Sekapur Sireh بسم هللا الر حمن الرحيم Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Dihormati Pn Sitty Huriyyah Binti Muhalajah, En Mohd Noor Aidil bin Md Said NYDP PIBG, Barisan Pentadbir, para AJK PIBG, para guru SK Bandar Seri Alam dan para ibu bapa yang disayangi sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia bersama ibu-bapa yang cemerlang. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Terima kasih tidak terhingga daripada saya sebagai tanda penghargaan kepada YDP PIBG,Jawatankuasa PIBG dan guru-guru kerana telah dapat merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat ini. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Seperti yang kita sedia maklum, semua Mesyuarat PIBG sekolah diadakan pada setiap tahun untuk memilih dan melantik AJK PIBG pada setiap kali Mesyuarat Agung diadakan. Disamping itu, PIBG sekolah diwujudkan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah ini. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab Bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat. GURU BESAR EN YUSRI BIN ZAKARIAH 2
Sekapur Sireh Ibu-bapa yang cemerlang sekalian, Pada pagi ini amat bermakna, di mana pihak sekolah dan ibu bapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat, demi kepentingan dan masa depan anak-anak masing-masing. Selain daripada memilih dan melantik Jawatankuasa PIBG yang baru dan membincangkan usul-usul daripada ibu bapa, diharapkan juga mesyuarat PIBG pada pagi ini akan berbincang dan mendapat persetujuan bersama Diharapkan perkara ini dapat diputuskan dengan sebaik mungkin tanpa menimbulkankan masalah kepada pihak sekolah dan waris murid-murid. Dalam proses pembinaan insan yang dinamakan murid-murid ini, pelbagai inisiatif, usaha dan program telah dilakukan oleh pihak KPM, PPD dan Sekolah. Ini termasuklah pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan seperti sediakala setelah kita menghadapi isu cuaca yang tidak mengizinkan. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang memberi kerjasama dalam membantu memberikan galakan kepada murid untuk mewakili sekolah untuk setiap pertandingan yang akan diadakan, Harus juga diingatkan kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula di rumah. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak kita terdidik dengan nilai-nilai yang murni .Alhamdulillah, setakat ini kerjasama yang baik dan erat telah ditunjuk oleh oleh pihak sekolah dan PIBG. Hadirin sekalian, Dewan inilah tempat kita berkumpul dan pelbagai acara telah banyak dilangsungkan di sini. Sekolah ini juga mempunyai sebuah gelanggang yang digunakan untuk pelbagai aktiviti. Oleh hal yang demikian, saya mewakili guru-guru dan murid-murid Sk Bandar Seri Alam ingin memohon Pn Sitty Huriyyah binti Muhalajah serta ibu bapa apalah jua kiranya dapat diberikan dana kepada pihak sekolah dalam menaik taraf gelanggang kami. Harap hadirin dapat menimbangkannya. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada Pn Sitty Huriyyah binti Muhalajah dan tuan-tuan / puan-puan kerana sudi hadir pada pagi ini dan saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada JK PIBG yang bakal dipilih dan dilantik sebentar nanti. Harapan saya ialah supaya Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-21 ini akan dapat berjalan lancar dan teratur. Sekian, terima kasih dan wassalamualaikum wbh. 3
Seulas Pinang Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Yang Berusaha, Guru Besar Sek Keb Bandar Seri Alam, Cikgu Yusri bin Zakaria, Yang Dihormati, Pn Sitty Huriyyah binti Muhalajah, Perasmi Mesyuarat Agong Pibg Cikgu Hasrul bin Ismail , Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Ustazah Noor Afizah bt Ali, Guru Penolong Kanan Hal-ehwal Murid, Cikgu Sapura binti Bakri, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum, Barisan guru dan jawatankuasa PIBG, ibu bapa/waris serta hadirin yang dikasihi. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah taufik-Nya dapat kita berkumpul lagi di majlis Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini. Di sini juga saya selaku wakil YDP En Md Razi b Johari, yang sedang menunaikan ibadah haji, ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh bermakna ini sebelum saya menamatkan perkhidmatan saya disini. Tuan-tuan dan puan-puan, Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini merupakan pembentangan perancangan dan pelaksanaan aktiviti sepanjangtahun 2022/23 dan di samping itu dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan para waris. Selain dapat merapatkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa, perjumpaan ini juga membolehkan kedua-dua pihak boleh berbincang serta memberi pendangan masing-masing untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah mahupun dalam pembentukan sahsiah anak-anak serta pembangunan infrastruktur sekolah bagi mewujudkan zon selesa dalam kalangan anak-anak BARSA. Sebelum saya mengundur diri, saya memohon kemaafan kepada tuan-tuan dan puan-puan, sekiranya terdapat kata-kata yang kurang menyenangkan. Izinkan saya akhiri ucapan dengan serangkap pantun, Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat; Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat. Sekian, terima kasih. NAIB YDP PIBG EN. MOHD NOOR AIDIL BIN MD SAID 4
