PENGGUNAAN TEKNIK OMBaK DALAM MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MEMBINA AYAT LENGKAP
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Hwa Nan
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran
membina ayat yang lengkap dalam kalangan murid lemah
pembelajaran dengan menggunakan Teknik ‘Objek, Manusia ‘Buat
(Perbuatan)’ ‘Keterangan’(OMBak). Sebanyak dua orang
responden yang lemah pembelajaran Tahun 6 daripada sebuah
sekolah di luar bandar telah terlibat dalam kajian ini. Fokus kajian
ini memberi penekanan terhadap penggunaan teknik OMBaK
dalam pembinaan ayat yang lengkap. Tinjauan awal mendapati
murid-murid lemah dalam membina ayat berdasarkan ujian
diagnostik dan pemerhatian. Justeru itu, Teknik OMBaK telah
digunakan untuk membantu murid menghadapi masalah tersebut.
Intervensi telah dijalankan sebanyak dua kali iaitu satu kali untuk
setiap kitaran. Kajian ini telah menggunakan tiga jenis instrumen
pengumpulan data iaitu ujian, pemerhatian dan temu bual. Dapatan
ujian dan pemerhatian menunjukkan berlakunya peningkatan
dalam kemahiran membina ayat. Tahap kemahiran membina ayat
kumpulan sasaran telah meningkat daripada lemah kepada
cemerlang. Peningkatan tersebut dipaparkan menerusi graf
perbandingan markah antara Ujian Pra dan Ujian Pasca. Ini
membuktikan bahawa Teknik OMBaK telah berjaya meningkatkan
kemahiran membina ayat berdasarkan gambar dalam kalangan
kumpulan sasaran. Hal ini turut disokong oleh dapatan daripada
temu bual yang dijalankan.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian tindakan ini adalah untuk:
i) Meningkatkan kemahiran murid membina ayat dengan
menggunakan Teknik OMBaK
ii) Menggalakkan murid agar berkeyakinan dengan potensi diri dan
kebolehan mereka.
iii) Menambahbaikkan amalan pengajaran dan pembelajaran
kemahiran membina ayat dengan menggunakan Teknik OMBaK.
PEMBOLEHUBAH TIDAK BERSANDAR
Teknik OMBaK, iaitu peta yang mengandungi tiga kolumn yang
terbahagi kepada objek atau manusia, buat apa (perbuatan) dan
keterangan (alat, tempat, tujuan, masa dan sebagainya).
PEMBOLEHUBAH BERSANDAR
Murid dapat menulis kepelbagaian ayat yang lengkap iaitu
perluasan ayat yang mengandungi tempat, tujuan, alatan, masa dan
sebagainya.
Hasil kajian memperlihatkan Teknik OMBaK dapat merangsang
minat murid untuk membina ayat berdasarkan peta dengan cepat
dan efektif. Murid-murid dirangsang mengutarakan idea secara
lisan bagi mendapatkan kosa kata yang bersesuaian terlebih dahulu.
Kemudian murid mengeja, menulis perkataan dan diikuti dengan
membina ayat.
Guru-guru Bahasa Melayu pula dapat memperkaya kaedah
pengajaran di dalam bilik darjah dengan memperluas kefahaman
strategi pengajaran dengan peta bagi membimbing murid untuk
membina ayat. Rumusannya, hasil kajian ini diharap dapat
memberikan nilai tambah kepada warga pendidik.
METODOLOGI KAJIAN
Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih model Kajian Tindakan
Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1988), yang dipetik daripada
Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Model ini
menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan
iaitu Mereflek (Reflect), Merancang (Plan), Bertindak (Action) dan
Memerhati (Observe). Pengkaji menjalankan kajian ke atas 2 orang
responden Tahun 6 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di daerah
Bagan Datuk, Perak. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian
yang berbentuk Kualitatif. Data diperolehi melalui kaedah
pemerhatian, Ujian Pra (Pre-Test) dan juga Ujian Pasca serta temu
bual. Pemilihan sampel adalah berdasarkan ujian diagnostik yang
dijalankan pada peringkat awal. Responden ini terdiri dari
kalangan murid yang sangat lemah dalam penguasaan kemahiran
membina ayat tunggal. Responden juga merupakan murid yang
pasif di dalam kelas, kerana kurang melibatkan diri dalam aktiviti
khususnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung di dalam kelas. Pengkaji telah memilih dua orang
responden yang terdiri daripada dua lelaki. Kedua-dua responden
yang dipilih sebagai responden kajian adalah berbangsa Cina
berumur 12 tahun. Menurut guru kelas dan merangkap guru
Bahasa Melayu, responden menghadapi kesukaran untuk membina
ayat walaupun hanya ayat tunggal. Ini dibuktikan melalui analisis
ujian diagnostik yang mana semua responden kajian mendapat
markah yang sangat rendah dalam kemahiran menulis ayat.
