AGAMA KRISTIAN Nota digital daripada Kumpulan Zahin Pengajian Malaysia (DUA20062) DI MALAYSIA
Sejarah kedatangan agama kristian di Malaysia Kedatangan agama Kristian di Malaysia dimulai pada abad ke-16 ketika pedagang Portugis tiba di Melaka. Mereka membawa agama Katolik bersama mereka. Penjajah Portugis, Belanda, dan Inggris membawa agama Kristian ke wilayah yang mereka kuasai di Malaysia. Ini meliputi wilayah-wilayah seperti Melaka, Pulau Pinang, dan Sarawak. Gereja St. Paul 1
Selama era kolonial, banyak misionaris dari berbagai denominasi Kristen datang ke Malaysia untuk menyebarkan agama Kristian di antara penduduk asli dan pendatang. Sejarah kedatangan agama kristian di Malaysia Kristian di Malaysia terbagi menjadi beberapa denominasi, termasuk Katolik, Protestan, dan Ortodoks. Di antara denominasi Protestan, Gereja Anglikan, Gereja Methodist, dan Gereja Presbiterian adalah yang paling besar. 2
Agama Kristian telah memberikan kontribusi yang signifikan dalam bidang pendidikan, kesihatan, dan pembangunan sosial di Malaysia. Sekolah-sekolah, hospital telah membantu memajukan masyarakat Malaysia. Sejarah kedatangan agama kristian di Malaysia Agama Kristian juga telah memberikan impak terhadap keberagaman budaya Malaysia melalui musik, seni, dan pendidikan. Banyak gereja Kristen juga aktif dalam mengadakan kegiatan sosial dan keagamaan yang melibatkan komuniti setempat. 3
PERAYAAN KEAGAMAAN KRISTIAN DI MALAYSIA 4 •Perayaan Krismas tiba di Malaysia melalui sejarah kolonialisme British di sana. Pada abad ke-18 dan ke-19, penjajah British membawa tradisi Krismas ke Malaysia, yang kemudian disambut oleh masyarakat tempatan. •Krismas atau hari Natal umum telah mengetahui a dirayakan pada 25 Disember setiap tahun. Natal dalam bahasa Latin bermaksud 'lahir' la adalah sebuah hari perayaan dalam agama Kristian yang bersempena menyambut hari kelahiran Jesus Christ.
•Sambutan Krismas bermula beberapa minggu sebelum hari Krismas, dengan pusat-pusat membeli-belah, kedai-kedai, dan kawasan- kawasan komersial yang dihiasi dengan hiasan Krismas yang berwarna-warni. Lampu-lampu berkelipan, pohon Krismas, hiasan-hiasan berbentuk Santa Claus, dan salji palsu menjadi pemandangan yang lazim di sepanjang jalan dan bandar utama di Malaysia . •Perayaan ini sering diisi dengan ibadah khusus, ritual keagamaan, dan pertemuan keluarga untuk merayakan waktu penting ini.Meskipun menjadi minoriti, masyarakat Kristian di Malaysia telah mempertahankan tradisi-tradisi mereka dalam perayaan agama mereka dengan teguh. SAMBUTAN HARI PERAYAAN KRISMAS DI MALAYSIA
•Krismas adalah perayaan agama Kristian yang merayakan kelahiran Yesus Kristus, ia telah menjadi satu acara kebudayaan yang diraikan oleh orang-orang dari pelbagai agama dan kepercayaan di Malaysia. •Krismas adalah satu perayaan yang meriah dan bermakna di Malaysia, membawa bersama-sama unsurunsur agama, budaya, dan kebudayaan tempatan. Ia tidak hanya menyatukan masyarakat Kristian, tetapi juga memperkukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia secara keseluruhannya. SAMBUTAN HARI PERAYAAN KRISMAS DI MALAYSIA
ROMAN KATOLIK 40 PROTESTAN 40 ORTHODOKS 5 THOMAS 5 PECAHAN AGAMA KRISTIAN DI MALAYSIA
KUMPULAN ROMAN KATOLIK Dibentuk oleh Gereja Apostolik Katolik Roma di Eropah Barat. Mengakui Paus sebagai kuasa tertingginya . Mempunyai pengikut paling ramai, iaitu 1214 juta. Gereja Katolik berhujah bahawa ia adalah satu-satunya gereja yang diasaskan oleh Kristus yang diamanahkan kepada Rasul Petrus. Memakai konsep yang tidak terdapat dalam Alkitab dan yang ditransmisikan melalui tradisi apostolik , ini adalah salah satu sebab utama pemisahan dengan Ortodoks dan Protestan.
