INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS
PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN
Semester _2_ Tahun _1_
BMMB2092R
KESUSASTERAAN MELAYU DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
TUGASAN INDIVIDU 3
NAMA PELAJAR
YEOH ZHY HUAN
ANGKA GILIRAN
2021232400019
NO. KAD PENGENALAN
--
KUMPULAN/ UNIT
PDPP BAHASA MELAYU - RENDAH
Pengakuan Pelajar :
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : _______________ Tarikh : 20.12.2021
Nama Pensyarah PUAN NOORAINI BINTI AB LATIF
Tarikh Serahan
20.12.2021 Tarikh Terima 20.12.2021
(Diisi oleh Pensyarah)
Pengesahan Pelajar :
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.
Tandatangan :__________________________ Tarikh : _______________
Tajuk Cerpen: Kami Adalah Sekeluarga!
Penulis: Yeoh Zhy Huan
Dia terdengar bunyi memasak dari dapur. Dia melihat ke arah dinding. Jam pada dinding
menunjukkan pukul 4 pagi, ibunya Roslina sudah bangun dan menyediakan makanan di dapur.
Biasanya dia akan bangun pada pukul 4.30 pagi, tetapi disebabkan bapanya balik rumah semalam
dan berlaku pergaduhan dengan ibu, dia tidak dapat tidur dengan lena. Oleh itu, dia pun bangun dan
membantu ibunya di dapur.
“Tidak tak lena?” tanya ibu.
“Em.” jawab Ahmad.
Suasana menjadi senyap selama 10 minit. Selepas itu, Ahmad bercakap dengan ibu.
“Mak, aku tidak mahu teruskan kehidupan sebegini. Ayah balik hanya untuk meminta duit,
setiap kali dia balik, kamu berdua mesti akan bergaduh. Aku sangat takut apabila ayah balik. Bolehkah
kami pindah rumah, pergi ke tempat yang ayah tak tahu? Kalau takda duit, aku boleh tolong mak
menoreh getah, aku boleh hentikan sekolah.”
“Ahmad, kamu hanya umur 8 tahun, kamu mesti belajar bersungguh-sungguh. Mak minta
maaf dengan Ahmad sebab menjadikan kamu takut. Kami juga takda tempat lain yang boleh pergi.
Minta Ahmad sabar ye.” Setelah mendengar jawab ibu, Ahmad tahu dia tidak dapat mengubahkan
kehidupannya masa sekarang. Mereka berdua masih perlu hidup dalam keadaan yang takut dan tidak
gembira.
Ahmad masih ingat, dulu mereka sekeluarga sangat bahagia. Ayahnya amat sayang akan dia
dan ibu. Tetapi sejak dua tahun yang lepas, ayahnya telah gagal dalam perniagaan, mereka
sekeluarga terpaksa menjual rumah mereka di bandar dan berpindah ke kampung ayah. Perangai
ayahnya juga menjadi semakin mudah marah dan tidak ingin bekerja.
Untuk kehidupan, ibunya telah mendapat pekerjaan iaitu menoreh getah di satu ladang getah
berdekatan rumah mereka pada waktu pagi. Selepas balik dari ladang, ibunya akan bekerja di sebuah
kilang kecil di pekan bermula 10 pagi hingga 5 petang.
Walaupun Ahmad hanya berusia 8 tahun, tetapi dia telah membantu ibunya di ladang getah
setiap hari pada pukul 5 pagi. Dia akan pergi ke sekolah pada pukul 7 pagi selepas membantu ibunya.
Pendapatan bulanan ibunya lebih kurang RM700 sahaja. Ayahnya selalu tidak ada di rumah. Ayahnya
balik hanya untuk meminta duit daripada ibu. Keadaan ini telah berlaku selama dua tahun.
Pada suatu hari Ahad, Ahmad balik ke rumah dari sekolah. Dia ternampak motosikal ayahnya
letak di luar rumah. Mula-mula, dia tidak mahu berjumpa dengan ayahnya dan ingin pergi ke rumah
kawan sebentar. Tiba-tiba, dia terdengar suara pertengkaran ibu dengan ayahnya. Dia pun berlari ke
arah rumah.
