The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JAKIM (DR ZAMIHAN) - BULETIN MAULIDUR RASUL 1442H - 2020M - text PREVIEW RED2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hamidah pereka, 2020-10-30 04:29:12

Buletin Khas Maulid

JAKIM (DR ZAMIHAN) - BULETIN MAULIDUR RASUL 1442H - 2020M - text PREVIEW RED2

Keywords: Maulid 1442

BULETIN KHAS

MAULIDURRASUL

S A W 1442H - 2020M

‘UMMAH RABBANI NEGARA HARMONI’

BIOGRAFI Nabi Muhammad SAW 10 SAHABAT dijanjikan Syurga
Nabi Muhammad SAW TAULADAN 15 Athar Nabawi
AGUNG Sepanjang Zaman
Silsilah Rasulullah SAW KE ATAS 10 HADIS berkaitan integriti
Ibu Bapa Nabi SAW AHLI SYURGA 42 KELEBIHAN Berselawat
Silsilah Rasulullah SAW KE BAWAH Ke Atas Nabi Muhammad SAW
Biografi UMMAHATUL MUKMININ KEAJAIBAN Maulidurrasul SAW

Terjema‫ﺐ‬h‫ﻴ‬aْ ِ‫ﺒ‬n‫ﻟ ْ َﺤ‬L‫ا‬it‫ﻨﺎ‬eَ ‫ َﻨ‬r�ْ aَ‫ﺑ‬l‫َن‬la‫َﺎ‬g‫ ﻛ‬u‫َ ْﻮ‬:�

Selawat

Maulidur Rasul

KANDUNGAN 2 SIDANG
4 REDAKSI:
BULETIN KHAS 5
MAULIDURRASUL SAW 7 PENAUNG:
1442H - 2020M 8 Dato’ Paimuzi Yahya
10 Ketua Pengarah, JAKIM
Huraian tema: 11
UMMAH RABBANI NEGARA HARMONI 12 PENASIHAT:
Ustazah Nazirah Abu Bakar 13 Datuk Abdul Aziz Jusoh
16 Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Biografi Nabi Muhammad SAW JAKIM
18
Nabi Muhammad SAW tauladan Agung KETUA PENGARANG:
Sepanjang Zaman 19 Haji Mohd Norizan Abd Ghani
Dr. Lokman Abd Rahman 21 Pengarah Bahagian Penerbitan, JAKIM

Silsilah Hanif Rasulullah SAW (ke atas) PENGARANG:
Dr. Zamihan Haji Mat Zin
Ibu Bapa Nabi SAW Ahli Syurga Penolong Pengarah Kanan, Bahagian
Dr. Zamihan Haji Mat Zin Penerbitan, JAKIM

Silsilah Rasulullah SAW (ke bawah) PENYUNTING:
Dr. Zamihan Hj Mat Zin
Biografi Ummahat Al-Mukminin Bakri Amboala
Nazirah Abu Bakar
10 Sahabat dijanjikan Syurga
PEMBANTU PENGARANG:
15 Athar Nabawi Mohd Badrul Amin Abdul Manaf
Nur Suhada Sulaiman
10 Hadis berkaitan integriti
Dr. Mohd Izwan Md Yusof PEMBANTU EDARAN:
Siti Atikah Mohammad
42 Kelebihan Berselawat Ke atas Nabi Mohd Suhaidil Shukri
Muhammad SAW
Dr. Khairul Anwar Mustafa

Keajaiban Maulidurrasul SAW
Dr. Saadi Awang

Terjemahan literal lagu: ‫�َ ْﻮ ﻛَﺎ َن ﺑَ�ْ َﻨ َﻨﺎ اﻟ ْ َﺤﺒِ ْﻴﺐ‬

Buletin Khas

MAULIDURRASUL SAW 1442H

Huraian tema:

UMMAH RABBANI

NEGARA HARMONI

Ustazah Nazirah Abu Bakar
Penolong Pengarah Bahagian Penerbitan, JAKIM

M engurus penghijrahan yang berlaku negara. Sebagai contoh, Pelan Pembangunan
dalam masyarakat memerlukan Wawasan Kemakmuran Negara telah
kekuatan modal insan, ilmu mensasarkan strategi transformasi modal insan
pengetahuan serta kecekapan pengurusan. dengan memberi fokus kepada penyediaan
Ketiga-tiga aspek ini terangkum dalam sumber tenaga yang lebih produktif, efektif,
konsep Ummah Rabbani Negara Harmoni yang berkemahiran, berteknologi dan bernilai tinggi.
memberi fokus kepada penambahbaikan
urusan duniawi dan ukhrawi bagi P embudayaan Ilmu
memperkasakan umat dan membangun
tamadun. Pembudayaan ilmu yang sahih dan jitu dalam
kalangan umat Islam dapat mengurangkan
Realiti Malaysia yang terdiri daripada kepincangan pengaplikasian akidah dan syariat
masyarakat pluralistik pada hakikatnya telah Islam ekoran kejahilan manusia. Namun,
berlaku di zaman Nabi SAW. Walaupun rancangan modal insan rabbani tidak dapat
negara Islam Madinah terdiri dari komponen dijayakan tanpa konsep keilmuan yang dipasak
masyarakat majmuk dengan pelbagai agama, sebagai agenda teras pembangunan ummah.
bangsa dan bahasa namun mereka menerima
sistem pemerintahan Islam secara harmoni Oleh itu, kemajuan dan keharmonian
dan sejahtera tanpa mengira identiti sebenar sesebuah negara terletak pada acuan dan
mereka. pacuan ilmu yang dibentuk berdasarkan firman
Allah SWT yang bermaksud:
Sebenarnya senario penyatuan ummah atas
kepelbagaian telah difirmankan oleh Allah SWT Tidaklah patut bagi seseorang manusia
bermaksud: yang Allah berikan kepadanya kitab
agama dan hikmah serta pangkat Nabi,
Wahai umat manusia, sesungguhnya kemudian dia tergamak mengatakan
Kami jadikan kamu daripada lelaki dan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu
perempuan dan Kami menjadikan kamu menjadi orang-orang yang menyembahku
berbagai bangsa dan bersuku puak dengan meninggalkan perbuatan
supaya kamu saling berkenalan antara menyembah Allah.
satu sama lain.) Sesungguhnya semulia-
mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang Tetapi (sewajarnya dia berkata):
paling bertaqwa di antara kamu (bukan
yang lebih keturunan atau bangsanya). Hendaklah kamu menjadi golongan
(Al-Hujurat, ayat 13) Rabbaniyyin (yang hanya menyembah
Allah SWT dengan ilmu dan amal yang
Ayat ini secara jelas membuktikan bahawa sempurna) kerana kamu sentiasa
perbezaan status komuniti tidak menghalang mengajarkan isi Kitab Allah dan kerana
penyatuan masyarakat. Manakala kekuatan kamu selalu mempelajarinya. (Ali Imran,
Ummah Rabbani terhasil melalui acuan modal ayat 79)
insan yang berkualiti.
Petikan ayat suci ini ditafsirkan oleh
Dalam konteks Malaysia, teras ini ulama sebagai satu perincian bagi melahirkan
insan rabbani iaitu mereka yang memiliki
pada hakikatnya telah dimanifestasikan ilmu pengetahuan yang tinggi, berusaha