Aturcara Program 7:15 pagi - 8:00 pagi Pendaftaran Guru, Murid/Penerima Anugerah, Ibu bapa 8:00 pagi - 10:00 pagi Mesyuarat Agung PIBG 10:00 pagi -10:10 pagi Ketibaan VIP 10:10 - 10:25 pagi Nyanyian Lagu Bangsa Johor Persembahan Tarian Pembukaan Dia Datang Persembahan Violinist Aqmal Daniel 10:25 - 10:30 pagi Bacaan doa 10:30 -11:00 pagi Ucapan NYDP PIBG Ucapan Guru Besar Ucapan Perasmi 11:10 -11:30 pagi Penyampaian sijil/ cenderamata AJK PIBG 2022/2023 oleh Tuan Guru Besar Penyampaian Anugerah Sesi 1 (Puan Sitty Hurriyah Binti Muhalajah) • Anugerah Terbaik Mengikut Aliran • Anugerah Sahsiah Terpuji • Anugerah Cemerlang Kokurikulum - Bola Tampar - Tenis - Bola Sepak - Olahraga - Bola Baling - Tarian Individu - Tarian Berkumpulan (Kumpulan Tari Aura Magika) •Anugerah Cemerlang Unit Bimbingan dan Kaunseling - PRS Terbaik Lelaki 11:30 pagi – 12:00 tengahari Penyampaian Cenderamata Perasmi Persembahan Violinist Aqmal Daniel Persembahan Tarian Lemak Manis Jamuan Tetamu Khas Cabutan Bertuah (Pusingan 1) 12:00 tengahari12:30 tengahari Penyampaian Anugerah Sesi 2 (Encik Mohd Noor Aidil bin Md Said) • Anugerah Terbaik Mata Pelajaran • Anugerah Swadaya (Murid Pemulihan) 12:30 tengahari1.00 petang Penyampaian Anugerah Sesi 3 (Encik Yusri bin Zakariah) • Anugerah Murid Terbaik (sesi pagi) (Encik Hasrul bin Ismail) • Anugerah Murid Terbaik (sesi petang) Cabutan Bertuah (Pusingan 2) 1:00 petang Nyanyian Lagu Negaraku Majlis Bersurai 5
Pembentangan Usul Usul 1: i. Menangani isu beg berat, komunikasi yang lebih jelas kepada murid dan penjaga tentang penggunaan buku agar mudah bawa buku yang berkenaan sahaja. ii. Buku sangat banyak untuk dibawa oleh anak setiap hari. Mohon pihak sekolah menyediakan loker untuk anak-anak. iii. Saya difahamkan setiap kelas disediakan loker untuk menyimpan buku tetapi kenapa masih ada kelas yang belum manfaatkan loker tersebut. Harap dapat manfaatkan loker tersebut dari berlaku pembaziran. iv. Beg sekolah serta penambahan subjek pembelajaran daripada 3 ke 5 subjek sehari. Pencadang : Siti Muzaimah binti Marikan Khairul Izwan bin Mohd Yusof Normala binti A Rahman Mohammad Alif bin Abdullah Zulkifli bin Husin Mohamad D.Zul Ikhram bin Ariffin Faridee bin Kafural Yahya Mohd Farhan bin Sopri Kehadiran : Kenyataan : Makluman : 6
Pembentangan Usul Usul 2: i. Penambahan kipas pada musim panas. ii. Penambahan kipas di dalam kelas. Jika tiada peruntukan dana, boleh kutip setiap ibu bapa semampunya. iii. Menyediakan kipas di gelanggang dan kawasan yang memerlukan. Begitu juga dengan bekalan air minuman seperti mesin air. Pencadang : Salmiah Sheikh Othman Faridee bin Kafural Yahya Rafhana binti Bokari Kehadiran : Kenyataan : Makluman : Usul 3: i. Mohon yuran PIBG tidak dinaikkan memandangkan ekonomi tidak menentu. Ada dalam kalangan ibu bapa yang tiada pendapatan tidak tetap. Mohon pertimbangkan. Pencadang : Zakuan bin Mohd Zahir Kehadiran : Kenyataan : Makluman : 7
Pembentangan Usul Usul 4: i. Pantau anak-anak dari sikap saling membuli dan pertingkatkan budaya membaca. ii. a. Menganjurkan program kesedaran mengenai Disleksia, Autisme, ADHD, learning disabilities dan intellectual disability kepada murid- murid. b. Mempergiatkan sistem buddy (pairing with a familiar buddy) ketika play and work activities untuk meningkatkan social communication and interaction. c.Selain menekankan pencapaian akademik, mengadakan program yang membantu membentuk sahsiah murid, seperti social rules/ adab, ceramah, kem, berkaitan motivasi, kesihatan emosi dan mental, dsb. iii. Fokuskan kepada latihan subjek, Berikan latihan tambahan pada buku sekolah. a. Cadangan pertemuan di antara guru dan ibubapa diadakan 2 kali setahun berbanding tahun lepas, hanya sekali selepas ujian pertengahan tahun. Perjumpaan diadakan pertengahan tahun dan akhir tahun (selepas UASA) bagi membincangkan tahap pencapaian murid dan cadangan penambahbaikan yang perlu diberikan oleh ibubapa. Ini kerana murid dinilai berdasarkan TP yang diperolehi, bukan ujian semata-mata. b.Bagaimanakah cara ibu bapa untuk melihat tahap pencapaian PAJSK anak-anak? Setahu saya penilaian PAJSK ini adalah kumulatif pencapaian dari Tahun 4 hingga Tahun 6. Ibu bapa perlu tahu pencapaian anak-anak supaya boleh membantu dengan menggalakkan anak-anak terlibat pertandingan di luar sekolah. 8
Pembentangan Usul iv. Guru lebih terperinci lagi dalam penyampaian pembelajaran murid agar mudah murid memahami dan ingat dengan mudah sesi pembelajaran. a. Penyemakan buku latihan perlu dilakukan lebih kerap bagi semua mata pelajaran. b.Tugasan penulisan BM secara kendiri oleh murid perlu diberikan secara kerap untuk meningkatkan penguasaan murid dalam penulisan. v. Harap tak selalu tukar jadual kelas. a. 5-6 subjek sehari agak membebankan. Buku teks perlu dibawa semua. Kadang-kadang ada yang tidak digunakan. b. Kes buli. c.Untuk subjek PSV,dicadangkan pihak sekolah menyediakan bahan kerana untuk ibu bapa membeli barangan dalam kuantiti agak tidak praktikal. Boleh perkenalkan yuran utk PSV. Pencadang : Sumiyati Mohamad Nur Firdauz Yuzia Eleny binti Yusof Azavitra binti Zainal Lokman Hakim bin Elias Rajeswaran A/L Krishnan Mohd Zahid bin Harun Mohd Nurfitri bin Mazlan 9