KUMPULAN PROTESTAN salah satu cawangan Kristian yang paling penting, 900 juta pengikut di seluruh dunia. Martin Luther ,dianggap sebagai bapa Protestantisme. Protestan mereka hanya menerima dua sakramen: baptisan dan Ekaristi . Mereka tidak mengiktiraf kuasa Paus. Alkitab adalah satu-satunya teks ajaran Tuhan
KUMPULAN KRITIAN DI MALAYSIA Kumpulan Roman Katolik Di Malaysia Kumpulan Protestan Sidang Injil Borneo Kumpulan Protestan Methodist
Kumpulan Roman Katolik Di Malaysia Kedatangan agama Kristian di Malaysia dimulai pada abad ke-16 ketika pedagang Portugis tiba di Melaka. Mereka membawa agama Katolik bersama mereka. Paderi Katolik pertama mendarat di Melaka pada tahun 1511 sebagai pendeta tentera kepada Portugis. Para mubaligh itu ialah saudara Fransiskan dan Dominika. Peranan baru Melaka menjadi penghentian ribuan mubaligh yang menyebarkan kepercayaan ke Asia Tenggara dan Timur Jauh. Sehingga hari ini, masyarakat Kristian kecil didapati di tempat-tempat ini kerana kedudukannya dakwah semangat. Melaka mempunyai tempat istimewa dalam sejarah Gereja di wilayah ini
Kumpulan Roman Katolik Di Malaysia Terdapat 1.007.643 umat Katolik di Malaysia - kira-kira 3.56% daripada jumlah keseluruhan penduduk. Negara ini terbahagi kepada sembilan keuskupan termasuk tiga keuskupan. Jumlah gereja keseluruhan keuskupan adalah sebanyak 112 buah gereja. Katedral St. John ialah gereja katedral Keuskupan Agung Kuala Lumpur.
Kumpulan Protestan Sidang Injil Borneo Sidang Injil Borneo adalah sebuah denominasi Kristian evangelikal di Malaysia. Komuniti Gereja ini diatur pada tahun 1959 dari tugas Borneo Evangelical Mission dengan bantuan komuniti Gereja Kemah Injil Indonesia Mendakwa lebih daripada 500,000 ahli, SIB adalah Protestan yang terbesar denominasi di Malaysia telah berkembang daripada kehadiran kecil dakwah di kalangan suku kaum Lun Bawang yang mendiami kawasan Tanah Tinggi Kelabit serta daerah Sipitang dan juga orang Iban serta Bisaya di Limbang serta orang Dusun di Kota Belud dan Ranau untuk mempunyai kedua-dua jemaah dalam Malaysia Timur dan Malaysia Barat hari ini.
Kumpulan Protestan Sidang Injil Borneo Sidang Injil Borneo Sabah dan Sarawak adalah hasil kerja yang Borneo Evangelical Mission (BEM). BEM ini telah ditubuhkan di Australia pada 31 Ogos 1928 dengan wakil-wakil dari mazhab yang berbeza. Mubaligh perintis datang ke Sarawak pada akhir 1928 untuk menginjil suku disentuh pagan Borneo Tengah. Pada tahun 1937, kerja-kerja yang telah dipanjangkan ke Sabah, yang dikenali sebagai Borneo Utara British pada masa itu. Satu langkah simbolik penting telah dibuat apabila ia telah memutuskan untuk menukar nama misi untuk orang Melayu "Sidang Injil Borneo" (Borneo Evangelical Assembly).