kerajaan dalam pelbagai pelan kemajuan

2

Buletin Khas

MAULIDURRASUL SAW 1442H

menyampaikannya kepada orang lain serta Ulama tafsir menjelaskan ayat ini
berpegang teguh dengan agama Allah. memerintahkan setiap Muslim untuk
menzahirkan keIslaman mereka dengan
P engukuhan P endidikan menyerlahkan identiti Islam, menjadi duta
kepada agama, menyampaikan seruan Islam
Elemen tarbiah merupakan nadi terpenting kepada seluruh masyarakat dengan akhlak dan
terhadap kelangsungan sesuatu umat. tauladan yang mulia dan bersifat ikhlas kepada
Matlamat pendidikan adalah membentuk masyarakat sekeliling tanpa mengira agama,
dan menyediakan modal insan yang mampu bangsa dan budaya.
memikul tanggungjawab dan mendukung nilai-
nilai murni yang disasarkan. Kesimpulannya, ketiga-tiga komponen
pembangunan modal insan rabbani sudah pasti
Pendidikan rabbani jelas bersangkut membawa keharmonian negara yang dicita-
paut dengan dua komponen utama terhadap citakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Ia amat
penstrukturan manhaj iaitu komponen bertepatan dengan prinsip Maqasid Syariah
pembangunan akhlak dan komponen Islam.
pembangunan spiritual.
Imam Al-Ghazali merumuskan ia sebagai
Justeru, pembangunan modal insan rabbani satu maslahah yang diperlukan bagi menolak
menuntut penyemaian akhlak yang sempurna keburukan yang sememangnya menjadi tujuan
terhadap individu di samping penjanaan hidup umat manusia demi memelihara lima hak
kecerdasan spiritual yang tinggi sehingga asasi utama. Iaitu memelihara agama, nyawa,
merasakan penjiwaan yang mendalam terhadap akal, keturunan dan harta tanpa mengira agama,
pengabdian diri kepada Allah SWT. bangsa dan jantina.

P engurusan Serta P embangunan Ternyata Islam merupakan sebuah agama
Adv okasi Yang Efektif yang membawa kepada keharmonian dalam
kehidupan bermasyarakat merentasi segala
Hidup dalam komposisi kepelbagaian budaya, perbezaan yang ada. Keharmonian negara
bangsa dan agama di negara ini menuntut yang terbina berteraskan modal insan rabbani
kecermatan akal fikiran dan berhemah dalam pasti dapat merealisasikan hasrat kehidupan
semua tindakan. Firman Allah SWT: berkualiti dalam sebuah negara yang sejahtera
dan diampuni oleh Allah SWT sebagaimana
Dan tidak ada yang lebih baik firman Allah yang bermaksud:
perkataannya daripada orang yang
menyeru kepada (mengesakan dan Negeri (kamu adalah) negeri yang baik
mematuhi perintah) Allah serta dia sendiri dan (Tuhan kamu adalah) Allah yang
mengerjakan amal yang soleh sambil maha mengampuni.. (Saba’, ayat 15).
berkata: “Sesungguhnya aku dari orang
Islam (yang berserah diri kepada Allah).
(Fussilat, ayat 33).

3

Buletin Khas

MAULIDURRASUL SAW 1442H

Nama : Muhammad bin Abdullah

Bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul
Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Kaab
BIOGRAFI NABI MUHAMMAD SAW
Ibu : Aminah binti Wahhab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin
Kilab bin Murrah bin Kaab

Nenek Sebelah bapa : Fatimah binti Umar Al-Makhzumiyah

Nenek Sebelah ibu : Burrah binti Abd Uzza bin Usman bin Abdul Dar bin
Qusay bin Kilab bin Murrah bin Kaab

Tarikh Lahir : Isnin sebelum terbit Matahari 12 Rabiul Awal Tahun
Ke-53 sebelum hijrah/580 Masihi.

Tempat Lahir : Makkah al-Mukaramah berhampiran bukit Sofa
(rumah Abi Talib) (tempat tersebut telah dibangunkan
sebagai Perpustakaan Makkah dan masih wujud
sehingga sekarang.

Tarikh diangkat : 27 Ramadan tahun ke-13 sebelum hijrah/609 Masihi
Menjadi Nabi : Gua Hira’, Makkah Al-Mukarramah

Jantina : Lelaki

Agama : Islam
P ekerjaan : 1. Penggembala kambing

2. Berniaga (Sehingga umur 40 tahun)

3. Bertugas secara rasmi sebagai Nabi/Rasul
(Menyampaikan wahyu Allah)

Tanda Istimewa : Cop kenabian di antara dua bahu. Sentiasa dinaungi
bayangan awan ke mana sahaja Baginda pergi.

Sifat- sifat : Wajah : Putih bersih berseri dan bercahaya

Mata : Hitam / Putih

Rambut : Hitam berkilat

Ketinggian : Sederhana dan dada lapang

Nama Bidan : Shifa’ binti Auf (Um Abdul Rahman)

Nama P enjaga : Um Aiman

Nama P enyusu : 1. Tsuwaibah al-Aslamiyah

: 2. Halimah binti Dzuaib As-Sa’diyah

Keistimewaan : Rahmat Sekalian Alam

Wafat : Isnin sebelum tengah hari, 12 Rabiul Awal tahun
ke-11 Hijrah/632 Masihi di Madinah
Al-Munawwarah.

4

Buletin Khas

MAULIDURRASUL SAW 1442H

NTAAUBLAIDMAUN HAGAUMNGMAD SAW

SEPANJANG ZAMAN

Dr. Lokman Abd Rahman
Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM

NABI Muhammad SAW adalah pemimpin agung sepanjang zaman. Baginda diutuskan sebagai
seorang Nabi dan Rasul bukan untuk bangsa Arab semata-mata, tetapi buat seluruh makhluk Allah
SWT di alam ini. Baginda bukan saja seorang negarawan terunggul, pahlawan hebat dan ahli politik
agung, bahkan seorang suami, bapa dan datuk yang penyayang.

Pemilihan Baginda sebagai sebagai Nabi Barat yang dikagumi hari ini, sebelum ini
dan Rasul untuk memimpin umat ini bukan penuh dengan peperangan, perhambaan,
seperti mana seorang perdana menteri atau perebutan kuasa dan kepercayaan sesat
presiden melalui pilihanraya selepas mendapat serta pemujaan dewa-dewa yang diwarisi dari
undi majoriti rakyat. zaman Greek. Inilah merupakan zaman jahiliah
Barat. Mereka mula belajar dari risalah Nabi
Begitu juga tidak seperti perlantikan raja Muhammad apabila banyak negara-negara
dalam sistem monarki yang terikat dengan Islam dijajah dan berlakunya pemindahan ilmu
susur galur keturunan. Malah tidak sama dan peradaban kepada mereka. Maka tidak
sekali seperti dalam perkhidmatan awam atau hairanlah pengarang dari Barat, Michael H Hart
organinasi korporat dilantik menerusi sokongan meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai
pihak-pihak berkepentingan untuk menyandang manusia pada kedudukan paling teratas dan
sesuatu jawatan. berpengaruh dalam bukunya berjudul 100 Most
Influential People In The World.
Kepimpinan Nabi Muhammad datang terus
dari perlantikan Allah SWT tanpa sebarang Namun demikian umat Islam tidak berhajat
campur tangan manusia untuk memimpin kepada pengiktirafan Michael H Hart yang kerdil
melalui wahyu. Sebab itu Rasulullah menolak ini. Al-Quran lebih awal merakamkan bahawa
tawaran jawatan raja dari kaum Quraisy kerana Baginda SAW merupakan manusia yang
Baginda akan terikat dengan kehendak dan memiliki budi perkerti yang paling agung di jagat
syarat yang bertentangan misi para Nabi dan raya ini. Allah SWT berfirman:
Rasul.

