaan:
http://sfera-seni.blogspot.com/p/bidang-membuat-corak-dan-rekaan.html
Membentuk dan Membuat Binaan. (2012, April ). Retrieved from
http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/p/membentuk-membuat-
binaan.html