The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK Pak Badol Bachok, 2021-09-04 23:00:39

E-BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44 TAHUN 2021

PIBG SKPB 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN PAK BADOL
MELOR, KOTA BHARU
KELANTAN

MESYUARAT AGUNG

PIBG KALI KE-44

TAHUN 2021

Perasmian oleh:

En. Rokman bin Ismail
Guru Besar
SK Pak Badol

Tarikh : 8 September 2021 Hari: Rabu Masa: 2.00
petang

KATA
ALU-ALUAN
GURU BESAR

DAN

YDP PIBG

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Kata Alu-aluan Guru Besar SK Pak Badol

Assalamulaikum.

Sebagai pembuka kata. Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kita ke
hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya kita diberi ruang dan kesempatan ini untuk saya
merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa yang sudi menyertai
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-44 tahun 2021
walaupun beberapa kali ditangguhkan kerana musibah pendemik COVID-19.

Pada kesempatan ini, diharapkan kita semua dapat menjana idea-idea dalam
merealisasikan visi dan misi sekolah ini supaya SK Pak Badol sentiasa cemerlang. Pihak
PIBG menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam semua aspek baik dalam akademik,
kokurikulum dan sahsiah anak-anak kita pada masa kini.

Kita tidak boleh mengharapkan kepada pihak sekolah semata-mata dalam
memmastikan kejayaan dan kemenjadian anak-anak kita. Semua pihak berperanan dan
bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah dan jati diri dalam mengembangkan potensi
anak-anak agar segala usaha dan perancangan pihak sekolah untuk memajukan anak-anak
kita dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Oleh itu, kita perlu sedar, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam
membentuk agar mereka berjaya dengan sempurna . Di sempatan ini saya merayu agar
pihak ibu bapa dapat menjadi termasuk ahli jawatankuasa PIBG sebagai pemudah cara
untuk menentukan tindakan bagi kepentingan anak-anak kita bersama.

Akhir kata saya bagi pihak ibu bapa dan penjaga ingin mengambil kesempatan
untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru di atas usaha yang tidak
mengenal putus asa untuk meningkatkan pretasi anak-anak kita ke arah kecemerlangan.

Sekian, terima kasih.

___________________________
(ROKMAN BIN ISMAIL)
Guru Besar ,
Sekolah Kebangsaan Pak Badol.

Kata Alu-aluan YDP PIBG SK Pak Badol

Assalamualaikum,

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana diberi keizinan dapat kita sekali lagi, Persatuan
Ibu bapa dan Guru (PIBG) SK Pak Badol mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44
tahun 2021. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli jawatan, ibu bapa dan
guru-guru yang menyertai MAT pada kali ini.

Saya amat berharap agar hubungan baik sedia terjalin antara ibu bapa dan warga
pendidik disekolah ini terus akrab. Berdasarkan pencapaian cemerlang SK Pak Badol dalam
semua aspek membuktikan kerjasama warga sekolah dengan PIBG menghasilkan impak
yang terbaik. Saya percaya kejayaan sekolah dan kecemerlangan anak-anak murid sekolah
ini adalah usaha gigih murid-murid, guru-guru dan para ibu bapa yang sentiasa istiqomah
dalam menggapai kejayaan walaupun kita berada dalam situasi pendemik COVID-19.

Justeru, sokongan dan kerjsama semua pihak amat diperlukan bagi meneruskan
kecemerlangan ini. Pihak PIBG sedia menghulurkan bantuan baik dari segi material
maupun moral dalam menjayakan dan melicinkan pengurusan pentadbiran sekolah.
Kerjasama yang erat dan padu di antara PIBG dengan pihak sekolah perlu diteruskan
sepanjang masa.

Namun begitu, segala perancangan dan peraturan pihak sekolah dalam menjayakan
matlamat dan visi sekolah demi melahirkaan insan yang kamil dan berjaya pada masa
depan tidak akan tercapai tanpa sokongan dan kerjasama daripada pihak ibu bapa.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini meminta supaya kita semua pihak
bersama-sama memberi sumbangan dan menjadikan PIBG ini satu wadah dan pemangkin
bagi merealisasikan matlamat ke arah kecemerlangan pelajar dan sekolah amnya.
Insyaalah.