Misi kerasulan Nabi Muhammad mengatasi Sesungguhnya Engkau (Wahai
kehendak kebendaan, pangkat dan pengaruh Muhammad) mempunyai budi pekerti
seperti kelaziman mana-mana jawatan yang yang paling agung. (al-Qalam: 4).
menjadi rebutan. Pengutusan Nabi Muhammad
adalah membebaskan manusia dari Imam al-Tabari sebagai seorang pengkaji
memperhambakan diri kepada manusia kepada sejarah Arab dan umat Islam melalui Tarikh
beribadah kepada Allah SWT, dari kesempitan al-Rasul wal-Muluk. Beliau juga merupakan
dunia kepada alam kehidupan yang luas. terkenal dengan Tafsir al-Quran, ia itu Tafsir al-
Tabari. Beliau menjelaskan bahawa budi pekerti
Risalah Baginda yang bermula di Mekah agung yang dimiliki Rasulllah SAW terbentuk
selama 13 tahun telah merubah akidah sesat daripada didikan al-Quran yang berasaskan
keberhalaan dan perhambaan manusia syariat Islam.
bukan hanya di semenanjung Arab, bahkan
merangkumi bumi Barat dan Asia Tenggara. Oleh itu, seluruh manusia perlu mencontohi
Rata-rata dunia termasuk Barat dan Asia dalam setiap yang ada pada diri Rasulullah SAW
kesesatan menyembah batu-batu berhala, sebagai sumber inspirasi dalam menjalani
pokok, matahari dan jin, serta menjadikan kehidupan demi kesejahteraan di dunia dan
manusia sebagai hamba yang boleh dijual beli akhirat. Penjelasan al-Tabari di atas bertepatan
dan diwarisi. dengan firman yang bermaksud:

5

Demi sesungguhnya adalah bagi Buletin Khas
kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan yang baik iaitu bagi orang yang MAULIDURRASUL SAW 1442H
sentiasa mengharapkan (keredhaan)
Allah dan (balasan baik) hari akhirat Dalam urusan dakwah, Rasulullah berurusan
serta ia pula menyebut dan mengingati dengan pelbagai ragam, perangai dan sikap
Allah banyak-banyak (sewaktu susah manusia dalam usahanya untuk menyampaikan
dan senang).” (al-Ahzab: 21) seruan Islam. Ada yang menerima dengan
mudah dan tidak kurang juga mereka enggan
Ayat ini jelas membuktikan kepada kita mendengar, malah melawan dengan pelbagai
bahawa sesiapa yang benar-benar beriman tentangan secara fizikal dan emosi. Bayangkan
kepada Allah SWT dan hari akhirat maka dia betapa sukarnya Baginda menghadapi
pasti dapat menjadikan Rasulullah SAW sebagai tentangan dari golongan musyrikin Makkah,
tauladan utama dalam kehidupannya. Contoh Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) dan golongan
tauladan tersebut terjelma kod etika dalam munafiq di zamannya.
pentadbiran, pengurusan dan perundangan
Islam. Ini diperkuatkan lagi melalui Perlembagan Walau bagaimana pun, Allah SWT seringkali
Madinah yang telah digubal oleh baginda adalah mendidik, memberi motivasi dan menyeru
satu-satunya perlembagaan bertulis di dunia. Rasulullah SAW supaya sentiasa bertolak ansur
dengan mereka selain mendoakan mereka agar
Baginda SAW selalu mempamerkan adab beroleh hidayah. Pendekatan ini menepati
dan kesopanan dalam interaksinya sesama firman Allah SWT,
manusia, tidak kira sama ada kawan atau lawan,
bangsa dan keturunan. Rasulullah SAW juga Maafkanlah mereka (mengenai
menghiasi dirinya dengan pelbagai sifat mulia kesalahan yang mereka lakukan
seperti siddiq, amanah, tabligh, fatonah, berani, terhadapmu) dan pohonlah ampun
menunaikan janji, peramah, sabar, jujur dan bagi mereka dan juga bermesyuaratlah
berjiwa mulia. Malah, sejak kecil lagi sebelum dengan mereka dalam urusan
diutuskan sebagai Nabi dan Rasul, Baginda (peperangan dan hal-hal keduniaan)
sudah mempamerkan sifat jujur dan amanah itu. (Ali Imran: 159)
sehinggakan baginda mendapat kepercayaan
masyarakat Quraisy dan diberikan gelaran Kisah kehidupan Nabi Muhammad SAW ini
‘al-Amin’. Kesemua perlakuan ini diterapkan bukan hanya untuk dibaca atau didengarkan
Baginda sebagai ketua negara, pemimpin saja setiap kali sambutan kelahiran Baginda,
masyarakat dan ketua keluarga sehingga tetapi untuk dijadikan contoh dalam kehidupan
orang bukan Islam sendiri terpaksa memperakui kita. Bagi umat Islam yang mengaku sayangkan
kebenaran dan kejujurannya. Nabi SAW pastinya mereka akan mengikuti
kesemua ajaran yang dibawa Baginda SAW
Ternyata Baginda SAW berjaya secara menyeluruh sama ada merangkumi
menterjemahkan ilmu, iman dan amal dalam perkara yang disuruh atau yang dilarang
mengatur hubungan dengan Allah SWT dan Baginda SAW. Bahkan sentiasa mencintai
bergaul mesra sesama makhluk. Ini bermakna, dan mengutamakan Baginda SAW berbanding
sifat takwa kepada Allah SWT akan melahirkan manusia keseluruhannya.
seorang manusia yang bertanggungjawab,
berintegriti tinggi dan berakhlak mulia antara Inilah manifestasi kesempurnaan iman
manusia, haiwan dan alam seluruhnya. sebagaimana sabda Nabi SAW:
Seorang sahabat Baginda iaitu Hisyam bin Amir
RA pernah bertanya Sayyidatina Aisyah RA Tidak sempurna keimanan kamu
mengenai akhlak Baginda SAW. Sayyidatina sehingga aku ini lebih kamu cintai
Aisyah menjawab: berbanding kedua ibu bapamu, anak
pinak kamu dan seluruh manusia.
Akhlak Nabi SAW (al-Bukhari).
adalah al-Quran.
Oleh yang demikian, bersempena dengan
(Riwayat Muslim) sambutan Maulidur Rasul SAW kali ini marilah
kita sama-sama beriltizam dengan sunnah Nabi
SAW, dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar
urusan kehidupan dengan kadar daya upaya
masing-masing. Semoga kita memperolehi
kebaikan yang melimpah di dunia dan di akhirat.

6

Buletin Khas

MAULIDURRASUL SAW 1442H

SILSILAH

HANIF RASULULLAH SAW (KE ATAS)

Ibrahim AS Ismail AS Nasab Adnan berakhir Ma’ad
pada Sayyidina Isma’il

bin Ibrahim As

Adnan

Antara Adnan
dan Ismail AS
ada 30 generasi

Mudrikah Ilyas Mudhar Nizar
Khuzaimah Nadhr Malik
baka
Bani Kinanah

Kinanah

Ka’ab Lu’ayy Ghalib Fihr
Murrah Kilab Qushay Abdi Manaf

Abdullah Abdul Muthalib Hasyim

baka
Bani Hasyim

7

Buletin Khas

MAULIDURRASUL SAW 1442H

Imam Baijuri berkata:

IBU BAPA Apabila kamu mengetahui bahawa ahli
fatrah adalah golongan yang terselamat
NABI SAW (di akhirat) menurut pendapat yang
terpilih, maka kamu juga akan mengetahui
AHLI SYURGA bahawa kedua-dua ayahanda dan bonda
Rasulullah juga terselamat, disebabkan
Dr. Zamihan Mat Zin al-Ghari mereka juga tergolong dalam kalangan
Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penerbitan ahli fatrah. Bahkan semua nenek moyang
Rasulullah terselamat dan dihukumkan
JAKIM sebagai generasi yang beriman dan
tiada seorang pun di antara mereka yang
A da seorang lelaki pernah menuduh (terjebak di dalam kancah) kekufuran,
ibu bapa Nabi SAW masuk neraka. kekotoran serta perkara-perkara yang
Apabila isu itu diajukan kepada Al- mengaibkan (menjatuhkan maruah) yang
Qadhi Abu Bakar al-‘Arabi al-Maliki lantas beliau dilakukan oleh kaum Arab Jahiliyyah.
menjawab bahawa lelaki berkenaan dilaknat
oleh Allah SWT. Katanya: KETURUNAN RASULULLAH
KETURUNAN TERPILIH NAN MULIA
Sesungguhnya mereka yang mencaci
Allah dan Rasul-Nya dilaknat oleh Allah di Rasulullah SAW bersabda:
dunia dan akhirat serta disediakan bagi
mereka azab yang hina. Dan tiadalah Sesungguhnya Allah telah menjadikan
perkara yang lebih menyakitkan Rasulullah makhluk, lalu Dia menjadikan aku dari
SAW selain menyatakan ayah Baginda sebaik-baik makhluk, dari sebaik-baik
diazab di dalam neraka. kurun. Kemudian Allah memilih qabilah-
qabilah, maka Dia memilih aku dari
Para Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah sebaik-baik qabilah. Kemudian Dia
bersepakat dalam menjelaskan bahawa Ibu memilih keluarga, maka Dia menjadikan
bapa Baginda SAW terdiri dalam kalangan ahli aku dari sebaik-baik keluarga. Maka aku
fatrah. Iaitu mereka yang hidup di zaman tidak adalah yang terbaik daripada kalangan
diutuskan Nabi AS. Kedua-dua mereka tidak mereka pada diri dan juga keluarga. (HR
menyahut seruan dakwah kerana ketika itu Ahmad).
Nabi SAW masih dalam kandungan. Manakala
antara kerasulan Rasulullah SAW dengan Nabi Rasulullah SAW bersabda:
Isa AS mempunyai tempoh selama 500 tahun
tidak ada Nabi yang diutuskan. Maka mereka Aku telah keluar daripada hasil nikah
dikenali sebagai generasi ahli fatrah. Walaupun dan bukan daripada keturunan yang
tidak sampai seruan dakwah tetapi mereka tidak rosak, sedangkan aku adalah daripada
boleh dipersalahkan atas faktor berkenaan. keturunan Adam sehingga telah dilahirkan
aku oleh Ibu dan Ayahku sedang aku tidak
Firman Allah SWT: pernah ditimpa sebarang perbuatan jahat
orang jahiliah. (HR Abu Nuaim, al-Thabari
Dan tiadalah Kami mengazabkan dan Ibn ‘Asakir).
sesiapa pun sebelum kami mengutuskan
seorang Rasul (untuk menerangkan yang Rasulullah SAW bersabda:
benar dan yang salah). (QS: Al-Isra’, 15)
Allah sentiasa memindahkan aku dari
sulbi yang baik ke dalam rahim yang
bersih, suci dan memberi petunjuk.
Tidaklah tumbuh dua cabang kecuali aku
yang terbaik. (HR Ibnu Asakir dan Ibnu
Abbas)

8

Buletin Khas

MAULIDURRASUL SAW 1442H

NASAB BAGINDA SUCI DARIPADA bapa kandung. Boleh jadi ia bermaksud bapa
SYIRIK saudara. Kalimat yang paling tepat untuk ayah
kandung ialah ‘Walid.’
Jalur keturunan Baginda SAW sampai kepada
Nabi Ibrahim. Kesemuanya mengamalkan Kata-kata Nabi SAW ini bertujuan agar lelaki
agama Hanif yang menyembah Allah. Bukan tersebut lembut hati, tidak kembali murtad dan
sahaja tidak dinodai zina, bahkan mereka dalam tidak mengeluarkan kata-kata sumpahan dan
kalangan mereka yang bersujud. Keimanan caci-maki terhadap Rasulullah SAW kerana
nasab ini bukti makbulnya doa Nabi Ibrahim lelaki ‘Arabi terkenal dengan sikap degil dan
yang bermunajat, keras hati. Ia juga suatu strategi untuk menarik
lebih ramai kaum kerabatnya memeluk Islam.
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami
berdua (Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail): Al-Quran merekodkan bahawa Nabi Ibrahim
orang Islam (yang berserah diri) kepada- AS pernah berdoa supaya ‘Abi’nya diampunkan,
Mu, dan jadikanlah daripada keturunan tetapi dilarang oleh Allah. Namun, pada ayat
kami: umat Islam (yang berserah diri) lain, Nabi Ibrahim berdoa supaya ‘Walid’nya
kepadamu, dan tunjukkanlah kepada diampunkan, hal ini dibenarkan Allah. Perbezaan
kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dua keadaan ini menunjukkan ada perbezaan
dan terimalah taubat kami; sesungguhnya antara makna ‘Abi’ untuk ayah saudara dengan
Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi ayah kandung.
Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: 128).
Sebelum menghembuskan nafas terakhir,
Allah SWT berfirman: Sayyidatina Aminah sendiri pernah berwasiat
kepada Nabi Muhammad yang ketika itu berusia
Yang melihat pergerakan dirimu di 5 tahun. Rasulullah sewaktu itu menemani
antara orang-orang yang sujud. (QS: ibunya yang sedang sakit tenat. Ibunya berkata:
Asy-Syu’ara’, 218- 219)
Semoga Allah memberkatimu dari
Sayyidina Ibn Abbas RA mentafsirkan firman kecil, wahai anak dari ayahandanya
Allah ini sebagai perpindahan benih daripada (Abdullah) yang ditaqdirkan mati, tetapi
sulbi seorang Nabi ke sulbi Nabi seterusnya ke telah terselamat dengan pertolongan
dalam sulbi dari kalangan para Sajidiin (yang Allah Raja Yang Memberikan Nikmat, dia
sujud dan beriman kepada Allah). telah ditebus pada keesokan paginya
ketika hendak disembelih dengan seratus
Kadangkala, berlaku salah faham terhadap ekor unta yang mahal. Sekiranya benar
hadis berikut: apa yang telah aku saksikan ketika tidur,
engkau akan diutuskan kepada sekalian
.‫ا ِل َّنفااِرل َّنا ِر‬:‫أََو ِأَبَبا؟ َكقَاِ َفل‬ ‫ِّنأَأَ ْيِ َبن‬،‫للإِ ِه‬:‫ َديَا َع َرُه ُس َفو َقَال َال‬:‫َقَقاَّ َلف‬ ‫َر ُج ًل‬ ‫أَ َّن‬ makhluk; dari sisi Tuhan Yang Mempunyai
‫فَلَ َّما‬ Keagungan dan Kemuliaan; Engkau akan
diutuskan di Tanah Halal dan Haram;
Daripada Anas r.a. bahawa ada seorang diutuskan juga dengan kebenaran dan
lelaki berkata: “Wahai Rasulallah, ayahku Islam, agama datukmu Ibrahim yang
berada di mana?” Nabi SAW menjawab: “Di mulia, maka Allah telah menghalangmu
dalam neraka.” Apabila lelaki itu berpaling pergi, daripada mendekati berhala supaya
Baginda SAW, memanggilnya lalu bersabda: kamu tidak menyembahnya bersama
“Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di dalam kaum Jahiliyyah.
neraka.” (HR Muslim)
Bersama kita renungkan jika Baginda SAW
Jawapan: merupakan manusia terpilih dan sebaik-baik
makhluk maka sudah tentu status ini turut
Lafaz ‘Ayah’ dalam hadis ini bermaksud ‘ayah merangkumi ibu bapa Baginda SAW. Jika
saudara’ Nabi SAW. Adat bangsa arab, kalimat makam yang menempatkan jasad Rasulullah
‘Abi’ yang bermakna ‘ayah’ di situ membawa itu paling mulia di atas muka bumi maka mana
makna umum, ia tidak semestinya bermakna mungkin ibu bapa Baginda SAW dipandang hina
oleh Allah yang maha Bijaksana. Wallahualam.