Pembentangan Usul Usul 5 i. Menambahbaik menu kantin yang sedia ada dan lebih mesra poket untuk anak-anak. ii. a. Kebersihan tandas, kantin. b. Sentiasa beri nasihat atau peringatan kepada murid-murid untuk menjaga pergaulan, akhlak bersama kawan-kawan untuk elakkan sikap buli-membuli. Pencadang : Nur Izzaty binti Abdul Rahman Safiah binte Sulaiman Kehadiran : Kenyataan : Makluman : Usul 6: i. Kebersihan tandas terjaga. ii. Mohon guru-guru mempertimbangkan isu murid-murid yang hendak pergi ke tandas, jika waktu belajar murid hendak pergi ke tandas harap guru-guru tak halang dan marah murid. Hal ini nampak remeh tapi boleh jejaskan kesihatan murid. iii. Tandas sekolah perlu diperbaiki. Murid-murid perlu diingatkn tentang kebersihan tandas bersama. Pencadang : Mardiana binti Abdullah Norhashirah binti Rosmali Zarina binti Abdul Wahid Kehadiran : Kenyataan : Makluman : 10
Pembentangan Usul Usul 7: i. Mohon ibu bapa yg mengambil anak sendiri tidak menggunakan Pagar B. ii. Bagi mengelakkan kesesakan semasa waktu puncak iaitu semasa pagi, tengahari & petang dicadangkan supaya diwujudkan kerjasama antara PIBG dengan PDRM/RELA agar kesesakan lalu lintas dapat dikawal dengan lebih berkesan. iii. Meminta kerjasama dari pihak sekolah untuk menjaga trafik semasa murid sesi pagi balik. iv. Meletak kon dan papan tanda untuk keluar masuk kereta supaya mudah untuk ibu ayah menurunkan anak-anak. Untuk memudahkan cikgu dan pengawal keselamatan mengawal pergerakan keluar masuk kereta. Pencadang : Siti Sulaida binti Hamzah Ja'apar bin Samat Puan Kapie anak Mongi Azlan bin Yuman Kehadiran : Kenyataan : Makluman : Usul 8: i. Mohon pihak pengurusan pra tolong peka dalam menjaga kesegaran makanan sebelum diagihkan kepada murid-murid. ii. Berikan masa kepada murid sesi petang untuk menunaikan solat zohor jika dewan tidak dapat digunakan kerana ada program lain. Pencadang : Nur Leona Iman binti Abdullah Maszlin binti Syahril Joni Kehadiran : Kenyataan : Makluman : 11
Jawatankuasa PIBG JAWATANKUASA PIBG SK BANDAR SERI ALAM TAHUN 2022 – 2023 En Yusri bin Zakariah : Penasihat PIBG En Md Razi bin Johari : Yang Dipertua En Mohd Noor Aidil bin Md Said : Naib Yang Dipertua Cik Nur Fatin Afiqah binti Abd Rahman: Setiausaha kehormat Pn. Nor Atikah binti Omar : Bendahari En Aris Fadzillah bin Basrah : AJK Ibu Bapa En Azmi bin Sidek : AJK Ibu Bapa Siti Sulaida binti Hamzah : AJK Ibu Bapa En Mohd Asri bin Hj Abd Rahman : AJK Ibu Bapa En Mohd Zulhuzairi bin Mohammad : AJK Guru Cik Najwaa binti Muslim : AJK Guru Muhamad Mursyid Mohamad Zakaria : AJK Guru Pn. Yokhana A/P Palani : AJK Guru En Wan Mohammad Aiman Azri Bin Wan Yusoff : Pemeriksa Kira-kira En Thevakumar A/L Sivam : Pemeriksa Kira-kira 12
Agenda Mesyuarat 8.00 pagi: - Bacaan doa - Ucapan Penasihat, Guru Besar SK Bandar Seri Alam - Ucapan Naib Yang Dipertua PIBG SK Bandar Seri Alam 8.15 pagi: - Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 8.30 pagi: - Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2022 8.45 pagi: - Perbincangan dan penetapan sumbangan PIBG bagi tahun 2023/2024 - Pembentangan usul/cadangan - Pembubaran AJK PIBG SK Bandar Seri Alam sesi 2022/2023 - Pelantikan pengerusi sementara. - Pemilihan dan pelantikan AJK PIBG SK Bandar Seri Alam sesi 2023/2024 - Hal-hal lain 9.50 pagi: - Ucapan penangguhan oleh NYDP PIBG sesi 2022/2023 13
Minit Mesyuarat 1.0 2.0 Perutusan Pengerusi Ucapan alu-aluan oleh YDP. Beliau mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang hadir pada hari ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang turut serta dengan setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Beliau juga memperkenalkan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022. Beliau turut membuka peluang kepada ibu bapa untuk bertanya tentang perkara berbangkit. Bagi perbincangan dan penetapan sumbangan PIBG 2022, beliau menyerahkan kepada Guru Besar, Encik Yusri bin Zakaria. Tindakan : YDP PIBG Ucapan Guru Besar Beliau menyentuh tentang kewangan bagi tahun 2021. Beliau mengucapkan terima kasih kepada 704 keluarga yang telah memberi sumbangan di mana sepatutnya 1002 keluarga yang memberi sumbangan. Walaupun begitu, beliau memahami keadaan semasa itu di mana Covid-19 sedang melanda. Beliau turut menyatakan bahawa sekolah ini antara sekolah yang memohon sumbangan PIBG yang paling rendah iaitu RM50 untuk sebuah keluarga. Sumbangan PIBG digunakan untuk pembangunan sekolah. Contohnya, tandas murid yang tersumbat dibaiki. Endemik Covid-19 ini menyebabkan aktiviti sekolah kembali rancak dan sekolah memerlukan dana. Maka Guru Besar mengharapkan para ibu bapa dapat mencapai keputusan yang terbaik. Guru Besar juga memohon agar ibu bapa memberi cadangan penetapan sumbangan bagi tahun 2022/2023 dan mengharapkan supaya sumbangan dinaikkan atau dikekalkan. Tindakan : Guru Besar SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SERI ALAM MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG BIL KE 20 SESI 2022/2023 Tarikh / Hari : 26 Jun 2022 / Ahad Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Terbuka, SK Bandar Seri Alam Pengerusi : En. Md Razi bin Johari Kehadiran : 236 orang 14