Sekian, terima kasih.

…………………………………….
(ASHRI BIN MUSTAPHA)
Yang Dipertua SK Pak Badol.

SURAT
JEMPUTAN
MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN PAK BADOL,
16400 MELOR, KOTA BHARU,
KELANTAN DARULNAIM
Pejabat Am : 09-7835313 Faks : 09-7835313
Email : [email protected]

Ruj. Kami : SKPB 100-9/4 (129 )
Tarikh : 1 September 2021

Ke majlis,
Semua AJK PIBG/ibu bapa/ penjaga/guru-guru
Sekolah Kebangsaan Pak Badol,

Kota Bharu, Kelantan.

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44 TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG Sekolah Kebangsaan Pak Badol akan mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG Kali ke-44 bagi tahun 2021 sebagaimana berikut:

Tarikh : 8 September 2021

Masa : 2.00 petang
Tempat : Lokasi masing-masing (Melalui Aplikasi: Google Meet)

Perasmian : En Rokman bin Ismail

Guru Besar SK Pak Badol

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut . Tuan/puan perlu
menggunakan flakform Google Meet.

4. Segala kerjasama, kehadiran dan keperihatinan tuan/puan terlebih dahulu diucapkan
ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

.............................................
(ROKMAN BIN ISMAIL)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pak Badol.

SK
Fail Sekolah
Fail PIBG

ATUR CARA
MAJLIS DAN

AGENDA
MESYUARAT

AGUNG
PIBG

ATUR CARA MESYUARAT AGUNG PIBG

2.00 petang : Pendaftaran
: Majlis bermula
: Bacaan doa
Ustaz Lokman bin Mohamad Ghazali

: Ucapan Alu-aluan
En. Ashri bin Mustapha
YDP PIBG SK Pak Badol

:Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
Kali ke-44 Tahun 2021 oleh:
En. Rokman bin Ismail
Guru Besar SK Pak Badol

: Pelancaran Tabung Prihatin PIBG

: Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Pak Badol
Kali Ke-44 tahun 2021

: Majlis bersurai

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 44 TAHUN 2021

AGENDA 1 : UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG.
AGENDA 2 : MENERIMA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

AGUNG KALI KE-43
AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT MINIT MENSYUARAT AGUNG KALI KE-43
AGENDA 4 : PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN PIBG

TAHUN 2020
AGENDA 5 : PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG 2019/2020
AGENDA 6 : PEMILIHAN JAWATANKUASA BARU PIBG 2020/2021
AGENDA 7 : HAL-HAL LAIN
AGENDA 8 : UCAPAN PENANGGUHAN

AJK
INDUK DAN
AJK KERJA
MESYUARAT

AGUNG
PIBG

JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG PIBG

Perasmian Oleh : En. Rokman bin Ismail
Penasihat Guru Besar SK Pak Badol
Pengerusi : En. Ashri bin Mustapha
Naib Pengerusi (Yang Dipertua PIBG SKPB)
Naib Pengerusi 1 : En Rokman bin Ismail
Naib Pengerusi 2 (Guru Besar SKPB)
Setiausaha : Pn. Husniza binti Hussin (PK HEM)
Bendahari : Pn. Ade Irma Kartini bin Che Leh (PKP)
Ahli Jawatakuasa : Pn. Rohaida binti Ab. Latiff (PKKO)
: Pn. Maheran binti Mat Ail
Pemeriksa Kira-kira : Pn. Wan Mohazlina binti Wan Mohamad
: Pn. Pn. Wan Noraini binti Wan Sulaiman
Pn. Rozilah binti Ibrahim
Pn. Noor Hayati bin Hamzah

En. Mohamad Rusdi bin Abdul Mu’mini
En. Zulbahri bin Salleh
: Pn. Che Zaidah bin Ismail

JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG

AJK Jemputan AJK link Google Meet
Maheran binti Mat Ail En. Mohd Azizi bin Mat Lazim
Semua Guru Kelas Pn. Nadiah binti Sabri

AJK Buku Program AJK Pencatat Minit
Maheran binti Mat Ail Pn. Siti Shaheera binti Shaari
Wan Husnida binti Tun Ibrahim Pn. Farizan binti Mohd Faudzi

AJK Pendaftaran Ibu Bapa AJK Bacaan Doa
(link Kehadiran) Ustaz Lokman bin Mohamad Ghazali
Pn. Nor Aida binti Md. Nor
Pn. Wan Noraini binti Wan Sulaiman AJK Pemplet
Pn. Rozilah binti Ibrahim
AJK Media Dan Banting
Ustaz Mohd Sahrudin bin Mamat AJK Dokumentasi
Pn. Noor Hayati binti Hamzah Pn. Maheran binti Mat Ail

AJK Pengacara Majlis AJK Persegaran
Pn. Norinawati binti Zainal Abidin Pn. Hjh Zaliha binti Ismail
Pn. Salina binti Daud Pn. Zanariah binti Hamzah

AJK Fotografi
Pn. Wan Zurainee binti Wan Jusoh
Pn. Siti Madieha binti Yusof

MINIT
MESYUARAT

AGUNG
PIBG KALI

KE -43
DAN AJK PIBG

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 43 TAHUN 2020

TARIKH : 1 MAC 2020

HARI : AHAD

MASA : 2.00 PETANG

TEMPAT : DEWAN IBNU KHALDUN SK PAK BADOL

KEHADIRAN : IBU BAPA : 323 ORANG

GURU : 51 0RANG

JUMLAH : 374 ORANG

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Di Pertua PIBG SK Pak Badol

Encik Ashri bin Mustapha.
AGENDA 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG (En. Ashri bin Mustapha).

1.1 Memulakan majlis dengan ucapan salam dan bacaan Ummul Kitab al-Fatihah
1.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan ibubapa yang hadir.
1.3 YDP memperingatkan ibu bapa yang hadir berada di tempat tertentu apabila

menghantar anak.
1.4 YDP memperingatkan ibu bapa agar menjaga etika pemakaian ketika

memasuki kawasan sekolah.
1.5 YDP membentangkan minit mesyuarat PIBG kali ke -42.

AGENDA 2 : Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke- 42 yang

diadakan pada 3 Mac 2019.
2.1 Setiausaha membentangkan Mesyuarat Agung untuk disahkan.

Cadangan diterima: Asri Mahadhir Bin Muhammad
Penyokong: Junaidah Jib

AGENDA 3 : Laporan Tahunan PIBG sesi 2019/2020

3.1 Setiausaha membentangkan Laporan Tahunan untuk disahkan.

3.2 Nor Asiah Mat Husin mencadangkan laporan aktiviti tahunan kali ke-41
disahkan.

Sokongan : Fariha Binti Husin

Keputusan : Sebulat suara

4.4 YDP menjelaskan kutipan sumbangan PIBG dikekalkan sebagaimana tahun
sebelumnya iaitu sebanyak RM 15.00 setiap murid dan sumbangan
pembangunan sukan sebanyak RM 2.00 setiap murid.

Bayaran PIBG : RM 15.00

Bayaran Pembangunan Sukan : RM 2.00

Jumlah RM 17.00

AGENDA 4: Menerima dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG berakhir
pada 31 Disember 2019 untuk disahkan.

4.1 Bendahari membentangkan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada
31 Disember 2019 untuk diterima dan disahkan.

4.2 YDP menjelaskan kedudukan kewangan PIBG seperti Mesyuarat Agung
kali ke- 43.

4.3 Puan Mazlina Binti Mat Din mencadangkan penyata kewangan tersebut
disahkan.

Sokongan : Puan Zaidah Binti Omar
Keputusan : Sebulat suara

AGENDA 5 : Perkara Berbangkit
Tiada perkara berbangkit.

