The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BSS3083 - Wacana Kesusasteraan Melayu Semasa | Group B| Kumpulan 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d090937, 2022-07-12 08:13:58

PROSA MELAYU MODEN (NOVEL & CERPEN) (1)

BSS3083 - Wacana Kesusasteraan Melayu Semasa | Group B| Kumpulan 4

PROSA MELAYU MODEN

KOMSAS
TINGKATAN 4

DAN 5

NOVEL DAN CERPEN

DISEDIAKAN OLEH




1.BADRI HUSAINI BIN BADROL ISHAM - D20191087911

2.DAISYLEA JONIUS - D20181082482

3. DYANNA BINTI TAUNI -D20192090935

4.JESSYCORLINA PURSILI - D20192090937

5.MOHD AKMAL BIN OMAR BAK - D20192091269

6.MOHAMMAD SYAHFIEE - D20192090914

7.MUHAMMAD LUQMAN 'AFIF

BIN MUHAMMAD IMRAN - D20192091239

NOVEL

NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

KOMSAS TINGKATAN 4

SINOPSIS

Karya ini mengisahkan tentang Adnan yang merupakan watak utama.
Beliau yang dilahirkan di Sungai Ramal, Selangor, hidup di dalam suasana
kemiskinan kampung. Kehidupan mereka bergantung kepada hasil sawah
padi dan kebun getah yang cukup-cukup makan sahaja. Adnan
dibesarkan oleh kedua ibu dan bapanya iaitu Pak Saidi dan Mak Milah.
Adnan yang merupakan anak sulung mempunyai dua adik-beradik iaitu
Ahmad dan Amarullah. Watak utama novel ini mempunyai nilai kerajinan
dan taat kepada perintah orang tuanya. Sejak usia sepuluh tahun, beliau
membantu orang tuanya di kebun getah setiap pagi.

Moyang kepada Pak Saidi adalah orang buruan Inggeris, maka beliau
sengaja merahsiakan keturunan pahlawannya kerana khuatis diburu.
Semangat patriotik itu dilihat diwarisi oleh Adnan. Pak Saidi tidak mahu
anak-anaknya mewarisi pekerjaannya di kampung justeru beliau memiliki
keazaman untuk memastikan masa depan anak-anaknya lebih baik. Pak
Saidi sedar hanya dengan ilmu pengetahuan anak-anaknya boleh
menabur bakti kepada agama, bangsa dan tanah air. Beliau berhasrat
mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris tetapi
mendapat tentangan orang kampung kerana risau akan dipengaruhi
anasir yang tidak diinginkan.

Adnan telah dihantar untuk bersekolah di sebuah sekolah aliran
Inggeris dan menjadi seorang peljar yang disenangi oleh rakan-rakan
serta guru kerana sikapnya yang rajin dan pintar. Setelah tamat
persekolahan, beliau menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai
Ramal. Namun, bidang perguruan bukanlah minatnya, sebaliknya cita-cita
Adnan adalah untuk menjadi seorang Askar. Tersebar berita tentera
British ingin menubuhkan askar Melayu yang terdiri daripada anak-anak
Melayu. Selepas mendapat restu ayah dan ibunya, Adanan serta beberapa
pemuda kampungnya menyertai latihan ketenteraan di Port Dickson.

Dengan kesungguuhan menjalani latihan ketenteraan, Adnan berjaya
direkrut ke dalam pasukan Askar Melayu. Beliau ditugaskan untuk ke
Singapura, kemudian menerima kenaikan pangkat sebagai Sarjan
seterusnya terpilih untuk menyertai upacara pertabalan King George VI di
London. Tidak lama selepas itu, Adnan dinaikkan pangkat sebagai
seorang Leftenan dan telah berkahwin dengan seorang guru di
kampungnya bernama Sophia. Hasil perkahwinannya melahirkan tiga
orang zuriat dan mereka menetap di Pasir Panjang, Singapura di Kem
Rejimen Askar Melayu.

TEMA DAN
PERSOALAN

TEMA

Tema novel ini ialah keberanian dan
keperwiraan askar Melayu yang sanggup
berjuang hingga akhir hayat. Keperwiraan
askar Melayu yang diketuai oleh Leftenan
Adnan bin Saidi melambangkan perasaan
cinta akan tanah air demi mempertahankan
negara daripada penjajahan kuasa asing.
Keberanian anggota pasukan Rejimen Askar
Melayu melawan tentera Jepun telah berjaya
memupuk semangat kebangsaan dalam
kalangan rakyat.

