The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thigalaleshan, 2023-12-06 18:35:50

MPU23042 NILAI MASYARAKAT

MPU23042 NILAI MASYARAKAT

u MPU 23042 NILAI MASYARAKAT BERBANGGA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA SEJAUHMANA PENGHAYATANNYA AHLI KUMPULAN: THIGALALESHAN A/L BASKAR 33DFO22F2008 SHABARINAATH A/L ANANDAN 33DFO22F2027 THARUN A/L KARTHIKESAN 33DFO22F2011 SRIGANES A/L JEGAN 33DFO22F2054


PENGHARGAAN Melalui peluang keemasan ini, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada ustaz kerana telah banyak mencurahkan idea dan beliau memberikan bimbingan untuk menyiapkan tugasan ini. Jasa ini tidak dapat kami lupakan. Ucapan penghargaan juga ingin kami berikan kepada para rakan seperjuangan yang sama sama berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan yang diberikan.Idea dan pertolongan yang diberikan oleh mereka memudahkan kami untuk hasilkan tugasan ini tepat pada masa yang diberikan. Akhir sekali, kami harap agar segala tugasan yang kami siapkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan rakan rakan dan dapat insan yang terdidik.


PENDAHULUAN Apakah itu Rakyat Malaysia? Rakyat Malaysia ialah orang yang dikenalpasti dengan negara Malaysia. Terdapat pelbagai jenis asal dan etnik kebangsaan. Antaranya termasuklah Cina, Melayu, India serta Orang Asli. Kenapa Bangga sebagai Rakyat Malaysia? Walaupun Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik, namun rakyat Malaysia masih hidup dengan aman damai dan harmoni. Malaysia mengambil peranan sebagai rumah kepada pelbagai jenis asal dan etnik kebangsaan. Akibatnya, rakyat Malaysia tidak menyamakan kebangsaan mereka dengan etnik, tetapi dengan kewarganegaraan dan kesetiaan terhadap Malaysia.


OBJEKTIF Untuk memahami dan menikmati secara lebih mendalam tentang kehargaan yang terdapt di negara kita dari segi sosial, ekonomi dan lokasi. Untuk mengenal pasti kelebihan dan keistimewaan yang terdapat di Malaysia. Untuk meluaskan pengetahuan tentang keunikan negara kita berbanding negara lain. Untuk mengkuhkan kefahaman kami mengenai isu yang dinyatakan dalam tajuk tugasan kumpulan kami iaitu bangga sebagai rakyat Malaysia, sejauhmana perlu. Untuk memberi kesedaran secara terperinci kepada semua individu tidak kira agama, bangsa dan etnik tentang negara kita daripada pelbagai perspektif supaya mereka akan bangga sebagai


anak Malaysia dan akan mengukuhkan semangat patriotisme dalam diri.


DIVERSITI KAUM Negara Malaysia merupakan negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum.Contohnya ialah kaum melayu,cina, india, singh, kristian dan sebagainya. Walaupun terdapat pelbagai kaum rakyatnya masih hidup dengan aman dan damai. Bukan mudah menyatukan rakyat berbeza kaum, agama, latar belakang, fahaman dan cara hidup namun Malaysia boleh berbangga kerana masyarakatnya hidup dalam keadaan aman, stabil dan boleh bersatu dalam pelbagai perkara. Walaupun sarat dengan kepelbagaian termasuk budaya dan bahasa tetapi ia tidak menjadi halangan untuk mereka bersatu dan bertoleransi dalam kehidupan seharian, yang jelas memberi manfaat besar kepada negara.


Negara Malaysia sering dijadikan sebagai negara contoh oleh negara lain untuk mendidik kepada remaja muda cara hidup bersatu padu walaupun terdapat pelbagai kaum.Kepelbagaian rakyat dengan jelas menjadi perkara yang membanggakan masyarakat Malaysia.