Minit Mesyuarat 3.0 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19 2021 / 2022 3.1 Cik Nur Fatin Afiqah binti Abd Rahman selaku Setiausaha Kehormat PIBG telah membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 19. 3.2 Cadangan untuk Pengesahan : Puan Nor Hadeka binti Hadan 3.3 Disokong oleh : Muhammad Amiruddin bin Ismail Tindakan : Setiausaha Kehormat 4.0 Pembentangan dan pengesahan Laporan Kewangan PIBG sesi 2021 / 2022 (berakhir 31 Disember 2021) 4.1 Puan Nor Atikah binti Omar selaku Bendahari Kehormat PIBG telah membentangkan penyata kewangan dari 1 Januari hingga 31 Disember 2021. 4.2 Cadangan untuk Pengesahan : Puan Amirah. 4.3 Disokong oleh : Puan Maizura. 4.4 Untuk makluman, kutipan sumbangan yuran PIBG bagi tahun semasa sebanyak RM35,200.50 (mewakili 704 keluarga yang menyumbang). 4.4 Sehubungan dengan itu, ahli mesyuarat PIBG bersepakat sumbangan PIBG bagi satu keluarga sebanyak RM70.00 untuk tahun 2022. Tindakan: Bendahari Kehormat 5.0 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020 / 2021 5.1 En. Md. Razi mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG bagi sesi 2020/2021 atas sumbangan khidmat bakti yang telah diberikan. seterusnya beliau membubarkan AJK PIBG 2020 /2021. 5.2 En Yusri Bin Zakariah selaku Guru Besar dilantik sebagai pengerusi sementara. Tindakan: YDP PIBG 6.0 Pemilihan dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 6.1 Ahli mesyuarat bersetuju AJK PIBG SK Bandar Seri Alam dikekalkan sehingga tahun hadapan (2023) 15
Minit Mesyuarat 6. 2 Jawatankuasa yang baru bagi sesi 2022 /2023 1. Yang Dipertua : En Md Razi bin Johari 2. Naib Yang Dipertua : En Mohd Noor Aidil bin Md Said 3. Setiausaha Kehormat : Cik Nur Fatin Afiqah binti Abd Rahman 4. Bendahari Kehormat : Pn Nora’tikah binti Omar AJK wakil guru 1. En Mohd Zulhairi bin Mohammad 2. Cik Najwaa Binti Muslim 3. En Mursyid bin Zakaria 4. Puan Yokhana A/P Palani AJK wakil ibu bapa 1. En Aris Fadzillah Bin Basrah 2. En Azmi bin Sisek 3. Pn Siti Sulaida Binti Hamzah 4. En Asri Bin Hj Abd Rahman ( wakil pemandu bas/van sekolah) Juruaudit dalaman 1. En Wan Mohammad Aiman Azri Bin Wan Yusoff (wakil guru) 2. En Thevakumar A/L Sivam (wakil ibu bapa) Tindakan : YDP PIBG 6.3 Mesyuarat bersetuju penandatangan adalah 2 orang daripada 3 orang penandatangan cek. 7.0 Membahaskan Usul Usul 1: i) Mencadangkan nilai sumbangan dana PIBG sebanyak RM50.00 dikekalkan. Pencadang : Subaida Binti Dullah Kehadiran : Kenyataan : En Muhd Radzi bin Mustafa mencadangkan sumbangan dana PIBG dinaikkan kepada RM70 supaya ada penambahbaikan untuk prasarana sekolah. Undian majoriti ibu bapa bersetuju sumbangan dinaikkan dari RM50 kepada RM70 untuk sebuah keluarga. Makluman : Usul 2: i) Kualiti kebersihan kantin perlu dipertingkatkan. ii) Tambah baik fasiliti di kantin. Tambah bilangan kerusi yang baik dan selamat untuk murid duduk. iii) Pelbagaikan menu di kantin & tingkatkan 16
Minit Mesyuarat kesedapan/rasa makanan yang dijual. iv) Sediakan makanan kantin yang lebih berkhasiat & pelbagaikan menu (weekly/monthly lunch box package) v) Guru yang bertugas sentiasa memantau kualiti makanan murid. Harga untuk makanan murid juga perlu diteliti lagi kerana tidak sepadan dengan kualiti makanan. Pencadang : Ruby Rafael Mohammad Radzi bin Mustafa Ruzawati binti Jumiran Kehadiran : Kenyataan : GPK HEM Pn Noorafizah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang cakna tentang isu kantin dan menjawab isu-isu yang diusulkan. Pihak kantin dan pihak sekolah telah bertemu dan berbincang mengenai perkara tersebut. Bagi isu kebersihan, pihak kantin yang mengalami isu kekurangan tenaga pekerja sebelum ini telah selesai dan pihak sekolah meminta murid perlu dididik tentang kebersihan bermula dari rumah. Pada dua minggu lepas, pihak sekolah telah menerima 20 buah kerusi sumbangan daripada pihak guru dan 10 buah daripada pihak PPD Pasir Gudang. Pihak sekolah juga masih menunggu maklum balas permohonan daripada pihak KPM dan ahli politik untuk sumbangan menambah baik fasiliti sekolah. Pihak sekolah juga mengalu-alukan ibu bapa untuk sumbangan kerusi. Untuk isu kepadatan murid, pihak sekolah telah membuat penyusunan tempat murid untuk makan sewaktu rehat. Murid RMT untuk 2 sesi seramai 300 lebih makan di gelanggang manakala murid yang membawa bekal makan di kantin. Bagi cadangan ‘lunch box package’, pihak kantin bersetuju untuk menyediakannya dan ibu bapa yang berminat boleh berurusan terus dengan guru kelas. Bagi cadangan supaya kualiti makanan kantin perlu dipantau, Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada pencadang. Beliau menyatakan akan berjumpa semula dengan pengusaha kantin dan berjanji akan perbaiki lagi tahap kualiti makanan. Makluman : 17