Kumpulan Protestan Sidang Injil Borneo Pada tahun 2011 terdapat 600 gereja dengan 150 000 keahlian dan 450 pendeta di Sarawak.Pada tahun 2014 terdapat 500 gereja dengan 150 000 keahlian di Sabah. Pada tahun 2021 terdapat lebih 800 gereja SIB di Sarawak. SIB juga kini berkembang ke Thailand, Vietnam, Kamboja, Papua New Guinea, dan Filipina selatan, di mana gereja-gereja tempatan memanfaatkan pengalamannya bekerja dengan suku.
Kumpulan Protestan Methodist Gereja Methodist Malaysia merupakan sebuah perbadanan dalam tradisi Methodist di Malaysia. Dengan kira-kira 180,000 orang ahli dalam lebih daripada 560 kongregrasi, Gereja ini merupakan mazhab Kristian Protestan yang terbesar di negara selepas gereja Sidang Injil Borneo.Biskop kini ialah Rev. Dr. T. Jeyakumar. Perbadanan Methodist yang lain di Malaysia dimulakan oleh Free Methodist Church dari Amerika Syarikat dalam 2002. Gereja ini berkongsi sebahagian daripada warisannya dengan Gereja Methodist Singapura kerana kedua-dua tempat ini mempunyai sejarah politik yang serupa.
Kumpulan Protestan Methodist Sejarah Gereja Methodist Malaysia bermula pada 120 tahun yang lalu atas satu keputusan yang diambil dalam Persidangan India Selatan yang diadakan di Hyderabad pada tahun 1884, semasa William Oldham dilantik sebagai mubaligh ke Singapura pada tahun 1885. Kerja di kalangan penduduk asli, Orang Iban, bermula pada tahun 1937 dengan perintis seperti Lucius D. Mamora dan Paul H. Schmuker yang membawa Injil ke rumah-rumah panjang. Kerja di kalangan komuniti Sengoi di Pahang bermula pada tahun 1930 dengan pertolongan mubaligh dari Sumatra, Indonesia.
Kumpulan Protestan Methodist Gereja Methodist Singapura dan Malaysia menjadi sebuah perbadanan bertadbir diri pada tahun 1968. Selepas pemisahan Singapura daripada Malaysia, Gereja Methodist Malaysia menjadi berautonomi pada tahun 1976. Komposisi Gereja Methodist Malaysia mencerminkan komposisi perkauman di Malaysia. Terdapat 381 buah gereja dan 596 buah preaching points dengan 417 orang paderi. Jumlah ahli di Gereja ini ialah 182,965, terdiri daripada 97,509 orang ahli sah, 59,763 orang ahli dalam persediaan, dan 25,693 orang yang telah dibaptiskan, berumur 16 ke atas tetapi belum disahkan. Terdapat lebih daripada 72,000 orang penyembah mingguan dalam semua gereja.