EKONOMI DAN TEKNOLOGI YANG MAJU Ekonomi dan teknologi yang maju di malaysia boleh dijadikan kebangaan rakyat Malaysia. Kemajuan negara kita dalam ekonomi dan teknologi juga sering menjadi teladan kepada negara lain. Antara kesannya perkembangan ekonomi Malaysia ialah taraf hidup rakyat semakin meningkat dari setahun ke setahun. Pelbagai kemudahan awam telah disediakan sama ada di Luar bandar atau bandar supaya seluruh rakyat di Malaysia dapat menikmati kemudahan yang sempurna. Malaysia juga mampu menghasilkan barangan tempatan yang berkualiti seperti kereta tempatan yang berjenama Proton dan Perodua. Kerjasama antara negara Jepun dengan Malaysia lagi meningkatkan upaya negara kita untuk menghasilkan kereta yang lebih berkualiti dan harganya yang rendah.


Ekonomi yang stabil mendorong kerajaan untuk memberikan perubatan yang percuma dan yang mencukupi kepada rakyat Malaysia.Rakyat malaysia hanya perlu membayar kos yang sangat rendah jika mereka mendapati rawatan di hospital kerajaan.


MAKANAN TRADISIOANAL MALAYSIA adalah sebuah negara yang berdaulat dengan identiti nasional yang tersendiri. Kesemua kumpulan etnik yang berbeza dan sedia ada telah diberikan kebebasan sendiri untuk mengamalkan cara hidup masing-masing termasuk makanan. Kaum Melayu kebiasaannya memperkenalkan makanan tradisional sebagai hidangan untuk para tetamu sama ada majlis perkahwinan, kenduri kesyukuran ataupun untuk santapan harian sekeluarga. Sebagai contoh,tapai ubi dan ubi kayu. Selain itu, makanan yang diperbuat daripada isi ikan dan juga pulut panggang yang dikukus pulutnya didalam balutan daun pisang. Makanan tradisional India- roti canai dihidangkan dengan kuah dal, parpu, kari atausambal ikan bilis. Penggunaan perkataan canai dalam Bahasa Melayu adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti iaitu


meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti tersebut. Makanan tradisional cina iaitu Tang Yuan diperbuat daripada tepung pulut dicampurkan dengan sedikit air untuk membentuk bebola yang bermasud kesempurnaan keluarga kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air manis dan halia. Kuih bulan merukapan kuih manis yang mengandungi pelbagai inti seperti kacang merah ataupun telur asin. Kuih bulan berdasarkan sebuah hilayat cina iaitu Dinasti China merupakan seorang yang tegas dan kejam. Undang-undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan keatas rakyat Cina supaya tidak menggugat kuasa. Oleh itu, rakyat Cina bersepakat dengan Puak Ming untuk memberontak. Suatu malam, semasa bulan mengembang, mereka membuat kuih bulan secara beramai-ramai dimana dipertengahan kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak.


PELANCONGAN Malaysia merupakan sebuah negara yang istimewa dan sebagai anak Malaysia semua individu seharusya bangga atas keindahan yang terdapat di negara kita secara semulajadi dan juga buatan manusia. Tidak dinafikan bahawa eco pelancongan yang terdapat di negara kita menjadikan Malaysia antara 10 negara yang paling ramai dikunjungi oleh pelancong saban tahun. 1. Taman Negara Bako yang letaknya 37 km dari Kuching. Walaupun taman ini kecil tetapi merupakan taman negara yang tertua. Ianya dibuka pada tahun 1957 dan meliputi kawasan seluas 27 km persegi. Terdapat banyak flora dan fauna dapat dilihat disini.. Hampir semua jenis tumbuhan yang terdapat di Borneo boleh ditemui di Bako. Terdapat hampir 275 monyet proboscis yang jarang ditemui, dan hanya terdapat di Borneo.


2. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut. Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman. 3. Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar dan tertua di dunia. Ia diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan pintu dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang dan Lubang Hangus. 4. Pantai Cenang adalah antara kawasan pantai yang paling terkenal di Langkawi. Terdapat tempat yang menawarkan aktiviti air yang menarik seperti jet ski, parasailing,dan banana boat. Pantai ini juga merupakan antara yang terpanjang di Langkawi.