Minit Mesyuarat Usul 3: i) Anak-anak jika tidak sihat minta terus hantar ke klinik dulu oleh pihak sekolah. Pencadang : Rahman bin Hashim Kehadiran : Kenyataan : GPK HEM menyatakan bahawa KPM dan PPD telah mengeluarkan pekeliling dan SOP supaya murid yang demam atau tidak sihat dilarang untuk dihantar ke klinik/hospital. GPK HEM menjelaskan prosedur jika murid sakit perlu hantar ke bilik kesihatan sahaja. Beliau juga menyarankan ibu bapa/penjaga supaya tidak mematikan telefon bimbit jika berlaku sebarang kecemasan. Ibu bapa juga perlu memastikan murid sihat untuk pergi ke sekolah. Makluman : Usul 4: i) Wujudkan tabung kelas dimana ibubapa bapa boleh menyumbang / diwajibkan menyumbang mengikut amaun tertentu. Oleh itu duit tabung boleh digunakan untuk kegunaan akademik anak-anak di dalam kelas berkenaan. ii) Keceriaan kelas dipertingkat iii) Menambah kipas di dalam kelas Pencadang : Suzainah Rahmat Mazrizan bin Majid Sharefah binti Abd Rahman Kehadiran : Kenyataan : Guru Besar menyerahkan kepada guru kelas untuk mewujudkan tabung kelas. Beliau memaklumkan bahawa pada 23 Julai 2022, projek keceriaan kelas akan diadakan untuk memasang wallpaper/ banner bacaan doa. Pihak sekolah juga bercadang untuk memasang langsir yang sama untuk semua kelas pada akhir tahun. Cikgu Faizullah bertanggungjawab untuk bahagian pembangunan telah mengenal pasti kelas yang perlu untuk tambahan kipas. Makluman : Usul 5: i) Penambahan mesin air memudahkan anak-anak mengisi air di dalam botol bila kehabisan serta menggalakkan anak-anak minum lebih banyak air ketika cuaca panas. Pencadang : Mohamad D.Zul Ikhram bin Ariffin Kehadiran : Kenyataan : YDP PIBG menjawab usul di mana perkara ini telah dibincangkan di dalam mesyuarat AJK PIBG baru-baru ini. Mesin penapis air akan disediakan untuk kegunaan muridmurid. Makluman : 18
Minit Mesyuarat Usul 6: i) Semua buku teks tidak perlu dibawa pulang untuk mengelakkan dari rosak atau hilang. Hanya dibawa pulang jika ada kerja sekolah sahaja. ii) Maksimumkan penggunaan buku yang dibeli di koperasi sekolah iii) setiap kelas untuk sediakan kotak simpan buku/ rak buku iv) Sediakan loker untuk penyimpanan buku v) Buku yang digunakan oleh murid. Guru perlu maklumkan lebih awal untuk penggunaan buku latihan dan buku tulis. Penggunaan buku aktiviti yang tidak digunakan secara maksima merupakan satu pembaziran. Guru perlu menetapkan penggunaan bilangan guru bagi setiap mata pelajaran. Selain itu, isu peminjaman alat tulis sesama murid. Pencadang : Udzairah Ughayia Norziah binti Zakaria Nik Mohd Faizal bin Salleh Fairuz bin Md Ali Nor Hafsah binti Mohd Sulaiman Ir. Muhammad Zamir bin Mohd Zamberi Khairul Izwan bin Mohd Yusof Normindah binti Saleh Mohd Faizal Kehadiran : Kenyataan : Puan Azura, GPK Petang menjawab usul di mana buku teks tidak boleh diletakkan di dalam kelas kerana loker belum disediakan untuk semua murid. Pihak sekolah belum berkemampuan untuk menyediakan loker kerana memerlukan kos yang tinggi. Selain itu, sebuah kelas berkongsi murid sesi pagi dan petang melibatkan lebih kurang 70 orang murid. Guru kelas telah mengambil inisiatif menyediakan rak buku untuk menyimpan buku-buku latihan. GPK Petang juga mengalu-alukan ibu bapa untuk membantu guru kelas menyediakan rak buku di dalam kelas. Untuk isu beg murid yang berat, jadual anjal telah disediakan di mana murid hanya perlu membawa buku untuk 5 subjek sehari. Pihak sekolah juga bimbang jika buku teks ditinggalkan di dalam kelas, kemungkinan besar buku akan hilang. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada pencadang. Pihak pentadbir akan lebih cakna tentang isu yang diusulkan. Beliau juga memberikan nombor telefon untuk dihubungi supaya mudah ibu bapa hubungi jika perlu. 19
Minit Mesyuarat Usul 7: i) Isu kesesakan waktu kemuncak menghantar dan mengambil anak di jalan raya hadapan sekolah. ii) Adakan laluan sehala waktu datang dan balik bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas juga mengelakkan berlaku kemalangan. iii) Membuat atap tempat menurunkan anak-nak dari van agar saat hujan anak-anak tidak basah. iv) Menyediakan koridor laluan penjalan kaki kepada pelajar-pelajar yang pergi dan balik dari sekolah. v) Memasang cctv. vi) Sediakan khemah/ruangan yang lebih luas dan selesa untuk anak-anak menunggu ibu bapa mereka.Hal ini berikutan keadaan yang sesak berlaku di hadapan pintu A terutama semasa hari hujan. Pencadang : Muhammad Syafiq bin Mohd Nor Mazillah binti Muhammad Piah Mohd Zaki bin Harun Jelening Anak Emparan Mohd Fazli bin Md Suboh Hirmina bte Taib Mohd Firdaus bin Che Me Kehadiran : Kenyataan : Guru Besar menyatakan isu kesesakan pada waktu puncak telah dibawa dalam mesyuarat AJK PIBG. Cadangan laluan sehala waktu datang akan dipertimbangkan lagi. Untuk cadangan pemasangan CCTV juga akan diteliti lagi kerana telah berlaku kes kecurian. Selain itu, pihak sekolah dan PIBG telah menyumbangkan khemah dan sedang mengenal pasti tempat yang sesuai untuk pemasangan khemah. Selain itu, pihak sekolah juga bercadang untuk menaik taraf dengan menyimen tempat murid menunggu waktu pulang. Makluman : Usul 8: i) Untuk subjek DSV adalah lebih baik guru sediakan/belikan barang,dan tentang duit untuk beli barang,ibu bapa sanggup bayarkan. ii) Subjek yang memerlukan murid untuk membawa peralatan, saya ingin meminta kerjasama daripada cikgu-cikgu untuk memaklumkan kepada pihak ibu bapa sehari awal dan pada waktu siang. iii) Kerja dalam buku kerja buat terus hantar. 20