IBADAH MINGGUAN Pujian dan penyembahan, khutbah, doa bersama dan pembacaan Alkitab. Ia bertujuan untuk memperkukuhkan iman, memuji dan menyembah Tuhan. Khutbah- pendeta memberikan pengajaran rohani berdasarkan Alkitab, memberikan nasihat, panduan, dan inspirasi kepada jemaah untuk mengaplikasikan ajaran-ajaran Alkitab dalam kehidupan seharian. Doa bersama - jemaah bersatu dalam doa untuk memohon perlindungan, petunjuk, dan berkat dari Tuhan. Selain ibadah mingguan, penganut Kristian juga mengadakan ibadah khusus untuk perayaanperayaan tertentu seperti Natal, Paskah, dan Ibadah Pembangunan Rohani. Perayaan ini mempunyai makna khusus dalam tradisi Kristian dan biasanya dihadiri oleh jemaah yang lebih banyak dari biasanya. AKTIVITI PENGANUT AGAMA KRISTIAN DI MALAYSIA
AKTIVITI PENGANUT AGAMA KRISTIAN DI MALAYSIA PENDIDIKAN AGAMA Kursus Alkitab- program pendidikan yang dirancang untuk mempelajari dan memahami isi Alkitab. MencakupI berbagai topik seperti sejarah Alkitab, teologi, etika Kristian, dan penerapan ajaran Alkitab dalam kehidupan seharian. seminar dan kajian Alkitab - untuk mendalami dan mengkaji lebih mendalam tentang ajaran-ajaran Alkitab.Melalui perbincangan, soal jawab, dan analisis teks Alkitab, peserta dapat memperoleh pemahaman yang lebih dalam tentang ajaran Kristian dan bagaimana cara untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. Kelas pendidikan agama khusus untuk kanak-kanak dan remaja- mencakupi cerita-cerita Alkitab, pelajaran moral, dan aktiviti-aktiviti interaktif untuk membantu mereka memahami dan menghayati nilai-nilai Kristian. Program pendidikan Kristian bagi dewasa- untuk mendalami ajaran Kristian dan mendalami iman mereka mencakupi pelajaran-pelajaran tentang teologi, sejarah gereja, kehidupan rohani, dan praktikal keagamaan lainnya.
AKTIVITI SOSIAL DAN KEBAJIKAN Program bantuan masyarakat - kempen pembersihan kawasan, program pemulihan kawasan tercemar, dan projek-projek pembangunan komuniti untuk membantu memperbaiki kehidupan masyarakat setempat. Kempen derma darah secara berkala di gereja-gereja - membantu menyelamatkan nyawa dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan pemindahan darah. Dalam situasi bencana alam atau krisis kemanusiaan, komuniti Kristian di Malaysia turut terlibat dalam menyediakan bantuan kecemasan seperti makanan, air bersih, perlindungan sementara, dan bantuan kesihatan kepada mangsa. program pemakanan seperti makanan percuma, dapur amal, dan program pemakanan bagi golongan kurang mampu, orang tua, dan mereka yang terpinggirkan dalam masyarakat. AKTIVITI PENGANUT AGAMA KRISTIAN DI MALAYSIA
ACARA KEBUDAYAAN & KOMUNITI Pesta Natal - perayaan utama bagi penganut Kristian di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Acara ini biasanya melibatkan ibadah gereja khusus untuk merayakan kelahiran Jesus, pertunjukan seni, drama Natal, serta pesta makanan dan minuman yang bersifat kebudayaan. Ia membantu mempromosikan pemahaman dan penghargaan terhadap kebudayaan Kristian di Malaysia. Pertunjukan seni dan muzik - konsert gospel, koir gereja, dan teater keagamaan. Ini memberi peluang kepada anggota komuniti untuk menunjukkan bakat seni mereka serta menghibur dan menginspirasi masyarakat melalui seni. Kunjungan komuniti ke rumah penjagaan anak yatim, rumah orang tua, pusat pemulihan, dan tempat-tempat lain yang memerlukan bantuan dan sokongan. Ini membantu menyebarkan kasih sayang dan memberikan sumbangan positif kepada masyarakat yang memerlukan. AKTIVITI PENGANUT AGAMA KRISTIAN DI MALAYSIA