TEMA DAN
PERSOALAN

PERSOALAN

1.Persoalan semangat kepahlawanan yang tinggi dalam diri anak muda
Leftenan Adnan dan adik-adiknya memiliki semangat kepahlawanan
sejak kecil lagi. Buktinya, mereka gemar bersilat dan bermain perang
olok-olok. Aktiviti tersebut telah melahirkan semangat juang,
keberanian, dan sikap tidak mudah mengalah pada diri mereka.

2.Persoalan kepentingan ilmu agama dalam kehidupan
Pak Saidi dan Mak Milah sangat menitikberatkan penguasaan ilmu
agama dalam kehidupan keluarga mereka. Buktinya, mereka mengajar
anak-anak mereka mengaji al-Quran dan solat yang sempurna.

3.Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan
Pak Saidi menghantar anak-anaknya belajar di sekolah Inggeris supaya
mereka dapat mempelajari ilmu hisab, sejarah, dan bahasa Inggeris
supaya memperoleh ilmu dan mendapat pekerjaan yang baik.

4.Persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga
Adnan dan ahli keluarganya sayang-menyayangi. Buktinya, Mak Milah
dan Pak Saidi amat bimbang akan keselamatan semua anak mereka
yang menceburi bidang ketenteraan ketika Jepun menyerang Tanah
Melayu. Adnan dan Sophia juga pasangan suami isteri yang sayang-
menyayangi.

5.Persoalan amalan tolong-menolong dalam kalangan masyarakat yang
berlainan kaum dan agama
Oleh sebab pendapatan Pak Saidi tidak rnenentu. Ah Chong
membenarkan Pak Saidi membeli basikal di kedainya secara ansuran.

6.Persoalan keberanian anak muda menghadapi cabaran mencapai cita-
cita
Adnan dan Mamat sanggup melalui perjalanan yang jauh bagi
menghadiri temu duga menyertai pasukan tentera di Port Dickson.

7.Persoalan amanah dalam menggalas tanggungjawab
Apabila menerima tanggungjawab dan tugasan dariapda pihak atasan,
Leftenan Adnan bersungguh-sungguh melaksanakan amanah tersebut.
Buktinya, beliau menerima tugasan menjaga dua pangkalan tentera
pada masa yang sama meskipun tugas itu berat.

LATAR

LATAR MASA



1.Pada waktu subuh
Adnan mandi pada waktu subuh pada hari pertama
persekolahannya.

2.Pada waktu pagi
Pak Saidi menguruskan kemasukan Adnan di sekolah Inggeris di
pekan Sungai Ramal.

3.Pada waktu tengah hari
Pak Saidi bertanya kepada anak-anaknya tentang perkembangan
bacaan dalam solat masing-masing dan menasihati mereka agar
menjadi orang yang soleh serta berbakti kepada bangsa, agama,
dan tanah air sambil mereka makan tengah hari.

4.Pada waktu petang
Tok Ketua Kampung, Lebai Pian, Pak Karim, dan Isa menemui Pak
Saidi untuk mendapatkan penjelasan tentang tindakannya
menghantar Adnan ke sekolah Inggeris.

5.Pada waktu malam
Nordin dan kawan-kawannya tidur di masjid setelah Nordin dipukul
oleh ayahnya, Pak Abu.

6.Perang Dunia Kedua
Peperangan melibatkan Jerman dan Itali dengan Amerika Syarikat
dan British manakala Jepun pula sedang bersiap sedia untuk
menjajah Singapura dan Tanah Melayu.

7.Sabtu, 6 Disember 1941
Pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British
menghadiri satu persidangan tertutup di Manila untuk
membincangkan persiapan Jepun untuk menakluk Asia

8.Pada tengah malam 8 Disember 1941
Meriam dibedil pada tengah malam itu sebagai tanda bermulanya
Perang Dunia Kedua di Timur Jauh dan Pasifik.

9.Pada 10 Februari
Tentera Jepun bertempur dengan Batalion 2 Rejimen Askar Melayu
dan Briged India ke-44 di Jurong.