Ayahnya sedang memukul ibunya dan ibunya merayu kepada ayah. Ahmad bertindak dengan
cepat pergi menarik baju ayah untuk menghentikan perbuatan ayahnya. Ayahnya bukan sahaja tidak
hentikan perbuatannya, malah memukul juga Ahmad. Untuk melindungi Ahmad, ibunya telah banyak
dicedera oleh ayah. Ayah berkata dalam mulutnya di mana ibu meyimpankan wang sambil memukul
ibu. Tanpa ada pilihan, ibu terpaksa memberikan duit yang disimpan di bawah katil kepada ayah.
Selepas mencapai matlamat, ayahnya pun meninggalkan rumah. Ahmad dan ibunya memeluk antara
satu sama lain sambal menangis atas kesedihan, kekecewaan, kesakitan dan ketidakdaya mereka.
Keluarga bahagia sudah musnah.
Tiada lagi kasih sayang,
Tiada lagi cinta!
Bapaku yang mesra sudah hilang di dunia,
Dia bukanlah lagi ketua rumah,
Bukan lagi bapa ku kenal!
Ibuku yang kesian dan susah,
Demi saya masih tabah dan sabar.
Ibu, maafkan saya masih tidak berupaya.
Aku perlu berusaha.
Berusaha mengubah keadaan yang derita ini!
Biarlah saya cepat menjadi dewasa,
Jauhi dari hidupan yang sengsara,
Demi kebahagian ibu dan saya.
Dalam hati Ahmad, dia sudah tahu hanya rajin berusaha dapat mengubahkan kehidupan
mereka berdua. Dia dan ibu tidak berupaya memberontak ayahnya dan tidak mempunyai siapa yang
boleh menolong mereka.
Sejak kejadian tersebut, ayah Ahmad sudah tidak balik rumah selama 3 bulan selepas
mendapat duit sebanyak RM2000. Ahmad dan ibu berasa syukur kerana mereka tidak dilayan keras
oleh ayah, tetapi mereka juga risau kerana takut ayahnya akan balik secara tiba-tiba. Dalam 3 bulan
ini, ibu Ahmad telah mencari satu lagi kerja iaitu menjahit baju di rumah. Ibu ingin menyimpankan duit
secepat mungkin supaya dapat membawa Ahmad berpindah ke tempat lain.
Sudah 5 bulan ayah Ahmad tidak balik ke rumah. Suatu hari, terdapat 3 orang polis datang ke
rumah Ahmad. Mereka memberitahu bahawa ayah Ahmad telah meninggal dunia dalam satu
kemalangan jalan raya 4 bulan yang lepas. Disebabkan bapanya tidak membawa benda yang dapat
mengetahui identiti, mereka tidak dapat berhubungi dengan ahli keluarga. Polis berjaya mencari
rumah Ahmad melalui siasatan pada nombor pendaftaran motosikal ayah.
Terdengar berita yang mengejut ini, Ahmad dan ibunya masih berasa sedih. Tetapi mereka
juga telah lega kerana tidak akan digugat atau dicederakan oleh ayahnya lagi.
Selepas pengebumian ayahnya, kehidupan mereka kembali ke normal dan mempunyai unsur
kegembiraan dalam kehidupan.
Ahmad sudah berusia 9 tahun, dia juga menunai janjinya terhadap diri sendiri iaitu berusaha
dalam pembelajaran. Tidak mengecewakan, Ahmad mendapat keputusan yang cemerlang dalam
pembelajaran sepanjang tahun itu.
Kebelakangan ini, terdapat seorang lelaki berusia 40-an sering menghantar ibunya balik ke
rumah selepas tamat kerjanya di kilang. Ahmad rasa dia adalah teman lelaki baru ibu yang baru kenal.
Seperti yang Ahmad jangka, suatu malam, ibu memberitahu Ahmad bahawa lelaki tersebut ingin
berkhawin dengan ibu Lelaki tersebut bernama Ramli. Mereka berkenal di kilang yang ibu bekerja.
Ramli telah bercerai dengan isterinya selama 5 tahun dan sekarang dia tinggal bersama 3 orang anak.
Mula-mula, dalam hati Ahmad, dia tidak bersetuju kerana dia tidak ingin kehidupan mereka
yang baru stabil dan gembira ini berubah. Tetapi melalui perbualan dengan ibu, dia dapat merasakan
kebahagian ibu semasa bercakap tentang lelaki tersebut. Selepas perbincangan, akhirnya Ahmad
bersetuju ibunya berkhawin dengan lelaki tersebut.