9

Buletin Khas

MAULIDURRASUL SAW 1442H

SILSILAH

RASULULLAH SAW (KE BAWAH)

ISTERI ANAK CUCU

KHADIJAH ALI

SAWDAH AL QASIM UMAMAH MENANTU
AISYAH ZAINAB
ABDUL ‘ASH

HAFSHAH ABDULLAH ABDULLAH
ZAINAB KH RUQAYYAH
UTHMAN
HIND
MUHAMMAD ZAINAB J UMM KULTSUM
RASULULLAH JUWAIRIYYAH

MARIAH (1) FATIMAH ALI
RAMLAH
SOFIYYAH AL HASAN

MAIMUNAH IBRAHIM AL HUSAIN
MUHASSIN
SUAMI CUCU
ZAINAB
UMM KULTSUM ABDULLAH BIN
JA’FAR

UMAR BIN
AL-KHATTAB

ZAID

RUQAYYAH

10

Buletin Khas

MAULIDURRASUL SAW 1442H

BIOGRAFI UMMAHAT AL-MUKMININ

TAHUN TAHUN TEMPOH USIA TAHUN USIA USIA SUKU STATUS ANAK
KELAHIRAN WAFAT USIA SAAT PERNIKAHAN RUMAH SAAT ASAL
MENIKAH TANGGA NABI SEBELUM BERSAMA
WAFAT
DIKAHWINI NABI

KHADIJAH BINTI KHUWAILID RA

68 SH 3 SH 65 Tahun 40 Tahun 28 SH 25 tahun Wafat Quraisy Janda 6 anak,
sebelum 2 kali, 2 anak
4 anak meninggal
Nabi sejak kecil
SAW

SAUDAH BINTI ZUM’AH RA

Tidak 54 H Tidak 50 Tahun 3 SH 14 Tahun Tidak Quraisy Janda, -
diketahui diketahui diketahui 4-5 anak

AISYAH BINTI ABU BAKAR RA

7 SH 58 H 65 Tahun 9 Tahun 2 H 9 Tahun 18 Tahun Quraisy Perawan -

18 SH 45 H HAFSAH BINTI UMAR RA Janda -
63 Tahun 21 Tahun 3 H 8 Tahun 29 Tahun Quraisy

ZAINAB BINTI KHUZAIMAH RA

Wafat

26 SH 4 H 30 Tahun 29 Tahun 3H 8 Bulan sebelum Quraisy Janda 2 -
24 SH Nabi kali -

SAW Janda 2
kali,
UMMU SALAMAH BINTI ABU UMAYYAH RA
4 anak
61 H 85 Tahun 28 Tahun 4 H 7 Tahun 35 Tahun Quraisy

ZAINAB BINTI JAHSY RA

32 SH 21 H 53 Tahun 38 Tahun 5 H 6 Tahun 43 Tahun Quraisy Janda -
14 SH 56 H 70 Tahun JUWAIRIYAH BINTI AL-HARITS RA -
9 SH 50 H 59 Tahun Yahudi Janda -
25 SH 44 H 69 Tahun 19 Tahun 5 H 6 Tahun 25 Tahun Bani -
Janda 2
SOFIYYAH BINTI HUYAY RA Mustaliq kali

16 Tahun 7 H 4 Tahun 20 Tahun Yahudi Janda
Bani
RAMLAH BINTI ABU SUFYAN RA Nadir
32 Tahun 7 H 4 Tahun 36 Tahun
Quraisy
MAIMUNAH BINTI AL-HARITS RA

29 SH 51 H 80 Tahun 36 Tahun 7 H 4 Tahun 40 Tahun Quraisy Janda -
HAMBA

MARIYAH AL-QIBTHIYAH RA

Tidak 16 H Tidak Tidak 19 SH Tidak Tidak Qibti, Hadiah 1 anak
diketahui
diketahui diketahui diketahui diketahui Romawi

11

Buletin Khas

MAULIDURRASUL SAW 1442H

10 SAHABAT DIJANJIKAN SYURGA

NAMA PENUH GELARAN TAHUN TEMPAT TAHUN TEMPAT TEMPOH UMUR KETURUNAN
KELAHIRAN LAHIR WAFAT WAFAT USIA KETIKA
Abdullah bin Abi As-Siddiq MEMELUK
Quhafah ISLAM
Al-Faruq
Umar bin Al-Khattab ABU BAKAR AS-SIDDIQ RA
bin Nufail bin Abdul Zu Nur Ain
572 M Mekah 13 H Madinah 63 Tahun 38 Tahun Bani Tamim
Uzza Abu
Al-Hassan, UMAR AL-KHATTAB RA
Uthman bin Affan Abu Thurab
bin Al-As 584 M Mekah 23 H Madinah 63 Tahun 33 Tahun Bani Adi
Abu
Ali bin Abi Talib bin Abdillah, UTHMAN BIN AFFAN RA
Abdul Muttalib Hawari
Rasulullah 576 M Mekah 35 H Madinah 82 Tahun 35 Tahun Bani Umaiyah
Zubair bin
Al-Awwam Abu ALI BIN ABI TALIB RA
Ubaidah
Amir bin Abdullah Al-Jarrah 601 M Mekah 40 H Kufah 63 Tahun 10 Tahun Bani Hasyim
bin Al-Jarrah bin
Abu AL-ZUBAIR BIN AL-AWWAM RA
Hilal Al-Fihri Muhammad
Al-Quraisy 650 M Mekah 36 H Mesir 66 atau 67 15 Tahun Bani Asad
Tahun
Talhah bin
Ubaidillah bin ABU UBAIDAH AL-JARRAH RA

Uthman Sekitar Mekah 18 H Syam 58 Tahun 27 Tahun Bani Al-Harith
585 M bin Fihr

TALHAH BIN UBAIDILLAH RA

597 M Mekah 36 H Mesir 64 Tahun 16 Tahun Bani Tamim

SA’AD BIN ABI WAQAS RA

Sa’ad bin Malik Faris 600 M Mekah 55 H Madinah 80 Tahun 17 Tahun Bani Zuhrah
bin Uhaid bin Abd Al-Islam

Manaf Az-Zuhri

ABDUL RAHMAN BIN AUF RA

Abdul Rahman bin Abdul

Auf bi Abdul Auf bin Rahman bin 580 M Mekah 32 H Madinah 74 Tahun 30 Tahun Bani Zuhrah
SAID BIN ZAID RA
Al-Harith Auf

Said bin Zaid bin Said bin 601 M Mekah 51 H Madinah 70 Tahun 13 Tahun Bani Adi
Amr bin Nufail bin Zaid

Abdul Uzza
Al-Adawi

BILAL BIN RABAH RA

Bilal bin Rabah Muazzin 573 M Mekah 20 H Syam 69 Tahun 37 Tahun Bani Jumah
Rasulullah

12

Buletin Khas

MAULIDURRASUL SAW 1442H

ATHAR NABAWI

Barang Peninggalan Nabi Muhammad SAW

Baju Rasulullah SAW Bahagian dari baju Rasulullah SAW Jubah Rasulullah SAW
Pedang Rasulullah SAW

Gagang Pedang Hatf Rasulullah SAW Sandal atau selipar Rasulullah SAW

13

Buletin Khas

MAULIDURRASUL SAW 1442H

Rida’ Rasulullah SAW Kunci Kaabah zaman Rasulullah SAW Bekas Kotak Gigi
Rasulullah SAW

Beberapa Helai Rambut Nabi SAW Helai Janggut Rasulullah SAW

Surat Nabi SAW kepada Surat Nabi SAW kepada

Bendera Rasulullah SAW Raja Najjashi, Raja Habsyah rakyat Oman, Arab Selatan

Tongkat Rasulullah SAW Surat Nabi SAW kepada
Kaisar Romawi abad ke-7

Butiran pasir yang diambil
dari Makam Nabi SAW

Surat Nabi SAW kepada
Raja Hercules

14

Buletin Khas

MAULIDURRASUL SAW 1442H

Serban Rasulullah SAW

Topi Besi Rasulullah SAW Busur panah Rasulullah SAW

Baju Zirah Perang Cap Surat Rasulullah SAW Mangkuk Tempat Minum Rasulullah SAW
Rasulullah SAW

Tapak Kaki Rasulullah SAW

Gigi Rasulullah SAW

15

Buletin Khas

MAULIDURRASUL SAW 1442H

10 HADIS 3 TEKUN DAN DEDIKASI DALAM
PEKERJAAN
BERKAITAN
Daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah
INTEGRITI SAW bersabda:

NABI SAW Sesungguhnya Allah mencintai
seseorang yang apabila ia mengerjakan
Dr. Mohd Izwan Md Yusof sesuatu kerja, ia laksanakan dengan
Penolong Pengarah Kanan, Bahagian cemerlang.
Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM
Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la al-
1 AMANAH Tabrani dalam al-Khabir.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA bahawa 4 BERAKHLAK MULIA
Rasulullah SAW bersabda: “Peniaga yang
amanah lagi benar bersama para Nabi, Daripada Abu Zar RA bahawa Rasulullah
Siddiqin, Syuhada dan orang soleh.” SAW bersabda:

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tirmizi dalam Bertakwalah kepada Allah di mana
al-Sunan hlm 515 jld 3 dan al-Hakim dalam saja kamu berada. Dan ikutilah
al-Mustadrak hlm 6 jld 2. kejahatan dengan mengerjakan
kebaikan, nescaya kebaikan dapat
2 KELEBIHAN BEKERJA menghapuskan kejahatan berkenaan.
Dan berakhlaklah kepada manusia
Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa dengan akhlak yang baik.
Rasulullah SAW:
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad
Siapa yang mencari dunia yang dalam al-Musnad hlm 153 jld 5, al-Tirmizi
halal untuk menjauhkan diri daripada dalam al Sunan hlm 355 jld 4. Beliau
meminta-minta, dan berusaha untuk berkata: “Hadis ini hadis hasan sahih.”
keluarganya dan untuk berbaik
dengan jirannya maka dia akan Al-Hakim dalam al-Mustadrak hlm 54 jld 1
dibangkitkan oleh Allah pada hari dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman hlm
Kiamat dalam keadaan mukanya 245 jld 6. Hadis ini sahih dengan jalan-jalan
bagaikan bulan purnama. Dan dan syawahidnya.
barangsiapa yang mencari dunia halal
untuk memperbanyak, berbangga dan 5 MEMELIHARA WAKTU DENGAN
sombong, akan bertemu dengan Allah IMAN DAN AMAL
pada hari kiamat dalam keadaan Allah
murka padanya. Daripada Ibn Abbas RA berkata bahawa
Nabi SAW bersabda:
Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Laith al-
Samarqandi di dalam Tanbih al-Ghafilin, Dua nikmat yang kebanyakan
Bab 61, Ibn Abi Syaibah hlm 16 jld 7, Abu manusia rugi (kecewa) dalam menerima
Nuaim dalam Hilyah al-Auliya’ hlm 110 jld 3 keduanya iaitu nikmat sihat dan waktu
dan Musnad Ahmad hlm 436 jld 2. lapang.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari
bernombor 6412, Imam Ahmad dalam
Musnadnya 344 jld 1, al-Tirmizi dalam
kitab al-Zuhud bernombor 2304, Ibn Majah
dalam al-Zuhd 4170 dan al-Baihaqi dalam
al-Sunan hlm 370 jld 3.

16

Buletin Khas

MAULIDURRASUL SAW 1442H

6 ISTIQAMAH Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tabarani
dalam Mu’jam al-Kabir hlm 358 jld 12 no
Daripada Abi’ Amrah Sufyan bin Abdillah 13334, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah hlm
RA katanya: Aku bertanya: “Hai Rasulullah, 225 jld 3 dan Ibn Abi’ Adi dalam al-Kamil
ajarlah kepadaku berkenaan Islam satu hlm 190 jld 4.
perkataan yang yang baik yang mana
aku tidak perlu bertanya seseorangpun 9 IKHLAS
selainmu. “Sabdanya: “Katakanlah:
Aku beriman dengan Allah kemudian Daripada Amir al-Mukiminin Abi Hafs
beristiqamahlah.” Sayyidina Umar bin al-Khattab RA katanya,
aku mendengar Rasulullah SAW:
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,
al-Baihaqi dalam al-Sunan hlm 76 jld 1, Sesungguhnya setiap amalan
Ahmad dalam Musnadnya hlm 371 jld 5, berdasarkan niat dan sesungguhnya
dan al-Daraqutni dalam al-Sunan hlm 45 jld setiap orang mengikut yang dia
3. niatkan. Maka sesiapa yang berhijrah
kepada Allah dan Rasul-Nya maka
7 MENJAUHI SIFAT MALAS hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya.
Dan barangsiapa yang berhijrah kerana
Daripada Anas bin Malik RA daripada dunia untuk dia memperolehinya atau
Rasulullah SAW pernah melafazkan dalam perempuan untuk dikahwininya, maka
doanya: hijrahnya itu mengikut apa yang dia
hijrah kepadanya.
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu
daripada keluh kesah dan dukacita, Hadis sahih ini diriwayatkan oleh Imam al-
aku berlindung kepada-Mu daripada Bukhari dalam permulaan kitab Sahihnya,
kelemahan dan kemalasan, aku Muslim 1907, Abu Daud 2201, al-Tirmizi
berlindung kepada-Mu daripada rasa 1646, Ibn Majah 4227, al-Nasa’i 1/59-60,
penakut dan kikir, dan aku berlindung Imam Ahmad dalam al-Musnad 1/25 dan
kepada-Mu daripada bebanan hutang 43, al-Daraqutni, Ibn Hibban dan Al-Baihaqi.
dan penindasan.
10 MEMUDAHKAN
Hadis sahih ini diriwayatkan oleh Imam
Ahmad dalam musnad hlm 113 jld 3, al- Daripada Anas bin Malik RA bahawa Nabi
Bukhari dalam Sahihnya bernombor 2823, SAW bersabda:
Muslim dalam Sahihnya bernombor 2706,
Abu Daud dalam al-Sunnan hlm 189 jld 2, Permudahkanlah dan jangan
dan al-Nasa’ie hlm 649 jld 4. menyusahkan dan berilah berita
gembira dan jangan menakutkan
8 CONTOH YANG BAIK manusia.

Daripada Ibn Umar RA Rasulullah SAW Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari
bersabda: dalam al-Sahih hlm 196 jld 1) bernombor
(69) dan Muslim dalam Sahihnya hlm 1359
Sesungguhnya Allah Ta’ala mempunyai jld 3 bernombor (1734).
hamba-hamba yang mengkhususkan
mereka untuk menunaikan keperluan
hajat manusia. Mereka bersegera
kepada golongan ini untuk meminta
bantuan. Mereka itulah golongan yang
aman dan terlepas daripada azab
Allah.

17

Buletin Khas

MAULIDURRASUL SAW 1442H

42KELEBIHAN BERSELAWAT
KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW
Dr. Khairul Anwar Mustafa
Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM

I mam Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jailani Al-Hasani RHM pernah menyatakan tentang kelebihan
berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau
meriwayatkan daripada Ibn Farhun yang berkata: “Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW
itu mempunyai empat puluh dua kelebihan.” Hal ini tertulis di dalam kitabnya Hadaiq al-Anwar’
iaitu:

1. Melaksanakan perintah Allah SWT. 26. Berselawat menyempurnakan kalam pujian

2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan

Rasulullah SAW. disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke

3. Bersamaan dengan selawat para Malaikat. atas Nabi Muhammad SAW.
4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat 27. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada

daripada Allah atas setiap kali selawat yang hari kiamat.

diucapkan. 28. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan

5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap- kata-kata pujian yang lunak.

tiap satu selawat. 29. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada

6. Dituliskan oleh Malaikat sepuluh kebaikan atas Allah SWT.

setiap selawat. 30. Mendapat keberkatan daripada Allah.

7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas 31. Mendapat kesempurnaan iman.

setiap selawat. 32. Kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW.

8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah. 33. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati

9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW. yang sentiasa hidup mengingati Allah.

10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup 34. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan

segala keaiban. di hadapan Rasulullah SAW secara langsung.