LATAR

LATAR TEMPAT

Di rumah Pak Saidi
Pak Saidi ditembak oleh tentera Jepun di halaman rumah

tersebut.



Di warung Pak Samad
Pak Saidi menyampaikan kandungan tulisan Syed Syeikh al- Hadi

dalam risalah terbaharu kepada pelanggan yang berada di
warung.

Di Sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal
Apabila Cikgu Anderson bertanyakan cita-citanya, Adnan
memberitahu gurunya itu bahawa dia ingin menjadi askar.

Di Kem Latihan Ketenteraan Haig Lines, Port Dickson,
Negeri Sembilan

Adnan, Mamat, Yusof, dan Jaafar menjalani temu duga untuk
menjadi askar Melayu.

Di pantai Kelantan
Beberapa buah kapal pengangkut Jepun menghampiri pantai
Kelantan untuk mendaratkan tenteranya di Pantai Badang, Pantai

Sabak, dan Pantai Kuala PakAmat,

LATAR

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat kampung yang miskin dan bekerja sendiri
Sebahagian besar penduduk Kampung Sungai Ramal bekerja

sebagai penoreh getah, pesawah, dan pekebun.



Masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga
Keluarga Pak Saidi saling sayang-menyayangi.



Masyarakat pelbagai kaum yang mesra
Ah Chong mengizinkan Pak Saidi membeli sebuah basikal baharu

secara bayaran ansuran kerana dia percaya akan Pak Saidi.



Masyarakat yang mempunyai semangat patriotik yang
sangat tinggi

Golongan ini berjuang untuk mempertahankan tanah air
daripada penjajah, seperti Leftenan Adnan, Mamat, Nordin, dan

Pak Saidi.



Masyarakat yang menghabiskan masa dengan perkara yang
tidak berfaedah

Nordin dan kawan-kawannya kerap bermain dam berjam-jam
lamanya di warung kopi Pak Samad.

NOVEL SILIR DAKSINA

KOMSAS TINGKATAN 5

SINOPSIS

Novel ini mengisahkan Haiqal yang telah pergi ke
kampung halaman ayahnya, Abdullah Kayan berbekalkan
sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang
gadis berbangsa Cina yang tidak dikenalinya. Kampung
tersebut merupakan kampung kelahiran Haiqal tetapi
telah menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang
separuh jalan itu telah menarik minat Haiqal untuk
mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun
ditentang oleh uminya. Masyarakat Kampung Seri
Purnama menerima kehadiran Haiqal dengan baik. Dia
kemudiannya mula membongkarkan kehidupan sebanar
ayahnya melalui orang-orang yang rapat dengan
ayahnya. Haiqal mendapati watak-watak yang dilukis
oleh ayahnya didalam manuskrip tersebut seolah-olah
cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung
itu. Abdullah Kayan merupakan penggiat aktiviti
kebudayaan di kampung tersebut. Beliau juga adalah
guru yang aktif menulis sehingga mewujudkan aksara di
kampungnya. Disebabkan kecintaannya terhadap bidang
tersebut, beliau telah meninggalkan keluarganya di
Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Kini,
perjuangan itu diwariskan kepada Haiqal. Adakah haiqal
mampu melaksanakan hasrat ayahnya kerana manuskrip
lama itu menyimpan banyak rahsia yang perlu
dihuraikan?

TEMA DAN PERSOALAN

TEMA

Tema yang dibawa dalam novel ini adalah tema
kekeluargaan. Haiqal yang mengalami konflik
keluarga berpunca daripada penceraian ibu dan
bapanya sehingga menyebabkan dia dipisahkan
oleh ibunya daripada ayah kandung, Abdullah
Kayan.

PERSOALAN

1.Persoalan kegigihan seorang remaja dalam merungkaikan misteri
kehidupan sebenar ayah kandungnya.
Haiqal berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah
kandungnya setelah mendapat manuskrip yang dikirimkan oleh Ong
See Hwa.

2. Persoalan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya
Abdullah Kayan yang merupakan bapa kepada Haiqal terlalu sayang
akan anaknya yang dipisahkan oleh isterinya sehingga menghasilkan
manuskrip tentang perasaan rindu kepada anaknya

3. Persoalan usaha untuk mengangkat keseniaan tarian zapin
Penduduk Kampung Seri Purnama dan Abdullah Kayan telah
berusaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin di kampung
tersebut.