Minit Mesyuarat Pencadang : Nur Kamarliah Kamardin Norliana bt Ahmad Jalini Sunidah binti Yem Kehadiran : Kenyataan : GPK Petang mengucapkan terima kasih atas ingatan ibu bapa. Panitia PSV telah berbincang mengenai perkara ini dan bersedia untuk menyediakan peralatan seni menggunakan peruntukan khas supaya dapat mengurangkan beban murid untuk membawa ke sekolah. Beliau juga menyatakan bahawa guru-guru yang mengajar subjek DSV telah membuat makluman lebih awal tentang aktiviti DSV. Namun, kemungkinan ada keciciran maklumat dalam kalangan guru. Makluman : Usul 9: i) Kerap mengadakan perjumpaan antara ibu bapa dan guru bagi memaklumkan prestasi murid. ii) Mencadangkan agar program homeroom atau keluarga angkat (seperti modul MRSM). Nisbah dicadangkan seorang guru bagi 10 murid yang sama aliran. Objektif utama adalah untuk memantau perkembangan sahsiah dan akademik murid. iii) Mengadakan Hari Anugerah Pencapaian Terbaik Pelajar bagi tahun 1 sehingga 6. Pencadang : Siti Norazila binti Daud Mohd Azizul bin Abu Kassim Sallaudin bin Hassan Kehadiran : Kenyataan : Guru Besar menyatakan Hari Terbuka akan diadakan pada masa akan datang. Selain itu, Hari Anugerah Cemerlang juga akan diadakan untuk meraikan pencapaian murid yang cemerlang. Makluman : Usul 10: i) Acara sukan tahunan diperbanyakkan. Tidak tertumpu pada acara padang semata, mungkin boleh masukan acara sukaneka juga untuk pelajar. ii) Tukar design baju sukan dan PJK. Syor menggunakan jenis kain jersi agar tidak nampak pudar. iii) PAJSK - guru kokurikulum perlu menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan perlaksaan PAJSK bagi memastikan semua ibu bapa maklum dan mengambil tindakan agar markah PAJSK yang baik dapat diperolehi. iv) Menganjurkan kempen sukan. v) Aktiviti sekolah rendah seperti hari sukan, tidak bertindih dengan jadual harian sekolah agama. 21
Minit Mesyuarat Pencadang : Mohammad Alif bin Abdullah Monira Binti Mohd.Ali Nadzrah Binti Sa'adan Maimon Binti Yahya Mohd Farhan Bin Sopri Kehadiran : Kenyataan : Guru Besar memberi maklum balas bahawa beliau akan berbincang dengan GPK Kokurikulum dan SU Sukan mengenai cadangan pertama. Untuk usul yang kedua, beliau memaklumkan stok yang lama perlu dihabiskan untuk menukar design baju sukan yang baru. Usul mengenai PAJSK pula perancangan telah dibuat dan guru akan memberi maklumat yang jelas kepada ibu bapa dan murid mengenai cara perlaksanaannya. Selain itu, Guru Besar juga menyatakan akan mengadakan pertemuan dengan Guru Besar sekolah agama untuk berbincang mengenai aktiviti sekolah yang bertindan dengan sesi sekolah agama. Makluman : 8.0 PENUTUP 8.1 Encik Md Razi, YDP PIBG meminta ibu bapa supa memanfaatkan nombor telefon yang telah diberikan oleh Guru Besar. Beliau juga meminta mandat daripada ibu bapa untuk mengekalkan AJK PIBG kerana AJK semasa adalah AJK yang bertugas sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Undian majoriti bersetuju untuk mengekalkan AJK PIBG bagi sesi 2022/2023. YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan sokongan yang diberikan. Beliau menyatakan sekiranya terdapat masalah ibu bapa boleh berhubung dengan wakil PIBG. Mesyuarat ditangguhkan pada 9.55 pagi Disediakan Oleh, Disemak Oleh, ( ) ( ) NUR FATIN AFIQAH BINTI ABD RAHMAN MD RAZI BIN JOHARI Setiausaha Kehormat PIBG YDP PIBG SK Bandar Seri Alam SK Bandar Seri Alam Tarikh : Tarikh fatinafiqah razi 22
Laporan Kewangan PIBG SK BANDAR SERI ALAM PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 RM RM Baki b/b 47,848.73 Penerimaan Sumbangan Ahli 81,277.50 Sumbangan Wakaf Rehal 8,040.00 Sumbangan Bantuan Pelajar Miskin (Waqaf An Nur) 1,000.00 Sumbangan BAP Johor 108,450.00 Duit Kertas 11,772.00 Sumbangan YB Hassan Karim (MSSJ Bola Sepak) 4,275.00 Sumbangan Majlis Agama Islam Johor (Asnaf) 15,263.80 Sumbangan YB Steven (MSSM Bola Sepak) 1,000.00 Sumbangan Kedai Buku (Hari Kanak-Kanak) 300.00 Sumbangan MAXIS (HIP) 1,500.00 Sumbangan Wakaf Menunggu 9,000.00 Hibah 55.67 241,933.17 289,782.70 Tolak: Pembayaran Sumbangan Covid 200.00 Insentif sukan & alatan 11,950.00 Kos pengangkutan & pekerja 1,250.00 Hadiah pemenang Citra Mural Gemilang Johor 800.00 Kos fotostat Pentaksiran Setara Standard & kertas A4 8,921.51 BARSA Food Bank 12,625.00 Program 3K 3,120.00 Majlis Akhir Tahun 6 450.00 Wakaf rehal 8,040.00 Hadiah persaraaan & perpindahan guru 200.00 Kos pembangunan sekolah 2,000.00 Infaq Ramadan 500.00 Sumbangan Asnaf 5,000.00 Vest ketua darjah 4,300.00 23
Laporan Kewangan Naik taraf PSS 1,700.00 Mesyuarat Agong Tahunan & pengurusan 10,468.50 Maulidur Rasul 3,000.00 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 108,450.00 Kos penyelenggaraan bumbung, tandas,lantai & elektrik 5,960.00 Program Tandas Lestari 2,270.00 Program Ibu Bapa Cakna PERMATA 700.00 Naik taraf surau 2,000.00 Kos pemasangan CCTV 1,300.00 Naik taraf kantin 3,000.00 Hari Bicara Akademik 1,500.00 Insentif Top 5 bayaran PIBG 500.00 Hari Kanak-kanak 2,600.00 Sumbangan eKasih 11,263.00 Kek Hari Guru 200.00 Caj Bank 44.50 214,312.51 Baki h/b 75,470.19 DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH, Atikah THEVAKUMAR (NOR ATIKAH BINTI OMAR) THEVAKUMAR A/L SIVAM BENDAHARI PIBG JURUAUDIT DALAMAN 24