11. Allah akan menutupi segala perasaan dukacita. 35. Teguh pendirian dengan kebenaran.

12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah 36. Berselawat bererti kita menggunakan

SAW. sebahagian hak-hak Rasulullah SAW ke atas
13. Mendapat darjat al-Sidq. diri kita.

14. Ditunaikan segala hajat. 37. Berselawat bermaksud mensyukuri nikmat

15. Salam sejahtera pada hari kiamat. Allah yang mengurniakan dan mengutuskan
16. Allah dan para Malaikat akan berselawat ke atas Rasulullah SAW kepada kita.
38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur
individu yang berselawat. serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah oleh Allah SWT.

dengan balasan syurga. 39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian
18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat. berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas
19. Rasulullah SAW akan menjawab secara Rasulullah SAW dan kepada diri sendiri.

langsung ke atas setiap selawat yang dilafazkan. 40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang setiap individu ialah akan terjelma gambaran
Rasulullah SAW di dalam jiwanya.
lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari 41. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh
dan Murabbi.
kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
Tidak akan merasai fakir. 42. Mendapat kebahagiaan dan ketenangan hidup
22. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil. di dunia dan akhirat.
23. Mendapat kesejahteraan daripada doa

Rasulullah SAW kepada yang berselawat.

24. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ”‫ا ّ ﺻﻞ وﺳﻠ و�ﺎرك‬

ke jalan syurga. ‫ﺳﻴﺪﻧﺎ‬ ‫ﻣﺤﻤﺪ و ا وﺻ ﺒﻪ ا‬
25. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat

dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya
nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-

‫ﻌﻴﻦ‬majlis lagha.

“18

Buletin Khas

MAULIDURRASUL SAW 1442H

KEAJAIBAN MAULIDUR RASUL SAW
Dr. Saadi Awang
Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan, JAKIM

B erita hebat keputeraan Nabi SAW menamakan bulan Rabiul Awwal sebagai bulan
bukannya satu mitos atau rahsia Rabiul Anwar yang bermaksud Rabi’ yang
terpendam. Malah ia telah diwahyukan bercahaya. (Abu Bakar al-Jazairi, 2004, Haza
al-Habib Muhammad Ya Muhib, Dar la-Hadith:
oleh Allah melalui kitab-kitab terdahulu seperti Kaherah, hlm 52).

Zabur, Taurat, Injil, Suhuf Ibrahim dan melalui 2. Runtuh singgahsana Raja Parsi

lisan para Nabi-nabi AS yang diutuskan sebelum

Baginda SAW.

Kisah hebat ini tidak mampu difahami secara Aura keputeraan Nabi SAW yang terpancar
hakiki melalui kaca mata penelitian dan manhaj turut menggoncangkan dan meruntuhkan
sejarah semata-mata. Tetapi keunikannya singgahsana indah dan teguh yang dibina Anu
mampu diselami dengan mempelajari, Syarwan Maharaja Parsi. Runtuhnya bukan
mengkaji dan menghayati sirah Baginda SAW kerana struktur binaan yang rosak, bahkan Allah
secara holistik. Antara keajaiban yang berlaku SWT ingin menzahirkan tanda-tanda kelahiran
mengiringi keputeraan Baginda Nabi SAW ialah: Nabi SAW yang nyata di muka bumi. (al-Halabi,
hlm 105).
1. Terpancar Nur yang menyinari
Timur dan Barat 3. Api sembahan Parsi terpadam

Pada hari Isnin menghampiri subuh pada detik Pada malam keputeraan Baginda SAW semua
12 Rabiul Awwal, 50 hari selepas kekalahan api yang disembah di rumah ibadat di Negara
tentera bergajah Abrahah bersamaan 29hb Parsi terpadam. Walhal kawasan berkenaan
Ogos 580 Masihi maka lahirlah seorang bayi terlalu panas disebabkan pancaran api
yang mulia di perkampungan Bani Hasyim. (Dr. sembahan mereka pada sesuatu masa. (al-
Ali Muhammad Muhammad al-Thalabi, 2001, Halabiy,hlm 106) Api sembahan berkenaan turut
al-Sirah al-Nabawiyyah Ardh Waqa’ie Wa Tahlil dijaga rapi dan tidak pernah sesekali terpadam
Ahdath, hlm 56). atau malap. (Mohd Sofwan Amrullah, 1999,
Terjemahan Berzanji Lengkap, Pustaka Ilmu:
Sewaktu Baginda SAW dilahirkan, maka Batu Caves, Selangor).
terpancar Nur yang menyinari Timur dan
Barat. Taktala Jibril AS memotong tali pusat 4. Tasik Sawah Wadi Samawah berair
Baginda SAW dari ibunya, kemaluannya
sudah dikhatankan dan dalam keadaan beliau DiAntara keajaiban malam keputeraan Nabi SAW
mengangkat jari telunjuknya ke langit seolah- juga ialah melimpahnya air tasik Sawah yang
olah mengagungkan kebesaran Allah SWT. terletak di antara Hamazan dan Qum, Iran yang
(Prof. Dr. Sheikh Abd al-Halim Mahmud,1990, kekeringan sebelumnya kerana terputus sumber
Muhammad Rasulullah SAW, Dar al-Kitab al- air di bahagian hulunya sehingga ke padang
Misr: Kaherah, hlm 81) pasir berhampiran. Demikianlah Allah SWT
memanifestasikan kehebatan dan keberkatan
Bondanya Aminah binti Wahhab Ketika yang dilimpahkanNya ke atas Nabi SAW sebagai
menceritakan detik indah keputeraan Baginda rahmat bagi sekalian alam. Situasi sama dialami
SAW berkata: “Ketika aku melahirkannya maka dan disaksikan oleh ibu susuan Baginda SAW
keluarlah nur yang memancar hingga ke kawasan Halimatus Saadiah. Kehidupan keluarganya
antara timur dan barat. Nurnya menerangi dalam keadaan miskin dan kemarau teruk
istana di Syam dan barisan kedainya sehingga bertukar bahagia dengan limpahan keberkatan
dapat dilihat leher unta di Busra.” (Abu al-Farj yang tidak terhitung. Kawasan rumput yang
Nur al-Din Ali bin Ibrahim Ahmad al- Halabi, kekeringan tetiba bertukar menjadi hijau segar.
2002, Sirah al-Halabiyyah) Lantaran kebebatan
nurnya yang terpancar, maka sesetengah ulama

19

Buletin Khas

MAULIDURRASUL SAW 1442H

Manakala binatang peliharaan mereka seperti Manakala nama Muhammad SAW dan
kambing dan unta mengeluarkan susu tanpa Ahmad pula disebut secara rasmi dan meluas
henti tatkala Nabi Muhammad SAW berada di di dalam al-Quran al-Karim. Hakikatnya nama
bawah jagaannya. Ahmad dan Muhammad SAW merujuk kepada
peribadi yang satu sahaja.
5. Terbit bintang Nabi Muhammad
SAW 6. Iblis meraung dan meratap