4. Persoalan hubungan baik antara dua bangsa yang berlainan budaya
Hubungan antara Tauke Lim dan Amirulnizam serta penduduk
kampung begitu baik walaupun mereka berlainan bangsa.

5. Persoalan sikap kerjasama oleh penduduk
Penduduk Kampung Seri Purnama sentiasa bekerjasama dalam
menjayakan pelbagai aktiviti yang dijalankan di kampung tersebut
seperti Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim di situ.

LATAR

LATAR MASA

Pagi - Tauke Lim dan isteri menoreh getah
Petang - Peristiwa di mana Haiqal teringat akan peristiwa dia hampir terlanggar

seorang budak kecil
Malam - Cik Zam berbual-bual semasa tamat latihan zapin Usia enam bulan

- umi memberitahu Haiqal bahawa walid bukan ayah kandungnya lapan
belas tahun

- Tauke Lim menetap di kampung Seri Purnama

LATAR TEMPAT

1.Kuala Terengganu 2. Kampung Seri Purnama

Rumah Umi dan Walid - Rumah ayah kandung Haiqal

3. Balai Raya Kampung Seri Purnama

Tempat simpanan album, novel, bahan sastera yang menunjukkan kegiatan ayah

Haiqal dalam bidang sastera dan budaya

4. Gerai Makan milik ratna

Haiqal dan ratna berbual-bual di gerai makan tersebut sambil menikmati

makanan yang disediakan

5. Rumah Tauke Ong

Haiqal ke rumah Tauke Ong untuk memujuk See Hwa supaya berpasangan

dengannya untuk menri Zapin.

6. Pusara Abdullah Bin Kayan

Haiqal telah membacakan yasin dan berdoa agar ayahnya ditempatkan di sisi

orang yang baik-baik

7. Stesen Bas Batu Pahat

Haiqal tiba di stesen bas Batu Pahat dari Terengganu untuk ke kampung ayah

kandungnya.

LATAR MASYARAKAT

1.Masyarakat peniaga
Tauke Lim yang berniaga pisang dan pinang di pekan

2. Masyarakat yang cinta akan sastera dan seni budaya bangsa
Pak Cik bakar, Haji Salim dan Cikgu Zam melibatkan diri dalam seni tarian zapin
bagi memperkasa seni warisan Melayu

3. Masyarakat yang berpendidikan
See Hwa belajar di kolej manakala Haiqal belajar di tingkatan enam

4. Masyarakat yang berbilang kaum
Kampung Seri Purnama mempunyai penduduk yang tersiri daripada Pak Cik
Bakar, Wak Min, Haji Salim, Tauke Lim dan See Hwa

5. Masyarakat yang penyayang
Cikgu Zam amat menyayangi dan merindui anaknya Haiqal yang tinggal jauh
setelah bercerai dengan isterinya. Cikgu Zam meluahkan perasaan sayang pada
anaknya dalam manuskrip

NOVEL TIRANI

KOMSAS TINGKATAN 5

SINOPSIS

Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu
menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidungnya
pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin mengecapi
kemajuan atas anma dirinya dalam bidang pelancongan
sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah
mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Waheeda
telah membuat kebetulan hidungnya yang kebetulan digigit
monyet dengan melakukan pembedahan rekonstruksi wajah
untuk menjadi lebih cantik. Dengan kecantikan yang dibentuk,
maka datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Bidang
pelancongan yang diterokainya telah mempertemukan suaminya
dengan anak rakan niaganya di Sarawak Datuk Yasser.
Kecantikan dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak
menjamin kebahagiaan rumah tangga malah merosakkan
kehidupannya. Kecantikannya menyebabkan tugasnya
bertambah berat dan harapan prang terhadapnya melambung
tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Cinta
Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh
sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian
berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi
kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh Zahid.
Akhirnya, Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam
bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di
Cameron Highland. kemajuan chalet yang diusahakan oleh
Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai
pelancong termasuklah Zahid. Akhirnya mereka dipertemukan di
chalet tersebut. Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid
terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang
hanyalah satu Tirani.

TEMA DAN
PERSOALAN

TEMA

Novel ini membawa tema kecantikan fizikal
bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki
seseorang dapat melindungi kelemahan diri.