Jawatankuasa Kerja FLOOR MANAGER - NUR FATIN AFIQAH BINTI ABD RAHMAN - MUHAINIZA BINTI RAMLI PENYAMBUT TETAMU KEHORMAT - EN MOHD NOOR AIDIL BIN MD SAID - EN THEVAKUMAR A/L SIVAM - PN. SITI SULAIDA HAMZAH - EN ARIS FADZILLAH BIN BASRAH - EN AZMI BIN SISEK - EN. MOHD ASRI BIN ABDUL RAHMAN -PENTABIR SEKOLAH SAMBUTAN & PROTOKOL - MUHAMAD AFUW FATAAH BIN RAHMAT - YOKHANAH A/P PALANI - FAZIAH BINTI AHMAD KOMPANG - MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD ZULKIFLI - MUHAMMAD ZULFAHMI BIN YAHAYA BUKU PROGRAM - 'AIN IZZA ASNIERA BINTI AB RAHMAN - NUR AFIQAH HUSNA BINTI HASSIM - NURHAKIMAH BINTI ABDUL ROHIM - NURUL NADIA BINTI MISMAN PENGACARA MAJLIS - MUHAMMAD HALIM BIN SALEH - SITI HAWA BINTI MOHD YUNUS - ZALINA BINTI MOHSIN PENGURUSAN HADIAH HARI ANUGERAH CEMERLANG SIJIL - NURUL IZYANTI BINTI IDERIS - SARMILA A/P SUNDAR - MONIZA BINTI SURADI - NURSYAHIRAH FAZLIA BT AHMAD ZAMRI - NUR HANIS NABILA BINTI ABDULLAH TEMPAHAN HADIAH/PIALA -NORA’TIKAH BINTI OMAR -RUSMIYATI BINTI KAMARUDDIN PENGELOLA PENERIMA ANUGERAH - NORHALIFAH BINTI ESHAK - MOHD NAZRI BIN MAT DAUD - MUHAMAD AMIRUDDIN BIN ISMAIL - MAZIYAN BINTI MOHD ZAID @ MD ZAID - NORZAKIAH BINTI HAMZAH JEMPUTAN MURID -ROSMALIZA BINTI ISMAIL - AMILIA BINTI ARSAT -TANG LEE CHIN PENGELOLA HADIAH - AMYLIA BINTI HAMZAH - NORIAH BT JUSOH - MELVIN GEORAGE A/L MARIA RAZAL - MUHAMMAD ISMAT BIN MOHAMED RAZALI -NORASHIKIN BINTI OTHMAN 25
Jawatankuasa Kerja PENGURUSAN BANNER/ BACKDROP/ HEBAHAN MEDIA SOSIAL - MUHAMMAD TAUFIQ BIN MASRIKIN @ MOHD TARMIZI BACAAN DOA - MUHAMMAD ZULFAHMI BIN YAHAYA HIASAN PENTAS - WAN MOHAMAD AIMAN AZRI BIN WAN YUSOFF - ALISYA RAIHAN BINTI ABDUL RAHMAN - MOHD HAZIQ BIN JEBAT - NUR ILYANA BINTI ISHAK - NUR ADILA SAKINAH BINTI HASSAN - NOR FARAH WAHIDAH BINTI ARIFFIN - SAKINAH BINTI CHE IBRAHIM PERSIAPAN TEMPAT/PERALATAN -MOHD ZAKWAN BIN MOHD ZAMRI -MOHD FAIZULLAH B MOHAMED -MUHAMMAD AFIQ IRFAN BIN AZRI -RAHMAN BIN AMBAK -SURESKUMAR A/L M. NAGARAJAN -MUHAMMAD RIDHWAN BIN IBRAHIM -MOHD RIDZUAN BIN DESA -NORZULHILMI BIN MOHAMAD -HILMI BIN MOHD YAIDIN PENGURUSAN KHEMAH - MOHD ZULHAIRI BIN MOHAMAD @ MOHD ZIN KEBERSIHAN - WAN ROHAYANI BINTI WAN YUSOF (K) - RADHIAH BINTI MAT MIN -THANALECHENY A/P KUTTIANNAN - NURAL HAYATI BINTI MUHAMMAD - PRASANA A/P ASOKAN -PEKERJA KEBERSIHAN -SEMUA GURU SISTEM SIAR RAYA - MUHAMAD MURSYID B MOHAMAD ZAKARIA - MUHAMMAD IQBAL BIN SHAHIDAN - MOHD ZAFRUL HAFIZ BIN ZAA’BA - ENCIK MOHD NOOR AIDIL BIN MD SAID JURUGAMBAR - MOHD FARHAN B ABDUL AZIZ - NORHASLIZA BINTI ROSLI -NORAIDA BINTI CHE AHMAD - MUHAMMAD TAUFIQ BIN MASRIKIN @ MOHD TARMIZI PERSEMBAHAN MURID -HAFIFAH BINTI MOHAMED NOORDEEN - TENGKU HARZIANNTI BT TENGKU ABDUL HAMID - RAYMONA ANAK SAIN - EN MOHD NOOR AIDIL BIN MD SAID - RAYMONA ANAK SAIN - EN MOHD NOOR AIDIL BIN MD 26
Jawatankuasa Kerja PENDAFTARAN GURU & IBU BAPA - AMINAH CENDRAKASIH BINTI SUHAIMEE - K NALINI A/P KUMARSAMY - NUR AQMA NAJIHAH BINTI AZIZ - SUHAIZA BINTI SUKIMAN -SITI JANILA BT SARAM PENDAFTARAN MURID - NUR FADHILAH BINTI ARIFIN - SITI HALEMAHTUN BINTI MD HATAR JAMUAN VIP - NORSIAH BINTI MAMAT - NORIANI BT SULONG - HUSNA BINTI OTHMAN - NORISA BINTI MUHAMMAD ZAIN - NUR AMALINA BINTI ESA - NURATHIRAH BINTI JUHARI JAMUAN GURU - NAJIHAH BINTI MOHAMAD @ ASMARA - ROHAIZA BINTI MOHD SOOM JAMUAN IBU BAPA -NAJWAA BINTI MUSLIM - NOOR AZEAN BINTI SIKH MAIDIN - ZURIA BT YAHAYA - PN. SITI SULAIDA HAMZAH JAMUAN MURID -NURUL AIFA FARIHA BINTI MOHD RUHAIZAT - ZURAIDAH BINTI PARAMAN - WAN HASLYANA BINTI WAN HASHIM CENDERAMATA VIP & ‘DOOR GIFT’ - SALBINA BT MUDA -NURUL SYAZWANI BINTI RAMLI -YAZIAH BINTI KHAMIS -ZAIRINISA BINTI MIRAN TEKS UCAPAN - NAWAITUL JAMILAH BINTI TAHJUDDIN - NORHAYATI BINTI KEMAD PENCATAT MINIT - NORAISHAH BINTI MOHD SALIMIN - NOR FUZAIHAN BINTI JALAL - SALASIAH BINTI IDRIS @ ISMAIL PENGIRA UNDI - MUHAMMAD RIDHWAN BIN IBRAHIM - RADZUAN BIN KASIM - ENCIK ARIS - ENCIK ASRI USUL MESYUARAT -NUR FATIN AFIQAH BINTI ABD RAHMAN -RUZAWATI BINTI JUMIRAN - NAJIAH BINTI AB HALIM AGENSI LUAR -NUR FARHANA BINTI ROSLLEY -MUHAMMAD HAIKAL BIN ARBA'AI 27
Jawatankuasa Kerja HADIAH CABUTAN BERTUAH/ SIJIL PENGHARGAAN/CENDERAMATA AJK TAJAAN/ CABUTAN BERTUAH - RUSMIZA BINTI MAT - BARISAN PENTADBIR - AZRIN BINTI SHAMSUDDIN - SAROJINEE A/P KUTTIAPPAN - MUSPIRAH BINTI SAIDI -NORLIZA BINTI MOHD NOR -RUQAIYAH BINTI JAMAL SIJIL & CENDERAMATA AJK - NURMAHFUZAH BINTI MAHAMADDIN - NOR SABRINA BINTI MOHD FUZI DOKUMENTASI - WAN NOOR ADAWIYAH BINTI WAN ROSLEE - SITI LIYANA BINTI ROZMI 28