EVANGELISME Evangelisme adalah gerakan evangelis yang dikenali sebagai Gerakan kebangunan Rohani (Great Awakening) yang berkembang pesat khususnya di Amerika Syarikat pada abad ke-18 yang menekankan kepercayaan kepada kitab Injil iaitu sebagai sumber rujukan utama bagi mengukuhkan iman Kristian Sebagai respon terhadap keinginan untuk memperbaharui dan menyegarkan iman Kristian di antara penduduk Amerika Pelbagai cabaran dan halangan yang telah menjadikan gerakan-gerakan ini memainkan peranan penting dalam memperkenalkan dan mengajarkan ajaran Kristian di Malaysia
Pengasas utama Gerakan evangelisme ini adalah Jonathan Edwards dan George Whitefield. -Jonathan Edwards dikenali dengan khutbahnya yang bertajuk "Sinners in the Hands of an Angry God," yang digunakan untuk mempengaruhi pendengarnya untuk bertaubat dan mendekatkan diri kepada Tuhan. -George Whitefield adalah seorang tokoh evangelis yang mengelilingi dari kota ke kota, menarik perhatian ribuan orang dengan khutbahnya yang kuat dan penuh semangat Di Malaysia mempunyai 6 tokoh yang menggerakkan gerakan Evangelisme iaitu: -Pastor H.S Thambapillai -Rev. Dr. Eu Hong Seng -, Rev. Dr. Prince Guneratnam -Rev. Dr. David V. Jayakaran -Rev. Wong Kim Kong -Rev. Dr. Ng Kam Weng tokoh evangelisme
CIRI-CIRI KHAS evangelisme Pendekatan aktif atau dikenali evangelisme aktif dalam berbagai bentuk bermula dari kutbah dan pertemuan evangelisme yang berkempen -Aktiviti ini menunjukkan komitmen evangelisme untuk menyebarkan Injil dengan cara yang proaktif dan intensif. Angkat sumpah - Individu didorong untuk menunjukkan kesaksian mereka tentang bagaimana mereka bertemu dan menerima Yesus sebagai Juruselamat mereka. Angkat sumpah ini dianggap sebagai salah satu cara yang efektif untuk mempengaruhi dan mengajak orang lain untuk mengikuti Yesus.
Kerjasama dengan Gereja-Gereja tempatan -Kerjasama ini memperkuatkan lagi komuniti Kristian dan memungkinkan evangelis untuk memanfaatkan sumber daya dan jaringan yang ada di peringkat tempatan Pendekatan Sosial dan Pelayanan Masyarakat -Mereka yang terlibat dalam pelbagai program kemanusiaan, pendidikan, dan pembangunan komuniti, ini telah menunjukkan komitmen mereka untuk melayani dan memperkaya komuniti tempatan.
CIRI-CIRI KHAS evangelisme Kehidupan Rohani dan Gereja iaitu memiliki kesan yang dikaitkan dalam kehidupan rohani dan struktur gereja yang membawa pembaharuan dan inovasi dalam cara gereja beroperasi Pembaharuan dalam Gereja iaitu Evangelisme membawa pembaharuan dalam liturgi, ibadah, dan pelayanan gereja, dengan menekankan khutbah yang praktik dan relevan, pujian dan penyembahan yang bersemangat, serta pelayanan dan pertumbuhan gereja
Dalam mengkaji kepercayaan dan agama Kristian, kita menemukan sebuah sistem kepercayaan yang mendalam dalan beragama, namun agama ini bersatu dalam prinsipprinsip dasarnya. Kristian juga mempercayai kepada satu Tuhan yang kekal dan tritunggal, iaitu Bapa, Anak, dan Roh Kudus. Kepercayaan ini menjadi dasar bagi seluruh ajaran dalam agama Kristian. Salah satu punca utama dalam kepercayaan Kristian adalah keselamatan melalui Yesus iaitu Kristian meyakini bahawa Yesus adalah Anak Allah yang datang ke dunia untuk menebus dosa-dosa manusia. Melalui kematian dan kebangkitan-Nya, manusia dapat menerima pengampunan dosa dan keamanan. Alkitab, yang terdiri dari Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, dianggap sebagai pedoman bagi kehidupan Kristian. PENUTUP
TERIMA KASIH