PERSOALAN

1.Persoalan kecantikan merupakan perkara yang diutamakan
oleh seorang wanita.
Dr. Alma Chen menyatakan kepada Waheeda dalam proses ini,
pihak pakar kami akan mengubah dorsum atau aliran atas
hidung agar mancungnya terbentuk

2. Persoalan tanggungjawab seorang anak kepada keluarga
Waheeda bersandar sambil termenung melayari lamunan. Dia
amat berterima kasih kepada Ghazi kerana sanggup balik ke
pangkuan keluarga. Ghazi melepaskan jawatannya di Petronas
Miri untuk kembali membantu ayahnya menguruskan Tajau
Enas sejak bulan lepas.

LATAR

LATAR MASA

Pada waktu pagi
Waheeda disorong ke bilik bedah pada hari
Rabu, pukul 11.30 pagi untuk menjalani
pembedahan plastik pada wajahnya.

Pada waktu tengah hari
Waheeda makan tengah hari di sebuah
restoran bersamasama Nurjihan.

Pada waktu petang
Waheeda pergi ke Cafe Iwani pada waktu
petang dan melihat Lais serta Izzati
sedang berbual-bual dengan Zahid.

Pada waktu malam
Waheeda menghantar e-mel kepada Ghazi
untuk bercerita tentang rawatan integrasi
yang bakal dijalaninya.

LATAR

LATAR TEMPAT

Chalet Tajau Emas
Hidung dan muka Waheeda cedera kerana

dia diserang oleh seekor monyet.




Bilik wad Hospita
l Pakar Norman

Waheeda mela
hirkan Izzati.



Di rumah bapa saud
ara Bazilah di Yishun,

Singapura

Raidah datang secara mengejut untuk menemani
Waheeda dan memberikan sokongan moral kepadanya
sebelum menjalani pembedahan.



Silicon Medical Center (SMC), Singapura

Waheeda menjalani pembedahan hidung dan pipinya.

Di Flamingo Resort, Singapura

Waheeda berkenalan dengan Zahid.

Di Aya-Sajinah, Cam
eron Highlands

Zahid mengakui kesalahannya dan meminta maaf
daripada Izzati dan Waheeda.

LATAR

LATAR MASYARAKAT

1.Masyarakat yang gigih menempuh cabaran & dugaan
Waheeda cekal mengharungi liku-liku yang manis dalam
rumah tangga bersama-sama Zahid sehingga beroleh
seorang cahaya mata

2. Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih dan sayang
Waheeda terlalu mencintai suaminya telah mengalami
masalah kemurungan setelah Zahid menceraikannya

3. Masyarakat yang bijak
Waheeda mendapatkan khidmat kawannya untuk
menyerahkan sampel rambut suaminya, anaknya dan dirinya
sendiri bagi melakukan ujian DNA

4. Masyarakat yang tabah
Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya sejak
lahir disamping menguruskan perniagaan pelancongannya
setelah diceraikan suaminya

5. Masyarakat yang menghargai budaya dan warisan bangsa
Raidah menyediakan hidangan tradisional masyarakat
Sarawak seperti pansuh manok, terubuk panggang dan
bubur pedas untuk para tetamu yang menginap di chalet
mereka

NOVEL BIMA SAKTI MENARI

KOMSAS TINGKATAN 5
SINOPSIS

Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai
Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk
melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang
bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa
yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil
langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan
hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan
berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca
daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala
Selangor.

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di
Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah
lagi anak sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya.
Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama
sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut.
Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam.
Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan
Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK
Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia
mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat
pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak
dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik
mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu
dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi
mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad
Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk
berjumpa di stesen minyak Petronas.

Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa
cuba menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD
Kuala Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk
setempat bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis
membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak
tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik
diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim
Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan
kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin
menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat
Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh
perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka
pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya
terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

TEMA DAN PERSOALAN

TEMA

Tema novel ini ialah kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan
alam sekitar. Nurul Hafsa berazam untuk mewujudkan Kawasan
Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor. Dia mendapat bantuan
abangnya, Budiman dan sahabat abangnya, Muhammad Taufik.
Namun begitu, perjuangan mereka dihalang oleh Dato’ Johann
Arlington-Majid yang merupakan musuh bapa Taufik. Beberapa
musibah yang berlaku akhirnya dapat diatasi oleh mereka sehingga
membawa kepada pelaksanaan projek yang dicadangkan oleh Nurul
Hafsa.