Penerima Anugerah ANUGERAH TERBAIK ALIRAN TAHUN 1: MUHAMMAD SUDAIS BIN ABDUL BASIT TAHUN 2: NUR AMIRA JANNAH BINTI ROSMAN TAHUN 3: NUR AIN SAFFIYAH BINTI ANUDDIN TAHUN 4: AMNI SAFFIYA BINTI MOHD AJIB TAHUN 5: ALKABIR BIN MOHD JUSUH ANUGERAH SAHSIAH TERPUJI TAHUN 1: AUFA DAHLIA BINTI JAMALUDIN TAHUN 2: MUHAMMAD NAZMI BIN ZAINAL ABIDIN TAHUN 3: MUHAMMAD AQIL BIN NOOR AZMAN TAHUN 4: AIMY SYUHAIRA BINTI MOHD HASHIM TAHUN 5: NUR NABILA MAISARAH BINTI MD NIZAM ANUGERAH CEMERLANG SUKAN & PERMAINAN BOLA TAMPAR NUR SYAFINA BINTI ABDULLAH TENIS NUR IRDINA AMNI BINTI KAMARUDIN BOLA SEPAK - AJAD BIN JAMALI - MUHAMMAD RYAN REEZQEY BIN ZURAINI - MUHAMMAD FAEZ MIQAEL BIN ABDUL 'AZIM - MOHAMMAD AMIRUL SYAQIR BIN ABDUL 'AZIM - MUHAMMAD FAIRUZ AKMAL BIN ABDULLAH - WAQIUDDIN BIN WAHID - MUHAMMAD AMMAR ASYRAF BIN SHAMSUL ARIFFIN BOLA BALING AMANDA TIONG ANAK ANIENG OLAHRAGA NURUL DANIA BATRISYIA BINTI AHMAD ABDUL HAFIZ 29 ANUGERAH KOKURIKULUM ANUGERAH KHAS TARIAN INDIVIDU NUR AZURA BINTI BAKERI KUMPULAN TARI AURA MAGIKA - MUHAMMAD IZZAT RIZQI BIN MOHD RAZLAN - AIDIL HAQEEM BIN SALAHUDDIN - AL FAHUDI FAHMI BIN ABDULLAH - MUHAMMAD NUR AFIQ RIDHUWAN BIN SUDIRMAN - NUR QHAILA MAISARA BINTI HERIYANTO - DHIYA BATRISYA BINTI ADISTRIYA - AUNI SYAQIRA BINTI AMIRHYDE - JELITA JUWITA AISYAH BT ELYSA NIZAL ANUGERAH & UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING PRS TERBAIK LELAKI MUHAMMAD FAHIM NAUFAL BIN FAJWAN
Penerima Anugerah ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN TAHUN 1 BAHASA MELAYU: MUHAMMAD SUDAIS BIN ABDUL BASIT 1 ADAB BAHASA INGGERIS: NOOR AMALIA BINTI IDHAM EZAIDY 1 ADAB MATEMATIK: AISY HANANIA BINTI MALEK 1 ADAB SAINS: MUHAMMAD SUDAIS BIN ABDUL BASIT 1 ADAB PENDIDIKAN ISLAM: AISY HANANIA BINTI MALEK 1 ADAB PENDIDIKAN MORAL: DORIS SUNGKARON 1 AZAM ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN TAHUN 2 BAHASA MELAYU: NUR AMIRA JANNAH BINTI ROSMAN 2 ADAB BAHASA INGGERIS: NUR QHALIZSYA ELIZSYA BINTI MOHD HAFIZ 2 ADAB MATEMATIK: MUHAMMAD ZHAFRAN BIN MUHAMMAD IRFAN 2 ADAB SAINS: NUR AUFA ADAWIYAH BINTI ANUDDIN 2 ADAB PENDIDIKAN ISLAM: MOHAMAD FAIDZ HAKIMI BIN AMY HEARRYANTOO 2 ADAB PENDIDIKAN MORAL: HARRJUTHAN A/L SIVARAMAN 2 ADAB 30
Penerima Anugerah ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN TAHUN 3 BAHASA MELAYU: NUR AIN SAFFIYAH BINTI ANUDDIN 3 ADAB BAHASA INGGERIS: MUHAMMAD AQIL BIN NOOR AZMAN 3 ADAB MATEMATIK: MUHAMMAD AQIL HARITH BIN MUHAMMAD AHLAM 3 ADAB SAINS: DHIA SAFIYYA BINTI NIK MOHD PADLULLAH 3 ADAB PENDIDIKAN ISLAM: NUR NATRAH MUNIRA BINTI MD NIZAM 3 ADAB PENDIDIKAN MORAL: CHRIS EVELINA 3 ADAB ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN TAHUN 4 BAHASA MELAYU: MUHAMMAD HARISH HAQIM BIN MOHAMAD 4 ADAB BAHASA INGGERIS: NUR HANNAN BINTI MD NOR HADI 4 ADAB MATEMATIK: ALYSSA ZAHRA BINTI SUHAIZAR 4 ADAB SAINS: AMNI SAFFIYA BINTI MOHD AJIB 4 ADAB SEJARAH: NUR SAKINAH SYAZWANI BINTI HERYZAN 4 AMAL PENDIDIKAN ISLAM: MUHAMMAD HARIZ QHAIRUN BIN MD PADGLI 4 ARIF PENDIDIKAN MORAL: PHARMELLA ANAK THONY 4 ADAB 31
Penerima Anugerah ANUGERAH TERBAIK MATA PELAJARAN TAHUN 5 BAHASA MELAYU: NUR NABILA MAISARAH BINTI MD NIZAM 5 ADAB BAHASA INGGERIS: VESHAANT A/L MURUGAN 5 AMAL MATEMATIK: AZRIEQ NAZRIEZ BIN AZALI 5 ADAB SAINS: ALKABIR BIN MOHD JUSUH 5 ADAB SEJARAH: ALKABIR BIN MOHD JUSUH 5 ADAB PENDIDIKAN ISLAM: MOHAMAD HARITH FAHMI BIN MOHAMAD FIVEROS 5 ADAB PENDIDIKAN MORAL: PATRYCIA AMYRA ANDEREAS 5 ARIF ANUGERAH TERBAIK MENGIKUT KELAS TAHUN 1 MUHAMMAD SUDAIS BIN ABDUL BASIT 1 ADAB ZARA SOFEIYA BINTI ANWAR 1 ARIF ELLYSHA BINTI HASRE 1 AMAL MUHAMMAD ASYRAF ANAQI BIN MUHAMMAD AMRIZAL 1 ADIL HUSNA SOHEYLA BINTI NOR MOHD DINI 1 AZAM MUHAMMAD IRSYAD HAQAISY BIN INDRA ELPI 1 AJWAD SAFIAH MAISARAH BINTI AZLAN 1 AMAN MUHAMMAD SYAFIIQ AQMAL BIN BORHAN 1 AKRAB LYEAVIRGIL RYDIA ANAK RAMLEE 1 AFDAL AISHAH DELISHA BINTI KHAIRULNIZAM 1 AFIAT NUR DAYANA QAISARA BINTI RAHMAN 1 ABRAR ANUGERAH SWADAYA ( MURID PEMULIHAN) - PUTRI ANGEL (3 AFDAL) - MOHAMMAD ALSHARIF BIN ABD WAHAB - (3 AFIAT) - NURUL IZZATI BINTI IBRAHIM (3 AFIAT) 32
Penerima Anugerah ANUGERAH TERBAIK MENGIKUT KELAS TAHUN 2 NUR AMIRA JANNAH BINTI ROSMAN 2 ADAB AUNI MAISARAH BINTI MOHIDEN 2 ARIF FAWWAZ ARRASHID BIN FAHMI AL-RASHID 2 AMAL MUHAMMAD NAZMI BIN ZAINAL ABIDIN 2 ADIL DHIYA QAIRINA JANNAH BINTI MAZAMAHDI 2 AZAM ARISSA ZAHRAA SOFIA BINTI MOHD NUHAIRI 2 AJWAD ALIF FARHAN BIN ARMIN 2 AMAN NUR ISRANIA SOLEHA BINTI ABDUR RAQIB 2 AKRAB MUHAMMAD HAIRI KASHFY BIN ABDULLAH 2 AFDAL NUR DAMIA NADHIRA BINTI MOHD FADHIL 2 AFIAT ANUGERAH TERBAIK MENGIKUT KELAS TAHUN 3 NUR AIN SAFFIYAH BINTI ANUDDIN 3 ADAB MUHAMMAD RIZQ HAKIMI BIN MOHD HAFIS 3 ARIF AZFAR HASNI BIN MOHD HASNI 3 AMAL NUR SAAFIA SYAHMINA BINTI EAUZULSYARIF 3 ADIL MUHAMMAD AMSYAR BIN NOOR MUHAMMAD 3 AZAM DAMIA SAFIYA BINTI ADISTRIYA 3 AJWAD NADHIRAH HUSNA HUSSIN BINTI ABDUL RAZAK 3 AMAN EIRA SYAKIRA BINTI AL NASSER 3 AKRAB MUHAMMAD NOOR QHAISHARIF DANIEL BIN ABDULLAH 3 AFDAL ADAM RAYQAL BIN AIZAT AFNAN 3 AFIAT 33
Penerima Anugerah ANUGERAH TERBAIK MENGIKUT KELAS TAHUN 4 AMNI SAFFIYA BINTI MOHD AJIB 4 ADAB HARITH DANIAL BIN FAIRUZ 4 ARIF MOHAMAD HADY MIRZA BIN ABDULLAH 4 AMAL AIMY SYUHAIRA BINTI MOHD HASHIM 4 ADIL MUHAMMAD HADIFF AFIQ BIN JASMAN 4 AZAM NUR AUFA ZAHEIRA BINTI ZULHAPILI 4 AJWAD MUHAMMAD AKMAL BIN ABDUL RAHMAN 4 AMAN MAIRA MARDIA BINTI SHAHIRAN 4 AKRAB MUHAMMAD NAUFAL FAIZ BIN MOHD GHAZALI 4 AFDAL NURNATASHYA AIN BINTI JAMAL 4 AFIAT ANUGERAH TERBAIK MENGIKUT KELAS TAHUN 5 ALKABIR BIN MOHD JUSUH 5 ADAB HASYA QAIRINA BINTI MOHD PARSYAH 5 ARIF FANTISHA BINTI IHSAN FAN 5 AMAL SAFA NABIHAH BINTI MOHAMAD NUR FIRDAUZ 5 ADIL FARRIS HAFIY BIN YUNOS 5 AZAM NUR QISTINA IRIS BINTI MOHD KHAIDZIR 5 AJWAD SITI NUR AMYLIAALLESYA BINTI MOHD NURHAFIZ 5 AMAN ABDULLAH FAQIH BIN ALIAS 5 AKRAB NUR ATHIRAH BINTI MOHD AZHAR 5 AFDAL MUHAMMAD AZMIN BIN ABDULLAH 5 AFIAT 34
Catatan 35