Dalam masa 3 bulan, Ahmad dan ibunya berpindah ke rumah Ramli. Ahmad juga telah
bertukar sekolah ke sekolah yang berdekatan dengan rumah baru. Ahmad berkongsi bilik dengan
anak lelaki Ramli, Muhamad yang berumur 12 tahun. Dua orang lagi anak Ramli ialah anak
perempuan iaitu Siti berumur 15 tahun dan Hafizah yang berumur 10 tahun. Ahmad perlu memanggil
mereka sebagai abang dan kakak.
Ahmad masih tidak dapat memanggil bapa tirinya sebagai ayah. Hubungan dia dan bapa
tirinya sangat janggal. Bukan itu sahaja, hubungan ibunya dengan anak-anak Ramli juga amat segan.
Ahmad dapat merasakan ibunya melayan mereka dengan berhati-hati. Sekarang, ibunya hanya
sebagai suri rumah tangga.
Dalam hati Ahmad, dia selalu ingatkan dirinya mesti menjadi seorang anak yang baik. Dia
bimbang bapa tirinya tidak menyukainya dan seterusnya akan menyebabkan ibunya tidak disukai oleh
bapa tirinya. Ahmad tahu, ibunya sangat ingin memiliki satu keluarga yang bahagia. Ahmad juga tidak
ingin ibunya ulang balik kehidupan yang susah.
Sejak Ahmad dan ibunya berpindah ke rumah Ramli, anak-anak Ramli telah membuli Ahmad
di belakang ibu dan Ramli. Mereka akan mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan yang menyakitkan
hati orang.
“Awak dan ibu awak jangan berharap dapat merampas ayah kami.” Kata Siti.
“Awak hanya penumpang di rumah ini sahaja.” Kata Muhamad.
“Ayah kami tidak akan suka awak, awak bukan anak ayah kami.” Kata Hafizah.
“Awak jangan berharap akan hidup dengan gembira di sini.” Amaran Muhamad.
Bukan itu sahaja, mereka juga akan melakukan sesuatu perbuatan kecil di belakang Roslina
dan Ramli. Contohnya, Muhamad yang sebilik dengan Ahmad telah menyorok stoking dan buku-buku
Ahmad di bawah katil, di belakang almari dan sebagainya. Hafizah juga akan menconteng buku-buku
Ahmad dengan pen. Hal demikian telah menyebabkan Ahmad dimarahi dan dedenda oleh guru.
Selain itu, apabila Ramli membeli makanan ringan kepada anak-anak, mereka akan merampas
makanan ringan Ahmad tanpa dikesan oleh ibu bapa. Keadaan ini menjadi semakin serius sehingga
mereka akan mencederakan Ahmad seperti memikul atau mencubit tangan Ahmad.
Suatu hari, semasa mereka sekeluarga makan malam bersama, Ramli mendapati tangan
Ahmad ada tanda-tanda lebam.
“Ahmad, kenapa dengan tangan kamu?” tanya Ramli.
“Saya terlanggar semasa bermain bola”. Ahmad terpaksa berbohong di bawah pengawasan
ketiga-tiga orang anak Ramli.
“Lain kali perlu lebih berhati-hati,” kata ibu.
“Baik.”
Keadaan buli ini menjadi semakin serius kerana anak-anak Ramli ingat selagi Ahmad tidak
menyatakannya, tiada siapa yang akan tahu. Perbuatan mereka semakin teruk sehingga menggoyak
buku atau membuang buku Ahmad.
Akhirnya, suatu hari, Roslina dan Ramli menerima panggilan daripada guru kelas Ahmad dan
meminta mereka berdua jumpa guru di sekolah untuk membincangkan masalah Ahmad.
“Selamat pagi, cikgu,” ibu Ahmad memberikan salam kepada guru kelas Ahmad, Syuhaida.
“Selamat pagi.Tujuan saya ingin berjumpa dengan anda berdua adalah saya ingin tahu
keadaan Ahmad semasa di rumah. Sebenarnya, sejak 2 bulan lepas, dia sering tidak membawa buku
ke sekolah. Alasannya ialah sudah hilang. Tetapi beberapa hari kemudian, buku yang hilang tersebut
tiba-tiba dijumpai. Selain itu, guru lain juga mendapati buku Ahmad selalu diconteng, dia budak jiran
yang datang ke rumah menconteng bukunya tetapi dia tidak tahu. Adakah hal ini benar-benar berlaku?”