PERSOALAN

1.Persoalan perasaan cinta akan alam sekitar demi generasi akan
datang. Nurul Hafsa berjanji kepada rombongan pemerhati
bintang dari Jepun untuk memulihkan keadaan langit Kuala
Selangor yang terlalu cerah yang berpunca daripada
pencemaran cahaya.

2.Persoalan kasih sayang antara ahti keluarga. Taufik sangat
sayang akan keluarganya dan tidak pernah sangsi akan kasih
sayang ibunya terhadapnya.

3. Persoalan bekerjasama dalam menyiapkan tugasan. Taufik,
Nurul Hafsa, dan Budiman bekerjasama untuk menyediakan
laporan tentang Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Lumpur
untuk dibentangkan di hadapan cendekiawan dan menteri
besar.

4.Persoalan semangat setia kawan. Budiman dan Nurul Hafsa
segera mencari Taufik apabila dimaklumkan oleh Taufik tentang
kecederaannya lalu menelefon ambulans untuk membawa
Taufik ke hospital.

5.Persoalan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Taufik bergiat
aktif dalam pembinaan rumah mesra alam yang bernama
Ikhtiar TeknoAlam dalam usaha untuk mengurangkan
pencemaran terhadap alam sekitar.

LATAR

LATAR MASA

Pada waktu Budiman yang terjaga pada pukul lima pagi dan
pagi tidak dapat melelapkan matanya membuat
keputusan untuk melawat Taufik di hospital.




Tan Sri Muhaimin makan makanan yang Pada waktu
dimasak oleh bekas isterinya dengan berselera tengah hari
tanpa sepatah kata.




Pada waktu Pada pukul sembilan malam, Nurul Hafsa
malam memerhatikan cahaya yang terbias di kaki
langit ketika berada di Balai Cerap Sultan
Salahuddin.




Taufik menerima nota daripada penculik yang Pada hari
memintanya datang ke stesen Petronas pada jumaat
hari Jumaat, pukul 8.30 pagi.

LATAR

LATAR TEMPAT

Di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor
Sekumpulan murid sekolah rendah dari Jepun duduk di alas

platform melengkung dan mengelilingi kubah balai cerap.

Di Rumah Ikhtiar TeknoAlam
Puan Wickham tinggal di rumah Ikhtiar TeknoAlam setelah

dipelawa oleh anaknya, Muhammad Taufik.

Di Hospital Besar Tanjung Karang
Taufik menerima rawatan setelah cedera akibat dipukul

oleh beberapa orang yang tidak dikenali.



Di Perpustakaan Awam Sultan Sharafuddin, Kuala Selangor -
Nurul Hafsa dan Taufik membual perbincangan tentang projek
Kawasan Simpan Langit Gelap manakala Budiman menyiapkan

tugasan untuk ijazah sarjana.




Di Pejabat Daerah Kuala Selangor
Nurul Hafsa membentangkan isu pencemaran cahaya dan kesannya

terhadap keadaan langit serta populasi kelip-kelip di hadapan
pegawai daerah dan panel penasihatnya di dalam bilik mesyuarat.

Di Dewan Kuliah I, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah, Shah Alam

Nurul Hafsa membuat pembentangan tentang projek Kawasan
Simpan Langit Gelap di hadapan menteri besar, ahli akademik,

pencinta alam, dan para usahawan.

Di Masjid Jamik Sultan Ibrahim, Kuala Selangor
Tempat majlis pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan Puan

Maryam.

LATAR

LATAR MASYARAKAT

1.Masyarakat yang terdiri daripada golongan korporat
Tan Sri Muhaimin dan Dato' Johann Arlington-Majid
menjadikan bidang perniagaan lampu sebagai produk jualan
mereka.

2.Masyarakat yang kaya-raya
Tan Sri Muhaimin membeli anak sungai di Kampung
Kuantan terus ke Kampung Api-api seluas 50 hektar apabila
diminta untuk berbuat demikian oleh anaknya.

3.Masyarakat yang cinta akan alam sekitar
Nurul Hafsa, Muhammad Taufik, Budiman, dan Marion
Wickham mencintai alam sekitar.

4.Masyarakat bangsa asing
Wickham yang berbangsa Kaukasia merupakan seorang
daripada pengiring rombongan kanak-kanak dari Jepun
melawat ke Balai Cerap Sultan Salahuddin.