Pada malam keputeraan Nabi SAW terbit satu Imam Ibn Katsir menjelaskan: “Sesungguhnya
bintang menandakan Baginda SAW sebagai iblis yang dilaknat meratap sebanyak empat
Rasul akhir zaman yang ditunggu-tunggu. kali ratapan. Iaitu ketika dia dilaknat, ketika
diturunkan dari syurga, ketika dilahirkan Nabi
Ibn Hisyam menjelaskan: “Hassan bin Tsabit SAW dan ketika turunnya surah al-Fatihah.” (Ibn
berkata: Demi Allah SWT ketika aku berumur Katsir, 1993, al-Biadayah Wa al-Nihayah, Dar
antara tujuh atau lapan tahun aku mengingati al-Ihya Turath al-Arabi: Beirut, jld 2, hlm 326)
apa yang aku dengar. Ketika aku mendengar
seorang pendita Yahudi melaungkan suaranya Kesimpulannya, keputeraan Baginda Nabi
di suatu tempat yang tinggi di Madinah: Wahai SAW menyaksikan kepada kita pelbagai perkara
semua Yahudi!.. maka berhimpunlah mereka. menakjubkan berlaku sesuai dengan kedudukan
Lalu mereka berkata: Apakah semua ini? Pendita dan ketinggian martabat Baginda SAW sebagai
Yahudi itu berkata: Telah muncul semalam makhluk paling mulia, detik paling bersejarah
bintang Ahmad yang menunjukkan bahawa dia dan rahmat bagi sekalian alam. Maka benarlah
telah dilahirkan.” (Ibn Hisyam, 1998, al-Sirah al- firman Allah SWT:
Nabawiyyah, Dar al-Fikr: Beirut, jld 1, hlm 135)
“Tidak kami utuskan Dikau (Wahai
Imam Ibn Katsir menyifatkan bahawa bintang Muhammad) melainkan untuk menjadi
merah yang terbit di sudut langit merupakan
satu tanda yang khusus kelahiran seorang Nabi rahmat bagi sekalian alam.”
yang terakhir. (Ibn Katsir, 1993, al-Bidayah Wa (Surah al-Anbiyaa’, 107)
al-Nihayah, Dar al-Ihya Turath al-Arabi: Beirut,
jld 2, hlm 327) Sebenarnya panggilan nama
Ahmad oleh orang Yahudi di atas adalah merujuk
kepada Nabi Muhammad SAW sebagaimana
yang termaktub di dalam kitab Zabur, Taurat
dan Injil. (Muhammad Yusof al-Kandahlawi,
1993, Hayat al-Sahabah, Maktabah al-Thaqafi:
Kaherah, jld 1, hlm 33)

20

Terjemahan Literal lagu:

VOÚ�(Ó Ú « UMÓMÓOÚ�Ó ÊÓ U�Ó uÚ Ó�

Ahmad Syuqairi/Abdul Rahman Mohammad

‫َﻟ َﺪﻧَﺎ اﻟْ َﻘﺎ ِﺻ ْﻲ َواﻟ َﻘ ِﺮ ْ�ﺐ‬

Maka pastilah berkumpul bersama kita
(mereka) yang jauh dan yang dekat

‫َﻓ َﺪﺗْ َﻚ ُر ْو ِﺣ ْﻲ ﻳَﺎ َﺣﺒِ ْﻴﺐ‬ ‫ِﻣ ْﻦ َﻃ ْﻴ َﺒ ٍﺔ َ� ْﺒ َﻞ ا�ْ َﻤ ِﻐ ْﻴﺐ‬ ‫ﻳَﺎ َر ِّ ْ� َﻗ ْﺪ َﻏ ِﻔﻠْ َﻨﺎ‬

Kutebus ruhku denganmu Daripada (mencari) kebaikan sebelum Wahai Tuhanku sesungguhnya
wahai kekasih hilang kami telah banyak lalai

‫ﻣُ َﺤ َّﻤ ٌﺪ ُﻣ ْﻜ ِﺮ َم اﻟْ َﻐ ِﺮ ْ�ﺐ‬ ‫َﻃﺎﻟِ ًﺒﺎ ُﻗ ْﺮ َب اﻟ ْ َﺤﺒِ ْﻴﺐ‬ ‫َو ﻛُﻠُّ َﻨﺎ َﻃ َﻤ ٌﻊ‬

Muhammad (SAW) yang Mencari (agar) dekat dengan Nabi yang Walhal kami semua sangat
memuliakan tetamu asing
dikasihi mendambakan
‫ﺑِ ُﻘ ْﺮ�ِ َﻚ ا� ُّﺮ ْو ُح ﺗَ ِﻄ ْﻴﺐ‬
‫ﺑِ ُﻘ ْﺮ�ِ ِﻪ اﻟﻨَّ ْﻔ ُﺲ ﺗَ ِﻄ ْﻴﺐ‬ ‫ِﻓ ْﻲ َ� ْﻔ ٍﻮ َو ِ ْ� َﻛ َﺮا ٍم‬
Berdekatan denganmu ruh
menjadi tenang Berdekatan dengannya diri pasti Pada kemaafan dan pada

‫ﻳَﺎ َرﺣْ َﻤ َﺔ �ِﻠْ َﻌﺎ�َ ِﻤ ْﻴﻦ‬ menjadi tenang kemuliaan

Wahai rahmat kepada seluruh ‫َوﺗَ ْﺪ ُع ا َﷲ َ� ُﻴ ِﺠ ْﻴﺐ‬ ‫َو ِ ْ� اِ ْ� َﺘﺎ ِق‬
alam
Dan engkau pohonlah kepada Allah, Dan pada pembebasan azab
‫ﻳَﺎ َﺣﺒِ�ْ ِﺒ ْﻲ ﻳَﺎ ﻣُ َﺤ َّﻤﺪ‬
maka pasti Dia memperkenankan neraka
Wahai kesayanganku
wahaiMuhammad (SAW) ‫ﺗَ ِﻐ ْﻴﺐ‬ َ ‫َﻃ َﻪ‬ ‫اَﻧْ َﻮا ُر‬ ‫َو َﺟ َّﻨ ٍﺔ َﻣ َﻊ َﺳ ّﻴِ ِﺪ اﻟْ�َ َﺸ ْﺮ‬
‫ﻻ‬
‫ﻳَﺎ َﻃﺒِ ْ� ِﺒ ْﻲ ﻳَﺎ ُ� َﻤ َّﺠﺪ‬
Cahaya-cahaya suci bersih yang tidak Dan Syurga itu bersama
Wahai perawatku, wahai yang
sentiasa dipuji pernah hilang Rasulullah sebagai Penghulu

‫َأﻧْ َﺖ ُذ ْو اﻟْ َﻔ ْﻀ ِﻞ ُ� َﺆ ّ�َ ْﺪ‬ ‫ﺑَﻠِّ ْﻐ َﻨﺎ ﻟِ َﻘﺎ ُه ﻳَﺎ ﻣُ ِﺠ ْﻴﺐ‬ manusia

Engkau pemilik kelebihan yang Sampaikanlah kami pertemuan ‫ﻧَ ْﺪ ُﻋ ْﻮ َك َر ِّ ْ� ِﻣ َﻦ ا ْﻷَ ْ� َﻤﺎ ِق‬
diperkuatkan dengannya wahai Allah yang
Kami berdoa kepada Mu wahai
‫َﺟ َّﻞ َﻣ ْﻦ َﺻ َّﻞ َﻋﻠَ ْﻴ ِﻪ‬ mengkabulkan segala hajat
Tuhanku dari rasa hati yang
‫ُﻫ َﺪاْ َك ا ْﻟ َﻜ ْﻮ ُن ا� َّﺮ ِﺣ ْﻴﺐ‬ mendalam

Petunjuk-Mu untuk seluruh alam ‫�َ ْﻮ ﻛَﺎ َن ﺑَ ْ� َﻨ َﻨﺎ اﻟ ْ َﺤﺒِ ْﻴﺐ‬

‫َرﺣْ َﻤ َﺔ ا�ْ َﻬﺎ ِد ا ْﻟ َﻘ ِﺮ ْ�ﺐ‬ Jika Baginda yang dikasihi
berada bersama kita

Oleh Allah yang Maha Agung Sebagai rahmat (dari) Allah yang
yang sentiasa merahmatinya memberi petunjuk lagi yang Maha

Dekat

‫َﺣ ِﺪ ْ� ُﺜ َﻚ اﻟﻨَّ ْﻬ ُﺮ اﻟْ َﻌ ِﺬﻳْﺐ‬

Bicaramu ibarat sungai yang jernih

‫ِﺟ َﻮا ُر َك اﻟْ ُﻐ ْﺼ ُﻦ ا� َّﺮ ِﻃ ْﻴﺐ‬

Berdekatan denganmu umpama
berpaut di dahan pohon yang segar


Click to View FlipBook Version