AGENDA 6 : Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2019/2020
6.1 Yang Dipertua PIBG En. Ashri Bin Mustapha mengisytiharkan
pembubaran semua AJK PIBG 2019/2020 dan melantik pengerusi
sementara bagi mengendalikan agenda 6.

6.2 Puan Salina Binti Daud mencadangkan AJK PIBG 2019/2020 dibabar.
Sokongan : Encik Cik Hamat Nordin Bin Che Pa.
Keputusan : Sebulat suara

AGENDA 7 : Pemilihan Jawatankuasa baru PIBG 2019/2020
7.1 Encik Che Ahmad Nordin bin Che Pa telah dipilih sebagai pengerusi
sementara.
7.2 Pengerusi sementara membuka ruang kepada semua ahli untuk memilih AJK
PIBG baru bagi sesi 2019/2020.
7.3 Encik Mohd Noor Bin Salleh mencadangkan Encik Ashri Bin Mustapha
dikekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua PIBG.

Sokongan : Encik Rosli Bin Mas’ud

Keputusan : Sebulat suara

7.4 Encik Ashri Bin Mustapha mencadangkan Nor faizul Bin Nordin.
Sokongan : Puan Roziha Binti Ibrahim
Keputusan : Sebulat suara

7.5 AJK PIBG:
1. Norlila Binti Mat Adnan
2. Junaidah Binti Jib
3. Ashri Bin Muhammad
4. Mohd Noor Bin Hasan
5. Zainudin Bin Abd Rahman

AGENDA 8 : Hal-hal lain
8.1 PK Hem meminta ibu bapa tidak perlu membawa makanan dan
minuman untuk anak-anak waktu Fardhu Ain. Kehadiran murid
mengikut KPI adalah 95 % Tetapi kehadiran murid agak merosok
iaitu kurang 93 %.
8.2. YDP menjelaskan pada tahun ini PIBG akan melaksanakan program
bersama dengan pihak HUSM iaitu Basikalton , Larian Mini dan juga
Pameran Kesihatan.
8.3 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir
dalam mesyuarat PIBG bagi tahun 2020 dan amat mengharapkan
kerjasama daripada ibu bapa dan pihak lain juga.

AGENDA 9 : Ucapan Penangguhan.
YDP mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan komitmen padu
yang ditunjukkan. Ucapan terima kasih juga kerana masih memberi
kepercayaan kepada beliau dan AJK baru untuk meneruskan pimpinan PIBG
bagi sesi 2019/2020. Selain itu, beliau berharap semua ibu bapa dapat
memberi kerjasama yang baik kepada ahli jawatankuasa PIBG yang baru
serta pihak sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.45 petang.

Dicatat oleh: Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………… ………………………………… …………………………
(Pn. Siti Shahera Bt. Shaari) (Pn. Maheran Bt. Mat Ali) (En. Ashri B. Mustapha)
Pencatat Minit Setiausaha PIBG YDP PIBG

AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021

En. Rokman bin Ismail (Ex-Officio/ Guru Besar)

En. Ashri bin Mustapha (YDP PIBG)

En. Norfaizol bin Nordin (NYDP PIBG)

Pn. Maheran binti Mat Ail (Setiausaha PIBG)

Pn. Wan Mohazlina binti Wan Mohamad (Bendahari PIBG)

AHLI JAWATANKUASA
En. Ashri bin Muhammad (ibu bapa)
En. Zainudin bin Abd. Rahman (ibu bapa)
En. Mohd Noor bin Hassan (ibu bapa)
Pn. Junaidah binti Jib (ibu bapa)
Pn. Norlila binti Mat Adam (ibu bapa)
Pn. Husniza binti Hussin (PK HEM)
Pn. Ade Irma Kartini binti Che Leh (PKP)
En. Rohaida binti Ab. Latiff ( PK KO)
Pn. Wan Noraini binti Wan Sulaiman (guru)
Pn. Rozilah binti Ibrahim (guru)
Pn. Noor Hayati bin Hamzah (guru)
En. Mohamad Rusdi bin Abdul Mu’mini (guru)
En. Zulbahri bin Salleh (guru)