5.Masyarakat yang mengamalkan perkahwinan campur
Tan Sri Muhaimin pernah berkahwin dengan wanita
berbangsa Kaukasia, iaitu Maryam @ Marion Wickham
Abdullah.

6.Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai
matlamat
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik menyediakan laporan
lengkap untuk pembentangan projek Kawasan Simpan
Langit Gelap dengan mengadakan perbincangan di
perpustakaan.

CERPEN

CERPEN MUNSYI

KOMSAS TINGKATAN 4

SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan hasrat Mel iaitu seorang anak muda
kampung ingin berhijrah ke kota tetapi dihalang oleh
bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh
budaya-budaya negatif di bandar. Bondanya berasa Mel
masih belum mantap bahasa ibunda dan jati dirinya. Ini
kerana bonda sedar bahawa anaknya masih belum dilengkapi
ilmu pengetahuan yang secukupnya. Menurut bondanya lagi,
warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan
agama, bahasa dan bangsa. Penjajah telah berjaya menyemai
sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah
tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara
kaum. Mel akur akan permintaan bonda untuk menangguhkan
penghijrahannya ke kota.

Setelah Mel berasa mampu berjuang di kota barulah bonda
membenarkannya ke bandar untuk meneruskan kehidupan.
Hal ini demikian kerana dia memerlukan kerjaya untuk masa
depannya. Hasratnya telah mendapat restu daripada bonda
Namun, bonda berpesan agar Mel menjaga dua perkara iaitu
agama dan bangsa. Sebelum berangkat ke kota, bonda
mengamanahkan Mel agar memberikan kitab-kitab lama
kepada seorang sahabat lamanya yang tinggal di bandar.
Sahabatnya itu bernama Munsyi. Menurut bonda, hanya
Munsyi yang layak menyimpan khazanah lama itu. Setibanya
di kota, Mel Berjaya menjejaki Munsyi. Beliau menetap di
perkampungan tradisi di pinggir kota. Mel berpeluang
berkenalan dan bermesra dengan Munsyi serta menyerahkan
puluhan kitab lama kepadanya.

TEMA DAN
PERSOALAN

TEMA

Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya
yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara.
Contohnya, ibu kerap menasihati ‘saya’ agar memelihara
dan cinta akan agama, budaya dan bahasa agar
dihormati oleh orang.

PERSOALAN

1.Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina
kehidupan.
Melmemohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi
membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang lain.

2.Peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat
sesebuah negara.
Pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah
agar agihan kekayaan negara tidak berlaku secara adil hingga
menimbulkan rusuhan kaum akibat rasa tidak puas hati rakyat.

3.Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk
meneruskan kehidupannya.
Mel tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan
kehidupan sebelum berhijrah ke bandar.

4.Ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya.
Mel mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya
berhijrah ke bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya’ masih
belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar.

5.Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya.
Ibu keberatan untuk melepaskan ‘saya’ ke bandar kerana
bimbang ‘saya’ terpengaruh akan budaya negatif yang terdapat
pada remaja di bandar.

LATAR

LATAR MASA

Zaman Penjajah telah memerintah negara
Pemerintahan menggunakan sistem pecah dan perintah.

Penjajah

Rakyat sibuk mengejar harta dan pangkat Zaman Selepas
sehingga lupa akan nilai, bahasa dan agama Merdeka
selepas dijajah.

LATAR TEMPAT

Di kampung


Pada mulanya, bonda tidak membenarkan ‘saya’
meninggalkan kampung untuk berhijrah ke kota




‘Saya’ iaitu Mel berhijrah ke kota untuk Di kota
membina kehidupan yang lebih sempurna.

Di sebuah Munsyi tinggal di sebuah rumah yang terletak di
perkampungan sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota.
tradisi di pinggir

kota

LATAR

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat kampung. -‘Saya’ dan bonda tinggal di kampung.

Masyarakat remaja yang tinggal di bandar. -‘Saya’ dapati
masyarakat remaja yang tinggal di bandar kebanyakannya telah

hanyut oleh keseronokan hidup.



Masyarakat yang mengamalkan demonstrasi untuk
menunjukkan bantahan. -Penduduk kampung tradisi
mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan
mereka terhadap pencerobohan tanah milik mereka oleh pihak

berkuasa.