5 Petronas Twin Towers atau Menara Kembar Petronas terletak di pusat Kota Kuala Lumpur yang pernah menjadi struktur yang tertinggi di dunia. Menara di bagian atas jika diputar 45 derajat. Menara PETRONAS adalah dua buah pencakar langit kembar di Kuala Lumpur, Malaysia yang sempat menjadi gedung tertinggi di dunia dilihat dari tinggi pintu masuk utama ke bagian struktur paling tinggi. Menara Berkembar Petronas mempunyai 32.000 tingkap. sebuah galeri seni, dewan konsert 840 tempat duduk, dan tempat letak kereta bawah tanah.


KEDUDUKAN STRATEGIK Pernahkan anda terfikir mengapakah negara kita tidak mempunyai gempa bumi, taufan atau gunung berapi sedangkan jiran-jiran kita mempunyai bencana alam tersebut. Cuba kita lihat jiran kita di sebelah timur iaitu Filipina, mereka mempunyai gunung berapi dan ribut taufan yang kerap. Indonesia yang berada di barat kita juga mempunyai jaringan gunung berapi yang aktif dan kerap berlakunya gempa bumi. Boleh dikatakan kırı dan kanan negara Malaysia dikelilingi oleh negara yang mempunyai bencana alam. Malaysia adalah negara yang sangat unik dan bernasib baik kerana selamat daripada benacana alam yang berbahaya Sejak dahulu lagi, negara kita menjadi tempat persinggahan pedagang-pedagang dari Tanah Arab, China dan India kerana kedudukannya di tengahtengah jalan laut antara timur denan barat. Di samping itu, negara kita juga terletak di luar Lingkaran Api Pasifik dan laluan angin taufan menyebabkannya bebas daripada gempa bumi, gunung berapi, dan tiupan angin taufan.


Cuaca di Malaysia pula adalah panas dan lembab sepanjang tahun menjadikan segala aktiviti dapat dijalankan tanpa perlu risau akan cuaca. Anda boleh berbasikal, bermain bola, bersenam dan bermacammacam lagi aktiviti jika dibandingkan dengan negaranegara Eropah yang terpaksa tinggal di rumah jika cuaca terlalu sejuk. Masa malam dan siang yang hampir sama panjang sepanjang tahun juga membolehkan rakyat Malaysia membahagikan masa dengan senang. Rakyat Malaysia juga boleh melepak di kedai mamak yang dibuka sehingga 24 jam sehari. Bersyukurlah kita sebagai sebahagian dari rakyat Malaysia. Negara yang sangat bertuah dan ramai yang mencemburuinya. Kita selalu mengagung- agungkan negara luar sedangkan "hujan emas di negeri orang, hujan batu Di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri". Negara Malaysia sememangnya layak digelar 'Malaysia Truly Asia' Laman web International Living telah menyenaraikan Malaysia diantara 10 buah Negara Terbaik Untuk Bersara bagi warga asing pada tahun 2019. Menunjukkan betapa rakyat di luar sana sangat mengagumi segala aspek yang ada di negara Malaysia.


Sudah tentulah, kita juga mempunyai kelopongan dan kekurangan di sana sini bak dari segi politik, kebersihan dan ekonomi, tetapi kita dianugerahkan dengan tanah vang bertuah dinamakan Malaysia dan harus berbangga.


KAJI SELIDIK


KESIMPULAN Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah berbangga dan sentiasa menjaga nama baik negara. Kita juga hendaklah sentiasa bersyukur dan menghargai jasajasa pemimpin yang telah berjuang untuk membebaskan tanah air ki air kita daripada jajahan jajahan kuasa asing. Tanpa usaha dan pengorbanan para pemimpin, ibu u pertiwi kita sudah pasti akan berada di bawah penjajahan British selama- lamanya. Oleh itu, rakyat mestilah memainkan peranan masingmasing untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara dengan mewujudkan keluarga and masyarakat yang harmoni. Hal ini adalah penting kerana dapat mengelakkan kes gejala sosial dan jenayah daripada berlaku. Selain itu, kita haruslah mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang seperti sukan, pendidikan, teknologi, dan lain-lain yang boleh meningkatkan imej negara kita. Jelaslah bahawa kita merupakan insan yang bertuah untuk lahir di Malaysia dan seharusnya berbangga sebagai warganegara kepada tanah yang dicintai ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menanamkan


perasaan cinta akan n negara dan semangat perpaduan dalam diri serta rta kalangan generasi muda kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.


Click to View FlipBook Version