PEMERIKSA KIRA-KIRA
En. Azaman bin Hj. Abdul Latiff (wakil ibu bapa)
Pn. Che Zaidah binti Ismail (wakil guru)

LAPORAN
KEWANGAN

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN PAK BADOL,BACHOK

16400 MELOR, KOTA BHARU
KELANTAN

PENYATA KEWANGAN PERBELANJAAN MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43
BERAKHIR PADA 31 MAC 2020

BIL PENDAPATAN AMAUN BIL PERBELANJAAN AMAUN

1 Baki kewangan Tahun 2020 RM 3,001.22 1 Sumbangan (Wang Tunai) RM 1,950.00
Kecemerlangan UPSR RM 500.00
6A : RM100 x 5 org = RM500 RM 60.00
5A : RM100 x 11 org = RM 1100 RM 72.00
4A : RM50 x 7 org = RM350 RM 42.00
RM 10.00
2 Tunai di tangan RM 240.00 2 Anugerah Kecemerlangan PIBG
3 Kutipan Sumbangan PIBG RM 6,740.00 3 Persegaran VIP

(RM15.00 perkepala) 4 Banner PIBG
5 Bunga Manggar dan Span
6 Bahan Hiasan

Jumlah RM 2,634.00
Baki di Bank RM 7,347.22

JUMLAH BESAR RM 9,981.22 JUMLAH BESAR RM 9,981.22

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………………………………… ………………………………….
(WAN MOHAZLINA BINTI WAN MOHAMAD) (ASHRI BIN MUSTAPHA)
Bendahari PIBG Yang Di Pertua PIBG
SK Pak Badol,Bachok SK Pak Badol, Bachok

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN PAK BADOL, BACHOK

16400 MELOR, KOTA BHARU
KELANTAN

PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2020

BIL PENDAPATAN AMAUN BIL PERBELANJAAN AMAUN
RM 3,001.22 RM 2,634.00
1 Baki kewangan Tahun 2019 RM 6,740.00 1 Mesyuarat Agung PIBG & RM 500.00
RM 240.00 Kecemerlangan
2 Kutipan sumbangan PIBG RM 217.70
(Murid) 2 Solat Hajat Perdana siri 1 RM 115.00
RM 47.00
3 Tunai di tangan 3 Kipas dan Penyelenggaraan
Dewan Ibnu Khaldun

4 Cenderahati dan Majlis
Persaraan En. Razali bin Teh

5 Cenderahati guru bertukar
(Zanariah bt. Zawawi)

Baki di Bank RHB RM 6,467.52

JUMLAH BESAR RM 9,981.22 JUMLAH BESAR RM 9,981.22

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………………………… …………………………………….
(WAN MOHAZLINA BINTI WAN MOHAMAD) (ASHRI BIN MUSTAPHA)
Bendahari PIBG Yang Di Pertua PIBG

Pemeriksaan Kira-kira PIBG Sekolah Kebangsaan Pak Badol telah menjalankan pemeriksaan ke atas
akaun kira-kira dan resit-resit yang berkaitan dengan Wang Keluar Dan Wang Masuk PIBG bagi tahun
berakhir 31 Disember 2019 dan kami dapati segala Penyata Kira-kira yang ditunjukkan adalah betul
dan benar.

………………………………………… …………………………………
(AZAMAN BIN ABD LATIFF) (CHE ZAIDAH BT ISMAIL)
Pemeriksa Kira-kira 1 Pemeriksa Kira-kira 2

ASPRESIASI

Yang Dipertua
dan Ahli Jawatakuasa PIBG
Sekolah Kebangsaan Pak Badol
merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada:

Guru besar
Penolong-penolong Kanan

Guru-guru
dan Staf serta seluruh warga
yang telah memberi kerjasama
dan sokongan dalam menjayakan

majlis kita pada kali ini.
Semoga Allah

memberi keberkatan atas
segala usaha kita .

SEKIAN
TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version