KERTAS KERJA PROGRAM TEORI PENGURUSAN JENAZAH TAHUN 6 DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 16(2) JLN P16, PRESINT 16, PUTRAJAYA PADA 15 SEPTEMBER 2023 ANJURAN PELAJAR PRAKTIKUM SEMESTER 3 DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIAN (UKM) DENGAN KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
1.0 PENDAHULUAN Kertas kerja ini merupakan projek aktiviti pelajar praktikum Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI), Universiti Kebangsaan Malaysia di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(2) bagi memenuhi tugasan projek yang perlu dijalankan semasa praktikum dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam. Pengurusan jenazah merupakan fardhu kifayah kepada umat Islam. Ianya menjadi tanggungjawab orang yang hidup kepada si mati dan merupakan salah satu daripada sukatan pelajaran Tahun 6. Oleh itu, projek ini bertujuan memberikan pendedahan secara teori kepada murid Tahun 6. 2.0 RASIONAL Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang ilmu pengurusan jenazah secara teori berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengurusan jenazah memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu yang perlu dimiliki oleh seorang muslim. 3.0 MATLAMAT Memupuk semangat ingin mempelajari ilmu Fardhu Kifayah disamping memperkembangkan potensi dalam diri pelajar dengan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian. 4.0 OBJEKTIF Memberi pendedahan secara teori kepada murid tentang pengurusan jenazah yang tepat mengikut syariat Islam. • Menambahkan ilmu pengetahuan dan amali pelajar dalam pengurusan jenazah. • Menyemai semangat kerjasama ketika pengurusan jenazah. • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan patuh kepada tuntutan agama.
5.0 TARIKH 15 September 2023 ( Jumaat ) 6.0 TEMPAT Dewan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(2) 7.0 PENCERAMAH Ustazah Nur Saidah Mafisah Binti Kamalludin 8.0 SASARAN Semua murid Tahun 6 (Beragama Islam) 9.0 KEWANGAN. Lihat Lampiran A 10.0 JAWATAN KUASA Lihat lampiran B 11.0 TENTATIF Lihat lampiran C 12.0 PENUTUP Program teori pengurusan jenazah ini diharap dapat melahirkan murid yang bukan sahaja berilmu dalam bidang Fardhu Ain dan akademik tetapi juga mampu menyumbang kepada masyarakat kelak dengan mempraktikkan nilai-nilai Islam dan pemahaman terhadap keperluan mendalami ilmu Fardhu Kifayah.
Disediakan oleh, ……………………………….. Nur Saidah Mafisah binti Kamalludin Penyelaras Program Teori Pengurusan Jenazah SK Putrajaya Presint 16(2) Disemak oleh, ……………………………….. Norhafizah binti Kamaruddin Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Putrajaya Presint 16(2) Disahkan oleh, …………………………………. (Muhammad Hafizulnizam bin Jamaluddin) Guru Besar SK Putrajaya Presint 16(2) s.k: Fail Panitia
LAMPIRAN A ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM TEORI PENGURUSAN JENAZAH TAHUN 6 2023 Pendapatan a. Tabung Surau RM 90.00 RM 90.00 RM 90.00 Perbelanjaan a. Tabung Surau 1. Kit Kelengkapan Jenazah RM 90.00 RM 90.00 __________ RM 90.00
LAMPIRAN B JAWATANKUASA PROGRAM TEORI PENGURUSAN JENAZAH Jawatankuasa Induk : Pengerusi : Muhammad Hafizulnizam bin Jamaluddin (Guru Besar) Timbalan Pengerusi I : Norhafizah binti Kamaruddin (Guru Penolong Kanan Pentadbiran) Timbalan Pengerusi II : Siti Hanifah binti Rahmat (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Timbalan Pengerusi III : Ismail bin Ghazali (Guru Penolong Kanan Kokurikulum) Ketua Panitia P. Islam : Elyza binti Awang Mat Penyelaras Program : Nur Saidah Mafisah binti Kamalludin Pen. Penyelaras Program : Anita Suhaini binti Mohamad Ahli Jawatankuasa : Ahmad Humaize bin Md Nor : Mohd Adam Azmi bin Omar : Guru Semasa Tahun 6 Jawatankuasa Kerja: AJK Persiapan Tempat & Siaraya: 1. Ustaz Mohd Adam Azmi bin Omar 2. Ustaz Ahmad Humaize bin Md Nor -Memastikan dewan bersih dan teratur -Menyediakan kelengkapan siaraya Juru Acara 1. Ustazah Anita Suhaini binti Mohamad -Mengelolakan program bersama penceramah. AJK Dokumentasi 1. Ustazah Elyza binti Awang -Mengambil gambar sewaktu program untuk tujuan dokumentasi Kawalan Disiplin - Semua Guru Semasa Tahun 6 -Mengawal disiplin pelajar.
LAMPIRAN C TENTATIF 7.45 pagi Ucapan alu aluan Pengacara Majlis 8.00 pagi Bacaan Ma’thurat dan doa (Ustaz Mohd Adam Azmi bin Omar) 8.15 pagi Ucapan alu-aluan Pengerusi Muhammad Hafizulnizam bin Jamaluddin (Guru Besar) 8.20 pagi Ceramah Teori Pengurusan Jenazah (Ustazah Nur Saidah Mafisah binti Kamalludin) 9.45 pagi Sesi Soal Jawab 10.00 pagi - Program tamat dan pelajar bersurai (Rehat)