Masyarakat yang cekal dan berani. - Anak-anak bangsa pada
zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk
dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.

CERPEN GERHANA MANUSIA

KOMSAS TINGKATAN 5

SINOPSIS

Cerpen Gerhana Manusia karya Aminah Mokhtar mengisahkan
kesibukan di Wad ICU sebuah hospital. Ketika itu, di wad ICU terlantar
Tuan Besar Musa yang sedang mengalami jangkitan kuman dalam
paru-paru akibat gaya hidupnya yang tidak sihat. Tuan Besar Musa
memerlukan pek darah yang banyak untuk meneruskan hidup. Namun
begitu, hospital berkenaan mengalami masalah kekurangan bekalan
darah. Di Wad ICU yang sama dengan Tuan Besar Musa, terdapat
beberapa orang pesakit lain yang juga memerlukan darah untuk
meneruskan hidup. Antaranya ialah Solehah yang tenat akibat
keguguran dan Al-Hafiz pula terlibat dalam kemalangan yang teruk.
Pada wad yang sama terdapat seorang bayi yang dibuang di tepi jalan
dan telah cedera digigit oleh anjing liar. Selain itu, terdapat seorang
gadis yang menjadi mangsa sumbang mahram oleh ayahnya dan
seorang mahasiswa yang mengidap leukimia.

Nusia telah dipertanggungjawab untuk membantu Dr Murni
merawat semua pesakit di wad ICU dan dipantau oleh Dr Juaidi.
Konflik bermula, apabila Dr Juaidi lebih memberi perhatian kepada
Tuan Besar Musa kerana Tuan Besar Musa merupakan seorang ahli
korporat yang ternama. Nusia tidak berpuas hati apabila Dr Juaidi
tidak mempedulikan pesakit lain disebabkan taraf sosial berbeza.Nusia
tidak berpuas hati dengan arahan Dr Juaidi yang menyuruhnya
membawa lima pek darah untuk merawat Tuan Besar Musa sedangkan
darah-darah tersebut sangat diperlukan oleh pesakit lain. Tuan Besar
Musa memang tidak mempunyai harapan untuk sembuh. Nusia tidak
berpuas hati terhadap tindakan Dr Juaidi lalu menyuarakan
ketidakpuasan hatinya kepada Dr Murni. Dr Murni tidak mampu untuk
berbuat apa-apa kerana Dr Juaidi lebih berkuasa di wad tersebut.

Akhir cerita, Tuan Besar Musa telah meninggal dunia dan Dr Murni
telah dipersalahkan kerana tidak memberi bantuan darah kepada Tuan
Besar Musa. Dr Murni sedar bahawa setiap insan wajib ditolong tidak
kira pangkat dan darjat. Pada akhirnya, Dr Murni menyerahkan surat
perletakkan jawatan kepada Dr Junaidi. Lalu, Nusia dan Dr Murni
sendiri akhirnya yang menderma darah mereka untuk membantu 4
orang pesakit di wad tersebut yang masih memerlukan darah.

TEMA DAN
PERSOALAN

TEMA

Cerpen “Gerhana Manusia” bertemakan sikap
mementingkan ganjaran material ketika merawat pesakit
sehingga membatasi nilai kemanusiaan.

PERSOALAN

1.Pengabaian nilai kemanusiaan akibat ganjaran
material.

2.Ketabahan pesakit melawan penyakit yang dihadapi.
3.Perasaan belas simpati sesama manusia.
4.Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah.
5.Bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan

tugas.
6.Rasional dalam membuat tindakan.
7.Percaya kepada qada dan qadar.

LATAR

LATAR MASA

Hari ini Dua hari
Hari semalam

LATAR TEMPAT

Bank Darah Wad ICU

Hospital

LATAR

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang amat bersimpati atau prihatin terhadap
pesakit.



Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan terhadap kesihatan
pesakit.





Masyarakat yang hanya mementingkan ganjaran material
semata-mata.



Masyarakat yang akur akan perintah ketua.



Masyarakat yang bertugas di hospital.



Masyarakat yang berhati mulia dan murah hati.

Masyarakat yang bijak dalam menyelesaikan masalah.

SEMOGA
MAJU JAYA!

SEKIAN, TERIMA KASIH !


Click to View FlipBook Version