Rajah 1: Ringkasan peringkat tindakan mengikut kitaran
DAPATAN KAJIAN
Dapatan Kajian bahagian ini mengandungi keputusan yang
diperoleh daripada data-data yang telah dianalisis melalui tiga
instrumen pengumpulan data iaitu ujian, pemerhatian dan temubual.
Dalam bahagian analisis data ujian Pra dan Pasca pengkaji
membincangkan berkenaan data-data dari ujian pra dan ujian pasca
yang telah diperolehi sepanjang kajian ini dijalankan. Kemudian
kedua-dua data ini dibandingkan untuk melihat perbezaan sebelum
dan selepas intervensi. Kedua-dua responden telah menunjukkan
peningkatan dalam kemahiran membina ayat tunggal selepas
intervensi dijalankan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kaedah
OMBaK telah meningkatkan tahap penguasaan responden.
Responden 1 telah berjaya menulis 5 ayat dengan betul dalam
Ujian Pasca. Responden 2 juga menulis ayat dengan betul. Mereka
dapat menyusun kesemua perkataan menjadi ayat lengkap.
Responden kajian dapat mengenal pasti perbezaan antara “objek
atau manusia”, buat apa‟ dan “keterangan”. Pemahaman tentang
peta OMBak telah membantu responden mendapat markah yang
tinggi dalam bahagian A Ujian Pasca. Graf 1 menunjukkan
perbandingan markah antara Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi
kedua-dua responden pengkaji. Secara keseluruhannya, intervensi
yang dijalankan telah membantu dalam meningkatkan kemahiran
membina ayat tunggal responden pengkaji.
Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca
12 Responden 2
10 Ujian Pra Ujian Pasca
8
6
4
2
0
Responden 1
Graf 1: Perbandingan markah Ujian Pra dan Ujian Pasca
Berdasarkan graf 1, responden 1 memperoleh markah sebanyak 4%
semasa Ujian Pra dan 9% semasa Ujian Pasca. Kemahiran
membina ayat yang lengkap responden telah meningkat dari tahap
kurang memuaskan ke tahap cemerlang. Manakala, responden 2
memperoleh markah sebanyak 6% semasa Ujian Pra dan 10%
semasa Ujian Pasca. Kemahiran membina ayat yang lengkap
responden 2 juga meningkat daripada tahap memuaskan ke tahap
cemerlang.
Kami juga telah menemubual kedua-dua orang murid berhubung
dengan kaedah yang digunakan dalam kajian ini dan keputusan
ujian mereka, Berikut merupakan transkrip temu bual tersebut.
Cikgu Cikgu nampak markah kamu bertambah baik
setelah menggunakan kaedah ini.
Responden 1 Ya, cikgu. Setelah belajar menggunakan kaedah
ini, saya lebih mahir membina ayat.
Cikgu Bagaimana pula pendapat kamu?
Responden 2 Saya telah memahami cara untuk membina ayat
dengan sistematik.
Cikgu Adakah kamu faham dengan kaedah cikgu?
Responden 1 Faham, cikgu. Saya telah memahami dan dapat
membina ayat dengan betul. Saya berasa senang
saja nak membina ayat.
Cikgu Bagusnya, kamu semua dah ada kemajuan, cikgu
berasa gembira dan harap kamu semua teruskan
berusaha.
Temu bual dengan kedua-dua orang murid ini mendedahkan sikap
mereka terhadap penggunaan kaedah ini. Kami dapati penggunaan
Teknik OMBaK ini memudahkan mereka membina ayat dengan
cepat dan sistematik. Kedua-dua orang murid yang ditemubual ini
bersetuju bahawa penggunaan teknik ini telah membantu mereka
menulis ayat yang lengkap.
IMPLIKASI KAJIAN
Melalui penggunaan Teknik OMBaK ini, murid-murid dapat
meningkatkan kefahaman yang baik dari segi pembinaan ayat.
Murid-murid juga dapat meningkatkan markah dalam ujian mereka
dalam aktiviti membina ayat. Selain itu,murid-murid ini juga dapat
memberikan fokus yang baik ketika proses PdP sedang
berlangsung. Murid-murid dapat menyiapkan tugasan membina
ayat dengan lebih pantas. Guru lebih bersemangat untuk mengajar
murid-murid ini dengan menggunakan Teknik OMBaK. Selain itu
juga, penggunaan Teknik OMBaK ini menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan dengan menggunakan pelbagai teknik
dan pendekatan agar dapat mengatasi permasalahan dan kelemahan
murid membina ayat berdasarkan gambar.
Lampiran 1
Jawapan Ujian Pra
Lampiran 2
Jawapan Ujian Pra
Lampiran 3
Membina ayat dengan Peta OMBak
Lampiran 4
Jawapan Ujian Pasca
Lampiran 5
Jawapan Ujian Pasca