“Cikgu, jiran kami tiada anak-anak kecil, dan Ahmad juga tidak pernah pergi ke rumah kawan.”
Jawab Roslina selepas pandang sesama Ramli.
“Sebenarnya bukan itu sahaja, kebelakangan ini, kami juga dapati buku-buku Ahmad pernah
dikoyak. Dia juga memberikan alasan yang sama. Dan adakah anda berdua mengesan, tangan dan
badan Ahmad ada kesan lebam? Kami sudah tanya pada guru-guru lain dan kawan sekelasnya,
mereka kata dia tidak cedera di sekolah. Jadi adakah Ahmad berlaku apa-apa di rumah?”
Roslina dan Ramli tidak dapat menjawab soalan guru. Wajah Ramli menjadi semakin serius
kerana dia mengesyaki anak-anaknya melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap Ahmad. Selepas
temu bual dengan guru, mereka berdua pulang ke rumah dengan perasaan yang rumit.
Setiba di rumah, Ramli Nampak ketiga-tiga anaknya sedang menonton televisyen di ruang
tamu. Ahmad pula berada di biliknya sendiri. Ramli mengumpulkan Ahmad dan anak-anaknya di
ruang tamu. Roslina memeriksa badan Ahmad dan dapati badannya mempunyai banyak kesan lebam.
“Ahmad, boleh tak bagi tahu saya mengapa badan awak ada begitu banyak kesan lebam, dan
sudah beberapa minggu masih belum?” tanya Ramli.
“…Saya cedera di sekolah…” jawab Ahmad secara teragak-agak.
“Awak tidak perlu berbohong lagi, kami sudah berjumpa dengan guru kelas awak, dia kata
awak tidak pernah cedera di sekolah.”
Ahmad senyap sahaja selepas mendengar kata Ramli.
“Boleh tak awak ambil beg sekolah kepada saya?” tanya Ramli.
Ahmad pun masuk ke bilik dan menyerahkan beg sekolahnya kepada Ramli. Selepas
memeriksa buku-buku Ahmad, dia dapati apa yang diberitahu oleh guru kelas adalah benar.
Ramli melihat pada anak-anaknya. Mereka bertiga menundukkan kepala dan tidak berani
memandang ayahnya. Tiba-tiba, Ramli juga menunduk kepalanya kerana dia sudah faham bahawa
anak-anaknya telah melakukan perbuatan yang jahat pada Ahmad, dia berasa amat sedih, malu dan
bersalah pada Ahmad dan Roslina.
Selepas 10 minit, Ramli berdiri seterusnya memeluk Ahmad sambil meminta maaf kepada
Ahmad. Suaranya tersedak dan matanya merah dengan kewujudan air mata.
“Maafkan saya Ahmad, saya tidak menjaga awak dengan baik. Saya tidak sangka mereka
bertiga akan bertindak sebegini. Maafkan saya, Ahmad.”
“…Saya faham, saya bukan adik sebenar mereka. Saya penumpang rumah ini sahaja…”
“Jangan cakap macan tu, kamu anak saya. Saya tak peduli mereka cakap apa, sejak saya
membuat keputusan untuk berkhawin dengan ibu awak, saya sudah menganggap awak sebagai anak
kandung saya sepanjang hayat. Saya tidak benarkan sesiapa pun buli awak, termasuk mereka
bertiga.” Ramli berkata dengan penuh ikhlas.
Ahmad sangat terharu selepas mendengar apa yang Ramli kata. Ibu Ahmad juga terharu
sehingga matanya penuh dengan air mata.
Ramli telah menegur anak-anaknya dan menyeruh mereka meminta maaf kepada Ahmad.
Sejak itu, anak-anak Ramli tidak lagi membuli Ahmad. Mereka cuba berhubungan baik dengan
Ahmad dan ibunya. Ramli dan Roslina juga melayan setiap anak secara adil. Dengan usaha Roslina
dan Ahmad, anak-anak Ramli telah menerima kewujudan ahli keluarga baru mereka. Ahmad juga
telah menerima bapa tirinya. Dia mula memanggil Ramli sebagai ayah.
Akhirnya, Ahmad mendapat satu keluarga yang bahagia dan seorang bapa yang
menyayanginya.